ULANGKAJI KOMSAS NOVEL
TINGKATAN 5
Setiap
kali proses pengajaran dan pembelajaran novel, saya sering menasihatkan pelajar
peri pentingnya pemahaman diutamakan semasa mempelajari novel yang dikaji.
Pelajar tingkatan lima perlu menguasai dan memahami novel Azfa Hanani dan Novel
Kembara Amira. Justeru, fokus yang perlu
pelajar fahami ialah pemahaman komponen komsas yang telah dipelajari di dalam
kelas.
Pelajar
tingkatan lima perlu menguasai komponen komsas yang telah dipelajari iaitu:-
i. Tema.
ii. Persoalan.
iii. Watak dan perwatakan.
iv. Peristiwa penting yang berlaku dalam
novel ( khusus kepada sinopsis atau perkembangan plot)
v. Gaya bahasa.
vi. Latar ( Masyarakat, Masa, Tempat)
vii. Nilai
viii. Pengajaran.
Justeru, untuk novel Azfa Hanani semua
soalan di atas kemungkinan keluar kerana pelajar telah mempelajari novel ini di
tingkatan empat. Sementara soalan untuk novel tingkatan lima ( Kembara Amira) , empat komponen
komsas novel telah dikaji iaitu:-
i. Tema.
ii. Persoalan.
iii. Watak dan perwatakan.
iv. Peristiwa penting yang berlaku dalam
novel ( khusus kepada sinopsis atau perkembangan plot)
Justeru, semasa menjawab soalan pelajar perlu memahami fokus atau kata
kunci soalan, selain pelajar perlu memahami definisi komponen komsas yang
disoal. Sebagai contoh, untuk soalan tingkatan empat, fokus soalan yang boleh
keluar dalam peperiksaan berdasarkan empat komponen komsas yang telah
dipelajari seperti di atas. Pelajar harus menjawab soalan berdasarkan pemahaman
mereka terhadap fokus atau kata kunci soalan. Oleh sebab itu, jawapan pelajar
perlu berdasarkan pemahaman sendiri, dan juga jenis soalan iaitu sama ada
soalan tersebut soalan 4 (a) atau soalan 4 (b). Hal ini kerana soalan
berkenaan berdasarkan markah yang
diperuntukkan:-
Soalan
|
Markah
|
Isi
|
Bahasa
|
Jumlah
isi perlu ditulis
|
4
(a)
|
7
markah
|
4
markah
|
3
markah
|
Dua
isi dan tambah satu ( “backup”)
Isi
yang sepatutnya dijawap tiga isi
|
Soalan
|
Markah
|
Isi
|
Bahasa
|
Jumlah
isi perlu ditulis
|
4
(b)
|
6
markah
|
6
markah
|
2
markah
|
Tiga
isi dan tambah satu ( “backup”)
Isi
yang sepatutnya dijawap empat isi
|
Cara untuk menjawab berkenaan, formatnya
ialah seperti di bawah.
Soalan
berfokus tema tingkatan empat: Berdasarkan
Novel Kembara Amira karya Amir Hamzah L
Kadir, tema novel berkenaan ialah pengembaraan
seorang remaja perempuan mematangkan kehidupannya.
Isi
|
Huraian
|
Contoh
|
Dalam
pengembaraan Amira di Bukit Mat Raya
semasa menyertai ibunya iaitu Profesor Zaidah dalam ekskavasi
menjejak kewujudan tamadun manusia melalui cari gali bahan erkeologi terdapat
beberapa peristiwa yang dialami telah mematangkan kehidupannya.
|
Antaranya, Amira telah melihat suasana keluarga yang
tragis akibat tindakan seorang isteri meninggalkan anak dan suami sehingga menyebabkan
keluarga berkenaan terpisah antara satu sama lain
|
Contohnya,
keluarga Tau dan Ipah (Jenifer) telah berpisah apabila Ipah mengambil
keputusan melarikan diri bersama Johnny. Ipah telah meninggalkan anaknya yang baru
dilahirkan (Itai) dan membawa Sabi (Malique) bersamanya menyebabkan
terjadinya perpecahan keluarga. Akhirnya, Amira berjaya merungkaikan masalah
keluarga berkenaan.
|
Peringatan:-
Cara menghurai dan menulis jawapan berbeza antara pelajar. Justeru,
cara menulis jawapan soalan berdasarkan kreativiti pelajar. Paling utama anda
menjawab soalan berkenaan dengan baik.
Format
jawapan yang dicadangkan:-
Perenggan
Pertama : Definisi komponen komsas ditanya.
Peranggan
Kedua : Isi
Perenggan
Ketiga : Isi seterusnya.
1. Contoh soalan dan jawapan.
Huraikan tema yang
terdapat dalam novel yang anda kaji di tingkatan lima. ( Novel Kembara Amira )
Tema bermaksud persoalan pokok atau
idea utama yang disampaikan oleh pengkarya dalam karyanya seperti novel, cerpen
dan karya sastera yang lain. Berdasarkan Novel Kembara Amira Karya Amer
Hmzah L.Kadir, temanya tema
novel berkenaan ialah pengembaraan seorang remaja perempuan yang
mematangkan kehidupannya. Hal
ini jelas melalui pengalaman yang diterima oleh Amira apabila menghabiskan masa
cuti persekolahannya dengan menyertai ibunya iaitu Profesor Zaidah dalam
ekskavasi menjejak kewujudan tamadun manusia melalui cari gali bahan erkeologi
di Bukit Mat Raya.
Semasa
pengembaraan berkenaan Amira telah berjumpa dengan Malique dan Itai. Amira juga
telah berjaya merungkai masalah keluarga yang tragis dihadapi oleh mereka dan
menyatukan semula hubungan kekeluargaan antara mereka. Hal ini berlaku apabila
isteri Tau, Ipah (Jenifer) meninggalkan Itai dan membawa Sabi (Malique) iaitu
abang kepada Itai bersamanya. Ipah mengambil tindakan berkenaan apabila
masyarakat orang asli tidak menerima kehadirannya kerana Ipah tidak diterima
oleh masyarakatnya kerana kulitnya putih dan matanya biru. Perbezaan kulit dan
warna matanya menyebabkan rakan-rakan sebaya dalam kalangan masyarakat Orang
Asli memulaunya.
Selain itu, pengembaraan berkenaan juga
telah menyebabkan telah Amira mengenali
Jachinta dengan lebih dekat setelah dia berjaya mengesan masalah rakannya yang
menghadapi masalah apabila bapanya berkahwin lagi. Hubungan Jachinta dan ibu
tirinya tidak begitu baik dan dia menolak perkahwinan bapanya. Justeru,
Jachinta mengikuti Amira menyertai expedisi ibunya di Bukit Mat Raya kerana
tidak mahu pulang ke rumah akibat masalah tersebut.
Bahkan juga, Amira juga berjumpa dengan
masyarakat orang asli yang cuba untuk mempertahankan hutan mereka daripada
dicerobohi oleh masyarakat yang rakus untuk mengaut keuntungan daripada
khazanah alam di kawasan mereka. Mereka ke Bukit Mat Raya untuk mencari emas
yang dikatakan terdapat di kawasan bukit tersebut. Hal ini terbukti dengan
kehadiran John O’Hara berusia setengah abad ke Bukit Mat Raya untuk membuktikan
bahawa kawasan tersebut mengandungi emas atau tidak. Sekiranya terbukti kawasan
tersebut mengandungi emas sudah pasti kawasan tersebut akan diterokai dan
kawasan hutan di tempat berkenaan akan musnah apabila usaha cari gali emas
dijalankan di kawasan tersebut. Oleh sebab itu, tindakan berkenaan ditentang
oleh Tau dan Itai.
Selain itu, melalui pengembaraan tersebut,
Amira mengetahui kehebatan perubatan tradisonal mampu mengubati mengatasi
masalah keretakan tulang tangan ibunya. Ini digambarkan melalui watak Ludin
yang menggunakan cara perubatan tradisional untuk menyembuhkan Prof. Zaidah
yang mengalami keretakan tulang tangannya. Akhirnya, dengan perubatan
menggunakan buluh yang sudah dibelah kecil, daun-daun seperti daun kunyit, dan
bungkusan kecil, keretakan tulang tangan Prof Zaidah dapat disembuhkan oleh Tai
dan Ludin.
Isi-isi
tambahan:-
Memahami
Kepentingan sejarah dalam ketamadunan manusia. Contohnya, Prof.
Zaidah dan Dr. Zawawi, dan pelajar tahun akhir universiti membuat kajian
tentang arkeologi bagi mencari bahan bukti kewujudan manusia beribu-ribu tahun
dahulu yang terdapat di negara ini.
Memahami
kecintaan masyarakat orang asli terhadap alam sekitar. Contoh digambarkan melalui sikap dingin Tau
terhadap kehadiran orang luar ke kawasan Bukit Mat Raya kerana risau kawasan hutan
Bukit Mat Raya akan musnah serta menyebabkan
roh-roh nenek moyang mereka.
2. Huraikan
persoalan yang terdapat dalam novel tingkatan empat yang anda kaji.
Persoalan merupakan idea sampingan yang digarapkan oleh perkarya dalam
karyanya untuk mengukuhkan tema yang disampaikan. Berdasarkan Novel Azfa Hanani
karya Halis Azhan Mohd Hanafiah beliau telah memaparkan beberapa persoalan
untuk memastikan perkembangan vovel berkenaan manarik.
Antara persoalan yang dipaparkan ialah
persoalan Persoalan ketabahan seorang
gadis remaja menghadapi kehidupan yang penuh ranjau dan duri. Azfa Hanani dibesarkan oleh Pak Long Madi yang
kurang berada, namun dia menerima keadaan kemiskinan berkenaan selama 16 tahun
tinggal bersama keluarga paklongnya. Selain itu, Azfa Hanani juga tabah menghadapi liku – liku hidup di
rumah banglo milik keluarga baharunya semasa menyamar menjadi Tengku Murni
terutamanya dalam menghadapi sikap Tengku Datuk Makmur dan anaknya, Tengku
Muzaffar yang begitu ego dengan status mereka sebagai golongan elit. Mereka
merendahkan martabat Azfa Hanani yang dianggap cuba untuk mengambil kesempatan
untuk membolot kekayaan mereka dengan menyamar sebagai Tengku Murni.
Selain persoalan di atas, pengkarya juga menggarapkan persoalan keberanian menghadapi risiko.
Hal ini dapat dilihat melalui watak Azfa
Hanani, seorang gadis yang baru berumur 17 tahun tetap berani mengambil risiko menyamar
sebagai Tengku Murni untuk membantu sepupunya Zuraini yang memerlukan kos yang
tinggi untuk rawatan lumpuh yang dihadapinya. Tambahan pula, penyamarannya
tersebut amat sukar kerana dia terpaksa berlakon sebagai Tengku Murni dalam
kalangan keluarga elit sedangkan dia hanya seorang gadis miskin. Namun, dengan
pertolongan dan bantuan Tengku Mazran dan Kak Shafinaz, Azfa Hanani cuba
melakukan penyamaran tersebut dengan sebaik mungkin.
Halis Azhan Mohd Hanafiah juga menggarapkan persoalan kegigihan menimba ilmu pengetahuan dalam novel Azfa Hanani.
Sikap ini ditonjolkan melalui perwatakan Azfa Hanani, walaupun dia berasal
daripada keluarga miskin tetapi dia gigih belajar dengan tujuan untuk membaiki
masa depan keluarga paklongnya dan hidupnya apabila mengambil kesempatan
belajar bahasa Inggeris dan bahasa Jepun di Institut Lingua Franca untuk
memahirkan lagi penguasaannya dalam bahasa tersebut semasa menyamar menjadi
Tengku Murni dan tinggal dengan keluarga Datin Maziah.
Bahkan juga, Halis Azhan Mohd Hanafiah memaparkan persoalan sikap mementingkan darjat atau pangkat dalam kehidupan
masyarakat. Sikap mementingkan darjat diperlihatkan melalui perwatakan Tengku
Datuk Makmur dan anaknya, Tengku Muzaffar begitu ego dengan status mereka
sebagai golongan elit. Mereka memandang hina terhadap Azfa Hanani dengan
anggapan penyamaran Azfa Hanai bertujuan untuk membolot harta mereka. Di
sekolah pula, rakan-rakan Azfa Hanani
seperti Laili, Syafikah, dan Fuziana juga memandang rendah kepadanya kerana dia
berasal dari kampung dan hidup miskin.
Contoh isi lain:-
Ø Persoalan
kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya, Datin Maziah terlalu menyayangi
Tengku Murni
sehingga
dia tidak dapat menerima kenyataan
bahawa anaknya telah meninggal dunia.
Ø Persoalan memutuskan perhubungan antara
dua insan kerana perbezaan darjat. Tengku Muzaffar begitu benci akan Ekran iaitu
kawan baik Tengku Murni kerana perbezaan
darjat. Justeru, Tengku Mazran menjadi punca hubungan Tengku Murni terputus
dengan Ekran kerana Tengku Muzaffar beranggapan Tengku Murni tidak layak untuk
berkawan dengan Ekran kerana dia seorang pelajar miskin dan menjual burger
untuk menampung kehidupannya. Sedangkan Ekran sebenarnya bukanlah seorang
pelajar miskin sebagaimana tanggapan Tengku Muzaffar kerana ibu bapanya
bertugas sebagai pensyarah dan sedang malanjutkan pelajaran di peringkat PHD.
Tujuan Ekran menjual burger adalah untuk mengaplikasi bidang pengajiannya dalam
jurusan perakaunan.
Ø Persoalan wang dan kekayaan mampu
mengubati penyakit kronik. Buktinya, Tengku Mazran dan
keluarganya mampu membiayai perubatan Zuraini dengan menghantarnya ke Indonesia
untuk memperoleh perubatan yang terbaik dan akhirnya dengan izin Allah Zuraini
berjaya diubati dan dapat hidup seperti orang biasa.
3. Huraikan watak perwatakan utama novel yang
anda kaji di tingkatan 4 ( Azfa Hanani)
Watak
merupakan pelaku yang memegang watak dalam sesebuah karya sastera sementara perwatakan
merupakan gambaran atau sifat pelaku tersebut. Berdasarkan Novel Azfa Hanani
karya Halis Azhan Mohd Hanafiah, beliau telah memaparkan Azfa Hanani sebagai
watak utama.
Huraikan
isi di bawah dengan ayat yang gramatis.
·
Gadis cantik berusia 17 tahun dan berwajah
lembut . Air mukanya yang jernih mengambarkan sifat penyayangya.
·
Ibu bapanya berkahwin muda ketika berusia 19
tahun tetapi malangnya kedua ibu bapanya
itu telah meninggal dunia apabila kereta yang dipandunya mengalami kemalangan
jalan raya akibat terjunam ke dalam gaung. Semasa kejadian Azfa Hanani masih
bayi. Di akhir novel cerita kemalangan tersebut terbongkar dan punca kemalangan
berlaku akibat Datuk Tengku Makmur. Diceritkan juga, Datin Maziah menyusukan
Azfa Hanani selepas kemalangan berlaku.
·
Dibesarkan oleh Pak Long Madi dan Mak Long
Diah dalam serba kekurangan setelah kematian ibu bapanya yang terlibat dalam
kemalangan jalan raya tersebut.
·
Dia bersekolah dalam Tingkatan Lima Kenanga
di Sekolah Menengah Sri Dian dalam aliran sains setelah mendapat keputusan yang
baik dalam peperiksaan PMR. Namun, dia menghadapi masalah kerana lemah dalam
subjek bahasa Inggeris.
·
Baik hati dan sanggup berkorban. Contohnya
Azfa sanggup untuk menyamar menjadi Tengku Murni kerana dia tahu bahawa dengan
cara tersebut Zuraini Anak Pak Longnya, juga sepupunya akan mendapat rawatan
menyembuh masalah lumpuh yang dihadapi apabila Tengku Mazran dan isterinya
Syafinaz bersetuju untuk menanggung kos rawatan Zuraini sebagai imbal balas
kesudian Azfa Hanani menyamar menjadi Tengku Murni.
·
Tabah mengharungi dugaan hidup. Azfa Hanani
dibesarkan oleh Pak Long Madi yang kurang berada.Dia juga tabah menghadapi liku
– liku hidup di rumah angle milik keluarga baharunya semasa menyamar menjadi
Tengku Murni terutamanya dalam menghadapi Tengku Datuk Makmur dan anaknya,
Tengku Muzaffar begitu ego dengan status mereka sebagai golongan elit. Mereka
merendahkan martabat Azfa Hanani yang dianggap cuba untuk mengambil kesempatan
untuk membolot kekayaan mereka dengan menyamar sebagai Tengku Murni.
·
Mengenang budi. Azfa Hanani dibesarkan oleh
Pak Long Madi yang kurang berada setelah kematian kedua-dua orang tuanya yang
terlibat dalam kemalangan jalan raya. Sebagai balasan pengorbanan Pak Longnya
memeliharanya semenjak kecil, dia sanggup menerima tawaran Tengku Mazran dan
Kak Syafinaz untuk menyamar sebagai Tengku Murni. Hal ini kerana mereka telah
berjanji kepada Azfa Hanani untuk merawat sepupunya Zuraini iaitu anak Pak
Longnya yang mengalami masalah lumpuh.
·
Berjaya menerima anugerah Pengerusi Terbaik
Forum Remaja peringkat daerah.
·
Sanggup menyamar sebagai Tengku Murni supaya
Datin Maziah pulih daripada masalah tekanan perasaan.
3. Huraikan
pengajaran yang anda peroleh setelah mengkaji novel tingkatan empat yang anda
pelajari.
Pengajaran
merupakan kesan perlakuan atau nilai-nilai baik atau tidak yang boleh menjadi
tauladan kepada kita atau pembaca apabila membaca sesebuah karya sastera.
Berdasarkan Novel Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd Hanafiah terdapat beberapa
pengajaran yang disampaikan.
Antara pengajaran yang terdapat dalam
Novel Azfa Hanani ialah kita hendaklah berkorban demi kebahagiaan orang lain.
Contohnya, Azfa Hanani sanggup menerima tawaran Abang Mazran dan Kak Finaz
untuk menyamar sebagai Tengku Murni semata-mata kerana tidak mahu Datin Maziah
terus tertekan akibat kehilangan anaknya tersebut sehingga mengganggu
kesihatannya.
Selain itu, dalam novel berkenaan kita
hendaklah gigih bersusaha untuk mencapai kejayaan dan tidak boleh mudah
berputus asa. Contohnya, Azfa Hanani sanggup berulang alik sejauh 30 kilometer
semata-mata ingin melanjutkan
pelajarannya dalam aliran sains. Selain itu, bukti nilai kerajinan boleh
dilihat daripada kesungguhan Azfa Hanani merebut peluang belajar bahasa
Inggeris dan bahasa Jepun di Institut Lingua Franca untuk memahirkan bahasa
Inggeris semasa menyamar sebagai Tengku Murni. Tambahan pula, dia memang
menghadapi masalah dalam penguasaan bahasa Inggeris semenjak di kelas menengah
rendah lagi iaitu dalam Peperiksaan Menengah Rendah lagi.
Bahkan juga, kita mestilah jangan
bersikap sombong atas kekayaan dan pangkat yang kita ada. Contohnya, Tengku
Muzaffar tidak dapat menerima hubungan adiknya, Tengku Murni dengan Ekran
kerana menyangka Ekran berasal daripada keluarga yang miskin. Sebaliknya, kita
perlu mencotohi Tengku Mazran begitu sederhana sifatnya walaupun berasal
daripada keluarga elit.
Isi-isi
tambahan:-
i) Kita hendaklah bersedia membantu orang yang
memerlukan pertolongan.
Contohnya, Abang Mazran bersusah payah mendapatkan rawatan bagi Zuraini yang
lumpuh, sehingga akhirnya Zuraini dapat berjalan semula.
ii)
Kita hendaklah sentiasa bersikap
sederhana dan merendah diri.
Contohnya, Azfa Hanani sentiasa bersederhana dalam segala hal walaupun keluarga
angkatnya adalah golongan yang elit dan berada.
iii)
Kita hendaklah sedar akan asal
usul kita. Contohnya,
Azfa Hanani tidak pernah melupakan asal usulnya yang datang dari kampung serta
berasal daripada sebuah keluarga yang miskin. Dia tidak pernah mengambil
kesempatan atas kebaikan Abang Mazran ataupun Datin Maziah.
Sila
rujuk nota ekpres untuk rujukan dan ulangkaji anda untuk menghadapi PPT 2013.
SELAMAT
BERJAYA
SAYA SERTAKAN JUGA NOTA EKSPRES KOMSAS UNTUK RUJUKAN ANDA.
SAYA SERTAKAN JUGA NOTA EKSPRES KOMSAS UNTUK RUJUKAN ANDA.
PEMAHAMAN EKSPRES NOVEL MENENGAH ATAS ( TING. 4 DAN 5)
(SUMBANGAN CIKGU MOHD RAMSUL UNTUK ANAK DIDIK SMKASAS
YANG DISAYANGI)
Azfa Hanani
(Halis Azhan Mohd
Hanafiah)
|
NOVEL KEMBARA AMIRA
(Amer Hmzah L.Kadir)
|
SIPNOSIS
|
SIPNOSIS
|
Novel
ini memaparkan pengorbanan seorang gadis remaja, bernama Azfa Hanani ( Nani
). Azfa Hanani merupakan murid tingkatan 5 Kenanga, Sekolah Menengah Seri
Dian. Azfa Hanani diminta menyamar sebagai Tengku Murni oleh Tengku Mazran
dan isterinya Syafinaz.Hal ini demikian kerana Tengku Murni telah meninggal
dunia dalam satu kemalangan jalan raya.Datin Maziah yang turut terlibat dalam
kemalangan itu koma .Apabila Datin Maziah sedar daripada komanya dia tidak
dapat menerima kenyataan bahawa anak perempuan tunggalnya telah di jemput
Illahi.
Azfa
Hanani yang hidup dalam kemiskinan di rumah Pak Madi (Pak Long) telah
mengambil buku rujukan tanpa kebenaran pihak sekolah.Tujuannya adalah untuk
mengulang kaji pelajarannya .Pada masa yang sama anak Pak Longnya Zuraini
mengalami penyakit lumpuh. Azfa Hanani yang merasakan dirinya membebani
keluaga Pak Long bertekad untuk menerima tawaran penyamaran sebagai Tengku
Murni.Azfa Hanani menerima tawaran itu kerana Tengku Mazran berjanji untuk
menanggung kos rawatan Zuraini.
Azfa
Hanani dibawa ke banglo Datuk Tengku Makmur untuk menemui Datin Maziah. Azfa
Hanani telah diberi penjelasan dan tunjuk ajar oleh Tengku Mazran dan
isterinya tentang tingkah laku Tengku Murni .Penyamaran itu nampaknya
berhasil kerana Datin Maziah tidak dapat mengesyaki apa-apa kekurangan yang
ada dalam diri Azfa Hanani.Kemudian Azfa Hanani dihantar bersekolah di
Sekolah Menengah Taman Sari. Di situ,dia mengenali rakan-rakan Tengku
Murni,seperti Tengku Ellina, Suzana,Adriani,Ekran dan lain-lain.Azfa Hanani
turut mengenali beberapa orang pelajar yang tidak menyukai Tengku Murni iaitu
Laili,Syafikah dan Fuziana.Di banglo Datin Maziah dan di sekolah barunya
pelbagai peristiwa gembira dan sedih dilalui.
Azfa
Hanani telah membaca diari Tengku Murni.Melalui diari ini terbongkar rahsia
cinta yang terhalang antara Tengku Murni dan Ekran.Cinta mereka terhalang
disebabkan abang Tengku Murni,Tengku Muzaffar
mementingkan status keluarga mereka sebagai golongan kaya dan
bangsawan.Hal ini menyebabkan konflik berlaku antara Azfa Hanani dan Tengku
Muzaffar.Pertengkaran mereka telah didengari oleh Datin Maziah,akibatnya penyamaran Azfa Hanani terbongkar.Datin
Maziah telah menghalau Azfa Hanani .
Azfa
Hanani pulang ke rumah Pak Long Madi di Kampung Merpati.Tengku Datuk Makmur
dan Datin Maziah datang ke Kampung Merpati untuk memohon maaf dan memujuk
Azfa Hanani agar kembali ke banglo mereka.Tengku Datuk Makmur menceritakan
kisah yang terjadi enam belas tahun yang lalu. Menurut beliau kematian ibu
bapa Azfa Hanani disebabkan kecuaiannya semasa memandu dalam keadaan mabuk. Teksi
yang dinaiki oleh ibu bapa Azfa Hanani telah terjunam ke dalam gaung dan Azfa
Hanani tercampak keluar.Datin Maziah yang bersimpati dengan Azfa Hanani telah
menyusuinya.
Datin
Maziah dan Datuk Tengku Makmur ingin menebus kesalahan mereka.Mereka memujuk
agar Azfa Hanani kembali tinggal bersama-sama mereka.Akhirnya Azfa Hanani bersetuju untuk kembali tinggal di
banglo itu dengan identiti sebenarnya.Dia juga mengetahui bahawa ibu bapa
Ekran sebenarnya merupakan pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mereka bukannya miskin sebagaimana yang dikatakan oleh Tengku Muzaffar.
|
Novel
ini mengisahkan tentang pengembaraan Amira semasa cuti persekolahan. Amira telah mengajak kawannya Jacinta untuk
menemaninya ke Bukit Mat Raya di kawasan ibunya. Prof. Zaidah sedang
menjalankan kerja lapangan bersama pelajar tahun akhir. Di hutan tersebut Amira telah berkenalan
dengan Itai iaitu penduduk orang Asli yang telah menyelamatkannya semasa dia
hanyut di sungai. Amira juga telah
berkenalan dengan Malique.
Pengembaraan
Amira bermula apabila Itai sudi berkongsi tentang rahsia lubuk emas di hutan
tersebut. Tindakan Itai telah
mengundang kemarahan penduduk orang Asli di kawasan tersebut kerana jika
orang bandar mengetahui tentang lubuk emas itu, kawasan mereka akan
diterokai.
Salah seorang pekerja baru
O’Hara hilang, Malique, Roslan dan yang lain cuba mencari pekerja tersebut
tetapi pacuan empat roda yang mereka naiki terbenam dalam lumpur dan akhirnya
kenderaan tersebut tergelincir ke dalam gaung.
Dalam masa yang sama, Tau
telah mengubah fikiran untuk menolong Prof. Zaidah mencari bukti bahawa
kawasan Bukit Mat Raya adalah kawasan petempatan awal manusia. Seterusnya Tau bersetuju untuk menunjukkan
Gunung Gua Gajah kepada kumpulan Prof. Zaidah. Hasilnya mereka menemui kapak batu yang
digunakan oleh manusia zaman Neolitik dan tulisan purba di dinding gua. Di dalam gua tersebut juga, Amira telah
menjumpai mobile disk milik
Malique. Amira mengagak bahawa mungkin
Malique berada berhampiran kawasan tersebut.
Amira nekad mencari Malique di
kawasan Gunung Gua Gajah dan terbongkarlah segala rahsia. Rupa-rupanya Malique telah disorokkan oleh
Tau yang menyamar sebagai lembaga berbulu.
Jennifer akhirnya berterus-terang bahawa Tau adalah adalah bapa
kandung kepada Malique (Sabi).
Kemudian, Ludin menggemparkan lagi suasana apabila turut menjelaskan
bahawa Itai adalah adik Malique.
Akhirnya Amira telah
melanjutkan pelajaran dalam bidang aeroangkasa. Jacinta pula melanjutkan pelajaran dalam
bidang fesyen di Paris. Itai
melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan manakala Malique menetap di Bukit
Mat Raya untuk membangunkan projek ITnya.
|
Azfa Hanani
(Halis Azhan Mohd
Hanafiah)
|
NOVEL KEMBARA AMIRA
(Amer Hmzah L.Kadir)
|
TEMA BERMAKSUD IDEA
ATAU GAGASAN UTAMA YANG DIKEMUKAKAN OLEH PENGKARYA DALAM KARYANYA
|
TEMA BERMAKSUD IDEA ATAU GAGASAN UTAMA YANG DIKEMUKAKAN OLEH
PENGKARYA DALAM KARYANYA
|
Berdasarkan Novel Azfa Hanani karya
Halis Azhan Mohd Hanafiah tema novel berkenaan ialah pengorbanan seorang
gadis dalam menghadapi desakan kehidupan yang dihadapinya. Sebagai contoh
Azfa Hanani sanggup menyamar menjadi Tengku Murni setelah diminta oleh Tengku
Mazran dan isterinya Syafinaz kerana dia tidak mahu membebankan kehidupan Pak
Long ( Pak Madi) yang selama ini menyara dan memeliharanya setelah kematian
ibu bapanya yang telah menghadapi kemalangan jalan raya.
Tambahan pula, Zuraini anak Pak
Longnya lumpuh dan memerlukan kos perubatan yang tinggi untuk
menyembuhkannya. Justeru, sebagai kesudian Azfa Hanani menyamar sebagai
Tengku Murni, Tengku Mazran dan isterinya Shafinaz sanggup menanggung kos
rawatan Zuraini di Indonesia.
Selain itu, Azfa Hanani sanggup
menyamar menjadi Tengku Murni untuk
menyelesaikan masalah Datin Maziah yang begitu rindu akan anaknya yang
dikatakan sedang melanjutkan pelajaran di Jepun dan tidak mahu menerima
hakikat anaknya telah meninggal dunia.
Bahkan juga, sebagai seorang gadis yang
menyamar sebagai Tengku Murni, Azfa Hanani tetap sabar menghadapi dugaan
apabila dia dengan sabar menghadapi masalah yang ditimbulkan oleh Tengku
Muzaffar abang kepada Tengku Murni dan juga Datuk Tengku Makmur bapa kepada Tengku
Murni yang mengganggap Azfa Hanani cuba untuk membolot harta kekayaan mereka.
Namun, Azfa Hanani terus bersabar dengan anggapan tersebut.
|
Berdasarkan Novel Kembara Amira karya Amir Hamzah L Kadir,
tema novel berkenaan ialah pengembaraan seorang remaja perempuan mematangkan
kehidupannya. Hal ini jelas melalui pengalaman yang diterima oleh Amira
apabila menghabiskan masa cuti persekolahannya dengan menyertai ibunya iaitu Profesor Zaidah dalam ekskavasi menjejak
kewujudan tamadun manusia melalui cari gali bahan erkeologi di Bukit Mat
Raya.
Semasa pengembaraan berkenaan Amira
telah berjumpa dengan Malique dan Itai. Amira juga telah berjaya merungkai
masalah keluarga yang tragis dihadapi oleh mereka dan menyatukan semula
hubungan kekeluargaan antara mereka. Hal ini berlaku apabila isteri Tau, Ipah
meninggalkannya serta membawa Sabi anaknya yang sebenarnya ialah Malique
iaitu abang kepada Itai.
Selain itu, Amira juga berjaya mengenali
Jachinta dengan lebih dekat setelah dia berjaya mengesan masalah rakannya
yang menghadapi masalah apabila bapanya berkahwin lagi. Justeru, Jachinta
mengikuti Amira menyertai expedisi ibunya di Bukit Mat Raya kerana tidak mahu
pulang ke rumah akibat masalah tersebut.
Bahkan juga, Amira juga berjumpa dengan
masyarakat orang asli yang cuba untuk mempertahankan hutan mereka daripada
dicerobohi oleh masyarakat yang rakus untuk mengaut keuntungan daripada khazanah
alam di kawasan mereka. Mereka ke Bukit Mat Raya untuk mencari emas yang
dikatakan terdapat di kawasan bukit tersebut.
|
Azfa Hanani
(Halis Azhan Mohd
Hanafiah)
|
NOVEL KEMBARA AMIRA
(Amer Hmzah L.Kadir)
|
PERSOALAN MERUPAKAN
IDEA SAMPINGAN YANG DIGARAPKAN OLEH PENGKARYA DALAM KARYANYA UNTUK
MENGUKUHKAN LAGI TEMA YANG INGIN DISAMPAIKAN.
|
PERSOALAN
MERUPAKAN IDEA SAMPINGAN YANG DIGARAPKAN OLEH PENGKARYA DALAM KARYANYA UNTUK
MENGUKUHKAN LAGI TEMA YANG INGIN DISAMPAIKAN.
|
Antara
persoalan yang dikemukakan oleh pengarang dalam Novel Azfa Hanani ialah:-
·
Persoalan
ketaatan kepada agama, Azfa Hanani sering berdoa dan
membaca al – Quran kepada arwah ibu bapanya yang telah meninggal dunia
setelah terlibat dengan kemalangan jalan raya semasa dia masih kecil. Bahkan
juga ketaatan Azfa terbukti apabila TengkuMuzaffar meminta Azfar Hanani yang
menyamar sebagai Tengku Murni membacakan surah Yassin kepada adiknya Tengku
Murni hal ini kerana beliau sering mendengar dan melihat Azfar Hanani akan
membaca surah berkenaan selepas sembahyang untuk disedekah kepada kedua arwah
orang tuannya.
·
Persoalan
ketabahan seorang gadis remaja menghadapi kehidupan yang penuh ranjau dan
duri. Azfa Hanani dibesarkan oleh Pak Long Madi yang kurang
berada.Dia juga tabah menghadapi liku – liku hidup di rumah banglo milik
keluarga baharunya semasa menyamar menjadi Tengku Murni terutamanya dalam
menghadapi Tengku Datuk Makmur dan anaknya, Tengku Muzaffar begitu ego dengan
status mereka sebagai golongan elit. Mereka merendahkan martabat Azfa Hanani
yang dianggap cuba untuk mengambil kesempatan untuk membolot kekayaan mereka
dengan menyamar sebagai Tengku Murni.
·
Persoalan
keberanian menghadapi risiko. Azfa Hanani, seorang
gadis yang baru berumur 17 tahun tetap
berani mengambil risiko menyamar sebagai Tengku Murni untuk membantu sepupunya
Zuraini yang memerlukan kos yang tinggi untuk rawatan lumpuh yang
dihadapinya.
·
Persoalan
kegigihan menimba ilmu pengetahuan. Sikap ini ditonjolkan
Azfa Hanani, walaupun berasal daripada keluarga miskin dan dia gigih belajar
dengan tujuan untuk membaiki masa depan keluarga dan hidupnya apabila
mengambil kesempatan belajar bahasa Inggeris dan bahasa Jepun di Institut
Lingua Franca untuk memahirkan lagi penguasaannya dalam bahasa tersebut
semasa menyamar menjadi Tengku Murni dan tinggal dengan keluarga Datin
Maziah.
·
Persoalan
sikap mementingkan darjat atau pangkat. Tengku Datuk Makmur dan
anaknya, Tengku Muzaffar begitu ego dengan status mereka sebagai golongan
elit. Mereka memandang hina terhadap Azfa Hanani. Di sekolah pula, rakan-rakan Azfa Hanani seperti Laili,
Syafikah, dan Fuziana juga memandang rendah kepadanya kerana dia berasal dari
kampung dan hidup miskin.
vi) Persoalan
kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya, Datin Maziah
terlalu menyayangi Tengku Murni sehingga dia
tidak dapat menerima
kenyataan bahawa anaknya telah meninggal
dunia.
vii) Persoalan memutuskan perhubungan antara dua insan kerana perbezaan
darjat. . Tengku Muzaffar begitu
benci akan Ekran iaitu kawan baik
Tengku Murni kerana perbezaan darjat. Justeru, Tengku Mazran menjadi punca
hubungan Tengku Murni terputus dengan Ekran kerana Tengku Muzaffar
beranggapan Tengku Murni tidak layak untuk berkawan dengan Ekran kerana dia
seorang pelajar miskin dan menjual burger untuk menampung kehidupannya.
Sedangkan Ekran sebenarnya bukanlah seorang pelajar miskin sebagaimana
tanggapan Tengku Muzaffar kerana ibu bapanya bertugas sebagai pensyarah di
Universiti Kebangsaan Malaysia dan sedang malanjutkan pelajaran di peringkat doktor
falsafah di Amerika Syarikat. Selama ibu bapanya belajar dia tinggal bersama
datuk dan neneknya. Tujuan Ekran menjual burger adalah untuk mengaplikasi
bidang pengajiannya dalam jurusan perakaunan.
viii) Persoalan
wang dan kekayaan mampu mengubati penyakit kronik. Buktinya, Tengku
Mazran dan keluarganya mampu membiayai perubatan Zuraini dengan menghantarnya
ke Indonesia untuk memperoleh perubatan yang terbaik dan akhirnya dengan izin
Allah Zuraini berjaya diubati dan dapat hidup seperti orang biasa.
|
Antara
persoalan yang dikemukakan oleh pengarang dalam Novel Kembara Amira ialah:-
1. Persoalan kasih sayang
seorang ibu terhadap anaknya. Persoalan ini digambarkan melalui sikap
Profesor Zaidah yang sanggup meninggalkan kerjanya demi mencari Amira di
Gunung Gua Gajah. Prof Zaidah juga menyesali dirinya yang selama ini hanya
menumpukan kerjayanya sedangkan dia tidak mempunyai banyak masa untuk bersama-sama
anaknya Amira.
2. Persoalan perkahwinan
kedua menimbulkan konflik jiwa dalam diri anak-anak. Perkara ini dipaparkan melalui
konflik jiwa yang dialami oleh Jacinta kerana tidak dapat menerima kehadiran
ibu tirinya yang dikahwini oleh bapanya setelah kematian ibu kandungnya. Konflik ini telah menyebabkan Jacinta
selalu mengelak daripada berjumpa dengan keluarganya.
3. Persoalan kegiatan
manusia yang merosakkan alam sekitar. Hal ini dapat dibuktikan melalui
kerakusan manusia yang melakukan pembalakan haram dan penerokaan khazanah
hutan untuk mencari emas. Hal ini terbukti dengan kehadiran John O’Hara
berusia setengah abad ke Bukit Mat Raya untuk membuktikan bahawa kawasan
tersebut mengandungi emas atau tidak. Sekiranya terbukti kawasan tersebut
mengandungi emas sudah pasti kawasan tersebut akan diterokai dan kawasan
hutan di tempat berkenaan akan musnah apabila usaha cari gali emas dijalankan
di kawasan tersebut.
4. Persoalan kecintaan
terhadap alam sekitar. Persoalan ini digambarkan melalui sikap
dingin Tau terhadap kehadiran orang luar ke kawasan Bukit Mat Raya kerana
risau kawasan tersebut akan musnah.
5. Persoalan konflik
keluarga. Persoalan ini
dipaparkan melalui konflik yang terjadi dalam keluarga Tau setelah isterinya
iaitu Ipah melarikan diri bersama Johnny.
Ipah telah meninggalkan anaknya yang baru dilahirkan dan membawa Sabi
bersamanya menyebabkan terjadinya perpecahan keluarga.
6. Persoalan ilmu
perubatan tradisional. Hal ini digambarkan melalui watak Ludin
yang menggunakan cara perubatan tradisional untuk menyembuhkan Prof. Zaidah
yang mengalami keretakan tulang tangannya. Akhirnya, dengan perubatan
menggunakan buluh yang sudah dibelah kecil, daun-daun seperti daun kunyit,
dan bungkusan kecil, keretakan tulang tangan Prof Zaidah dapat disembuhkan
oleh Tai dan Ludin.
7. Persoalan integrasi kaum. Contohnya, dipaparkan melalui
hubungan baik Amira yang berbangsa Melayu dan Jacinta yang berbangsa Cina.
Mereka berdua bersekolah di sekolah swasta. Amira dan Jachinta telah
bersama-sama mengharungi cuti persekolahan dengan menyertai eskavasi mencari
tulang karpus yang diusahakan oleh Prof Zaidah bersama-sama dengan pelajar
tahun akhir di Bukit Mat Raya.
8. Persoalan sikap
negatif masyarakat yang tidak menerima kehadiran seseorang yang berlawanan
kulit, contohnya Ipah tidak diterima oleh masyarakatnya
kerana kulitnya putih dan matanya biru. Perbezaan kulit dan warna matanya
menyebabkan rakan-rakan sebaya dalam kalangan masyarakat Orang Asli
memulaunya.
9. Persoalan harapan
seorang ibu agar anaknya mengenali hutan tempat kelahirannya. Contohnya Jeniffer atau Ipah,
telah mendesak anaknya Malique menyertai program yang diatur oleh John O’Hara
ke Bukit Mat Raya dengan harapan anaknya akan mengenali tempat kelahirannya.
Hal ini kerana Malique atau Sabi dilahirkan di situ dan bapanya sebenar ialah
Tau dan mempunyai seorang adik bernama Itai.
10. Kepentingan sejarah dalam ketamadunan manusia. Contohnya, Prof. Zaidah dan Dr. Zawawi, dan pelajar
tahun akhir universiti membuat kajian tentang arkeologi bagi mencari bahan
bukti kewujudan manusia beribu-ribu tahun dahulu yang terdapat di negara ini.
11. Persoalan animism- percaya akan roh-roh nenek moyang akan marah dengan pencerobohan hutan
belantara tempat tinggal mereka.
|
Azfa Hanani
(Halis Azhan Mohd
Hanafiah)
|
NOVEL KEMBARA AMIRA
(Amer Hmzah L.Kadir)
|
Watak Perwatakan
Watak merupakan
pelaku yang memegang watak dalam sesebuah karya sastera sementara perwatakan
merupakan gambaran atau sifat pelaku tersebut.
|
Watak Perwatakan
Watak merupakan
pelaku yang memegang watak dalam sesebuah karya sastera sementara perwatakan
merupakan gambaran atau sifat pelaku tersebut.
|
Watak Utama
Azfa Hanani
·
Gadis
cantik berusia 17 tahun dan berwajah lembut . Air mukanya yang jernih
mengambarkan sifat penyayangya.
·
Ibu
bapanya berkahwin muda ketika berusia 19 tahun tetapi malangnya kedua
ibu bapanya itu telah meninggal dunia
apabila kereta yang dipandu mengalami kemalangan jalan raya terjunam ke dalam
gaung. Semasa kejadian Azfa Hanani masih bayi.
·
Dibesarkan
oleh Pak Long Madi dan Mak Long Diah dalam serba kekurangan setelah kematian
ibu bapanya yang terlibat dalam kemalangan jalan raya.
·
Dia
bersekolah dalam Tingkatan Lima Kenanga di Sekolah Menengah Sri Dian dalam
aliran sains setelah mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan PMR.
Namun, dia menghadapi masalah kerana lemah dalam subjek bahasa Inggeris.
·
Baik
hati dan sanggup berkorban. Contohnya Azfa sanggup untuk menyamar menjadi
Tengku Murni kerana dia tahu bahawa dengan cara tersebut Zuraini Anak Pak
Longnya, juga sepupunya akan mendapat rawatan menyembuh masalah lumpuh yang
dihadapi apabila Tengku Mazran dan isterinya Syafinaz bersetuju untuk
menanggung kos rawatan Zuraini sebagai imbal balas kesudian Azfa Hanani
menyamar menjadi Tengku Murni.
·
Tabah mengharungi dugaan hidup. Azfa Hanani
dibesarkan oleh Pak Long Madi yang kurang berada.Dia juga tabah menghadapi
liku – liku hidup di rumah banglo milik keluarga baharunya semasa menyamar
menjadi Tengku Murni terutamanya dalam menghadapi Tengku Datuk Makmur dan
anaknya, Tengku Muzaffar begitu ego dengan status mereka sebagai golongan
elit. Mereka merendahkan martabat Azfa Hanani yang dianggap cuba untuk mengambil
kesempatan untuk membolot kekayaan mereka dengan menyamar sebagai Tengku
Murni.
·
Mengenang
budi. Azfa Hanani dibesarkan oleh Pak Long Madi yang kurang berada setelah
kematian kedua-dua orang tuanya yang terlibat dalam kemalangan jalan raya.
Sebagai balasan pengorbanan Pak Longnya memeliharanya semenjak kecil, dia
sanggup menerima tawaran Tengku Mazran dan Kak Syafinaz untuk menyamar
sebagai Tengku Murni. Hal ini kerana mereka telah berjanji kepada Azfa Hanani
untuk merawat sepupunya Zuraini iaitu anak Pak Longnya yang mengalami masalah
lumpuh.
·
Berjaya
menerima anugerah Pengerusi Terbaik Forum Remaja peringkat daerah.
·
Sanggup
menyamar sebagai Tengku Murni supaya Datin Maziah pulih daripada masalah
tekanan perasaan.
Watak Sampingan
Datin Maziah
·
Isteri
kepada Tengku Datuk Makmur.
·
Ibu
kepada lima orang cahaya mata, iaitu Tengku Murshadad, Tengku Mizran, Tengku
Mazran,Tengku Muzaffar, dan Tengku Murni.
·
Ibu
yang penyayang, terutamanya terhadap anak perempuan tunggalnya, Tengku Murni.
·
Tertekan
sebagai akibat kematian anak bongsunya, Tengku Murni.
·
Sering
berasa kesunyian setelah Tengku Datuk Makmur bernikah dengan seorang gadis
muda.
Tengku Murni
·
Anak
perempuan tunggal dalam keluarga Tengku Datuk Makmur dan Datin Maziah.
·
Wajahnya
seiras wajah Azfa Hanani.
·
Anak
yang taat kepada orang tuanya.
·
Dia
begitu manja dengan ibunya.
·
Sikap
mesranya menyebabkan dia disenangi oleh rakan-rakannya.
·
Pernah
menjalinkan hubungan dengan Ekran, tetapi ditentang oleh abangnya, Tengku
Muzaffar.
Tengku
Muzaffar
·
Anak
keempat Datuk Tengku Makmur dan Datin Maziah
·
Pelajar
Universiti Malaya tahun akhir dalam jurusan undang – undang
·
Seorang
yang sombong pada awalnya kerana statusnya
·
Penyayang
kerana mengambil berat akan keselamatan Azfa Hanani
Datuk
Tengku Makmur
·
Seorang
hartawan dan berketurunan bangsawan
·
Mempunyai
dua orang isteri iaitu Datin Maziah dan seorang wanita muda
·
Seorang
yang bengis dan sombong kerana bertindak kasar terhadap Azfa Hanani
·
Seorang
yang berpegang pada janji kerana menerima semula Azfa Hanani setelah mengetahui
identiti sebenarnya.
|
Watak Utama
Amira bt.
Amir
·
Pelajar sekolah swasta
yang suka akan pelajarannya dan merupakan rakan sebilik Jachinta.
·
Anak Profesor Zaidah ,
iaitu pensyarah arkeologi di sebuah universiti dan ayahnya bekerja sebagai
jurutera IT di sebuah syarikat multinasional.
·
Seorang yang berani,
tegas dalam segala hal, tahan lasak, tidak mdah patah semangat, dan pintar.
Contohnya Amira berani mengikut Itai untuk mendaki Gunung Gua Gajah walaupun
berbahaya.
·
Seorang yang penyayang
dan manja. Contohnya Amira amat menyayangi Jacinta dan dia menangis apabila Jacinta tidak sedarkan
diri kerana sesat di hutan.
·
Seorang yang mudah
mesra dengan sesiapa sahaja. Contohnya Amira cepat menyesuaikan diri bersama
pelajar-pelajar ibunya.
·
Seorang yang penyabar.
Contohnya Amira sabar dalam usaha menjalankan kerja lapangan yang memerlukan
tahap kesabaran yang tinggi – menjumpai artifak yang lebih bermakna daripada
tulang karpus.
·
Berminat dalam bidang
arkeologi.
·
Taat perintah agama,
iaitu sentiasa menunaikan solat
·
Menghargai
persahabatan dan mengambil berat tentang kesulitan yang duhadapi sahabatnya
seperti Jachinta, Itai, dan Malique.
·
Berjaya melanjutkan
pelajaran dalam bidang aeroangkasa di sebuah universiti di ibu negara.
·
Gemar bertopi,
berseluar khaki lusuh, dan berkemeja T yang ditutupi sehelai kemeja dengan
panjang yang digulung ke atas.
WATAK SAMPINGAN
1.
Jacinta
·
Berkulit cerah.
·
Berbangsa Cina.
·
Rakan sebilik Amira di
sekolah swasta.
·
Anak seorang ahli
perniagaan yang bergelar jutawan.
·
Telah kematian ibunya
empat tahun lalu.
·
Seorang yang memendam
rasa. Contohnya Jacinta tidak berpuas hati dengan ayahnya yang berkahwin lain
tetapi Jacinta tidak cuba untuk berterus terang.
·
Seorang yang sensitif.
Contohnya Jacinta cepat merajuk apabila isu keluarganya diungkit.
·
Keras hati apabila
sanggup tinggal di asrama semata-mata enggan pulang bercuti dengan ibu
tirinya.
·
Seorang sahabat yang
setia. Contohnya Jacinta sentiasa bersama-sama dan menemani Amira dalam
apa-apa jua keadaan.
2.
Itai
·
Berkulit gelap.
·
Berbadan tegap.
·
Anak orang asli yang
bersekolah di bandar.
·
Anak kepada Tau.
·
Bakal ketua kampung.
·
Seorang yang tahu
selok belok hutan. Contohnya setelah belajar daripada Tau, akhirnya Itai
berjaya mengenal selok belok hutan. Sebagai contoh, dia berjaya menyelamatkan
Amira daripada dihanyutkan oleh arus deras.
·
Seorang yang prihatin.
Contohnya apabila mengetahui Jacinta mahu memiliki batu Kuartza seperti
Amira, Itai berusaha memujuk Jacinta dengan mendapatkan emas untuk dijadikan
loket.
·
Seorang yang
berani. Contohnya, Itai berani untuk
berlawan dengan makhluk berbulu yang amat digeruni oleh semua masyarakat
orang asli.
·
Seorang yang mempunyai
keistimewaan deria keenam. Contohnya
Itai dianugerahkan kelebihan deria keenam iaitu dapat mengenali tapak kaki,
meneka jantina berdasarkan tapak kaki dan boleh menghidu bau yang dibawa oleh
angin.
3.
Profesor Zaidah
·
Wanita pertengahan
usia
·
Ibu kepada Amira
·
Pensyarah universiti
·
Meminati bidang
arkeologi
·
Seorang yang penyayang
contohnya, sebagai ibu Prof. Zaidah membelai dan memeluk Amira ketika Amira
bersedih kerana Jacinta tidak sedarkan diri ketika sedang mencari Amira yang
dihanyutkan oleh arus.
·
Seorang yang tegas.
Contohnya sebagai pengarah projek di Desa Karpus, Prof Zaidah tegas dalam
memberi arahan kepada setiap gerak kerja yang akan dilakukan.
·
Seorang yang tidak
mudah berputus asa. Contohnya, Walaupun Prof Zaidah dihujani dengan pelbagai
cabaran dan dugaan seperti keretanya pernah disabotaj sehingga terbabas,
namun beliau bertegas untuk meneruskan projek cari gali tersebut.
Anda perlu bijak menghurai setiap isi dan mengaitkan peristiwa yang
berlaku di dalam novel untuk mendapat markah isi yang cemerlang.
Justeru, anda perlu membuat banyak latihan dan insyaAllah anda akan
memperoleh kejayaan.
|
Azfa Hanani
(Halis Azhan Mohd
Hanafiah)
|
NOVEL KEMBARA AMIRA
(Amer Hmzah L.Kadir)
|
Plot
bermaksud susunan peristiwa berdasarkan sebab dan akibat dalam sesebuah novel atau hasil sastera,
sama ada novel, drama, dan cerpen. Plot tersusun mengikut kronologi berdasarkan
binaan iaitu permulaan, perkembangan, perumitan (konflik), puncak ( klimaks)
, dan peleraian.
|
Plot
berrmaksud susunan peristiwa berdasarkan sebab dan akibat dalam sesebuah novel atau hasil sastera,
sama ada novel, drama, dan cerpen. Plot tersusun mengikut kronologi
berdasarkan binaan iaitu permulaan, perkembangan, perumitan (konflik), puncak
( klimaks) , dan peleraian.
|
Secara
keseluruhannya plot drama digarap mengikut kronologi. Terdapat empat
peringkat garapan plot iaitu:
i.
Permulaan
Pada peringkat permulaan cerita, pembaca
diperkenalkan dengan watak Azfa Hanani yang berasa takut setelah mengetahui
bahawa orang yang selalu mencuri buku-buku rujukan di perpustakaan telah
dikenal pasti dan akan dirangkap, Dia kemudiannya dipanggil ke bilik pengetua.
Wajahnya dikatakan seiras Tengku Murni oleh Tengku Mazran dan Kak Syafinaz.
Tengku Mazran meminta Azfa Hanani menyamar sebagai Tengku Murni iaitu adiknya
yang terbunuh dalam suatu kemalangan jalan raya. Memikirkan masa depan
persekolahannya serta peluang untuk membantu sepupunya, Zuraini mendapatkan
rawatan, Azfa Hanani bersetuju menerima tawaran Tengku Mazran.
ii.
Perkembangan
Pada peringkat perkembangan, Azfa Hanani
dibawa ke Hotel Universe dan diajar cara bertutur, makan, dan bergaul dengan
Datin Maziah. Di rumah Datin Maziah, Azfa Hanani berjaya memainkan peranan
sebagai Tengku Murni. Azfa Hanani kemudiannya dihantar ke Sekolah Menengah
Taman Sari. Di sekolah barunya, Azfa Hanani telah berkenalan dengan Tengku
Ellina, sepupu Tengku Murni dan rakan-rakan yang lain seperti Suzana, Adriani
dan Ekran. Azfa Hanani turut terlibat dalam pertandingan Forum Remaja
sekolahnya.
iii.
Konflik
Cerita sampai pada peringkat perumitan
apabila Azfa Hanani menerima bungkusan hadiah daripada Ekran ketika majlis
sambutan ulang tahun Tengku Murni yang ke-17. Azfa Hanani mencari Ekran untuk
mendapatkan penjelasan tentang hubungannya dengan Tengku Murni.
Ekran mengaku bahawa hubungannya dengan
Tengku Murni memang istimewa tetapi tidak disenangi oleh seseorang iaitu
Tengku Muzaffar.
iv.
Klimaks
Klimaks cerita ini
ialah apabila Azfa Hanani mengetahui bahawa abang Tengku Murni, iaitu Tengku
Muzaffarlah yang menjadi penghalang hubungan Ekran dengan Tengku Murni. Pertengkaran antara Azfa Hanani
dengan Tengku Muzaffar didengar oleh Datin Maziah. Rahsia penyamaran Azfa
Hanani akhirnya terbongkar. Datin Maziah begitu marah kerana telah ditipu
selama ini. Azfa Hanani telah ditamparnya lalu diusirnya keluar dari banglo
tersebut.
v.
Peleraian
Pada pengakhiran
cerita, Datuk Tengku Makmur memberitahu bahawa dialah yang menyebabkan teksi
yang dinaiki oleh ayah dan ibu Azfa Hanani terjunam ke dalam gaung 16 tahun
yang lalu menyebabkan mereka terbunuh. Azfa Hanani kembali ke banglo Tengku
Datuk Makmur dan Datin Maziah dengan identitinya sendiri setelah dipujuk.
Pasukan Forum Remaja. Sekolah Taman Sari yang menyertai Forum Remaja telah
menjadi johan peringkat negeri dan Azfa Hanani terpilih sebagai Pengerusi
Forum Remaja Terbaik. Azfa Hanani juga telah mengetahui identiti sebenar
Ekran dan berjaya mendapatkan kepastian daripada Ekran tentang hubungan
mereka berdua.
|
Pembinaan Plot
(i)
Permulaan
·
Amira bersama Jacinta memulakan
pengembaraan menaiki keretapi ke Bukit Mat
Raya untuk menyertai ekskavasi menjejak kewujudan tamadun awal
manusia.
(ii)
Perkembangan
·
Amira dihanyutkan oleh arus deras
semasa menunggu Malique dan telah diselamatkan oleh Itai.
·
Malique hilang apabila keretanya
tergelincir ke dalam sungai semasa gerakan mencari salah seorang pekerja
O’Hara yang hilang.
·
Tau bersetuju untuk
membantu Profesor Zaidah dalam usahanya menjejak kewujudan tamadun awal
manusia.
·
Malique merancang
sesuatu untuk menggagalkan rancangan O’Hara.
(iii)
Klimaks
·
Kumpulan yang diketuai
oleh Dr. Zawawi menjumpai Gunung Gua
Gajah yang mengandungi artifak (kapak dan tulisan zaman purba di dinding)
yang sangat berharga untuk memastikan kawasan tersebut tidak akan diterokai
oleh manusia yang rakus mengaut keuntungan dari sumber alam kawasan tersebut.
·
(iv)
Peleraian
·
Akhirnya rahsia terbongkar bahawa
makhluk yang berbulu adalah Tau manakala Malique dan Itai adalah anak-anak
Tau.
·
Akhirnya kawasan tersebut telah
diwartakan sebagai kawasan peninggalan sejarah yang harus dilindungi.
|
Azfa Hanani
(Halis Azhan Mohd
Hanafiah)
|
NOVEL KEMBARA AMIRA
(Amer Hmzah L.Kadir)
|
LATAR
Latar
ialah semua keterangan yang berkaitan dengan waktu, ruang, tempat, budaya,
dan suasana yang berlaku dalam karya atau cereka.
Latar
terbahagi kepada tiga, iaitu latar tempat, latar masyarakat dan latar masa.
|
LATAR
Latar
ialah semua keterangan yang berkaitan dengan waktu, ruang, tempat, budaya,
dan suasana yang berlaku dalam karya atau cereka.
Latar terbahagi
kepada tiga, iaitu latar tempat, latar masyarakat dan latar masa.
|
Latar Tempat
Latar tempat ialah keterangan mengenai
kejadian yang berlaku di tempat
·
Di makmal kimia. Azfa Hanani berasa
bimbang setelah mendapat tahu perbuatannya mencuri buku-buku rujukan dari
perpustakan telah diketahui dan dia mungkin akan dihukum atas kesalahannya itu.
·
Di bilik pengetua, iaitu ketika Azfa
Hanani dikunjungi buat pertama kalinya oleh Tengku Mazran, Kak Finaz, dan Kak
Rozan. Kedatangan mereka berjumpa dengan Azfa Hanani adalah untuk meminta
pertolongannya menyamar sebagai Tengku Murni untuk mengatasi masalah ibu
mereka yang tidak menerima hakikat bahawa anaknya Tengku Murni meninggal
dunia akabiat kemalangan jalan raya.
·
Di Hotel Universe. Azfa Hanani telah
diberi tunjuk ajar oleh Kak Finaz tentang cara Tengku Murni makan, bercakap, dan Iain-lain lagi. Mereka
cuba untuk memberi gambaran perwatakan Tengku Murni agar Datin Maziah ibu
mereka tidak mengesan penyamaran Azfa Hanani sebagai tengku Murni walaupun
wajah dan paras rupa kedua-dua watak tersebut agak sama.
·
Di banglo milik
Datin Maziah dan Tengku Datuk Makmur. Azfa Hanani akhirnya menetap di banglo
ini dengan tinggal di bilik Tengku Murni anak kepada Datin Maziah dan Datuk
Tengku Makmur.
·
Di Sekolah Menengah Taman Sari. Perjumpaan
diadakan oleh pelajar-pelajar tingkatan lima bagi berbincang tentang projek
Hari Sumbangsih.
·
Di bilik Tengku
Murni,
Contohnya, Azfa Hanani dengan bersungguh-sungguh membaca dan mengkaji diari Tengku
Murni dalam usahanya mendapatkan jawaban siapakah yang menjadi penghalang
hubungan antara Ekran dengan Tengku Murni.
Latar Masa
·
Selama beberapa
bulan.
Semasa Azfa Hanani menuntut di Sekolah Menengah Sri Dian dan kemudiannya
meneruskan persekolahannya di Sekolah Menengah Taman Sari selepas berpindah
ke rumah Datin Maziah.
·
Pada waktu malam. Contohnya, Azfa
Hanani dengan bersungguh-sungguh membaca dan mengkaji diari Tengku Murni
dalam usahanya mendapatkan jawaban siapakah yang menjadi penghalang hubungan
antara Ekran dengan Tengku Murni.
·
Pada waktu petang. Contohnya. semasa
Datin Maziah mengadakan sambutan hari lahir Azfa Hanani/Tengku Murni yang
ke-17.
·
Pada waktu pagi. Contohnya, Azfa
Hanani menjalani kehidupannya sebagai pelajar sekolah.
Latar Masyarakat
Latar masyarakat ialah situasi atau
gambaran manusia yang dibicarakan oleh pengkarya dalam karyanya antaranya
ialah budaya, pekerjaan, pemikiran dan sebagainya.
·
Masyarakat yang
sanggup berkorban demi kebahagiaan keluarga angkat serta kelangsungan masa
depannya.
Contohnya, Azfa Hanani sanggup memenuhi tawaran Abang Mazran bagi membantu
sepupunya, Zuraini yang lumpuh mendapatkan rawatan apabila beliau bersetuju
untuk menanggung perbelanjaan Zuraini menerima rawatan di Indonesia sebagai balasan
Azfar Hanani untuk menyamar sebagai Tengku Murni.
·
Masyarakat elit yang
bongkak dan sombong kerana statusnya. Contohnya, Tengku Datuk Makmur yang
memandang hina terhadap Azfa Hanani kerana berasal dari kampung dan miskin.
Dia beranggapan Azfa Hanani cuba membolot harta keluarganya dengan menyamar
menjadi Tengku Murni.
·
Masyarakat pelajar
yang gigih menuntut ilmu. Contohnya, masyarakat pelajar di Sekolah Menengah Sri
Dian tempat Azfa Hanani melanjutkan pelajarannya dalam Tingkatan Lima
Kenanga.
·
Masyarakat yang
berpegang pada janji.
Contohnya, Tengku Mazran berusaha sedaya upaya membantu sepupu Azfa Hanani
mendapatkan rawatan bagi menyembuhkan penyakit lumpuhnya dengan menghantar
Zuraini ke Indonesia. Hal ini kerana
Tengku Mazran telah berjanji untuk merawat penyakit Zuraini sepupu kepada
Azfar Hanani sebagai timbal balas kesanggupan Azfar Hanani menyamar menjadi
Tengku Murni.
·
Masyarakat yang
sanggup menyamar untuk menyelamatkan seseorang daripada menghadapi tekanan
jiwa.
Contohnya, Azfa Hanani sanggup menyamar menjadi Tengku Murni supaya Datin
Maziah kembali pulih daripada tekanan perasaan sebagai akibat kematian anak
perempuan tunggalnya.
·
Masyarakat yang
mengutamakan kasih sayang. Contohnya, Pak Long Madi dan sekeluarga hidup dalam
keadaan aman, dan mesra kerana kaya dengan kasih sayang walaupun mereka hidup
dalam serba kekurangan.
·
|
Latar tempat ialah keterangan mengenai
kejadian yang berlaku di tempat
·
Di dalam kereta api, contohnya Amira
sedang membaca e-mel yang dihantar kepada ibunya beserta gambar terbaru
penemuan tulang karpus.
·
Di rumah Jenifer di
Melaka,
contohnya Jenifer mendesak Malique supaya menemani John O’Hara ke Bukit Mat
Raya.
·
Di Stesen Dahan
Hijau,
contohnya Amira dan Jacinta turun daripada keretapi dan menungu Pak Lias sebelum
meneruskan perjalanan ke Bukit Mat Raya.
·
Di Desa Karpus, Bukit Mat Raya, contohnya,
Profesor Zaidah, Dr. Zawawi, dan pelajar universiti tahun akhir berbincang
tentang penemuan tembikar dan kapak batu yang digunakan oleh manusia zaman
Neolitik.
·
Di Air Terjun Angin, contohnya, Amira
bertemu Malique buat kali ketiga.
·
Di hulu sebatang
sungai,
contohnya, Amira terpegun melihat banyak ketulan emas. Di sungai tersebut
jugalah berlaku peristiwa makhluk berbulu membawa seorang lelaki yang diikat
tangan dan ditutup matanya.
·
Di perkampungan Orang
Asli Semai.
Contohnya di situ diadakan mesyuarat adat dijalankan bagi membuat keputusan
tentang tindakan Itai yang membawa Amira ke sebatang sungai yang banyak
mempunyai ketulan emas.
·
Di Gunung Gua Gajah, contohnya, Tau
membawa Dr. Zawawi, Rusdi, Amira, Jacinta, dan Itai ke Gua tersebut. Di situ
mereka menemukan pelbagai lakaran pada dinding gua dan kapak batu.
·
Di pulau Pinang, contohnya John
O’Hara mengadakan perbincangan dengan beberapa orang pelabur yang akan melabur
dalam perlombongan emas di kawasan Hutan Bukit Mat Raya.
·
Di dalam kapal
terbang dari Pulau Pinang ke KLIA. Contohnya, John O’Hara menceritakan kisah
silamnya sebagai seorang buruh lombong opal di Australia kepada Malique.
·
Di kaki Gunung Gua
Gajah,
contohnya O’Hara, Jenifer, dan Jacinta menunggu Amira dan kumpulannya mencari
Malique di puncak gunung tersebut.
·
Di Universiti Kuala
Lumpur,
contohnya Amira mengemaskan barang-barangnya bagi menghadapi cuti semester
pertama.
Latar Masa
·
Latar
masa novel “Kembara Amira” ialah semasa Amira dan Jacinta menghabiskan cuti sekolah di Bukit Mat
Raya sehingga Amira berjaya melanjutkan pelajaran di sebuah universiti di
Kuala Lumpur dalam bidang aeroangkasa.
·
Peristiwa
dalam novel berlaku pada:-
a) waktu
pagi, iaitu ketika Amira dan Jacinta berada di dalam khemah dapur di Desa
Korpus untuk sarapan pagi.
b) Waktu petang, iaitu ketika Ludin
memberitahu Tau bahawa isterinya Ipah membawa anak sulungnya lari dari
perkampungan Orang Asli Semai.
c) Waktu senja, iaitu ketika Amira dan
Jacinta tiba di perkampungan Itai.
d) Waktu malam, iaitu semasa Amira
sedang mengemas kini laman web ibunya, Prof. Zaidah di dalam kereta api.
Latar
Masyarakat
Latar masyarakat ialah situasi atau
gambaran manusia yang dibicarakan oleh pengkarya dalam karyanya antaranya berkaitan
dengan budaya, pekerjaan, pemikiran dan sikap mereka.
·
Masyarakat penyayang, contohnya Amira
menunjukkan kasih sayangnya kepada ibunya, Prof. Zaidah dengan meluangkan
masa menjaga ibunya setelah terlibat dalam kemalangan kereta yang dipandu
oleh Pak Lias.
·
Masyarakat pelajar
yang menghabis masa lapang dengan melakukan aktiviti yang berfaedah. Contohnya Amira
dan Jacinta menghabiskan masa cuti persekolahan mereka dengan menyertai kerja-kerja
cari gali arkeologi di Bukit Mat Raya
bersama Prof Zaidah dan pelajar tahun akhir.
·
Masyarakat
berpendidikan tinggi yang terlibat dalam kerja-kerja mencari gali arkeologi
atau bahan bersejarah. Contohnya, Prof. Zaidah, Dr. Zawawi, dan pelajar
tahun akhir menjalankan aktiviti arkeologi di kawasan Bukit Mat Raya.
·
Masyarakat orang
asli yang berpegang teguh pada kepercayaan nenek moyang mereka. Contohnya Tau, menganggap kerja-kerja cari
gali yang dilakukan di kawasan hutan akan mengganggu roh-roh di situ.
·
Masyarakat yang
mementingkan diri dan mengutamakan kekayaan. Contohnya, John O’Hara ingin
membuktikan bahawa kawasan tersebut mempunyai banyak emas. Dia akan
memperoleh keuntungan apabila menarik para pelabur untuk melabur dalam
aktiviti perlombongan emas kawasan Gunung Mat Raya.
·
Masyarakat yang
mengamal budaya bantu-membantu bagi menyelesaikan masalah yang timbul
seperti mencari Jacinta dan Malique yang hilang di dalam hutan.
Contohnya, Itai, Tau dan Ludin, banyak
membantu Prof Zaidah, dan rakan-rakannya bagi menyelesaikan masalah yang
dihadapi.
·
Masyarakat yang
tertekan oleh sikap negatif rakan sebaya. Contohnya, Ipah sanggup lari
bersama dengan anaknya, Sabi mengikut lelaki kulit putih kerana tertekan
dengan pandangan negatif suku Orang Asli Semai terhadapnya yang berambut
perang dan bermata biru.
·
Masyarakat yang
komited terhadap tugasan atau tanggungjawab, contoh Prof. Zaidah yang terlampau
komited terhadap tugasannya untuk mencari gali bahan arkeologi sehingga pada
suatu ketika beliau sedar bahawa beliau telah mengabaikan
tanggungjawabnya sebagai ibu kepada
Amira.
|
Azfa Hanani
(Halis Azhan Mohd
Hanafiah)
|
NOVEL KEMBARA AMIRA
(Amer Hmzah L.Kadir)
|
Teknik Plot
|
Teknik Plot
|
1.
Pemerian
Pengarang memerihalkan perasaan Azfa Hanani sewaktu
mula-mula tiba di rumah Datin Maziah.Contohnya , Begitu, aku terasa seperti
berjalan di awang-awangan semasa mula- mula tiba di situ. Banglo itu terlalu
besar,berganda – ganda kalau mahu dibandingkan dengan teratak buruk yang
pernah kuhuni.
2.
Dialog
Dialog antara Azfa
Hanani dengan Ekran.Contohnya, “Saya nak Tanya satu pekara lagi. Abang Mus
datang ke mari ni… ada kaitan dengan gerai burger Ran yang terbakar dulu ke
?” “ Saya tak perlu beritahu,sebenarnya. Setakat saya tahu dan Nani juga
tahu, cukuplah,” jawab Ekran .
3.
Imbas
Kembali
Afza Hanani teringat akan pak long, mak long, dan
sepupu- sepupunya di kampung.Contohnya
“Masakan mama memang sedap,” Aku menokok bersahaja kerana wajah
Zahidin melintas di ruang mata.Dia akan kecur liur kalau sesekali mak long
menggoreng ayam.dia akan makan nasi dengan sayur sahaja dahulu agar dapat
meratah ayam goreng selepas itu.
4.
Suspens
Ketika Syafinaz memberitahu Azfa Hanani bahawa Datin
Maziah sudah sedar dan dia mengajak
Azfa Hanani turun menemui Datin Maziah. Azfa Hanani berdebar- debar semasa
menuruni anak tangga. Pembaca tertanya-tanya tentang apakah reaksi Datin
Maziah apabila melihat Azfa Hanani buat kali pertama.
|
1.
Pemerian
Mereka berada di khemah ketiga selepas khemah Dr. Zawawi dan khemah Prof.
Zaidah, khemah-khemah tersusun dalam bentuk separa bulatan, dengan paling
hujung adalah khemah dapur.
2.
Dialog
“ tentu tiket tu dah sampai, ” Amira bersuara antara dengar dengan tidak
“ Apa? ” Jacinta bagaikan tidak pasti dengan soalan Amira.
3.
Imbas kembali
Amira ketawa kerana mengingatkan kembali
kenangan semasa berada di Gua Niah ketika mereka turut serta dalam kerja
lapangan yang dilakukan oleh ibunya.
Ketika itu Dr. Zawawi sedang menyiapkan tesis sarjananya.
4.
Kejutan
Pembaca terkejut apabila mendapat tahu bahawa Malique dan Itai merupakan
anak kepada Tau.
5.
Suspens
·
Dia tidak pasti ke
mana dan siapa manusia yang sering membawa makanan untuknya. Malique tidak sempat bertanya di mana dia
sekarang. Tetapi siapakah manusia itu.
Adakah manusia itu mempunyai kaitan dengan hidupnya? Kenapa manusia itu membantunya tetapi tidak
berusaha mencari dari mana dia datang.
·
Apa benda itu?” Jacinta turut tidak sabar. Hatinya berdebar-debar kencang dan setelah
berminggu berada di perbukitan itu, Jacinta amat berharap mereka akan
melakukan satu penemuan penting dan dia amat berharap perkara itu
berlaku.
·
Tiba-tiba Rusdi
menjerit memanggil Dr. Zawawi. Dr.
Zawawi yang sedang asyik merakamkan dinding gua terkejut dengan panggilan
Rusdi lalu menghentikan rakaman dan berlari ke arah Rusdi dan Itai. Dia tahu Rusdi telah menemui sesuatu yang
berharga dalam kajian mereka.
·
Ingatannya kembali
pulih lalu teringatkan emaknya yang berada di Melaka entah kenapa emaknya
terlalu beria-ria menyuruhnya mengikut O’Hara ke dalam hutan itu. Apakah ada satu hubungan yang misteri
antara emaknya dan O’Hara? Emaknya
yang berambut keperangan dan bermata biru bagai ada kaitan dengan O’Hara yang
berkulit putih.
|
Azfa Hanani
(Halis Azhan Mohd
Hanafiah)
|
NOVEL KEMBARA AMIRA
(Amer Hmzah L.Kadir)
|
Nilai
Merupakan tingkah laku atau perlakuan baik atau
jahat yang terpancar daripada watak dan perwatakan secara umum dalam
sesebuah karya sastera
|
Nilai
Merupakan tingkah laku atau perlakuan baik
atau jahat yang terpancar daripada watak dan perwatakan secara umum dalam
sesebuah karya sastera
|
i.
Nilai pengorbanan. Contohnya, Azfa
Hanani sanggup berkorban dengan menerima tawaran Tengku Mazran untuk menyamar
sebagai Tengku Murni demi menjaga kebahagiaan semua pihak termasuklah
keluarga Pak Longnya dan keluarga Datuk Tengku Makmur.
ii.
Nilai kegigihan dan
tidak mudah berputus asa. Contohnya, walaupun Azfa Hanani berasal daripada
keluarga miskin, namun dia tidak menjadikan kemiskinan itu sebagai alasan
untuk tidak meneruskan persekolahan. Sebaliknya, dia gigih dan tekun belajar
demi masa depannya dan keluarga pak
longnya.
iii.
Nilai kasih sayang. Contohnya, Datin
Maziah amat menyayangi Tengku Murni/Azfa Hanani. Dia begitu menyayangi anak
gadisnya sehingga tidak membenarkan Azfa Hanani menaiki has ke sekolah kerana bimbang akan keselamatannya.
iv.
Nilai kerajinan. Contohnya, Ekran
menjalankan perniagaan burger pada waktu petang dengan tujuan mencari duit
poket bagi perbelanjaan hariannya, selain mempraktikkan segala teori yang
telah dipelajarinya di sekolah. Selain itu, bukti nilai kerajinan boleh
dilihat daripada kesungguhan Azfa Hanani merebut peluang belajar bahasa
Inggeris dan bahasa Jepun di Institut Lingua Franca untuk memahirkan bahasa
Inggeris semasa menyamar sebagai Tengku Murni. Tambahan pula, dia memang
menghadapi masalah dalam penguasaan bahasa Inggeris semenjak di kelas menengah
rendah lagi iaitu dalam Peperiksaan Menengah Rendah lagi.
v.
Nilai kesyukuran. Contohnya, Azfa
Hanani bersyukur kerana sepupunya, Zuraini dapat berjalan semula selepas
mendapatkan rawatan di Indonesia dengan bantuan keluarga angkatnya.
vi.
Nilai tanggungjawab. Contohnya Azfa
Hanani sanggup menyamar menjadi Tengku Murni kerana bertanggungjawap untuk
memastikan Datin Maziah kembali hidup normal daripada tekanan perasaan
disebabkan Datin Maziah tidak dapat menerima hakikat anak tunggal perempuan terbunuh
dalam kemalangan jalan raya.
|
1.
Nilai bekerjasama
Contoh:
·
Pelajar tahun akhir
telah bertungkus-lumus dan bekerjasama untuk memastikan projek yang
dijalankan berjaya.
2.
Nilai kasih sayang
Contoh:
·
Kasih-sayang antara ibu dan anak. Sebagai ibu, Prof. Zaidah membelai dan
memeluk Amira ketika Amira bersedih kerana Jacinta tidak sedarkan diri setelah
dihanyutkan oleh arus sungai.
3.
Nilai keberanian
Contoh:
·
Itai berani untuk
berlawan dengan makhluk berbulu yang amat digeruni oleh semua masyarakat
orang asli.
4.
Nilai cinta akan alam sekitar
Contoh:
·
Malique sanggup
mencipta virus sendiri dalam laporan yang disiapkan semata-mata untuk
menggagalkan projek mencari emas O’hara yang boleh memusnahkan hutan
tersebut.
5.
Nilai semangat bermasyarakat
Contoh:
·
Dipaparkan melalui
hubungan baik Amira yang berbangsa Melayu dan Jacinta yang berbangsa Cina.
6.
Nilai kesopanan
Contoh:
·
Semasa melawat Amira
di Desa Karpus, sikap Malique yang beradap telah menambat hati Prof. Zaidah.
7.
Nilai ketaatan
Contoh:
·
Itai taat dan mematuhi
arahan bapanya Ludin supaya tidak membawa orang luar ke kawasan lubuk emas.
8.
Nilai amanah
Contoh:
·
Ludin sangat amanah
dalam menjaga rahsia bahawa Itai adalah anak kepada Tau bertahun-tahun
lamanya.
9.
Nilai keikhlasan
Contoh:
·
Amira ikhlas mengajak
rakannya Jacinta untuk menyertai percutiannya di Bukit Mat Raya.
10.
Nilai
tolong-menolong
Contoh:
·
Ludin
menolong mengubati tangan Prof. Zaidah yang tercedera akibat kemalangan yang
berlaku bersama Pak Lias.
|
Azfa Hanani
(Halis Azhan Mohd
Hanafiah)
|
NOVEL KEMBARA AMIRA
(Amer Hmzah L.Kadir)
|
PENGAJARAN
Merupakan kesan perlakuan atau nilai-nilai
baik atau tidak yang boleh menjadi tauladan kepada kita atau pembaca.
|
PENGAJARAN
Merupakan kesan
perlakuan atau nilai-nilai baik atau tidak yang boleh menjadi tauladan kepada
kita atau pembaca.
|
Antara
pengajaran yang diperoleh daripada Novel Azfar Hanani karya Halis Azhan Mohd.
Hanafiah ialah:-
i) Kita hendaklah berkorban demi kebahagiaan
orang lain.
Contohnya, Azfa Hanani sanggup menerima tawaran Abang Mazran dan Kak Finaz
untuk menyamar sebagai Tengku Murni semata-mata kerana tidak mahu Datin
Maziah terus tertekan sehingga mengganggu kesihatannya.
ii) Dalam usaha
untuk mencapai kejayaan kita perlu gigih berusaha dan tidak mudah berputus
asa.
Contohnya, Azfa Hanani sanggup berulang alik sejauh 30 kilometer semata-mata
ingin melanjutkan pelajarannya dalam
aliran sains. Selain itu, bukti nilai kerajinan boleh dilihat daripada
kesungguhan Azfa Hanani merebut peluang belajar bahasa Inggeris dan bahasa
Jepun di Institut Lingua Franca untuk memahirkan bahasa Inggeris semasa
menyamar sebagai Tengku Murni. Tambahan pula, dia memang menghadapi masalah
dalam penguasaan bahasa Inggeris semenjak di kelas menengah rendah lagi iaitu
dalam Peperiksaan Menengah Rendah lagi.
iii) Kita janganlah bersikap sombong atas
kekayaan dan pangkat yang ada. Contohnya, Tengku Muzaffar tidak dapat
menerima hubungan adiknya, Tengku Murni dengan Ekran kerana menyangka Ekran
berasal daripada keluarga yang miskin. Sebaliknya, Tengku Mazran begitu
sederhana sifatnya walaupun berasal daripada keluarga elit.
iv) Kita hendaklah
bersedia membantu orang yang memerlukan pertolongan. Contohnya, Abang
Mazran bersusah payah mendapatkan rawatan bagi Zuraini yang lumpuh, sehingga
akhirnya Zuraini dapat berjalan semula.
v) Kita
hendaklah sentiasa bersikap sederhana dan merendah diri. Contohnya, Azfa
Hanani sentiasa bersederhana dalam segala hal walaupun keluarga angkatnya
adalah golongan yang elit dan berada.
vi) Kita hendaklah sedar akan asal usul kita. Contohnya, Azfa
Hanani tidak pernah melupakan asal usulnya yang datang dari kampung serta
berasal daripada sebuah keluarga yang miskin. Dia tidak pernah mengambil
kesempatan atas kebaikan Abang Mazran ataupun Datin Maziah.
|
Antara
pengajaran yang diperoleh daripada Novel Kembara Amira karya Amer Hmzah L.
Kadir ialah:-
1.
Sebagai ibu bapa, kita seharusnya memberikan kasih-sayang yang secukupnya
kepada anak-anak.
Contohnya, kasih-sayang
antara Amira dan ibunya. Sebagai ibu Prof.
Zaidah membelai dan memeluk Amira ketika Amira bersedih kerana Jacinta tidak
sedarkan diri ketika sedang mencari Amira yang dihanyutkan oleh arus.
2. Kita seharusnya memelihara dan menghargai alam sekitar yang
dianugerahkan oleh Tuhan. Contohnya, Malique sanggup mencipta virus
sendiri dalam laporan yang disiapkan semata-mata untuk menggagalkan projek
mencari emas O’hara yang boleh memusnahkan hutan tersebut.
3. Kita seharusnya
bekerjasama dalam pasukan bagi menjayakan sesuatu matlamat. Contohnya, pelajar tahun akhir telah bertungkus-lumus dan bekerjasama
untuk memastikan projek yang dijalankan berjaya.
4. Sebagai rakyat
Malaysia yang berbilang kaum, kita seharusnya menjalinkan hubungan yang baik
dengan masyarakat yang berbilang kaum. Contohnya, dipaparkan melalui hubungan baik Amira yang berbangsa Melayu
dan Jacinta yang berbangsa Cina.
5. Kita seharusnya tolong
menolong antara satu sama lain terutamanya semasa dalam kesusahan. Contohnya, Ludin menolong mengubati tangan Prof. Zaidah yang tercedera
akibat kemalangan yang berlaku bersama Pak Lias.
6. Kita harus tidak
berputus asa apabila berhadapan dengan cabaran atau rintangan. Buktinya, Prof Zaidah tetap meneruskan usaha arkeologi meskipun
menghadapi masalah seperti tali khemah terputus, terlibat dalam kemalangan
sehingga mengalami keretakan tulang tangan, dan sebagainya.
7.
Sebagai seorang ketua, kita harus menjaga pekerja-pekerja bawahan. Contohnya selaku pengarah kerja lapangan yang berusaha mencari tulang
korpus, Prof. Zaidah mengambil berat akan keselamatan pelajar universti tahun
akhir yang bersama-sama dalam usaha mencari arkeologi di Bukit Mat Raya.
8.
Kita hendaklah mempertahankan hutan daripada dimusnahkan oleh penceroboh
dan peneroka. Contohnya Malique mencipta sistem
untuk memusnahkan laporan yang berkaitan dengan projek cari gali emas dalam
usaha memelihara hutan di sekitar perkampungan suku Orang Asli Semai.
|
Nota
ini disediakan untuk membantu pelajar tingkatan lima SMKA Sultan Azlan Shah
menjawab soalan novel dalam peperiksaan SPM 2013. Namun, anda perlu bijak untuk
menghurai setiap aspek dalam kajian komsas
dengan mengaitkan isi, huraian dan contoh peristiwa yang terdapat dalam
novel yang anda kaji di tingkatan empat
dan lima. Bahkan juga, anda perlu membuat latihan yang kerap dan
menggunakan nota yang diberikan di atas semasa menjawab soalan. Sebagai
tambahan, pelajar boleh menggunakan bahan sampingan seperti buku rujukan lain
untuk meningkatkan pengetahuan dan pemahaman terhadap novel yang telah anda
kaji.
Disediakan
oleh,
MohdramsulAbdRahiman
...................................
(MOHD RAMSUL B. ABD. RAHIMAN)
Guru
Mata Pelajaran Bahasa Melayu,
Ketua
Panitia Bahasa Melayu,
SMKA
Sultan Azlan Shah, Bota, Perak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan