Cara Menulis Perenggan Pengenalan Rumusan ( Contoh Soalan Buku Latihan Twitter Ting. 4)
PERINGATAN RUMUSAN MERUPAKAN LUBUK MARKAH.
JUSTERU, PASTIKAN ANDA MEMBOLOT 30 MARKAH YANG DIPERUNTUKKAN.
PERINGATAN RUMUSAN MERUPAKAN LUBUK MARKAH.
JUSTERU, PASTIKAN ANDA MEMBOLOT 30 MARKAH YANG DIPERUNTUKKAN.
Jawapan Soalan Rumusan Teks:-
Petikan
membincangkan faktor-faktor
wanita terjebak sebagai keldai dadah di Malaysia.
Antara faktor menyebabkan wanita terjebak sebagai keldai dadah adalah kerana mereka
teruja untuk mendapatkan wang yang banyak dan ditipu dengan tawaran kerja sebagai
operator pelancongan dengan gaji yang lumayan. Disamping itu, mereka percaya
dengan pujukan cinta yang ditawarkan oleh lelaki asing. Bahkan juga,
kehidupan terdesak kerana ketiadaan pekerjaan menyebabkan mereka melakukan
pekerjaan tersebut. Selain itu, wanita beranggapan kerja yang dilakukan mudah
tanpa perlu bekerja berat dan mereka mahu hidup mewah tanpa memikirkan
risikonya.
Impak perbuatan wanita di atas boleh menyebabkan imej
negara tercemar di mata dunia dan menyebabkan kedatangan rakyat Malaysia ke
negara luar diragui. Selain itu, kawalan imigresen Malaysia turut diperlekeh.
Kesimpulannya, wanita Malaysia perlu berhati-hati terhadap modus
operandi warga asing agar mereka tidak tertipu.
(126 patah perkataan)
Jawapan isi tersurat tambahan:-
i) Wanita ini juga dimomokkan undang-undang dadah di luar negara tidak setegas negara Malaysia.
ii) Rakan sebaya mereka yang melakukan kativiti yang sama dan tidak tertangkap menyebabkan mereka
terdorong mengikut langkah tersebut.
iii) Mereka terpengaruh dengan percutian menarik daripada warga asing yang baru dikenali.
iv) Mereka diugut dibunuh menyebabkan terpaksa mengikut telunjuk pengedar dadah.
Jawapan isi tersirat tambahan:-
i) Malaysia dianggap tempat persinggahan pengedar dadah dunia.
ii) Malaysia juga menjadi pusat pengedaran dadah dunia.
INFO TAMBAHAN
Di bawah disenaraikan frasa yang boleh digunakan untuk memulakan pengenalan rumusan:-
1. Petikan memperkatakan......
2. Petikan menyentuh...
3. Petikan berkaitan...
4. Petikan membincangkan...
5. Petikan mengenai...
2. Petikan menyentuh...
3. Petikan berkaitan...
4. Petikan membincangkan...
5. Petikan mengenai...
6. Petikan menerangkan..
7. Petikan menghuraikan..
8. Petikan menjelaskan
9. Petikan tentang.....
7. Petikan menghuraikan..
8. Petikan menjelaskan
9. Petikan tentang.....
SOALAN PEMAHAMAN TEKS TERMASUK SOALAN 2(a), 2(b), 2(c), dan 2(d)
HATI-HATI KATA KUNCI SOALAN DI BAWAH:-
2 a: Pemahaman Teks Umum ( Rumusan )
i) Soalan berkaitan maksud rangkai kata (2m)
ii) Soalan berkaitan petikan teks ( 3m )
iii) Soalan berdasarkan pendapat ( 4 m)
( Pastikan pendapat anda logik dan boleh diterima- Soalan
ini mudah dan anda hanya perlu menggunakan
pengetahuan umum)
Contoh jawapan soalan rumusan Buku Latihan Twitter Ting. 4:-
i) Rangkai kata dirinya diperalat bermaksud orang itu dipergunakan/ dipergunakan orang lain.
ii) Usaha yang digunakan oleh kerajaan untuk mendedahkan perancangan jahat kumpulan ini menerusi media masa untuk menyedarkan anak-anak muda, terutama golongan wanita. Selain itu, kerajaan perlu mengetatkan kemasukan pelancong asing yang tujuan mereka bukan untuk melancong tetapi mengatur strategi untuk mengedarkan dadah di negara kita.
iii) Pada pendapat saya, golongan wanita masih muda menjadi sasaran kumpulan pengedar dadah kerana golongan ini dahagakan kasih sayang daripada lelaki yang sanggup memberikan apa sahaja yang diingini. Selain itu, golongan wanita ini mahu kelihatan lebih menonjol dalam kehidupan berbanding dengan rakan sebaya sehingga gelap mata melakukan perkara yang menyalahi undang-undang. Bahkan juga, golongan wanita seperti ini tidak mempunyai latar belakang agama sehingga sanggup melakukan perkara yang bertentangan dengan agama. Kemungkinan juga, ibu bapa atau penjaga golongan wanita seperti ini tidak mengambil tahu tingkah laku mereka sehingga terjebak dengan aktiviti bertentangan dengan undang-undang negara.
INSYAALAH PENULISAN INI AKAN BERSAMBUNG TENTANG CARA-CARA MENJAWAB SOALAN
PEMAHAMAN KOMSAS ANTOLOGI. ( SOALAN 2(b), 2(c), dan 2(d).
1 ulasan:
Hebat
Catat Ulasan