Rabu, 1 Mei 2013

FORMAT SOALAN TATABAHASA KERTAS 2

FORMAT SOALAN TATABAHASA KERTAS SPM
SOALAN 3 ( a )
SOALAN INI MEMERLUKAN PELAJAR MEMBINA KATA ATAU FRASA MENJADI AYAT.
(KAJIAN MORFOLOGI)
KEBIASAANNYA PELAJAR MUDAH UNTUK MENDAPAT MARKAH.
 
SOALAN 3 (b)
SOALAN INI MEMERLUKAN PELAJAR MENGUASAI KEMAHIRAN BERKAITAN AYAT.
(KAJIAN SINTAKSIS)
Sebagai Peringatan: Pelajar Perlu Membuat Rujukan Berkaitan Kepada Pecahan Soalan Bahagian Ayat Seperti Di Bawah. Sekiranya Anda Tidak Faham Rujuk Nota Dalam Buku Twitter, Terutama Bahagian Yang Anda Tidak Faham.
Hanya Satu Soalan Berkaitan Tajuk Di Bawah Yang Akan Keluar. 
Namun Semua Kemahiran Ayat Di Bawah Sudah Dibincang Di Dalam Kelas.
Saya Tidak Bertujuan Untuk Membicara Kemahiran Di Bawah Secara Khusus Kerana Kekangan Masa.
Sekiranya, ada bahagian kemahiran di atas perlu penerangan, sila hubungi Face Book saya atau
SMS untuk saya masukkan info bahagian berkenaan.

CUMA SAYA MASUKKAN INFO BAHAGIAN (IV) -RAGAM AYAT





















DI BAWAH SAYA SELITKAN FORMULA TATABAHASA UNTUK MEMANTAPKAN
KEMAHIRAN TATABAHASA ANDA


  1. pecahan   ditulis di akhir ayat bukan di tengah
    1. dua setengah kilogram ( X  )
    2. dua kilogram setengah (  )
    3. tiga setengah minit       ( X  )
    4. lima liter suku                (  )
    5. tiga suku jam                  ( X  )

  1. ayat pasif ( kata ganti nama 1, 2  tiada oleh , di KGN 3 ada di..oleh )
1. Roti itu dimakan oleh saya. ( X   )
2. Roti itu saya makan.             (  )
3. Roti itu kamu makan.           (  )
4. Roti itu dimakan oleh mereka.( )
5. Roti itu mereka makan.            ( X  )

  1. membuat  /   berbuat   =   abstrak / bukan benda
1. Jangan membuat bising.           ( X   )
2. Jangan berbuat bising.             (  )
3. berbuat begitu                           (    )
4. membuat begitu                         (  X  )
5. berbuat demikian                      (    )

  1. antara ( bukan tempat)   /  di  antara   ( tempat )
1. Antara hobi saya ialah membaca buku.    (  )
2. Di antara hobi saya ialah membaca buku.         ( X    )
3. Rumah saya terletak di antara tingkat satu dengan tingkat tiga.    (  )
4. Fatihah duduk di antara  Julia dengan Mariam.   ( )
5. ( Antara alat-alat ) tulis  yang dibeli olehnya ialah pensel, pembaris, pen dan
    pemadam.  (  X   ) (Terdapat kesalahan dari segi jamak)

     5. di dalam  ( lubang / ruang )    /    dalam ( abstrak / tidak nampak)
          1. di dalam ingatannya (  X   )
          2. dalam ingatannya     (   )
          3. di dalam bilik            (  )
          4. dalam mesyuarat      (   )
         5. di dalam hatinya       (  X   )




   6.    ialah  ( kata nama)    /    adalah   (kata sendi,kata adjektif)
          ** Kata pemeri tidak boleh diikuti dengan kata kerja.
          1. Ramli ialah abang saya.     (   )
          2. Ramli adalah abang saya.  ( X   )
          3. Mesyuarat itu  adalah dari pukul 8:00 pagi hingga 10:00 pagi. (    )
4. Punca pencemaran adalah seperti pembuangan sisa toksik oleh pihak
    kilang.   ( )
5. Hobi saya adalah bermain badminton.  (  X  )
6. Hobi saya bermain badminton ( )
7. Punca-punca penyakit asma dalam kalangan kanak-kanak ialah menonton
    televisyen terlampau kerap.  ( X )
8. Punca-punca penyakit asma dalam kalangan kanak-kanak adalah menonton
    televisyen terlampau kerap. ( X )
9. Punca-punca penyakit asma dalam kalangan kanak-kanak adalah kerana
    menonton  televisyen terlampau kerap (√)

7.       _____ jangan  =  ( Harap sahaja yang boleh berfungsi sebelum jangan)
                         **  Harap berfungsi untuk melembutkan ayat larangan.
  1. Harap jangan merokok. (    )
  2. Sila jangan merokok. (  X  )  ( Kata silaan tidak sesuai- tidak membawa
                                                      maksud larangan)
  3. Tolong jangan merokok. ( X   )
  4. Usah jangan merokok. ( X   )
  5. Jangan merokok. (    )

  8.    meN-…-i (orang)   / meN-…-kan (benda)
1. menasihati Ali         (    )
          2. menasihatkan Ali    ( X   )
          3. menghidangkan tetamu (  X  )
          4. menghidangkan nasi lemak (    )
          5. menaiki bendera   ( x  )

9.      (orang) di-…-i (benda)    /   (benda)  di-…-kan  (orang)
          1. Pingat kecemerlangan dihadiahkan kepada Fatimah.  (   )
          2. Fatimah dihadiahkan pingat kecemerlangan.  ( X   )
          3. Fatimah dihadiahi pingat kecemerlangan.  (   )
          4. Menteri  itu dianugerahkan pingat kebesaran. ( X    )
          5. Pingat kebesaran dianugerahkan kepada menteri itu. (   )



 10.    memper  (kata adjektif)      /    memper-…-kan   (kata kerja)
          1. memperdalamkan lubang itu ( x   )
          2. memperdalam lubang itu (   )
          3. mendalamkan lubang itu (  )
          4. memperkatakan  hal itu (    )
          5. memperkata hal itu  ( x   )

11.    memperisterikan  (mengahwinkan orang lain) 
         memperisteri  (berkahwin dengannya)
          1. Haji Isa memperisterikan seorang gadis kampung. ( X   )
          2. Haji Isa memperisteri seorang gadis kampung. (   )
          3. Haji Isa memperisterikan anak lelakinya dengan
             seorang gadis kampung. (   )
          4. Haji Isa memperisteri anak lelakinya dengan
             seorang gadis kampung. ( X   )
          5. Haji Isa mempersuamikan anak daranya dengan
             seorang pemuda kampung. (   )

12.    meN-…-kan  (orang)  =  buat/beli untuk orang lain
          1. Siti Nurhaliza membuatkan ayahnya secawan teh. (   )
          2. Siti Nurhaliza membuat ayahnya secawan teh. ( X    )
          3. Kakak menjahitkan ibunya sepasang baju kurung. (    )
          4. Kakak menjahit ibunya sepasang baju kurung. ( X   )
          5. Kakak menjahit sepasang baju kurung untuk ibunya. (   )

13.    kata bilangan ‘ber’   = 2X  ( perlu digandakan 2 kali)
1. berpuluh tahun (  X   )
2. berpuluh-puluh tahun (     )
3. beribu-ribu penonton (     )
4. beribu penonton ( X   )
5. ribuan penonton (    )

14.    kata bilangan ‘ ke ’ =   2X , tidak perlu penjodoh bilangan ( Kata bilangan boleh 
                                   perlu ada  penjodoh bilangan kecuali beberapa)
                                  
1. kedua-dua anaknya (   )
2. kedua anaknya ( X   )
3. anaknya yang kedua (    )
4. ketiga-tiga ekor kucing itu (  lebih tepat )
5. ketiga-tiga kucing itu  (     )

15.    kata bilangan =  B  1 ( Kata bermaksud jamak tidak perlu gandaan )
1. semua murid-murid (  X  )
2. semua murid  (   )
3. para pelajar    (   )
4. semua kanak-kanak (    )
5. ramai budak (     )

16.     ramai ( meriah/seronok/ suasana)    /   banyak (bilangan / bukan suasana)
          1. Ramai pelanggan di pasar raya itu. (    )
          2. Banyak  pelanggan di pasar raya itu. ( X   )
          3. Ramai orang menonton konsert nasyid itu. (     )   Dalam peperiksaan
          4. Orang ramai menonton  konsert nasyid itu. (     )   sama [lebih tepat]
          5. Ustaz Aqil Hayy mempunyai banyak peminat (     )


17.    MeN-…-kan ( tidak perlu ada kata sendi / kata hubung )  KKT – Terus objek                             
         ber........... ( boleh ada kata sendi  )     KKTT – tidak perlu objek
          1. Cikgu Norida menceritakan tentang pengalamannya. ( X)
2. Cikgu Norida menceritakan  pengalamannya. (    )
          3. Cikgu Norida bercerita tentang pengalamannya. (    )
          4. Hambali sentiasa memikirkan masalah dirinya. (  )
          5. Hambali sentiasa berfikir masalah dirinya. ( X    )


18.     kata bantu dalam ayat pasif = SEBELUM ORANG
          1. Wau itu akan saya buat. (     )
          2. Wau itu saya akan buat. ( X    )
          3. Surat itu telah saya tulis. (    )
          4. Surat itu saya telah tulis. ( X   )
          5. Orang gila itu  pernah kamu lihat? (     )

19.    sebab   (KATA NAMA ABSTRAK)  
         kerana / oleh sebab ( KATA HUBUNG) /  oleh kerana  (  TIADA dalam b. Melayu)
          1. Jalil tidak datang ke sekolah sebab demam. ( X    )
          2. Jalil tidak datang ke sekolah kerana  demam. (     )
          3. Jalil tidak datang ke sekolah oleh sebab demam. (     )
          4. Jalil tidak datang ke sekolah oleh kerana demam. ( X    )
          5.  0leh sebab demam Jalil tidak datang ke sekolah.  (     )



20.    ia = ORANG
          1. Saya ada seekor kucing.Ia bernama Si Comel. (  x )
          2. Saya ada seekor kucing yang bernama Si Comel. (      )
          3. Kamus itu sangat mahal.Ia berharga RM60.00. ( X    )
          4. Bersikap rajin amat penting kerana ia menjamin kejayaan. ( X   )
          5. Kereta Savvy buatan Malaysia.Ianya sangat murah.( X    )

21.     ayat pasif = 7  jenis;  1.di....oleh,   2. di,    3.  kena....oleh,    4. kena..,
                              5. ter…..oleh,   6. ke….an,   7. tiada di oleh(KGND 1,2)
          1. Kuih itu dimakan oleh bapa. (     )
          2. Kuih itu dimakan bapa. (     )            (  Ayat pasif bagi KGND 3 dengan
          3. Kuih itu dimakan oleh bapa. (     )       imbuhan di......oleh, oleh boleh
                                                                              gugur)
4. Kuih itu termakan oleh bapa. (    )   ( Ayat pasif menggunakan imbuhan
                                                                    ter ....oleh tidak boleh gugur)
5. Kuih itu termakan  bapa. ( x    )
6. Kuih itu kena makan oleh bapa. (     )
7. Kuih itu kena makan  bapa. (     )
8. Pencuri itu tertangkap polis. ( x   )
9. Pencuri itu kena tangkap polis. (    )
10. Dia basah kuyup kerana kehujanan. (    )
11. Saya tertarik dengan keindahan tasik itu. ( x   )
12. Saya tertarik oleh keindahan tasik itu. (    )

22.    angka-huruf   =   ada   - ( Untuk memisahkan angka dan huruf)
          1. 1950an ( X   )
          2. 1950-an (    )
          3. 1950 – an ( X    )
          4. lima puluhan (    )
          5. lima puluh an ( X   )

23.     lain = di akhir ayat,  1x  ( Hukum DM  -Diterang –   D ( Fokus)
                                                                        Menerang – M ( Huraian fokus)
          1. masalah-masalah lain (    )
          2. lain-lain masalah ( x    )
          3. perkara-perkara lain (    )
          4. lain-lain perkara (  x  )
          5. hal-hal lain (  /  )



24.    akan = tiada imbuhan ( Selepas kata adjektif / kata kerja tidak perlu diikuti
                     akan )  
         imbuhan tidak boleh ditulis akan)
          1. menyayangi akan anaknya ( x   )
          2. sayang akan anaknya (    )
          3. sayang  anaknya ( x   )
          4. merindui ibunya (    )
          5. rindu akan anaknya (     )


25.     saling  = 1x,  ( tidak perlu diikuti kata ganda saling)
          1. Daud dan Arif saling kejar-mengejar (  x     )
          2. Daud dan Arif saling mengejar (     )
          3. Daud dan Arif kejar-mengejar (     )
          4. Perompak dan anggota polis itu saling menembak. (     )
          5. Perompak dan anggota polis itu tembak-menembak. (     )

26.    kata ganda bagi imbuhan pinjaman    =2x ( juruterbang digabungkan)
          1. juru-juruterbang (  x   )
          2. juruterbang-juruterbang (    )
          3. olahragawan-olahragawan (     )
          4. olah-olahragawan ( x    )
          5. seniman-seniman (     )

27.    kata ganda bagi kata nama   = 2x kata pertama
          1. guru-guru besar (    )    =banyak guru besar
          2. guru besar-guru besar ( x   )
          3. guru besar-besar (     ) =banyak guru yang besar
          4. alat-alat tulis ( x    )
          5. alat tulis-alat tulis (    )

28.    kata penguat bebas  = ( Hadir sama ada hadapan atau akhir  k. adjetif )
          1. sangat cantik (     )
          2. cantik sangat (     )
          3. amat kejam     (     )
          4. kejam amat     (     )
          5. bijak sungguh (     )




29.    sekali = tidak perlu ter dan paling
          1. KLCC tertinggi sekali. (  X )
          2. KLCC tertinggi. (   )
          3. KLCC tinggi sekali. (    )
          4. KLCC paling tinggi sekali . ( x   )
          5. KLCC tinggi sekali. (    )

30.   ku/ kau = 1 perkataan   ,kau tidak boleh di akhir,
                        tidak boleh ada  kah,  tiada imbuhan, perlu lengkap di permulaan ayat
                        yang membawa tugas sebagai subjek.
          1. Buku itu telah kuambil. (    )
          2. Buku itu telah kumengambil. ( x   )
          3. Ke mana  kaupergi tadi? (   )
          4. Itu adikkau? ( X    ) 
          5. Kausakitkah?(X)
         6. Kau patut menziarahi pesakit tersebut. ( x )
         7. Engkau patut menziarahi pesakit tersebut. (√)
         8. Ku telah membeli “Kamus Pelajar.” ( X )
         9. Aku telah membeli “Kamus Pelajar.”

31. kah =  kata tanya awal ayat mesti ada,di akhir ayat tidak perlu,
                di tengah boleh 
          1. Siapakah nama saudari? (   )
          2. Siapa nama saudari? ( x   )
3. Nama saudari siapa? (   )
          4. Nama saudari siapakah? ( x   )
          5. Yang manakah basikal kamu ? (    )
          6. Cikgu Ali sudah datangkah? (  x    )
          7. Cikgu Ali sudah datang ? (     )
          8. Sudah datangkah Cikgu Ali? (     )

32.    baharu =benda  /    baru= masa =PMR/SPM sama
          1. Abu Bakar memakai baju baharu. (    )
          2. Abu Bakar memakai baju baru. ( x    )
          3. Dia baru sampai pagi tadi. (    )
          4. Pengantin baru itu baru sampai dengan kereta baru. ( x   )
          5. Baru-baru ini, terdapat kes ragut di kampung saya.  (    )




33.        apa?    /  apa-apa   / mana?   / mana-mana / bila-bila / siapa-siapa
          1. Saya tidak tahu apa yang berlaku. ( x   )
          2. Saya tidak tahu apa-apa yang berlaku. (    )
          3. Kami tidak ke mana-mana semalam. (     )
          4. Kami tidak ke mana semalam. ( x    )
          5. Datanglah ke rumah saya bila ada masa. (  x   )

34.     ber-…-kan =kata sendi tidak perlu   /   ber ( perlu kata sendi )
          1. Orang tua itu tidur bertilamkan surat khabar lama. (    )
          2. Orang tua itu tidur bertilam surat khabar lama. ( x   )
          3. Orang tua itu tidur bertilamkan dengan surat khabar lama. ( x   )
          4. Ahli pengakap itu mencari jalan berpandukan peta. (     )
          5. Ayah tidur berbantalkan dengan lengan. ( x    )

35.    belaka = B 1 ( tdak perlu kata ganda selepasnya )
          1. Baju itu murah-murah belaka. ( _/ )
          2. Baju-baju itu cantik-cantik belaka. ( x   )
          3. Mereka bijak-bijak belaka. ( x   )
          4. Mereka bijak belaka. (    )
          5. Mereka-mereka  bijak-bijak belaka. ( x   )

36.    daripada….kepada   =perbezaan  / dari…..ke   =masa,jarak,tempat
          1. Markah Bahasa Melayunya telah meningkat dari 80% ke 90%. (x)
2. Markah Bahasa Melayunya telah meningkat daripada 80% kepada 90%.
          3. Harga minyak petrol telah naik daripada RM1.00 kepada RM1.10 seliter. ( )
          4. Harga minyak petrol telah naik dari RM1.00 kepada RM1.10 seliter. ( x   )
          5. Jarak dari Tapah ke Slim River ialah 50km. (     )

37.    boleh    =keizinan  /  dapat   =memperoleh,guna tenaga
          1. Kamu boleh balik setelah menyiapkan kerja itu. (  )
          2. Selepas kakinya sembuh,dia boleh menunggang basikal. ( x   )
          3. Dia boleh menjawab soalan itu dengan tepat. ( x    )
          4. Dia dapat menjawab soalan itu dengan tepat. (     )
          5. Apabila membaca surat khabar, kita boleh mengetahui
             pelbagai berita terkini. ( x   )






38.    kata bantu= boleh bersama
          1. Saya belum pernah makan durian. (    )
          2. Adik Lily masih belum bersekolah. (    )
          3. Karim masih sedang menulis surat.(    )
          4. Yati sudah pernah melawat Jepun. (    )
          5. Puan Kok sedang hendak ke pasar. (    )

39.    sekalian = B 1 ( Sudah membawa maksud jamak tidak perlu dijamakkan lagi)
          1. Para hadirin sekalian, ( x    )
          2. Hadirin sekalian, (     )
          3. Hadirin yang dihormati, (    )
          4. Hadirin yang dihormati sekalian,  (    )
          5. Tuan-tuan dan puan-puan, (    )

40.     hanya   / sahaja  = tidak boleh bersama
          1. Lamin akan berada di Ipoh hanya seminggu sahaja. ( x   )
          2. Lamin akan berada di Ipoh hanya seminggu. (    )
          3. Lamin akan berada di Ipoh seminggu sahaja. (    )
          4. Hanya Shi Mei yang lulus ujian itu. (    )
          5. Shi Mei sahaja yang lulus ujian itu. (    )

41.    1. alat penghawa dingin ( x   )
2. alat hawa dingin ( x    )
3. pendingin hawa (      )   = hawa yang panas perlu didinginkan justeru
4. penghawa dingin (  x  )        perlu alat pendingin.
5. penyaman udara (    )

42.    1. nasionalisma ( x    )
          2. nasionalisme (     )   isme bukan isma
          3. plasma (    )
          4. plasme (  x  )
          5. patriotisme (    )

43.    kami sekeluarga / kami semua / kita semua=  tidak perlu ulang B
          1. Saya dan keluarga akan berkelah di Teluk Batik. (    )
              Kami sekeluarga akan pergi esok. ( x    )
          2. Saya dan keluarga akan berkelah di Teluk Batik. (     )
              Kami  akan pergi esok. (     )
          3. Kami semua akan  berkelah di Teluk Batik. ( x    )
          4. Kami  akan  berkelah di Teluk Batik. (    )
          5. Kita semua haruslah bekerjasama. ( x   )
44.    di = sudah tiba,sedia ada   /   ke belum tiba
          1. Mereka sudah sampai di Tapah. (     )
          2. Mereka sudah sampai ke Tapah. ( x    )
          3. Apabila mereka tiba di tepi pantai, mereka pun membina khemah. (    )
          4. Apabila mereka tiba ke tepi pantai, mereka pun membina khemah. (  x   )
          5. Kami akan pergi ke sana sebentar lagi. (     )


45.    1. menengok televisyen (  )
          2. menonton televisyen  (  )
          3. memotong getah         (  x   ) =  lisan ( Bahasa buka rasmi )
          4. menoreh getah            (  )
          5. menggantung baju di ampaian ( x   ) = menyidai

46.     manakala = 2, 3.. orang    /   sementara=  1 orang
          1. Ibu menanak nasi sementara kakak saya menyiang ikan.(x)
          2. Ibu menanak nasi manakala kakak saya menyiang ikan.
          3. Azmi membaca buku sementara menunggu bapanya pulang. (    )
          4. Sementara menunggu bapanya pulang, Azmi membaca buku.( √ )
     5. Danny menyapu sampah manakala Halim mencuci tandas. (   )

47. atas=bukan tempat    /   di atas  = tempat
     1. Terima kasih atas pertolongan saudara. ( _/   )
     2. Terima kasih di atas pertolongan saudara. ( x   )
     3. Tahniah di atas kejayaan kamu. ( x   )
     4. Buku kamu ada di atas meja itu. (  _/  )
     5. Burung berterbangan di atas awan. ( x   )

48. kata tanya dalam ayat penyata = tidak boleh
     1. Saya tidak tahu siapa namanya. ( x   )
     2. Saya tidak tahu namanya. (    )
     3. Polis akan menangkap siapa yang mencuri. (  x   )
     4. Saya tidak tahu di mana Cikgu Shaari tinggal.(  x    )
     5. Saya tidak tahu tempat tinggal  Cikgu Shaari. (   )

49. tidak   =kata kerja,kata adjektif   /  bukan=  kata nama,
     1. Dia bukan abang saya. (   )
     2. Komputer ini bukan berat.(  x   )
     3. Soalan ini bukan susah. (  x   )
     4. Soalan ini tidak susah. (    )
     5. Gillian tidak suka bermain bola sepak. (    )
50.    mempunyai  = untuk orang,haiwan   /   terdapat   /  ada
     1. Sekolah saya mempunyai  sebuah padang. (  x   )
     2. Sekolah saya terdapat  sebuah padang. (     )
     3. Sekolah saya ada  sebuah padang. (     )
     4. Semua serangga  mempunyai  enam kaki. (    )
     5. Saya mempunyai empat orang anak. (    )


51.      untuk    = diperuntukkan sesuatu
           bagi      = mendapat sesuatu,pendapat,boleh tukar ganti dengan ‘untuk’ (kaji   
                           ayatnya)  

     1. Itulah satu pengalaman indah untuk diri saya. (  x  )
     2. Itulah satu pengalaman indah bagi diri saya. (      )
          3. Bagi diri saya itulah satu pengalaman indah. (    )
     4. Pasukan tentera berjuang demi untuk negara. (  x  )
     5. Asrama itu adalah bagi pelajar-pelajar tingkatan 1.(     )

52. kata-kata singkat
     1. tak mau          =_____tidak mahu_______
     2. tak tau            =_____tidak tahu___
     3. nak pi              =_____hendak pergi
     4. mak saya        =____  emak saya____
     5. tuk saya         =____  datuk saya________
     6. dah tau           =____  sudah tahu________
     7. kak saya         =____  kakak saya________
     8. tak nak           =____  tidak hendak______
     9.   keta tu          =____kereta itu________
     10. mai sini         =____mari sini_________

53. adakah  = ya,tidak    /  apakah  =benda,perkara,haiwan
     1. Adakah kamu sakit? (   )
     2. Apakah kamu sakit? (  X   )
     3. Apakah nama haiwan itu? (     )
     4. Adakah yang ada di dalam kotak itu? (  X   )
     5. Apakah yang terjadi?  (    )





54.   dan sebagainya =sama jenis  /   dan lain-  
        lain lagi= berlainan jenis
     1. Nelayan itu mendapat banyak ikan seperti ikan pari, ikan
         parang dan sebagainya. (     )
     2. Nelayan itu mendapat banyak ikan seperti ikan pari, ikan
         parang dan lain-lain lagi. (   x  )
     3. Kamus, buku rujukan, buku cerita dan lain-lain lagi  ada di dalam
        perpustakaan itu. ( x   )
     4.Kamus, buku rujukan, buku cerita dan sebagainya   ada di dalam
        perpustakaan itu. (     )
 5.Buah-buahan tidak bermusim adalah seperti nanas,ciku, pisang dan lain-lain
    lagi.(  x )


Text Box: Kata Majmuk Mantap
antarabangsa             setiausaha
beritahu                       sukarela
bumiputera                 suruhanjaya
jawatankuasa             tandatangan
kakitangan                  tanggungjawab
kerjasama                   warganegara
olahraga                       pesuruhjaya
matahari
Lain-lain perkataan ditulis terpisah
Rujuk m/s 134 & 135 T.Bahasa Dewan
Edisi Ketiga

55.    raya = 2 perkataan kecuali dijadikan nama khas( Selalunya nama tempat )
     1. pasar raya (   )
     2. pasaraya    ( x  )
     3. bandar raya (    )
     4. Bandaraya Kuala Lumpur (    )
     5. Bandar Raya Kuala Lumpur ( x  )
     6. Bandaraya Ipoh (    )
     7. pilihan raya (  )
     8. jalan raya (    )
     9. hari raya (    )
     10. lebuhraya ( x   )




56.    goreng   = nak makan / goreng apa?
Rujuk Hukum DM
 
1. Saya suka goreng pisang. (  x    )
2. Saya suka  pisang goreng. (     )
     3. Tolong goreng pisang itu. (     )
     4. Goreng pisang itu digoreng oleh ibu saya. ( x    )
     5. Saya suka menggoreng pisang. (     )






57.    kepada  /   ke = tidak perlu selepas kata kerja kecuali melaporkan,  
                                melancong
     1. memberitahu kepada Cikgu Siti (  x   )
     2. memberitahu Cikgu Siti (    )
     3. melawat ke Kuala Lumpur (  x   )
     4. melawat ke datuknya (  x   )
     5. melaporkan kepada pihak polis (     )      

58.    ter =  ada sangat atau K. Pgt,salah diletakkan pada K. Adj
1. Dia tersangat nakal. (     )
2. Dia sangat ternakal. (  x   )
3. Baju itu amat termahal. (  x   )
4. Baju itu amat mahal. (    )
5. Baju itu termahal. (     )

59.    ke……ke  /  untuk…..untuk….. / di……di   = 2x ( Perlu seimbang )
          1. Saya tidak tahu  sama  ada dia ke Ipoh atau ke Johor. (     )
          2. Saya tidak tahu  sama ada dia ke Ipoh atau  Johor. (  x  )
          3. Hadiah ini adalah untuk ibu bukan ayah. (  x   )
          4. Hadiah ini adalah untuk ibu bukan untuk ayah. (      )
          5. Kami tidak pasti sama ada kakak kamu ada di kantin
              atau perpustakaan. ( x   )

60.     se……  /  se…..se = 2x   ( Perlu seimbang )
          1. dari masa ke semasa (  x    )
          2. dari semasa ke semasa (   )
          3. dari masa ke masa (     )
          4. dari hari ke hari  (     )
          5. dari hari ke sehari (  x  )

61.    setengah  = ½  ( Tidak boleh untuk orang)  / sesetengah   = jumlah,sebilangan
          1. Setengah orang tidak suka akan durian. (   x  )
          2. Sesetengah orang tidak suka akan durian. (      )
          3. Setengah-setengah  orang tidak suka akan durian. (    )
          4. Setengah-tengah orang tidak suka akan durian. (  x   )
          5. Setengah daripada sebuku roti itu dimakan Arif. (    )





62.     beberapa  = jumlah  /  berapa   = soalan ( Kata soal)
          ( Kata bilangan  beberapa perlu diikuti dengan penjodoh bilangan walaupun  
            tidak boleh dibilang kerana merupakan sesuatu kekecualian)
          1. Beberapa orang pelajar telah menyertai kursus itu. (     )
          2. Beberapa  pelajar telah menyertai kursus itu. (  x  )
          3. Berapa orang pelajar telah menyertai kursus itu. ( x   )
          4. Berapa orang pelajarkah telah menyertai kursus itu? (     )
          5. Beberapa hari yang lalu, saya tidak sihat. (     )

63.    =  Hukum DM    D= Diterang    ( Fokus – apa yang hendak diperkatakan)
                                   M=Menerang  ( Huraian Fokus- huraian tentang apa yang
                                                            diperkatakan)
1. bas mini (    )
2. mini bas (  x  )
3. sos cili   (    )
4. cili sos   (  x  )
5. Aminah Kedai Jahit (  x   )

64.   telur apa ? ayam apa ? daging apa?
Perlu merujuk kepada makna dan Hukum DM
 
        1. ayam telur (     )
        2. telur ayam (     )
        3. ayam daging (    )
        4. daging ayam (     )  
        5. kuning telur  ( √ )

65.   1. Bahasa Melayu (    ) = nama khas bagi mata pelajaran
        2. bahasa Melayu (     ) = nama am bagi  bahasa
        3. berbahasa Melayu (      )
        4. berBahasa Melayu (   x  )

66.   benda  + orang
        1. bapa kereta (  x  )
        2. kereta bapa  (     )
        3. saya punya wang (  x    )
        4. wang saya (      )                          

 67.   kata ganda separa + ber…an =  B 1, 1 B
          1. dedaun berguguran (  x   )
          2. daun berguguran (    )
          3. lelayang bergantungan (     )
          4. layang-layang bergantungan (     )
          5. kekacang bertaburan (  x   )

68.    selain  = tidak perlu diikuti daripada, dari
          1.  Selain daripada mengaji, dia juga terpaksa mengulang kaji hari ini. (  x   )
          2.  Selain dari mengaji, dia juga terpaksa mengulang kaji hari ini. (  x   )
          3.  Selain mengaji, dia juga terpaksa mengulang kaji hari ini. (     )
          4.  Kita mestilah rajin.Selain itu,kita haruslah berani.  (     )
          5.  Kita mestilah rajin.Selain dari itu,kita haruslah berani ( x  )

69.   (0rang)  menghiaskan  /   (Benda)  menghiasi    /(benda) mengotori
        (orang)  mengotorkan
          1. Mereka sedang menghiaskan pentas  itu. (     )
          2. Mereka sedang menghiasi pentas  itu. (  x   )
          3. Pelbagai bunga menghiaskan pentas itu. (  x   )
         4. Pelbagai bunga menghiasi pentas  itu. (     )  
         5. Adik mengotori lantai itu. (  x    )

70.   penjodoh bilangan
         1. seketul pemadam
         2. seutas tali leher
         3. sebuah jam dinding         
         4. sepuluh butir telur ayam (     )
         5. lima buah rumah-rumah  ( x    )


71.    saja, juga , lagi  = di akhir
          1.  Rumah saya rumah batu juga.(    )
          2.  Rumah saya juga rumah batu.(  x   )
          3.  Gadis itu tersenyum saja. (     )
          4.  Gadis itu saja tersenyum. (   x  )
          5.  Haji Ali ke Makkah lagi.(     )
72.    kata penguat  (tidak perlu)  +  kata ganda berirama
          1.  Rambut Afiqah sangat kusut-masai. ( x    )
          2.  Rambut Afiqah kusut-masai. (     )
          3.  Suasana di pasar malam itu sungguh riuh-rendah. (  x    )
          4.  Suasana di pasar malam itu riuh-rendah. (     )
          5.  Jalan raya ke Cameron Highlands bengkang-bengkok. ( √ )




73.    berkali-kali / berulang kali = B  1 , 1  B
          1.  Danny menggeleng-geleng kepalanya berkali-kali kerana tidak bersetuju.( x )
          2.  Danny menggeleng-geleng kepalanya kerana tidak bersetuju (     )
          3.  Danny menggeleng kepalanya berkali-kali kerana tidak bersetuju (     )
          4.  Ramli mengangguk-angguk berulang kali. (  x   )
          5.  Ramli mengangguk berulang kali. (     )

74.     dia  (betul)    /    dai (salah)
          1.  diari (    )
          2.  dairi (  x   )
          3.  dailek (  x   )
          4.  dialek(     )
          5.  dialog(     )

75.    di  = tempat   /  pada = benda
          1.  Ada setompok darah di bajunya. (   x    )
          2.  Ada setompok darah pada bajunya. (      )
          3.  Doktor membalut luka pada kakinya. (    )
          4.  Doktor membalut luka di  kakinya. (  x   )
          5.  Jangan bersandar di dinding itu. (  x   )

75.    ayat songsang
Cuma berlaku perubahan kedudukan samada perkataan  atau frasa.
Tidak melibatkan perubahan kata kerja atau
imbuhan.

 
1. pendepanan frasa kerja transitif,
2. pendepanan frasa kerja tak transitif
3. pendepanan frasa adjektif
4. pendepanan frasa sendi/kata hubung
1.  Sedang membaca buku murid itu. (    )
          2.  Tertidur Mawi di situ. (     )
          3.  Sungguh besar sekolah itu.(       )
          4.  Ke Mekah lagi Haji Ali. (     )
          5.  Ke Ipoh Cikgu Haslina pagi tadi. (     )


76.  (pesakit)  menjalani  /  (doktor)  menjalankan
          1. Doktor Tan sedang menjalankan pembedahan itu.(  )
          2. Doktor Tan sedang menjalani pembedahan itu. ( x )





77.    dia      = rakan; walaupun sebagai ketua kelas  /  
         beliau = ada pangkat,jawatan  (tidak semestinya terkenal sahaja) 
          1.  Ketua Kelas 6 Merah ialah Ali. Dia baik hati. (     )
          2.  Ketua Kelas 6 Merah ialah Ali. Beliau baik hati.  (  x    )
          3.  Amalina pelajar terbaik SPM. Dia memang rajin. (  x   )
          4.  Amalina pelajar terbaik SPM. Beliau memang rajin. (    )
          5.  Amalina pelajar terbaik SPM. Ia memang rajin. (     )

78.    Guru Besar  = nama khas jawatan   
         guru besar   = kata majmuk / umum / am
          1.  Bapa saya  guru besar.(     )
          2.  Bapa saya  Guru Besar di SK. Gunung Rapat.  (     )
          3.  Semua guru besar sedang bermesyuarat. (     )
          4.  Semua guru penolong kanan sedang bermesyuarat. (      )
          5.  Guru Penolong Kanan sekolah saya baik hati. (     )

79.    kata bilangan   +  penjodoh bilangan tidak perlu kecuali ‘beberapa’)
Kata bilangan yang tentu
( boleh dibilang)  saja perlu penjodoh bilangan K.B tak tentu tidak perlu penjodoh bilangan kecuali beberapa.
 
          1. sebahagian orang murid(  x   )
          2. sebahagian murid (     )
          3. segala ekor binatang (  x    )
          4.  segala binatang  (     )
          5.  setiap orang rakyat (   x    )

80.    agar   /   supaya  /  jika  / sekiranya = 1x
          1.  Saya berdoa agar supaya Fatin berjaya.(  x   )
          2.  Saya berdoa  supaya Fatin berjaya. (     )
          3.  Saya berdoa agar Fatin berjaya. (     )
          4.  Jika sekiranya saya terlupa,tolong hubungi saya.(  x   )
          5.  Jika  saya terlupa,tolong hubungi saya (     )


81.    pra / tata /  swa / maha / tuna/ pro/ anti/ sub/ eka/ pasca/ dwi/
         ( Imbuhan  Sanskrit /Inggeris/Yunani perlu dicantumkan dengan perkataan)
         ( Perlu ada sengkang – jika membawa maksud kata nama khas)
         1. Rahmat amat gembira kerana berjaya mengikuti program pra siswazah ( x )
         2. Rahmat amat gembira kerana berjaya mengikuti program prasiswazah ( )
         3. Pegawai  polis itu dikenakan tindakan tatatertib (  )
         4. Pegawai  polis itu dikenakan tindakan tata tertib (  x  )
         5. Sukan Pra-Olimpik Beijing menjadi tumpuan peminat sukan dunia. ()
         6. Sukan Praolimpik Beijing menjadi tumpuan peminat sukan dunia. ( X )

         contoh – swadaya ( layan diri ),  swatenaga ( tenaga sendiri)
                     -   maharani
                     -   prokerajaan, promajikan
                     -   pro-Malaysia, anti-Israel

82.    supaya / bahawa  (melibatkan dua ayat – ayat induk ( boleh berdiri sendiri)
                                                                           - ayat kecil ( tidak boleh berdiri sendiri)
                                        berfungsi untuk memancangkan dua ayat berkenaan agar
                                        gramatis.       
1)   Semua pelajar tahu dia anak hartawan  ( X )
2)   Semua pelajar tahu bahawa dia anak hartawan ()
3)   Ayah berdoa agar ibu cepat sembuh ()
4)   Ayah berdoa ibu cepat sembuh ( X )
5)   Saya mengatakan yang dia sakit ( X )
6)   Saya tidak tahu yang dia anak hartawan ( X )
7)   Saya mengatakan bahawa dia sakit ()
8)   Saya tidak tahu bahawa dia sakit (√)

POLA AYAT DALAM BAHASA MELAYU
FRASA NAMA + FRASA NAMA
FRASA NAMA + FRASA KERJA
FRASA NAMA + FRASA ADJEKTIF
FRASA NAMA + FRASA SENDI

FRASA NAMA
FRASA NAMA
Ali
bapa saya

FRASA NAMA
FRASA KERJA
Bapa mereka
sedang berehat

FRASA NAMA
FRASA SENDI
Pejabat  ayah
di  Kuala Kurau

FRASA NAMA
FRASA ADJEKTIF
Anak kakak
sangat nakal

                                       




RAHSIA  BINA AYAT

RAHSIA 1 : AYAT AKTIF
Siapa
Buat apa
Di mana
mengapa
Aqil
sedang membaca buku
di biliknya
untuk menambahkan ilmu pengetahuannya.
Kakak
 menanam pokok bunga
di halaman rumah
kerana hendak mencantikkan halaman rumah.
Seorang budak lelaki
sedang membeli air tebu
di sebuah gerai
kerana  dahaga.

RAHSIA 2 : AYAT PASIF : KATA GANTI NAMA 1 & 2 (tiada di,oleh)
Benda
KGN 1 & 2(siapa)
buat apa
bila
Kuih itu
Saya
makan
pagi tadi.
Beg itu
Kamu
Beli
semalam.

Aku
Tulis


awak
Buat


RAHSIA 3 : AYAT PASIF : KATA GANTI NAMA 3 /PELAKU
Benda
di…oleh
KGN 3(siapa)
bila
Kuih itu
dimakan oleh
abang saya
pagi tadi.
Beg itu
dibeli oleh
beliau
semalam.

ditulis oleh



dibuat oleh




RAHSIA 4: AYAT TANYA BIASA

Subjek
Prediket/Kata Tanya ( Tanpa kah)
Orang itu
siapa?


RAHSIA 5 : AYAT SONGSANG TANYA

Ayat Tanya/ Prediket
Subjek
Siapakah
orang itu?

SELAMAT MALAM. SAYA DAH MENGANTUK SANGAT. SAMBUNG ESOK.
INSYAALLAH SEKIRANYA ALLAH MEMBERI KEKUATAN UNTUK SAYA
MENYAMBUNG LAGI TUGASAN.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

terima kasih sbb wujudkan laman ni. sangat membantu!terima kasih banyak cikgu

Cikgu berkata...

Berguna dan bermanfaat 👏👏

Unknown berkata...

Assalamualaikum ckg nota yg ckg buat nie sangat membantu saya saya mendoakan agar ckg dimurahkan rezeki,panjang umur,sihat selalu dan pelbagai manfaat diberikan Allah SWT kepada cikgu.