| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Contoh Soalan Peperiksaan
1. Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa
kesalahan bahasa. Kenal
pasti
kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis semula ayat
berkenaan tanpa mengubah struktur
dan maksud asalnya.
i. Kesediaan kertas kerja paling penting sekali
dalam apa-apa jua
projek agar perlaksanaannya dapat berjalan lancar.
ii. Bahasa Melayu dapat menjadikan teras penumbuhan
kebudayaan
nasional di dalam negara yang berbilang kaum.
Jawapan:
i. Penyediaan
kertas kerja paling penting dalam apa-apa jua projek
agar
pelaksanaannya dapat berjalan lancar.
ii. Bahasa Melayu dapat dijadikan teras pertumbuhan
kebudayaan
nasional di negara yang berbilang kaum.
2. Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa
kesalahan bahasa. Kenal
pasti
kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis semula ayat
berkenaan tanpa mengubah
struktur dan maksud asalnya.
i.
Kanak-kanak yang berusia sepuluh setengah tahun itu memperolehi
hadiah khas kerana kemampuannya menguasai bidang Teknologi
Maklumat dan Komunikasi ( ICT ).
ii. Perabut
yang dibeli oleh saya itu diimport daripada luar negeri.
Jawapan:
i.
Kanak-kanak yang berusia sepuluh tahun setengah itu memperoleh
anugerah khas kerana kemampuannya menguasai bidang Teknologi
Komunikasi dan Maklumat ( ICT ).
ii. Perabot yang saya beli itu
diimport dari luar negeri.
3. Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa
kesalahan bahasa. Kenal
pasti kesalahan-kesalahan
itu dan betulkan dengan menulis semula ayat
berkenaan tanpa mengubah
struktur dan maksud asalnya.
i. Kain sutera-kain sutera yang terjual di
butik itu sangat cantik sekali.
ii. Baju kurung yang emak jahit itu saya
akan pakai di pagi hari raya.
Jawapan:
i.
Kain-kain sutera yang dijual di butik itu sangat cantik.
ii. Baju kurung yang dijahit oleh
emak jahit itu akan saya pakai pada pagi
hari
raya.
Latihan 1
Dalam setiap ayat di bawah terdapat
beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti
kesalahan-kesalahan itu dan betulkan
dengan menulis ayat itu semula tanpa
mengubah struktur dan maksud asalnya.
1. Ali ditugas sebagai Pengarang di akhbar Utusan
Melayu semenjak lapan
tahun yang lalu.
2. Hana berkecimpung di dalam bidang peternakan
itik, rusa dan Angsa sejak
kecil lagi.
Latihan 2
Dalam setiap ayat di bawah
terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti
kesalahan-kesalahan itu dan betulkan
dengan menulis ayat itu semula tanpa
mengubah struktur dan maksud asalnya.
1. Asean dianggota oleh Malaysia, Indonesia,
Thailand, Filipina, Berunai,
Vietnam, Singapura, Laos,
myanmar, dan kemboja.
2. Menurut percayaan masyarakat Melayu, sang
kancil adalah binatang yang
pintar.
Latihan 3
Dalam setiap ayat di bawah terdapat
beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti
kesalahan-kesalahan itu dan betulkan
dengan menulis ayat itu semula tanpa
mengubah struktur dan maksud asalnya.
1. Tabeat merokok bagi wanita hamil akan bahayakan
kesihatan dan
keselamatan bayi yang di
kandung.
2. "Keahlian aku di dalam persatuan ini sudah
berlangsung selama enam
tahun," berkata
pensyarah tersebut.
Latihan 4
Dalam setiap ayat
di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti
kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa
mengubah struktur
dan maksud asalnya.
1. "Sekolah saya akan adakan satu
persembahan anekaragam," kata Alias
kepada ibunya.
2. Kami hendaklah senantiasa berwas pada terhadap
anasir negatif kalangan
ahli persatuan ini.
Latihan 5
Dalam setiap ayat
di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti
kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa
mengubah struktur
dan maksud asalnya.
1. Kita bagai pihak kerajaan akan terus berusaha
membangun ekonomi negara.
2. Gejala cetak rompak boleh lumpuhkan industri
seni utamanya industri muzik
dan perfileman tanahair.
Latihan 6
Dalam setiap ayat di bawah terdapat
beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti
kesalahan-kesalahan itu dan betulkan
dengan menulis ayat itu semula tanpa
mengubah struktur dan maksud asalnya.
1. "Dimanakah awak letakkan gergaji yang
telah gunakan tadi?" tanya Ramzi
kepada anaknya.
2. "Engkaulah Wakil Jualan yang perlu saya
tunggu-tunggu?" kata Linggam
kepada lelaki itu.
Latihan 7
Dalam setiap ayat
di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti
kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa
mengubah struktur
dan maksud asalnya.
1. Pastikan awak mencatit nama dan angka giliran
pada kertas jawap tersebut.
2. Pengurus Pemasaran akan sentiasa membantu
engkau di dalam
melaksanakan tugas-tugas
tersebut.
Contoh Jawapan
Latihan 1
1. Ali ditugaskan/bertugas sebagai pengarang
di Akhbar Utusan Melayu
semenjak lapan tahun yang
lalu.
2. Hana berkecimpung dalam bidang penternakan
itik, rusa dan angsa
sejak kecil lagi.
Latihan 2
1. Asean dianggotai oleh Malaysia,
Indonesia, Thailand, Filipina, Berunai,
Vietnam, Singapura, Laos, Myanmar,
dan Kemboja.
2. Menurut kepercayaan masyarakat Melayu, Sang
Kancil adalah binatang
yang pintar.
Latihan 3
1. Tabiat merokok bagi wanita hamil akan membahayakan
kesihatan dan
keselamatan bayi yang dikandung.
2. "Keahlian saya dalam
persatuan ini sudah berlangsung selama enam
tahun," kata
pensyarah tersebut.
Latihan 4
1. "Sekolah kami akan mengadakan satu
persembahan aneka ragam," kata
Alias kepada ibunya.
2. Kita hendaklah senantiasa berwaspada
terhadap anasir negatif di
kalangan ahli persatuan ini.
Latihan 5
1. Kami sebagai pihak kerajaan akan
terus berusaha membangunkan
ekonomi negara.
2. Gejala cetak rompak boleh melumpuhkan
industri seni terutamanya
industri muzik dan
perfileman tanah air.
Latihan 6
1. "Di manakah kamu letakkan
gergaji yang telah digunakan tadi?" tanya
Ramzi kepada anaknya.
2. "Engkaukah Wakil Jualan yang perlu kami
tunggu-tunggu?" tanya Linggam
kepada lelaki itu.
Latihan 7
1. Pastikan kamu mencatat nama
dan angka giliran pada kertas jawapan
tersebut.
2. Pengurus pemasaran akan sentiasa
membantu kamu dalam
melaksanakan tugas-tugas
tersebut.
KESALAHAN
LAZIM BM SPM
SALAH
PEMBETULAN
KATA
KERJA TRANSITIF
Kata Kerja Transitif
a. Bagi kata kerja transitif, iaitu
makan dan minum yang menerima unsur objek berupa bentuk singkat -Nya,
awalan meN-
perlulah digunakan;
“Kami sekeluarga suka makannya.”
beritahuku kepada Pak Man
“Kami
sekeluarga suka memakannya.” beritahuku kepada Pak Man
b. Imbuhan seperti meN-, mempeR-,
meN-…-I tidak boleh digugurkan dalam penggunaan ayat aktif;
Pelajar-pelajar
yang langgar disiplin sekolah itu didenda oleh pengetua
Pelajar-pelajar
yang melanggar disiplin sekolah itu didenda oleh pengetua
c. Kata kerja transitif mesti
diikuti oleh frasa nama atau kata nama sebagai objek. Oleh itu, kata selain
daripada
kata nama tidak
boleh hadir selepas kata kerja tersebut;
Pak Sudin
berhasrat untuk membesarkan lagi rumah pusaka itu
Pak Sudin
berhasrat untuk membesarkan rumah pusaka itu
d. Hanya kata hubung bahawa yang
boleh hadir selepas kata kerja transitif dalam binaan ayat majmuk aktif;
Dia mengatakan
dia tidak dapat menghadiri mesyuarat di Pulau Langkawi
Dia mengatakan bahawa
dia tidak dapat menghadiri mesyuarat di Pulau Langkawi
e. Hanya kata kerja transitif
mencuba dan membantu boleh hadir sebelum kata kerja transitif yang lain dalam
binaan ayat
aktif;
Manisah ingin sekali cuba
memakai baju baru yang ditempahnya minggu lalu
Manisah ingin
sekali mencuba memakai baju baru yang ditempahnya minggu lalu
f. Perbezaan antara apitan
meN-…-kan dengan meN-…-I merujuk kepada satu objek.
- Apabila
objek yang mengalami tindak balas hasil sesuatu perbuatan maka apitan meN-…-kan
digunakan.
- Apabila
subjek yang bertindak balas ke atas sesuatu apitan meN-…-kan digunakan.
Dalam acara itu Ahmad
telah mendahulukan peserta-peserta lain
Dalam acara
itu Ahmad telah mendahului peserta-peserta lain
g. Kata kerja berapitan meN-…-kan
menunjukkan maksud bahawa objek mengalami tindak balas akibat perbuatan
iaitu mengalami
perpindahan;
- Kata kerja
berapitan meN-…-kan hanya boleh menerima satu objek sahaja selepasnya.
Mak Temah membungkusi
Roslinda nasi lemak
Mak Temah membungkuskan
nasi lemak untuk Roslinda
h. Kata kerja apitan meN-…I
menunjukkan bahawa objek yang dikenai perbuatan tidak mengalami tindakbalas,
iaitu berada pada
satu tempat sahaja (subjek);
- Kata kerja
berapitan meN-…I boleh menerima dua objek berturutan.
Mak Temah membungkuskan
nasi lemak untuk Roslinda
Mak Temah membungkusi
Roslinda nasi lemak
i. Perbezaan antara apitan
meN-…-kan dengan meN-…-I merujuk kepada dua objek;
- Apitan meN-…-I
menerima objek tepat yang bernyawa selepasnya.
- Apitan
meN-…-kan akan menerima objek tepat yang tidak bernyawa selepasnya.
Tuan hakim menjatuhi
hukuman mandatori keatas pengedar dadah itu
Tuan hakim menjatuhkan
hukuman mandatori ke atas pengedar dadah itu
j. Perbezaan antara meN-
dengan meN-…-kan merujuk kepada dua objek;
- Perbuatan yang
dilakukan menyatakan fikiran atau perasaan dengan tulisan, kata kerja transitif
berawalan meN- hanya menerima satu objek selepasnya.
- Perbuatan
menulis untuk seseorang, kata kerja transitif berapitan meN-…-kan boleh
menerima dua
objek
berturutan, iaitu objek tepat diikuti oleh objek sipi.
Suhaili melukiskan pemandangan pada waktu senja di tepi pantai
Suhaili melukis pemandangan pada waktu senja di tepi pantai
Agen, Ejen & Agenda
1. Agen = bahan atau organisma yang dapat mempengaruhi atau memberi kesan langsung kepada sesuatu tindak balas. Con: agen pencemaran, agen pengoksidaan 2. Ejen = orang dan lain-lain yang menjalankan Con: ejen eksport, ejen perkapalan 3. Agenda = program sesuatu mesyuarat yang formal (* Perlu diingat tiap-tiap satu mesyuarat hendaklah mempunyai satu atau sesuatu agenda sahaja. * Sesuatu agenda mempunyai beberapa perkara untuk dibincangkan dalam mesyuarat itu.) Con: Agenda Mesyuarat Jawatankuasa Bilangan 3 Persatuan Belia Pulau Sebang adalah seperti berikut: 1. Ucapan alu-aluan Pengerusi 2. Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Jawatankuasa ke-2 yang lalu 3. Perkara-perkara berbangkit 4. Kegiatan Sukan 4.1 Sukaneka Keluarga 4.2 Pertandingan bola sepak antara mukin 5. Hal-hal lain 5.1 … 5.2 … 6. Ucapan penangguhan _______________________________________________________________ Antara, “di antara”, dengan, “antara” “Antara” digunakan = menunjukkan perbandingan (Con: Antara Johor dan Singapura,banyak perbezaannya.) = biasanya diikuti oleh kata nama am yang tidak perlu diulang. ( con: Pertandingan debat antara maktab perguruan Malaysia. ‘bukannya’ Pertandingan debat di antara Maktab A dengan Maktab B. (maktab A dan B adalah kata nama am yang diulang) = kata ganda yang dapat mengalami penggandaan separa seperti adik-beradik. (con: mereka berbincang antara adik-beradik.) “ di antara” digunakan = menunjukkan kedudukan fizikal atau arah. Con: Tambak Johor terletak di antara Johor bahru dengan Singapura. Lif itu terhenti di tengah-tengah di antara tingkat dua dengan tingkt tiga. Nota: 1. “di antara” & “antara” hanya diikuti dengan kta sendi nama dengan atau hingga bukan kata hubung dan. 2. Kata hubung dan hanya dapat digunakan apabila kata nama “antara” diikuti oleh lebih daripada dua frasa nama.
1. ulam-ulam/ulaman (perempuan
simpanan / gundik)
2. ulam-ulaman (sayur) 3. para-para (rak) 4. gerombolan (sesuai digunakan untuk penjahat/penjenayah (kumpulan yang jahat) 5. jarang-jarang (kadang-kadang) 6. sahur (makan sebelum subuh) 7. sarapan (makan pada waktu pagi) 8. kudapan (minum pagi (10 pagi) 9. merarau (makan tengah hari) 10. mengombe (makan petang) 11. menggabi (makan malam) 12. menuruk (makan tengah malam (supper) invesmen (labur/simpan) hadirat (tempat duduk tetamu di Istana) patik (anak anjing) kaos (tapak kaki) ahli (pakar/hebat) kakitangan (simpulan bahasa)
Budak sekolah itu menoleh ke kiri
dan kanan (salah)
Budak itu menoleh ke kiri dan ke kanan (betul) membincangkan akan hal itu (salah) membincangkan tentang hal itu. (betul) Berbincang akan hal itu. (salah) Berbincang tentang hal itu. (betul) dengan/dalam lain perkataan. (salah) dengan perkataan lain (betul) hadirin hadirat sekalin (salah) hadirin sekalian (betul) balik kampung (salah) balik ke kampung (betul) - kata kerja transitif mesti ada kata hubung (ke, pada dll) mertua (salah) mentua (betul) jangan pandang belakang (salah) jangan pandang ke belakang (betul) Saya melaporkan dari Bukit Jalil. (salah) Saya melaporkan berita dari Bukit Jalil. (betul) mulai dari sekarang. (salah) mulai sekarang (betul) Bermula dari sekarang (betul) Ahli bomba (salah) Anggota bomba (betul) - 'Ahli' digunakan untuk yang pakar/hebat sahaja. baharu - bermaksud 'new'(kata adjektif)con: Terbaharu di pasaran baru - bermaksut 'just'(kata tugas)con: Baru makan
salah satu daripada (salah)
salah satu (betul) selain dari/daripada (salah) selain/selain itu (betul) SUKMA ke-10 / SUKMA ke-X (salah) SUKMA X (betul) sekali-sekala (salah) sekalipun (betul) setengah murid (salah) sesetengah murid (betul) ada pekerja-pekerja (salah) ada pekerja (betul) - 'ada' membawa maksud 'terkumpul' / 'banyak'. (menunjukkan jamak, tak boleh digandakan) daun-daun kering berguguran (salah) daun kering berguguran (betul) - apabila bertemu dengan imbuhan 'ber'...'an'( membawa mksud jamak/banyak)tidak boleh menggandakan perkataan. bintang-bintang berkerdipan (salah) bintang berkerdipan (betul) Ketua Menteri-ketua Menteri (salah) Ketua-ketua menteri (betul) - kata ganda mesti digandakan pada permulaan kata sahaja. tengahari(salah) tengah hari (betul) Daku terkenang akan dia (salah) Daku terkenangkan akan dia (betul) - 'Daku' mesti berakhir dengaan huruf 'n'. (terkenang (tiada n di belakang perkataan) terkenangkan (ada 'n' di belakang perkataan) sarapan pagi (salah) sarapan (betul)- 'srapan' memang digunakan hanya untuk makn pada waktu pagi. tak perlu tambah perkataan 'pagi.' layan diri (salah) swalayan (betul) cenderahati (salah) cenderamata (betul) pendalaman (salah)- maksud = usaha mendalamkan pedalaman (betul) perasmian penutup majlis (salah) perasmian penutupan majlis (betul) Agenda minit mesyuarat 1. Perutusan Pengerusi 2. Hal-hal lain (salah) - 'agenda' bermaksud keseluruhan mesyuarat = 1 sahaja Agenda minit mesyuarat operasi Perkara-perkara mesyuarat: 1. Perutusan Pengerusi 2. Hal-hal lain (betul)
Awalan “di-“
Kata dasar yang digabungkan dengan awalan di- membentuk kata kerja pasif bagi ayat yang subjeknya pelaku orang ketiga. Ch.: Ayat Contoh: (a) Ikan sepat digulai oleh beliau. (beliau = pelaku orang ketiga) (b) Ikan sepat digulai oleh ibu (ibu = pelaku orang ke-3) (a) Surat khabar dibaca olehnya (atau oleh dia) (-nya dan dia =pelaku org ke-3) (b) Surat khabar dibaca oleh ayah. (ayah = pelaku org ke-3) (a) Ular itu dipukul oleh mereka. (mereka = pelaku orang ke-3) (b) Ular itu dipukul oleh Raju (Raju = pelaku org ke-3) Dalam ayat-ayat diatas, akhiran –kan tidak perlu Keempat-empat ayat di atas berasal daripada ayat aktif transitif yang berikut: 1. (c) Beliau menggulai ikan sepat. (menggulai, membaca dan memukul ialah kata kerja transitif. Dikatakan ayat aktif kerana pelaku di hadapan ayat.) 2. (c) Ayah membaca surat khabar. 3. (c) Raju memukul ular it. Semua kata kerja aktif (yang berawalan me-) di atas tidak perlu akan akhiran –kan; sama seperti kata kerja pasif berawalan di- dalam ayat 1 (a) (b) – 3 (a) (b) Apitan “di-...-kan” dan “di-...-i” Kebanyakan perkataan yang menerima awalan di- juga menerima akhiran –kan dan –i . Ch.: (a) Ali itu menafikan kenyataan orang itu. (b) Kenyataan orang itu dinafikan oleh Ali. (a) Siva membaiki radio. (b) Radio dibaiki oleh Siva. Makna 'Diterajui:' Ada 4 erti teraju: neraca (seperti neraca lambang Barisan Nasional) tali untuk ikat pada rangka wau (layang-layang) tali untuk meregang khemah.\ pucuk pimpinan atau kuasa tertinggi. Ayat contoh: (a) DS Najib menerajui Barisan Nasional. (ayat aktif) (b) Barisan Nasional diterajui oelh DS Najib. (ayat pasif) **Bezanya: menerajui ialah kata kerja aktif transitif (ayat a); dan diterajui ialah kata kerja pasif transitif (ayat b). KESALAHAN STRUKTUR AYAT
1) Ayat gabungan
- Ayat gabungan terbentuk daripada dua atau beberapa ayat tunggal yang dihubungkan dengan kata hubung seperti dan, serta, tetapi, lalu, sambil, kemudian, dll Contoh: Suraya dan Yati ke sekolah Dia bangun kemudian berjalan - Kesalahan dalam pembentukan ayat gabungn berlaku apabil ayat-ayat tunggal yang membentuk ayat gabungan tidak digabungkan dengan betul. Contoh: Mereka akan melancong ke Pualu Tioman atau Pulau Langkawi? (salah) Mereka akan melancong ke Pualu Tioman atau ke Pulau Langkawi? (betul) Baik yang kaya atau miskin datang ke rumahnya. (salah) Baik yang kaya atau yang miskin datang ke rumahnya. (betul) 2) Ayat tergantung - Ayat mesti terdiri daripada subjek dan predikat - Dalam susunan ayat biasa, letaak subjek di depn dan letak predikat di belakang. Contoh: Budak itu / menangis Subjek / predikat - Dalam susunan ayat songsang, letak subjek di belakang dan predikat di depan. Contoh: Siapakah / gadis itu? Predikat / subjek 3) Bentuk ujaran yang tidak mempunyai subjek atau predikat disebut sebagai “ayat tergantung” 4) Ayat tergantung terjadi apabila ujaran itu bermula dengan kata sendi, kata hubung, kata kerja dan kerana penggunaan kata yang salah. Contoh: Di seluruh negara mengalami banjir (salah) Seluruh negara mengalami baanjir (betul) Dengan kehadiran tuan akan menyerikan majlis ini (salah) Kehadiran tuan akan menyerikan majlis ini (betul) Yang manakah betul? (salah) Yang manakah yang betul? (betul) Panduan Untuk Ejaan Yang Gramatis
KESILAPAN EJAAN
(KATA)
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Laman Bahasa Melayu Ini Dibina Pada Tahun 2009 semasa saya mengajar di SMKA Sultan Azlan Shah. Semenjak Saya Bertugas Di PPD Perak Tengah Pada Tahun 2014, cikguramsulbmspm.blogpot.com tidak Beroperasi. Namun, Apabila Saya Ditukarkan Ke SMK Seri Londang Dan Mula Bertugas Pada 27 Mac 2017, Saya Mengaktifkan Semula blogspot Ini Untuk Kemudahan Pelajar Ting. 4 dan Ting. 5 SMK Seri Londang, Gelung Pepuyu, Bota, Perak yang Bakal Menghadapi Peperiksaan SPM. Semoga Blogspot Ini Dapat Membantu Pelajar.
Selasa, 28 Mei 2013
NOTA TATABAHASA SEBAGAI MEMANTAPKAN TATABAHASA DAN MENGELAKKAN KESALAHAN TATABAHASA DALAM KARANGAN.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan