KARANGAN CEMERLANG
Pelajar mampu menghasilkan karangan cemerlang dengan syarat:-1 | memahami kriteria dan pemarkahan karangan cemerlang untuk karangan berpandu dan umum. |
2 | memahami cara memulakan karangan ( Perenggan Pengenalan) |
3 | memahami kaedah untuk mengembang isi. ( Perenggan Isi) |
4 | memahami kaedah menulis penutup ( Perenggan Penutup) |
5 | tahu cara mengesan kata kunci untuk menentukan kehendak dan keperluan isi yang perlu ditulis. |
6 | menguasai kemahiran tatabahasa, dan membina ayat yang kreatif. |
7 | mengetahui format karangan yang hendak ditulis berdasarkan kehendak soalan. |
8 | menguasai kemahiran menggunakan penanda wacana, dan tanda baca. |
9 | kaya kosa kata atau perbendaharan kata. |
10 | mempunyai pengetahuan luas. |
11 | mempunyai strategi dalam menentukan fokus karangan yang hendak ditulis. |
12 | mempunyai pengetahuan frasa manarik yang luas seperti peribahasa, kata-kata hikmah, kata-kata pemimpin, ayat Al Quran, Hadis, dan sebagainya. |
13 | Kerap membuat latihan merupakan syarat terakhir. |
Di atas merupakan beberapa syarat yang saya tuliskan sebagai panduan kepada pelajar untuk menghasilkan karangan cemerlang . Menghasilkan karangan cemerlang tidak sesuakar yang ditanggap oleh pelajar tetapi mudah untuk lulus tetapi sukar untuk menggapai tahap cemerlang atau cemerlang atas. Saya sendiri sebagai seorang guru perlu menguasai kemahiran untuk menghasilkan karangan cemerlang. Namun, dengan dasar langit terbuka, dan maklumat di hujung jari mempermudah sesiapa sahaja untuk menghasilkan karangan cemerlang.
MAKLUMAT MENGENAI KARANGAN CEMERLANG
KENAPA PENGENALAN SESEBUAH KARANGAN SANGAT PENTING?
HANYA PELAJAR YANG BIJAK, KERATIF, SERTA MEMPUNYAI DAYA
KREATIVITI YANG TINGGI SANTAI SEMASA MENULIS BAHAGIAN PERENGGAN PENGENALAN. IMPAKNYA......
MENGIZINKAN SAYA BERBUAT BEGITU. INSYAALAH SAYA AKAN LAMPIRKAN CONTOH KARANGAN PELAJAR TERBAIK SEBAGAI PANDUAN PELAJAR.
SETERUSNYA CARA MENGHASILKAN ISI KARANGAN YANG BAIK
CONTOH MENULIS KARANGAN BERPANDU
CONTOH PENULISAN PENGENALAN MENGGUNAKAN PENGENALAN JENIS LAGU ATAU PUISI
CONTOH CARA MENGEMBANG ISI MENGGUNAKAN KAEDAH DEDUKTIF
CARA MENULIS PERENGGAN PENUTUP
CONTOH PELAJAR TERBAIK (KARANGAN UMUM)
LATIHAN KERTAS MODEL 1 BUKU LATIHAN TWITTER TING. 5
LATIHAN KERTAS MODEL 1 BUKU LATIHAN TWITTER TING. 5
Diharapkan para pelajar melihat bagaimana pelajar di atas menulis karangan di atas dengan mengambil kira kriteria karangan cemerlang semasa menghasilkan karangannya. Di samping, pelajar perlu melihat bagaimana pelajar di atas menulis setiap perenggan seperti perenggan pengenalan, perenggan-perengan isi dan perenggan penutup. Lihat kreativiti pelajar berkenaan dengan mengaplikasi jenis pengenalan yang di pelajari, cara perenggan isi dikembangkan terutama menggunakan kaedah deduktif, dan menyelitkan frasa menarik, dan cara menulis karangan penutup. Tahniah saya ucapkan kepada Farhana kerana dapat menghasilkan karangan pada tahap Cemerlang Atas.
7 ulasan:
Bolehkah cikgu terangkan apakah itu kaedah deduktif dalam pengolahan isi?
Ianya berkenaan dengan cerita tersebut
Apa yang dimaksudkan dengan kaedah mengembangkan perenggan isi menggunakan tiga.
kaedah:- a) Kaedah deduktif.
b) Kaedah induktif.
c) Kaedah indiktif – deduktif.
Oleh sebab bahagian pengembangan amat penting dalam penghasilan sebuah karangan cemerlang, penjelasan kaedah ini amat penting dan perlu sentiasa diulang dan diberi penekanan supaya pelajar dapat mengaplikasinya setiap kali proses mengarang dijalankan. Pelajar boleh mengarang, tetapi dari segi kematangan menghurai isi perlu ada kaedah atau caranya, tetapi perlu diingat, selain kaedah, kematangan pelajar mengarang juga sebenarnya terletak kepada pembacaan maklumat terkini seperti isu semasa atau fakta terkini ( statistik ), kenyataan pemimpin, dan pemimpin agama atau alim ulama, sama ada melalui media elektronik dan media cetak. Tambahan pula, maklumat semasa ini amat penting dalam penulisan karangan berfokus negara dan antarabangsa dan kemahiran anda mengulas, mennghurai maklumat untuk dikaitkan dengan karangan. Ketika ini, penguasaan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif atau Kemahiran (KBAT) akan menentukan kematangan anda semasa menulis karangan. Di nasihatkan supaya pelajar yang betul-betul mahir dan luas pembacaan sahaja yang memilih karangan berfokus berkenaan.
a) Kaedah deduktif.
Perenggan isi kebiasaanya mengikut susana atau kronologi bermula isi yang pertama terletak pada perenggan yang kedua, isi yang kedua terletak pada perenggan yang ketiga, dan seterusnya. Dari segi isi, pelajar-pelajar dikehendaki menulis satu isi untuk satu perenggan sahaja. Walau bagaimanapun, pelajar-pelajar boleh mengemukakan isi-isi sampingan atau isi kecil untuk memperkuat hujah atau huraian.
Secara keseluruhan, perenggan isi hendaklah sekurang-kurangnya mengandungi empat ayat dalam setiap perenggan seperti yang dinyatakan di bawah ini:
(a) Ayat judul;
(b) Ayat Huraian;
(c) Ayat Bukti/Contoh; dan
(d) Ayat KBAT
(e) Ayat penegas.
Namun perlu diingat, ayat huraian untuk pelajar SPM perlu empat atau lima ayat. Namun, pelajar kluster yang kreatif dan kritis, berminda kelas pertama dan berbicara kotak mampu menghasilkan ayat huraian melebihi empat ayat. Dengan kekerapan latihan serta kesungguhan anda akan INSYAALLAH anda akan berjaya.
Ayat judul ialah ayat yang mengandungi kata kunci jawapan yang menjawab pokok persoalan karangan. Ayat judul ini boleh diletakkan di bahagian awal, di tengah atau di hujung sesuatu perenggan. Hal ini bergantung pada huraian yang dilakukan oleh pelajar.
Ayat huraian pula ialah huraian lanjut tentang isi utama yang dikemukakan bertujuan untuk memberikan penjelasan tentang perkara yang diperkatakan atau menyokong isi-isi utama. Karangan pelajar SPM yang cemerlang perlu menulis 4 atau lima ayat huraian untuk memaparkan kematangan mereka kepada pemeriksa.
Ayat bukti atau ayat contoh pula ialah ayat-ayat yang mengandungi bukti atau contoh yang berkaitan dengan isi yang diperkatakan untuk memperkuat hujah. Bukti dan contoh yang dikemukakan mestilah bukti yang sahih dan bukan bukti atau contoh yang sengaja diada-adakan. Oleh sebab itu, pelajar yang luas pembacaan dan memahami isu semasa, mengetahui agensi kerajaan serta tanggungjawabnya dalam melaksanakan tugasan terhadap isu yang timbul, dan untuk fokus antarabangsa pula pelajar perlu tahu organisasi antarabangsa dan bidang kuasa agensi berkenaan dalam melakukan tugasan dan menyelesaikan masalah atau isu antarabangsa. Oleh sebab itu, kebanyakan pelajar tidak mampu untuk memilih atau menulis karangan berfokus Negara dan antarabangsa. Malah adakala, karangan berfokus diri dan keluarga atau masyarakat juga perlu maklumat sampingan untuk mengambarkan kematangan pelajar dalam menghasilkan karangan yang bermutu dan cemerlang.
Ayat penegas ialah ayat yang memberikan penegasan terhadap isi dan huraian yang dikemukakan. Ayat ini biasanya mempunyai penanda wacana seperti "tegasnya", "oleh itu", dan "sehubungan dengan itu".
Cikgu apakah yg dimaksudkan dengan perkataan kosa kata berdarjat tinggi
Tak tau
Kosa kata berdajat tinggi bermaksud istilah atau perkataan yang menarik seperti cakna, globalisasi, seantero, alternatif, belangsukawa, bergelandangan, bombastik, dinamis, fana, hedonisme, kolaboratif, maslahat, memodifikasi, dan sebagainya. Perkataan berkenaan jarang digunakan oleh pelajar semasa mengarang dan penggunaan kata-kata berkenaan akan memberi impak kepada impresion pemeriksa semasa memeriksa kertas karangan. Anda boleh merujuk kata-kata menarik berkenaan di dalam rujukan maya atau internet. Semoga anda faham maksud kosa kata berdarjat tinggi.
Catat Ulasan