Selasa, 28 Mei 2013

CONTOH KARANGAN RAKAN SEBAYA TERBAIK KERTAS BAHASA MELAYU 1 TING LIMA (PPT 2013)



PERINGATAN
SEBELUM ANDA MEMBACA  CONTOH  KARANGAN BERPANDU DAN UMUM  RAKAN SEBAYA TERBAIK DI BAWAH, ANDA PERLU MERUJUK KEMBALI KRITERIA   KARANGAN CEMERLANG SEBAGAI MANA SAYA TULIS DALAM BLOG INI  SEBELUMNYA. UNTUK MEMUDAHKAN ANDA MENGAITKANNYA, SAYA PAPARKAN SEMULA KRITERIA KARANGAN CEMERLANG TERSEBUT:-

KARANGAN CEMERLANG
Pelajar mampu menghasilkan karangan cemerlang dengan syarat:-


1 memahami kriteria dan pemarkahan karangan cemerlang untuk karangan berpandu dan umum.
2 memahami cara memulakan karangan ( Perenggan Pengenalan)
3 memahami kaedah untuk mengembang isi. ( Perenggan Isi)
4 memahami kaedah menulis penutup ( Perenggan Penutup)
5 tahu cara mengesan kata kunci untuk menentukan kehendak dan keperluan isi yang perlu ditulis.
6 menguasai kemahiran tatabahasa, dan membina ayat yang kreatif.
7 mengetahui format karangan yang hendak ditulis berdasarkan kehendak soalan.
8 menguasai kemahiran menggunakan penanda wacana, dan tanda baca.
9 kaya  kosa kata atau  perbendaharan kata.
10 mempunyai pengetahuan luas ( fakta / maklumat  semasa )
11 mempunyai strategi dalam menentukan fokus karangan yang hendak ditulis.
12 mempunyai pengetahuan frasa manarik yang luas seperti peribahasa, kata-kata hikmah, kata-kata pemimpin, ayat Al Quran, Hadis, dan sebagainya.
13 Kerap membuat latihan merupakan syarat terakhir.

Antara Kriteria Karangan Cemerlang:-


 Bahkan juga seorang pelajar yang berwawasan perlu tahu pemarkahan karangan untuk menentukan
sasaran mereka sebelum dan selepas  mengarang sama ada karangan berpandu atau umum. Bahkan juga pelajar yang faham erti TOV dan Target akan membuat analisis sama ada prestasi mereka meningkat atau sebaliknya. Kemudian mereka akan mula melakukan pragdigma dengan berusaha dan terus berusaha untuk memastikan kecemerlangan akan tercapai di akhirnya. Analoginya seperti pekebun yang sentiasa memberi baja kepada sayur-sayurannya dan akhirnya akan mengutip hasil tanamanya dengan kesyukuran terhadap Ilahi dan berbangga dapat mengembirakan hati ibu bapa dan guru-gurunya.

 Bahkan juga pelajar perlu memahami kepentingan dan cara menghasilkan pengenalan yang baik.







PERSAMAAN DAN PERBEZAAN KARANGAN BERPANDU DAN KARANGAN UMUM:-
 
PEMILIHAN JENIS PERENGGAN AMAT PENTING SEBELUM MENGARANG.


KENAPA PENGENALAN SESEBUAH KARANGAN SANGAT PENTING?
HANYA PELAJAR YANG BIJAK, KREATIF, SERTA MEMPUNYAI DAYA
KREATIVITI YANG TINGGI SANTAI SEMASA MENULIS BAHAGIAN PERENGGAN PENGENALAN. IMPAKNYA......

CONTOH PENGENALAN:-
NAMUN, PELAJAR YANG BIJAK KREATIF MEMILIH JENIS PENGENALAN UNTUK DISESUAIKAN DENGAN TAJUK DAN TEMA KARANGAN.


SETERUSNYA KEPENTINGAN PERENGGAN ISI
 KEBANYAKAN PELAJAR GAGAL MENGOLAH ISI KARANGAN MEREKA. PENGOLAHAN ISI KARANGAN SANGAT PENTING DALAM SESEBUAH KARANGAN. JUSTERU, PENGOLAHAN PERENGGAN ISI BOLEH DIIBARATKAN SEPERTI JANTUNG PADA TUBUH MANUSIA. KEGAGALAN PELAJAR MENGOLAH ISI KARANGAN MEREKA, IBARAT BADAN MANUSIA ITU TIDAK BERNYAWA.



 CONTOH PENGOLAHAN PERENGGAN ISI DAN KEBIASAANNYA MENGGUNAKAN KAEDAH DEDUKTIF:-



PASTIKAN SETIAP AYAT DI ATAS PERLU ADA DALAM KARANGAN ANDA DAN DIIKUTI
DENGAN KEBIJAKSANAAN MENYELITKAN FRASA MENARIK. DI SAMPING ITU, PELAJAR PERLU BIJAK MENGGUNAKAN PENANDA WACANA UNTUK MENGAITKAN AYAT HURAIAN SEBELUM DENGAN  AYAT HURAIAN SELEPASNYA ATAU AYAT BARU.

KEMAHIRAN MEMBINA PERENGGAN PENUTUP:-

HARAPAN SAYA:-
SETELAH ANDA MEMAHAMI KRITERIA KARANGAN CEMERLANG DI ATAS, SAYA BERHARAP SEMASA ANDA MEMBACA CONTOH-CONTOH KARANGAN RAKAN SEBAYA TERBAIK YANG SAYA LAMPIRKAN CUBA PERHATIKAN BAGAIMANA MEREKA MENGAPLIKASIKAN KRITERIA KARANGAN CEMERLANG TERSEBUT DALAM KARANGAN MEREKA. KEMUDIAN CUBA ANDA BAYANGKAN KARANGAN ANDA, ADAKAH TAHAP KARANGAN ANDA SAMA DENGAN KARANGAN MEREKA. JIKA JAWAPANNYA, YA. TAHNIAH. JIKA TIDAK, JANGAN TUNGGU LAGI, MANTAPKAN KARANGAN ANDA DARI SEKARANG KERANA ANDA HANYA MEMPUNYAI MASA LEBIH KURANG LIMA BULAN SAHAJA LAGI UNTUK MELAKUKAN PERUBAHAN. JANGAN SUDAH TERHANTUK BARU TERGADAH KERANA APABILA NASI SUDAH MENJADI BUBUR USAHA ANDA SELAMA LIMA TAHUN DI SEKOLAH MENENGAH AKAN MENJADI SIA-SIA.



CONTOH PERTAMA KARANGAN BERPANDU TERBAIK


CONTOH KEDUA KARANGAN BERPANDU TERBAIK


CONTOH KETIGA KARANGAN BERPANDU TERBAIK





CONTOH KARANGAN UMUM SOALAN PERTAMA




CONTOH KARANGAN UMUM SOALAN KETIGA





Contoh Karangan PPT 2013 Tingkatan 5.



Contoh karangan  Soalan Set  Satu:-
         Contoh Karangan Soalan Pertama:-
Dalam dunia alaf baru ini, pelajaran merupakan wahana yang mampu mentransformasikan kehidupan sama ada kepada seorang pelajar dan mahapun keluarganya. Ibu bapa saya mengharapkan saya berjaya dalam peperiksaan dan seterusnya  mengubah keadaan hidup kami sekeluarga ibarat kais pagi makan pagi, kais petang, makan petang kerana ibu bapa saya penoreh getah. Justeru, sebagai seorang anak sulung daripada tiga orang adik beradik, saya akan cuba mengotakan harapan ibu bapa saya agar saya mengubah kehidupan kami sekeluarga. Sebagai seorang pelajar yang bercita-cita menjadi seorang doktor, saya perlu melakukan beberapa inisiatif untuk berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM yang bakal saya hadapi pada bulan November tahun ini. Sekiranya saya gagal mendapat keputusan cemerlang sudah pasti ibu bapa saya akan berasa sedih dengan pencapaian saya. Justeru, beberapa inisiatif telah saya lakukan untuk menggapai cita-cita saya.
Tidak dapat dinafikan bahawa setiap murid pasti mempunyai keinginan untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Kecemerlangan ini hanya akan dapat dicapai sekiranya murid-murid  berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapainya. Kecemerlangan dalam peperiksaan bukanlah sesuatu yang susah untuk dicapai sekiranya murid itu sendiri mempunyai azam yang tinggi  untuk mencapainya. Murid-murid  tidak sepatutnya menganggap perkara ini sesuatu yang remeh atau mudah kerana keputusan peperiksaanlah yang akan menjamin masa hadapan seseorang pelajar. Oleh itu, murid-murid janganlah menyesal pada masa hadapan disebabkan tidak dapat memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan bak kata orang tua-tua “sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna”.  Oleh sebab itu, saya sebagai salah seorang murid,  saya harus berusaha mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Persoalannya, apakah langkah-langkah yang sepatutnya saya lakukan untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan nanti?
Langkah yang pertama yang akan saya lakukan untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan ialah saya akan sentiasa memberikan perhatian ketika guru sedang mengajar di bilik darjah. Apabila saya memberi perhatian ketika seseorang guru sedang mengajar sudah tentulah sesuatu pembelajaran tersebut akan cepat diserap masuk ke dalam minda saya. Bahkan seorang pakar psikologi pernah mengatakan bahawa “ lima puluh peratus kejayaan pelajar-pelajar adalah disebabkan kerana mereka memberikan sepenuh perhatian ketika proses pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan. Saya juga akan terlibat secara aktif ketika proses pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan agar dapat mewujudkan suasana bilik darjah yang ceria supaya saya tidak akan berasa bosan dan secara tidak langsung saya akan dapat mengingati apa-apa yang disoal atau ditanya oleh guru serta apa-apa yang saya sebut atau yang saya ulangi. Saya juga akan menyiapkan segala kerja rumah yang diberikan oleh guru-guru supaya saya akan lebih memahami sesuatu topik dan tidak ketinggalan. Saya juga akan bertanya kepada guru-guru sekiranya terdapat sesuatu topik atau tajuk yang saya kurang fahami kerana berdasarkan satu kajian yang telah dijalankan dan telah mendapati bahawa kebanyakan kecemerlangan pelajar-pelajar dalam peperiksaan adalah disebabkan oleh pelajar-pelajar yang sentiasa mengemukakan soalan-soalan sekiranya terdapat sesuatu topik atau tajuk yang kurang difahami oleh mereka. Tegasnya, memberi  tumpuan ketika guru-guru sedang mengajar dan dengan menyiapkan segala kerja rumah yang diberikan oleh guru-guru merupakan salah satu langkah dalam mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan.
            Selain itu, saya akan menguruskan masa dengan bijak dan baik. Saya akan menyediakan jadual waktu belajar  dan saya akan mengikutinya dengan tegas sekiranya saya ingin mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Hal ini demikian kerana berdasarkan satu kajian, jadual waktu belajar dapat membantu para pelajar menguruskan masa secara berkesan supaya mereka akan mempunyai masa yang mencukupi untuk mengulang kaji pelajaran dengan lebih menyeluruh dan bersiap sedia untuk menghadapi peperiksaan. Malah, jika saya mengikut jadual waktu belajar yang telah saya tetapkan dengan apabila peperiksaan sudah hampir kerana peribahasa menyatakan bahawa sediakan payung sebelum hujan. Tambahan pula, kebanyakan pelajar yang berjaya biasanya terdiri daripada pelajar-pelajar yang telah membuat persiapan awal. Manakala, pelajar-pelajar yang tidak membuat persiapan awal kerana mereka terlalu leka membuang masa dan tidak berpegang kepada pepatah “masa itu emas” dan “masa yang lalu tidak akan kembali” maka mereka tidak dapat menghabiskan semua tajuk-tajuk sebelum tiba peperiksaan. Jelasnya, pengurusan masa yang cekap akan memberi saya masa yang cukup untuk membuat persediaan awal supaya saya dapat mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan yang akan saya duduki nanti.
            Pada waktu yang sama, untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan, saya akan membuat lebih banyak latihan dan saya juga akan mengulang kaji pelajaran secara berterusan. Ungkapan yang dipetik daripada Bahasa Inggeris iaitu, “practice makes perfect”. Kalau ungkapan ini ditukarkan ke dalam Bahasa Melayu, maka ungkapannya akan menjadi, “praktis asas kecemerlangan”. Kedua-dua ungkapan ini membawa maksud yang sama iaitu jikalau seorang itu membuat latihan yang banyak maka dia akan mencapai kecemerlangan dalam hidup.saya akan membuat latihan bagi setiap mata pelajaran setelah selesai mengulang kaji sesuatu topik. Hal ini kerana saya akan lebih menguasai sesuatu topik dan secara tidak langsung saya akan biasa dengan jenis-jenis soalan yang akan ditanya dalam peperiksaan. Saya juga akan membuat ulang kaji secara berterusan bak kata pepatah “ sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain” dan “ sedikit-sedikit , lama-lama jadi bukit”. Saya akan belajar bersungguh-sungguh dan saya akan membuat ulang kaji secara berterusan untuk memastikan saya tidak akan ketinggalan dalam pelajaran dan terutamanya dalam mata pelajaran sains. Tegasnya, saya membuat lebih banyak latihan dan jika saya mengulang kaji pelajaran secara berterusan, pasti saya akan mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan nanti.
Seterusnya, saya akan mengikuti kelas tuisyen. Jika saya segan bertanya guru-guru di sekolah, bolehlah saya bertanya kepada guru-guru yang mengajar di kelas tuisyen tetapi saya juga perlulah menghapuskan perasaan segan bertanya kepada guru-guru di sekolah kerana bak kata pepatah “malas berkayuh perahu hanyut”, “segan bertanya sesat jalan”. Malahan, jika saya tidak memahami sesuatu topik yang diajar oleh guru-guru di dalam kelas, maka bolehlah saya bertanya kepada guru-guru yang mengajar di kelas tuisyen. Tambahan pula, jika terdapat sesuatu topik itu diajar dua kali, maka saya akan mudah ingat dan saya juga akan menguasai sesuatu topik itu. Contohnya, di sekolah yang diajar topik yang sama yang telah diajar di pusat tuisyen terlebih dahulu, maka saya akan lebih faham. Di samping itu, saya juga boleh mengikuti program di sekolah kerana ini juga membantu saya untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Saya akan menyertai segala program-program yang telah dianjurkan oleh pihak sekolah seperti Minggu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, Teknik Menjawab Soalan-soalan dan lain-lain lagi. Sekiranya saya menyertai  program-program yang dianjurkan oleh pihak sekolah, saya akan didedahkan dengan jenis-jenis soalan dan latihan yang kerap kali akan ditanya dalam peperiksaan. Jelasnya, penyertaan saya dalam program-program sekolah dan mengikuti kelas-kelas tuisyen merupakan salah satu langkah bagi saya untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan.
Langkah yang berikutnya ialah saya akan bersikap sabar, tabah dan tidak mudah putus asa. Saya tidak akan dapat cepat mengalah apabila saya gagal dalam sesuatu buat kali pertama dan kedua, malah saya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk lulus dalam sesuatu perkara kerana saya berpegang pada prinsip, “gagal sekali tidak bermakna gagal selama-lamanya”. Saya juga akan tabah apabila terdapat apa-apa masalah atau cabaran yang saya hadapi.  Mahatma Gandhi salah seorang pemimpin tersohor India pernah berkata “Kepuasan terletak pada usaha, bukan pada hasil. Berusaha dengan keras adalah kemenangan yang hakiki. Contohnya, jika saya gagal mendapat penyelesaian untuk menjawab sesuatu soalan, saya tidak akan cepat putus asa, malah saya akan mencuba beberapa kali sehingga saya mendapat penyelesaiannya.  Selain itu, saya akan sentiasa merujuk sebarang permasalahan yang saya hadapi terutama dalam mata pelajaran yang belum saya kuasai kepada guru mata pelajaran. Hal ini kerana guru-guru merupakan pembimbing, dan pajar rujuk terbaik untuk mengatasi sebarang masalah yang saya hadapi dalam memperkasakan kemahiran mata pelajaran yang belum saya kuasai. Disamping itu, saya juga akan merujuk rakan sebaya untuk mengatasi sesuatu permasalahan dalam mata pelajaran. Jika hendak seribu daya , jika tak hendak seribu dalih. Alah bisa tegal biasa, pepatah dan peribahasa Melayu sering saya amalkan dalam usaha untuk mempertingkat usaha menguasai kelemahan saya dalam mata pelajaran. Tegasnya, saya perlu bersikap sabar, tabah dalam menghadapi halangan dalam mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan dan saya tidak akan mudah putus asa untuk memperoleh kecemerlangan dalam peperiksaan.
Akhir sekali, saya juga akan mematuhi segala nasihat daripada kedua-dua ibu bapa saya dan saya juga akan sentiasa berdoa kepada Tuhan. Kata orang tua-tua, “Tuhan hanya akan menolong dan memberkati hidup anak yang taat kepada ibu bapa”, Kenyataan ini pasti benar kerana orang-orang tua mempunyai lebih banyak pengalaman. Saya akan sentiasa patuh pada nasihat dan asuhan ibu bapa kerana saya sedar bahawa syurga terletak di telapak kaki ibu. Misalnya, ibu bapa saya akan selalu menasihati saya untuk belajar bersungguh-sungguh. Oleh itu, saya akan berusaha secara gigih untuk memperoleh kejayaan yang cemerlang. Segala doa dan dorongan ibu bapa, saya tahu walaupun betapa tabah atau bijak mana saya sekali pun, saya tidak mungkin dapat memperoleh kejayaan yang cemerlang yang saya ingini tanpa doa, restu dan dorongan daripada kedua-dua ibu bapa saya. Malah, saya juga akan sentiasa berdoa kepada Tuhan supaya saya tidak akan jatuh sakit pada hari peperiksaan kerana manusia hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan segala-galanya. Jelasnya, untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan, saya perlulah mematuhi segala nasihat kedua-dua ibu bapa saya dan saya juga akan sentiasa berdoa dan bersyukur kepada Tuhan atas segala pemberianNya.
Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah saya simpulkan bahawa untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan, saya perlulah mengikuti langkah-langkah yang telah saya tulis dalam perenggan di atas. Saya perlu mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan agar masa depan saya tidak gelap tetapi terang dengan cahaya iaitu kejayaan. Kejayaan dalam peperiksaan adalah diibaratkan pelita yang menjadi penyuluh kepada kita pada malam-malam yang gelap-gelita. Tanpa kecemerlangan dalam peperiksaan kerana ini akan menentukan masa depan kita, kita akan hidup teraba-raba dalam kegelapan. Oleh itu, saya akan belajar berungguh-sungguh  untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan ibarat genggam bara api biar sampai jadi arang.


          Contoh jawapan karangan soalan kedua.
Dalam kehidupan sehari-hari, apabila kita keluar saja dari rumah, sama ada memandang ke kanan, ke kiri atau memandang hadapan atau belakang, rumah yang kita lihat ialah rumah jiran. Betapa pun kita mengasihi adik-beradik dan  saudara-mara, namun jarak yang jauh menyebabkan pergantungan kita terhadap jiran lebih besar berbanding dengan orang yang dekat dengan kita sejak lahir. Menurut perspektif Islam, konsep jiran meliputi skop yang lebih luas sehingga menjangkau empat puluh buah rumah atau keluarga yang tinggal berhampiran dengan kita. Semangat kejiranan pula membawa pengertian jiran tetangga yang hidup berbaik-baik, bertolak ansur dan bekerjasama antara satu sama lain. Dalam kehidupan kita, kita dilarang menyakiti hati jiran, sebaliknya diminta mengambil berat antara satu sama lain dan hidup berlandaskan kasih sayang sesama individu tanpa mengira keturunan, usia, agama atau pangkat. Pepatah Melayu ada mengatakan bahawa “Jiran Sepakat Membawa Berkat”. Jadi, kita perlulah mengutamakan jiran kita dalam kehidupan dan mengukuhkan semangat kejiranan supaya kita sentiasa bersatu padu dalam melakukan sesuatu perkara. Walau bagaimanapun, dalam era globalisasi yang dipenuhi pelbagai pancaroba moden, semangat kejiranan dalam kalangan anggota masyarakat, semakin meluntur.  Oleh itu, semua lapisan masyarakat terutamanya ibu bapa wajar mengambil langkah untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat. Persoalannya, apakah langkah-langkah yang elektif wajar diambil oleh ibu bapa untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat?
Menyedari hakikat betapa pentingnya semangat kejiranan diamalkan oleh masyarakat majmuk di negara ini, maka usaha perlu dilakukan oleh ibu bapa agar nilai yang berharga ini tidak lenyap daripada amalan hidup masyarakat kini. Ibu bapa haruslah menyertai  aktiviti gotong-royong yang dianjurkan oleh komuniti atau masyarakat setempat. Dalam hal ini. ibu bapa boleh membawa anak-anak menyertai aktiviti tersebut bersama.  Melalui aktiviti gotong-royong, semua penduduk setempat dapat berkumpul bersama sambil berbincang tentang aktiviti yang akan dilakukan. Apabila  berkumpul dan berbincang, mereka akan dapat berbual-bual dan berkenal-kenalan antara satu sama lain dan sekali gus membolehkan seseorang itu mengenal hati budi jiran mereka dengan lebih baik dan dekat. Hal ini dapat digambarkan melalui pepatah Melayu yang mengatakan bahawa “ tak kenal maka tak cinta”. Sebagai contoh, aktiviti yang boleh dijalankan secara bergotong-royong ialah membersihkan kawasan taman, menyediakan hidangan untuk kenduri-kendara dan sebagainya. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan secara bergotong-royong memerlukan masyarakat bekerjasama bagai aur dengan tebing agar aktiviti-aktiviti tersebut dapat dijalankan dengan lancar dan baik. Melalui cara ini, setiap ahli keluarga dapat menjalinkan hubungan mesra sesama jiran. Mereka juga  sedar akan peranan masing-masing dalam sesuatu komuniti . Apabila dewasa kelak, anak-anak akan melakukan perkara yang sama untuk mengeratkan ikatan kejiranan. Jelasnya, ibu bapa haruslah mengadakan aktiviti gotong-royong agar dapat memupuk semangat kejiranan dalam masyarakat.
Selain itu, ibu bapa perlulah menjadi suri teladan atau ‘role model’ yang baik kepada anak-anak sekiranya mahu anak-anak mengamalkan semangat kejiranan dalam diri sendiri. Ibu bapa perlulah mengamalkan cara hidup seperti ‘aur dengan tebing’ atau ‘ ke bukit  sama di daki, ke lurah sama dituruni’ dan ‘hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah’ untuk mencapai keberkatan dalam hidup. Sebagai  anggota dalam sesebuah masyarakat, ibu bapa  mesti mempunyai semangat kekitaan dan keprihatinan terhadap  jiran mereka.. Apabila  mengambil berat akan hal-hal jiran, bukanlah bermaksud kita hendak menjaga tepi kain mereka atau mengambil tahu hal rumah tangga mereka, tetapi kita mengambil tahu masalah-masalah yang dihadapi oleh jiran  dan cuba membantu mereka supaya dapat meringankan beban yang ditanggung oleh jiran. Hal ini demikian kerana, dalam kehidupan berkeluarga, setiap keluarga pasti akan menghadapi masalah dan masalah itu hanya boleh diatasi atau dikurangkan  dengan bantuan orang lain.  Misalnya, ketika ketua keluarga sakit tenat, maka ahli-ahli keluarga itu memerlukan bantuan daripada jiran untuk menghantar ketua keluarga itu ke hospital, memberitahu keluarganya yang tinggal berjauhan daripada mereka, mendapatkan bantuan nasihat ataupun kewangan dan sebagainya. Sikap keprihatinan yang ditunjukkan oleh ibu bapa terhadap jiran, akan menyebabkan anak-anak juga turut mengambil berat tentang jiran mereka. Tegasnya, ibu bapa yang berjaya menjadi suri teladan yang baik, sudah pasti mampu memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat.
Di samping itu, ibu bapa juga mestilah mengadakan atau menghadiri majlis-majlis rumah terbuka sempena sesuatu sambutan perayaan. Amalan mulia ini bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan silaturahim, tetapi juga mampu mengukuhkan semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat. Melalui majlis rumah terbuka, ibu bapa boleh membawa anak-anak bersama. Dalam majlis tersebut,  masyarakat dapat berkumpul dan mengenali antara satu sama lain dengan lebih dekat. Mereka juga berpeluang untuk berkongsi pendapat tentang sesuatu perkara dan bertanya khabar sambil menikmati juadah yang disediakan oleh tuan rumah. Dengan itu, masyarakat akan lebih memahami adat resam, agama dan budaya masing-masing di negara ini.  Sebagai contoh, majlis-majlis rumah terbuka sempena sambutan Hari Raya Aildilfitri, Tahun Baru Cina, Hari Krismas dan Hari Deepavali hendaklah dijadikan acara tahunan. Kehadiran ibu bapa bersama ahli keluarga dalam majlis rumah terbuka, bukan sahaja dapat memperkenalkan anak-anak mengenali lebih dekat adat resam sesuatu budaya malah dapat menanamkan semangat hormat-menghormati dalam diri anak-anak dan mengamalkan semangat perpaduan. Tegasnya, majlis-majlis rumah terbuka mestilah diadakan setiap tahun agar mampu mendekatkan ahli masyarakat untuk bertemu muka dan membentuk masyarakat yang bersatu-padu.
Seterusnya, ibu bapa hendaklah menyemarakkan budaya ziarah-menziarahi dalam kalangan masyarakat sebagai langkah untuk memupuk dan meningkatkan semangat kejiranan dalam diri anak-anak. Dalam hidup bermasyarakat, ibu bapa digalakkan membawa anak-anak-anak  menziarahi jiran tetangga pada  masa-masa  yang sesuai. Dengan menziarahi jiran, kita akan mengetahui masalah dan kesusahan yang dihadapi oleh jiran kita. Semua masalah boleh diselesaikan bersama dan hal ini akan menjadikan hidup mereka lebih aman dan harmoni walaupun dalam keadaan yang serba kekurangan. Sebagai contoh, ibu bapa boleh membawa anak-anak  berkunjung ke hospital jika kita mendapat tahu bahawa jiran kita telah dimasukkan ke hospital kerana menghidap sesuatu penyakit atau mendapat kemalangan. Amalan ini dapat membentuk sifat kasih sayang dan sikap ambil berat serta membuang sejauh-jauh sikap mementingkan diri sendiri dan hidup diibaratkan ‘ seperti enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing’. Walaupun pepatah Melayu ada mengatakan bahawa ‘berat mata memandang, berat lagi bahu memikulnya’, namun sebagai jiran, kita mestilah berpegang teguh pada prinsip “cubit peha kiri, peha kanan terasa juga”. Jadi, melalui lawatan kita, sekurang-kurangnya kita dapat meringankan penderitaan yang dialami oleh jiran kita dan secara tidak langsung, mereka dapat hidup dengan lebih selesa, aman dan tenang. Anak-anak turut mengambil berat tentang jiran yang ditimpa masalah sama seperti ibu bapa mereka. Jelasnya, ibu bapa boleh menyemarakkan budaya kunjung-mengunjungi dalam diri anak-anak untuk memupuk semangat kejiranan.
Akhir sekali, ibu bapa bolehlah menggalakkan anak-anak supaya melibatkan diri dalam aktiviti sosial seperti Hari Keluarga. Setiap komuniti, sering mengadakan aktiviti Hari Keluarga untuk mengukuhkan hubungan dalam kalangan masyarakat setempat. Aktiviti kerap diadakan sama ada di padang, taman rekreasi atau di tepi pantai. Ibu bapa boleh membawa anak-anak bersama dan setiap ahli keluarga boleh menyertai permainan yang disediakan.  Selain itu, ibu bapa boleh mendedahkan kepada anak-anak tentang kepentingan hidup berpersatuan dalam masyarakat setempat yang mempunyai satu sistem organisasi yang teratur. Persatuan atau pertubuhan ini hendaklah melibatkan semua penduduk tempatan sebagai ahli. Dewasa ini, banyak pertubuhan sukarela ditubuhkan dalam masyarakat seperti  Pertubuhan Rukun Tetangga , Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung, Pertubuhan Khairat Kematian dan sebagainya. Sebagai contoh, melalui Pertubuhan Rakan Tetangga, masyarakat setempat secara bergilir-gilir mengawasi keselamatan kawasan tempat tinggal atau taman untuk mengelakkan berlakunya kejadian-kejadian yang tidak diingini seperti membunuh, merogol, merompak dan sebagainya. Hal ini dapat kita lihat dalam peribahasa Melayu, iaitu ibarat aur dengan tebing yang mementingkan semangat sandar-menyandar atau saling membantu antara satu sama lain dalam kehidupan. Jelasnya, ibu bapa berperanan penting untuk menggalakkan anak-anak supaya melibatkan diri dalam aktiviti sosial sebagai langkah untuk memupuk  semangat kejiranan.
Berdasarkan perbincangan di atas, dapat saya simpulkan bahawa semangat kejiranan dalam setiap individu amat penting untuk melahirkan  masyarakat yang prihatin dan mmmembentuk perpaduan kaum.  Walau apa pun keadaan dan di mana-mana pun kita tinggal, kita perlulah mempunyai jiran yang baik hati, iaitu jiran yang menjadi tempat untuk memohon bantuan ketika kita dalam keadaan yang susah dan sentiasa menghulurkan bantuan dengan senang hati dan menghiburkan ketika kita senang. Jadi, untuk mempunyai jiran yang baik, maka kita perlu menjadikan diri kita sebagai jiran yang baik kepada jiran kita. Sekiranya kita berbaik-baik dengan jiran, maka jiran juga akan berbaik-baik dengan kita. Cogan kata “ Jiran Sepakat Membawa Berkat” perlu terus diamalkan dalam kehidupan kita sehari-hari. Jangan kita berasa susah dalam usaha mengamalkan budaya murni ini. Amalkan dengan hati yang ikhlas, barulah kita memperoleh keberkatan dalam kehidupan. Oleh itu, dengan meningkatkan semangat kejiranan, perpaduan kaum akan bertambah utuh dan teguh. Jadi, dalam setiap masa, kita mestilah sentiasa berusaha untuk memastikan semangat kejiranan sentiasa terpelihara supaya negara kita sentiasa aman, harmoni dan sejahtera. Allah berfirman yang maksudnya, “Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu kenal-mengenali”.



         Contoh jawapan karangan soalan ketiga.
            Dalam mendepani era modenisasi , dunia menyaksikan iktisad negara yang membangun seperti cendawan tumbuh selepas hujan , negara yang membangun ini boleh diibaratkan seperti tenggelam sama basah , timbul sama hanyut seiring dengan negara atas angin yang lain . Namun dasawarsa ini , isu sukan kerap menjadi polemik dalam kalangan marhaen di Malaysia . Isu ini acap akali menjadi  tajuk perbualan rakyat sama ada di muka akhbar mahupun di kedai kopi . Sukan boleh ditakrifkan sebagai aktiviti yang mengeluarkan peluh yang menyihatkan badan . Kebiasaannya semua golongan sama ada tua atau muda perlu memupuk minat terhadap terhadap sukan . Hal ini kerana terdapat banyak manfaat yang boleh kita perolehi dengan bersukan seperti dapat memupuk perpaduan rakyat dan kaum . Meskipun begitu , kebanyakan remaja pada zaman milenium ini tidak cenderung ke arah bersukan bahkan mereka lebih gemar melakukan aktiviti yang kurang sihat . Pada mereka , aktiviti bersukan hanya membuang masa dan memenatkan meraeka . Sementelahan , mereka lebih meminati aktiviti yang menghiburkan mereka seperti melayari internet . Dalam pada itu , masih ada remaja yang mengamalkan sukan sebagai salah satu aktiviti harian mereka . Remaja yang tidak berminat terhadap sukan boleh dianalogikan sebagai lebah yang tidak suka akan madu . Seyogia , remaja perlulah cakna akan kehidupan mereka . Menurut pemain badminton Malaysia ,Datuk Lee Chong Wei , kita mestilah bersukan untuk mempunyai kehidupan yang sihat dan positif. Oleh itu , semua pihak perlulah berganding bahu bagi  memupuk semangat dan minat terhadap sukan dalam kalangan remaja di Malaysia . Langkah – langkah yang pragmatik dan sistematik perlulah dijalankan untuk mereealisasikan impian ini kerana Presiden Soekarno pernah berkata , berikan saya sepuluh remaja , nescaya saya akan menggegarkan dunia

              Memetik wasitah nirmala seterusnya , pihak kerajaan jaga memainkan peranan yang penting mengalakkan minat bersukan dalam kalangan remaja . Hal ini kerana , para remaja hari ini kurang berminat untuk melibatkan diri dalam aktiviti bersukan . Prakarsa yang dapat diambil oleh pihak kerajaan ialah memberikan galakan kepada para remaja dan menyediakan pelbagai infrastruktur . Antaranya, pihak kerajaan boleh membina gelanggang futsal , gelanggang badminton dan gelanggang sepak takraw di setiap komuniti dalam daerah atau negeri . Natijahnya , para remaja akan semakin bersemangat dan berasa lebih selesa untuk menceburkan diri dalam bidang sukan . Hal ini secara tidak langsung , dapat menarik minat remaja untuk melakukan aktiviti yang berfaedah dan meninggalkan perkara yang tidak bermanfaat. Charles Cahier pernah menyatakan bahawa nilai manusia adalah semahal matlamatnya . Tambahan pula , pihak kerajaan melalui Kementerian Belia dan Sukan  boleh menganjurkan aktiviti – aktiviti sukan yang melibatkan perlawanan antara daerah, negeri sehingga ke peringkat kebangsaan . Sebagai tamsilnya dengan mengadakan liga bola sepak antara daerah, pasukan yang berjajaya boleh mewakili daerah ke peringkat negeri dan seterusnya . Impak daripada usaha kerajaan ini akan menyemarakkan lagi semangat bersukan dalam kalangan remaja pada hari ini. Contohnya, penganjuran Sukan Malaysia ( SUKMA ) yang diadakan dua tahun sekali jelaskan menunjukan bahawa ramai atlet yang terdiri daripada kalangan remaja yang menyertainya . Bagi mewujudkan sebuah industri sukan yang gemilang di negara kita , kerajaan tidak seharusnya bersikap lepas tangan . Seyogia , kerajaan perlu berusaha sedaya upaya agar industri sukan di negara kira Malaysia setaraf dengan industri sukan di negara maju dan diiktiraf oleh dunia . Usaha yang jitu yang ada pada remaja untuk menggiatkan diri dalam aktiviti sukan ini bertepatan dengan peribahasa Melayu ,hendak seribu daya tak nak seribu dalih . Oleh itu , jelaslah bahawa begitu besar peranan kerajaan dalam memotivasi remaja ke arah melibatkan diri dalam aktiviti sukan.
         Dari sudut penglibatan badan bukan kerajaan , peranan pihak swasta tidak boleh dikesampingkan dalam memupuk minat bersukan dalam kalangan remaja . Pada masa ini , pihak swasta telah banyak memainkan peranan mereka  dengan menaja para atlet negara kita.  Pemain bola negara kita Safee Sali telah mendapat durian runtuh daripada pihak swasta yang telah menaja beliau sebanyak RM2 juta . Selain itu , atlet sukan badminton Negara kita iaitu Datuk Lee Chong Wei turut menerima habuan daripada Syarikat Pengeluar Air 100 Plus atas pencapaian beliau mengharumkan nama negara di persada antarabangsa. Memetik hujah yang dinukilkan oleh Bapa Pemodenan Kereta Dunia , Henry Ford, datang bersama ialah permulaan , menjaga bersama ialah kemajuan, bekerjasama ialah kejayaan. Oleh itu , pihak swasta tidak boleh bersikap menutup sebelah mata terhadap atlet – atlet yang baru menempatkan diri dalam industri sukan negara kita . Pihak swasta seharusnya terus membantu para atlet dan tidak bersikap seperti harapkan sokong , sokong membawa rebah . Pihak swasta tidak seharusnya bersikap bena tak bena terhadap atlet yang berpotensi tinggi kerana mereka juga perlu membantu untuk meningkatkan mutu sukan dalam kalangan atlet dan remaja. Dalam memberi inisiatif dan bantuan ini,  pihak swasta harus ikhlas dan tidak mengharapkan balasan daripada kerajaan semasa menghulurkan bantuan dan tajaan kepada para atlet . Sekiranya pihak swasta bersinergi dan berganding bahu dengan para atlet negara, maka martabat sukan Malaysia mampu berdiri megah di mata dunia  dan duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan atlet sukan negara maju yang lain.

             Kalau tidak dipecahkan ruyung , manakan dapat sagunya . Anak – anak ibarat kain putih , ibu bapalah yang mencorakkannya sama ada menjadi bangsa mundur atau berjaya.. Bagi menaikan lagi taraf sukan di Malaysia , sokongan dan dorongan daripada ibu bapa merupakan tunjang untuk menyemarakkan lagi semangat sukan dalam diri anak – anak . Hal ini kerana , aktiviti sukan dapat menghindarkan diri remaja daripada terjebak dalam gejala hedonisme . Uswahnya , remaja zaman kontemporari kini lebih suka menghabiskan masa dengan melepak dan terlibat dengan budaya kuning yang berkiblatkan Barat . Hatta , ibu bapa haruslah mendisiplinkan sahsiah anak – anak mereka dengan menjadi suri teladan yang baik kepada mereka . Sementelahan ibu bapa perlu memanfaatkan cuti umum yang diperuntukkan oleh pihak kerajaan untuk membawa anak – anak beriadah bagi memupuk minat bersukan dalam kehidupan  mereka . Datuk Seri Tun Abdul Razak Hussein pernah berkata , disiplin yang baik terbentuk daripada sikap yang biak hasil daripada pemimpin yang teladannya baik . Malahan , hubungan silaturahim antara ibu bapa dengan anak – anak dapat dieratkan . Seyogia , remaja perlu memupuk sikap bertanggungjawab dalam diri mereka . Menurut , Tun Dr. Mahathir Muhammad , kebebasan beerti tanggungjawab  , tanggungjawab beerti berusaha , bertindak serta berdikari dan kejayaan yang dicapai daripada usaha seseorang itu tidak ternilai harganya . Tuntasnya , melentur buluh biarlah dari rebungnya . Ibu bapa perlu memberi didikan awal dan bersikap cakna terhadap aktiviti sukan anak – anak mereka kerana tuah ayam nampak di kaki , tuah manusia siapa yang tahu . Tamsilnya , Pandelela Renong yang berjaya memenangi pingat gangsa di Sukan Olimpik London telah diberikan latihan intensif kecil dalam sukan renang di Sungai Rajang oleh bapanya , Renong Jamh Joheng . Oleh itu , sokongan dan dorongan ibu bapa amatlah penting bagi menaikkan nama sukan Malaysia di persada dunia .

           Akhirnya, media masa sama ada media cetak atau media elektronok juga berperanan untuk memartabatkan mutu sukan dalam kalangan atlet dan remaja. Sebagai media  yang berpengaruh dalam kalangan masyarakat , pelbagai maklumat sukan boleh disebarkan melalui program media mereka.  Antaranya, media masa boleh menyediakan laman dokumentari tentang kejayaan atlet negara sehingga berjaya dalam aktiviti sukan di peringkat antarabangsa, menjalankan temubual eksklusif dengan atlet ternama negara, malah mengubahsuai kehidupan atlet dengan menerbitkan drama mengenai sejarah hidup mereka. Selain itu, media masa juga boleh memberi penerangan mengenai program sukan yang diadakan oleh agensi sukan negara seperti program Kementerian Belia dan Sukan, serta dasar 1 Murid 1 Sukan yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Justeru, pada masa yang sama remaja akan dapat mengenali  atlet  sukan negara yang pernah melakar kejayaan sukan buat negara di peringkat antarabangsa seperti Azizul Hasmi Awang dan Datuk Lee Chong Wei , Dato’ Nicol David, Pandalela Renong dan sebagainya. Sekiranya , media masa memberi pendedahan kepada golongan remaja dengan rancangan terbitan mereka, sudah pasti para remaja akan terdorong melibatkan diri dengan aktiviti sukan dan  tidak mustahil lebih banyak ikon sukan dapat dilahirkan yang akan menjadi idola para remaja. Malah, dengan adanya program media masa seperti ini, remaja kita akan sedar bahawa atlet sukan kita tidak ada bezanya dengan atlet sukan negara lain, paling utama usaha dan semangat patriotik merea untuk memartabatkan sukan negara  ke pentas dunia. Tegasnya, media masa juga berperanan untuk memartabatkan mutu sukan dalam kalangan atlet dan remaja

           
            Tuntasnya , sudah terang lagi bersuluh , peranan pihak sekolah tidak terkecuali dalam memupuk minat bersukan dalam kalangan golongan yang berdarah baru setompok pinang sekarang . Pihak sekolah seharusnya mengadakan pelbagai aktiviti dan program berteraskan sukan yang melibatkan semua pelajar tanpa membenarkan seorang pun terkecuali . Hal ini disebabkan pada era milinium kini , criteria kemasukan ke universiti bersandarkan pelibatan murid dalam aktiviti sukan yang pernah mereka masuki dan pencapaian kokurikulum mereka di sekolah. Statistik terkini jelas memaparkan sebahagian daripada remaja yang merupakan pelapis negara ini tidak berminat untuk menyertai apa – apa aktiviti sukan yang dijalankan . Sementelahan , ramai pelajar cemerlang SPM tidak berjaya memasuki ke mana-mana IPTA akibat tidak mencukupi syarat yang ditetepkan . Hal ini boleh dianalogikan seperti, barangan yang cantik tetapi tiada manfaat kepada pengguna . Di samping itu , sukan merupakan satu aktiviti yang mampu memberi seribu satu manfaat kepada individu yang melibatkan diri mereka dalam aktiviti  tersebut . Hal ini bersesuaian  dengan kata-kata yang pernah dilaungkan oleh Perdana Menteri Malaysia , badan yang sihat mampu melahirkan otak yang cerdas. Tambahan pula, Joseph Conrad pernah menyatakan, kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka . Oleh itu, pihak sekolah tidak boleh memandang enteng akan permasalah ini  . Pihak sekolah perlu memberi dorongan , sokongan dan galakan yang sepenuhnya kepada pelajar yang mempunyai berkat supaya pencapaian sukan kita standing dengan pencapaian sukan negara maju yang lain.



          Contoh jawapan karangan soalan keempat:-
             Pada era globalisasi dan dunia tanpa sempadan ini, setiap negara dunia perlu mengamalkan budaya tolong menolong atau kerjasama antara satu sama lain. Negara kaya, terutamanya,  perlu membantu negara miskin, dan begitu juga sebaliknya kerana geruh tidak berbunyi dan malang tidak berbau.  Bencana alam melanda tidak mengenal sama ada negara yang dilanda tersebut merupakan negara kaya mahupun miskin. Hal ini jelas apabila kita menyorot kembali bencana alam yang pernah melanda dunia, sama di media masa seperti elektronik, mahupun media cetak seperti bencana tsunami yang berlaku di Aceh dan Jepun, krisis makanan akibat kemarau di Somalia. Bencana juga berlaku akibat kebiadapan sesetengah kerajaan dunia yang tidak berhati perut dan bencana ini terus berlaku sehingga sekarang seperti berlaku di  Gaza, Palestin, dan Bosnia Hezogovena pada suatu ketika dahulu. Impak kejadian tersebut, sama ada semulajadi mahupun angkara manusia  menyebabkan mayat bergelimpangan, bangkai binatang bertaburan dan harta benda musnah. Ibu bapa kehilangan orang tersayang, dan anak-anak mangsa bencana alam kebuluran dan terpaksa meneruskan kehidupan mereka dengan penuh kesengsaraan. Demikianlah senario gara-gara bencana alam dan angkara kurang persafahaman antara kerajaan dunia. Kehidupan nescaya akan menjadi sukar untuk mangsa-mangsa berkenaan . Siapakah yang dapat membantu mereka? Jawapannya sudah pasti negara dunia lain terutamanya negara kaya kerana hidup tak sentiasa indah, langit tak selalu cerah .
                      Mari kita kupas dan perhalusi  bantuan masyarakat dunia  kepada mangsa bencana berkenaan. Antara bencana alam  mengerikan pernah berlaku adalah di Acheh, Indonesia pada tahun 2004. Impak bencana alam  berskala 9.0 ritcher merupakan yang keempat terbesar di dunia sejak 1900 menyebabkan  seramai  200,000 kematian berlaku di Aceh. Malaysia adalah antara negara dunia yang segera memberi bantuan kecemasan berbentuk bantuan kewangan dan keperluan harian kepada mangsa bencana alam di negara jiran berkenaan ibarat hulurkan tangan, ringankan beban. Selain sumbangan kerajaan Malaysia, dana terus dijalankan oleh badan kewangan seperti anjuran Utusan Malaysia dan Maybank telah berjaya mengumpulkan lebih kurang RM 8 juta untuk membantu mangsa tsunami. Rakyat Malaysia memang terkenal dengan sikap pemurah dan sering membantu mereka yang memerlukan pertolongan. Justeru, usaha Maybank yang mengharapkan tujuh juta pelanggannya menyumbangkan RM 1.00 untuk usaha mengumpulkan dana merupakan langkah terpuji untuk membudayakan sikap tolong menolong kepada pelanggannya. Bank Dunia menganggarkan jumlah bantuan yang diperlukan untuk membangunkan semula Aceh berjumlah USD 5 bilion. Tegasnya, dengan bantuan kerajaan, pertubuhan badan bukan kerajaan, dan rakyat Malaysia serta negara dunia lain, kesengsaraan mangsa tsunami Aceh dapat dikurangkan. Bahkan juga, negara kita akan terus terkenal di persada dunia dan mampu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara maju yang lain.
                            Skop perbincangan seterusnya berfokus kepada sumbangan negara dunia dalam bentuk tenaga dan kepakaran dalam misi membantu mangsa bencana alam.  Kejadian tsunami di Jepun yang berlaku pada tahun 2011, memaparkan  betapa nilai kemanusian merapatkan hubungan sesama manusia. Hal ini terpapar setelah Badan Koordinasi Hal Ehwal Kemanusiaan PBB (OCHA) mengatur tugas-tugas menyelamat, 70 negara dunia telah menawarkan pertolongan kepada Jepun, antaranya negara Cina yang mengenepikan hubungan tegang dengan kerajaan Jepun demi faktor kemanusian.  Malaysia sebagai sebuah negara yang terkenal dengan sikap terpujinya bersetuju menghantar Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas (SMART), Rusia menghantar Pasukan (ERMACOM) dengan 40 anggota termasuk tiga ekor anjing pengesan, Singapura menghantar pasukan penyelamat urban, dan pelbagai lagi. Dengan adanya pasukan penyelamat berkenaan usaha untuk menyelamat dan membantu mangsa terperangkap akan lebih mudah dilaksanakan  kerana pasukan berkenaan dilengkapi dengan alat pengesan khas, anjing pengesan terlatih serta pengalaman anggotanya dalam usaha menyelamat. Tegasnya, sumbangan negara dunia dalam bentuk tenaga dan kepakaran kepada mangsa-mangsa bencana alam dunia dapat menjalin tali silaturahim dan ukhuwah dengan negara-negara yang terbabit.

            Seterusnya, mari kita gunakan minda pelajar kelas pertama untuk memperkatakan sumbangan negara dunia dari segi rawatan dan kecemasan kepada mangsa bencana. Masyarakat  yang mengalami bencana alam seperti tsunami dan juga peperangan akibat kebejatan negara yang tidak memperdulikan kesengsaraan masyarakat negara lain, menyebabkan masyarakat negara berkenaan yang tidak berdosa menanggung sengsaranya. Fokus perbincangan ini menjurus kepada mangsa tsunami di Aceh dan mangsa peperangan di Gaza, Palestin. Berbalik kita kepada fungsi pertubuhan badan bukan kerajaan Malaysia (NGO) antaranya badan pertubuhan bukan kerajaan seperti MERCY, Badan Amal, Pasukan Bulan Sabit Malaysia, serta Pasukan Tentera Malaysia. Mercy  Malaysia yang merupakan sebuah pertubuhan bantuan perubatan sukarela, Pasukan Bulan Sabit Malaysia dan anggota perubatan Tentera Malaysia juga telah menghulurkan bantuan perubatan kepada mangsa-mangsa bencana alam di kedua-dua negara berkenaan. Bantuan perubatan amat diperlukan dan dihargai kerana mangsa-mangsa bencana bukan sahaja mengalami kecederaan parah bahkan menghidap penyakit berjangkit akibat sumber air yang tercemar dan kekurangan makanan. Bantuan berupa perubatan ini bukan setakat dapat meringankan penderitaan mereka malah tali ukhuwah negara akan terjalin dengan negara-negara yang terbabit, bak kata pepatah cubit paha kanan, paha kiri pun merasa juga. Malah, kita juga pernah menerima bantuan antarabangsa terutama bencana alam yang menimpa di negara kita seperti  kejadian Highland Towers dan Bukit Antarabangsa  yang mengorbankan nyawa di negara ini juga telah menerima bantuan antarabangsa terutama soal kepakaran mencari dan menyelamat. Jelaslah di sini, sumbangan perubatan dan kecemasan kepada mangsa bencana berkenaan dapat mengurangkan penderitaan mangsa.
            Mari kita perluaskan skop perbincangan seterusnya kepada bantuan membina prasarana dan infrastruktur yang telah rosak akibat bencana alam yang menimpa negara berkenaan         
.........................................................................................(Sambungkan )


           Akhirnya, skop perbincangan seterusnya menjurus kepada memberikan bantuan psikologi serta bimbingan dan kaunseling kepada mangsa bencana alam. ............................................ (sambungkan)
                Semua orang seharusnya melupakan batasan geografi dan perbezaan pemahaman ideologi dalam menghulurkan bantuan dan tidak menjadi enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing . Justeru, masyarakat negara dunia perlu peka dengan permasalahan yang dihadapi oleh negara jiran walau di mana kita berada. Kita harus sedar bahawa manusia semuanya sama iaitu menginginkan kehidupan yang sempurna untuk meneruskan kehidupan. Oleh sebab itu, amat wajar masyarakat dunia membudayakan sikap saling membantu selagi kita termampu lantaran buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat, malah buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali.  Masyarakat negara dunia haruslah bersama-sama menghulurkan bantuan dengan apa-apa cara sekalipun kepada negara-negara yang dilanda bencana kerana ada pepatah mengatakan hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Kerajaan dunia juga sedar, negara kaya seperti Jepun, mampu lumpuh akibat bencana tsunami pada suatu ketika dahulu. Paling penting melalui nilai bantu membantu yang diterapkan oleh masyarakat dunia, perasaan muhibah dapat dipupuk dan seterusnya akan  melahirkan masyarakat dunia yang hidup aman dan sejahtera. Sebagai masyarakat Malaysia, kita seharusnya bersyukur kerana kerajaan dan pertubuhan badan bukan kerajaannya sentiasa terpanggil untuk membantu masyarakat negara lain yang memerlukan pertolongan kerana berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.


         Contoh jawapan karangan soalan kelima:-

         Dalam mengharungi era ledakan sains dan teknologi, budaya berbudi bahasa dalam kalangan masyarakat semakin lenyap dalam masyarakat. Berita tentang remaja bertindak liar di luar batas-batas kehidupan dengan terlibat dalam aktiviti-aktiviti jenayah seperti gengsterisme, vandalisme dan pornografi sering terpapar di dada-dada akhbar dan kaca televisyen. Hal ini jelas menunjukkan betapa kroniknya masalah kelunturan amalan berbudi bahasa dalam kalangan masyarakat. Sememangnya, tidak dapat dinafikan bahawa kebejatan amalan mulia ini adalah disebabkan oleh pengaruh budaya kuning dari negara-negara barat seperti Amerika Syarikat, Belanda dan United Kingdom yang terkenal dengan sikap keterbukaan masyarakatnya. Malaysia merupakan sebuah negara yang demokratik dan mengamalkan dasar pintu terbuka bagi menggalakkan pertumbuhan ekonomi negara secara halus menghakis sifat ketimuran yang selama ini diamalkan.  Budaya murni masyarakat mula terkubur apabila “langit terbuka” angkara kemodenan sistem elektronik apabila sistem jalur lebar negara semakin maju. Justeru, masyarakat kita tidak dapat lari dari pengaruh dunia luar dan pengaruh budaya kuning dengan mudahnya dapat bersarang di kotak fikiran masyarakat. Terdapat pelbagai kepentingan kita sebagai masyarakat mengamalkan nilai-nilai murni terpuji dalam kehidupan seharian.

             Mari kita tumpukan lensa perbincangan tentang kepentingan mengamalkan nilai murni iaitu untuk mewujudkan perpaduan antara masyarakat berbilang kaum di negara kita. Masyarakat yang berbudi bahasa akan saling menghormati setiap warganegara tidak kira apa jua warna kulit, taraf dan umur individu tersebut. Apabila wujud sikap saling menghormati, masyarakat akan dapat hidup dalam suasana yang harmoni dan gembira walaupun hidup dengan masyarakat yang berbeza budaya, adat dan kepercayaan. Dalam pada itu, perselisihan faham antara kaum atau rusuhan kaum seperti peristiwa 13 Mei 1969 dapat dielakkan. Ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-55 iaitu pada tahun 2012 yang bertemakan Janji Ditepati iaitu slogan kerajaan dalam usaha memberikan perkhidmatan terbaik dan berkongsi kekayaan negara  bersama-sama setiap warganegara. Kejayaan mengekalkan perpaduan kamu jelas menunjukkan pentingnya perpaduan kaum dalam negara kita yang terdiri daripada rencaman bangsa. Pepatah ada mengatakan bersatu teguh, bercerai roboh. Justeru, apabila masyarakat bersatu, negara dapat berkembang dengan maju dan anasir-anasir luar tidak dapat menggugat kestabilan negara dengan mudah. Tegasnya, amalan nilai murni dapat mewujudkan perpaduan kaum antara masyarakat berbilang kaum. dan seterusnya mempertahan kadaulatan negara tercinta.

       Meninjau dari skop yang lebih luas, amalan berbudi bahasa dapat melahirkan masyarakat yang lebih bertamadun. Menurut konteks sejarah, masyarakat yang bertamadun merupakan masyarakat yang memiliki tahap tatasusila yang tinggi dan kebudayaan yang luhur selain pencapaian lahiriah. Oleh itu, masyarakat pada masa tersebut dapat membina empayar dan kerajaan yang kuat dan hebat seperti ketika tamadun Mesopotamia. Justeru, Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa berusaha untuk terus melahirkan masyarakat pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Hal ini penting kerana generasi pelajar sekarang merupakan pengganti pimpinan negara pada masa akan datang. Pepatah Melayu ada menyebut ada menyebut yang datang pasti akan pergi, yang patah pasti tumbuh dan yang hilang pasti akan berganti. Begitu lumrah kehidupan manusia  Imam Al-Ghazali pernah berkata “Sekiranya kamu ingin melihat masa depan sesuatu bangsa, maka lihatlah generasi mudanya.” Jelaslah, amalan berbudi bahasa dapat melahirkan masyarakat yang lebih bertamadun.

      Namun begitu, senario hari ini yang menyaksikan masyarakat yang biadap dan kasar sikapnya seperti mengeluarkan kata-kata kesat amatlah memilukan hati bagai duri dalam daging. Hal ini seolah-olah masyarakat kita masih hidup dalam Zaman Jahiliah yang mana akhlak dan nilai hidup masyarakat pada masa tersebut adalah sangat rendah. Perkara seumpama itu tidak sepatutnya wujud dalam masyarakat kkit lagi memandangkan negara kita telah lima dekad mencapai kemerdekaan. Untuk mendapatkan kemerdekaan bukanlah suatu perkara yang mudah tetapo untuk mempertahankan dan mengekalkan kemerdekaan merupakan perkara yang lebih sukar untuk dilakukan. Justeru, negara amat memerlukan masyarakat yang berfikiran matang dan bijak untuk mengelakkan penjajahan semula oleh kuasa-kuasa asing.

       Dari kaca mata yang lain, industri pelancongan juga turut meningkat. Masyarakat yang berbudi bahasa akan mempamerkan nilai-nilai yang positif seperti memberi layanan yang sopan dan bersikap lemah lembut terhadap pelancong asing. Hal ini penting agar dapat meninggalkan imej yang positif terhadap negara kita dalam diri pelancong. Pelancong juga akan mempunyai percutian yang menyeronokkan kerana beranggapan bahawa kedatangan mereka adaalah dialu-alukan dan dihargai oleh masyarakat tempatan. Dalam pada itu, pekerja-pekerja dalam Jabatan Kastam dan Imigresen, pemandu pelancong dan pemandu pengangkutan awam perlulah memainkan pereanan yang lebih penting dengan senantiasa melemparkan senyuman dan bertutur dengan nada yang lembut ketika berurusan dengan pelancong asing. Negara Jepun sayugia dijadikan teladan kerana masyarakatnya sememangnya kaya dengan budi bahasa. Contohnya, ucapan irasshaimase yang bermaksud selamat datang dalam bahasa Jepun pasti akan menusuk ke gegendang telinga tidak kira apa-apa kedai yang dikunjungi. Amalan berterima kasih juga merupakan sesuatu yang biasa dalam masyarakat Jepun. Justeru, budaya murni ini perlulah diserapkan dalam jiwa dan raga setiap individu terutamanya golongan yang berurusan dengan pelancong asing agar merekadapat menikmati percutian yang menyeronokkan di negara kita.

       Di samping itu, pemimpin yang berdedikasi  dan kaya dengan nilai murni juga dapat dilahirkan. Pemimpin yang baik akan dapat mentadbir negara dengan ikhlas, bertanggungjawab akan sentiasa mendapat sokongan padu daripada rakyat. Dalam pada itu, golongan remaja merupakan asset yang sangat bernilai kepada negara kerana mereka adalah generasi pelapis yang bakal menerajui tampuk kepimpinan negara. Oleh itu, budi bahasa perlulah dijadikan panduan kepada kehidupan mereka supaya mereka dapat menjauhkan diri daripada kancah gejala social serta dapat membezakan yang mana baik dan yang mana buruk. Pemimpin yang berbudi bahasa juga dapat meningkatkan imej negara kerana pemimpin dari negara lain akan kagum dan nmenghormati negara kita. Ironinya, hubungan diplomatik bagi menjamin kemajuan dan keselamatan nbegara dapat dijalainkan dengan mudah. Dengan itu, negara kita akan dapat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain. Selain itu, negara kita akan terkenal di persada dunia kerana sifat budi bahasa kita dan ini akan menjadi kebanggaan masyarakat kita.

       Individu yang berbudi bahasa juga akan memperoleh pelbagai kemaslahatan, antaranya mudah didampingi oleh orang lain,. Hal ini kerana individu yang berbudi bahasa sentiasa lemah lembut dan bersopan santun dalam pertuturan dan perlakuan. Mereka juga tidak akan mengeluarkan kata-kata yang kesat atau kata-kata yang menyakitkan hati. Justeru, mereka tida akan menyinggung perasaan orang lain. Sebaliknya, mereka akan dihormati dan disenangi oleh orang lain. Hal ini akan turut menjaga nama baik dan maruah individu tersebut dan keluargannya kerana sifat-sifatnya yang mulia itu. Konklusinya, budaya berbudi bahasa perlulah digarapkan oleh ibubapa dalam diri anak-anak sejak dari kecil lagi bagai melentur buluh biarlah dari rebungnya. Dengan ini, hasrat negara untuk melahirkan masyarkat yang berbudi bahasa menjelang tahun 2020 akan dapat direalisasikan.

       Natijah, sifat-sifat luhur dan amalan berbudi bahasa yang dahulunya menjadi kebanggaan masyarakat timur tetapi kian terhakis ini wajarlah dipulihkan dan dihidupkan semula. Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pernah menyatakan yang negara kita akan mudah dikalahkan jika kita mempunyai infrastruktur kelas pertama tetapi mentali kelas ketiga. Oleh itu, dapatlah disimpulkan bahawa pembangunan nilai dan budaya yang betul amat mustahak untuk negara mencapai cita-citanya yakni untuk mencapai taraf negara maju yang duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negar-negara gergasi lain di dunia. Dalam pada itu, semua pihak haruslah bekerjasama bagai aur dengan tebing dan mengelakkan sikap bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Dalam menanam amalan berbudi bahasa dalam diri setiap individu. Kempen Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni perlulah diimplementasikan dari semasa ke semasa untuk meningkatkan kesedaran rakyat. Kita mengharapkan agar menjelang tahun 2020, tabiat buruk seperti gengsterisme, dan bercakap kesat sudah lupus dari memori setiap rakyat Malaysia supaya negara akan lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.



Tiada ulasan: