Pada hari ini, pelajar diminta menulis karangan berpandu bertajuk Kepentingan sektor pelancongan kepada rakyat dan negara kita. Setelah bahan rangsangan diberikan saya memberikan ruang kepada pelajar berbincang. Di samping itu, saya telah memberi penekanan terhadap pembinaan perenggan pengenalan, perenggan isi, dan perenggan penutup secara umum serta ayat-ayat yang diberi penekanan semasa mengembangkan perenggan berkenaan mengunakan jadual pengembangan idea karangan seperti fungsi ayat rangsangan, fungsi frasa menarik, fungsi ayat KBAT, fungsi ayat arahan, ayat huraian, fungsi ayat penegas, fungsi ayat cadangan semasa mengarang. Sila rujuk semula, Jadual pengembangan Idea Perenggah untuk membantu menghasilkan karangan cemerlang.
Berdasarkan pemerhatian saya, pelajar agak sukar berbincang dan bersedia untuk menulis karangan berkenaan kerana mereka :-
- Kurang fakta dan kurang membaca berkaitan maklumat bidang ekonomi terutama maklumat berkaitan sektor pelancongan negara.
- Tidak dapat menentukan jenis pengenalan untuk memulakan perenggan pengenalan, sama ada berkaitan lagu, peribahasa, fakta berkaitan paratus sumbangan sektor pelancongan kepada ekonomi negara atau sektor keada sektor ekonomi negara.
- Tidak kreatif untuk mengaitkan isi dan fakta oleh sebab kurang maklumat.
- Tidak dapat menentukan cara untuk menulis
Oleh sebab itu, saya meminta mereka menghasilkan karangan berkenaan sebagai kerja rumah dengan harapan mereka akan mengumpulkan fakta sebelum mengarang sama ada menggunakan internet, sumber rujukan bahan pembacaan dan sebagainya kerana maklumat dihujung jari dan dunia tanpa sempadan. Paling penting kesungguhan, di samping pelajar dapat mengelakkan sikap ambil mudah seperti peribahasa Melayu menganggap kerja berkenaan seperti melepaskan batuk di tangga.
Sebagai bantuan saya berikan contoh karangan, berkaitan karangan berpandu di atas.
Fokus pengenalan berfakta:- ( Merujuk sumber Internet)
Fokus pengenalan karangan biasa:-
Apabila
kerajaan mula mengisytiharkan Tahun Melawat Malaysia pada tahun 1990, usaha ini
menunjukkan bahawa kerajaan semakin memberikan perhatian yang serius kepada
industri pelancongan kerana langkah ini berpotensi memajukan ekonomi negara.
Setiap tahun bilangan pelancong yang datang ke Malaysia semakin meningkat.
Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai keistimewaan tersendiri. Ramai
pelancong, sama ada dari luar ataupun dalam negara memilih negara kita sebagai
destinasi pelancongan mereka. Persoalannya, apakah kepentingan sektor pelancongan
kepada rakyat dan negara kita?
Antara
kepentingan sektor pelancongan ialah kita dapat mempromosikan tempat
pelancongan yang menarik di Malaysia. Hal ini demikan kerana, Malaysia mempunyai banyak tempat
bersejarah yang boleh dilawati seperti Bandar Bersejarah yang terletak di
negeri Melaka. Tempat – tempat bersejarah ini dapat mengembangkan ilmu
pengetahuan seseorang. Sealain itu, pelancong juga boleh bermain sambil
melawat tempat – tempat bersejarah ini
kerana kita mengetahui bahawa sekiranya cuma melihat barangan bersejarah amat
membosan bagi sesetengah pelancong. Oleh sebab itu, untuk memanfaatkan pelbagai pihak,
selain barangan bersejarah persembahan turut diadakan, seperti di Kota A –
Famosa. Bahkan juga, di Kota A – Famosa pelancong bukan sahaja dapat menambahkan ilmu
sejarah tetapi juga beriadah pada masa yang sama kerana tempat beriadah seperti
Bandar Cowboy, Dunia Binatang Safari dan Dunia Air turut disediakan. Tempat –
tempat ini sesuai untuk semua golongan masyarakat sama ada kanak – kanak
ataupun dewasa. Jelasnya, sektor pelancongan dapat mempromosikan tempat
pelancongan yang menarik di negara kita.
Selain itu, sektor pelancongan dapat
mempromosikan makanan setempat di negara kita. Hal ini demikian kerana Malaysia mempunyai beraneka
jenis makanan yang digemari oleh pelancong. Oleh sebab , negara kita unik dengan kepelbagaian kaum, sudah pasti masyarakatnya mempunyai varieti masakan yang berbeza seperti masakan Melayu, masakan
Cina dan masakan India. Negara – negara Barat seperti England cuma mempunyai
satu jenis kaedah masakan seperti kentang goreng, stik dan salad. Negara Itali
pula mempunyai masakan seperti spageti, pizza dan telur dadar. Negara kita
tidak seperti negara lain yang cuma mempunyai satu kaedah masakan. Masyarakat
berbilang kaum di Malaysia mengetahui pelbagai jenis makanan dari serata dunia
seperti yu sang, bau dan char kuey teow daripada kaum Cina, rendang, ketupat
dan nasi lemak daripada kaum Melayu, capati, tosai dan idli daripada kaum India
serta tidak kurangnya masakan barat dan masakan enak daripada kaum yang
berlainan. Masakan yang tidak pernah dirasai oleh pelancong ini memberikan
mereka rasa baharu maka menarik minat mereka untuk mengunjungi Malaysia.
Tegasnya, makanan setempat dapat dipromosikan melalui sektor pelancongan.
Di samping itu, sektor pelancongan
dapat memperkenal dan mengembangkan industri kraf tangan di Malaysia.
Barangan kraf tangan buatan rakyat tempatan bukan sahaja bermutu bahkan harga
yang ditawarkan amat berpatutan. Barangan kraf tangan buatan rakyat Malaysia
yang diperbuat daripada kain batik, seramik, kayu, perak, kaca dan kulit amat
cantik dari segi reka bentuk dan sesuai dijadikan cenderahati kepada pelancong.
Pelancong pasti membeli – belah barangan kraf tangan buatan Malaysia seperti
batik, kain songket, wau dan lain – lain sebagai buah tangan atau ole-ole buat
keluarga atau rakan mereka. Kedatangan pelancong asing ke Malaysia bukan sahaja
memajukan industri kraf tangan ke luar negara kita bahkan menjadi periuk nasi
kepada pengusaha kraf tangan tempatan. Sekiranya, sektor industri kraf tangan berkenaan tidak dipromosikan, sudah pasti indutri ini ibarat hidup segan mati tak mahu. Jelasnya, industri kraf tangan dapat
dimajukan melalui sektor pelancongan.
Akhir sekali, sektor pelancongan dapat
memperkenalkan budaya Malaysia yang unik lagi istimewa kepada dunia luar. Hal
ini demikian kerana Malaysia mempunyai penduduk yang berbilang kaum dan etnik
seperti Melayu, Cina, India, Kadazan, Murut, Iban dan lain-lain. Kaum-kaum di
negara kita yang mempunyai adat, budaya dan cara pemakanan yang berbeza dan
istimewa mampu menarik minat pelancong asing. Sektor pelancongan dapat
mempromosikan warisan budaya yang tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek
panas ke serata dunia. Pelancong yang datang ke suatu destinasi pelancongan
boleh dihidangkan dengan persembahan kesenian tradisional misalnya wayang
kulit, makyung, dikir barat, ronggeng dan kuda kepang. Mereka juga diberi
peluang untuk mencuba permainan tradisional seperti sepak raga, galah panjang,
congkak, batu seremban dan lain-lain. Pakaian tradisional seperti baju kurung
yang diperbuat daripada kain batik dan sari yang diperbuat daripada kain sutera
boleh cuba dipakai oleh pelancong asing. Keseronokan pengalaman yang dibawa
pulang ke negara asal pelancong akan menjadi memori indah yang akan menggamit
mereka untuk datang semula ke negara kita. Tegasnya, keunikan budaya masyarakat
Malaysia yang berjaya dipromosi melalui sektor pelancongan sebenarnya memberi
imej yang sangat baik kepada negara Malaysia.
Kesimpulannya, sektor pelancongan merupakan salah satu
sumber ekonomi yang amat penting dalam negara kita. Oleh itu, kita harus
menggunakan kelebihan yang ada pada negara kita dengan sepenuhnya supaya negara
kita dapat menjadi pusat pelancongan yang terkenal di dunia dan seterusnya
membangunkan ekonomi negara kita. Walaupun masyararakat kita terdiri daripada
berbilang kaum, kita harus bersatu padu demi menjaga kepentingan tanah air
tecinta kita. Tegasnya, kita perlulah bersatu padu bak kata pepatah, bulat air
kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.
Berdasarkan karangan di atas, pelajar perlu sedar betapa pentingnya membaca dan merujuk maklumat untuk memantapkan kerangan pelajar. Selain itu, saya ingin memberi penekanan bahawa soalan karangan berpandu di atas merupakan karangan yang berkait dengan dimensi negara. Tanpa membaca, pelajar tidak akan dapat menghasilkan karangan yang menarik dan matang.
Saya akui, ada masa format jadual pengembangan idea sukar untuk diaplikasi 100% semasa mengarang, terutama bahagian ayat KBAT tetapi tidak semestinya dengan ketiadaan unsur berkenaan, pelajar tdak boleh mengarang.
kesimpulannya, pelajar masih belum dapat mengarang dengan mantap. Esok, saya akan lihat hasilan karangan yang diarahkan. Berusaha menghasilkan karangan yang berkualiti.
Saya akui, ada masa format jadual pengembangan idea sukar untuk diaplikasi 100% semasa mengarang, terutama bahagian ayat KBAT tetapi tidak semestinya dengan ketiadaan unsur berkenaan, pelajar tdak boleh mengarang.
kesimpulannya, pelajar masih belum dapat mengarang dengan mantap. Esok, saya akan lihat hasilan karangan yang diarahkan. Berusaha menghasilkan karangan yang berkualiti.
2 ulasan:
Saya dah copy dan siap print,izinkan saya okkk🙌
Sila gunakan bahan berkenaan. Semoga bahan berkenaa dapat membantu dan mengembangkan idea Fizie menulis karangan.
Catat Ulasan