Selasa, 6 Jun 2017

PEMERIKSAAN KARANGAN DAN KRITERIA DIAMBIL KIRA UNTUK MENENTUKAN TAHAP KARANGAN PELAJAR SEMASA MENJAWAB KERTAS 1 BAHASA MELAYU 1103

ISU BERKAITAN PEMERIKSAAN KERTAS KARANGAN TELAH BANYAK KALI SAYA PERKATAKAN DI DALAM BLOG LAMAN BAHASA MELAYU SPM INI.  MUNGKIN TEMPOH KEBERADAAN SAYA DI SEKOLAH BARU SAYA SMK SERI LONDANG BARU 2 BULAN, BANYAK PERKARA BELUM SEMPAT  DAN DAPAT SAYA DEDAHKAN SEMASA PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN, JUSTERU KARANGAN PELAJAR AGAK KURANG PANJANG, SELAIN DARIPADA KURANG MATANG SEMASA MENGHURAIKAN ISI KARANGAN, BEGITU JUGA PELAJAR TIDAK MAHIR  MENYELITKAN FRASA MENARIK SERTA ISTILAH MENARIK SEMASA  MENGARANG. OLEH SEBAB ITU, PADA MALAM INI SAYA AKAN CUMA MENGKHUSUSKAN PENULISAN SAYA KEPADA KEPANJANGAN KARANGAN BERTARAF CEMERLANG ATAS ATAU A+ DAN TAHAP PENULISAN KARANGAN PELAJAR DI BAWAH TAHAP CEMERLANG.

UNTUK MAKLUMAN SAYA AKAN MENGULANG SEMULA PERBICARAAN BERKAITAN ISU DI ATAS DENGAN MENGULANG SEMULA BAHAN YANG TELAH SAYA HASILKAN PADA TAHUN 2013, CUMA MUNGKIN PELAJAR TIDAK MENJUMPAI CATATAN BERKENAAN. TAK SILAP SAYA, BAHAN INI SAYA HASILKAN SEMASA SAYA BERTUGAS DI SMKA SULTAN AZLAN SHAH, BOTA, PERAK.

BAGAIMANA UNTUK MENGHASILKAN KARANGAN CEMERLANG

KARANGAN CEMERLANG
Pelajar mampu menghasilkan karangan cemerlang dengan syarat:-

1
memahami kriteria dan pemarkahan karangan cemerlang untuk karangan berpandu dan umum.
2
memahami cara memulakan karangan ( Perenggan Pengenalan)
3
memahami kaedah untuk mengembang isi. ( Perenggan Isi)
4
memahami kaedah menulis penutup ( Perenggan Penutup)
5
tahu cara mengesan kata kunci untuk menentukan kehendak dan keperluan isi yang perlu ditulis.
6
menguasai kemahiran tatabahasa, dan membina ayat yang kreatif.
7
mengetahui format karangan yang hendak ditulis berdasarkan kehendak soalan.
8
menguasai kemahiran menggunakan penanda wacana, dan tanda baca.
9
kaya  kosa kata atau  perbendaharan kata.
10
mempunyai pengetahuan luas.
11
mempunyai strategi dalam menentukan fokus karangan yang hendak ditulis.
12
mempunyai pengetahuan frasa manarik yang luas seperti peribahasa, kata-kata hikmah, kata-kata pemimpin, ayat Al Quran, Hadis, dan sebagainya.
13
Kerap membuat latihan merupakan syarat terakhir.


       Di atas merupakan beberapa syarat yang saya tuliskan sebagai panduan kepada pelajar untuk menghasilkan karangan cemerlang . Menghasilkan karangan cemerlang tidak sesukar sebagaimana tanggapan pelajar tetapi pelajar perlu istiqoman, berdisiplin, berusaha kerana usaha itu tangga kejayaan, terutama untuk membudayakan penghasilan karangan cemerlang atas. Namun pelajar mudah untuk lulus tetapi sukar untuk menggapai tahap cemerlang atau cemerlang atas kerana kurangnya latihan. Saya sendiri sebagai seorang guru perlu menguasai kemahiran untuk menghasilkan karangan cemerlang dengan menguasai kriteria dan keperluan untuk menghasilkan karangan cemerlang, ditambah pula perlu pembacaan luas, serta sentiasa mahir memilih frasa menarik serta istilah menarik semasa mengarang. Namun, dengan dasar langit terbuka, dan maklumat di hujung jari akan mempermudah sesiapa sahaja untuk menghasilkan karangan cemerlang.



KRITERIA PENSKORAN (KARANGAN BERPANDU)

PERINGKAT
MARKAH
KRITERIA

26
– 30
- menepati tugasan soalan



- bahasa gramatis dari segi kata dan ayat

(28
– 30)
- penggunaan tanda baca betul dan tepat
Cemerlang


- penggunaan kosa kata luas dan tepat

(26
– 27)
- wacana lengkap, unsur bahasa bervariasi



- mesti menggunakan ungkapan yang menarik



- idea relevan, huraian jelas dan matang

20
– 25
- menepati tugasan soalan



- bahasa gramatis dari segi kata dan ayat
Kepujian
(23
– 25)
- penggunaan tanda baca betul dan tepat


- penggunaan kosa kata luas




(20
– 22)
- wacana lengkap, unsur bahasa bervariasi



- idea relevan, huraian jelas

15
– 19
- masih menepati tugasan soalan



- bahasa masih gramatis dari segi kata dan ayat
Memuaskan
(17
– 19)
- penggunaan tanda baca masih betul dan tepat


- penggunaan kosa kata umum




(15
– 16)
- wacana masih lengkap, unsur bahasa masih bervariasi



- idea masih relevan, huraian masih jelas

10 -14
- masih/kurang menepati tugasan soalan



- bahasa kurang gramatis dari segi kata dan ayat
Kurang
(12
– 14)
- kesalahan tatabahasa/ejaan ketara
Memuaskan


- penggunaan kosa kata terhad

(10
– 11)
- wacana kurang lengkap, unsur bahasa kurang bervariasi



- idea kurang relevan, huraian kurang jelas
Pencapaian
01
– 09
- calon tidak menunjukkan penguasaan kemahiran menulis
(06
– 09)
- banyak kesalahan bahasa (kata dan ayat)
Minimum
(01
– 05)
- idea tidak menepati tugasan soalan



























SEBAGAI TAMBAHAN, DI BAWAH SAYA AKAN SENARAIKAN KEPANJANGAN KARANGAN YANG AKAN MENJADI TITIK TOLAK KEPADA SESEORANG PEMERIKSAAN UNTUK MENILAI TAHAP PENCAPAIAN KARANGAN PELAJAR, SAMADA TAHAP KARANGAN YANG DIHASILKAN CEMERLANG ATAS, CEMERLANG BAWAH, KEPUJIAN DAN SETERUSNYA. PALING UTAMA, JANGAN GANGGU "IMPRESSION" PEMERIKSA, BERMAKSUD PEMERIKSA AMAT SENSITIF TERHADAP KESALAHAN PELAJAR SEMASA MENGARANG, MELIPUTI KESALAHAN BINAAN AYAT, KESALAHAN EJAAN, KESALAHAN TANDA BACA, DARI SUDUT BAHASA PULA PEMERIKSAAN SENSTIF DARIPADA KEMAHIRAN BERBAHASA PELAJAR SEPERTI FRASA MANARIK, ISTILAH MENARIK DAN KEINDAHAN BAHASA YANG LAIN. OLEH SEBAB ITU, PELAJAR YANG MENJAGA SETIAP KRITERIA PENGHASILAN KARANGAN CEMERLANG AKAN BERUNTUNG DAN AKAN MENJADI "TRADE MARK" PEMERIKSA SEMASA MEMERIKSA KERTAS.

PADA MASA YANG SAMA KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI ( KBAT ) PERLU DITERAPKAN SEMASA PENULISAN KARANGAN SAMA ADA PENULISAN KARANGAN BERPANDU ATAU PENULISAN KARANGAN UMUM. APA ITU KBAT? UNTUK BERBICARA BERKAITAN KBAT SAYA AKAN POSTKAN KHAS PERBINCANGAN BERKAITANNYA DALAM BLOG SAYA INI AGAR PELAJAR FAHAM APA ITU KBAT DALAM PENULISAN KARANGAN.

DI BAWAH SAYA SELITKAN KEPANJANGAN KARANGAN YANG PERLU UNTUK MENENTUKAN TAHAP PENCAPAIAAN KARANGAN PELAJAR:-

1. 340 - 350  PATAH PERKATAAN ATAU LEBIH SEMAK SAMPAI HABIS- KARANGAN PELAJAR TERGOLONG DALAM KARANGAN CEMERLANG, NAMUN BELUM DISENTUH KESALAHAN-KESALAHAN YANG DILAKUKAN PELAJAR SEMASA MENGARANGKAN -KESALAHAN-KESALAHAN BERKENAAN AKAN  MNGURANGKAN MARKAH PELAJAR.

2.     300 - 339 PATAH PERKATAAN- IMPRESSION DAN MARKAH PELAJAR AKAN TURUN.

3.     251- 299 PATAH PERKATAAN – KARANGAN PELAJAR PERINGKAT BAIK.

4.     KURANG 250 PATAH PERKATAAN - KURANG MEMUASKAN

Untuk makluman pelajar, pada saat ini guru-guru mungkin sudah memasukkan markah Kertas Bahasa Melayu 1 dan Kertas Bahasa Melayu 2 untuk Peperiksaan Pertengahan Tahun 2107 ke dalam sistem SAPS. Mungkin, guru-guru yang ada link samada blog, whatsapp, atau telegram dengan pelajar, markah berkenaan telah diketahui. Untuk keputusan rasminya, tunggulah keputusan daripada guru-guru anda. Semoga anda mendapat keputusan yang cemerlang. Namun kepada pelajar yang tidak mencapai tahap kecemerlangan, jangan putus asa, usaha dengan lebih gigih dan berjumpalah guru mata pelajaran anda untuk mengetahui kelemahan anda, samada kertas BM1, mahupun kertas BM2. Kegagalan anda bukanlah untuk selama-lamanya, kadangkala kegagalan tersebut suatu rahmat untuk anda tidak mengulangi pada peperiksaan besar yang lain, terutama semasa peperiksaan percubaan dan paling utama semasa peperiksaan sebenar iaitu Peperiksaan SPM 2017.
  

5 ulasan:

I can!! berkata...

Cg sya.. Nak Tanya
Contoh soalan.. Pengawas, ketua kelas dan pengerusi kelab merupakan pemimpin yang membantu sekolah meningkatkan pencapaian.
Jelaskan ciri pemimpin tersebut
.. Blh x jawab setiap satu maksudnye Pengawas apa cirinya kemudian ketua kelas.. Mcm tu.. Masudnya saya jadikan ketiga2 tu sbagai Isi asing..dengan hanya ciri2 pemimpin sebagai penjelasan

ciknik Z berkata...

tqvm for sharing, cg ramsul. semoga dirahmati Allah

ciknik Z berkata...

tqvm for sharing, cg ramsul. semoga diberkati Allah

ciknik Z berkata...

tqvm for sharing, cg ramsul. may allah bless u

MOHD. RAMSUL ABD. RAHIMAN berkata...

Silakan dengan ikhlas. Semoga bahan berkenaan dapat membantu.