Terdapat sebilangan murid, ibu bapa dan masyarakat hanya
mementingkan pencapaian akademik dengan meminggirkan aktiviti kokurikulum di
sekolah.
Sebagai seorang murid, huraikan pendapat anda untuk
menyakinkan semua pihak bahawa kegiatan kokurikulum banyak faedahnya kepada
murid-murid dan tidak wajar diketepikan di sekolah.
Apakah yang dimaksudkan kokurikulum?
Merujuk Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, kokurikulum adalah sebahagian kurikulum
asas selain mata pelajaran yang diajar di dalam bilik darjah meliputi kegiatan kelab
dan persatuan, unit beruniform, dan kelab sukan dan permainan. Kementerian
Pendidikan Malaysia telah mewajibkan aktiviti kokurikulum kepada semua pelajar
di seluruh negara kerana aktiviti kokurikulum bukan sahaja memberi banyak
faedah kepada pelajar tetapi pada masa yang sama mendatangkan pelbagai
kemaslahatan kepada negara. Seyogia, akan pentingya kegiatan kokurikulum,
Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan sistem meritokrasi dalam
penentuan kemasukan pelajar ke Universiti dengan menggunapakai 90% markah
akademik dan 10% markah kokurikulum. Keputusan ini amat wajar kerana aktiviti
kokurikulum mendatangkan pelbagai faedah kepada pelajar sejajar dengan hasrat falsafah
Pendidikan Negara yang mementingkan kemejandian manusia perlu dilakukan mengikut acuan dan kehendak negara untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani,
emosi, rohani dan intelek. Mengapakan kokurikulum penting kepada pelajar itulah
fokus penulisan yang akan saya paparkan di bawah.
Saya akan membicarakan penulisan tajuk
karangan ini dengan kata kunci pertama iaitu kokurikulum penting untuk mengembangkan
potensi seseorang pelajar. Peribahasa Melayu ada menyebut tuah ayam terdapat di kaki, tuah
manusia siapa yang tahu. Seseorang pelajar tidak akan mengetahui
potensinya dalam kepimpinan, dan kesukanan jika tidak menceburi aktiviti
kokurikulum kerana di dalam bilik darjah, potensinya lebih banyak bertumpu
kepada soal intelek. Jika adapun, potensi dalam bidang sukan dan permainan
dapat dikesan melalui aktiviti mata pelajaran jasmani itupun tidak menyeluruh,
justeru melalui aktiviti kelab dan pesatuan serta kelab sukan dan permainan
potensi pelajar akan lebih banyak menyerlah kepada pengkususan sukan dan
permainan yang disertanya. Sebagai contoh, aktiviti bola sepak, permainan
badminton, bola baling dan sebagainya, apabila pelajar menyertai kelab dan
permainan berkenaan pelajar dapat menumpu perhatian sepenuhnya kepada kemahiran
permainan berkenaan. Begitu juga dengan soal kepimpinan seperti kelab dan
persatuan, potensi kepimpinan pelajar dapat dikesan apabila pelajar dilantik
menjadi pengerusi atau ahli jawatankuasa dalam persatuan berkenaan. Seyogia,
melalui jawatan yang dipegang pelajar akan dapat mengembang kemahiran untuk
mentadbir persatuan, seperti seorang pengerusi persatuan mampu menentukan keaktifan
persatuan yang ditadbirnya. Malahan, dengan aktiviti kelab dan pesatuan serta
kelab dan permainan mereka boleh mengembangkan potensi mereka apabila terpih
menjadi wakil daerah dalam kejohanan seperti pertandingan bola sepak daerah.
Konklusinya, memang sudah terang lagi bersuluh, aktiviti kokurikulum penting
untuk mengembangkan potensi seseorang pelajar.
Alhamdulillah, saya telah mengotakan kata-kata saya untuk menghasilkan karangan di atas, bagaimana pula anda. Anda boleh menjadikan bahan penulisan sebagai panduan bukan menyalinnya bulat-bulat. Begitu juga, bahagian perenggan pengenalan anda boleh menggunakan pelbagai bentuk dan jenis pengenalan. Selamat bercuti di samping menyelesaikan kerja-kerja yang ditugaskan.
Seterusnya, saya akan menyelongkar
faedah kokurikulum dalam kalangan pelajar dengan kata kunci kedua iaitu
aktiviti kokurikulum mampu menambah kenalan terutama untuk bertukar-tukar
fikiran dalam dunia pendidikan serta soal kepimpinan kerana berkawan biar seribu, bermusuh jangan sekali.
Aktiviti kokurikulum bukan sahaya bertumpu kepada aktiviti kokurikulum di sekolah
sahaja tetapi bergantung kepada keaktifan seseorang pelajar. Pelajar yang aktif
akan sentiasa melanjutkan penglibatan mereka dalam aktiviti ini ke peringkat,
daerah, negeri, kebangsaan dan tidak mustahil ke peringkat antarabangsa. Banyak
maslahat yang akan mereka nikmati daripada penglibatan mereka dalam aktiviti kukurikulum
ini,
izharnya mereka akan bertemu rakan-rakan daripada variasi bangsa,
budaya, agama, dan tahap pendidikannya seperti jika di peringkat negeri, mereka
akan bertemu pelajar berbangsa Cina, India, serta pelbagai etnik lain. Sudah
pasti, dengan dengan hubungan persahabatan dengan variasi bangsa, pelajar akan
mengetahui budaya, cara pemakanan, agama dan ini akan mengukuhkan lagi
perpaduan bangsa antara kaum di negara Malaysia dihuni oleh masyarakat pelbagai
bangsa dan ini akan meningkatkan perpaduan bangsa. Begitu juga dengan tahap pendidikan, sudah pasti kebanyakan mereka terpilih mempunyai latar iq dan tahap pencapaian terbaik dalam pejaran, begitu tahap
kepimpinan, sudah pasti mereka memegang jawatan tertinggi dalam kelab dan
persatuan di peringkat negeri. Oleh sebab itu, mereka boleh bertukar-tukar
fikiran, pengalaman, dan menerima input pelbagai urusan kelab dan
persatuan dan tidak ketinggalan soal pelajaran. Tambahan pula dengan kemudahan
komunikasi moden, pelajar boleh meneruskan hubungan, tamsilya bertukar-tukar
soalan atau karangan terbaik di peringkat sekolah, daerah ataupun negeri kerana
dengan komunikasi moden kini berada pada tahap terbaik, kecangihan komunikasi ini mengujudkan dunia tanpa sempadan, dan maklumat sentiasa berada
di hujung jari. Sudah terang lagi bersuluh, iaitu aktiviti kokurikulum mampu
menambah kenalan terutama untuk bertukar-tukar fikiran dalam dunia pendidikan dan dunia kepimpinan.
Pada bahagian perenggan isi ini, saya
akan berbicara berkaitan faedah kokurikulum dari sudut disiplin dengan kata
kunci, aktiviti kokurikulum dalam membina disiplin dan jati diri seorang
pelajar. Sebagai seorang pemimpin dalam unit pakaian beruiniform, persatuan dan
kelab sukan dan permainan soal disiplin perlu dititikberatkan tanpa kompromi kerana
sebagai seorang pepimpin mereka merupakan idola atau contoh kepada pelajar-pelajar
lain. Tamsilnya, seorang pengerusi apa sahaja unit aktiviti kokurikulum, mereka
perlu mempunyai disiplin dan jati diri terpuji. Hal ini kerana sebagai seorang
ketua mereka perlu mempunyai disiplin daripada pelbagai sudut, sama ada cara mereka
bertutur, berpakaian, patuh kepada jadual serta masa, patuh peraturan dan juga
semasa membuat keputusan. Apabila seseorang pemimpin mempunyai sifat-sifat
terpuji sedemikian rupa, jati diri mereka ini akan menjadi ikutan, dan sudah
pasti organisasi mereka akan beroleh kejayaan. Bahkan juga dengan
sifat terpuji yang ada pada seseorang pepimpin arahan mereka sentiasa diikuti
dan ini amat penting untuk menjayakan sebarang usaha atau aktiviti yang
dijalankan setiap unit atau badan kokurikulum.
Jika tidak, sudah pasti organisasi yang mereka pimpin akan gagal mencapai
objektifnya, ibarat ketam mengajar anaknya berjalan lurus sudah pasti
kepimpinan yang diharapkan untuk menjadi ikutan anak-anaknya tidak akan
kesampaian. Intihanya, jelaslah bahawa aktiviti kokurikulum dalam membina
disiplin dan jati diri kepada seorang pelajar.
Seterusnya, penulisan
karangan saya ini akan menjurus kepada bicara berkaitan faedah kokurikulum kepada
pelajar dengan kata kunci aktiviti kokurikulum mampu memenuhi masa senggang
pelajar dengan aktiviti yang bermanfaat dan mengasah bakat mereka dengan
permainan profesional. Sebagai mana kita sedia maklum bahawa masa itu amat berharga
kerana masa itu emas. Apabila masa itu gagal dimanfaat oleh pelajar
dengan sebaik-baiknya masa itu akan berlalu begitu sahaja dan masa
tidak boleh diundur. Bahkan juga, pelajar yang terpengaruh dengan rakan-rakan
yang buruk akhlaknya, mereka akan mudah terjebak dengan aktiviti yang
memudaratkan diri mereka seperti merokok, menggunakan dadah untuk keseronokan,
terlibat dengan aktiviti jenayah seperti merempit, mencuri dan sebagainya Oleh
sebab itu, dengan adanya aktiviti kokurikulum pelajar dapat memenuhi masa
dengan cara terbaik. Contohnya, dengan aktiviti kokurikulum mereka boleh
menggunakan masa lapang mereka dengan aktiviti untuk mengasah kebolehan atau
bakat mereka dalam aktiviti sukan, seperti permainan bola sepak, badminton dan
sebagainya. Jelasnya lagi, kalangan pelajar yang tergolong dalam kalangan
pelajar yang tidak cemerlang dalam pelajaran boleh mendapat bimbingan guru-guru
yang mahir dalam permainan mengikut kelab sukan dan permainan yang mereka pilih
berdasarkan minat mereka. Dengan bakat yang mereka ada dan diasah dengan baik
oleh guru-guru berpengalaman, mereka berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke
sekolah-sekolah sukan yang mengutamakan pelajar yang berkemahiran dalam bidang
sukan dan disamping meneruskan pelajaran mereka seperti biasa seperti
pelajar-pelajar lain. Terbukti, ada kalangan pelajar seperti ini terpilih untuk
bermain dengan pasukan profesional atas kemahiran mereka dalam bidang
permainan yang mereka ceburi seperti pasukan bolasepak negeri atau kebangsaan.
Sudah terang lagi bersuluh, aktiviti kokurikulum mampu memenuhi masa senggang
pelajar dengan aktiviti yang bermanfaat an mengasah bakat mereka dengan
permainan profesional.
Penulisan saya ini saya
juruskan kepada perbicaraan berkaitan aktiviti kokurikulum mampu meningkatkan
kesihatan pelajar sama ada kesihatan rohani mahupun jasmani. Sebagai mana kita
sedia maklum dengan aktiviti kokurikulum terutama melibatkan aktiviti kelab dan
permainan pelajar mampu meningkatkan mutu kesihatan pelajar. Pada zaman milineum
ini, penyakit seperti diabetes mellitus atau kencing manis
dan obesiti
sering diperkatakan dalam kalangan masyarakat mahupun para pengamal perubatan.
Kenapa isu ini sering berlaku dalam kalangan pelajar? Jawapannya sudah pasti kerana
mereka tidak bersukan. Oleh sebab itu mereka perlu bertindak dengan proaktif
dengan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti sukan terutama melibatkan
aktiviti kokurikulum berkaitan dengan aktiviti sukan dan permainan. Jangan
sampai sudah terhantuk baru tergadah dan mencengah lebih baik dari mengubati.
Sekiranya mereka liat untuk bersukan, gunakanlah kesempatan yang ada untuk
melibatkan aktiviti kokurilukum yang diadakan di sekolah. Kenapa bersukan mampu
mengatasi masalah diabetes dan obesiti? Sekiranya pelajar menjalani aktiviti
bersukan semasa aktiviti kokurikulum mereka akan meningkatkan metabolisme dalam
badan dan gula dan lemak dapat diuraikan dan dinyahkan daripada badan melalui proses
perkumuhan. Selain itu, dengan bersukan perpeluhan yang berlaku akibat aktiviti
berkenaan mampu mengeluarkan bahan-bahan yang tidak diperlukan badan kerana badan
cergas otak cerdas. Izharnya, jelaslah aktiviti kokurikulum mampu
meningkatkan kesihatan pelajar sama ada kesihatan rohani mahupun jasmani.
Konklusinya, aktiviti kokurikulum
wajar diberikan perhatian yang bersungguh-sungguh oleh semua pihak terutama
oleh pentadbir dan guru-guru sekolah yang terlibat memandangkan sumbangan dan
peranan yang dimainkannya begitu besar dan berpengaruh kepada perkembangan
jasmani, rohani, disipilin, dan jati diri pelajar. Walaupun aktiviti
kokurikulum masih mempunyai kekurangan tersendiri, namun aktiviti ini
seharusnya dikemaskinikan sentiasa agar yang kurang dapat ditambah, yang bocor
dapat ditampung dan yang lemah dapat diperkasakan agar tujuan murni untuk
melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi, dan intelek sebagaimana
yang digariskan dan diharapkan oleh Falsafah Pendidikan Negara akan tercapai
dan kewujudannya tidak hanya dipaparkan di di dinding bangunan sekolah atau di
bingkai dan digantung di pejabat sekolah
2 ulasan:
Sangat bermanfaat.saya mntak izin utk salin.saya hargai jasa penukis ni
Silakan. Namun banyak panduan dan contoh karangan yang bokeh digunapakai untuk menghasilkan karangan terbaik. Semoga bahan berkenaan dapat membantu. Terima kasih.
Catat Ulasan