Khamis, 4 Mei 2017

SOALAN DAN SKEMA KERTAS BAHASA MELAYU 2 (1103/2)

SOALAN KERTAS BAHASA MELAYU 2 DAN SKEMA (1103/2)

SULIT
1103/2












PEPERIKSAAN PERTENGAHAN  TAHUN 2017
1103/2
TINGKATAN 5

BAHASA MELAYU

Kertas 2

Mei

2 ½ jam
Dua jam tiga puluh minit






JANGAN BUKA KERTAS PEPERIKSAAN INI SEHINGGA DIBERITAHU


1.      Kertas peperiksaan ini mengandungi empatsoalan.

2.      Jawab semua soalan.

3.      Jawapan bagi Soalan 2(b), Soalan 2(c), Soalan 2(d) dan Soalan 4 berdasarkan teks Komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.

4.    Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi

























Kertas soalan ini mengandungi 10  halaman bercetak

[Lihat halaman sebelah

1103/2 © 2017  Hak Cipta Panitia Bahasa Melayu                                                                                                                 SULIT



SULIT
1103/2


Soalan 1: Rumusan

[30 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang tanggungjawab ibu bapa dalam menjaga pemakanan anak-anak dan risiko-risiko jika tidak mengamalkan tabiat pemakanan dengan betul. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Kecenderungan kanak-kanak untuk memilih makanan segera dan makanan rapu merupakan tabiat pemakanan yang tidak sihat. Lebih memburukkan keadaan, kanak-kanak terdedah dan tertarik pada iklan makanan segera berjenama terkenal yang menggiurkan mereka pada setiap hari. Makanan segera ini yang turut dikenali sebagai makanan ringan memberikan implikasi yang besar terhadap tabiat pemakanan kanak-kanak. Makanan ringan sangat mudah diperoleh di merata-rata tempat. Tidak menghairankan apabila premis perniagaan yang menjual makanan segera banyak dibuka di hadapan pintu pagar sekolah. Kebanyakan makanan segera ini mengandungi bahan pewarna yang memudaratkan kesihatan. Tarikan pada bungkusan makanan yang berwarna-warni serta hadiah yang dimuatkan dalam bungkusan makanan tersebut menyebabkan makanan ringan atau makanan segera ini kerap menjadi pilihan.

Kebanyakan ibu bapa tidak mengambil berat tentang risiko pemakanan yang tidak sihat ini. Sepatutnya, ibu bapa bersikap bijak dalam mempelbagaikan jenis atau cara masakan yang disajikan untuk anak-anak. Jika anak-anak mahu makan burger, sosej atau ayam goreng yang dijual di restoran makanan segera, ibu bapa mampu menyediakan makanan ini dengan jaminan khasiat yang lebih tinggi di rumah. Perkara yang paling penting, khasiat makanan tetap terpelihara dan memberikan banyak faedah kepada perkembangan tubuh badan dan mental anak.

Gangguan emosi menjadi penyebab kanak-kanak tidak menjaga pemakanan dengan baik. Hubungan kekeluargaan yang tidak harmoni akan merangsang fikiran dan emosi kanak-kanak menjadi sedih, takut, dan trauma. Justeru, makanan segera atau ringan menjadi pilihan mereka sebagai alternative untuk lari daripada gangguan emosi tersebut. Lantaran itu, ibu bapa perlu menghindarkan krisis kekeluargaan untuk memastikan tabiat pemakanan dan penjagaan makanan anak-anak tidak berubah. Ibu bapa perlu menyediakan pilihan makanan yang berkhasiat dalam menu makanan keluarga. Ibu bapa juga perlu menentukan jenis makanan, tempat, dan waktu makan untuk anak mereka.

Anak-anak pula perlu memilih kuantiti makanan yang perlu dimakan oleh mereka. Langkah ini mengambil tempoh masa yang lama untuk berubah tetapi hasilnya penjagaan makanan bertambah baik setara dengan tabiat pemakanan. Di samping itu, tabiat pemakanan harian yang sihat patut diamalkan oleh ibu bapa supaya dicontohi oleh anak-anak. Ibu bapa yang merokok pula perlu mengelakkan diri daripada merokok di hadapan anak-anak atau berhenti merokok. Aktiviti fizikal yang dilakukan secara tekal dan kerap bersama-sama dengan anak-anak dapat meningkatkan kesihatan fizikal dan mental mereka. Senaman yang dilakukan dapat membakar kalori yang diambil dalam makanan, mengeluarkan toksik, di samping merapatkan hubungan antara anggota keluarga.






1103/2 © 2017  Hak Cipta Panitia Bahasa Melayu                                                                                                                 SULIT


SULIT
1103/2



 bapa digalakkan untuk makan bersama-sama dengan anak-anak dalam tempoh yang kerap. Menu makanan yang disediakan perlulah menarik, pelbagai dan segar. Dalam suasana seperti inilah ibu bapa dan anak-anak lebih mudah berbincang tentang tabiat pemakanan dan jenis makanan yang baik bagi seisi keluarga. Jika ibu bapa mempunyai kemampuan, mereka boleh membawa anak-anak berjumpa dengan pakar pemakanan atau hadir ke pusat kesihatan untuk melakukan pemeriksaan kesihatan dan mendapatkan khidmat nasihat yang sewajarnya. Hal ini demikian kerana nasihat daripada pakar pemakanan atau doktor lebih dipercayai. Di samping itu, daripada perspektif agama pula, didikan tentang kepentingan penjagaan aspek pemakanan berdasarkan konsep halal dan baik serta bersih turut menjadi tanggungjawab ibu bapa. Ibu bapa perlu memastikan kaedah pemakanan dan cara hidup berkualiti selaras dengan syariat.

Pemilihan makanan yang tepat perlu dititikberatkan kerana dapat membantu seisi keluarga untuk berjimat cermat, sekali gus memiliki tubuh badan yang sihat. Wang mereka juga tidak dibazirkan untuk pembelian makanan yang tidak berkhasiat.

Dipetik dan diubah suai daripada’Pemakanan Anak Dapat Diatur’ oleh Khairunneezam Mohd Noor. Dewan Kosmik, April 2015









Soalan 2: Pemahaman

[35 markah]

Soalan 2(a) – Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i)                 Berikan maksud rangkai kata menghindarkan krisis.                     [ 2 markah]

(ii)               Pengarang ada menyatakan beberapa kepentingan aktiviti senaman.
Nyatakan kepentingan-kepentingan tersebut.                                 [ 3 markah]

(iii)             Tabiat pemakanan yang baik juga bergantung kepada diri sendiri.
Huraikan pendapat anda tentang cara-cara untuk menjaga pemakanan yang sihat.
                                                                                                         [4 markah]









1103/2 © 2017  Hak Cipta Panitia Bahasa Melayu                                                                                                                 SULIT
SULIT
1103/2

Soalan 2(b) – Petikan Cerpen.

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

            Perlahan-lahan – barangkali dilemahkan oleh rasa malu kepada diri sendiri kerana sibuk menjaga tepi kain orang – di mata kami , misteri cinta itu akhirnya lenyap tak berjejak

            Ahmad Mutawakkil, sudah jarang-jarang benar balik ke kampung. Perjuangan parti meruntun waktunya dihabiskan di bandar. Tahun 1952, dalam usia 24 tahun, dia dipilih menduduki kerusi pemimpin nombor dua parti di peringkat daerah.

                 Tidak cukup dengan tanggungjawabnya ke sana sini untuk berceramah, Ahamd Mutawakkil turut menulis dalam surat khabar. Dia juga terkenal sebagai wartawan. Tulisannya banyak merangsang orang Melayu untuk bersiap sedia mengisi kemerdekaan.

                 “ Jangan nanti selepas merdeka, kita jadi macam kera mendapat bunga.” Untuk merdeka, katanya, perjuangan bukan setakat mendesak Inggeris berundur.

            “ Malah, demi mengisi kemerdekaan,  kita juga perlu mendesak diri sendiri, mengikis semua tabiat buruk bangsa kita. Kita pasti akan merdeka, dan untuk itu, kita perlu berjuang mengubah sikap dan pandangan sempit bangsa kita…..”

                                    Akhirnya, selepas berbulan-bulan lamanya Ahmad Mutawakkil menghilang, suatu hari, pecah lah berita tentang kepulangannya. Oleh sebab namanya sebagai wartawan mashyur orang di sana sini, Tuan Booth mahu meraikan kejayaannya itu.

Petikan cerpen ‘Cinta Ahmad Mutawakkil’
Oleh Zainal Rashid Ahmad
Dalam antologi Sejadah Rindu,
Dewan Bahasa dan Pustaka.


(i) Mengapakah Ahmad Mutawakkil sudah kerap kali tidak pulang ke kampung?
[2 markah]
(ii) Pada pendapat anda, apakah yang boleh anda lakukan untuk memastikan kemerdekaan negara   
      terus berkekalan?
[ 3 markah]
(iii) Huraikan satu (1) persoalan  yang terdapat dalam petikan di atas dan satu  (1) persoalan lain  
       dalam keseluruhan cerpen yang tidak terdapat dalam petikan di atas?
  [ 4 markah]











1103/2 © 2017  Hak Cipta Panitia Bahasa Melayu                                                                                                                 SULIT



SULIT                                                                                                                                        1103/2


Soalan 2(c)  -  Petikan Prosa Tradisional

Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

            Maka baginda pun bertitah kepada Temenggung,  “Hai Temenggung, suruh orang berkawal dan segala saudagar berkawal pada kampungnya!”  Maka Temenggung pun menyuruhkan orangnya berkisah orang kaya-kaya dan saudagar berkawal pada kampungnya.  Setelah hari malam, maka Temenggung pun menyuruh orangnya berkawal, terlalu banyak dengan lembing perisai dan segala saudagar pun masing-masing berkawal pada kampungnya.

            Sebermula maka Kertala Sari pun masuk ke dalam.  Maka dilihatnya oleh Kertala Sari orang berkawal terlalu banyak dengan alat senjatanya.  Maka Kertala Sari pun membaca pustakanya lalu berjalan di tengah orang banyak itu.  Maka ia pun pergi ke rumah seorang kaya.  Maka dicurinya harta yang kemas-kemas itu lalu dibawanya kembali dan bini orang kaya-kaya itu dicabulnya.  Maka ia pun kembali ke tempatnya.

            Setelah hari pun siang maka orang kaya-kaya itu pun datang menghadap raja mengadukan halnya kecurian semalam itu.  Maka baginda pun hairan serta bertitah pada Temenggung, “Hai Temenggung, tiadakah menyuruhkan orangnya berkawal tadi?”

            Maka sembah Temenggung, “Daulat tuanku Syah Alam, patik menyuruh orang berkawal semalam tadi, seorang pun tak bertemu.  Patik hamba itu pun hairanlah akan penjurit itu.

Dipetik daripada “Kepimpinan Melalui Teladan”
Dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul.
       Dewan Bahasa dan Pustaka.

           
        i.            Berikan maksud rangkai kata menyuruhkan orangnya berkisah.                   [2 markah]

      ii.            Nyatakan tindakan Kertala Sari apabila masuk ke dalam kota.                      [3 markah]

    iii.            Kes kecurian sering berlaku di kawasan kediaman.

Pada pendapat anda, apakah tindakan yang perlu kita lakukan untuk mengatasi masalah ini  daripada terus berlaku?                                                                           [3 markah]








SULIT
1103/2

Soalan 2(d)- Puisi Moden

Baca sajak  di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Pesan Lelaki  Kecil Kepada Gadis Kampus

Kuhantar kau mengecapi angin baru
udara lain dari kampung bendang kuningmu
bumantara asing dari yang sering kaumesrai
yang sama sekali berbeza
dengan suasana suntimu
kau nikmatilah angin dan udara ilmu itu
memesrai azimat dan tangkal
dari tangga gading.

Kulepaskan kau menjadi burung putih
dengan sayap berkembang
menongkah awan perak dan kabut dingin
mengenal kalimat hujan dan bilah petir
menyelit antara sembilu nasib
dan waras akal.

Di awan kampus yang sarat ilmu
hadir sihir angin bernafas api
di pohon kampus yang tegar status
berceracak selumbar noda mengabur fikir
di padang kampus yang hijau pertimbangan
tumbuh gunung ego menghalau pekerti.

Pandai-pandailah kau terbang
menongkah awan mulus dan kabus dingin
jangan kau pulang
dengan percikan duka dan balutan luka
di sayapmu yang patah.
                                               
Dipetik daripada Belati Cinta Zulaikha,2004
       Utusan Publications & DistributorsSdnBhd
Oleh Sazalee Yacob
 Dalam antologi Sejadah Rindu,
 Kementerian Pendidikan Malaysia






SULIT
1103/2






(i)                       Berdasarkan sajak tersebut, nyatakan dua harapan penyajak apabila menghantar anak gadisnya melanjutkan pelajaran ke menara gading.                                          [2 markah]

(ii)                      Ibu bapa merupakan orang yang melahirkan dan mendidik anak-anak untuk menjadimanusia yang berguna.
 Pada pendapat anda, sebagai seorang anak apakah langkah yang wajar dilaksanakan    bagi membalas jasa ibu bapa apabila dewasa kelak?                                       [3 markah]

(iii)             Jelaskan dua nilai yang terdapat dalam sajak tersebut.                                 [4 markah]





































SULIT                                                                                                                                       1103/2

Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

[ 30 markah ]

Jawab semua soalan.

(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i)                  jurulatih

(ii)                prasyarat

(iii)               tatacara

(iv)               mahasiswa

(v)                antidadah

(vi)              dwitahunan

[6 markah]

(b)  Tukar ayat aktif di bawah kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.
(i)                 Kita akan memikul tugas mengisi kemerdekaan negara bersama-sama.

(ii)               Semenjak kerajaan melancarkan program kitar semula, tahap kebersihan di kawasan kediaman semakin meningkat.           

(iii)             Beliau akan merasmikan majlis sambutan Hari Guru peringkat sekolah.
[ 6markah]

(c)  Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu  kesalahan dari segi imbuhanSenaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari segi imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.


(i)      Semangat kejiranan bukan sahaja dapat mempereratkan hubungan silaturrahim tetapi  
  juga dapat mewujudkan semangat perpaduan.

(ii)    Sesi dailog telah diadakan antara pihak polis dengan penduduk taman tersebut  
 berhubungan dengan kes kecurian yang semakin berleluasa.

      (iii)  Satu pamiran kereta-kereta antik telah berada di Kuala Selangor.



[ 6 markah]





SULIT
1103/2



 (d) Dalam setiap ayat  di bawah, terdapat satu  kesalahan penggunaan kata atau istilah dan
       satu  kesalahan tatabahasaSenaraikandan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap
       ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata
       atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.


(i)     Cikgu Zarif mengumumkan bahawa aktiviti kokurikulum terpaksa dimansuhkan sebab hujan lebat.

(ii)   Tindakan tatatertib akan dikenakan pada pegawai yang melakukan silap laku dalam menjalankan tugas.

(iii) Doktor mengesahkan bahawa tingkat kolesterol  yang tinggi dalam darah menjadi punca serangan penyakit jantung di kalangan masyarakat.


[6 markah]

(e)   Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan situasi berikut.

(i)                 Nasib Zamri begitu malang kerana setelah mengalami kemalangan jalan raya, kereta isterinya pula dicuri orang. Seminggu selepas itu ibunya pula meninggal dunia.

(ii)               Melancong ke negara orang merupakan perkara yang menyeronokkan. Jika ada kemampuan dan peluang, jelajahilah negara orang dan timbalah pengalaman sebanyak-banyaknya supaya kita boleh berkongsi pengalaman tersebut dengan orang lain .

(iii)             Azmirul yang telah dituduh mencuri dompet rakan sekelasnya berjumpa dengan guru disiplin untuk memberitahu bahawa bukan dia yang mencuri sebaliknya dia telah dianiaya.
[ 6markah ]





















1103/2 © 2017  Hak Cipta Panitia Bahasa Melayu                                                                                                                 SULIT


SULIT
1103/2


Soalan 4: Novel

[ 15 markah ]


Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:


(i)                 Laftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latif Talib

(ii)               Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor  

(iii)             Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin

(iv)             Pantai Kasih karya Azmah Nordin

(v)               Songket berbenang Emas karya Khairuddin Ayip

(vi)             Tirani karya Beb Sabariah

(vii)           Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop

(viii)         Silir Daksina karya Nizar Parman

(a)    Salah satu pengajaran yang terdapat dalam novel yang anda kaji ialah pengajaran tentang ketaatan.

Jelaskan dua peristiwa yang menggambarkan pengajaran tentang ketaatan dalam sebuah novel yang anda pelajari.
                                                                                                                        [7 markah ]

(b)   Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu latar masyarakat bagi setiap novel yang anda pelajari.
  [ 8 markah ]






KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT













1103/2  @ 2017 Hak Cipta Panitia Bahasa Melayu                                                                                                           SULIT

1103/2 © 2017  Hak Cipta Panitia Bahasa Melayu                                                                                                                 SULIT





 SKEMA JAWAPAN KERTAS BAHASA MELAYU 2 (1103/2)

Skema jawapan soalan 1( rumusan)





Markah penuh  :  110 markah
Soalan 1

Markah penuh 30 dibahagi kepada:

(a)        Isi                                -     20 markah
(b)        bahasa                         -     10 markah

(a)                Isi  [20 markah]

      Nota:
            (i)         Panduan mengira perkataan:
  Perkataan yang dikira sebagai satu perkataan
-          nama khas
-          perkataan berganda / berulang
-          penggunaan kata sendi ’di’  dan ’ke’
-          tarikh
-          angka yang ditulis dengan nombor atau perkataan
-          gelaran
       
            (ii)        Kira dan tandakan jawapan calon setakat 120 perkataan sahaja
               sebelum diperiksa.

            (iii)       Periksa jawapan calon setakat 120 patah perkataan sahaja.  Yang  
                        selebihnya tidak perlu diperiksa.

(i)                 Berikan markah bagi setiap isi yang tepat dan lengkap sahaja.
(ii)               Tiada markah: 1markah atau 1/2 markah.


Bahagian

Isi

Markah

(i)    Pendahuluan


2

(ii)   Isi tersurat

4

5

6

7

8

9

10

11

12

16

(iii)  Isi tersirat

12

11

10

9

8

7

6

5

4

(iv)  Penutup /
       Kesimpulan


2

Jumlah markah

20



(b)            Bahasa [10 markah]

Asas pemberian markah bahasa tertakluk kepada markah isi seperti yang dinyatakan dalam jadual berikut:

Peringkat

Markah Isi

Markah Bahasa

Huraian


Baik

18 – 20
15 – 17


9 – 10
7 – 9

·         Kesinambungan isi baik.
·         Struktur ayat / tatabahasa baik
·         Kosa kata luas
·         Tanda bacaan / ejaan betul



Sederhana

12 – 14
  8 – 11


6 – 7
4 – 6

·         Kesinambungan isi masih baik
·         Struktur ayat / tatabahasa masih memuaskan.
·         Kosa kata masih memuaskan
·         Tanda bacaan / ejaan juga memuaskan

Lemah

1 – 7

1 – 4

·          Pada keseluruhannya dalam serba kekurangan / tidak memuaskan

Nota
(i)                 Jika bahasanya agak baik, tambah 1 markah lagi.
(ii)                Jika bahasanya kurang memuaskan, tolak 1 markah.
(iii)             Jika disalin bulat-bulat,perkataan demi perkataan,ayat demi ayat walau pun jumlah perkataan kurang daripada 120 patah perkataan, berikan
0        markah.
(iv)             Jika rumusan kurang daripada 120 patah perkataan, markah tidak dipotong.
                                                   
 [Markah bahasa maksimum: 10 markah]















Soalan 1 : Rumusan

Pendahuluan

Jawapan
Markah
P1
Petikan membincangkan peranan/ tugas ibu bapa dalam menjaga tabiat pemakanan anak-anak di Malaysia.
2
P2
Rumusan membincangkan peranan/ tugas ibu bapa dalam menjaga tabiat pemakanan anak-anak dan risiko jika tidak menjaga tabiat pemakanan yang betul.
2
P3
Petikan membincangkan peranan/ tugas ibu bapa dalam menjaga tabiat pemakanan anak-anak dan kepentingan-kepentingannya.
2
P4
Petikan membincangkan peranan/ tugas ibu bapa dalam menjaga tabiat pemakanan anak-anak.
1
P5
Rumusan membincangkan peranan/ tugas ibu bapa dalam menjaga tabiat pemakanan anak-anak.
1

Isi tersurat (tanggungjawab ibu bapa dalam menjaga tabiat pemakanan anak-anak)
Isi
Jawapan
Markah
S1
Ibu bapa harus mempelbagaikan jenis atau cara masakan yang disajikan untuk anak-anak.
2
S2
Ibu bapa menyediakan makanan segera dengan jaminan khasiat yang lebih tinggi.
2
S3
Ibu bapa bertanggungjawab untuk menghindarkan krisis kekeluargaan.
2
S4
Ibu bapa menyediakan pilihan makanan yang berkhasiat dalam menu makanan keluarga.
2
S5
Ibu bapa menentukan jenis makanan, tempat dan waktu makan untuk anak mereka.
2
S6
Ibu bapa mengamalkan tabiat pemakanan harian yang sihat supaya dicontohi anak-anak.
2
S7
Ibu bapa makan bersama-sama anak-anak dalam tempoh yang kerap.
2
S8
Ibu bapa menyediakan menu makanan yang menarik, pelbagai, dan segar.
2
S9
Ibu bapa membawa anak-anak berjumpa dengan pakar pemakanan atau hadir ke pusat kesihatan.
2
S10
Ibu bapa memberikan didikan tentang kepentingan penjagaan aspek pemakanan berdasarkan konsep halal dan baik/ bersih.
2

Isi tersirat (risiko-risiko jika tidak menjaga tabiat pemakanan dengan betul)
Isi
Jawapan
Markah
T1
Menyebabkan berlakunya masalah obesiti.
2
T2
Menyebabkan meningkatnya pelbagai penyakit kronik dalam kalangan masyarakat.
2
T3
Melahirkan generasi muda yang tidak berdaya saing.
2
T4
Menjejaskan perkembangan otak dan tumbesaran badan.
2
*Isi relevan yang sesuai boleh diterima.

Kesimpulan
Isi
Jawapan
Markah
K
Kesimpulannya, ibu bapa perlu mendidik anak-anak tentang tabiat pemakanan yang betul agar kehidupan anak-anak lebih sejahtera.
2
Soalan 2
Markah penuh 35 markah dibahagikan kepada:
Soalan 2 (a)     : 9 markah
Soalan 2 (b)     : 9 markah
Soalan 2 (c)     : 8 markah
Soalan 2 (d)     : 9 markah

Perhatian bagi soalan 2(a) hingga Soalan 2(d)
1.     Jawapan hendaklah menggunakan ayat sendiri.
2.     Jawapan hendaklah dalam ayat yang lengkap/sempurna.
3.     Jika disalin bulat-bulat daripada teks dan jawapan itu betul, berikan separuh (50%) daripada markah yang diperuntukkan sahaja.

Panduan Pemarkahan Soalan Pemahaman
1.      Soalan 2 markah:

DESKRIPSI
MARKAH
  -  Jawapan tepat mengikut konteks / isi cukup dan ayat 
     Gramatis
         2
  -  Jawapan kurang tepat / isi tidak cukup
  -  Isi cukup tetapi ayat tidak gramatis
         1
  -  Jawapan tidak tepat/salah
         0

2.      Soalan 3 markah:

DESKRIPSI
MARKAH
  -   Isi cukup dan lengkap/relevan dengan tugasan dan ayat   
      Gramatis
         3
  -   Isi cukup dan lengkap/relevan tetapi ayat kurang gramatis 
  -   Isi tidak cukup /kurang lengkap tetapi ayat gramatis
         2
  -   Isi tidak cukup /kurang lengkap dan ayat kurang gramatis
         1
  -   Isi tidak betul /tidak relevan dengan tugasan, ayat 
      Gramatis
         0

3.      Soalan 4 markah:

DESKRIPSI
MARKAH
  -   Isi cukup dan lengkap/relevan dengan tugasan dan ayat 
      gramatis
         4
  -   Isi cukup dan lengkap/relevan tetapi ayat kurang gramatis
         3
  -   Isi tidak cukup /kurang lengkap tetapi ayat masih gramatis
         2
  -   Isi tidak cukup /kurang lengkap dan ayat kurang gramatis
         1
  -   Isi tidak betul /tidak relevan dengan tugasan.ayat gramatis
         0
Soalan 2 (a)

i)                    Maksud rangkai kata menghindarkan krisis
-          Mengelakkan konflik/ masalah                       2 m
-          Menghindarkan konflik/ masalah                    1 m
-          Mengelakkan krisis                                         1 m

           [ Maksimum : 2 markah]

ii)                  Kepentingan-kepentingan 
P1  -           Dapat membakar kalori yang diambil dalam makanan
P2  -           mengeluarkan toksik
P3  -           merapatkan hubungan antara anggota keluarga.

                                                                                                            [ Maksimum: 3 markah]
                                                                                                            [ Isi cukup : 2]


iii)                Cara-cara untuk menjaga tabiat pemakanan yang sihat

P1  -           menjaga kebersihan makanan yang diambil pada setiap hari.
P2  -           memastikan setiap makan yang diambil mengandungi zat dan khasiat  
yang diperlukan oleh tubuh badan.
P3   -          mendapatkan khidmat nasihat daripada pakar pemakanan tentang    
                  makanan-makanan yang baik untuk kesihatan.
P4  -           menggelakkan pengambilan makanan ringan atau segera yang tidak
baik untuk kesihatan.

     *Terima mana-mana jawapan yang relevan.

                                                                                                [Maksimum : 4 markah]

·         Isi + huraian (isi cukup :2)
·         Isi tanpa huraian (isi cukup : 3)











SKEMA 
(i)         – Perjuangan parti meruntun waktunya di habiskan di bandar  ( 1M )  
            - Tanggungjawab ke sana sini untuk berceramah       ( 1 M)
             ­- Dia turut menulis dalam surat khabar  ( 1M)

(ii)        -  Berusaha menjaga perhubungan dengan bangsa-bangsa yang lain.
            - Tidak memburuk-burukkan nama baik negara di media sosial.
            - Tidak melakukan sesuatu yang boleh memudaratkan negara.
            - Tidak membocorkan maklumat negara atau kerajaan.
            - Sentiasa menyokong usaha membangunkan Negara
                Terima mana-mana jawapan yang relevan.

(iii)       Persoalan dalam teks
            - Persoalan rasa tanggungjawab untuk menyampaikan sesuatu kepada masyarakat.
            - Persoalan pengorbanan dalam perjuangan dan memimpin parti.
           
            Persoalan dari keseluruhan teks
            Apa persoalan yang sesuai diterima









Soalan 2(c)  -  Petikan Prosa Tradisonal

Skema jawapan

                                i.            Maksud rangkai kata

Menyuruhkan orangnya berkisah

 -  mengarahkan pengikutnya memberi tahu   - 2M
-  mengarahkan orangnya berkisah  - 1M

                                                                                    [Maksimum : 2 markah]

                              ii.            Tindakan Kertala Sari apabila masuk ke dalam kota.
-          membaca pustakanya                                                                               
-          berjalan di tengah orang banyak                                                    
-          pergi ke rumah seorang kaya                                                        
-          mencuri harta yang kemas-kemas / harta berharga                       
-          mencabul bini orang kaya-kaya.                                                   
[Maksimum  :  3 markah]
                                                                                                            [isi cukup  :  2 isi]
           
                            iii.             Tindakan yang perlu dilakukan untuk mengatasi masalah kecurian.
-          memastikan pintu dan tingkap dikunci
-          memasang lampu pada waktu malam
-          memasang penggera keselamatn
-          memberitahu jiran apabila meninggalkan rumah dalam jangka masa yang lama.
-          memaklumkan kepada pihak polis apabila meninggalkan rumah dalam jangka masa yang lama.
-           mengadakan kawalan / rondaan Rukun Tetangga di kawasan kediaman.
(terima mana-mana jawapan yang relevan)
[Maksimum  :  3 markah]
                                                                                                            [isi cukup  :  2 isi]



SKEMA

(i)                 Dua harapan                                                                                                 
-          belajar dengan bersungguh-sungguh sehingga berjaya                                   1m
-          pandai menjaga diri dengan godaan dan anasir  luar                                      1m
-          tidak mencemarkan nama keluarga                                                                 1m
-          pulang dengan kejayaan                                                                                  1m
    [Maksimum: 2 markah]

(ii)               Langkah yang wajar dilaksanakan bagi membalas jasa ibu bapa apabila dewasa kelak
-          Menjaga mereka sewaktu mereka sudah tua                                                   1m
-          Memastikan tahap kesihatan mereka dalam keadaan yang baik                     1m
-          Menjaga hati dan perasaan ibu bapa kerana ibu bapa semakin                       1m
sensitif seiring dengan usia mereka                                                     \
(Terima mana-mana jawapan yang relevan)
[Maksimum: 3 markah]
                                                                                                    [Isi cukup:1 isi]


(iii)             Dua nilai
-          Kasih sayang -Kasih sayang seorang bapa kepada anaknya                           [1+1]
-          Keberanian- Keberanian bapa untuk melepaskan anak-anak demi                 [1+1]
 masa depan mereka
(Terima mana-mana jawapan yang relevan)
[Maksimum: 4 markah]










Soalan 3

Markah penuh dibahagikan kepada
Soalan 3 (a)  : 6 markah
Soalan 3 (b)  : 6 markah
Soalan 3 (c)  : markah
Soalan 3 (d)  : 6 markah
Soalan 3 (e)  : 6 markah


Perhatian bagi soalan 3(a)

1.      Berikan 1 markah bagi setiap ayat yang betul.
2.      Tolah 1 markah bagi kesalan ejaan / jalan bahasa/tanda baca daripada keseluruhan soalan.
3.      Frasa berkenaan digunakan sebagai peribahasa, berikan 0 markah.
4.      Perkataan digunakan sebagai nama khas, berikan 0 markah.
5.      Sengaja menambah atau menukar imbuhan, berikan 0 markah.
6.      Ayat yang dibina seperti satu ayat tetapi sebenarnya lebih, tolak ½ markah bagi setiap ayat.
7.      Jika semua perkataan digunakan dalam satu ayat, berikan pertimbangan sebagai satu ayat.
8.      Boleh menggunakan struktur cakap ajuk dengan mematuhi tanda bacanya.
9.      Idea tidak jelas, berikan 0 markah.

Jawapan 3 (a) Bina Ayat

(i)                 jurulatih

-          Orang yang melatih orang lain ( sepertiahlisukandll) supayamahir.
-          Salah satu cara untuk meningkatkan mutu sukan negara adalah dengan mengambil tenaga jurulatih dari luar negara.

(ii)               prasyarat
-          1.         syarat yang amat penting dan perlu dipenuhi supaya berlaku atau tercapai sesuatu, (seperti perkembangan, pembangunan, kemajuan dsb) atau terhindar sesuatu keburukan .
-          2.         syarat yang mesti dipenuhi sebelum (boleh) melakukan (menyertai,mengikuti dsb) sesuatu.
-          Kefasihan bertutur dalam bahasa Melayu merupakan prasyarat utama bagi warga negara asing yang ingin memohon kerakyatan di negara ini.


(iii)             tatacara
-     1.         Adat istiadat.
-     2.         Adat resam
-     3.         Cara dan peraturan, prosedur.
-          Upacara pemasyhuran putera raja itu sebagai Putera Mahkota Perak dijalankan mengikut tatacara yang telah ditetapkan.

(iv)             mahasiswa
-          1.         pelajar (penuntut) di universiti.
-          Seorang mahasiswa universiti  tempatan ditemui mati dikelar dan pihak polis sedang mencari saksi di tempat kejadian.

(v)               antidadah
-          1.         Menentang segala kegiatan dan amalan yang berkaitan dengan najis dadah (seperti penghasilan, pengedaran, penggunaan dll yang berkaitan najis dadah).
-          Remaja perlu mempunyai kesedaran dan sikap antidadah supaya tidak merosakkan masa depan mereka.

(vi)             dwitahunan
-          1.         Berlaku atau diadakan setiap dua tahun
-          Sukan Malaysia atau SUKMA merupakan acara sukan dwitahunan yang diadakan untuk menilai prestasi atlet tanah air.

[6 markah]

Jawapan 3 (b)Tukar Ayat Aktif kepada Ayat Pasif

(i)                 Tugas mengisi kemerdekaan negara akan kita pikul bersama-sama.

(ii)               Semenjak program kitar semula dilancarkan oleh kerajaan, tahap kebersihan di kawasan kediaman semakin meningkat.

(iii)             Majlis sambutan Hari Guru peringkat sekolah akan dirasmikan oleh beliau.

[ 6markah]

Jawapan 3 (c) Kesalahan ejaan dan imbuhan

i          dailog                          - dialog
           berhubungan               - berhubung

ii         silaturrahim                 - silaturahim
           mempereratkan            - mempererat

iii        pamiran                       - pameran
           berada                         - diadakan
[ 6 markah ]







Jawapan 3 (d) Kesalahan istilah atau kata dan tatabahasa

(i)                 mengumumkan                              - memaklumkan
dimansuhkan                                 - dibatalkan

(ii)               pada                                             - terhadap / kepada
silap laku                                      - salah laku

(iii)             tingkat                                          - kadar
di                                                  - dalam
[6 markah]


Jawapan 3 (e) Peribahasa

(i)                 sudah jatuh ditimpa tangga.

(ii)               Jauh berjalan, luas pemandangan / pandangan

(iii)             Berani kerana benar, takut kerana salah.
[ 6markah ]










Skema Novel
Soalan 4a
4( a)Dua peristiwa yang berkaitan dengan pengajaran tentang ketaatan:
Berdasarkan novel yang telah saya kaji iaitu novel ………………….karya……………..
Terdapat beberapa peristiwa yang berkaitan dengan pengajaran tentang ketaatan .

Jendela Menghadap Jalan

Songket Berbenang Emas
Peristiwa
Peristiwa Lili pulang ke kampung datuk  dan neneknya.

Huraian.

~Lili taat akan perintah ibunya, dia pulang ke kampung datuk dan neneknya di Dungun, Terengganu untuk menghabiskan cuti persekolahannya walaupun dia ingin menghadiri majlis perpisahan pengetuanya.

~Ibu  Lili sering menganggap  Lili anak yang tidak akan membantah segala arahannya.

Peristiwa ini jelas menunjukan pengajaran ketaatan iaitu kita hendaklah mentaati kehendak ibu kita demi menjaga hati mereka.

Peristiwa
Peristiwa Melati pergi ke kedai Tauke
Lim

Huraian

~Melati taat akan perintah kakaknya,Dahlia dan pergi ke kedai Tauke Lim untuk membeli susu secara hutang kerana susu Anggerik telah habis.

Peristiwa ini jelas menunjukan pengajaran ketatan kita iaitu kita mestilah mentaati perintah orang yang lebih tua daripada kita demi kesejahteraan keluarga.
Peristiwa
Peristiwa Abang Rashid pergi ke hutan pada waktu malam untuk mencari datuk Lili.

Huraian
Nenek menyuruh Abang Rashid pergi ke hutan kerana beliau bimbang datuk Lili tidak pulang pada malam itu. Abang Rashid taat akan perintah nenek dan pergi ke hutan mencari datuk tetapi tidak ditemui.

Peristiwa ini berkaitan dengan pengajaran kita hendaklah mentaati perintah orang yang lebih tua daripada kita demi kesejahteraan hidup.

Peristiwa
Peristiwa Dahlia bersolat isyak .


Huraian
Dahlia taat akan perintah Allah. Dahlia juga berdoa agar Allah menguatkan imannya, memberi ketabahan dan kekuatan untuk melalui hari-hari yang mendatang.

Peristiwa ini berkaitan dengan pengajaran kita mestilah mentaati perintah Allah demi mendapat keredaannya.



Peristiwa
Lili meminta izin untuk pergi ke pekan tetapi tidak diizinkan  oleh nenek kerana nenek risau Lili akan diculik lagi.

Huraian
Peristiwa ini membuktikan bahawa Lili taat akan perintah neneknya dan dia tidak  jadi pergi ke pekan demi kesematan dirinya,walaupun dia berkeinginan untuk pergi ke situ.



Peristiwa ini berkaitan pengajaran ketaatan kita mestilah taat kepada orang yang lebih tua kepada kita demi keselamatan diri kita.
Peristiwa
Peristiwa Dahlia menaiki bas JMBC ke sekolah.

Huraian
Peristiwa ini membuktikan Dahlia taat akan perintah abahnya, Embong yang mahu Dahlia terus bersekolah walaupun beliau sendiri tidak tahu cara untuk menyelesaikan masalahnya untuk bekerja mencari rezeki kerana adik Dahlia masih kecil dan isterinya dirawat di hospital.

Peristiwa ini berkaitan dengan pengajaran kita mestilah mentaati perintah kedua-dua orang tua kita demi kesejahteraan hidup.
Peristiwa
Peristiwa datuk menunaikan ibadat solat dan mengajar Lili dalam hal-hal keagamaan selepas solat

Huraian
Datuk Lili banyak mengajar Lili berkaitan ilmu keagamaan,malah datuk selalu menguji lili tentang ilmu-ilmu keagamaan yang selama ini Lili tidak mengetahuinya. Peristiwa ini membuktikan datuk Lili seorang taat akan perintah Allah.

Peristiwa ini berkaitan dengan pengajaran ketatan ,kita mestilah taat akan ajaran agama dan menjauhi segala larangan-Nya.


Peristiwa

Peristiwa Lili ke dapur untuk menyuruh nenek menyediakan secawan kopi untuk datuk.

Huraian
Lili akur dan taat akan perintah datuk yang menyuruhnya ke dapur supaya nenek menyediakan secawan kopi untuknya.Lili terus pergi menyuruh neneknya membuat kopi tanpa berlengah.

Peristiwa ini berkaitan dengan pengajaran ketaatan kita mestilah taat akan perintah ahli keluarga kita demi kesejahteraan bersama-sama.


(a)    Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan satu latar masyarakat yang  dipaparkan dalam setiap novel tersebut.                                      (8 markah)

Novel Jendela Menghadap Jalan

Novel Songket Berbenang Emas
Masyarakat Kampung
-       Penduduk di Kampung Sentosa terdiri daripada Haji Abdul Rahman, datuk Lili, Abang Rashid, Seman, Che Jah dan lain-lain.
-       Masyarakat kampung masih berpegang kepada cara hidup tradisi. Contohnya, rumah penduduk di Kampung Sentosa jendelanya menghadap jalan.
-       Masyarakat kampung masih percaya kepada perubatan tradisional. Datuk Lili merupakan seorang yang pakar dalam perubatan tradisional dengan menggunakan herba.
Masyarakat kampung  
-       Mereka tinggal di Kampung Parit Haji Rais. Haji Sulaiman merupakan ketua kampung di situ. Masyarakat kampung yang lain ialah Mak Aji, Aton, Embong, Tauke Lim dan lain-lain.
-       Mereka hidup bekerjasama antara satu sama lain setelah dinasihati oleh Haji Sulaiman semasa gotong-royong untuk sambutan Majlis Mauludir Rasul.


Masyarakat yang saling membantu
-       Geetha dan Danel membantu Lili menyelesaikan masalah kubah surau di Kampung Sentosa .
-       Datuk Lili membantu pesakitnya, Puan Letchumi dan Puan Hamimah  mendapatkan rawatan menggunakan perubatan tradisional.
-       Lili dan Kak Mimah membantu menyelesaikan masalah keganasan rumah tangga yang dialami oleh keluarga Che Jah.

Masyarakat yang saling membantu
– Haji Sulaiman  selaku ketua kampung membantu keluarga Dahlia /Tempat Embong meluahkan perasaan (m/s 26)
 –Tauke Lim membantu memberi hutang kepada keluarga Dahlia.
Masyarakat yang ikhlas dalam membantu orang lain.
-       Datuk Lili ikhlas membantu Che Jah dan anak-anaknya walaupun berderpan dengan pelbagai tohmahan daripada segelintir penduduk kampung.
Masyarakat yang tabah menghadapi dugaan hidup
-       Embong tabah menghadapi keadaan hidup mereka sekeluarga yang hidup dalam kemiskinan
-       Embong juga tabah apabila beliau tidak disukai oleh ibu mentuanya, Nek Kiah.
-       Embong tabah apabila isterinya mengalami masalah mental.

Pilih mana-mana satu isi daripada setiap novel. Terima mana-mana isi lain yang sesuai.


























Tiada ulasan: