LAMAN WEB INTERAKSI GURU DAN PELAJAR

LAMAN BAHASA MELAYU INI DIWUJUDKAN SEBAGAI KEMUDAHAN GURU DAN PELAJAR BERINTERAKSI SERTA SEBAGAI PENGUKUHAN SITUASI PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM KELAS. SEMOGA PELAJAR KELAS 4K1, 4K2, DAN PELAJAR KELAS 5 SAINS SMK SERI LONDANG DAPAT MENGGUNAKAN BLOG INI SEBAGAI TEMPAT UNTUK MEMPERKASAKAN KEMAHIRAN BERBAHASA TERUTAMA MURID KELAS 5 SAINS BAKAL MENGHADAPI KERTAS BAHASA MELAYU (1103) SPM 2018 . SEMOGA ANDA SENTIASA CEMERLANG. SEBAGAI MAKLUMAN, SAYA SENTIASA MENAMBAH MENU BAHAN BAHASA DI SUDUT KANAN BLOG INI UNTUK MEMUDAHKAN PELAJAR MENCARI BAHAN BAHASA SAMA ADA BAHAN DARIPADA MEDIA MASSA SEPERTI AKHBAR-AKHBAR TEMPATAN, RUJUKAN KAMUS DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA, RUJUKAN MAJALAH TERBITAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA, KOLEKSI SOALAN-SOALAN PEPERIKSAAN SPM SEBENAR ,KOLEKSI SOALAN-SOALAN PERCUBAAN NEGERI-NEGERI DI MALAYSIA. SEMOGA BAHAN-BAHAN BERKENAAN DAPAT MEMBANTU PELAJAR MENJALANKAN TUGASAN DAN SUMBER UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT BAHASA. INSYA ALLAH SAYA AKAN SENTIASA BERUSAHA UNTUK MENJADIKAN BLOG INI KONDUSIF SEBAGAI MEDIA MAYA UNTUK PELAJAR BERJAYA MENGUASAI KEMAHIRAN BERBAHASA. DOAKAN SAYA SENTIASA SIHAT MENGENDALIKAN BLOG INI SEBAIK-BAIKNYA. AAMIIIIN. SAYA JUGA MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG MAYA YANG SENTIASA MENGUNJUNGI BLOG LAMAN BAHASA MELAYU SPM INI. KEBERADAAN ANDA MEMOTIVASI SAYA UNTUK BERBAKTI KEPADA ANAK BANGSA SERTA MEMPERKASAKAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KEBANGGSAAN, BAHASA JIWA BANGSA. SAYA MENGHARGAI SEKIRANYA ADA CADANGAN DARIPADA PENGUNJUNG TERUTAMA UNTUK MEMANTAP KEBERADAAN BLOG INI SEBAGAI SUMBER RUJUKAN BAHASA MELAYU.

Rabu, 10 Mei 2017

SEMAKAN SOALAN PECAHAN 3 ( TATABAHASA DAN PERIBAHASA) PELAJAR TING. 5 SAINS

CONTOH JAWAPAN TERBAIK
CONTOH PERTAMA


TAHNIAH HAFIZ KERANA BERJAYA MENJAWAB
KESEMUA SOALAN BAHAGIAN TATABAHASA.
RAKAN-RAKAN LAIN TIDAK DAPAT MENJAWAB SOALAN DENGAN BAIK
TERUTAMA BAHAGIAN 3 (A) BINAAN AYAT MENGGUNAKAN ISTILAH
DIBERI, 3(B) MENUKAR AYAT AKTIF KEPADA AYAT PASIF, SOALAN 3(C) MENGESAN KESALAHAN EJAAN DAN IMBUHAN,3(D) MENGESAN KESALAHAN KATA DAN TATABAHASA DAN 3(E) PERIBAHASA.
INSYAALLAH KITA AKAN BINCANG DI DALAM KERTAS
BERKAITAN KEKUATAN DAN KELEMAHAN JAWAPAN
PPT 2017

Soalan Hafiz kepada saya, bertanya kenapa soalan  binaan ayat menggunakan perkataan 'dwitahunan'. Ayatnya, "Sudah dwitahunan arwah Ali meninggalkan kita", kata Zul kepada Suresh. Saya jawab, orang tak boleh mati dwitahunan. 

KESILAPAN PELAJAR DI BAWAH SEMASA MENJAWAB SOALAN
PECAHAN 3 BOLEH DIPERBAIKI KERANA JAWAPAN UNTUK SOALAN
LAIN MANTAP DAN AKIBAT KESILAPAN BERKENAAN PELAJAR TERSEBUT TIDAK DAPAT KEPUTUSAN CEMERLANG ATAS. NAMUN SAYA YAKIN BELIAU
BOLEH DAN MAMPU MENJAWAB SOALAN INI DENGAN BAIK SELEPAS INI.



MANTAPKAN KEMAHIRAN MENJAWAB SOALAN 3(B), SOALAN 3(D), DAN
SOALAN 3 (E) , INSYAALLAH ANDA BOLEH MENCAPAI KEPUTUSAN
CEMERLANG ATAS. SAYA YAKIN ANDA MAMPU MELAKUKANNYA.

Tiada ulasan: