Jumaat, 24 Mac 2017

PERSEDIAAN MENJALANI KEHIDUPAN SEBAGAI SEORANG GURU BAHASA MELAYU

Tinggal lagi dua hari saya akan mulai mengajar semula. Secara tidak rasminya saya akan mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu , Ting. 5 satu kelas, Ting. 3 dua kelas dan mata pelajaran Sejarah satu kelas. Begitulah situasinya ketika PK Pentadbiran SMK Seri Londang menelefon saya tak silap pada hari Isnin lepas . memaklumkan persediaan saya untuk menjalani tugasan sebagai seorang pendidik bahasa Melayu. Semenjak itu, mulailah saya mencari RPH  Bahasa Melayu namun setelah saya cuba mengubah tarikh RPH timbul pula persoalan takwim sekolah. Justeru, saya berharap guru Bahasa Melayu dan Panitia Bahasa Melayu sekolah ada RPH yang selari dengan takwim sekolah. Begitu juga saya cuba mencari bahan-bahan untuk membantu pengajaran di dalam kelas terutama novel, teks antologi komsas, maklumlah dah tiga tahun tidak mengajar dan sudah tentu banyak perubahan silibus terutama melibatkan sastera. 

Semoga kehadiran saya sebagai seorang pendidik bahasa Melayu akan dapat membantu pelajar SMK Seri Londang untuk persediaan menghadapi peperiksaan sama ada SPM atau PT3. Begitu juga dengan mata pelajaran baru bagi saya iaitu Sejarah. InsyaAllah saya akan menerima cabaran berkenaan dan akan mencuba menjadi seorang pendidik yang mampu membimbing pelajar yang dahagakan ilmu. Aamiiin.

Tiada ulasan: