Jumaat, 24 Mac 2017

ANALISIS SOALAN KARANGAN UMUM SPM KELUAR DARI TAHUN 2011 HINGGA 2016

ANALISIS SOALAN KARANGAN UMUM
KERTAS BAHASA MELAYU SPM JULAI DAN NOVEMBER
TAHUN 2011 HINGGA TAHUN 2016
(SUMBER DARIPADA MOHD ZAKI B. HJ. AWANG MAT)

Bahagian B
NOV
2011
JUN
2012
NOV
2012
JUN
2013
NOV
2013
JUN
2014
NOV
2014
JUN
2015
NOV
2015
JUN
2016
NOV
2016
SOALAN
1
(FOKUS
DIRI)
Wawasan dan cita-cita
Kerjaya anak lebih baik ditentukan oleh anak sendiri
Faedah sertai program motivasi
Nilai kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anak.
Usaha-usaha yang dapat dilakukan untuk membentuk akhlak terpuji dalam diri seseorang
Ceritakan penglibatan anda menjayakan majlis Hari Keluarga di tempat anda tinggal.
Syarahan – Penggunaan masa berkesan melahirkan individu cemerlang.
Kelebihan-kelebihan apabila kita menguasai lebih daripada satu bahasa.
Laporan kejadian bencana alam dan bantuan yang diberikan oleh pasukan sukarelawan anda.
Pelbagai aktiviti di sekolah untuk melahirkan murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Ceramah - Cara-cara mengurangkan risiko kemalangan jalan raya dalam kalangan murid
SOALAN
2
(FOKUS
KELUARGA)
Peranan keluarga menangani perlakuan negatif remaja
Kebaikan dan keburukan pertambahan saluran TV
Rencana – Menjaga kebersihan tanggungjawab kita bersama
Usaha pelbagai pihak menggalakkan masyarakat bersenam dan bersukan.
Rencana – Peranan ibu bapa dalam mengawal pengambilan makanan segera dalam kalangan anak-anak.
Warga tua sepatutnya diberikan keutamaan oleh ahli keluarga. Berikan hujah-hujah.
Peranan setiap ahli keluarga dalam membantu anak-anak ketika menghadapi sesuatu masalah.
Syarahan – Yang tua dihormati, yang muda disayangi.
Ulasan – Aktiviti rekreasi membawa pelbagai manfaat kepada masyarakat.
Langkah-langkah yang perlu kita lakukan untuk kesihatan sepanjang hayat.
Peranan ahli keluarga dalam membantu para remaja menghadapi cabaran-cabaran hidup akibat pengaruh rakan sebaya, media massa dan budaya Barat.
SOALAN
3
(FOKUS
NEGARA)
Perpaduan
Syarahan – pertanian satu perniagaan
Kepentingan bahasa kebangsaan kepada negara kita
Persediaan oleh kerajaan merealisasikan status negara maju.
Kebaikan-kebaikan yang diperoleh jika negara memiliki rakyat berminda kelas pertama.
Perkembangan pelbagai bidang industri di negara kita  - kaitan dengan peluang pekerjaan.
Perbincangan – usaha kerajaan memajukan bidang pertanian memang wajar kerana bidang ini memberikan pelbagai kebaikan kepada rakyat dan negara.
Huraikan bagaimana keindahan alam semula jadi dan keunikan bentuk muka bumi itu dapat dijadikan produk pelancongan bagi menarik pelancong datang ke Malaysia.
Kepentingan mengekalkan budaya warisan kaum.
Pidato Bahasa Kebangsaan Pemangkin Perpaduan Rakyat
Sikap kurang prihatin terhadap alam sekitar telah menyebabkan berlakunya banjir yang membawa pelbagai kesusahan kepada banyak pihak. Berikan komen anda.
SOALAN
4
(FOKUS
ANTARA-
BANGSA)
Kemajuan TMK (ICT)
Bantuan bencana alam
Kebaikan penghasilan produk makanan halal
Pidato – Keamanan dunia milik masyarakat sejagat.
Kebaikan penganjuran sukan bertaraf antarabangsa.
Perubahan cuaca dunia. Usaha peringkat antarabangsa.
Bentuk-bentuk kerjasama antara negara-negara  di dunia - usaha membanteras penyeludupan dadah.
Pelbagai faktor yang mempengaruhi pencapaian seseorang ahli sukan.
Usaha-usaha pelbagai pihak mengekalkan keamanan sejagat.
Kemajuan infrastruktur memainkan peranan penting meningkatkan eksport negara.
Tahap kesedaran masyarakat tentang penyakit berbahaya yang mengancam nyawa manusia seperti barah dan demam denggi masih rendah. Bincangkan.
SOALAN
5
(FOKUS
SASTERA)
Ulasan gurindam pilih sahabat
Peribahasa – kepentingan menguruskan masa dengan baik
Cerita – Peribahasa berkaitan hubungan kekeluargaan
Ulasan – Drama yang tinggalkan kesan yang mendalam kepada anda.
Cerita bertemakan penghargaan terhadap jasa guru.
Pelbagai budaya, pelbagai kaum – Langkah untuk  memastikan generasi muda dapat mengamalkan, menghormati dan menghargai
Huraikan aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan untuk memupuk minat murid terhadap karya sastera.
Drama di pelbagai saluran televisyen tempatan sarat dengan pengajaran.
Jelaskan perkara-perkara yang dapat dijadikan pedoman dalam kehidupan kita setelah membaca karya sastera.
Pengajaran-pengajaran daripada pantun yang berkaitan dengan kepentingan budi.
Berikan pendapat anda tentang cara-cara menghargai sumbangan golongan sasterawan di negara kita.

             Ulasan soalan-soalan karangan umum sama seperti soalan karangan berpandu dalam catatan sebelumnya. Namun, sebagai tambahan untuk karangan umum pelajar perlu bijak menilai soalan fokus mana yang mudah dijawab, samada soalan fokus diri, fokus keluarga, fokus negara, fokus antarabangsa, atau fokus sastera. Ingat, sekiranya ada silap memilih soalan semasa menjawab soalan akan memberi impak kepada hasil karangan anda. Alang-alang mandi biar basah begitulah nasihat peribahasa Melayu, rugi sekiranya ada belajar selama lima tahun di tingkatan satu  hingga tingkatan lima tetapi anda tidak dapat mengecapi erti kecemerlangan.

            Selamat belajar dan menggapai kecemerlangan atas usaha anda.

Tiada ulasan: