ANALISIS SOALAN KARANGAN
BERPANDU (RANGSANGAN)
KERTAS BAHASA MELAYU SPM
JULAI DAN NOVEMBER
TAHUN 2005 HINGGA TAHUN
2016
(SUMBER DARIPADA MOHD
ZAKI B. HJ. AWANG MAT)
|
|
TAHUN
|
TEMA
|
2005(N)
|
Gejala
vandalisme
|
2006(J)
|
Sijil
Pelajaran Malaysia
|
2006(N)
|
Semangat
patriotik, PLKN dan tokoh yang berjasa
|
2007(J)
|
Aktiviti
masa lapang
|
2007(N)
|
Tanggungjawab
menjaga kebersihan
|
2008(J)
|
Kegiatan
dalam bidang pertanian
|
2008(N)
|
Punca-punca
pencemaran sungai
|
2009(J)
|
Bantuan
kepada mangsa banjir
|
2009(N)
|
Aktiviti
badan beruniform serta faedah-faedahnya
|
2010(J)
|
Punca
pencemaran udara
|
2010(N)
|
Grafik
penjagaan kesihatan - Cara-cara menjalani kehidupan yang sihat
|
2011(J)
|
Kepentingan
pengangkutan awam
|
2011(N)
|
Faedah
belajar secara berkumpulan
|
2012(J)
|
Faedah
menggunakan perpustakaan
|
2012(N)
|
Aktiviti
sambutan Hari Kebangsaan di sekolah
|
2013(J)
|
Langkah-langkah
menjaga keselamatan di jalan raya
|
2013(N)
|
Kepentingan
memelihara dan memulihara bangunan-bangunan bersejarah di negara kita
|
2014(J)
|
Langkah-langkah
menjaga keselamatan kanak-kanak
|
2014(N)
|
Faedah
menyertai sukan lasak kepada seseorang.
|
2015(J)
|
Langkah-langkah
untuk menjimatkan perbelanjaan.
|
2015(N)
|
Tujuan
mengadakan sambutan Hari Guru di peringkat sekolah
|
2016(J)
|
Kepentingan
memelihara hutan
|
2016(N)
|
Ciri-ciri
sekolah selamat
|
Pelajar
bijak menggunakan kesempatan melihat bentuk-bentuk soalan Bahasa Melayu Karangan
Berpandu ( Rangsangan ) SPM Kertas Julai dan Nov yang pernah keluar sepanjang
tahun 2009 hingga 2016. Selain itu, pelajar yang mengambil kertas SPM 2017 dinasihatkan
supaya menilai kesediaan diri dan kesanggupan menjawap soalan yang ditanya
dalam kertas soalan SPM berkenaan. Sekiranya pelajar yakin mampu menjawab
soalan-soalan seperti itu, tahniah. Sekiranya pelajar berasa soalan-soalan
tersebut sukar dijawab, bermakna pelajar perlu memberi tumpuan dan bertanya
kepada guru kerana guru-guru anda akan membimbing kaedah, teknik, dan strategi untuk menjawab soalan karangan tersebut.
Elakkan diri anda daripada sifat ego dengan mengambil mudah, atau tidak membuat
persediaan awal sebelum menghadapi peperiksaan dengan mengambil tindakan di
akhir untuk persediaan menjawab soalan-soalan berkenaan.
Sekiranya pelajar sekadar mendengar dan melihat panduan semasa guru
mengajar tetapi tidak membuat latihan dan menghantar karangan untuk untuk semakan guru, tindakan sebegini juga
merugikan pelajar. Guru ibarat doktor akan cuba mengesan kelemahan dan memperbetul karangan pelajar dan
semuanya akan dikesan sekiranya pelajar menghantar hasil karangan mereka. Sekiranya pelajar tidak menghasilkan karangan, guru sukar mengesan kelemahan dan kesalahan pelajar semasa mengarang Selepas itu, tindakan susulan adalah membuat pembetulan, merupakan langkah
terakhir sebelum guru membuat kesimpulan terhadap mutu karangan pelajar.
Elakkan membuat tanggapan negatif terhadap usaha guru meminta pelajar membuat
pembetulan sebagai usaha mendenda atau mendera pelajar tetapi pelajar perlu
mengucapkan terima kasih kerana guru menghabiskan masa untuk terus membantu
pelajar untuk Berjaya. Selamat belajar dan menggapai kecemerlangan atas usaha
anda.
Sila bertanya atau menghubungi guru anda sekiranya anda menghadapi masalah semasa mengarang. Peribahasa ada mengatakan bahawa " malu bertanya sesat jalan."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan