PERKARA
|
KERTAS 1 (1103/1)
|
KERTAS 2 ( 1103/2)
|
JENIS SOALAN
|
UJIAN SUBJEKTIF
|
UJIAN SUBJEKTIF
|
BILANGAN SOALAN
|
Ø
Terdiri daripada dua bahagian.
Ø
Bahagian A: Satu Soalan
karangan berpandu
( rangsangan)
Ø
Bahagian B:
Lima soalan karangan umum
·
Fokus Diri
·
Fokus Keluarga
·
Fokus Negara
·
Fokus Antarabangsa
·
Fokus Komsas
Ø
Jumlah
: Enam soalan
Peringatan:-
v
Soalan bahagian
bahagian A wajib dijawab.
v
Soalan bahagian B
pilih satu daripada enam.
v
Untuk soalan B,
pelajar dinasihatkan memilih soalan berfokus mudah, contohnya:-
Fokus Diri, Fokus Keluarga, Fokus Negara |
Ø Terdiri
daripada empat soalan.
·
Soalan 1 : Rumusan
·
Soalan 2 : Pemahaman
a.
Petikan Umum
b.
Petikan cerpen/drama
c.
Petikan prosa klasik
d.
Petikan puisi
·
Soalan 3 : Pengetahuan tentang tatabahasa
Melayu.
a.
Morfologi ( Kata )
b.
Sintaksis ( Ayat)
c.
Sistem Ejaan.
d.
Kosa kata dan istilah.
e.
Peribahasa.
·
Soalan 4 : Novel (KOMSAS)
ü Novel
kajian Ting 4 : Antologi Jaket Kulit
Kijang Dari Istanbul
ü Novel kajian Ting 5
Peringatan :-
v Semua
soalan wajib dijawab.
|
JUMLAH MARKAH
|
Ø
Bahagian A : 30 markah
Ø
Bahagian B : 100 markah
Ø
Jumlah
: 130 markah
|
Ø Soalan
1 : 30 markah
Ø Soalan
2 : 35 markah
Ø Soalan
3 : 30 markah
Ø Soalan
4 : 15 markah
Ø Jumlah :
110 markah
|
Tempoh menjawab
|
Ø
2 jam 15 minit
|
Ø 2
jam 30 minit
|
PENERANGAN LANJUT KERTAS BM 2 ( 11O3/2)
(Markah 110)
(Markah 110)
Sebagai seorang pelajar yang akan menghadapi peperiksaan SPM, tidak kira anda
pelajar Ting. 4 apatah lagi sekiranya anda pelajar ting. 5, sepatutnya anda
faham setiap pecahan soalan kertas 2 Bahasa Melayu. Kefahaman pelajar terhadap
format soalan kertas ini akan membantu anda menjawab soalan tersebut lebih baik
dan seterusnya membuat persediaan untuk menghadapi Peperiksaan SPM kelak.
Sungguh malang, jika pelajar menengah atas tidak faham format soalan kertas
bahasa Melayu 2 kerana pepatah Melayu ada mengatakan jika tak kenal maka tak
cinta. Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu,
bersenang-senang kemudian.
Kertas ini mengandungi
soalan:-
Soalan Bahagian 1 a: Rumusan Teks ( 30 markah)
( Rujuk nota berkaitan cara menjawab soalan rumusan teks)
Soalan Bahagian 2 A: Pemahaman Teks Umum / Rumusan ( 9
markah)
i) Soalan berkaitan maksud rangkai
kata (2m)
ii) Soalan berkaitan petikan teks
( 3m )
iii) Soalan berdasarkan pendapat ( 4 m)
( Soalan
Bahagian 2 B,C, dan D Berdasarkan Kajian Komsas Antologi)
Fokus soalan Ting.
4: Antologi Jaket Kulit Kijang Dari Istanbul
Fokus soalan Ting. 5:
Antologi Sejarah Rindu
Soalan Bahagian 2B : (9 Markah)
Soalan berkaitan ( Prosa Moden – Cerpen atau Drama)
Soalan berkaitan ( Prosa Moden – Cerpen atau Drama)
Soalan i)
Berdasarkan teks dan jawapan ada dalam teks. ( 3 m)
Soalan ii)
Berdasarkan pendapat anda. ( 3 m)
Soalan iii) Berkaitan
kajian komsas – persoalan, watak dan perwatakan,
latar, nilai dan pengajaran. ( 3 m)
( Fokus soalan 1 berdasarkan dalam teks dan 1 soalan di luar
teks)
Soalan Bahagian 2C: ( 8 Markah)
Soalan berkaitan (
Prosa Tradisional )
Soalan i)
Berdasarkan maksud rangkai kata. (2m)
Soalan ii)
Berdasarkan teks dan jawapan ada di dalam teks ( 3 m)
Soalan iii) Meminta
pendapat anda dan jawapan berdasarkan
pandangan anda sendiri ( 3 markah)
Soalan Bahagian 2
D: (9 Markah)
Soalan berdasarkan (
Puisi Moden atau tradisional)
Soalan i)
Berdasarkan teks puisi. ( 2 m)
Soalan ii)
Berdasarkan pendapat anda ( 3 m)
Soalan
iii)Berdasarkan kajian komsas – persoalan, nilai,
masyarakat
dan pengajaran. ( 4 m )
( Soalan 3 Berdasarkan Tatabahasa)
Soalan bahagian 3 (a)
( Tatabahasa- Morfologi atau Kajian Kata- 6 Markah)
Soalan 3 (A) Membina ayat daripada perkataan atau frasa
diberikan.
Terdapat
enam perkataan atau frasa disenaraikan dan anda
perlu membina ayat yang gramatis untuk menunjukkan
anda faham maksudnya.
Anda
tidak boleh menggunakan kata nama khas, peribahasa
dan tidak boleh menambah imbuhan pada perkataan
diberikan. Soalan ini mudah untuk pelajar mendapat 6
markah.
** Peringatan soalan
SPM 2012, arahan soalan bahagian 3a
membenarkan pelajar menambah imbuhan semasa membina
ayat tetapi tidak boleh menggunakan perkataan tersebut
sebagai kata nama khas. Oleh sebab itu, pelajar perlu
berhati-hati semasa membaca arahan soalan.
Soalan Bahagian 3B ( Sintaksis) ( 6 Markah )
Pelajar dikehendaki
menguasai aspek sintaksis (kajian ayat) contoh :-
i)
ayat tunggal dan ayat majmuk.
ii) Jenis
ayat – ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah dan ayat
seruan.
iii) Ragam ayat
– ayat aktif dan ayat pasif.
iv)Menukar ayat cakap ajuk ke cakap pindah dan sebaliknya.
v)
Menganalis ayat pola ayat. ( FN-FN,FN-FK, FN-F Adj, FN-FS)
vi)
Mencerakinkan ayat kepada subjek dan prediket. ( Binaan ayat
gramatis)
** Soalan ini memerlukan pelajar menguasai setiap pecahan
soalan seperti di atas.
Soalan Bahagian 3C : Mengesan dan membetulkan kesalahan
ejaan dan imbuhan. ( 6 Markah )
• Soalan bahagian ini memerlukan pelajar
mengesan dan membetulkan kesalahan ejaan dan imbuhan.
• Pelajar diminta mengesan dan membetulkan 3
kesalahan ejaan dan 3 kesalahan imbuhan.
• Anda boleh menjawab dengan menulis
kedua-dua kesalahan berkenaan dengan menulis jawapan salah dan pembetulannnya:
contoh: Malaysia mampu memajukan bidang
eko-pelancongan
kerana mengayakan sumber alam semula jadinya.
• Pada tahun 2008 pelajar diberikan satu petikan
mengandungi keenam-enam kesalahan ejaan dan imbuhan.
kesalahan
|
pembetulan
|
Eko-pelancongan
|
Ekopelancongan ( ejaan)
|
mengayakan
|
Kekayaan ( imbuhan)
|
Soalan Bahagian (D)
mencari tiga soalan kesalahan penggunaan istilah dan tiga kesalahan tatabahasa.
( 6 markah)
• Soalan bahagian ini meminta anda mencari tiga
soalan kesalahan penggunaan istilah dan tiga kesalahan tatabahasa.
• Anda akan diberi tiga ayat yang mengandungi
satu kesalahan istilah dan satu kesalahan tatabahasa.
• Calon boleh menjawab seperti soalan di bawah:-
Stesen- minyak-minyak di bandar utama kita mengamalkan
konsep layan sendiri.
kesalahan
|
pembetulan
|
Stesen minyak-minyak
|
Stesen minyak (
tatabahasa)
|
Layan sendiri
|
Layan diri ( istilah)
|
Soalan Bahagian 3 (E ) PERIBAHASA ( 6 Markah )
• Soalan ini menguji kemahiran peribahasa (
terdiri daripada perumpamaan, bidalan, pepatah, simpulan bahasa, perbilangan,
lidah pendita, kata-kata hikmat) anda.
• Soalan mungkin meminta anda mengisi tempat
kosong dengan mengaitkan peribahasa yang sesuai dengan petikan.
• Calon mungkin juga diminta mengisi tempat
kosong dengan atau dialog dengan peribahasa yang sesuai.
• Calon juga mungkin diminta membina ayat
menggunakan peribahasa yang diberikan.
• Markah akan diberi sekiranya peribahasa yang
ditulis tepat dengan maksud petikan atau pernyataan yang diberikan.
(SOALAN MERUJUK KOMSAS NOVEL)
Novel Ting.
4 ( Jendela Menghadap Jalan )
Novel Ting.
5 ( Songket Berbenang Emas )
Soalan Bahagian 4
(Novel) ( 15 Markah )
• Soalan bahagian ini membawa 15 markah dan
terbahagi kepada soalan bahagian 4 (a) dan 4(b).
Soalan 4
(a) membawa 7 markah
Soalan 4 (b) membawa 8 markah.
Markah
|
Isi
|
Bahasa
|
Soalan 4 (a)
|
4
|
3
|
Soalan 4 (b)
|
6
|
2
|
SEMOGA ANDA MENGUASAI FORMAT SOALAN
KERTAS BAHASA MELAYU
7 ulasan:
Tq
Terima kasih .Format lengkap dan mudah memahami
Adakah soalan 4 dalam SPM mesti mengikut skema jawapan??
Apa jadi kalau tertulis kat ruang yg tidak dibenarkan tulis tu?? Kurang markah ke?
Wauuu,style sir..saya ingatkan lagu apa td...mcmna sir buatt
TERIMA KASIH CIKGU..SEMOGA PAHALA SENTIASA MENGALIR BUAT CIKGU ATAS PERKONGSIAN INI -NABILA FARHANA 2020-
Terima kasih atas doa, semoga para pelajar dapat mengikuti blog ini untuk persediaan menghadapi kertas Bahasa Melayu SPM kali terakhir sebelum format soalan SPM berubah pada tahun 2021. Semoga Allah mempermudah rawatan kemoterapi untuk mengubati kanser usus yang berulang kembali setelah kanser berkenan dikesan pada tahun 2016. Aamiiin.
Catat Ulasan