Rabu, 2 Oktober 2019

SOALAN-SOALAN PEMAHAMAN ANTOLOGI KOMSAS PROSA MODEN 2(B), PROSA TRADISIONAL 2(C) DAN PUISI MODEN/TRADISIONAL 2(D) YANG PERLU DIBERI PERHATIAN UNTUK MENGHADAPI KERTAS BM2 PADA 5 NOVEMBER 2019

Pelajar Peperiksaan SPM 2019 akan menghadapi Kertas Bahasa Melayu 1  ( 1103/1) dan Kertas Bahasa  2 (1103/2) pada 5 November 2019. Masa yang tinggal untuk pelajar membuat persediaan menghadapi Kertas Berkenaan tinggal lagi 35 hari jika dikira dari tarikh  hari ini  2 Oktober 2019.

Oleh sebab itu, pada hari ini saya mengharapkan pelajar memberi tumpuan kepada tajuk-tajuk soalan yang perlu diberi perhatian berdasarkan analisis Soalan Peperiksaan Percubaan SPM 2019 yang diterbitkan penggubal soalan sekolah, daerah dan negeri-negeri Malaysia. Sebelum itu, saya ingin mengingatkan kepada pelajar supaya tidak membuat ramalan atau spot soalan yang bakal keluar tetapi pelajar perlu memberikan lebih perhatian kepada kekerapan soalan yang diterbitkan dalam peperiksaan Percubaan SPM 2019.

Pecahan soalan yang perlu diberi perhatian:-

Soalan 2 (b) Prosa Moden

1.    MUNSYI ( 12  DITERBITKAN DALAM PEPERIKSAAN PERCUBAAN 2019)
(BELUM PERNAH KELUAR DALAM PEPERIKSAAN SPM)
2.    JAKET KIJANG DARI ISTANBUL ( 6 SOALAN DITERBITKAN DALAM PEPERIKSAAN PERCUBAAN 2019)
(BELUM PERNAH KELUAR DALAM PEPERIKSAAN SPM)
3.    KADUK AYAM DAN RAJA ( 1 SOALAN DITERBITKAN DALAM PEPERIKSAAN PERCUBAAN 2019)
(TELAH KELUAR SOALAN SPM JUN 2017)

Pelajar diharapkan memberi perhatian kepada ketiga-tiga tajuk Prosa Moden untuk persiapan menghadapi kertas bahagian berkenaan.

Soalan 2 (c) Antologi Prosa Tradisional:-

1.    BURUNG TERBANG DIPIPISKAN LADA ( 19 SOALAN DITERBITKAN DALAM PEPERIKSAAN PERCUBAAN 2019)
2.    KEPIMPINAN MELALUI TELADAN ( 4 SOALAN DITERBITKAN DALAM PEPERIKSAAN PERCUBAAN 2019)

Berdasarkan analisis soalan peperiksaan Percubaan 2019 di atas, soalan paling banyak diterbitkan ialah Burung Terbang Dipipiskan Lada, justeru berikan lebih perhatian pada soalan berkenaan. Namun, pelajar perlu ingat kajian antologi komsas hanya dua, iaitu kajian antologi di tingkatan 4, Kepimpinan Melalui Teladan dan kajian komsas satu lagi di tingkatan 5, iaitu Burung Terbang Dipipiskan Lada.

Kesimpulannya, salah satu soalan berkenaan akan keluar pada peperiksaan Bahasa Melayu Nov. 2019. Cuba lihat sejarah soalan untuk kedua-dua antologi berkenaan diterbitkan dalam Peperiksaan SPM sebenar seperti di bawah:-

TING
ANTOLOGI TRADISIONAL

NOV
16

JUN
17
NOV
17
JUN
18

NOV
18

JUN
19
4
Kepimpinan Melalui Teladan
x



x
x
5
Burung Terbang Dipipiskan Lada

x
x
X



Kesimpulannya, pelajar perlu memberi perhatian kepada soalan BurungTerbang Dipipiskan Lada. Namun pelajar dinasihatkan jangan melupakan soalan Kepimpinan Melalui Teladan walaupun soalan ini bukanlah soalan tumpuan yang akan keluar dalam peperiksaan SPM 2019.


Soalan 2 (d)- Soalan Puisi Moden/Tradisional

1.    ERTI HIDUP BEERTI ( 16 SOALAN DITERBITKAN DALAM PEPERIKSAAN PERCUBAAN 2019)
(BELUM PERNAH KELUAR DALAM PEPERIKSAAN SPM)
2.    SANG GEMBALA KUDA ( 3 SOALAN DITERBITKAN DALAM PEPERIKSAAN PERCUBAAN 2019)
(BELUM PERNAH KELUAR DALAM PEPERIKSAAN SPM)
3.    WWW.SIBERMERDEKA.COM ( 2 SOALAN DITERBITKAN DALAM PEPERIKSAAN PERCUBAAN 2019)
(BELUM PERNAH KELUAR DALAM PEPERIKSAAN SPM)
4.    GURINDAM DUA BELAS (FASAL YANG KETIGA) - ( 2  SOALAN DITERBITKAN DALAM PEPERIKSAAN PERCUBAAN 2019)
5.    (BELUM PERNAH KELUAR DALAM PEPERIKSAAN SPM)
6.    SEJADAH RINDU ( 2 SOALAN DITERBITKAN DALAM PEPERIKSAAN PERCUBAAN 2019)
7.    (BELUM PERNAH KELUAR DALAM PEPERIKSAAN SPM)
8.    KUDUP PERANG ( 1 SOALAN DITERBITKAN DALAM PEPERIKSAAN PERCUBAAN 2019)
(BELUM PERNAH KELUAR DALAM PEPERIKSAAN SPM)

      Uniknya soalan bahagian puisi moden/tradisional di atas, kelapan-lapan soalan belum pernah keluar atau ditanya dalam peperiksaan SPM sebenar semenjak Antologi Komsas diperkenalkan pada tahun 2016. Soalan paling menjadi tumpuan pada Peperiksaan Percubaan 2019 ialah Puisi Moden Erti Hidup Beerti ( 18 soalan ), diikuti Sang Gembala Kuda ( 3 soalan), dan kemudian diikuti soalan www.sibermerdeka.com (2 soalan), Sejarah Rindu ( 2 soalan), Kudup Perang ( 1 soalan). Puisi Tradisional, hanya satu soalan ditanya iaitu Gurindam Dua Belas ( Fasal Yang Ketiga ).

        Pelajar perlu berhati-hati, walaupun penumpuan perlu diberi kepada soalan Erti Hidup Beerti ( 18 soalan ), diikuti Sang Gembala Kuda ( 3 soalan ). Namun begitu, pelajar perlu juga perlu membuat persediaan dengan membuat persediaan untuk menghadapi soalan-soalan lain kerana semua soalan di atas belum pernah keluar dalam peperiksaan SPM. Persoalannya, soalan yang akan keluar akan menjadi kenyataan pabila kertas Soalan Bahasa Melayu 2 dibuka pada 5 Nov 2019.

      Semoga pelajar bersedia menghadapi Kertas BM 2 SPM 2019, bahagian kajian Komsas dia atas. Insya-Allah saya akan membuat ulasan untuk soalan bahagian lain selepas ini, iaitu soalan kajian Ayat, Soalan Komsas Novel 4 (a) dan Soalan Komsas Novel 4(b).

ANALISIS SOALAN SPM SEBENAR MULAI N0V 2016 HINGGA SPM JUN 2019
(NOV. 2016 - JUN 2019)
TING
JUDUL
NOV. 16
JUN 17
NOV 17
JUN 18
NOV 18
JUN 19
Puisi Tradisional
T4
1. Syair Bidasari 
 x
2. Gurindam Dua Belas (Fasal yang Ketiga) 
T5
1.     Gurindam Beberapa Petua Hidup
 x
2.     Seloka Berbuat Istana Zaman Dahulu
 x
Puisi Moden
T4
1. Sang Gembala Kuda - Mohd Hashim Othman
2. Aku Membaca Lagi - Razali Mohd. Yussof
 x
3. www.sibermerdeka.com.my - Abdul Ghaffar
    Ibrahim
4. Gelanggang - Onn Malini
 x
T5
1. Sejadah Rindu
2. Pesan Lelaki Kecil Kepada Gadis Kampus
 x
3. Erti Hidup Bererti
4. Kudup Perang
Prosa Tradisional
T4
1.  Kepimpinan Melalui Teladan
  x
 x
 x
T5
1.      Burung Terbang Dipipiskan Lada
 x
 x
 x
Cerpen
T4
1. Kaduk, Ayam dan Raja - Zurinah Hassan
 x
2. Munsyi - Husna Nazri
3. Jaket Kulit Kijang dari Istanbul - Maskiah Haji    
    Masrom
T5
1.     Cinta Ahmad Mutawakkil
 x
2.    Hipertensi
 x
3.    Gerhana Manusia
 x
Drama
T4
1. Berkhidmat untuk Negara - Affix Zulkarnaen Adam
 x
T5
1.    Bukan Gila
x





Tiada ulasan: