Ahad, 20 Oktober 2019

KOLEKSI SOALAN 3(A) HINGGA 3(E) TATABAHASA KERTAS BAHASA MELAYU 2, PEPERIKSAAN PERCUBAAN NEGERI-NEGERI SE-MALAYSIA 2019 BERSERTA SKEMA JAWAPAN (SUMBER BLOG DR. TAN CL)

8 ulasan:

Unknown berkata...

terlalu kecil Dan susah untuk dizoom . mohon besarkan lagi . saya belum nak jadi buta

MOHD. RAMSUL ABD. RAHIMAN berkata...

Sekiranya tulisan di paparan komputer kecil, anda boleh membuka tetingkapnya dengan mengklik tetingkap di sudut atas kanan. Anda boleh melihat paparan bahan dengan lebih jelas.

MOHD. RAMSUL ABD. RAHIMAN berkata...

Sekiranya tulisan di paparan komputer kecil, anda boleh membuka tetingkapnya dengan mengklik tetingkap di sudut atas kanan. Anda boleh melihat paparan bahan dengan lebih jelas.

Unknown berkata...

Tumpang tanya cikgu , apakah jenis kesalahan tatabahasa untuk ayat 'dikumpulkan oleh kami ' ? Kenapa kita perlu tukar kepada ayat kami kumpulkan ? Mohon pencerahan . Terima kasih cikgu .

MOHD. RAMSUL ABD. RAHIMAN berkata...

Saya mengharapkan setiap pertanyaan, perlu ada orangnya. Oleh sebab itu, adalah manis jika pihak bertanya menaip nama untuk saya tahu orangnya. Sebagai penerangan, kesalahan tatabahasa di atas berkaitan kesalahan pengunaan ayat pasif menggunkakan kata ganti nama diri pertama dan kedua tidak boleh menenerima kata kerja berimbuhan di. Oleh itu, kata ganti nama diri orang pertama (aku, saya, kami, kita, patik, hamba) dan kata ganti nama orang kedua (anda, awak, engkau, kamu, kalian) haruslah berada di hadapan kata kerja (tanpa imbuhan ‘di’). Contoh,
Kerja itu sudah saya laksanakan semalam (√) – ayat pasif
Kerja itu sudah dilaksanakan oleh saya semalam. (X)
(Saya sudah melaksanakan kerja itu semalam. – ayat aktif transitif)

Rumah itu telah kami cat bersama-sama. (√)
Rumah itu telah dicat oleh kami bersama-sama. (X)
(Kami telah mengecat rumah itu bersama-sama. – ayat aktif transitif)

Cerita seram itu telah kalian dengar. (√)
Cerita seram itu telah didengar oleh kalian. (X)
(Kalian telah mendengar cerita seram itu. – ayat aktif transitif)

Hutang itu mesti engkau jelaskan esok. (√)
Hutang itu mesti dijelaskan oleh engkau esok. (X)
(Engkau mesti menjelaskan hutang itu esok.- ayat aktif transitif)

2. Ayat pasif dengan kata ganti nama diri ketiga (termasuk pelaku = kata nama khas dan kata nama am).
Kata kerjanya mengandungi imbuhan kata kerjapasif ‘di-’
Contoh:
Motosikal itu telah ditunggang oleh Rahim kelmarin. (√)
Motosikal itu telah Rahim tunggang kelmarin. (X)

Kerusi dan meja itu sudah disusun oleh murid kelas 3A pagi tadi. (√)
Kerusi dan meja itu sudah murid kelas 3A susun pagi tadi. (X)

Bola itu ditendang oleh Helmi dengan kaki kiri. (√)
Bola itu ditendang dengan kaki kiri oleh Helmi. (√)
Bola itu ditendang dengan kaki kiri Helmi. (X)
Bola itu Helmi tendang dengan kaki kiri. (X)

Nota : Kata sendi ‘oleh’ boleh digugurkan jika tidak menjejaskan makna.
Contoh:
Motosikal itu telah ditunggang Rahim kelmarin. (√)
Kerusi dan meja itu disusun pengawas sekolah pagi tadi. (√)

Perhatian : Jika kata sendi ‘oleh’ terletak jauh daripada kata kerja, maka ‘oleh’ tidak boleh digugurkan kerana akan menjejaskan makna ayat.
Contoh:
Motosikal itu telah ditunggang kelmarin oleh Rahim. (√)
Motosikal itu telah ditunggang kelmarin Rahim. (X)


Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum cikgu. Nama saya Anis daripada Kuala Terengganu. Saya dapati blog cikgu amat berguna untuk saya ulangkaji BM SPM dengan pelajar saya. Saya seorang tutor. Cikgu, saya ingin bertanya. Cikgu ada ke skema jawapan SPM yang 2019?

ANIS AFIQAH BINTI SUKRI berkata...

Assalamualaikum cikgu. Nama saya Anis. Saya seorang tutor SPM BM. Saya ingin bertanya, cikgu ada ke skema jawapan bagi SPM 2019?

fadwa daud berkata...

TERIMA KASIH ATAS PERKONGSIAN. MUDAH DIMUAT TURUN DAN DIFAHAMI OLEH MURID. SEMOGA TERUS DIMURAHKAN REZEKI