Isnin, 14 Oktober 2019

ISTILAH ATAU PERKATAAN BAHASA MELAYU TERKINI DAN GUNAKAN ISTILAH ATAU KATA BERKENAAN DENGAN BETUL

RENUNGAN SEJENAK TETANG ISTILAH TERKINI

Perkataan baru Bahasa Melayu
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah memperkenalkan perkataan "Swafoto" bagi perkataan "Selfie"yang kita selalu gunakan selama ini.

Ayuh, kita ubah kebiasaan itu.

Biasakan yang betul dan betulkan yang biasa.

Swafoto - gambar kendiri
berswafoto - mengambil gambar kendiri
menswafoto - perbuatan merakam gambar sendiri.

Jom kita gunakan bahasa Melayu dgn betul.

Indahnya bahasa kita.

Suri Teladan – Role Model
Jerayawara – Road Show
Latar Pentas – Back Drop
Gegantung – Bunting
Imej Tumpu – Highlight
Parkir – Parking
Pascanilai – Postmortem
Swafoto – Selfie
Kira detik – Count Down
Bilik acu – Fitting Room
Ujana teh – Garden tea
Persantaian -Resort
Muat turun- download
Muat naik- tindakan memindahkan fail atau data dr komputer pengguna ke komputer pusat melalui talian rangkaian. memuat naik melakukan muat naik.
Tular - menjadi heboh diperkatakan/ berkaitan penyakit berjangkit.

EJAAN YANG MENGELIRUKAN

Banyak calon peperiksaan dan orang ramai yang masih berasa keliru akan ejaan bagi sesetengah perkataan yang digunakan dalam pertuturan ataupun penulisan dalam seharian.

Sesungguhnya, kekeliruan ini dikatakan berlaku apabila mereka mendapat input atau informasi ejaan yang berlainan daripada pihak media massa dan guru subjek.

Biasanya kesilapan ini berlaku sejak sekolah rendah lagi sehingga terbawa-bawa ke meja peperiksaan.

Berikut merupakan perkataan yang biasa kita temui:

  1. resepi ❌ resipi ✔ 
  2. menyakinkan ❌ meyakinkan ✔ 
  3. istirehat ❌ istirahat ✔ 
  4. kadang-kala ❌ kadangkala ✔ 
  5. sambilewa ❌ sambalewa ✔ 
  6. dasyat ❌ dahsyat ✔ 
  7. insuran ❌ insurans ✔ 
  8. ambulan ❌ ambulans ✔ 
  9. juwita ❌ juita ✔ 
  10. unggu ❌ ungu ✔ 
  11. mengulangkaji ❌ mengulang kaji ✔ 
  12. penguatkuasa ❌ penguat kuasa ✔ 
  13. gambarajah ❌ gambar rajah ✔ 
  14. redha ❌ reda ✔ 
  15. kerinting ❌ keriting ✔ 
  16. bergu ❌ beregu ✔ 
  17. kontingen ❌ kontinjen ✔ 
  18. mengenengahkan ❌ mengetengahkan ✔ 
  19. mengenepikan ❌ mengetepikan ✔ 
  20. mengkedepankan ❌ mengedepankan ✔ 
  21. mengkebelakangkan ❌ mengebelakangkan ✔ 
  22. sihat walafiat ❌ sihat wal afiat ✔ 
  23. majerin❌ marjerin ✔ 
  24. rempah ratus❌ rempah-ratus ✔ 
  25. alat siaraya ❌ alat siar raya ✔ 
  26. margasatwa ❌ mergastua ✔ 
  27. workshop (bi) ❌ woksyop (bm) ✔ 
  28. bertungkus-lumus ❌ bertungkus lumus ✔ 
  29. limau kasturi ❌ limau kesturi ✔ 
  30. walaubagaimanapun ❌ walau bagaimanapun ✔ 
  31. mee ❌ mi ✔ 
  32. kuey teow ❌ kuetiau ✔ 
  33. respon ❌ respons ✔ 
  34. sunnah ❌ sunah ✔ 
  35. ramadhan ❌ ramadan ✔ 
  36. leukimia ❌ leukemia ✔ 
  37. emel ❌ e-mel ✔ di-e-melkan & meng-e-melkan 
  38. katrij ❌ kartrij ✔ 
  39. cop nama ❌ cap nama ✔ 
  40. Insha Allah ❌ Insya-Allah ✔ 
  41. alergik ❌ alergi ✔ 
  42. ansurans ❌ ansuran ✔ 
  43. urusetia❌ urus setia ✔ 
  44. keretapi ❌ kereta api ✔ 
  45. merbahaya ❌ berbahaya/marabahaya ✔ 
  46. naskah ❌ naskhah ✔ 
  47. atlit ❌ atlet ✔ 
  48. war-war ❌ uar-uar/wara-wara ✔ 
  49. urusetia ❌ urus setia ✔ 
  50. fax ❌ faks/faksimile ✔ 
  51. was-was ❌ waswas ✔ 
  52. stokin ❌ stoking ✔ 
  53. karenah❌ kerenah ✔ 
  54. kemaskini ❌ kemas kini ✔ 
  55. ulangkaji ❌ ulang kaji ✔ 
  56. pra sekolah ❌ prasekolah ✔ 
  57. temu janji ❌ janji temu ✔ 
  58. menghadkan ❌ mengehadkan ✔ 
  59. hajjah ❌ hajah ✔ 
  60. agen ❌ ejen ✔ 
  61. murtabak❌martabak✔ 
Akhir kata, pembaca sudah pasti akan berasa pelik akan perkataan yang telah disenaraikan seperti di atas. Namun, perkataan yang kita berasa pelik itulah sebenarnya merupakan ejaan yang betul mengikut Kamus Dewan Edisi ke-4. Jadi, betulkan yang salah dan biasakan yang betul

Sebagai tambahan:-
Di bawah merupakan istilah-istilah baharu yang telah dibuat oleh Dewan Bahasa dan Pustaka bagi menggantikan istilah-istilah dalam bahasa Inggeris.
Posting = Hantaran
Dive site = Tapak Selam
Flashmob = Aksi Rasa Kilas
Breaking News = Berita Gempar
Hightlight = Imej Tumpu
Post Mortem = Pasca Nilai
Back Drop = Latar Pentas
Hotspot = Kawasan Khas
Push Button = Butang Tekan
Pick-up Line = Kata Pikat
Trending = Sohor Kini
Nap = Meridap
Perkasakan dan perkembangkan bahasa kita..

Rujukan : http://www.jasduit.com/2017/08/perkataan-baru-bahasa-melayu-yang-anda.html
https://www.freemalaysiatoday.com/category/leisure/2018/07/21/kenali-perkataan-terkini-dalam-bahasa-melayu/

Tiada ulasan: