Ahad, 13 Oktober 2019

MODUL LATIHAN BERSERTA JAWAPAN PELBAGAI SOALAN PERIBAHASA- PERSEDIAAN MENGHADAPI SOALAN 3 (D) KERTAS BAHASA MELAYU 2


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.
Pada tulisan saya pada kali ini, saya selitkan latihan khusus atau masteri bahagian pengetahuan peribahasa. Untuk makluman, pelajar yang mempunyai pengetahuan luas berkaitan ilmu peribahasa amat bertuah kerana mereka mempunyai senjata utama untuk menghasilkan karangan yang menarik dari segi bunga bahasa kerana mereka mempunyai kemahiran yang luwes terutama menyesuaikan peribahasa berkait dengan huraian isi semasa mengolah karangan . Seyogia, pelajar berkenaan mampu memuat dan menyelitkan peribahasa ini semasa mengarang pada mana-mana tempat atau bahagian hurain malah semasa membina ayat isi semasa mengolah karangan.

Namun, dengan adanya pengetahuan tetapi tidak diikuti dengan kreatif dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi semasa mengarang juga kemahiran ini tidak berguna, justeru, pelajar perlu melatih dan membudayakan kemahiran peribahasa semasa mengarang.

Semoga dengan coretan da latihan di bawah akan mampu membantu pelajar semasa menjawab soalan bahagian 3 (d) kertas Bahasa Melayu 2 dan juga semasa membina karangan. Selamat maju jaya daripada saya admin Laman Bahasa Melayu SPM.

Aktiviti Masteri Peribahasa:-
Kemahiran Menjawab soalan Peribahasa Bahagian 3 (d) dan Menggunakan Peribahasa Dalam Karangan.

Bahagian peribahasa SPM biasanya berkisar pada beberapa bentuk soalan. Hal ini dinyatakan di bawah:

A. Membina ayat daripada peribahasa:Contoh:
1.  bagai menatang minyak yang penuh
     Ibu bapa selalunya menyayangi dan menjaga anak-anak mereka bagai menatang minyak yang
     penuh sehinggalah mereka dewasa.

2. seperti katak di bawah tempurung
    Sikap Muzammil yang sukar menerima perubahan yang berlaku menyebabkan dia berfikiran     tertutup seperti katak di bawah tempurung.

3. seperti paku dengan penukul
    Pelajar yang malas dan bersikap seperti paku dengan penukul tidak mungkin dapat meraih
    kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan.

4. ketam mengajar anaknya berjalan lurus
    Masih ramai ibu bapa yang malas membaca tetapi mahu anak mereka rajin mengulang kaji
    pelajaran samalah seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus.


B. Mengemukakan peribahasa yang sesuai berdasarkan situasi yang diberi:
Contoh: Beri tiga  peribahasa yang sesuai dengan cerita yang diberi.
1. Pak Hassan terkejut besar apabila anak yang dipelihara dengan penuh kasih sayang sanggup  melakukan perkara yang terkutuk itu. Dia tidak menyangka bahawa anaknya itu terlibat dalam  kes  ragut yang telah memalukannya. Tindakan anaknya yang telah membunuh   mangsa itu tidak dapat  diselamatkan kerana anaknya akan menerima hukuman yang  setimpal.
i.     bagai menatang minyak yang penuh (memelihara dengan penuh kasih sayang)
ii.   bagai menyonteng arang ke muka (memalukan)
iii.  anak emas (anak kesayangan)
iv.  air muka (diri, peribadi)

2. Pasangan pengantin di atas pelamin itu amat sepadan. Pasangan itu bakal melayari hidup      sebagai suami isteri. Setiap pasangan perlu bersabar dan jika ada perselisihan pendapat, mereka     perlu bertolak ansur serta saling memaafkan. Tanpa sikap tolak ansur sesebuah keluarga tidak    akan dapat bertahan lama dan perasaan kasih saying akhirnya akan lenyap. Hal ini boleh     menyebabkan perceraian berlaku.

i. bagai pinang dibelah dua.
ii. sedangkan lidah lagi tergigit.
iii. bagai embun di hujung rumput.

C. Mengemukakan peribahasa berdasarkan ayat yang diberi:
Contoh:
1. Setelah Berjaya melepaskan dirinya daripada digigit anjing liar, gadis itu terpaksa pula bergelut
    dengan seorang lelaki yang hendak meragut beg tangannya.
* keluar mulut harimau, masuk ke mulut buaya.

2. Walaupun telah lama tinggal di luar negara namun akhirnya Rony pulang semula ke kampung   
     halamannya kerana berasakan kampung halamannya lebih tenteram.
* hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri.

3. Apabila Encik Santos meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya dua tahun yang lalu, keluarganya menjadi kucar-kacir dan saling berbalah.
* bagaikan anak ayam kehilangan ibu.

D. Mengisi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai:Contoh:

1. Tok penghulu kesal akan sikap penduduk kampung yang hanya membisu ketika mesyuarat dijalankan, tetapi mula bersuara apabila projek sudah dijalankan. Ada-ada sahaja yang tidak kena. Mereka bersikap umpama …………(i)…………… Mereka sepatutnya tidak mengemukakan pendapat sesuka hati dan tidak mengeluarkan kata-kata yang dapat menyinggung perasaan orang lain. Hal ini demikian kerana ……(ii)…….. Walau bagaimanapun, sebagai ketua tok penghulu akan berusaha untuk menyelesaikan masalah …………(iii)………..nya itu supaya dapat memuaskan hati semua pihak.

i.   rumah siap pahat berbunyi
ii.  mulut manusia lebih tajam daripada mata pedang / terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata
     buruk padahnya.
iii. anak buah



Latihan 1:
Beri maksud peribahasa yang diberi di bawah dan bina ayat daripada peribahasa tersebut.
1.    bagaikan kera mendapat bunga
2.    kerana lembu seekor membawa lumpur, semuanya terpalit
3.    burung terbang dipipiskan lada
4.    menegakkan benang yang basah
5.    bagaikan telur dihujung tanduk
6.    ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya
7.    bagaikan tikus jatuh di kepuk
8.    matinya semut kerana gula
9.    air dicincang tidak akan putus
10.  bagaikan embun di hujung rumput


Latihan 2:
Beri maksud peribahasa yang diberi di bawah dan bina ayat daripada peribahasa tersebut.
1.   seperti mendukung biawak hidup
2.   sudah jatuh ditimpa tangga
3.   kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan
4.   ditelan mati emak, dibuang mati bapak
5.   kalau tidak berada-ada, masakan tempua bersarang rendah
6.   bagaikan anjing dengan bayang-bayang
7.   sekilas ikan di air, sudah kutahu jantan betina
8.   genggam bara api biar sampai menjadi arang
9.   bagai mencurah air ke daun keladi
10. kuman di seberang laut Nampak, gajah di depan mata tak Nampak


Latihan 3:
Beri maksud peribahasa yang diberi di bawah dan bina ayat daripada peribahasa tersebut.
1.   Bagaikan lalat mengharung najis/ tahi
2.   Seperti cendawan tumbuh selepas hujan
3.   sehari sehelai benang, lama-lama menjadi kain
4.   seperti pelanduk dua serupa
5.   melentur buluh biarlah dari rebungnya
6.   seperti ular kena palu
7.   mati semut kerana gula
8.   bagai mendapat durian runtuh
9.   umpama tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain
10. mendengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan

Latihan 4:
Beri peribahasa yang sesuai dengan ayat yang dinyatakan tersebut.
1. Kata-kata dan janji manis yang diberi oleh calon yang bertanding dalam pilihanraya itu tidak
    disukai  oleh penduduk di kawasan itu kerana janji yang ditabur tersebut mempunyai maksud
    yang tertentu.

2. Selepas pertandingan memilih calon wakil rakyat itu berakhir, semua pihak yang bermusuhan
    telah  berbaik-baik semula seperti sediakala.

3. Walaupun sudah sepuluh tahun berhijrah ke luar negara untuk mencari rezeki, namun
     kehidupan Encik  Izkram masih juga susah apabila dia pulang ke kampung halamannya.

4. Walaupun berbadan besar dan kelihatan garang namun sebenarnya En. Mohd. Ramsul seorang
    guru yang  baik hari ,lemah lembut, dan penyanyang.

5. Walaupun  keluarga Encik  Mohd. Salam cuba menyembunyikan kisah anaknya terlibat dalam
     rasuah,  namun akhirnya rahsia tersebut tersebar juga kepada orang ramai.

6. Hanya Husaini sahaja yang nakal di kelas itu tetapi semua pelajar di sekolah itu menganggap
    pelajar  kelas tersebut sebagai kelas pelajar-pelajar nakal.

7. Walaupun asalnya Saidiyah  seorang pelajar yang lembam namun setelah diajar dengan
    bersungguh-sungguh oleh guru-gurunya, akhirnya dia berjaya dalam peperiksaan itu dengan
    cemerlang.

8. Farislullah seorang pelajar yang tidak tahu bermain badminton tetapi cuba mengambil bahagian
    dalam pertandingan badminton peringkat Daerah Perak Tengah.

9. Setelah merantau di India lebih tujuh tahun, akhirnya Faleh pulang dan menetap semula di
    kampungnya yang terletak di Negeri Sembilan.

10. Perbuatan Syaidiyah menasihati kekasihnya yang bernama  Farislullah  supaya berhenti
      merokok sia-sia sahaja kerana tidak diendahkan sama sekali oleh kekaksihnya itu.

b)  Masteri Peribahasa
MASTERI PERIBAHASA:-

Latihan
Beri peribahasa yang sesuai dengan ayat yang dinyatakan tersebut.

1. Encik Fadly  meminta pelajarnya bernama Haikal membaiki komputernya tetapi akhirnya
    komputer itu semakin rosak teruk dan tidak dapat digunakan sama sekali.

2. Perbuatan Adzahar  itu sungguh melampau kerana dia menggunakan Qayyum untuk memikat
     hati adik perempuan Qayyum yang cantik itu.

3. Pada waktu hampir senja barulah para pelajar tingkatan satu dan tingkatan peralihan
    berduyun-duyun pulang ke rumah masing-masing.

4. Oleh sebab terlalu mengikut rasa marah setelah dirotan oleh guru disiplinnya akibat berambut
    panjang, Asraf Ketua Bola Baling, SMKASAS menyepak tiang gol itu sehingga menyebabkan
    kakinya patah.

5. Walaupun berani dan bijak dengan selok-belok di hutan itu tetapi Muizuudin yang terkenal
    dengan pelajar pendiam di kelas 5K  tidak menunjuk-nunjuk kemampuannya itu kepada
    peserta perkhemahan tersebut.

6. Sejak pengurus itu bersara bersara, Akashah yang memangku jawatannya semakin sombong
    dan bersifat kejam kepada pekerja-pekerja bawahannya.

7. Sebagai rakyat negara asing yang berhijrah ke Malaysia untuk mencari rezeki, pendatang
    asing  mestilah menghormati undang-undang yang diguna pakai di Malaysia.

8. Tidak ada apa-apa yang lebih dipercayai dan bermakna oleh seseorang itu kecuali janji-janji
    yang telah diucapkannya kepada mereka.

9. Walaupun hanya memenangi pertandingan membaca berita peringkat sekolah namun berita   
    kemenangan Ikmal itu tersebar ke seluruh daerah Bota, Perak.

10. Walaupun berbadan kecil dan kurus namun semua pelajar takut akan Salam yang garang dan
      pandai bersilat itu.

1.      Membina ayat menggunakan peribahasa

Contoh soalan:-
Tulis ayat berdasarkan setiap peribahasa di bawah ini supaya jelas menunjukkan maksud dan penggunaannya.
(i)   Alah bisa tegal biasa
(ii)  Bagai melukut di tepi gantang
(iii) Laut mana yang tidak bergelora                                                                         [6 markah]

Contoh jawapan:-
(i)   Sesuatu pekerjaan yang baru diceburi agak sukar diuruskan tetapi lama-kelamaan akan
       menjadi lebih mudah, seperti pepatah Melayu alah bisa tegal biasa.

(ii)  Karim boleh diibaratkan melukut di tepi gantang dalam majlis itu. Dia tidak dihiraukan
       langsung oleh tuan rumah.

(iii) Walaupun pemimpin itu disayangi rakyat jelata, namun beliau juga tidak terlepas daripada
       melakukankesilapan ibarat laut mana yang tidak bergelora.


2. Melengkapkan petikan atau dialog dengan peribahasa yang sesuai
Contoh soalan:-
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.

.................(i)................., demikian peribahasa yang menggambarkan pelbagai golongan harus bekerjasama. Mereka dituntut agar bersefahaman dan bersatu untuk membangunkan negara. Mereka tidak wajar mementingkan diri, yakni bersikap .............(ii)............. Tambahan pula, perbuatan seperti itu bertentangan dengan norma hidup masyarakat Timur yang mengambil kira kepentingan semua pihak dalam setiap urusan yang dilakukan dan mereka mementingkan permuafakatan kerana mereka yakin bahawa ...............(iii)..........[6 markah]

Contoh jawapan:-
(i)   Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
(ii)  seperti enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing
(iii) bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.


3. Menentukan atau menyesuaikan peribahasa dengan maksud petikan
Contoh soalan:-
Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan tiga situasi yang berbeza yang terdapat dalam petikan di bawah.

Pada zaman penjajahan, semua penduduk bersatu hati berjuang menentang penjajah sehingga negara mencapai kemerdekaan. Sekalipun mereka menghadapi pelbagai kesusahan tetapi hal itu tidak melunturkan semangat mereka kerana situasi itu sudah dilalui mereka sepanjang masa dan menjadi lumrah hidup. Walaupun ada pejuang yang ditangkap dan dituduh sebagai penderhaka, namun hal itu tidak melemahkan semangat mereka yang berkobar-kobar itu kerana mereka tidak mahu tanah air tercinta ini terus dijajah. Malah mereka lebih rela mati daripada hidup sebagai abdi di tanah air sendiri.[6 markah]

Contoh jawapan:-
(i)   Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.
(ii)  Alah bisa tegal biasa / asam garam.
(iii) Biar putih tulang, jangan putih mata.



4. Menentukan peribahasa berdasarkan ayat yang diberikan
    Contoh soalan:-

Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti. Kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan ayat-ayat tersebut.
(i)   Sebelum melakukan sesuatu perkara, kita hendaklah berfikir dengan semasak-masaknya
       agar tidak menyesal kemudian hari.

(ii)  Janganlah kita boros berbelanja, sebaliknya berbelanjalah mengikut kemampuan atau
       bersesuaian dengan pendapatan yang kita peroleh.

(iii) Apabila kita berada di tempat orang, janganlah kita meninggi diri dan patuhilah adat resam
       tempat tersebut.[6 markah]


Contoh jawapan:-
(i)   Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.
(ii)  Ukur baju di badan sendiri
(iii) Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.

5. Menyatakan maksud peribahasa yang diberikan
Contoh soalan:-
Berikan maksud peribahasa-peribahasa di bawah.
(i)   Ada gula ada semut
(ii)  Laksana bunga dedap, sungguh merah berbau tidak
(iii) Alah membeli menang memakai[6 markah]

Contoh jawapan:-
(i)   Orang akan bertumpu di tempat yang banyak atau mudah mendapatkan rezeki.
(ii)  Orang yang cantik tetapi tidak berbudi bahasa.
(iii) Sanggup membeli barangan yang mahal harganya kerana mempunyai kualiti yang lebih
baik.
  
Peribahasa – Latihan 1
Nyatakan peribahasa yang sesuai untuk menerangkan situasi di bawah. Anda hanya perlu menulis peribahasa yang berkenaan sahaja.
(i) Setiap perkara yang hendak kita lakukan itu biarlah sesuai dengan kemampuan diri.
_____________________________________________________________________

(ii) Perihal orang yang berada dalam keadaan yang sangat cemas.
____________________________________________________________________

(iii) Usaha menasihati seseorang yang sia-sia sahaja.
Peribahasa - Latihan 2

Kemukakan satu peribahasa yang menggambarkan setiap situasi di bawah.

(i) Perkara yang menjadi bahan percakapan orang.
_______________________________________________________________________

(ii) Pergaduhan yang tidak menguntungkan sesiapa.
________________________________________________________________________

(iii) Keadaan hidup seseorang yang sangat daif.





Peribahasa - Latihan 3
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan tiga situasi berbeza yang terdapat dalam petikan tersebut.
Aku dengan Amirah bersahabat baik sejak kecil. Aku mempercayai dirinya dan yakin bahawa dia dapat menyimpan rahsiaku, namun telahanku silap. Amirah telah menceritakan rahsia peribadiku kepada orang lain sedangkan sebelum ini dia pernah berjanji untuk menyimpan rahsia tersebut walau berlaku apa-apa sekalipun. Betullah kata orang tua-tua bahawa kita tidak boleh menyamakan orang lain seperti diri kita. Mungkin sekarang Amirah sudah berubah. Sungguhpun begitu, tiada apa-apa yang boleh dibuat lagi. Semuanya sudah terlambat. Aku tidak mempercayainya lagi.


Peribahasa - Latihan 4
Baca petikan situasi di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan satu peribahasa yang menggambarkan setiap situasi tersebut.

(i) Abu tergolong dalam kelompok pelajar yang lemah di sekolah. Namun, dia belajar setiap hari    
     dengan bersungguh-sungguh tanpa jemu. Akhirnya, beliau dapat menguasai pelajaran    
     setanding dengan rakan-rakan di kelas cemerlang.

_______________________________________________________________________

(ii) Perpecahan dan pertelingkahan antara penduduk kampung akibat kehadiran lelaki yang
           mengajarkan ilmu sesat itu dapat diselesaikan apabila dia dibuang negeri.
___________________________________________________________________________

(iii) Ismail mendapat khabar bahawa dia berjaya dalam temu duga untuk jawatan yang dipohon. Tanpa berfikir panjang, dia berhenti daripada ker]a yang dijawat sekarang kerana pendapatannya kecil. Malangnya, dia gagal mendapat pekerjaan itu dan kehilangan jawatan yang sedia ada.
___________________________________________________________________________

Peribahasa - Latihan 5
Lengkapkan peribahasa yang berikut.

(i)  Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian

__________________________________________________________________________

(ii) Banyak udang, banyak garam ________________________________________________

(iii) Lain hulu lain parang ____________________________________________________

     (iv) Asal kapas menjadi benang, dari benang menjadi kain

_________________________________________________________________________

(v) Tak tumbuh tak melata ___________________________________________________

     (vi) Ada ubi ada batas________________________________________________________

Peribahasa - Latihan 6
Berdasarkan pernyataan berikut, nyatakan peribahasa yang paling sesuai bagi setiap situasi di bawah.

(i) Sikap tergesa-gesa pasti mengundang mala petaka jika tidak berhati-hati ketika berada di
     jalan raya. Ingatan inilah yang perlu disematkan dalam minda para pemandu, penunggang dan
      pengguna jalan raya.
___________________________________________________________________________

(ii) Duit raya yang diterima oleh kanak-kanak wajar dimanfaatkan sebaik-baiknya dengan cara
      menyimpannya di dalam bank untuk masa depan mereka. Amalan menabung merupakan satu
      tindakan yang baik dan mengajar seseorang berjimat cermat.

___________________________________________________________________________


(iii) Aktiviti bergotong-royong yang dilakukan oleh. penduduk kampung tersebut berjaya
       menarik penyertaan lebih 150 penduduk pelbagai peringkat umur. Aktiviti seumpama ini
       merupakan satu titik permulaan bagi menyemai nilai murni di samping dapat mengukuhkan
       hubungan semangat kejiranan sesama mereka. 

Peribahasa - Latihan 7

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan situasi yang terdapat dalam petikan ini.

Pada hakikatnya, semua pelajar tidak kira Cina, Melayu atau India mampu meraih kecemerlangan jika ada kesungguhan. Hal itulah yang dibuktikan oleh seorang anak muda dari kampung yang berjaya menempatkan dirinya dengan pelajar bukan Melayu pada majlis penyampaian hadiah yang diadakan baru-baru ini. Menurut beliau, faktor cemburu melihat rakan sebaya yang lain berjaya dengan cemerlang menambah tekadnya untuk terus bersaing dalam bidang akademik. Baginya kalau orang lain boleh berjaya, mengapa kita tidak boleh berjaya. Oleh itu, beliau sentiasa berusaha bersungguh-­sungguh dengan berkorban masa dan tenaga serta menguruskan masa dengan terancang. Berkat kesungguhannya, beliau berjaya memperoleh kejayaan dan bercadang melanjutkan pelajarannya di peringkat yang lebih tinggi.

Peribahasa - Latihan 8

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian nyatakan satu peribahasa yang sesuai dengan setiap situasi tersebut.

(i) Kehidupan Pak Ali sebagai penarik beca roda tiga di bandar itu amat daif, lebih-lebih lagi
orang ramai semakin kurang menggunakan perkhidmatannya. Namun, dia enggan mencari
kerja lain dan tidak yakin boleh membuat kerja lain.

_____________________________________________________________________________


(ii) Abu sentiasa berusaha dengan gigih untuk mengembangkan perniagaannya. Dia memulakan
       perniagaan dengan menjual majalah dan surat khabar, kemudian menjual buku-buku dan alat
       tulis. Kini, kedai Abu semakin banyak menjual barang untuk keperluan harian masyarakat di
       tempatnya.

_____________________________________________________________________________

(iii) Kamal terlalu boros dan suka berbelanja dengan mewah. Wang simpanannya telah habis    
       dibelanjakan. Kini, baru dia sedar dan berazam untuk berjimat cermat.

_____________________________________________________________________________

Peribahasa - Latihan 9

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan situasi yang terdapat dalam petikan ini.

Sepuluh tahun lalu, Ahmad meninggalkan kampung halaman kerana kehidupan yang susah dan berlaku perselisihan dengan adik-beradiknya. Kini dia di perantauan dan dapat menikmati hidup yang agak selesa. Tetapi ingatan kepada kampung halaman masih membara. Dia mengambil keputusan untuk pulang ke kampung dan menetap di sana. Dia meminta maaf daripada adik-beradiknya di kampung atas kesalahannya yang lalu. Kini hubungannya dengan adik-beradik semakin mesra.
_____________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________

Peribahasa - Latihan 10
Isi tempat kosong dalam petikan di bawah dengan menggunakan peribahasa yang sesuai.

i. Pada mulanya beliau hanya bekerja sebagai pemotong daging di sebuah pasar raya di Kuala
   Lumpur, iaitu pada awal tahun 1990. Namun kini, dengan berkat usahanya yang gigih, beliau
   telah menjadi Pengarah Urusan di syarikatnya sendiri. Beliau percaya bahawa .....

____________________________________________________________________________

ii. Sejak tahun 1995, sedikit demi sedikit Ahmad mengusahakan keropok lekornya sendiri secara
     kecil-kecilan. "....., biarlah aku mulakan dengan modal yang sedikit," bisik Ahmad.

________________________________________________________________________

iii. Pada peringkat awal Fatimah membuka gerai menjual pisang goreng di simpang tiga jalan
      yang agak sepi. Apabila melihat kejayaannya, ramai insan lain mula menceburkan diri dalam
      lapangan tersebut. Kini, gerai di kawasan itu .....
_________________________________________________________________________

JAWAPAN PERIBAHASA
Peribahasa 1
(i) Ukur baju di badan sendiri.
(ii) Bagai telur di hujung tanduk.
(iii) Bagai mencurahkan air ke daun keladi.

Peribahasa - Latihan 2
(i) Buah mulut.
(ii) Menang jadi arang, kalah jadi abu.
(iii) Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Peribahasa - Latihan 3
i.Harapkan pagar, pagar makan padi / biar pecah diperut, jangan pecah dimulut / mulut
tempayan.
ii. Rambut sama hitam, hati lain-lain.
iii. Nasi sudah menjadi bubur / sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna

Peribahasa - Latihan 4
(i)   belakang parang kalau diasah lagikan tajam
(ii) biduk lalu kiambang bertaut
(iii) yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran/ mendengar guruh di langit, air di
tempayan dicurahkan

Peribahasa - Latihan 5
(i) bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian
(ii) banyak orang, banyak ragam
(iii) lain dahulu, lain sekarang
(iv) barang yang lepas jangan dikenang, sudah menjadi hak orang lain
(v)   tak sungguh, orang tak kata
(v)   ada budi boleh dibalas

Peribahasa - Latihan 6
(i) Biar lambat asalkan selamat / pandu cermat jiwa selamat.
(ii) Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.
(iii) Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.


Peribahasa - Latihan 7
(i)    Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
(ii)  Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih / jika tidak dipecah ruyung di manakan dapat
        sagunya

(iii) Rajin dan usaha tangga kejayaan / di mana ada kemahuan di situ ada kejayaan

Peribahasa - Latihan 8
(i) Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
(i) Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain
(iii) Sudah terhantuk baru tengadah

Peribahasa - Latihan 9
(i) Bumi mana yang tidak ditimpa hujan

(ii) Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri
(iii) Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga


Peribahasa - Latihan 10
i.        Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.
ii.      Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.

iii.    Bak cendawan tumbuh selepas hujan.

Tiada ulasan: