Ahad, 13 Oktober 2013

SOALAN TERKINI LATIHAN PERSEDIAAN SPM 2013 KERTAS 2 SET 4 DAN 5 ( JPN PERAK TERKINI)



SOALAN KERTAS 2 SET 5 (HASILAN JPN PERAK TERKINI)
Baca petikan berikut dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang langkah-langkah memajukan sektor pertanian dan kelebihan-kelebihan sektor pertanian kepada negara. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

      Dewasa ini banyak orang memperkatakan kepentingan sejarah dalam pembinaan negara bangsa. Bagi sebuah negara yang pesat membangun seperti Malaysia, bukan sahaja aspek pencapaian fizikal yang diukur, malahan pembangunan modal insan dilihat sebagai antara elemen terpenting dalam menentukan jatuh bangunnya sesebuah tamadun bangsa. Kepelbagaian ilmu pengetahuan yang dibekalkan kepada remaja tidak cukup untuk menjamin kesejahteraan dan keharmonian bangsa. Dalam diri mereka sendiri perlu disemai rasa cinta, hormat dan bangga akan bangsa dan negara. Pada masa yang sama, integrasi antara kaum perlu ditingkatkan juga.

       Dalam konteks semasa, subjek Sejarah diberikan tanggungjawab untuk membentuk keperibadian diri pelajar menjadi insan yang seimbang. Pada subjek Sejarah jugalah diletakkan harapan supaya generasi muda yang lahir daripada sistem pendidikan kebangsaan mempunyai semangat patriotisme yang jitu. Malahan, pengajarannya juga dilihat sebagai pendekatan terbaik untuk menyemai semangat bertolak ansur dan bersatu padu dalam kalangan generasi muda. Hal ini demikian kerana, kita dapat mengenal sesuatu kaum dengan lebih dekat lagi.

       Subjek Sejarah tidak berdiri sendiri. Sejarah merentas pelbagai disiplin ilmu, seperti Geografi, Kimia, Fizik, Biologi dan Matematik. Oleh sebab itu, banyak tokoh ilmuwan Islam, seperti Ibnu Sina, al-Khawarizmi dan al-Farabi, bukan sahaja mahir dalam bidang masingmasing malahan mendalami ilmu sejarah atau disebut falsafah. Hal ini demikian kerana, kesinambungan kedua-dua bidang ilmu mampu membentuk pemikiran yang kritis dan menyumbang kepada pembinaan tamadun yang lebih menyeluruh. Kekurangan yang ada pada tamadun sesuatu bangsa dapat diketahui apabila mengimbas sejarah, dan kelemahan itu dapat ditampung apabila wujud kesedaran untuk membela nasib bangsa itu sendiri.

      Sejarah tidak pernah mendidik pengkajinya supaya menjadi pengadil atau hakim terhadap sesuatu peristiwa yang sudah berlaku, sebaliknya sejarah mengajak pengkajinya mengambil iktibar daripada apa-apa yang berlaku dan menambahbaikkan setiap tindakan demi masa depan. Sejarah hitam negara yang berlaku pada 13 Mei 1969, mengajar kita tentang kepentingan toleransi dan semangat bersatu padu. Peristiwa ini jelas membuktikan bahawa apabila hubungan antara kaum tidak dipelihara dengan baik, keamanan akan goyah dan negara akan berada dalam keadaan kucar kacir. Kesannya turut dirasai dalam bidang ekonomi. Perkembangannya pasti akan terencat. Oleh sebab itulah, pimpinan negara pada masa itu memperkenalkan Rukun

Negara sebagai satu wadah untuk merapatkan perpaduan dalam kalangan masyarakat. Pengetahuan tentang warisan silam negara membolehkan individu mengenal identiti dan membentuk jati diri yang mantap, terutama dalam kalangan generasi muda. Kekuatan jati diri yang mencintai kedamaian ini akan memberikan dorongan untuk Semangat diri yang kental dalam membela nasib bangsa, agama dan Negara merupakan maruah diri yang paling bernilai daripada simpanan wang yang berjuta-juta, tetapi digunakan untuk tujuan yang sia-sia. Oleh itu, remaja perlu tabah dalam menghadapi cabaran yang semakin hebat di samping menjamin agar wawasan Negara dan bangsa terus dipertahankan untuk selama-lamanya.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana
Dewan Siswa, Januari 2009)
 

Soalan 2 : Pemahaman
[35 markah]
2 (a) Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1 , jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata, keamanan akan goyah.                                        [2 markah]

(ii) Nyatakan kesan-kesan yang akan berlaku jika perpaduan kaum tidak dipelihara dengan baik.
                                                                                                                      [3 markah]

(iii) “Integrasi antara kaum perlu ditingkatkan”.  Pada pendapat anda, bagaimanakah sekolah
        dapat memainkan peranan untuk merealisasikan hasrat tersebut?                     [4 markah]

2 (b) – Petikan Umum

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

INTAN SITI RAHIMAH : Sebenarnya, kita akan dapat cahaya mata.
PAK TUAN DOLAH : Apa? Betul?
INTAN SITI RAHIMAH : Betul.
PAK TUAN DOLAH : Dengar dan dengar betul-betul. Intan mesti jaga diri baik-baik, sebab anak ini
anak penyambung baka. Apa-apa Intan mahu minta saja. Kita tambahkan orang gaji, supaya Intan
lebih selesa. Kita tambahkan anjing lagi, supaya Intan dijaga dengan lebih ketat. Jangan pergi ke surau
lagi.
INTAN SITI RAHIMAH : Jangan ke surau?
PAK TUAN DOLAH : Jangan terima sesiapa pun yang datang dari kampung. Jangan tengok muka--
muka orang kampung. Pantang.
INTAN SITI RAHIMAH : Pantang?
PAK TUAN DOLAH : Dan, yang mustahak sekali, jangan makan ikan, ketam, udang dari sungai di
kampung ini.
INTAN SITI RAHIMAH : Mengapa sampai begitu sekali?
PAK TUAN DOLAH : Jangan soal, dengar saja. Mesti makan benda-benda yang baik. Kita boleh
order dari luar negara.
(Dipetik daripada drama ‘1400’ oleh Noordin Hassan dalam antologi Dirgahayu Bahasaku)


(i) Nyatakan perkara-perkara yang dipesan oleh Pak Tuan Dolah kepada Intan Siti Rahimah.
[2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, bagaimanakah ibu bapa dapat mewujudkan keluarga yang bahagia?
      Kemukakan tiga saranan anda.                                                                                   [3 markah]

(iii) Huraikan satu persoalan dalam petikan drama di atas dan satu persoalan yang lain
       dalam keseluruhan drama tersebut.                                                                       [3 markah]


2 (c) - Petikan Prosa Klasik -Hikayat Langlang Buana
Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Setelah sampai ke rumah peri itu, maka kata peri itu, “Di manakah tuanku beroleh bayan ini?” Maka tuan puteri tersenyum seraya katanya, adapun bayan ini dapat di pohon kemunting tadi beta tangkap,” Maka bayan itu pun terbanglah di ribanya tuan puteri itu seraya berpantun, demikianlah bunyinya:
            Buah pauh buah rumbia,
Santapan puteri dinihari;
Sungguhpun jauh di tanah manusia,
Segeralah kami mendapatkan dia.

Setelah tuan puteri mendengar pantun itu maka tuan puteri pun tersenyum seraya berkata, “Hai bayan, dari manakah engkau datang ini maka sampai ke mari ini?” Maka sahut bayan itu, “Ada pun datang patik ini dari Negeri Lela Gambar.” Maka kata tuan puteri, “Di manakah Negeri Lela Gambar itu?” Maka kata bayan itu, “Ya, tuanku tuan puteri, adapun Negeri Lela Gambar itu daerah matahari hidup.” Maka kata tuan puteri, “Besarkah negeri itu?” Maka kata bayan itu, “Besar tuanku Negeri Lela Gambar itu. Adalah baginda beranak seorang lelaki bernama Raja Indera Bumaya. Baginda itulah tuan patik serta baik budinya bahasanya lagi dengan bijaksana. Syahadan rupanya terlalu elok.” Maka kata dayang-dayang  tuan puteri yang bernama Dang Sendaya seraya tertawa-tawa. Katanya, “Hai bayan sungguhlah elok tuanmu itu?” Maka bayan itu pun melompat-lompat ke ribaan Dang Sendaya itu seraya berpantun, demikian bunyinya:
Gambar di dalam puan,
Dang Jirat duduk menyuji;
Jika beta khabarkan tuan,
Tuan nescaya ghairat dalam di hati.
(Dipetik daripada prosa tradisional “Hikayat Langlang Buana”
dalam antologi Dirgahayu Bahasaku, Tingkatan 5, Dewan Bahasa dan Pustaka.

(i) Berdasarkan petikan di atas, apakah maksud sungguhlah elok tuanmu itu?            [2 markah]

(ii) Nyatakan tentang Negeri Lela Gambar seperti yang diberitahu oleh burung bayan.
[3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri orang yang bijaksana?                                     [3 markah]

2 (d) Sajak
Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Mahsuri (Zurinah Hassan)
(i)
Selendangmu mengibar di pantai
menyambut tetamu pulau
setiamu menjadi lagu
nyanyian ombak pagi
rambut menjadi jalur hitam
terapung di laut malam
air matamu dingin embun
jatuh di tujuh telaga
dendam tujuh keturunan
melengkung tujuh tanjung
putihlah pulau ini
disimbah darah suci
Mahsuri
sumpah itulah yang telah menghidupkan Langkawi
kerana tanpamu
Langkawi tidak sebegini.

(ii)
Kata orang Mahsuri tidak pernah hidup
dia hanya bermula dengan
khayalan seorang seniman
pun kata orang Mahsuri pernah hidup
tetapi bahasa seorang pencerita
membuatnya lebih hidup daripada kehidupannya
sastera yang mewarnai tanah air
kerana tanpa Mahsuri
Langkawi tidak sebegini bererti.
Mahsuri membesarkan Langkawi
sastera membesarkan tanah air.
Antologi Harga Remaja

(i) Jelaskan perkaitan Mahsuri dengan Pulau Langkawi.                                                      [2 markah]

(ii) Apakah faktor-faktor yang menyebabkan Pulau Langkawi pesat membangun?                 [3 markah]

(iii) Berdasarkan sajak di atas , jelaskan dua gaya bahasa yang terdapat dalam sajak tersebut.   [4 markah]

Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa
[30 markah]
Jawab semua soalan.

(a)    Tulis satu ayat bagi tiap-tiap perkataan di bawah ini untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda boleh menambahkan imbuhan tetapi tidak boleh menggunakan perkataan itu sebagai kata nama khas.

(i)          katakan
(ii)         berkata-kata
(iii)       mengata
(iv)       sekata
(v)         memperkatakan
(vi)       perkataan
[6 markah]







(b)   Kenal pasti jenis-jenis perintah di bawah ini.

Rafflesia ialah bunga yang paling besar di dunia. Garis pusatnya boleh sampai 90 sentimeter. Kebanyakan spesies bunga Rafflesia terdapat di Borneo, Semenanjung Malaysia, Filipina,Thailand dan Indonesia. Rafflesia adalah sejenis tumbuhan parasit. Rafflesia tumbuh dalam bentuk kelopak bunga tanpa akar, batang dan daun. Rafflesia sangat unik.

[6 markah]

(c) Dalam petikan di bawah terdapat tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan
penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula.

Punca dicemarkan udara dibahagikan kepada tiga ketegori utama, iaitu punca bergerak, punca tetap dan punca pembakaran terbuka. Pelepasan asap daripada kenderaan permotoran merupakan punca begerak yang utama. Bagi punca tetap pula, pelepasan asap industri ialah sumber utama. Pembakaran terbuka merupakan punca pencemaran yang diakibatkan oleh pembakaran yang sengaja dan pembakar yang tidak sengaja.

[6 markah]

(d) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Kewujudan kamus yang berwawasan dijangka dapat membantu untuk mempercepatkan  
     perkembangan bahasa kerana pembakuan leksikon dapat diusaha melalui penyusunan kamus.

(ii) Ada juga yang berpendapat bahawa kamus merupakan saluran yang terpenting untuk  
      mengekodkan sesuatu.

(iii) Penagihan kamus merupakan suatu proses yang panjang atau suatu tradisi yang dibina sedikit
       untuk sedikit.
[6 markah]

(e) Bina ayat bagi setiap peribahasa di bawah ini untuk menunjukkan bahawa anda
faham akan maksud penggunaannya.
Ismail menjalankan perniagaan runcit di kampungnya. Kebanyakan barangannya dijual dengan harga yang tinggi kerana dia ingin mengaut keuntungan yang lebih. Ismail juga terkenal dengan sikapnya yang suka berbangga dengan kejayaannya dalam perniagaan. Walau bagaimanapun, isterinya tidak bersikap sedemikian sebaliknya dia sering merendah diri dan tidak keberatan membantu mereka yang dalam kesusahan.
[6 markah]

Soalan 4 : Novel
[15 markah]
Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:
(i) Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd Hanafiah
(ii) Kembara Amira karya Amer Hamzah B.L. Kadir
(a) Huraikan dua persoalan tanggungjawab dalam sebuah novel yang telah anda pelajari.
[7 markah]
(b) Kemukakan tiga peristiwa yang menggunakan teknik imbas kembali dalam sebuah  novel yang telah anda pelajari.
[8 markah]


KERTAS SOALAN TAMAT



SOALAN LATIHAN PERSEDIAN BM KERTAS 2 SET 4  ( JPN PERAK)



Soalan 1 : Rumusan
[30 markah]
Baca petikan berikut dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang langkah-langkah
memajukan sektor pertanian dan kelebihan-kelebihan sektor pertanian kepada negara.
Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

       Pertanian memainkan peranan penting dalam pembangunan negara. Selain meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara, sektor ini juga menyediakan peluang pekerjaan dan menjadi sumber pendapatan rakyat di negara ini. Disebabkan kepentingannya, maka kawasan pertanian baharu diteroka dari semasa ke semasa, malah kini sektor pertanian telah dibangunkan secara komersial untuk eksport. Tanaman buah-buahan juga mula diusahakan
secara besar-besaran untuk menampung permintaan yang semakin meningkat.

      Faktor cuaca di negara ini yang panas dan hujan sepanjang tahun serta tanah yang subur membolehkan bidang pertanian dimajukan di peringkat yang optimum. Jenis tanaman perlu dipelbagaikan dan pengeluaran hasil pertanian dapat ditingkatkan sekiranya kerajaan terus memberikan sokongan kepada sektor ini. Usaha ke arah ini jelas kelihatan menerusi pertukaran nama Kementerian Pertanian kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Tanah rancangan FELDA juga akan dimajukan lagi sebagai kawasan pertanian raksasa untuk menyeimbangkan pertumbuhan sosioekonomi antara kawasan bandar dengan luar bandar.

    Menerusi usaha yang berterusan ini diharapkan produk pertanian negara lebih berdaya saing di peringkat antarabangsa. Di samping itu, Malaysia boleh menjadi pusat agensi pelancongan, iaitu dengan menjadikan kawasan pertanian sebagai pusat tarikan pelancongan. Untuk mencapai tujuan tersebut, usaha membangunkan kawasan pertanian perlu dilakukan secara serius.

    Jika kita mahu melihat sektor pertanian terus maju, orientasi dan persepsi masyarakat
tentang bidang pertanian perlu diubah. Pertanian tidak seharusnya dikaitkan dengan kemiskinan dan pekerjaan golongan bawahan, sebaliknya pertanian boleh dijadikan landasan untuk meningkatkan taraf hidup dan sosioekonomi rakyat. Selain itu, kempen untuk menggalakkan lebih ramai anak muda menceburi bidang ini juga perlu dijalankan bagi
menghapuskan tanggapan bahawa pekerjaan ini bertaraf rendah berbanding dengan sektor
perkhidmatan. Mereka juga perlu diingatkan bahawa hasil penglibatan mereka dalam bidang
ini akan dikecapi oleh generasi yang akan datang. Perhijrahan ke bandar juga dapat dielakkan dengan syarat tarikan, seperti kemudahan asas, pinjaman, insentif, dan bantuan lain dapat disediakan dengan lebih banyak dan berkesan
.
      Seterusnya, program melahirkan petani moden dan berilmu perlu dilaksanakan secara tekal. Dengan yang demikian, lebih banyak institusi pengajian tinggi yang menawarkan kursus yang berkaitan dengan penyelidikan pertanian telah ditubuhkan. Di samping itu, program penyelidikan perlu dijalankan secara bersungguh-sungguh untuk meningkatkan hasil pertanian. Malaysia boleh belajar dari Thailand atau dari negara Asia yang lain yang menjadikan produk pertanian sebagai bahan eksport.

    Kesimpulannya, negara perlu mengorak langkah yang berkesan untuk menjadikan
sektor pertanian lebih kompetitif, berkembang pesat, dan seterusnya dapat meningkatkan
hasil pertanian negara.
(Dipetik dan diubah suai daripada
Dewan Ekonomi, April 2004)

Soalan 2 : Pemahaman
[35 markah]
2 (a) Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1 , jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan
ayat anda sendiri.
(i) Berikan maksud rangkai kata lebih kompetitif.                                             [2 markah]

(ii) Apakah peranan sektor pertanian dalam pembangunan negara?                 [3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk menarik minat belia menceburi
      bidang pertanian ?                                                                                        [4 markah]

2 (c) - Petikan Prosa Klasik
Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Sebermula maka tersebutlah perkataannya raksasa mencari kijang putih itu. Maka ia pun tiadalah bertemu dan beberapa gunung yang besar-besar habislah dijalaninya daripada sakit hatinya mencari kijang itu. Setelah demikian maka ia pun marahlah tuan puteri itu lalulah ia segera berjalan pulang melihat isterinya yang membasuh kain hitam itu. Maka didapatinya lagi isterinya membasuh kain hitam itu. Mulalah habislah koyak-koyak tiada juga mahu putih.

Maka kata suaminya, “Hai isteriku, jika demikian marilah kita kembali dahulu!”

Maka ia pun kembalilah lalulah berjalan. Setelah sampai ke rumahnya maka dilihatnya kepada mahligai itu gajah itu tiada lagi.

Maka katanya, “Ke mana gerangan gajah ini hilangnya?” Maka lalu dilihatnya tuan puteri
sekalian itu tiadalah.

Maka katanya,”Bukankah aku kata manusia ada di dalam mahligai ini. Jika demikian sahaja
dicurinya akan tuan puteri itu sekalian.”

Maka ia pun terlalulah amarahnya lalulah ia berjalan segera mengikut bekas tapak gajah itu
dan tiada berapa lamanya berjalan maka terlihatlah kepada gajah itu dan tuan puteri ketujuh
orang ada di atas gajah itu. Maka raksasa dua laki isteri itu pun sangatlah amarahnya. Maka ia pun segera mengusir Indera Nata dan tuan puteri ketujuh itu serta dengan tempik soraknya. Hatta maka tuan puteri sekalian itu pun menangislah bercintakan dirinya dan Indera Nata itu pun sampailah ke tepi laut serta mencita gemala hikmat yang daripada Betara Gangga itu.
(Dipetik daripada prosa tradisonal “Hikayat Indera Nata” Wahynah Abd. Ghani,(Penyelenggara)/2)
dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)


(i) Apakah maksud rangkai kata habislah koyak-koyak tiada juga mahu putih ?
[2 markah]
(ii) Mengapakah raksasa itu menjadi sangat marah?.
[3 markah]
(iii) Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk menangani perasaan marah dalam
     diri kita?                                                                                                                [3 markah]




2 (d) Sajak
Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.


RUJUK SAJAK DI BAWAH LANGIT YANG SAMA


(i) Mengapakah penyajak menyatakan bahawa kita hidup di bawah langit yang sama ?
[2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, apakah manfaat yang akan diperoleh jika semua orang sedar
bahawa mereka setaraf antara satu sama lain?                                                       [3 markah]

(iii) Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam sajak di atas.                              [4 markah]


Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa
[30 markah]
Jawab semua soalan.
(a) Tulis satu ayat bagi tiap-tiap perkataan di bawah ini untuk menunjukkan bahawa anda
faham akan maksud dan penggunaannya. Anda boleh menambahkan imbuhan tetapi
tidak boleh menggunakan perkataan itu sebagai kata nama khas.
(i)             nasionalisme
(ii)            patriotisme
(iii)           materialisme
     (iv)       liberalisme
(iv)         barbarisme
(v)          fanatisisme

[6 markah]

(b)  Kenal pasti jenis-jenis perintah di bawah ini.
(i)   Peserta diminta masuk ke dewan sekarang.
(ii)  Jangan duduk di atas sofa itu.
(iii) Jemput minum.
(iv) Tolong kemaskan bilik saya.
(v)   Anda perlu menyiapkan tugasan yang diberi pada hari ini juga.
(vi) Tinggalkan negara ini segera !.
[6 markah]

(c) Dalam petikan di bawah terdapat tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula.

Murid-murid sewajarnya melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kokurikulum di sekolah. Hal ini demikian kerana pencapaiyan dalam aktiviti ini menjadi salah satu syarat masukan ke Institut Pengajian Tinggi (IPT). Melalui kegiatan kokurikulum, seperti penyertaan dalam perkemahan, pertandingan kawad, sukan dan sebagainya, masa lapang murid dapat pemanfaatan dengan aktiviti yang sihat. Di samping itu, pihak sekolah perlu sediakan aktiviti yang menarik untuk menggalakan murid menyertai kegiatan ko-kurikulum.
[6 markah]
(d) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi
setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan
kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Pada masa kini, kemunculan pelbagai portal, laman berkomunikasi dan blog peribadi di
    internet telah memberikan kebebasan kepada penulis untuk menulis apa-apa sahaja isu
    dengan menggunakan bahasa tanpa kawalan atau tapisan.

(ii) Jadi, berlakulah pelbagai kemalangan –bagai dalam etika penulisan dan juga
      penggunaan bahasa yang salah, baik dari segi ejaan mahupun tatabahasanya.

(iii) Portal e-sastera.com merupakan portal penulisan alam rekaan yang serius di
     penghasilan karya sastera.

(e) Bina ayat bagi setiap peribahasa di bawah ini untuk menunjukkan bahawa anda
faham akan maksud penggunaannya.

(i)          Di mana bumi di pijak di situ langit dijunjung
(ii)        Bukit sama didaki, luruh sama dituruni
(iii)       Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya
[6 markah]


Soalan 4 : Novel
[15 markah]
Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:
(i)  Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd Hanafiah
(ii) Kembara Amira karya Amer Hamzah B.L. Kadir
(a) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari bincangkan tema novel yang telah
     anda pelajari    [7 markah]
(b) Huraikan tiga pengajaran yang terdapat dalam sebuah novel yang telah anda
      pelajari itu.       [8 markah]


KERTAS SOALAN TAMAT