MODUL INI PERNAH SAYA MASUKKAN KE DALAM BLOG INI TETAPI SEBAGAI RENUNGAN SEMULA, SAYA MASUKKAN KEMBALI UNTUK SENTUHAN AKHIR PELAJAR SPM SMKASAS 2013 ATAU PELAJAR PERAK TENGAH. MAAF KEPADA PELAJAR SMKASAS KERANA MEREKA SUDAH KEMBALI KE ASRAMA. NAMUN, SAYA AKAN USAHAKAN UNTUK MEMBERIKAN MEREKA BAHAN INI, INSYAALAH.
LATIHAN
1
Setiap
murid mempunyai cita-cita tersendiri
untuk berjaya dalam hidup termasuk mencapai kejayaan dan kecemerlangan dalam
peperiksaan.
Huraikan langkah-langkah yang perlu anda
lakukan untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan.
Tidak
dapat dinafikan bahawa setiap murid pasti mempunyai keinginan untuk mencapai
kecemerlangan dalam peperiksaan. Kecemerlangan ini hanya akan dapat dicapai
sekiranya murid-murid berusaha
bersungguh-sungguh untuk mencapainya. Kecemerlangan dalam peperiksaan bukanlah
sesuatu yang susah untuk dicapai sekiranya murid itu sendiri mempunyai azam
yang tinggi untuk mencapainya. Murid-murid
tidak sepatutnya menganggap perkara ini sesuatu
yang remeh atau mudah kerana keputusan peperiksaanlah yang akan menjamin masa
hadapan seseorang pelajar. Oleh itu, murid-murid janganlah menyesal pada masa
hadapan disebabkan tidak dapat memperoleh keputusan yang cemerlang dalam
peperiksaan bak kata orang tua-tua “sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian
tiada berguna”. Oleh sebab itu, saya
sebagai salah seorang murid, saya harus
berusaha mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Persoalannya, apakah
langkah-langkah yang sepatutnya saya lakukan untuk mencapai kecemerlangan dalam
peperiksaan nanti?
Langkah
yang pertama yang akan saya lakukan untuk mencapai kecemerlangan dalam
peperiksaan ialah saya akan sentiasa memberikan perhatian ketika guru sedang
mengajar di bilik darjah. Apabila saya memberi perhatian ketika seseorang guru
sedang mengajar sudah tentulah sesuatu pembelajaran tersebut akan cepat diserap
masuk ke dalam minda saya. Bahkan seorang pakar psikologi pernah mengatakan
bahawa “ lima puluh peratus kejayaan pelajar-pelajar adalah disebabkan kerana
mereka memberikan sepenuh perhatian ketika proses pengajaran dan pembelajaran
sedang dijalankan. Saya juga akan terlibat secara aktif ketika proses
pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan agar dapat mewujudkan suasana
bilik darjah yang ceria supaya saya tidak akan berasa bosan dan secara tidak
langsung saya akan dapat mengingati apa-apa yang disoal atau ditanya oleh guru
serta apa-apa yang saya sebut atau yang saya ulangi. Saya juga akan menyiapkan
segala kerja rumah yang diberikan oleh guru-guru supaya saya akan lebih
memahami sesuatu topik dan tidak ketinggalan. Saya juga akan bertanya kepada
guru-guru sekiranya terdapat sesuatu topik atau tajuk yang saya kurang fahami
kerana berdasarkan satu kajian yang telah dijalankan dan telah mendapati bahawa
kebanyakan kecemerlangan pelajar-pelajar dalam peperiksaan adalah disebabkan
oleh pelajar-pelajar yang sentiasa mengemukakan soalan-soalan sekiranya
terdapat sesuatu topik atau tajuk yang kurang difahami oleh mereka. Tegasnya,
memberi tumpuan ketika guru-guru sedang
mengajar dan dengan menyiapkan segala kerja rumah yang diberikan oleh guru-guru
merupakan salah satu langkah dalam mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan.
Selain itu, saya akan menguruskan
masa dengan bijak dan baik. Saya akan menyediakan jadual waktu belajar dan saya akan mengikutinya dengan tegas
sekiranya saya ingin mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Hal ini demikian
kerana berdasarkan satu kajian, jadual waktu belajar dapat membantu para
pelajar menguruskan masa secara berkesan supaya mereka akan mempunyai masa yang
mencukupi untuk mengulang kaji pelajaran dengan lebih menyeluruh dan bersiap
sedia untuk menghadapi peperiksaan. Malah, jika saya mengikut jadual waktu
belajar yang telah saya tetapkan dengan apabila peperiksaan sudah hampir kerana
peribahasa menyatakan bahawa sediakan payung sebelum hujan. Tambahan pula, kebanyakan
pelajar yang berjaya biasanya terdiri daripada pelajar-pelajar yang telah
membuat persiapan awal. Manakala, pelajar-pelajar yang tidak membuat persiapan
awal kerana mereka terlalu leka membuang masa dan tidak berpegang kepada
pepatah “masa itu emas” dan “masa yang lalu tidak akan kembali” maka mereka
tidak dapat menghabiskan semua tajuk-tajuk sebelum tiba peperiksaan. Jelasnya,
pengurusan masa yang cekap akan memberi saya masa yang cukup untuk membuat
persediaan awal supaya saya dapat mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan yang
akan saya duduki nanti.
Pada waktu yang sama, untuk mencapai
kecemerlangan dalam peperiksaan, saya akan membuat lebih banyak latihan dan
saya juga akan mengulang kaji pelajaran secara berterusan. Ungkapan yang
dipetik daripada Bahasa Inggeris iaitu, “practice makes perfect”. Kalau
ungkapan ini ditukarkan ke dalam Bahasa Melayu, maka ungkapannya akan menjadi,
“praktis asas kecemerlangan”. Kedua-dua ungkapan ini membawa maksud yang sama
iaitu jikalau seorang itu membuat latihan yang banyak maka dia akan mencapai
kecemerlangan dalam hidup.saya akan membuat latihan bagi setiap mata pelajaran
setelah selesai mengulang kaji sesuatu topik. Hal ini kerana saya akan lebih
menguasai sesuatu topik dan secara tidak langsung saya akan biasa dengan
jenis-jenis soalan yang akan ditanya dalam peperiksaan. Saya juga akan membuat
ulang kaji secara berterusan bak kata pepatah “ sehari selembar benang,
lama-lama menjadi kain” dan “ sedikit-sedikit , lama-lama jadi bukit”. Saya
akan belajar bersungguh-sungguh dan saya akan membuat ulang kaji secara
berterusan untuk memastikan saya tidak akan ketinggalan dalam pelajaran dan
terutamanya dalam mata pelajaran sains. Tegasnya, saya membuat lebih banyak
latihan dan jika saya mengulang kaji pelajaran secara berterusan, pasti saya
akan mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan nanti.
Seterusnya,
saya akan mengikuti kelas tuisyen. Jika saya segan bertanya guru-guru di
sekolah, bolehlah saya bertanya kepada guru-guru yang mengajar di kelas tuisyen
tetapi saya juga perlulah menghapuskan perasaan segan bertanya kepada guru-guru
di sekolah kerana bak kata pepatah “malas berkayuh perahu hanyut”, “segan
bertanya sesat jalan”. Malahan, jika saya tidak memahami sesuatu topik yang
diajar oleh guru-guru di pusat tuisyen, maka bolehlah saya bertanya kepada
guru-guru yang mengajar di kelas tuisyen. Tambahan pula, jika terdapat sesuatu
topik itu diajar dua kali, maka saya akan mudah ingat dan saya juga akan
menguasai sesuatu topik itu. Contohnya, di sekolah yang diajar topik yang sama
yang telah diajar di pusat tuisyen terlebih dahulu, maka saya akan lebih faham.
Di samping itu, saya juga boleh mengikuti program di sekolah kerana ini juga
membantu saya untuk mencapai kecemrlangan dalam peperiksaan. Saya akan
menyertai segala program-program yang telah dianjurkan oleh pihak sekolah
seperti Minggu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, Teknik Menjawab Soalan-soalan
dan lain-lain lagi. Sekiranya saya menyertai dalam program-program yang
dianjurkan oleh pihak sekolah, saya akan didedahkan dengan jenis-jenis soalan dan
latihan yang kerap kali akan ditanya dalam peperiksaan. Jelasnya, penyertaan
saya dalam program-program sekolah dan mengikuti kelas-kelas tuisyen merupakan
salah satu langkah bagi saya untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan.
Langkah
yang berikutnya ialah saya akan bersikap sabar, tabah dan tidak mudah putus
asa. Saya tidak akan dapat cepat mengalah apabila saya gagal dalam sesuatu buat
kali pertama dan kedua, malah saya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk lulus
dalam sesuatu perkara kerana saya berpegang pada prinsip, “gagal sekali tidak
bermakna gagal selama-lamanya”. Saya juga akan tabah apabila terdapat apa-apa
masalah atau cabaran yang saya hadapi. Seseorang yang ternama pernah menyatakan
bahawa jika seseorang itu berjaya dalam hidupnya, tentu dia telah memenuhi
kegagalan beberapa kali kerana untuk mencapai sesuatu tentu ada kekangan yang
akan kita tempuhi. Contohnya, jika saya gagal mendapat penyelesaian untuk
sesuatu soalan, saya tidak akan putus asa, malah saya akan mencuba beberapa
kali sehingga saya mendapat penyelesaiannya. Tegasnya, saya perlu bersikap
sabar, tabah dalam menghadapi halangan dalam mencapai kecemerlangan dalam
peperiksaan dan sayatidak akan mudah putus asa untuk memperoleh kecemerlangan
dalam peperiksaan.
Akhir
sekali, saya juga akan mematuhi segala nasihat daripada kedua-dua ibu bapa saya
dan saya juga akan sentiasa berdoa kepada Tuhan. Kata orang tua-tua, “Tuhan
hanya akan menolong dan memberkati hidup anak yang taat kepada ibu bapa”,
Kenyataan ini pasti benar kerana orang-orang tua mempunyai lebih banyak
pengalaman. Saya akan sentiasa patuh pada nasihat dan asuhan ibu bapa kerana
saya sedar bahawa syurga terletak di telapak kaki ibu. Misalnya, ibu bapa saya
akan selalu menasihati saya untuk belajar bersungguh-sungguh. Oleh itu, saya
akan berusaha secara gigih untuk memperoleh kejayaan yang cemerlang. Segala doa
dan dorongan ibu bapa, saya tahu walaupun betapa tabah atau bijak mana saya
sekali pun, saya tidak mungkin dapat memperoleh kejayaan yang cemerlang yang
saya ingini tanpa doa, restu dan dorongan daripada kedua-dua ibu bapa saya.
Malah, saya juga akan sentiasa berdoa kepada Tuhan supaya saya tidak akan jatuh
sakit pada hari peperiksaan kerana manusia hanya mampu merancang, Tuhan yang
menentukan segala-galanya. Jelasnya, untuk mencapai kecemerlangan dalam
peperiksaan, saya perlulah mematuhi segala nasihat kedua-dua ibu bapa saya dan
saya juga akan sentiasa berdoa dan bersyukur kepada Tuhan atas segala
pemberianNya.
Berdasarkan
perbincangan di atas, dapatlah saya simpulkan bahawa untuk mencapai
kecemerlangan dalam peperiksaan, saya perlulah mengikuti langkah-langkah yang
telah saya tulis dalam perenggan di atas. Saya perlu mencapai kecemerlangan
dalam peperiksaan agar masa depan saya tidak gelap tetapi terang dengan cahaya
iaitu kejayaan. Kejayaan dalam peperiksaan adalah diibaratkan pelita yang
menjadi penyuluh kepada kita pada malam-malam yang gelap-gelita. Tanpa
kecemerlangan dalam peperiksaan kerana ini akan menentukan masa depan kita,
kita akan hidup teraba-raba dalam kegelapan. Oleh itu, saya akan belajar
berungguh-sungguh untuk mencapai
kecemerlangan dalam peperiksaan ibarat genggam bara api biar sampai jadi
arang.
LATIHAN
2
Semangat kejiranan semakin hari semakin luntur dalam
kalangan masyarakat. Jelaskan peranan ibu bapa dalam usaha memupuk semangat kejiranan
dalam kalangan masyarakat.
Dalam
kehidupan sehari-hari, keluar dari rumah, sama ada memandang ke kanan, ke kiri
atau memandang hadapan atau belakang, rumah yang kita lihat ialah rumah jiran.
Betapa pun kita mengasihi adik-beradik dan saudara-mara, namun jarak yang jauh
menyebabkan pergantungan kita terhadap jiran lebih besar berbanding dengan
orang yang dekat dengan kita sejak lahir. Menurut perspektif Islam, konsep jiran
meliputi skop yang lebih luas sehingga menjangkau empat puluh buah rumah atau
keluarga yang tinggal berhampiran dengan kita. Semangat kejiranan pula membawa
pengertian jiran tetangga yang hidup berbaik-baik, bertolak ansur dan bekerjasama
antara satu sama lain. Dalam kehidupan kita, kita dilarang menyakiti hati
jiran, sebaliknya diminta mengambil berat antara satu sama lain dan hidup
berlandaskan kasih sayang sesama individu tanpa mengira keturunan, usia, agama
atau pangkat. Pepatah Melayu ada mengatakan bahawa “Jiran Sepakat Membawa Berkat”.
Jadi, kita perlulah mengutamakan jiran kita dalam kehidupan dan mengukuhkan
semangat kejiranan supaya kita sentiasa bersatu padu dalam melakukan sesuatu
perkara. Walau bagaimanapun, dalam era globalisasi yang dipenuhi pelbagai
pancaroba moden, semangat kejiranan dalam kalangan anggota masyarakat, semakin
meluntur. Oleh itu, semua lapisan
masyarakat terutamanya ibu bapa wajar mengambil langkah untuk memupuk semangat
kejiranan dalam kalangan masyarakat. Persoalannya, apakah langkah-langkah yang
elektif wajar diambil oleh ibu bapa untuk memupuk semangat kejiranan dalam
kalangan masyarakat?
Menyedari
hakikat betapa pentingnya semangat kejiranan diamalkan oleh masyarakat majmuk
di negara ini, maka usaha perlu dilakukan oleh ibu bapa agar nilai yang
berharga ini tidak lenyap daripada amalan hidup masyarakat kini. Ibu bapa
haruslah menyertai aktiviti
gotong-royong yang dianjurkan oleh komuniti atau masyarakat setempat. Dalam hal
ini. ibu bapa boleh membawa anak-anak menyertai aktiviti tersebut bersama. Melalui aktiviti gotong-royong, semua penduduk
setempat dapat berkumpul bersama sambil berbincang tentang aktiviti yang akan
dilakukan. Apabila berkumpul dan
berbincang, mereka akan dapat berbual-bual dan berkenal-kenalan antara satu
sama lain dan sekali gus membolehkan seseorang itu mengenal hati budi jiran
mereka dengan lebih baik dan dekat. Hal ini dapat digambarkan melalui pepatah
Melayu yang mengatakan bahawa “ tak kenal maka tak cinta”. Sebagai contoh,
aktiviti yang boleh dijalankan secara bergotong-royong ialah membersihkan
kawasan taman, menyediakan hidangan untuk kenduri-kendara dan sebagainya.
Aktiviti-aktiviti yang dijalankan secara bergotong-royong memerlukan masyarakat
bekerjasama bagai aur dengan tebing agar aktiviti-aktiviti tersebut dapat
dijalankan dengan lancar dan baik. Melalui cara ini, setiap ahli keluarga dapat
menjalinkan hubungan mesra sesama jiran. Mereka juga sedar akan peranan masing-masing dalam sesuatu
komuniti . Apabila dewasa kelak, anak-anak akan melakukan perkara yang sama
untuk mengeratkan ikatan kejiranan. Jelasnya, ibu bapa haruslah mengadakan
aktiviti gotong-royong agar dapat memupuk semangat kejiranan dalam masyarakat.
Selain
itu, ibu bapa perlulah menjadi suri teladan atau ‘role model’ yang baik kepada
anak-anak sekiranya mahu anak-anak mengamalkan semangat kejiranan dalam diri
sendiri. Ibu bapa perlulah mengamalkan cara hidup seperti ‘aur dengan tebing’
atau ‘ ke bukit sama di daki, ke lurah
sama dituruni’ dan ‘hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah’ untuk
mencapai keberkatan dalam hidup. Sebagai anggota dalam sesebuah masyarakat, ibu bapa mesti mempunyai semangat kekitaan dan
keprihatinan terhadap jiran mereka..
Apabila mengambil berat akan hal-hal
jiran, bukanlah bermaksud kita hendak menjaga tepi kain mereka atau mengambil
tahu hal rumah tangga mereka, tetapi kita mengambil tahu masalah-masalah yang
dihadapi oleh jiran dan cuba membantu
mereka supaya dapat meringankan beban yang ditanggung oleh jiran. Hal ini
demikian kerana, dalam kehidupan berkeluarga, setiap keluarga pasti akan
menghadapi masalah dan masalah itu hanya boleh diatasi atau dikurangkan dengan bantuan orang lain. Misalnya, ketika ketua keluarga sakit tenat,
maka ahli-ahli keluarga itu memerlukan bantuan daripada jiran untuk menghantar
ketua keluarga itu ke hospital, memberitahu keluarganya yang tinggal berjauhan
daripada mereka, mendapatkan bantuan nasihat ataupun kewangan dan sebagainya. Sikap
keprihatinan yang ditunjukkan oleh ibu bapa terhadap jiran, akan menyebabkan
anak-anak juga turut mengambil berat tentang jiran mereka. Tegasnya, ibu bapa
yang berjaya menjadi suri teladan yang baik, sudah pasti mampu memupuk semangat
kejiranan dalam kalangan masyarakat.
Di
samping itu, ibu bapa juga mestilah mengadakan atau menghadiri majlis-majlis
rumah terbuka sempena sesuatu sambutan perayaan. Amalan mulia ini bukan sahaja
dapat mengeratkan hubungan silaturahim, tetapi juga mampu mengukuhkan semangat
kejiranan dalam kalangan masyarakat. Melalui majlis rumah terbuka, ibu bapa
boleh membawa anak-anak bersama. Dalam majlis tersebut, masyarakat dapat berkumpul dan mengenali
antara satu sama lain dengan lebih dekat. Mereka juga berpeluang untuk
berkongsi pendapat tentang sesuatu perkara dan bertanya khabar sambil menikmati
juadah yang disediakan oleh tuan rumah. Dengan itu, masyarakat akan lebih
memahami adat resam, agama dan budaya masing-masing di negara ini. Sebagai contoh, majlis-majlis rumah terbuka
sempena sambutan Hari Raya Aildilfitri, Tahun Baru Cina, Hari Krismas dan Hari
Deepavali hendaklah dijadikan acara tahunan. Kehadiran ibu bapa bersama ahli
keluarga dalam majlis rumah terbuka, bukan sahaja dapat memperkenalkan
anak-anak mengenali lebih dekat adat resam sesuatu budaya malah dapat
menanamkan semangat hormat-menghormati dalam diri anak-anak dan mengamalkan
semangat perpaduan. Tegasnya, majlis-majlis rumah terbuka mestilah diadakan
setiap tahun agar mampu mendekatkan ahli masyarakat untuk bertemu muka dan
membentuk masyarakat yang bersatu-padu.
Seterusnya,
ibu bapa hendaklah menyemarakkan budaya ziarah-menziarahi dalam kalangan
masyarakat sebagai langkah untuk memupuk dan meningkatkan semangat kejiranan
dalam diri anak-anak. Dalam hidup bermasyarakat, ibu bapa digalakkan membawa
anak-anak-anak menziarahi jiran tetangga
pada masa-masa yang sesuai. Dengan menziarahi jiran, kita
akan mengetahui masalah dan kesusahan yang dihadapi oleh jiran kita. Semua
masalah boleh diselesaikan bersama dan hal ini akan menjadikan hidup mereka
lebih aman dan harmoni walaupun dalam keadaan yang serba kekurangan. Sebagai
contoh, ibu bapa boleh membawa anak-anak berkunjung ke hospital jika kita mendapat tahu
bahawa jiran kita telah dimasukkan ke hospital kerana menghidap sesuatu
penyakit atau mendapat kemalangan. Amalan ini dapat membentuk sifat kasih
sayang dan sikap ambil berat serta membuang sejauh-jauh sikap mementingkan diri
sendiri dan hidup diibaratkan ‘ seperti enau di dalam belukar, melepaskan pucuk
masing-masing’. Walaupun pepatah Melayu ada mengatakan bahawa ‘berat mata memandang,
berat lagi bahu memikulnya’, namun sebagai jiran, kita mestilah berpegang teguh
pada prinsip “cubit peha kiri, peha kanan terasa juga”. Jadi, melalui lawatan
kita, sekurang-kurangnya kita dapat meringankan penderitaan yang dialami oleh
jiran kita dan secara tidak langsung, mereka dapat hidup dengan lebih selesa,
aman dan tenang. Anak-anak turut mengambil berat tentang jiran yang ditimpa
masalah sama seperti ibu bapa mereka. Jelasnya, ibu bapa boleh menyemarakkan
budaya kunjung-mengunjungi dalam diri anak-anak untuk memupuk semangat
kejiranan.
Akhir
sekali, ibu bapa bolehlah menggalakkan anak-anak supaya melibatkan diri dalam
aktiviti sosial seperti Hari Keluarga. Setiap komuniti, sering mengadakan
aktiviti Hari Keluarga untuk mengukuhkan hubungan dalam kalangan masyarakat
setempat. Aktiviti kerap diadakan sama ada di padang, taman rekreasi atau di
tepi pantai. Ibu bapa boleh membawa anak-anak bersama dan setiap ahli keluarga
boleh menyertai permainan yang disediakan. Selain itu, ibu bapa boleh mendedahkan kepada
anak-anak tentang kepentingan hidup berpersatuan dalam masyarakat setempat yang
mempunyai satu sistem organisasi yang teratur. Persatuan atau pertubuhan ini
hendaklah melibatkan semua penduduk tempatan sebagai ahli. Dewasa ini, banyak
pertubuhan sukarela ditubuhkan dalam masyarakat seperti Pertubuhan Rukun Tetangga , Jawatankuasa
Keselamatan dan Kemajuan Kampung, Pertubuhan Khairat Kematian dan sebagainya.
Sebagai contoh, melalui Pertubuhan Rakan Tetangga, masyarakat setempat secara
bergilir-gilir mengawasi keselamatan kawasan tempat tinggal atau taman untuk
mengelakkan berlakunya kejadian-kejadian yang tidak diingini seperti membunuh,
merogol, merompak dan sebagainya. Hal ini dapat kita lihat dalam peribahasa
Melayu, iaitu ibarat aur dengan tebing yang mementingkan semangat
sandar-menyandar atau saling membantu antara satu sama lain dalam kehidupan.
Jelasnya, ibu bapa berperanan penting untuk menggalakkan anak-anak supaya
melibatkan diri dalam aktiviti sosial sebagai langkah untuk memupuk semangat kejiranan.
Berdasarkan
perbincangan di atas, dapat saya simpulkan bahawa semangat kejiranan dalam
setiap individu amat penting untuk melahirkan
masyarakat yang prihatin dan mmmembentuk perpaduan kaum. Walau apa pun keadaan dan di mana-mana pun
kita tinggal, kita perlulah mempunyai jiran yang baik hati, iaitu jiran yang
menjadi tempat untuk memohon bantuan ketika kita dalam keadaan yang susah dan sentiasa
menghulurkan bantuan dengan senang hati dan menghiburkan ketika kita senang.
Jadi, untuk mempunyai jiran yang baik, maka kita perlu menjadikan diri kita
sebagai jiran yang baik kepada jiran kita. Sekiranya kita berbaik-baik dengan
jiran, maka jiran juga akan berbaik-baik dengan kita. Cogan kata “ Jiran
Sepakat Membawa Berkat” perlu terus diamalkan dalam kehidupan kita sehari-hari.
Jangan kita berasa susah dalam usaha mengamalkan budaya murni ini. Amalkan
dengan hati yang ikhlas, barulah kita memperoleh keberkatan dalam kehidupan.
Oleh itu, dengan meningkatkan semangat kejiranan, perpaduan kaum akan bertambah
utuh dan teguh. Jadi, dalam setiap masa, kita mestilah sentiasa berusaha untuk
memastikan semangat kejiranan sentiasa terpelihara supaya negara kita sentiasa
aman, harmoni dan sejahtera. Allah berfirman yang maksudnya, “Wahai manusia,
sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang
perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu
kenal-mengenali”.
LATIHAN
3
Semangat
patriotik semakin luntur dalam kalangan remaja pada masa ini. Jelaskan peranan
ibu bapa dalam menerapkan semangat patriotik dalam jiwa anak-anak.
Setiap
negara mempunyai sejarah yang tersendiri. Di Malaysia, sejarah yang ada telah membentuk
identiti negara kita. Negara kita terdiri daripada rakyat yanhg berbilang kaum
iaitu Melayu, Cina, India, Kadazan, Dusun dan sebagainya. Perpaduan kaum yang
terbentuk pada masa dahulu sehingga kini merupakan satu pencapaian negara yang
amat membanggakan. Rakyat yang berbilang kaum ini dapat hidup bersama secara
aman damai kerana mereka mempunyai semangat patriotik yang kukuh dan kental
dalam diri mereka. Walau bagaimanapun, masyarakat pada zaman moden ini, asyik
dengan perkembangan dunia sehingga mengabaikan kepentingan semangat patriotik dalam diri mereka. Amat
jelas dapat dilihat bahawa masyarakat kini kurang berpengetahuan tentang
sejarah pembentukan negara hasil perjuangan oleh tokoh pejuang bangsa seperti
Dato’ Maharajalela, Dato’ Bahaman, Tok Janggut dan sebagainya. Masyarakat kini
kurang bersyukur dengan keamanan dan kemakmuran yang terdapat di negara kita.
Oleh itu, pelbagai usaha perlu dilakukan oleh pelbagai pihak bagi menyuburkan
semangat patriotik dalam jiwa masyarakat.
Persoalannya, apakah peranan ibu bapa dalam menerapkan semangat
patriotik dalam jiwa anak-anak?
Sesungguhnya
tidak dapat dinafikan bahawa ibu bapa memainkan peranan yang utama dalam
menerapkan dan menyuburkan semangat patriotik dalam jiwa anak-anak. Ibu bapa
seharusnya sentiasa membawa anak-anak melawat ke tempat-tempat yang bersejarah.
Contohnya, ibu bapa hendaklah membawa anak-anak ke Bandar Bersejarah, Melaka.
Di situ, terdapat pelbagai barang dan bangunan tinggalan sejarah. Amalan ini
dapat menimbulkan dan melahirkan minat anak-anak untuk mengetahui latar
belakang dan asal-usul pembentukan negara dan seterusnya akan wujud semangat
patriotik dalam jiwa anak-anak. Tempat-tempat bersejarah seperti Lembah Bujang,
Seri Menanti, Kota Belanda di Perak dan sebagainya boleh dijadikan sebagai
destinasi lawatan. Aktiviti lawatan ke tempat yang bersejarah merupakan langkah
bagai serampang dua mata kerana anak-anak bukan sahaja dapat menimba ilmu
pengetahuan, tetapi juga dapat mengekalkan hubungan silaturahim yang erat
antara keluarga. Jelasnya, lawatan ke tempat yang bersejarah boleh dijadikan
amalan setiap kali cuti persekolahan oleh ibu bapa sebagai cara menerapkan
semangat patriotik dalam jiwa anak-anak.
Selain
itu, ibu bapa juga hendaklah membeli buku-buku yang berkaitan dengan sejarah
atau buku-buku novel bertemakan semangat patriotik dan semangat cinta akan
negara kepada anak-anak. Hal ini demikian kerana melalui proses pembacaan,
anak-anak dapat mengetahui lebih banyak perkara berkaitan dengan sejarah.
Buku-buku sejarah dan novel dapat membantu menerapkan semangat patriotik dalam
jiwa anak-anak kerana buku-buku tersebut mempunyai isi kandungan yang berunsur
patriotisme. Hal ini amat jelas menunjukkan bahawa usaha ibu bapa dalam memilih
buku-buku yang sesuai untuk anak-anak adalah amat penting. Oleh itu, ibu bapa
haruslah memilih buku-buku yang tinggi nilai ilmunya dan bukannya buku-buku
komik yang tidak bermanfaat. Dengan membaca buku-buku berunsurkan patriotisme,
pasti semangat patriotik dapat diterapkan dalam jiwa anak-anak. Amalan membaca
buku-buku tersebut hendaklah dipupuk sejak dari kecil lagi kerana melentur
buluh biarlah dari rebungnya. Apabila anak-anak membesar nanti, mereka akan
sentiasa bersemangat patriotik dan suka membaca kerana kalau asal benih yang
baik jatuh ke laut menjadi pulau, terlontar ke udara menjadi kejora dan
dicampak ke bumi menjadi penawar.
Di
samping itu, ibu bapa juga haruslah menjadi ‘role model’ atau suri teladan
kepada anak-anak. Ibu bapa perlu sedar bahawa segala perbuatan, perlakuan,
amalan, pertuturan dan pemikiran mereka akan diikuti oleh anak-anak. Oleh hal
yang demikian, ibu bapa hendaklah sentiasa menunjukkan sikap yang positif
kepada anak-anak. Sebagai contohnya, ibu bapa boleh mengibarkan bendera di
rumah atau melakukan aktiviti yang boleh menunjukkan sokongan terhadap negara.
Ibu bapa janganlah menyertai apa-apa protes terhadap negara kerana perbuatan
sedemikian hanya akan menjadi seperti ketam mengajar anak berjalan betul,
tetapi diri sendiri tidak betul.. Oleh itu, ibu bapa harus sentiasa menunjukkan
contoh yang tebaik kepada anak-anak kerana ke mana tumpahnya kuah kalau tidak
ke nasi. Ibu bapa boleh membawa anak-anak menyertai program larian 1 Malaysia,
ceramah tentang Sejarah Negara, atau lawatan ke Muzium Negara. Ibu bapa
haruslah melakukan usaha dengan sepenuh hati agar anak-anak yang dibesarkan
dapat menjadi insan yang cinta akan negara dan bersemangat patriotik. Tegasnya,
ibu bapa perlu menjadi suri teladan kepada anak-anak bagi melahirkan generasi
muda yang berwawasan.
Seterusnya,
ibu bapa perlu meluangkan masa untuk bercerita mengenai peristiwa-peristiwa atau
kisah yang berkaitan dengan sejarah kepada anak-anak bagi melahirkan generasi
muda yang bersemangat patriotik. Bak kata pepatah, “pemuda harapan bangsa,
pemudi tiang negara”. Sebagai contohnya, sebelum anak-anak masuk tidur, ibu
bapa boleh membacakan cerita mengenai pejuang-pejuang bangsa kepada anak-anak
seperti kisah perjuangan Datuk Bahaman, Datuk Maharajalela, Mat Kilau, Kapten
Hasan dan lain-lain ketika menentang Inggeris. Ibu bapa bolehl juga
menceritakan sendiri pengalaman nenek moyang terdahulu,betapa mereka menderita dizalimi dan didera semasa
zaman penjajahan di negara kita. Anak-anak yang bijak sudah pastinya dapat
membandingkan kehidupan mereka sekarang berbanding dahulu. Hal ini boleh menerapkan semangat patriotik
dalam jiwa anak-anak. Ibu bapa juga boleh melayari internet untuk mendapatkan
maklumat-maklumat yang diperlukan untuk bercerita kepada anak-anak. Dengan
mempunyai maklumat yang tepat, anak-anak akan mendapat informasi yang betul dan
setelah itu, anak-anak akan sentiasa teringat-ingat tentang kisah sejarah.
Mereka akan belajar sesuatu melalui sejarah lalu timbullah semangat patriotik
dalam jiwa mereka. Oleh itu, ibu bapa perlulah sentiasa mencari peluang atau
kesempatan untuk menceritakan pengalaman diri atau berbincang dengan anak-anak
mengenai topik-topik berunsurkan negara bagi menerapkan semangat patriotik
dalam jiwa anak-anak. Amalan-amalan ini haruslah dilaksanakan dengan berterusan
kerana alah bisa tegal dek biasa. Anak-anak akan cuba mengingati setiap cerita yang pernah didengarnya
terutama tentang sejarah negara. Tegasnya, ibu bapa perlu melaksanakan
tanggungjawab dengan baik bagi membentuk jiwa anak-anak yang bersemangat
patriotik.
Akhir
sekali, ibu bapa juga haruslah membawa anak-anak menyertai sambutan-sambutan
negara seperti Hari Kebangsaan pada 31 Ogos, Hari Malaysia pada 16 September
dan sebagainya. kita
Dengan menyertai sambutan hari kemerdekaan ini,
semangat patriotik dapat disemai dalam diri mereka. Sebagai contohnya, apabila anak-anak dapat bersama-sama
mengibarkan jalur gemilang, mendengar deklamasi sajak serta mendengar cerita-cerita tentang kesengsaraan para
pejuang tanah air untuk memerdekakan negara. Anak-anak dapat melihat sendiri
kemeriahan sambutan kemerdekaan sekali gus memahami objektif sebab-sebab
sambutan sebegini diadakan. Kisah disebalik kemewahan dan kedamaian negara akan
dapat dirungkai dan seharusnya dapat menghadirkan keinsafan dalam diri mereka
bahawa banyak harta benda dan nyawa yang harus dikorbankan demi melihat
Malaysia gagah seperti sekarang. Dengan menyertai aktiviti sambutan ini juga,
kita akan mendapat peluang untuk melihat persembahan daripada kaum lain dan
berkenal-kenalan antara satu sama lain. Secara tidak langsung, perpaduan antara
kaum akan tercapai dan wujudlah masyarakat yang harmoni yang bersemangat
patriotik. Jelaslah bahawa, jika ibu bapa dapat membawa anak-anak
menyambut hari Kemerdekaan setiap tahun sejak mereka kecil lagi sudah pasti semangat patriotik dapat
dipupuk dengan mudah kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Berdasarkan
perbincangan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa ibu bapa memainkan peranan
yang penting dalam menerapkan semangat patriotik dalam jiwa anak-anak. Hadis Riwayat
At-Tarmizi ada menyatakan bahawa ‘ tiada
anugerah yang dapat diberikan oleh seorang ayah kepada anaknya selain tunjuk
ajar dan budi pekerti yang mulia’. Hal ini amat jelas membuktikan betapa
besarnya tanggungjawab seorang ibu atau bapa kepada pembinaan personaliti
anak-anak. Oleh itu, ibu bapa haruslah melaksanakan tanggungjawab dan peranan
bagi melahirkan individu yang bersemangat patriotik, cinta akan negara dan
berwawasan.
LATIHAN
4
Setiap
ahli keluarga memainkan peranan penting ke arah melahirkan gaya hidup
sihat. Jelaskan peranan ibu bapa dalam
usaha memupuk amalan gaya hidup sihat.
Amalan
gaya hidup sihat adalah cara hidup yang boleh mengurangkan risiko penyakit
jantung pada masa hadapan. Namun demikian, ribuan rakyat Malaysia mempunyai
berat badan berlebihan, tidak aktif dan terlalu banyak menghisap rokok. Ribuan
rakyat Malaysia mengamalkan cara hidup yang tidak sihat sejak kecil lagi
seperti menggemari makanan yang mengandungi kolesterol, tidak melakukan senaman
dan makan secara berlebihan. Oleh itu, untuk mengurangkan risiko penyakit
berbahaya seperti sakit jantung, obesiti, darah tinggi, kencing manis dan
sebagainya, rakyat Malaysia perlulah mengamalkan gaya hidup sihat. Secara
umumnya, tanggungjawab ini sudah semestinya jatuh pada bahu ibu bapa yang
melahirkan anak-anak serta menjaga mereka sejak kecil lagi. Persoalannya,
apakah peranan ibu bapa dan keluarga untuk memupuk amalan gaya hidup sihat
dalam kalangan anak-anak mereka?
Peranan
utama ibu bapa dalam memupuk amalan gaya hidup sihat dalam kalangan anak-anak
mereka adalah dengan memastikan anak-anak mengamalkan pemakanan yang seimbang.
Pemakanan yang seimbang adalah pemakanan yang mengandungi ketujuh-tujuh kelas
makanan dalam kadar yang bersesuaian iaitu karbohidrat, protein, vitamin,
mineral, lemak, air serta serat. Ibu bapa perlulah sentiasa menghidangkan
makanan yang berzat serta bernutrisi kepada anak-anak. Selain itu, ibu bapa
juga digalakkan untuk makan di rumah kerana makanan di luar, khususnya
gerai-gerai makanan di sepanjang jalan yang makanannya biasa digoreng dengan
penuh minyak. Jika tabiat yang baik ditanam dalam diri anak-anak, sudah pasti
anak-anak akan tahu menjaga pemakanan mereka apabila dewasa kelak. Ibu bapa
juga perlu mengurangkan pengambilan minuman berkarbonat oleh anak-anak kerana
minuman sebegini tidak memberikan apa-apa kebaikan dan mengandungi kandungan
gula yang berlebihan. Anak-anak perlulah diajar untuk minum air kosong atau jus
buah-buahan yang asli. Jelasnya, ibu bapa perlulah memastikan anak-anak
mengamalkan pemakanan seimbang dalam memupuk amalan gaya hidup sihat.
Selain
itu, ibu bapa juga boleh melakukan aktiviti bersenam dan beriadah bersama
anak-anak. Perbuatan ini bukan sahaja akan menyihatkan badan, malah hubungan
antara ibu bapa dengan anak-anak akan menjadi lebih erat. Aktiviti bersenam
mampu mengekalkan gaya hidup sihat kerana peluh-peluh yang keluar sewaktu melakukan
senaman akan keluar bersama-sama toksin badan. Kesannya, anak-anak mampu
membina tahap imunisasi yang tinggi terhadap serangan penyakit. Aktiviti
senaman perlulah dilakukan sekurang-kurannya 20 minit sehari dan tiga kali
seminggu. Antara aktiviti yang boleh
dilakukan ialah senamrobik, berjoging, berbasikal, berenang serta mendaki
bukit. Disebabkan ramai golongan ibu bapa yang bekerja, senaman ini boleh
dilakukan pada awal pagi ataupun pada waktu petang selepas ibu bapa pulang dari
kerja. Apabila seseorang itu bersenam dan beriadah, mreka dapat meningkatkan
kesihatan diri dari aspek fizikal dan mental bak kata pepatah, badan cergas
otak cerdas. Tegasnya, ibu bapa perlulah melakukan aktiviti senaman dan riadah
bersama anak-anak supaya amalan gaya hidup sihat dapat dipupuk.
Di
samping itu, ibu bapa juga perlulah membawa anak-anak membuat pemeriksaan
kesihatan secara berkala untuk memupuk amalan gaya hidup sihat. Ibu bapa
digalakkan untuk membawa anak-anak menjalani pemeriksaan kesihatan
sekurang-kurangnya enam bulan sekali ataupun dua kali setahun. Pemeriksaan
kesihatan adalah penting kerana mampu mengesan sesuatu penyakit ketika masih di
peringkat awal dan memudahkan pesakit menjalani rawatan dengan teknologi moden
kini. Bak kata pepatah, mencegah lebih baik daripada mengubati. Dengan ini, ibu
bapa dapat mengenali tubuh badan anak-anak mereka dengan lebih baik dan mampu
menentukan pilihan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Jika ibu bapa mendapati
anak-anak mereka tidak sihat, ibu bapa perlulah segala membawa mereka berjumpa
dengan doktor untuk mendapat ubat serta
pengesahan tentang penyakit yang dihidapi. Bukan itu sahaja, ibu bapa perlulah
memastikan anak-anak mematuhi nasihat doktor dan mengambil ubat pada masa yang
ditetapkan. Jelasnya, pemeriksaan kesihatan secara berkala oleh anak-anak akan
memupuk amalan gaya hidup sihat.
Ibu
bapa juga perlu mengajar dan melatih anak-anak mereka mengutamakan kebersihan diri pada setiap masa
bagi memastikan mereka terhindar daripada sebarang penyakit. Keperluan asas
seperti menggosok gigi, mandi, berpakaian bersih, waktu tidur dan rehat yang
cukup juga perlu dijadikan amalan hidup seharian. Bagi mengelakkan jangkitan
kuman atau penyakit, mereka juga perlulah mengamalkan budaya mendisiplinkan
diri dengan asas-asas kebersihan seperti mencuci tangan dengan bersih sebelum
makan, menutup makanan dengan baik agar tidak dihinggapi lalat mahupun memilih gerai atau tempat makan
yang bersih semasa menjamu selera. Sikap sambil lewa ibu bapa dalam menitik
beratkan aspek berkenaan mungkin boleh membawa padah. Justeru, amalan sebegini
harus dilentur sejak dari rebung dalam diri anak-anak agar dapat membentuk gaya hidup yang sihat
apabila mereka dewasa kelak.
Pada
masa yang sama, selain mengutamakan
kesihatan diri dan makanan, ibu bapa
juga perlu mendidik ahli keluarga
mereka agar menjaga kebersihan persekitaran mereka. Persekitaran yang bersih
perlu dijadikan amalan dan gaya hidup agar kita terhindar daripada sebarang
penyakit. Umpamanya, ibu bapa menggalakkan anak-anak mengadakan gotong-royong
di rumah setiap hujung minggu untuk membersihkan kawasan rumah bersama ahli
keluarga. Ibu bapa juga boleh membawa anak-anak menyertai kegiatan gotong
royong di taman perumahan dengan membersihkan sampah-sarap atau memastikan
kawasan persekitaran mereka sentiasa bersih. Amalan seperti ini dapat
mengelakkan pembiakan agen-agen pembawa penyakit seperti nyamuk, lipas, lalat
dan sebagainya. Tempat-tempat pembiakan nyamuk di dalam atau di luar rumah
seperti pelapik pasu bunga ataupun tempat takungan air mestilah kerap
dibersihkan ataupun ditukar. Dengan cara demikian, ibu bapa dapat melatih gaya
hidup yang positif dalam diri anak-anak mereka
sekaligus akan dapat menjauhkan diri mereka daripada pelbagai penyakit.
Gaya
hidup yang sihat juga melibatkan aspek psikologi dan sosial seseorang itu.
Mereka yang lebih terbuka dan bersedia untuk berkongsi masalah dengan orang
lain didapati lebih bermakna kehidupannya berbanding dengan individu yang suka
bersendirian atau menyimpan masalah mereka. Sikap berkawan dan menghabiskan
masa bersama-sama mereka menjadikan keperluan psikologi manusia dipenuhi dengan
efektif. Ibu bapa digalakkan menjalin hubungan komunikasi yang mesra
bersama-sama anak-anak atau jiran
tetangga. Hubungan baik yang berkekalan biasanya dapat melahirkan satu bentuk
kehidupan yang ceria dan menggembirakan. Sesungguhnya, aspek psikologi dan
sosial manusia perlu dipenuhi bagi memperoleh gaya hidup yang sihat ini Peranan
ibu bapa mengamalkan cara berkomunikasi berkesan dengan ahli keluarga, rakan-rakan
dan jiran tetangga serta mengamalkan
ibadat mengikut agama masing-masing akan memberi impak psikologi yang positif.
.
..........Pada masa yang sama sikap atau mentaliti positif penting untuk dimiliki oleh seseorang itu bagi menangani tekanan kehidupan dalam era moden ini. Pemikiran yang positif menjadikan seseorang itu mampu menyelesaikan pelbagai kemelut yang melanda kehidupannya dengan baik tanpa tertekan. Kehidupan zaman moden yang penuh cabaran terutama tekanan di pejabat ,kekangan di tempat kerja memerlukan satu persepsi positif daripada ahli masyarakat kita. Para ibu bapa perlu bijak menghadapi tekanan hidup, mereka mungkin boleh mendapatkan bantuan daripada pakar motivasi ataupun rakan-taulan di sekeliling mereka. Hal ini perlu kerana tekanan yang dialami boleh menjuruskan ibu bapa pada perlakuan negatif seperti mendera, menagih dadah atau melakukan sesuatu perkara di luar jangkaan. Jadi, semakin positif minda ibu bapa itu maka semakin tinggilah gaya hidup sihat yang mampu dicapai oleh dirinya dan keluarga kelak. Penguasaan diri yang baik dan pesanan yang sering meransang anak-anak ke arah positif menangani cabaran merupakan asuhan yang amat dicontohi oleh anak-anak sehingga mereka dewasa.
..........Pada masa yang sama sikap atau mentaliti positif penting untuk dimiliki oleh seseorang itu bagi menangani tekanan kehidupan dalam era moden ini. Pemikiran yang positif menjadikan seseorang itu mampu menyelesaikan pelbagai kemelut yang melanda kehidupannya dengan baik tanpa tertekan. Kehidupan zaman moden yang penuh cabaran terutama tekanan di pejabat ,kekangan di tempat kerja memerlukan satu persepsi positif daripada ahli masyarakat kita. Para ibu bapa perlu bijak menghadapi tekanan hidup, mereka mungkin boleh mendapatkan bantuan daripada pakar motivasi ataupun rakan-taulan di sekeliling mereka. Hal ini perlu kerana tekanan yang dialami boleh menjuruskan ibu bapa pada perlakuan negatif seperti mendera, menagih dadah atau melakukan sesuatu perkara di luar jangkaan. Jadi, semakin positif minda ibu bapa itu maka semakin tinggilah gaya hidup sihat yang mampu dicapai oleh dirinya dan keluarga kelak. Penguasaan diri yang baik dan pesanan yang sering meransang anak-anak ke arah positif menangani cabaran merupakan asuhan yang amat dicontohi oleh anak-anak sehingga mereka dewasa.
Tambahan
pula, untuk memupuk amalan gaya hidup sihat dalam anak-anak, ibu bapa perlulah
membawa mereka menziarahi orang sakit sama ada saudara-mara, jiran tetangga
ataupun rakan-rakan. Hari ini kita siha, tetapi bagaimana pula dengan hari
esok? Jika ibu bapa sering melawat orang yang sedang sakit, nescaya anak-anak
mereka juga akan berbuat demikian kerana bagaimana acuan begitulah kuihnya.
Anak-anak tidak seharusnya merasakan bahawa perbuatan sebegini hanya membuang
masa dan merugikan diri kerana ianya sesuatu amalan yang mulia. Apabila kita
menziarahi ornag yang sakit, secara tidak langsung kehadiran kita dapat
melahirkan perasaan gembira kepada pesakit dan memberi kekuatan kepada diri
pesakit itu untuk melawan kesakitan yang
ditanggungnya. Perbuatan menziarahi orang yang sakit akan sedikit sebanyak melahirkan
rasa simpati terhadap nasib orang lain dan pada masa yang sama anak-anak akan
bersyukur atas kurniaan sebuah badan yang sihat. Kehadiran kita menunjukkan
bahawa kita, khususnya anak-anak, mengambil berat tentang diri pesakit dan
dapat mengurnagkan perasaan sedih pesakit walaupun pepatah menyatakan bahawa
berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Tegasnya, amalan menziarahi
orang yang sakit oleh ibu bapa dan anak-anak mampu menanamkan amalan gaya hidup
yang sihat.
Akhir
sekali, bagi menjalani amalan gaya hidup sihat, ibu bapa perlu memastikan agar
anak-anak mendapat rehat dan tidur yang secukupnya. Tubuh badan anak-anak juga
perlu direhatkan dengan kadar yang diperlukan untuk mengecas semula organ-organ
dalam badan mereka. Bagi anak-anak yang telah mencapai usia remaja, mereka
memerlukan sekurang-kurangnya lapan jam sehari untuk tidur dengan selesa.
Namun, ramai anak-anak muda pada masa ini yang lebih suka tidur selepas tengah
malam walaupun keesokan merupakan hari persekolahan. Kesannya, mereka tidak
akan berasa cergas dan badan akan lesu dan tidak bermaya. Malahan, pelajaran
anak-anak juga diganggu dan lama-kelamaan prestasi mereka dalam peperiksaan
semakin merosot. Salah satu langkah yang boleh diambil oleh ibu bapa adalah
menetapkan satu masa yang spesifik untuk anak-anak masuk tidur dan mestilah
dipatuhi dengan sepenuhnya. Tegasnya, untuk memupuk amalan gaya hidup sihat,
ibu bapa perlu memastikan anak-anak mendapat rehat yang secukupnya.
Berdasarkan
perbincangan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa ibu bapa memainkan peranan
yang besar untuk memupuk amalan gaya hidup sihat dalam kalangan anak-anak.
Amalan ini adalah penting untuk dilaksanakan agar kesihatan rakyat dalam negara
ini sentiasa dalam keadaan yang baik. Oleh itu, langkah-langkah di atas
perlulah diamalkan oleh anak-anak yang menjadi pemimpin generasi akan datang
bak kata pepatah pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Semua rakyat
Malaysia haruslah mengamalkan gaya hidup sihat supaya penyakit seperti kencing
manis, obesiti, darah tinggi, sakit jantung dan sebagainya dapat dikurangkan
dalam jangka masa yang panjang ini. Jelasnya, jika hal-hal yang dinyatakan di
atas itu kita laksanakan, sudah pasti kita memiliki ciri-ciri manusia yang
berjaya bak kata pepatah hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih.
LATIHAN
5
Menabung amat penting untuk
menjamin kehidupan pada masa hadapan.
Apakah peranan ibu bapa dalam
memastikan amalan menabung menjadi budaya masyarakat kita?
Hidup ibarat roda, sekejap di atas, sekejap di bawah, begitulah
lumrah manusia dalam kehidupan. Menjelang era milieu yang sarat dengan
informasi dan teknologi, momentum arus terus bergerak ke depan dengan tidak
berlengah-lengah. Oleh itu, generasi muda perlu berjimat cermat dan sifat
menabung perlu disemai sejak anak-anak masih kecil lagi. Amalan menabuing ini
diharapkan terbawa-bawa sehingga dewasa. Menabung merupakan tabiat menyimpan
wang. Tanggungjawab untuk memupuk amalan ini dalam sanubari anak-anak jatuh
pada bahu ibu bapa. Dengan itu, ibu bapa perlu memainkan peranan mereka dengan
bijaksana ibarat menarik rambut di dalam tepung, rambut tidak putus, tepung
tidak berselerak. Persoalannya, apakah peranan yang perlu dimainkan oleh ibu
bapa dalam memastikan amalan ini menjadi budaya masyarakat kita?
Perkara pertama yang perlu dilakukan oleh ibu bapa bagi menerapkan amalan berjimat-cermat dalam diri anak-anak adalah dengan menjadikan amalan ini sebagai budaya keluarga. Hal ini kerana suasana keluarga merupakan cara yang paling cepat dan efektif bagi membentuk keperibadian anak-anak. “Anak ibarat sehelai kain putih, ibu bapa yang bakal mencorakkannya menjadi putih atau hitam”. Ibu bapa merupakan orang yang pertama berpeluang untuk berinteraksi dengan anak-anak. Anak-anak telah dibawa ke dunia ini oleh ibu bapa. Anak-anak datang ke dunia yang berwarna-warni ini dengan otak yang kosong. Oleh itu, ibu bapa perlulah mengisikan tempat kosong yang ada dalam minda anak-anak. Dengan kesempatan ini, ibu bapa boleh menyemai amalan menabung dalam jiwa anak-anak. Ibu bapa boleh mengajar anak-anak menabung dengan menyimpan sebahagian daripada wang perbelanjaan harian sekolah anak-anak. Ajarlah anak-anak berjimat-cermat dan tidak membelanjakan semua wang perbelanjaan harian yang diberi agar anak-anak tahu akan kepentingan menabung. Jelasnya, ibu bapa perlu memupuk tabiat ini dalam kalangan kanak-kanak “sebelum kudis menjadi tokak”.
Selain itu, ibu bapa wajar menerapkan amalan menabung dalam jiwa anak-anak sejak bangku prasekolah lagi, bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sewaktu anak-anak masih kecil, mereka sangat mematuhi kata-kata dan nasihat ibu bapa. Oleh itu, ibu bapa mudah memberitahu dan mendidik mereka amalan yang berunsur positif seperti amalan menabung. Anak-anak mudah dipengaruhi ketika mereka masih kecil. Mereka tidak akan mengingkari nasihat ibu bapa dan mengikut segala ajaran ibu bapa mereka. Dengan cara ini, amalan menabung, secara tidak langsung, mudah berakar umbi dalam hati anak-anak. Sekiranya didikan dan ajaran seperti ini diberikan sewaktu belia, anak-anak yang berdarah muda tidak akan mempedulikan ibu bapa lagi dan nasihat ini bagai mencurahkan air ke daun keladi. Ibu bapa yang melahirkan anak-anak dan membawa mereka ke alam fana ini, sekiranya mangajar kanak-kanak bukan tanggungjawab mereka, siapakah yang mampu bertanggungjawab dalam hal ini lagi? Oleh itu, ibu bapa perlu menerapkan amalan sedikit demi sedikit dalam jiwa anak-anak sejak kecil kerana sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.
Selain
itu, ibu bapa mengamalkan gaya hidup sederhana dan tidak menunjuk-nunjuk.
Anak-anak perlu diterapkan dengan gaya hidup yang sederhana dan tidak membazir.
Sebagai contohnya, jenis rumah dan perkakas di dalamnya menjadi penanda aras
paling senang bagi menilai taraf hidup sesebuah keluarga. Oleh itu, ibu bapa
perlulah bersederhana dalam pembelian peralatan di rumah dan setiap pembelian
perlu dibayar tunai tanpa berhutang. Kadangkala, terdapat keluarga yang sanggup
berhutang bagi membeli perabot dan perkakas rumah yang bergaya supaya mendapat
"pengiktirafan"orang berada oleh orang-orang di sekeliling walaupun
hakikat sebenarnya mereka tidak
berkemampuan .Mereka inilah yang berpegang pada prinsip biar papa asal bergaya.
Jika ada ibu bapa yang menjadikan hal ini sebagai budaya keluarga, diharapkan
mereka dapat menukar perspektif tersebut bagi memudahkan proses penerapan
amalan berjimat-cermat dalam diri anak-anak.
“Adat usang pusaka lama”, amalan
menabung merupakan tabiat yang bijak dan harus diwariskan secara turun-temurun.
Ibu bapa perlu mengajar anak-anak menguruskan wang dengan cekap. Mereka harus
memberitahu anak-anak cara penggunaan wang dan cara penyimpanannya. Mereka
perlu kerap menggalakkan anak-anak mengamalkan tabiat menabung. Membuka akaun bank untuk anak-anak
merupakan perkara pertama yang boleh diambil bagi menyiapkan anak-anak ke arah
berjimat-cermat. Malah, langkah ini boleh diambil sejak usia mereka masih bayi.
Ibu bapa dapat menaikkan semangat anak-anak untuk menabung dengan meminta
mereka membayangkan wang simpanan yang bakal digunakan untuk masa depan mereka
kelak. Kata orang tua, “semua orang memerlukan pujian”. Dengan hal tersebut,
ibu bapa boleh memuji anak-anak sekiranya mereka melakukan sesuatu yang baik.
Pujian dengan batasan tertentu boleh mewujudkan keyakinan anak-anak. Oleh itu,
mereka akan menerima nasihat dan ajaran ibu bapa dengan hati terbuka. Mereka
akan belajar pengurusan wang dengan cekap. Amalan menabung mudah ditanamkan.
Dengan itu, ibu bapa harus memuji anak-anak dan cara ini dapat memudahkan
penerapkan amalan menabung sudah terang seperti “murai berkicau hari siang”.
Pada
hakikatnya, ibu bapa berperanan
untuk menunjukkan contoh
teladan yang baik kepada anak-anak.
Ibu bapa sendiri
harus mengamalkan sikap menabung.
Mereka harus menabung wang bersama dengan anak-anak. Ibu bapa perlu
menunjukkan kepada anak-anak bahawa pada setiap bulan, mereka menyimpan
sejumlah kecil wang di bank atau pejabat pos. Perbuatan ibu bapa menyimpan wang
akan dicontohi oleh anak-anak. Anak-anak
mudah terikut-ikut oleh
tingkah laku ibu bapa dan mereka akan mengikut jejak langkah
ibu bapa. Oleh itu, ibu bapa perlu
menujukkan contoh yang baik. Mereka harus mengamalkan tabiat menabung
juga. Cuba anda
bayangkan, macam mana anak-anak akan rela hati untuk menabung sekiranya
ibu bapa mereka sendiri seorang yang boros dan tidak pandai
menguruskan wang? Hal ini jelas menunjukkan betapa pentingnya imej
yang diberikan oleh ibu bapa di depan anak-anak. Pepatah Melayu juga
mengatakan bagaimana acuan, begitulah kuihnya.
“Jika berkawan dengan tukang besi,
baju kita akan tercarik terkena percikan api; jika berkawan dengan penjual
pewangi harum, tubuh kita akan berbau harum”, Kawan merupakan ‘magnet sakti’
yang boleh mempengaruhi anak-anak yang berusia seumur jagung. Ibu bapa harus
menapis kawan anak-anak dan mengelakkan mereka berkawan dengan mereka yang
kurang berakhlak. Benteng iman yang lemah anak-anak mudah runtuh sekiranya
kegembiraan dan kemewahan mengaburi mata, bak kata pepatah, “ikut hati mati,
ikut rasa binasa”. Oleh itu, ibu bapa harus mengurangkan peluang anak-anak
untuk bercampur dengan golongan tidak bermoral. Anak-anak mudah terjerumus ke
dalam lembah maksiat. Anak-anak hanya tahu menghabiskan wang dan tidak tahu
betapa susah payahnya ibu bapa memperoleh wang untuk perbelanjaan anak-anak.
Dengan itu, amalan menabung akan dialpakan dan diketepikan oleh anak-anak. Oleh
itu, ibu bapa perlu mengelakkan anak-anak berkawan dengan mereka yang kurang
bersahsiah.
Sudah
terang lagi bersuluh, ibu bapa memang memainkan
peranan dominan dalam memastikan amalan menabung manjadi budaya masyarakat
kita. Pepatah cina mengatakan “Jikalau tiada wang semua kerja tak terjadi”.
Peribahasa Melayu pula menunjukkan “ada padii semua jadi, ada beras semua
deras”. Gambaran ini menunjukkan betapa pentingnya wang dalam zaman globalisasi
yang mengutamakan kebendaan dan material. Kita harus menyemai sifat menabung
dan menjadikan amalan ini sabagai satu tabiat hidup. Pembentukan generasi muda
barakhlak yang merupakan tonggak aspirasi untuk menerajui negara pada masa
depan amat diperlukan untuk merealisasikan kelahiran masyarakat madani. “Air
bersih, ikannya jernih”
LATIHAN 6
Ibu bapa memainkan peranan penting untuk
mencorakkan masa depan seseorang.
Pada pendapat anda, apakah peranan ibu bapa untuk
membantu anak-anak mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran.
Ibu bapa memainkan peranan yang
penting dalam sesebuah keluarga. Sebagai anak, seseorang itu memerlukan bantuan
dan sokongan daripada ibu bapa untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam
pelajaran. Dengan bantuan dan doa daripada ibu bapa, anak-anak mampu mencipta
kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran. Ibu bapa mempunyai tanggungjawab yang
amat besar terhadap anak-anak dan rumah tangga. Sekiranya, ibu bapa sering
mengabaikan anak-anak, anak-anak pasti berasa dirinya terabai dan mereka akan
melibatkan diri dalam kegiatan gejala
sosial yang tidak baik. Oleh hal yang demikian, ibu bapa perlulah
bertanggungjawab dan memastikan anak-anaknya
cemerlang dalam pelajaran. Persoalannya, apakah usaha-usaha yang perlu
dilakukan oleh ibu bapa untuk membantu anak-anak mencapai kejayaan yang
cemerlang dalam pelajaran?
Peranan pertama yang dapat dimainkan
oleh ibu bapa untuk membantu anak-anak mencapai kejayaan yang cemerlang ialah
ibu bapa mengutamakan iklim rumah tangga yang dibina dalam situasi yang aman dan bahagia.Anak kunci keamanan dan
kebahagiaan rumah tangga ialah sikap saling memahami, berkasih sayang dan
tambatan cinta yang luhur dan abadi.
Keharmonian dan keceriaan rumah tangga menjamin anak-anak membesar
dengan selamat dan sihat. Hal ini demikian kerana, kehidupan yang bahagia akan
membebaskan anak-anak daripada masalah keluarga seperti pertengkaran antara ibu
bapa atau ibu bapa yang berpecah-belah. Perpecahan keluarga boleh mengganggu
kesejahteraan dan pelajaran anak-anak. Dalam hal ini, peranan ibu bapa penting
dalam mewujudkan rumah tangga yang bahagia agar anak-anak dapat menganggap
“rumahku syurgaku”. Anak-anak sudah pasti dapat berusaha bersungguh-sungguh tanpa
gangguan dalam pelajaran kerana mereka hidup dalam keadaan gembira tanpa ada
tekanan yang berat. Tegasnya, ibu bapa bertanggungjawab memastikan anak-anak
membesar dalam suasana yang harmoni dan ceria sepanjang masa bagi mencapai kejayaan yang cemerlang dalam
pelajaran.
Selain itu, ibu bapa juga perlulah bertanggungjawab mengawasi
perkembangan dan pergaulan anak-anak dengan rakan sebaya. Pergaulan anak-anak
dengan rakan sebaya memberikan pengaruh yang besar dalam kehidupan harian dan
masa depan anak-anak. Hal ini demikian kerana anak-anak lebih mudah dipengaruhi
oleh rakan sebaya dalam segala tindakan atau kelakuan kerana remaja mempunyai
prinsip, nilai dan identiti yang hampir sama. Anak-anak lebih mempercayai dan
meyakini kawan daripada ibu bapa sehingga mereka sukar untuk membezakan antara
perkara baik dengan perkara yang buruk. Apabila anak-anak bergaul dengan rakan
yang bermasalah seperti ponteng sekolah dan menghisap rokok, mereka juga akan
mengikut jejak rakan sebaya itu dan hilang minat untuk belajar. Untuk menangani
hal ini, ibu bapa mestilah mengenali latar belakang setiap rakan sebaya anak
mereka dan mengenal pasti perubahan yang berlaku kepada anak-anak mereka pada
setiap masa. Ibu bapa perlulah bertindak lebih awal, bak kata pepatah beringat sebelum
kena, berjimat sebelum habis kerana anak-anak dapat diselamatkan dan boleh
memberikan tumpuan terhadap kecemerlangan dalam pelajaran. Tegasnya, ibu bapa
perlulah mengawasi perkembangan dan pergaulan anak-anak dengan rakan sebaya
bagi melahirkan anak-anak yang cemerlang dalam pelajaran.
Di samping itu, ibu bapa juga
perlulah memastikan anak-anak mendapat pendidikan agama dan moral yang
secukupnya. Pendidikan agama dan moral ini perlu diberikan sejak kecil lagi, bak
kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Anak-anak ibarat
sehelai kain putih, ibu bapalah yang mencorakkan warna pada kain tersebut.
Pendidikan agama dan moral yang diberikan oleh ibu bapa mampu menepis segala
bentuk kemungkaran yang berlaku. Anak-anak akan dapat membezakan perkara yang
baik dan yang buruk. Mereka juga akan menjadi anak-anak yang lebih
bertanggungjawab dan memahami peranan mereka sebagai seorang anak dan tidak
akan menghampakan harapan ibu bapa. Hasil didikan agama dan moral yang cukup ini dapat membantu anak-anak untuk memperoleh
kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran. Tegasnya, ibu bapa perlulah memberikan
didikan agama yang secukupnya untuk memastikan anak-anak mencapai kejayaan yang
cemerlang dalam pelajaran.
Seterusnya, ibu bapa juga perlulah
menyediakan kemudahan yang lengkap untuk anak-anak belajar supaya anak-anak
boleh memberikan tumpuan terhadap pelajaran.
Ibu bapa perlu memberi motivasi dan galakan terhadap anak-anak untuk
belajar. Dalam hal ini, ibu bapa perlulah menjadi contoh teladan yang baik terhadap
anak-anak kerana anak-anak akan mencontohi kelakuan ibu bapa mereka bak kata
pepatah, bagaimana acuan begitulah
kuihnya. Ibu bapa perlulah menitikberatkan pelajaran anak-anak dengan
menghantar anak-anak ke kelas tambahan atau tuisyen serta menyediakan buku-buku
rujukan yang lengkap untuk memudahkan anak-anak mengulang kaji pelajaran di rumah. Selain itu, ibu bapa juga
perlulah menyediakan bilik yang sesuai dan selesa untuk kemudahan anak-anak
belajar. Ibu bapa perlulah menggalakkan anak-anak membaca untuk mencapai
kecemerlangan dalam pelajaran. Oleh
itu, ibu bapa hendaklah membawa
anak-anak ke pameran buku, ke kedai buku atau ke perpustakaan. Langkah ini
penting kerana secara tidak langsung anak-anak telah ditanamkan dengan sikap
suka membaca. Situasi ini boleh menimbulkan persaingan dalam diri anak-anak
untuk membaca buku-buku tersebut. Natijahnya, anak-anak akan mempunyai
kesedaran dan keinsafan betapa pentingnya pengetahuan dalam kehidupan mereka
sehingga mereka berusaha untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam
pelajaran.
Tambahan lagi, ibu bapa juga
perlulah selalu berhubung dan berbincang dengan pihak sekolah serta
bertukar-tukar pendapat dengan guru-guru
tentang anak-anak. Untuk mengetahui perkembangan pelajaran dan sahsiah anak-anak
di sekolah, ibu bapa perlulah sentiasa berhubung dengan pihak sekolah terutama
guru kelas dan guru disiplin. Usaha ini penting kerana jika anak-anak
menghadapi masalah dalam pelajaran atau masalah disiplin, ibu bapa boleh
bertindak segera untuk menangani masalah tersebut. Dalam hal ini, anak-anak
pasti dapat diselamatkan daripada dipengaruhi
oleh rakan sebaya yang tidak sihat. Selain itu, ibu bapa juga perlu
sentiasa mengambil berat tentang masalah yang dihadapi oleh anak-anak walaupun
dalam kesibukan bekerja. Ibu bapa
mestilah bersedia menjadi pendengar yang baik kepada anak-anak setiap kali
anak-anak meluahkan masalah mereka. Masalah dan kesedihan anak-anak mestilah
dikongsi bersama agar perasaan tersebut tidak akan terpendam yang akan menjadi satu tekanan dalam diri anak-anak.
Biasanya, anak-anak yang memendam perasaan, pasti tidak dapat menumpukan
perhatian dalam pelajaran dan akhirnya mereka akan keciciran dalam
pelajaran. Oleh itu, jelaslah bahawa ibu
bapa perlu mengambil berat tentang masalah anak-anak mereka dalam pelajaran dan
selalu berbincang dengan guru-guru lain agar anak-anak mendapat pedoman dan
boleh memberikan tumpuan untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran.
Daripada perbincangan di atas,
dapatlah disimpulkan bahawa ibu bapa memainkan peranan yang penting untuk
membantu anak-anak mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran. Ibu bapa
hendaklah bertanggungjawab terhadap masa depan anak-anak sebelum nasi
menjadi bubur. Sekiranya ibu bapa kurang memberikan perhatian terhadap masa
depan anak-anak, anak-anak pasti sukar untuk mencapai kejayaan dan kemungkinan
mereka terjebak dalam masalah sosial sehingga sukar untuk diselamatkan.
Tegasnya, ibu bapa memainkan peranan yang besar dalam mencorakkan masa depan
anak-anak khususnya untuk mencapai kejayaan dan kecemerlangan dalam pelajaran.
Latihan
7
Dewasa ini, masalah gejala sosial di negara kita
semakin serius. Huraikan pendapat anda tentang punca-punca yang menyebabkan
masalah ini berlaku dan tuliskan cadangan-cadangan tentang peranan ibu bapa
dalam menangani gejala tersebut.
Masalah gejala sosial semakin
meruncing di negara kita sejak akhir-akhir ini. Dalam surat khabar sering
dipaparkan berita tentang golongan remaja yang terlibat dengan gejala sosial
ini. Gejala sosial dapat ditakrifkan sebagai satu kemelut sosial dan kekeliruan
yang timbul dalam kalangan remaja akibat daripada perkembangan sosial, ekonomi
dan politik yang pesat di negara ini. Contoh gejala sosial yang berlaku ialah
ponteng sekolah, remaja lari dari rumah, penagihan najis dadah, vandalisme
gengsterisme dan melepak. Masalah gejala sosial ini telah menjadi perdebatan
hangat dalam kalangan pemimpin sehingga menimbulkan kebimbangan tentang masa
depan para remaja. Menurut Hujatul Islam, Imam Al-Ghazali dalam bukunya Ihya’
Ulumuddin, sekiranya kita ingin melihat masa depan negara, maka lihatlah pada
diri remajanya. Seandainya baik diri remaja maka baiklah masa depan negara.
Sebaliknya, buruk diri remaja maka hancurlah masa depan sesebuah negara.
Persoalannya, apakah punca-punca yang menyebabkan gejala sosial ini dan apakah
cadangan-cadangan untuk menangani gejala sosial ini?
Salah satu punca yang menyebabkan
gejala sosial ialah ibu bapa yang terlalu sibuk dengan kerjaya dan urusan
seharian. Hal ini disebabkan oleh ibu bapa tidak dapat memberikan sepenuh
perhatian terhadap rumah tangga. Keadaan ini menyebabkan anak-anak berasa
dirinya kurang diambil berat dan kurang diberi perhatian oleh kedua-dua ibu
bapanya. Sebagai contoh, ibu bapa tidak mempunyai masa untuk bertanya masalah
anak-anak sama ada di sekolah ataupun di rumah. Apa yang menyedihkan, terdapat
ibu bapa yang tidak bekesempatan langsung untuk berbual-bual mesra dengan anak
kerana semasa keluar untuk bekerja terlalu awal dan apabila balik dari kerja,
hari sudah malam dan ada kemungkinan anak-anak telah memasuki untuk tidur. Ibu
bapa mungkin bertembung sebentar semasa bersarapan. Keadaan ibu bapa yang sibuk
boleh mewujudkan kerenggangan antara ibu bapa dengan anak-anak kerana anak-anak
tidak mendapat sepenuh belaian kasih sayang daripada ibu bapa. Menurut pakar
psikologi, remaja yang tidak mendapat belaian kasih sayang daripada ibu bapa
mudah terlibat dalam masalah gejala sosial seperti ponteng sekolah, melepak dan
menonton video lucah. Jelasnya anak-anak berbuat demikian untuk mendapatkan
perhatian ibu bapa.
Selain itu, masalah gejala sosial
berlaku kerana ibu bapa tidak memberikan didikan agama yang sempurna kepada
anak-anak. Hal ini berlaku disebabkan oleh ibu bapa tidak mengambil berat
tentang didikan agama terhadap anak-anak. Terdapat sesetengah ibu bapa yang
mengharapkan pihak lain terutamanya pihak sekolah dan guru memberikan didikan
agama kepada mereka. Pengabaian pendidikan agama akan menyebabkan remaja tidak
mempunyai asas panduan hidup dengan kukuh. Sebagai contoh, remaja mungkin hidup
dalam keadaan terumbang-ambing. Mereka tidak dapat menilai baik buruk sesuatu
perkara yang dilakukan oleh mereka. Remaja
juga sanggup melakukan apa-apa
sahaja dan mudah terpengaruh dengan situasi yang kurang sihat. Kecetekan
ilmu agama ini menyebabkan remaja kurang kesedaran dan keinsafan diri sehingga menyebabkan mereka mudah terjerumus dalam gejala sosial.
Jelasnya, ibu bapa yang tidak memberikan didikan agama yang sempurna kepada
anak-anak turut menyumbang berlakunya masalah gejala sosial.
Di samping itu, ibu bapa yang sering
bergaduh dan bertengkar di hadapan anak-anak turut menyumbang kepada
kepincangan institusi keluarga sehingga menyebabkan gejala sosial dalam
kalangan remaja. Ibu bapa yang sering bergaduh di hadapan anak-anak boleh
menyebabkan anak-anak berasa bosan dan menghadapi tekanan di rumah. Rumah bagi
anak bagaikan neraka kerana anak-anak tidak dapat menikmati kedamaian atau
ketenangan di rumah. Anak-anak akan menganggap ibu bapa tidak lagi mengambil
berat tentang keadaan diri mereka.
Suasana ketegangan seperti ini menyebabkan wujudnya kerenggangan hubungan
antara ibu bapa dengan anak-anak. Keadaan menjadi bertambah buruk apabila
kedua-dua ibu bapa bercerai-berai. Apatah lagi sekiranya, ibu bapa tersebut
telah berkahwin lain dan telah mempunyai anak dengan pasangan lain. Anak-anak
hasil perkahwinan yang pertama ini akan menjadi mangsanya. Mereka kehilangan
kasih sayang ibu bapa dan hidup tanpa belaian kasih sayang seorang ayah atau
ibu. Keadaan inj boleh menyebabkan jiwa anak-anak memberontak dan sebagai jalan
keluar, anak-anak mungkin mencari
seseorang untuk meluahkan perasaan dan melepaskan tekanan yang dihadapinya.
Sebagai contoh anak-anak yang kehausan kasih sayang daripada ibu bapa ini akan
mudah terpengaruh oleh ajakan rakan sebaya yang tidak baik. Keadaan ini boleh
membawa anak-anak atau remaja terjerumus dalam kancah gejala sosial. Tegasnya,
kehidupan rumah tangga yang tidak aman, sering bergaduh dan berpecah-belah turut menyebabkan anak-anak
terlibat dalam masalah gejala sosial.
Selain itu, pengaruh rakan sebaya
merupakan faktor yang turut mempengaruhi remaja terlibat dalam masalah gejala
sosial. Ibu bapa yang terlalu sibuk dengan kerjaya biasanya tidak ada tumpuan
terhadap keluarga. Keadaan ini menyebabkan anak-anak berasa kesunyian kerana
tidak ada tempat untuk mengadu atau menceritakan masalah yang dihadapi oleh
mereka. Oleh sebab itu, anak-anak akan mencari seseorang teman atau rakan
sebaya untuk menceritakan masalah mereka. Remaja yang tidak mendapat kasih sayang
daripada ibu bapa dan tidak mendapat asas didikan agama akan lebih mudah
terpengaruh oleh ajakan rakan sebaya. Menurut pakar psikologi, anak-anak remaja
lebih mudah meniru, mencontohi dan terikut-ikut dengan sikap rakan sebaya
kerana mereka mempunyai nilai, sikap, identiti dan perasaan yang hampir sama.
Kumpulan rakan sebaya ini biasanya mempunyai prinsip dan setiap ahli kumpulan
akan akur dan patuh kepada kumpulan tersebut. Kebanyakan remaja berasa bimbang
kerana disingkirkan daripada kumpulan rakan sebaya. Oleh sebab itu, remaja
sanggup melakukan apa-apa sahaja kehendak anggota kumpulan rakan sebaya.
Sebagai contoh, seandainya rakan sebaya mereka melepak atau ponteng sekolah,
remaja tersebut sudah pasti mencontohi kelakuan tersebut. Dalam hal ini, nasihat
ibu bapa tidak akan ambil peduli. Sekiranya, ibu bapa memarahi mereka, remaja
ini sanggup lari dari rumah mengikuti rakan sebaya mereka. Jelasnya pengaruh
rakan sebaya yang tidak baik turut menjerumuskan remaja dalam masalah gejala
sosial.
Untuk menangani masalah gejala
sosial ini, ibu bapa perlulah memberikan sepenuh perhatian dan tumpuan terhadap
rumah tangga dan anak-anak. Ibu bapa perlulah memberikan kasih sayang dan
mengambil berat tentang anak-anak. Ibu bapa juga perlulah selalu berhubung dengan
pihak sekolah untuk menanyakan perkembangan diri anak-anak dan pelajaran mereka
di sekolah. Selain itu, ibu bapa juga perlu mewujudkan suasana rumah tangga
yang aman damai agar anak-anak dapat menyatakan “rumahku syurgaku”. Ibu bapa
juga perlulah mengelakkan pergaduhan di hadapan anak-anak supaya anak-anak akan
menghormati mereka. Ibu bapa juga perlu menjadi suri teladan kepada anak-anak
agar anak-anak dapat mencontohi kelakuan ibu bapa mereka. Bak kata pepatah “
bagaimana acuan, begitulah kuihnya”. Apabila wujud kasih sayang terhadap
anak-anak, anak-anak akan berasa diri mereka dihargai dan diambil berat. Ibu
bapa yang berjaya memahami jiwa anak-anak dan ditambah pula dengan kemahiran
keibubapaan mampu wujudnya sebuah rumah tangga yang bahagia. Suasana ketenangan
dan dilimpahi kasih sayang dapat menjadi tarikan kepada anak-anak agar tidak
terjerumuskan diri dalam gejala sosial atau terpengaruh oleh ajakan rakan
sebaya yang tidak sihat.
Di samping itu, ibu bapa juga
perlulah memberi didikan agama yang secukupnya kepada anak-anak sejak kecil.
Bak kata pepatah “ melentur buluh biarlah dari rebungnya” dan “ asas pendidikan
bermula dari rumah”. Anak-anak ibaratkan seperti sehelai kain putih dan ibu
bapalah yang mencorakkan warna pada kain putih tersebut. Oleh sebab itu, ibu
bapa perlulah memberi didikan agama kepada anak-anak agar anak-anak dapat
menghayati ajaran agama dan nilai murni dalam kehidupan. Didikan agama yang
sempurna mampu membentuk keperibadian
dan budi pekerti yang mulia kepada anak-anak. Sebagai contoh, anak-anak akan
sentiasa menyedari akan tanggungjawab mereka sebagai seorang anak kerana mereka
memiliki keinsafan dan kesedaran diri yang tinggi. Anak-anak akan sentiasa
bertutur dengan cara lemah lembut dan penuh hormat terhadap ibu bapa dan orang
yang lebih tua. Anak-anak yang ada asas didikan agama sentiasa akan menjaga
tindak- laku dan tidak akan meninggalkan solat dan mereka akan membesar sebagai
seorang remaja yang mempunyai pinsip dan jati diri serta tidak akan terpengaruh
oleh ajakan rakan sebaya yang tidak sihat. Jelasnya, didikan agama yang
sempurna mampu melahirkan anak-anak yang keperibadian mulia dan mereka akan
berasa malu sekiranya mereka melakukan sesuatu yang boleh mencontengkan arang
ke arah muka ibu bapa.
Seterusnya, ibu bapa juga perlulah
mengambil berat persahabatan anak-anak mereka dengan rakan sebaya. Hal ini
demikian kerana ibu bapa boleh mengawal disiplin mereka. Ibu bapa perlulah
memastikan anak-anak bergaul dengan
rakan-rakan yang berakhlak mulia. Dalam hal ini, ibu bapa perlu mengetahui
tujuan dan sebab-sebab anak-anak mereka keluar rumah dan balik lewat ke rumah.
Ibu bapa juga jangan terlalu memberi kebebasan yang keterlaluan dalam bergaulan
untuk memastikan anak-anak mereka tidak terlibat dengan anak-anak yang bermasalah
di sekolah atau di luar sekolah. Selain itu, ibu bapa juga perlulah selalu
berhubung dengan guru-guru kelas atau guru pelajaran anak-anak mereka di
sekolah untuk mengetahui tingkah laku dan prestasi akademik mereka di sekolah.
Menurut seorang Ahli Fikir Islam, Ibn Sina, “hendaklah setiap ibu bapa
meletakkan anak-anak mereka dalam kalangan anak-anak kelakuannya yang berakhlak
mulia”. Anak-anak yang sentiasa dikawal oleh disiplinnya dan pergaulannya oleh
ibu bapa sejak kecil, anak-anak ini akan membesar dalam suasana yang baik dan
berbudi pekerti mulia.
Berdasarkan perbincangan di atas
dapat disimpulkan bahawa masalah gejala sosial memang merupakan salah satu
masalah yang meruncing dan perlu ditangani segera oleh semua pihak terutamanya
ibu bapa. Ibu bapa sebagai ketua keluarga perlulah bertanggungjawab dan
mengambil berat terhadap anak-anaknya. Saya berharap anak-anak juga perlulah
mempunyai kesedaran dan keinsafan serta tahu menghargai segala pengorbanan yang
telah dilakukan oleh ibu bapa mereka. Tegasnya, masalah gejala sosial perlu
ditangani daripada peringkat akar umbi agar tidak menjadi barah dalam
masyarakat sehingga menjejaskan nama baik negara di persada masyarakat.
Latihan
8
Keluarga
memainkan peranan penting dalam mencorakkan kehidupan anak-anak. Oleh itu, pendidikan anak-anak sebenarnya
bermula di rumah.
Berikan
pendapat anda tentang peranan keluarga dalam pembentukan sahsiah anak-anak.
Profesor
Di raja Ungku Aziz pernah mengatakan bahawa rumah merupakan universiti
pertama bagi anak-anak dan ibu bapa pula merupakan profesor pertama bagi mereka
. Kata-kata ini jelas menunjukkan bahawa ibu bapa dan setiap ahli keluarga
memainkan peranan yang sangat penting dalam pembentukan sahsiah anak-anak .
Anak-anak merupakan anugerah dan amanah Tuhan yang tidak ternilai . Ibu bapa
bertanggungjawab untuk mewujudkan rumah tangga yang aman dan damai kerana
anak-anak akan berasa bahagia apabila ibu bapa memberikan sepenuh kasih sayang
dan melindungi diri anak-anak mereka. Anak-anak
ibarat sehelai kain putih , ibu bapalah yang mencorakkan warna pada kain
tersebut. Persoalannya , apakah
peranan keluarga khususnya ibu bapa dalam pembentukan sahsiah anak-anak ?
Ibu
bapa memainkan peranan penting bagi memastikan pembentukan sahsiah anak-anak
dengan memberikan didikan agama yang sempurna dalam diri anak-anak . Pepatah
sering menyatakan bahawa melentur buluh biarlah dari rebungnya .
Peribahasa ini jelas menunjukkan bahawa pendidikan agama perlu diterapkan dalam
diri anak-anak sejak kecil lagi agar anak-anak dapat membuka minda serta
mengelakkan diri daripada terjebak dalam perlakuan negatif . Penerapan nilai
agama dapat membantu anak-anak untuk membezakan antara baik dan buruk perlakuan
yang akan dilakukan . Selain itu , anak-anak juga akan membesar dengan perpandukan
ajaran agama . Didikan agama yang sempurna merupakan benteng yang ampuh untuk
mengelakkan anak-anak terjebak dalam kancah gejala sosial. Anak-anak yang
dibesarkan dalam keluarga yang mementingkan didikan agama akan menjadi anak
yang baik sahsiah dan akhlaknya . Sebagai contoh , jika sesebuah keluarga
mempunyai pegangan agama yang kuat, anak-anak mereka akan mempunyai tingkah
laku yang baik kerana madu satu tong dirembes, rembesnya madu juga.
Jelaslah bahawa pendidikan agama yang secukupnya sangat penting untuk membentuk
sahsiah anak-anak.
Selain
itu, ahli keluarga khususnya ibu bapa berperanan sebagai suri teladan kepada
anak-anak bagi memastikan anak-anak mempunyai sahsiah yang baik . Hal ini
demikian kerana anak-anak yang berusia setahun jagung memang mudah
mencontohi sebarang bentuk perlakuan orang yang lebih dewasa daripadanya.
Dengan erti kata lain, sekiranya ahli keluarga yang lebih tua memiliki sahsiah
yang baik, sudah tentu perbuatan ini
dapat dicontohi oleh anak-anak kerana pepatah Melayu ada mengatakan bahawa ke
mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi . Sebagai contohnya , jika ahli
keluarga yang lebih dewasa rajin membaca , sudah pasti anak-anak yang terdidik
dalam suasana demikian akan mencontohi perbuatan ahli keluarga yang gemar membaca. Tokoh-tokoh pujangga pernah menukilkan bahawa
kalau asal benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau , terlontar ke
udara menjadi kejora, dicampak ke bumi menjadi penawar. Pernyataan di atas jelas menunjukkan betapa besarnya peranan
yang dimainkan oleh sesebuah keluarga dalam pembentukan sahsiah anak-anak . Ibu
bapa perlulah menjadi suri teladan yang boleh dicontohi anak-anak . Ibu bapalah
yang akan mencorakkan kehidupan anak-anak di peringkat awal. Sekiranya corak
yang dilakar menarik dan cantik , maka akan baik dan eloklah pembentukan akhlak
anak-anak. Anak –anak yang sering mencontohi perbuatan ibu bapa yang baik ,
tidak akan sesekali cuba melakukan sesuatu yang boleh menconteng arang
atau menjatuhkan maruah keluarga. Tegasnya, ibu bapa memainkan peranan penting
dalam pembentukan sahsiah anak-anak.
Di samping itu, ibu bapa juga perlulah melatih
anak-anak agar saling bekerjasama dan berkasih sayang bagi melahirkan anak-anak
yang bersahsiah mulia . Dalam hal ini , ibu bapa perlulah memberikan sepenuh
kasih sayang kepada diri anak-anak bagai menatang minyak yang penuh agar
anak-anak tahu menghargai hidup untuk saling berkasih sayang . Ibu bapa perlu
meletakkan panggilan manja untuk anak-anak seperti panggilan Kak Long atau
Abang Long bagi anak sulung dan Kak Ngah atau Abang Ngah bagi anak kedua supaya
kemesraan dan kasih sayang sesama ahli keluarga tidak luput. Budaya terima kasih juga perlu diajarkan
kepada anak-anak supaya wujud rasa penghargaan terhadap orang lain setiap kali
menerima bantuan. Ibu bapa juga
hendaklah melatih anak-anak bekerjasama dalam melakukan sesuatu perkara dan
kerja rumah agar anak-anak membesar dalam suasana yang saling bekerjasama .
Perbuatan seperti ini akan terbawa-bawa apabila anak-anak sudah dewasa dan
mempunyai keluarga sendiri. Jelasnya, ibu bapa yang berperanan untuk mewujudkan
kerjasama dan kasih sayang dalam kalangan ahli keluarga akan dapat melahirkan
warga yang bersatu-padu dan saling menghormati.
Seterusnya,
ibu bapa perlulah mendidik anak-anak cara hidup sederhana dan bertanggungjawab
. Ibu bapa harus menyediakan jadual tugasan di rumah supaya anak-anak lebih
bertanggungjawab. Anak-anak perlu diajar tentang pengurusan diri seperti
membasuh baju, menggosok pakaian dan
menyimpan baju dalam almari . Anak-anak juga perlu diajar supaya bersifat
sederhana dan bersyukur dengan apa-apa sahaja yang ada di rumah mereka . Hal
ini amat penting untuk melahirkan anak-anak yang sentiasa bersyukur dengan apa
yang dimiliki . Ibu bapa juga perlu menerapkan nilai kesederhanaan diri
anak-anak di rumah agar anak-anak dapat menjadi insan yang sentiasa berjimat
cermat dan tidak boros dalam berbelanja . Anak-anak yang sudah diterapkan
dengan hidup yang sederhana akan membesar sebagai seorang yang sederhana
sikapnya , tidak sombong dan tidak berlebihan dalam sesuatu perkara. Anak-anak
juga melakukan sesuatu dengan penuh keikhlasan tanpa mengharapkan apa-apa
balasan. Hal ini penting bagi melahirkan generasi masa depan yang berpandangan
jauh. Tegasnya , pembentukan sahsiah anak-anak yang baik dapat
dilahirkan sekiranya ibu bapa mendidik anak-anak tentang cara hidup yang
sederhana dan bertanggungjawab .
Akhir
sekali, ibu bapa perlulah memantau serta mengawasi gerak geri anak-anak
khususnya anak-anak yang sudah meningkat remaja. Dalam hal ini , ibu bapa perlu
mengetahui aktiviti yang dilakukan oleh anak-anak mereka serta mengetahui latar
belakang rakan sebaya anak-anak.
Pergaulan anak-anak dengan rakan sebaya memberikan pengaruh yang besar
terhadap masa depan anak-anak kerana anak-anak lebih mudah dipengaruhi oleh
rakan sebaya dalam segala tindakan atau kelakuannya kerana mereka mempunyai
prinsip, nilai dan identiti yang hampir sama. Ibu bapa tidak wajar memberi
kebebasan yang sepenuhnya kepada anak-anak . Hal ini demikian kerana anak-anak
yang diberi kebebasan penuh oleh ibu bapa dibimbangi akan terjebak dengan
perbuatan tidak bermoral yang boleh menconteng arang di muka keluarga . Oleh
itu , ibu bapa perlulah mengenal pasti perubahan yang berlaku terhadap
anak-anak pada setiap masa agar ibu bapa boleh bertindak lebih awal, bak kata
pepatah , beringat sebelum kena , berjimat sebelum habis. Ibu bapa perlulah mengambil berat dengan
siapa anak mereka berkawan atau bersahabat dan mengetahui tujuan anak keluar
rumah dan balik lewat ke rumah. Sekiranya ibu bapa bertindak awal , sudah pasti
masa hadapan anak-anak dapat diselamatkan. Jelasnya , ibu bapa perlulah
memantau serta mengawasi gerak-geri anak-anak agar dapat melahirkan anak yang
berperibadi mulia .
Berdasarkan
perbincangan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa ibu bapa memainkan peranan
yang penting dalam pembentukan sahsiah anak-anak . Untuk melahirkan anak-anak
yang bersahsiah baik , ibu bapa perlulah menyedari akan tanggungjawab untuk mendidik anak-anak
menjadi insan yang mulia . Setiap ahli keluarga perlulah melengkapkan diri
mereka dengan pengetahuan dan ilmu keibubapaan . Hal ini penting kerana
pembentukan sahsiah anak-anak harus bermula dengan diri keluarga itu sendiri .
Ibu bapa harus membetulkan diri mereka terlebih dahulu agar anak-anak dapat
mencontohi segala perlakuan dan keperibadian mereka. Tegasnya, rumah tangga
merupakan kebun yang subur untuk melahirkan insan yang berjiwa luhur dan
bersahsiah mulia.
Latihan
9
Minat membaca terutama membaca buku-buku ilmiah
dalam kalangan anak remaja belum mencapai tahap yang memuaskan. Ibu bapa
memainkan peranan penting untuk menggalakkan anak-anak mereka membaca
karya-karya ilmiah agar dapat melahirkan generasi yang cinta akan ilmu.
Nyatakan usaha-usaha yang boleh diambil oleh ibu
bapa untuk mencapai hasrat tersebut.
Pada era globalisasi ini, ibu bapa
memainkan peranan penting untuk menggalakkan anak-anak mereka membaca
karya-karya ilmiah agar dapat melahirkan generasi yang cinta akan ilmu
pengetahuan. Hal ini demikian kerana anak-anak muda pada era ini, lebih gemar
membaca bahan-bahan bacaan yang ringan seperti surat khabar, novel cinta, komik, majalah hiburan dan
animasi kartun. Majalah atau buku yang sarat dengan ilmu dan pengetahuan
seperti buku-buku motivasi, pembinaan kendiri, falsafah, Majalah Dewan
Masyarakat, Solusi, Dewan Budaya, Al Islam,
dan Anis kurang diminati malah ada dalam kalangan mereka yang tidak tahu
akan kewujudan majalah tersebut di pasaran. Mereka berpendapat bahawa membaca
karya-karya ilmiah dianggap berat dan membosankan kerana memerlukan minda untuk
berfikir sedangkan majalah atau
buku-buku yang berunsurkan hiburan lebih seronok untuk dibaca kerana pembacaan
bagi mereka hanya sekadar mengisi ruang kosong dalam masa senggang sahaja. Apa
pun yang jelas, buku yang baik adalah kunci kepada khazanah kebijaksanaan. Ibu
bapa merupakan insan yang penting untuk melahirkan anak yang berilmu,
bersahsiah baik dan dihormati oleh orang lain. Persoalannya, apakah modus
operandi yang boleh diambil oleh ibu bapa untuk melahirkan generasi yang cinta
akan ilmu pengetahuan?
Untuk memupuk budaya membaca dalam
diri anak-anak, ibu bapa haruslah membawa anak-anak ke pesta buku atau pameran
buku seperti Pameran Buku Antarabangsa di PWTC yang diadakan pada setiap tahun. Hal
ini dapat melahirkan generasi yang cinta akan ilmu pengetahuan. Apabila ibu
bapa membawa anak-anak ke pameran buku, minat anak-anak untuk membaca buku akan
bercambah. Anak-anak akan dapat melihat pelbagai jenis buku yang menarik serta
menyeronokkan untuk dibaca. Mereka berpeluang untuk memilih buku-buku yang
disukai dan diminati. Dalam hal ini, peranan ibu bapa amat penting untuk
membimbing anak-anak agar dapat memilih buku yang berkualiti yang mampu membina
pemikiran atau minda anak-anak. Selain itu, anak-anak juga berpeluang untuk
membaca buku-buku yang berunsurkan keagamaan, falsafah, motivasi dan
sebagainya.. Hal ini secara tidak langsung, dapat meningkatkan ilmu pengetahuan
dalam diri anak-anak. Di samping itu, anak juga berpeluang untuk membaca
buku-buku yang memaparkan sejarah negara lain. Hal ini, dapat meningkatkan
pengetahuan am anak-anak tentang Negara luar.Tegasnya, usaha ibu bapa membawa
anak-anak mereka ke pameran buku merupakan salah satu langkah efektif yang
melahirkan minat anak-anak untuk membaca karya-karya ilmiah dan menjadi ulat
buku dan seterusnya menjadi generasi yang cinta akan ilmu pengetahuan.
Selain itu, ibu bapa harus menjadi suri teladan kepada anak-anak dalam
aspek membaca. Justeru, ibu bapa hendaklah
memulakan budaya membaca di rumah dengan menyediakan persekitaran yang
boleh merangsang minat anak-anak untuk
membaca buku-buku ilmiah. Ibu bapa hendaklah membaca buku-buku dan surat
khabar pada setiap hari terutama pada
waktu senggang. Perbuatan ibu bapa yang suka membaca pasti akan dicontohi dan
diikuti oleh anak-anak kerana pepatah menyatakan bagaimana acuan begitulah
kuihnya, ke mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi. Pada zaman ini, anak-anak
tidak tahu untuk mengisi masa lapang dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah
Jadi, ibu bapa boleh mendidik anak anak sejak kecil lagi untuk membaca
buku-buku ilmiah. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya dan asas
pendidikan bermula dari rumah. Ibu bapa boleh melakukan aktiviti membaca
bersama anak-anak pada hari cuti sewaktu semua ahli keluarga berehat di rumah.
Dalam hal ini, Ibu bapa janganlah menjadi seperti ketam mengajar anaknya
berjalan betul, sedangkan diri sendiri
tidak betul. Sekiranya, ibu bapa tidak pernah membaca bahan-bahan
ilmiah, bagaimanakah anak-anak hendak membaca bahan-bahan tersebut. Anak-anak
akan suka membaca apabila melihat orang tuanya membaca. Jelasnya, ibu bapa
harus menjadi suri teladan yang baik
kepada anak-anak kerana anak-anak akan menjadikan membaca sebagai satu
amalan ke mana-mana sahaja mereka pergi bak kata pepatah kalau asal benih
yang baik jatuh ke laut menjadi pulau, terlontar ke udara menjadi kejora,
dicampak ke bumi menjadi penawar.
Di samping itu, Ibu bapa perlu
menambahkan sumber bacaan dengan membeli banyak buku atau majalah yang yang
mengandungi ilmu pengetahuan yang boleh mengembangkan minda
anak-anak. Pepatah menyatakan
bahawa membaca jambatan ilmu. Apabila anak- anak banyak membaca, sudah tentu
pengetahuan mereka pun akan meningkat. Sebagai ibu bapa, mereka hendaklah
membeli bahan bacaan secara tetap pada setiap bulan seperti Majalah Dewan
Masyarakat, Dewan Pelajar, Dewan Siswa, Al Islam dan Solusi selain surat khabar yang dibeli
secara harian. Secara tidak langsung, anak-anak akan tertarik untuk membaca
buku-buku dan majalah yang mengandungi banyak ilmu dan pengetahuan yang dibeli
oleh ibu bapa mereka. Minat untuk membaca bahan-bahan yang berkualiti pasti
akan bercambah dalam jiwa mereka. Anak-anak yang disuburkan dengan budaya
membaca, pasti dapat membina jati diri unggul, mempunyai minda sihat,
berketerampilan sebagai orang berilmu dan berpengetahuan tinggi. Selain itu,
ibu bapa boleh memberikan hadiah berupa buku sempena hari lahir atau hadiah
sempena kejayaan anak-anak dalam pelajaran atau peperiksaan sebagai ganjaran.
Sebagai contohnya, ibu bapa boleh menghadiahkan buku-buku motivasi sempena hari
lahir anak. Hadiah tersebut dapat memotivasikan diri anak-anak. Mereka akan
belajar bersungguh-sungguh kerana menghargai jasa ibu bapa. Amalan seperti ini
akan menyebabkan anak-anak hidup dalam dunia buku. Tak kenal maka tak
cinta.
Seterusnya ibu bapa juga hendaklah
menggalakkan anak-anak membaca buku
dengan cara mendaftar anak mereka menyertai kelab buku. Melalui penyertaan dalam
kelab buku, anak-anak akan menyertai pelbagai aktiviti dan mengetahui
perkembangan buku yang terkini. Sebagai contohnya, anak-anak boleh menjadi ahli Kelab Buku
Ilmiah yang ditubuhkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Apabila anak-anak menjadi ahli kelab buku,
mereka didedahkan dengan pelbagai perkara yang berkaitan dengan buku . Secara
tidak langsung, anak-anak juga dapat membezakan bahan bacaan yang bermutu dan
bahan bacaan yang tidak berkualiti. Anak-anak pasti memilih bahan-bahan yang
berkualiti kerana boleh mematangkan minda seseorang dalam mengeluarkan pendapat
atau melakukan tindakan. Selain itu, ibu bapa juga boleh
menggalakkan anak-anak menyertai Kempen
Galakan Membaca dan Kembara Buku yang
dianjurkan oleh pelbagai pihak. Dengan menghadiri kempen-kempen membaca,
anak-anak bukan sahaja mendapat kesedaran tentang pentingnya membaca
malah ibu bapa turut memperoleh manfaatnya.
Tegasnya, ibu bapa perlulah membawa anak-anak menghadiri kempen-kempen
membaca dan menggalakkan anak-anak menyertai ahli kelab buku agar
anak-anak membaca bahan-bahan ilmiah
yang dapat membentuk anak-anak menjadi insan yang mulia dan disanjung tinggi.
Selain itu, ibu bapa boleh membina perpustakaan mini yang
mengandungi bahan-bahan ilmiah yang menempatkan pelbagai jenis buku ilmiah
seperti novel karya agung, kamus,
buku- buku agama, dan buku motivasi diri
selain buku pelajaran dan buku rujukan. Hal ini dapat menyuburkan minat
anak-anak untuk membaca buku-buku yang
disimpan di rak buku tersebut. Ibu bapa juga hendaklah memainkan peranan dan
memastikan anak mereka membaca buku-buku yang disediakan dalam perpustakaan
mini di rumah. Anak-anak juga
digalakkan untuk membaca surat
khabar atau majalah ilmu pada setiap hari dan membaca sebuah buku pada setiap minggu. Hal ini akan menyebabkan masa
lapang anak-anak terisi dengan aktiviti membaca tanpa perlu keluar rumah.
Perpustakaan mini yang disediakan oleh ibu bapa tidak memerlukan modal yang
banyak. Buku-buku dan majalah yang dibeli pada setiap bulan boleh disimpan
dalam perpustakaan mini tersebut. Pembacaan buku dan majalah yang berulang kali
dapat menguatkan minda anak-anak. Pepatah menyatakan bahawa bangsa yang
membaca, bangsa yang berjaya. Apabila
anak-anak sudah biasa didedahkan untuk membaca surat khabar pada setiap hari dan sebuah buku pada setiap
minggu, anak-anak akan biasa berbuat demikian
dan menjadikan membaca sebagai amalan rutin harian kerana alah bisa,
tegal dek biasa. Mereka akan selalu membaca apabila ada
masa terluang dan mereka akan menghargai masa kerana masa itu emas.
Tambahan pula, jika ibu bapa mempunyai waktu terluang, mereka bolehlah membawa
anak-anak ke perpustakaan awam yang berhampiran dengan tempat tinggal
mereka. Perpustakaan awam memuatkan
berjuta-juta buku yang boleh meningkatkan ilmu pengetahuan anak-anak. Malahan,
apabila anak-anak pergi ke perpustakaan awam, mereka dapat membaca buku dalam
keadaan yang senyap, aman, damai dan tenang. Jelasnya, usaha ibu bapa membawa
anak-anak mereka ke perpustakaan awam dan menyediakan perpustakaan mini di
rumah dapat melahirkan generasi yang cinta akan ilmu pengetahuan.
Tambahan
lagi, ibu bapa juga boleh memupuk minat membaca bahan-bahan ilmiah dengan
membimbing anak-anak mereka melayari internet. Internet merupakan sumber ilmu
yang boleh digunakan oleh semua lapisan masyarakat. Namun, terdapat remaja yang
yang menyalahgunakan internet seperti melihat gambar-gambar lucah. Dalam
konteks ini, ibu bapalah merupakan pembimbing kepada anak-anak mereka. Ibu bapa
perlu mendidik anak-anak melayari internet untuk mencari judul buku ilmiah yang terkenal supaya boleh dibeli
di kedai-kedai buku berhampiran. Hal ini dapat
menggalakkan anak-anak membaca karya-karya ilmiah supaya boleh
melahirkan generasi yang cinta akan ilmu pengetahuan. Ilmu yang diperoleh
daripada bahan-bahan ilmiah boleh dijadikan sebagai panduan hidup. Hal ini
disebabkan mesej-mesej yang terkandung dalam bahan bahan ilmiah penting dalam
kehidupan. Justeru, ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam memupuk minat
membaca buku-buku ilmiah.
Berdasarkan perbincangan di atas,
dapatlah saya simpulkan bahawa untuk melahirkan generasi yang cinta akan ilmu
pengetahuan, ibu bapalah yang memainkan peranan penting menggalakkan anak-anak
membaca bahan-bahan ilmiah. Ibu bapa harus menanamkan sikap suka membaca dalam kalangan
anak mereka kerana membaca akan menjadikan minda anak-anak mereka cerdas. Oleh
hal yang demikian, ibu bapa mestilah menjadi pendorong untuk menyemaikan
minat membaca dalam kalangan anak mereka. Jika anak-anak sudah jatuh cinta dengan aktiviti membaca, kejayaan dalam bidang pelajaran
akan terbentang luas di depan mereka pada masa depan. Ibn Khaldun dalam karya besarnya, Muqaddimah,
pernah berkata bahawa kekuatan ilmu bukan sahaja menjadi syarat dan pelengkap
kepada kekuatan fizikal, malah memberi arah dan makna kepada manusia dan bangsa
terbabit. Tegasnya, ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam melahirkan
generasi yang cinta akan ilmu pengetahuan.
Latihan 10
Ibu bapa sentiasa mengharapkan anak-anak mereka
menjadi insan yang berguna.
Bincangkan usaha-usaha yang wajar dilakukan oleh ibu
bapa untuk memastikan harapan mereka itu tercapai.
Anak-anak
yang sihat serta memperlihatkan kecemerlangan diri merupakan idaman setiap ibu
bapa. Dalam hal ini, ibu bapa bertanggungjawab penuh untuk merealisasikan hal
tersebut. Setiap ibu bapa mengharapkan anak-anaknya menjadi insan yang berguna
kepada agama, bangsa dan negara. Mereka perlu berusaha untuk merealisasikan
impian itu dengan mengaplikasikan kemahiran keibubapaan ke tahap yang paling
optimum. Jika hal ini dipraktikkan, harapan untuk memiliki anak-anak yang
berguna akan dapat direalisasikan. Persoalannya,apakah usaha-usaha yang wajar
dilakukan oleh ibu bapa untuk memastikan harapan mereka tercapai?
Usaha paling asas yang wajar
dilakukan oleh ibu bapa untuk memastikan anak-anak mereka menjadi insan yang
berguna ialah mewujudkan suasana kekeluargaan yang saling berkasih sayang. Ibu
bapa haruslah memahami bahawa anak-anak memerlukan perhatian dan kasih sayang
mereka. bu bapa boleh mencurahkan kasih sayang sama ada berbentuk luahan kata
dan perbuatan yang secukup kepada anak-anak agar anak-anak berasa diri mereka
diambil berat dan tidak diabaikan oleh ibu bapa. Misalnya, ibu bapa haruslah memberikan
pujian kepada anak-anak sama ada dengan cara memberikan hadiah ataupun dengan
mengucapkan kata-kata positif apabila anak-anak mendapat keputusan yang
cemerlang. Hal ini penting kerana sepatah kata yang positif daripada ibu bapa
dapat menyuntik semangat dan memberikan dorongan serta motivasi kepada
anak-anak untuk terus berusaha mencapai kejayaan kerana pepatah menyatakan
rajin dan usaha, tangga kejayaan.Kajian menunjukkan bahawa punca kebanyakan
anak menjadi sampah masyarakat adalah kerana keadaan rumah tangga yang
porak-peranda di samping sikap ibu bapa yang materialistik dan mementingkan
kerjaya .Sebagai contohnya,banyak ibu bapa yang menyerahkan tanggungjawab
mendidik anak-anak kepada pembantu rumah sepenuhnya. Hal ini menyebabkan
anak-anak berasa tersisih dan diabaikan lalu melakukan perkara-perkara negatif.
Tegasnya,anak-anak akan menjadi insan yang berguna kepada keluarga, masyarakat,
agama, dan negara jika keluarga yang saling berkasih sayang dan mengambil berat
dapat diwujudkan.
Selain itu,untuk memastikan
anak-anak menjadi insan yang berguna juga, ibu bapa perlu menyediakan kediaman
yang menepati konsep “Rumahku Syurgaku” demi keselesaan anak-anak. Ibu bapa
perlulah mewujudkan rumah tangga yang aman dan damai supaya anak-anak berasa
tenang ketika berada di rumah. Setiap ibu bapa perlulah mengelakkan
pertelingkahan di hadapan anak-anak. Ibu bapa hendaklah mengucapkan kata-kata
yang lemah-lembut agar anak-anak mendengar segala arahan dan nasihat daripada
ibu bapa. Bagi mewujudkan keselesaan dalam rumah tangga, ibu bapa perlulah
menyediakan kemudahan yang lengkap untuk ahli keluarganya seperti bilik tidur
yang mencukupi, bilik untuk anak-anak belajar dan bilik untuk anak-anak
menonton televisyen atau bermain komputer. Sudah terbukti bahawa anak-anak yang
tinggal di kediaman yang kurang selesa cenderung untuk melepak dan
sesetengahnya tidak pulang ke rumah. Amalan melepak ini mendedahkan anak-anak
kepada pelbagai bentuk gejala negatif seperti merokok, menagih dadah dan
sebagainya. Hal ini banyak berlaku di bandar-bandar besar, khususnya di
kawasan-kawasan setinggan. Oleh hal yang demikian ,ibu bapa perlu menyediakan
kediaman yang selesa untuk anak-anak mereka sekiranya mereka menginginkan
anak-anak mereka menjadi insan yang berguna dan menyayangi keluarganya.
Di samping itu, untuk memastikan
anak-anak menjadi insan yang berguna, setiap ibu bapa haruslah memberikan
didikan agama yang sempurna kepada anak-anak sejak mereka kecil lagi kerana
pepatah menyatakan bahawa kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya
dan asas pendidikan bermula dari rumah.. Didikan agama yang sempurna dapat
membentuk akhlak dan pekerti mulia kepada anak-anak di samping membantu mereka
mengetahui batas hidup yang betul. Penerapan nilai agama dapat membantu
anak-anak untuk membezakan baik atau
buruk sesuatu perkara dan anak-anak membesar dengan berpandukan ajaran agama.
Sebagai contoh, jika keluarga tersebut berasal dari keluarga yang baik,
kebiasaannya keturunannya akan baik. Jika ibu bapa mempunyai pegangan didikan
agama yang kuat, anak-anak mereka juga akan mempunyai tingkah laku yang baik
kerana madu satu tong dirembes, rembesnya madu juga, dan bagaimana acuan
begitulah kuihnya. Dengan kesempurnaan didikan agama, anak-anak dapat mengawal
diri daripada melakukan maksiat seperti meragut, berfoya-foya dan
sebagainya.Tegasnya, didikan agama yang sempurna dapat merealisasikan impian
ibu bapa untuk memiliki anak-anak yang berguna.
Seterusnya, untuk memastikan
anak-anak menjadi insan yang berguna, ibu bapa mestilah menjadi suri teladan
yang terbaik kepada anak-anak, bak kata pepatah bagaimana acuan begitulah
kuihnya. Ibu bapa janganlah menjadi seperti “ketam mengajar anaknya berjalan
betul”. Ibu bapa meminta anak-anak menunjukkan contoh terbaik sedangkan mereka
tidak menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak. Gaya mendidik anak-anak
seperti ini tidak akan berkesan. Peribahasa Melayu “bapa borek anak rintik”
sudah jelas membuktikan bahawa segala tindak tanduk ibu bapa akan menjadikan
ikutan anak-anak, kerana anak-anak biasanya meniru tingkah laku dan percakapan
ibu bapa. Anak-anak yang membesar di bawah didikan ibu bapa yang berjaya
menjadi suri teladan yang baik akan menjadi insan yang baik dan
bertanggungjawab. Oleh itu, ,ibu bapa haruslah sentiasa menjaga tingkah laku
dan mengelakkan penggunaan bahasa yang kasar dalam kehidupan sehari-hari. Hal
ini demikian kerana keperibadian ibu bapa menjadi penentu tingkah laku
anak-anak pada masa hadapan. Jelasnya, ibu bapa harus menjadi contoh teladan
yang baik agar anak-anaknya turut menjadi insan yang baik dan berguna.
Tambahan lagi, ibu bapa perlulah
bersedia untuk menerima sebarang teguran daripada orang lain berkaitan dengan
tingkah laku anak-anak mereka dengan hati terbuka. Sebagai ibu bapa yang
bertanggungjawab dan ingin membentuk anak mereka menjadi insan yang berguna,
ibu bapa tidak sepatutnya menyebelahi anak-anak mereka apabila orang lain
memberi teguran. Hal ini demikian kerana teguran yang diberi itu bukanlah untuk
memburuk-burukkan anak mereka tetapi untuk membetulkan kesilapan yang telah
dilakukan oleh anak mereka. Dalam konteks ini, falsafah “menjaga tepi kain
orang lain” dalam masyarakat adalah
untuk kebaikan bersama dan ibu bapa perlulah menerimanya secara positif.
Berdasarkan teguran yang diberikan, ibu bapa perlulah segera membetulkan
kesilapan anak dan mencari punca anak mereka berbuat kesilapan sedemikian rupa
agar anak mereka tidak mengulangi kesilapan yang sama. Jadi, untuk membentuk
anak menjadi insan yang berguna, ibu bapa perlu menerima kritikan dan teguran
orang lain dengan hati yang terbuka. Peribahasa “sesal dahulu pendapatan, sesal
kemudian tidak berguna” atau “sudah terhantuk baru terngadah” sewajarnya
menjadi panduan kepada ibu bapa.
Akhir sekali, ibu bapa perlu
sentiasa mengikuti perkembangan pendidikan anak-anak sama ada dalam aspek
kurikulum, kokurikulum dan sahsiah anak-anak. Sikap prihatin dan ambil berat
ibu bapa menyebabkan anak-anak berasa diri mereka diutamakan. Untuk tidak
mengecewakan ibu bapa, anak-anak akan berusaha meningkatkan kecemerlangan sama
ada dalam aspek kurikulum ataupun kokurikulum. Hubungan ibu bapa dengan
guru-guru sekolah juga memberikan impak kepada tahap sahsiah anak-anak. Sebagai
contoh, ibu bapa perlu menjalinkan hubungan yang baik dengan guru di sekolah
sama ada guru disiplin, guru kelas atau guru mata pelajaran. Ibu bapa perlu
sering berkunjung ke sekolah untuk mengikuti perkembangan kemajuan anak-anak
dalam bidang pelajaran dan berbincang dengan guru disiplin sekolah berkaitan
akhlak dan sikap anak-anak di sekolah. Selain itu, ibu bapa juga perlu
mengawasi tingkah laku anak-anak di luar rumah serta mengenali rakan-rakan
mereka. Ibu bapa juga perlulah bertanya kepada anak sebab-sebab anak-anak
keluar rumah atau pulang lewat. Tuntasnya,ibu bapa perlu memantau
perkembangan pendidikan dan sahsiah anak-anak agar mereka jadi insan yang
berguna apabila dewasa kelak.
Berdasarkan berbincangan di atas,
dapatlah disimpulkan bahawa usaha untuk membentuk anak-anak menjadi insan yang
berguna memerlukan pengorbanan dan kesabaran ibu bapa. Untuk mendidik anak-anak
menjadi seorang insan yang berguna bukanlah satu tugas yang mudah. Semua ini
perlu dilakukan melalui proses pendidikan sedikit demi sedikit dan dengan penuh
kesabaran. Oleh itu, perancangan yang teliti dan sistematik perlu dilakukan oleh
ibu bapa secara istiqomah untuk mendidik anak-anak menjadi insan yang
berguna.Setiap ibu bapa juga mengharapkan anak mereka dapat memberikan
sumbangan kepada masyarakat dan negara serta mempertahankan maruah keluarga.
Tegasnya, tiada ibu bapa yang mahu melihat anak-anak mereka jadi sampah
masyarakat yang bukan sahaja tidak memberikan sebarang sumbangan kepada
masyarakat dan negara malah membawa masalah serta menjatuhkan keluarga kita.
Latihan
11
Setiap
ibu bapa mengharapkan anak-anak berjaya dalam kehidupan.
Bincangkan
usaha-usaha yang wajar anda lakukan untuk memastikan harapan mereka itu
tercapai.
Setiap ibu bapa mengharapkan anak-anak
berjaya dalam kehidupan. Pernyataan ini jelas menunjukkan bahawa hasrat semua
ibu bapa di dunia ini adalah sama. Sesungguhnya, ibu bapa merupakan insan mulia
yang melahirkan kita dan membesarkan
kita dengan penuh kasih sayang bagai menatang minyak yang penuh. Mereka merupakan orang yang paling banyak berkorban
demi kesejahteraan hidup kita. Ahli bijak pandai pernah berkata bahawa,”Tiada
anugerah yang lebih berharga yang diberikan oleh ibu dan ayah kepada anaknya
kecuali tunjuk ajar dan budi pekerti yang mulia”. Ungkapan ini jelas memaparkan
betapa besar pengorbanan ibu bapa dalam
mendidik anak-anak menjadi insan yang berguna.
Sebagai anak yang bertanggungjawab, kita perlu sentiasa ingat akan
pengorbanan ibu bapa kita dan sentiasa bersedia untuk membalas budi mereka agar
kita tidak dianggap sebagai anak yang derhaka atau kacang lupakan kulit. . Satu
perkara yang amat wajar kita lakukan dalam kehidupan kita ialah memenuhi
harapan ibu bapa terhadap kita agar berjaya dalam hidup. Persoalannya, apakah
usaha-usaha yang wajar saya lakukan untuk memastikan harapan ibu bapa tercapai?
Usaha pertama yang perlu saya lakukan
untuk memastikan harapan ibu bapa tercapai ialah saya akan belajar
bersungguh-sungguh untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Saya akan
menumpukan sepenuh perhatian semasa guru
sedang mengajar di kelas. Sekiranya terdapat topik yang tidak difahami, saya
akan bertanya kepada guru. Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa
kecemerlangan dalam bidang akademik pada zaman ini menentukan keadaan masa
hadapan seseorang kerana mereka yang cemerlang dalam akademik biasanya
mempunyai masa hadapan yang cerah. Kejayaan yang saya capai ini, sudah pasti
dapat membanggakan kedua-dua ibu bapa dan keluarga. Pada era globalisasi ini
yang penuh dengan persaingan ini, amat
penting bagi seseorang mencapai
kecemerlangan akademik untuk bersaing dengan orang lain terutamanya dalam alam
pekerjaan. Masyarakat kini menilai seseorang berdasarkan pencapaian
akademiknya. . Saya akan sentiasa
berusaha untuk membolehkan diri saya meraih kejayaan dan kegembiraan setiap
kali keputusan peperiksaan diumumkan. Oleh itu, saya akan membuat persediaan
yang rapi sebelum menduduki peperiksaan agar saya dapat menjawab semua soalan
dengan cemerlang kerana di mana ada kemahuan di situ pasti ada jalan.. Pada masa yang sama,saya
juga akan memberi perhatian pada perkara yang berkaitan dengan ilmu selain
bidang akademik. Hal ini kerana saya sedar bahawa kecemerlangan akademik
bukanlah segala-galanya.Seorang insan yang berjaya perlu mahir dalam pelbagai
bidang.Tegasnya,saya akan belajar dengan tekun dan berusaha dengan gigih bagi
menunaikan harapan ibu bapa.
Selain itu, saya juga akan sentiasa
mengamalkan nilai-nilai murni dan berbudi bahasa dalam kehidupan. Saya akan
mengamalkan nilai ketabahan, kerajinan, amanah, tidak berputus asa dan
beryakinan tinggi dalam usaha mencapai kejayaan. Hal ini demikian kerana saya sedar bahawa
orang yang berjaya dalam kehidupan bukan sahaja perlu cemerlang dalam bidang
akademik, malahan perlu menjadi seorang
yang cemerlang dari segi akhlak, rohani, intelek dan emosi iaitu mempraktikkan
konsep JERI yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sebagai
contohnya, saya akan sentiasa bersopan santun dan menghormati ibu bapa,
guru-guru, jiran tetangga dan orang di sekeliling saya. Amanat ini
bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan saya dengan orang lain malah dapat
membina personaliti yang luhur dalam diri saya. Saya juga akan sentiasa
menghormati orang yang lebih tua dan bertegur sapa seperti mengucapkan selamat
kepada mereka. Sahsiah yang saya miliki
ini pasti akan menggembirakan hati kedua-dua ibu bapa saya, bak kata
pepatah, “ahklak yang baik seperti madu, sentiasa manis dan berkhasiat”. Saya
akan membuang sikap malas dalam diri agar tidak menghampakan harapan ibu bapa
saya. Akhlak yang terpuji akan menjadi penghias diri dan berjalan seiring
dengan kejayaan yang kita miliki. Kita perlu ingat bahawa sekiranya ahklak
seseorang itu buruk,,walau betapa cemerlang pun pencapaiannya dalam akademik
tidak akan dihormati dan disegani. Jelasnya,amalan berbudi bahasa amat penting
dalam menentukan kejayaan seseorang individu.
Seterusnya, saya juga akan sentiasa
berpegang teguh kepada ajaran agama
sekiranya ingin berjaya dalam kehidupan. Pegangan agama yang teguh membolehkan saya mempunyai benteng keimanan
yang kukuh dan ampuh bagi mengelakkan diri
saya daripada pengaruh negatif yang dapat menjejaskan kehidupan
saya. Dengan berpegang teguh kepada ajaran agama, saya akan memiliki jati diri
yang utuh untuk melawan serangan pemikiran yang boleh menjerumuskan saya ke
kancah maksiat. Hal ini kerana Tuhan sentiasa menyeru hambanya untuk melakukan sesuatu yang baik serta
menjauhi perkara yang buruk. Pegangan kepada agama juga dapat meningkatkan
keyakinan diri saya dan membolehkan saya mempunyai matlamat yang jelas dalam
hidup. Hal ini amat penting dalam menentukan kejayaan saya pada masa hadapan. Pendidikan agama yang saya
peroleh, menjadi pedoman hidup yang boleh membentuk saya menjadi seorang yang
positif dalam segala hal. Saya tidak mudah dipengaruhi oleh rakan-rakan yang
tidak baik. Sebaliknya, saya akan sentiasa
menjaga nama baik ibu bapa dan keluarga.
Tegasnya,saya akan berpegang teguh kepada ajaran agama agar dapat
mencapai kejayaan dalam hidup dan membanggakan kedua-dua ibu bapa saya.
Di samping itu, saya akan bergaul
dengan rakan-rakan yang baik dan mempunyai keinginan untuk menjadi seorang yang
berguna kepada masyarakat apabila dewasa kelak. Dengan ini, saya tidak akan
dipengaruhi oleh rakan-rakan yang bermasalah dan seterusnya terlibat dalam
gejala social yang negatif. Saya akan membezakan antara kaca dengan permata dan
sentisasa memikirkan akan masa depan saya serta matlamat hidup saya. Melalui
pergaulan dengan rakan-rakan yang mengutamakan pendidikan mereka, saya akan
dapat bertukar-tukar pendapat serta ilmu dengan mereka. Saya juga dapat
menyertai kumpulan pembelajaran mereka dan membolehkan saya berbincang serta
lebih memahami topik-topik yang telah diajarkan oleh guru. Secara tidak
langsung, pencapaian keputusan peperiksaan saya akan meningkat hasil daripada
perbincangan dan tunjuk ajar daripada rakan-rakan. Pergaulan dengan rakan-rakan yang bijak dalam
pembelajaran akan dapat menimbulkan persaingan yang sihat dalam diri saya. Saya
akan mempunyai semangat untuk belajar dengan lebih bersungguh-sungguh agar diri
saya tidak akan diasingkan dari kumpulan tersebut serta tidak akan berasa
tersisih dan terpulau apabila dalam menyelesaikan sesuatu soalan. Saya juga
dapat bergantung kepada rakan–rakan yang baik ini apabila saya tidak berdaya
untuk menghadapi dan menyelesaikan
sesuatu cabaran dalam hidup. Mereka tentu akan dapat membantu saya untuk membangkitkan
diri saya semula dengan memberi dorongan
dan nasihat yang berguna kepada saya dan bukannya menyuruh saya melibatkan diri
diri dengan gejala sosial negatif yang dapat mengurangkan tekanan jiwa dan
stress. Maklumlah, seseorang akan lebih terpengaruh dengan gejala sosial
apabila berada dalam ambang kegagalan dan kekecewaan. Tegasnya, saya akan
bergaul dengan rakan-rakan yang berakhlak mulia agar saya tidak akan tersilap
langkah dalam membuat sebarang keputusan dalam hidup saya agar dapat memenuhi
impian dan harapan ibu bapa.
Seterusnya, saya akan meningkatkan
keilmuan diri saya dengan pembacaan. Ibn. Khaldun pernah berkata bahawa
“membaca menjadi akar tunjang kekuatan seseorang individu, malah sesuatu bangsa
dan sesebuah negara”.Hal ini jelas
menunjukkan bahawa membaca adalah amat penting dalam menentukan kekuatan dan
kejayaan seseorang individu. Saya akan membaca buku-buku yang berkaitan dengan
pembinaan kendiri seperti buku-buku motivasi dan sebagainya untuk meningkatkan
tahap pemikiran diri saya kerana membaca jambatan ilmu. Langkah ini bagai
serampang dua mata kerana selain boleh membantu saya dalam bidang akademik,
usaha tersebut juga dapat membentuk diri saya menjadi seorang yang berilmu
pengetahuan luas. Secara langsung, kejayaan akan dapat dicapai dalam kehidupan.
Saya juga akan cuba memperbaiki kelemahan diri untuk berjaya dalam kehidupan.
termasuk mengatasi sikap malas. Saya
akan mengubah sikap ini untuk mencapai kejayaan dan berubah menjadi seorang
yang rajin kerana rajin dan usaha, tangga kejayaan. Saya berharap agar perubahan yang saya
lakukan ini dapat membolehkan diri saya mencapai harapan ibu bapa iaitu berjaya
dalam kehidupan. Apabila masuk ke alam
pekerjaan kelak, saya akan mencari pekerjaan yang stabil dan membalas
budi mereka.
Akhir sekali, saya akan sentiasa mendengar nasihat ibu bapa
kerana Tuhan hanya akan menolong dan memberkati hidup anak yang taat kepada ibu
bapa. Saya akan sentiasa patuh kepada arahan ibu bapa tanpa sebarang rungutan
kerana saya sedar bahawa syurga terletak di bawah tapak kaki ibu. Saya juga
sedar bahawa tanpa doa dan dorongan ibu bapa, betapa tabah dan pandai saya sekali
pun, saya tidak mungkin akan mencapai impian serta kejayaan dalam hidup saya.
Ibu bapa merupakan insan yang lebih tua dan mereka terlebih dahulu makan garam
daripada saya. Oleh itu, ibu bapa mempunyai pengalaman yang kaya dan luas dalam
masyarakat dan dunia luar. Maka, wajarlah saya untuk meminta dan menerima
pandangan mereka agar diri saya tidak akan menimbulkan kesilapan yang mungkin
mengakibatkan saya berasa menyesal buat seumur hidup saya. Mereka merupakan
punca tenaga dan dorongan saya untuk
mengejar impian dan cita-cita saya serta memperoleh kejayaan dalam hidup saya. Tanpa
mereka, saya tidak mungkin berpeluang untuk mencapai kejayaan dalam hidup saya.
Tegasnya, saya akan mematuhi arahan dan mendengar nasihat ibu bapa agar impian
saya dapat dicapai dan yang paling penting sekali ialah kisah Si Tanggang tidak
akan berlaku ke atas diri saya.
Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa untuk mencapai impian dan
kejayaan dalam hidup, saya sebagai remaja perlu berusaha bersungguh-sungguh
untuk mencapai kejayaan.. Saya akan berusaha memastikan agar impian dan
cita-cita saya tercapai dan sekali gus,
saya juga dapat memenuhi impian dan harapan ibu bapa saya. Charles Dickens pernah berkata bahawa
“kemahuan seperti sebilah pedang yang dapat membuat jalan melalui hutan rimba.”
Manusia memang tidak dapat menjangka dan melihat masa hadapan, tetapi manusia
boleh meramal masa hadapan mereka dengan merancang masa hadapan mereka
sebaik-baiknya. Jelasnya, kita harus memberi peluang kepada diri kita untuk
menjadikan impian dan cita-cita sebagai
kenyataan kerana hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih.
Latihan
12
Anda
sebagai pengawas pusat sumber sekolah, jelaskan usaha-usaha yang dapat anda
lakukan untuk membantu meningkatkan penggunaan pusat sumber sekolah anda.
Pusat Sumber sekolah merupakan
gedung ilmu iaitu tempat untuk mendapatkan pelbagai informasi yang diperlukan
oleh setiap warga sekolah. Namun, sejak akhir-akhir ini isu para pelajar kurang
mengunjungi pusat sumber sekolah sering diperkatakan dalam media massa sama ada
media cetak atau media elektronik. Hal ini membimbangkan semua pihak kerana
para pelajar merupakan pelapis yang bakal menerajui negara pada masa hadapan,
bak kata peribahasa pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Justeru, pusat
sumber sekolah perlu diurus secara sistematik dan efisien untuk memupuk budaya
membaca dalam kalangan pelajar agar menjadi pelajar yang berilmu dan
bermaklumat selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Persoalannya, apakah
usaha-usaha untuk membantu meningkatkan penggunaan pusat sumber sekolah?
Selaku pengawas pusat sumber
sekolah, terdapat banyak usaha yang dapat saya lakukan untuk membantu
meningkatkan penggunaan pusat sumber di sekolah saya. Salah satunya ialah saya
akan memastikan pusat sumber sentiasa berada dalam keadaan kemas dan menarik.
Saya akan bekerjasama dengan pengawas pusat sumber yang lain untuk mengemas
kini pusat sumber. Aktiviti gotong-royong membersihkan pusat sumber akan diadakan secara berkala agar pusat
sumber sentiasa berada dalam keadaan bersih . Saya juga akan memastikan
buku-buku disusun atur dengan kemas di
atas rak-rak buku mengikut kategori dan
jenis buku. Dengan ini keadaan harmoni dan selesa dapat diwujudkan. Situasi ini
dapat memberi keselesaan kepada seseorang pelajar semasa mengulang kaji
pelajaran di pusat sumber. Jelaslah, situasi yang kemas, bersih dan menarik
mampu menarik para pelajar berkunjung ke pusat sumber.
Selain itu, saya akan membantu guru
pusat sumber melaksanakan program Nilam untuk meningkatkan penggunaan pusat
sumber sekolah. Sebagai contohnya, saya boleh membantu mencari dan menyediakan
buku-buku yang sesuai serta menarik untuk kegunaan para pelajar semasa program
Nilam. Oleh itu, program Nilam dapat dijalankan dengan lancar dan berkesan. Hal
ini dapat membantu meningkatkan penggunaan pusat sumber sekolah dan juga
menyemai budaya membaca dalam kalangan pelajar. Program Nilam merupakan salah
satu usaha Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memupuk dan meningkatkan
amalan membaca dalam kalangan pelajar. Budaya membaca amat penting dan
melambangkan ketinggian tamadun sesuatu bangsa. Dengan membaca, seseorang itu
akan mendapat pelbagai ilmu pengetahuan sebagai pedoman hidup, bak kata
peribahasa membaca jambatan ilmu. Justeru, pelaksanaan program Nilam yang
berkesan menjadi daya penarik kepada para pelajar untuk mengunjungi pusat
sumber.
Seterusnya, saya akan mengesyorkan
kepada pihak sekolah agar menyediakan kemudahan yang lengkap di pusat sumber. Saya
akan menulis surat kepada pihak pengurusan agar dapat menyediakan kemudahan
yang lengkap di pusat sumber untuk kebaikan pelajar. Saya akan meminta pihak
pengurusan menyediakan komputer yang
boleh diguna pakai oleh pelajar untuk melayari internet bagi mendapatkan
pelbagai informasi terkini.Saya akan membantu dari segi penyediaan buku-buku yang baharu dan menarik.
Dengan adanya pelbagai buku yang baharu dan terkini, pengunjung dapat
meningkatkan ilmu pengetahuan mereka. Pihak sekolah juga perlu menyediakan
pendingin hawa untuk memberi keselesaan kepada para pelajar. Secara tidak
langsung keadaan ini lebih mewujudkan suasana yang kondusif dan menggalakkan
para pelajar berkunjung ke pusat sumber sekolah.
Di samping itu, sebagai pengawas
pusat sumber juga, saya akan mengamalkan budaya mesra pelanggan semasa
menjalankan tugas. Saya akan bersikap sopan, berbudi pekerti mulia dan berhemah
tinggi serta sentiasa bersedia memberikan pertolongan sekiranya pengunjung
menghadapi masalah tanpa mengira bangsa dan agama , bak kata peribahasa budi
bahasa budaya kita. Layanan mesra daripada
pengawas menggembirakan para
pengunjung dan merupakan salah satu kunci untuk menarik para pelajar
mengunjungi pusat sumber. Saya juga akan membantu pihak sekolah mempromosikan
buku-buku di pusat sumber agar dapat dipinjam oleh pelajar. Saya juga perlu
bersikap adil dan tegas kepada semua pelanggan terutama sekiranya mereka lewat
atau sengahaja tidak memulangkan buku
yang dipinjam mengikut tarikh yang ditetapkan.
Selaku pengawas pusat sumber juga,
saya akan mencadangkan kepada pihak sekolah agar menyediakan sistem pinjaman
buku yang sistematik dan berkesan untuk membantu meningkatkan penggunaan pusat
sumber sekolah saya. Contohnya penggunaan ICT khususnya komputer dalam urusan
pinjaman dan pemulangan buku dapat menjimatkan masa dan tenaga. Penggunaan
sistem berkod merupakan langkah bijak kerana semua bahan bacaan berbentuk buku
akan direkodkan secara berkod yang memudahkan urusan pinjaman dan pemulangan
buku yang dilakukan secara ‘ scaning’. Kaedah ini akan mewujudkan sistem
pengurusan pusat sumber yang sistematik kerana para pelajar tidak perlu menunggu
terlalu lama untuk urusan pinjaman dan pemulangan buku. Jelaslah sistem
pinjaman yang sistematik dan efektif
adalah penting untuk meningkatkan penggunaan pusat sumber sekolah.
Kesimpulannya, pusat sumber sekolah
menyediakan perkhidmatan dan sumber pembelajaran dalam pelbagai bentuk bagi
membolehkan warga sekolah menjadi pengguna yang bermaklumat dan pemikir yang kreatif serta kritis. Justeru, terpulang
pada pelajar sendiri sama ada mahu menggunakan atau sebaliknya, tepuk dada tanyalah minda. . Semua pihak
perlulah berganding bahu dalam usaha meningkatkan penggunaan pusat sumber
sekolah bak kata peribahasa bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana
muafakat.
Latihan
13
Permainan
tradisional semakin dipinggirkan oleh generasi muda.
Jelaskan
usaha-usaha yang boleh anda lakukan bagi memartabatkan permainan tradisional di negara kita.
Pada zaman pascakemerdekaan ini,
arus modenisasi dan globalisasi yang pesat berkembang menyebabkan permainan
tradisional sudah semakin dipandang enteng dan disisihkan oleh masyarakat kita
daripada arus perdana. Permainan tradisional adalah merujuk kepada permainan
budaya yang sudah diamalkan oleh sesebuah masyarakat untuk satu tempoh yang
tertentu sebagai pengisi masa lapang. Negara kita kaya dengan pelbagai jenis
permainan tradisional yang tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas. Antara
jenis permainan tradisional tersebut termasuklah congkak, wau, gasing, galah
panjang, batu seremban, teng-teng, guli, sepak raga, konda-kondi dan
sebagainya. Kebanyakan daripada permainan tersebut kurang diketahui oleh
generasi muda. Hal ini membayangkan
bahawa permainan tradisional berkenaan
akan lenyap ditelan zaman jika tiada usaha diambil untuk mengetengahkannya
dalam kalangan khalayak ramai khususnya generasi masa ini. Persoalannya, apakah
peranan yang seharusnya saya mainkan dalam usaha memartabatkan permainan
tradisional di negara kita?
Usaha pertama yang saya lakukan untuk
memartabatkan permainan tradisional adalah dengan memupuk minat diri sendiri
terhadap permainan tradisional. Remaja
pada masa ini banyak terdedah dengan
pelbagai pengaruh modenisasi dan perubahan. Mereka sering menganggap permainan
tradisional telah lapuk dan ketinggalan zaman. Oleh itu, sebagai generasi muda, saya harus sedar bahawa saya berperanan
memartabatkan permainan tradisional. Hal ini boleh dilakukan atas
kesedaran diri sendiri untuk mencari pelbagai informasi berkaitan dengan
permainan tradisional. Saya akan mengakses maklumat tentang permainan
tradisional agar dapat memahami dengan lebih jelas setiap permainan tradisional
yang ada di negara kita. Terdapat banyak
laman web yang memberikan pelbagai maklumat berkenan pelbagai permainan
tradisional berserta gambarnya sekali. Secara tidak langsung, wujud kesedaran
dalam diri sendiri untuk memartabatkan
permainan tradisional di negara ini bagi menyaingi permainan moden yang
semakin popular dalam kalangan remaja.
Selain itu, usaha yang boleh saya lakukan adalah dengan menjadikan permainan
tradisional sebagai pengisi masa lapang. Hal ini boleh dilakukan dengan
rakan-rakan sebaya pada waktu petang atau pada masa cuti sekolah bagi
menggantikan permainan moden. Saya boleh meminta tunjuk ajar daripada golongan
yang lebih tua tentang cara-cara permainan tradisional tersebut bagi
membolehkan saya dan rakan-rakan memainkannya bersama rakan-rakan. Inisiatif
ini bukan sahaja dapat memartabatkan permainan tradisional malah dapat memupuk
semangat setia kawan dan kerjasama sesama rakan. Hal ini juga boleh mengelakkan
diri saya sebagai remaja daripada terjebak dengan pelbagai gejala negatif
akibat daripada pengaruh rakan-rakan dan persekitaran yang tidak baik. Bagi
diri saya lebih baik mengisi masa dengan
bermain permainan tradisional daripada melakukan perkara-perkara yang tidak
berfaedah. Jelaslah permainan tradisional mendatangkan banyak kebaikan kepada generasi muda masa ini.
Di samping itu, bagi memartabatkan
permainan tradisional, saya sebagai pelajar
sekolah haruslah berani mengesyorkan kepada guru-guru di sekolah agar permainan
tradisional menjadi salah satu aktiviti semasa perjumpaan kokurikulum. Saya
akan menulis surat kepada pihak sekolah menerusi persatuan agar memasukkan
permainan tradisional menjadi sebahagian daripada aktiviti kokurikulum di
sekolah. Hal ini secara tidak langsung
akan memperkenalkan permainan tradisional kepada semua pelajar. Saya juga akan
menyertai permainan tradisional yang dipertandingkan di peringkat
sekolah semasa aktiviti kokurikulum dan juga persatuan akademik. Antara
aktiviti yang boleh dilakukan ialah pertandingan membuat wau, pertandingan
bermain congkaka dan demonstrasi permainan daripada golongan tua yang lebih
berpengalaman bagi menarik minat pelajar. Dengan cara tersebut, minat remaja
terhadap permainan tradisional dapat dipupuk agar kepelbagaian permainan
tradisional dapat dipelihara. Ibarat kata pepatah, tak kenal maka tak cinta
amat bertepatan kerana jika pelajar telah mula diperkenalkan dengan pelbagai
permainan tradisional, sudah pastilah minat terhadapnya akan tertanam secara
semula jadi. Maka para pelajar perlu berani membuat perubahan ke arah
memartabatkan permainan tradisional.
Usaha yang seterusnya ialah saya
sebagai remaja perlu menanamkan semangat cinta akan budaya terutama permainan
tradisional. Hal ini adalah kerana, permainan tradisional merupakan budaya
masyarakat Malaysia sejak dahulu dan perlu diteruskan dan dipelihara agar
dikenali oleh generasi akan datang. Sesuatu yang baik itu perlu dipupuk dan
ditanam dalam diri sejak kecil sesuai dengan peribahasa, melentur buluh biarlah
dari rebungnya. Jika asasnya telah kukuh maka secara langsung remaja masa ini
tidak akan segan silu mempertahankan dan memartabatkan permainan tradisional.
Alah bisa tegal biasa kerana sesuatu yang sukar pada awalnya akan menjadi mudah
dan biasa jika selalu dilakukan dan diamalkan. Begitulah juga yang diharapkan
terhadap permainan tradisional. Jika remaja seperti saya telah mula menanamkan
sikap sayang dan cinta akan budaya masyarakat ini, maka sudah pasti permainan
tradisional terpelihara megah dalam kalangan masyarakat Malaysia. Sesungguhnya
kecintaan terhadap permainan tradisional akan memupuk juga rasa cinta terhadap
negara
Kesimpulannya, remaja hendaklah
berusaha mempopularkan permainan tradisional agar permainan tersebut terus
terpelihara dan mendapat tempat di hati masyarakat Malaysia umumnya dan
generasi muda khususnya. Maka golongan muda perlu berganding bahu dan meminta
bantuan golongan yang lebih tua agar permainan tradisional terus dimartabatkan
dan diketengahkan dalam pelbagai situasi dan aktiviti. Kedua-dua golongan boleh
saling bekerjasama sebelum nasi menjadi bubur. Khazanah ini perlu dipelihara
dan dikekalkan di negara ini dengan menggunakan pelbagai pendekatan sesuai
dengan peribahasa di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
Latihan
14
Semangat Kejiranan dalam kalangan rakyat di egara
ini semakin longgar.
Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang
harus diambil oleh pelbagai pihak supaya
semangat kejiranan dalam kalangan penduduk dapat ditingkatkan?
Jiran
ialah orang yang tinggal di sekeliling rumah kita, iaitu di sebelah, di hadapan
dan juga di belakang rumah kita. Jika kita tinggal dalam satu taman atau di
sebuah egara yang sama, mereka akan dikenali sebagai jiran tetangga kita. Jiran
sangat penting kerana merekalah yang akan menjadi sahabat kita dan orang
yang akan membantu kita apabila kita menghadapi kesusahan nanti. Pepatah Melayu
ada mengatakan bahawa “Jiran sepakat membawa berkat”. Jadi, kita
perlulah mengukuhkan semangat kejiranan supaya kita sentiasa bersatu hati dalam
melakukan sesuatu perkara. Persoalannya, apakah langkah-langkah yang wajar
diambil untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan penduduk setempat?
Langkah primer yang harus diambil oleh pihak kerajaan ialah kerajaan menjalankan
kempen-kempen kejiranan yang bersesuaian di semua peringkat sama ada peringkat daerah,
negeri atau kebangsaan.Tujuan kempen ini adalah untuk menanam semangat
perpaduan dan bersatu padu dalam kalangan rakyat. Konsep 1Malaysia yang
diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak menekankan
semangat perpaduan antara kaum di Malaysia.Usahasama sebeginilah yang wajar
diambil contoh dan diaplikasikan dalam institusi masyarakat bagi mencetuskan
semangat kejiranan yang utuh. Kempen kejiranan yang dijalankan ini perlulah
berterusan dan janganlah seperti “hangat-hangat tahi ayam” sahaja. Jelasnya,kempen
yang dijalankan ini dapat memberikan kesedaran kepada masyarakat untuk memupuk
semangat kejiranan.
Selain itu, langkah yang harus diambil ialah masyarakat setempat perlulah
mengadakan aktiviti gotong-royong. Melalui aktiviti gotong-royong, jiran dapat
berkumpul dan bekerjasama sambil berbincang tentang aktiviti yang akan
dilakukan. Apabila berkumpul dan berbincang ,mereka akan dapat berkenal-kenalan
antara satu dengan yang lain yang sekali gus membolehkan seseorang itu mengenal
hati budi jiran mereka dengan lebih dekat. Hal ini dapat digambarkan melalui
pepatah Melayu yang mengatakan bahawa “tak kenal maka tak cinta”. Sebagai
contoh, aktiviti yang boleh diadakan secara bergotong-royong ialah membersihkan
kawasan taman, menyediakan hidangan untuk kenduri kendara dan sebagainya. Melalui
cara ini, kita dapat menjalinkan dan meningkatkan hubungan egara jiran. Malahan,
menurut laporan majalah ‘The Times’ di Australia. kegiatan gotong-royong yang
diamalkan di Malaysia merupakan antara aktiviti yang terbaik di dunia.
Di samping itu, peranan media massa merupakan langkah yang amat penting dalam
meningkatkan semangat kejiranan dalam kalangan rakyat Malaysia. Pelbagai kaedah
boleh digunakan dalam menyuburkan semangat kejiranan.Media cetak misalnya boleh
menyiarkan artikel-artikel tentang kepentingan semangat kejiranan .Media
elektronik pula boleh menyiarkan dokumentari dan rancangan menarik tentang
kejiranan. Melalui media massa, pelbagai maklumat dan berita boleh disampaikan
dengan cepat dan mudah .Sesungguhnya,berita dan isu semasa yang disiarkan oleh
media massa lebih mudah menarik perhatian orang ramai terutamanya generasi
muda. Sebagai contoh, usaha Majalah 3 menyiarkan ‘Colour of Malaysia’ wajar
disokong. Justeru,semangat “hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah”
ini wajar kita tonjolkan melalui media massa.
Seterusnya, setiap penduduk hendaklah mengadakan majlis-majlis rumah terbuka
semasa sesuatu sambutan perayaan. Amalan ini dapat membentuk ikatan silaturahim
dan memperkukuh semangat kejiranan dalan kalangan jiran setempat. Melalui acara
rumah terbuka, jiran dapat bertanya khabar dan bercerita tentang pengalaman
dengan lebih dekat. Seterusnya ,melalui rumah terbuka ini, semua ahli dalam
masyarakat berpeluang untuk berkumpul dan berbincang sambil menikmati juadah
yang disediakan oleh tuan rumah. Sebagai contoh, sambutan majlis rumah terbuka
sempena Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina,Krismas, Deepavali dan sebagainya
hendaklah dijadikan acara tahunan. Tegasnya, majlis rumah terbuka mampu
mendekatkan ahli masyarakat untuk bertemu muka dan berkenalan dengan lebih erat
lagi.
Di samping itu, Jawatan Kuasa Kampung dan Jawatan Kuasa Taman juga hendaklah
mengadakan aktiviti Hari Keluarga untuk memupuk semangat kejiranan dalam
kalangan masyarakat setempat. Semasa aktiviti Hari Keluarga diadakan,s emua
ahli keluarga jiran akan turut serta melibatkan diri dalam aktiviti berkayak, memasukkan
air ke dalam botol ,terompah gajah dan sebagainya. Apabila aktiviti Hari
Keluarga diadakan, kemesraan akan terjalin bukan sahaja antara ibu dengan bapa,
malah anak-anak juga.Aktiviti seperti ini hendaklah diadakan di padang bola
sepak, gelanggang bola egara, taman rekreasi atau padang sekolah yang
berhampiran .Jadi, melalui aktiviti ini, hubungan yang erat egara jiran dapat
dibentuk yang secara tidak langsung akan menimbulkan perasaan ingin membantu
antara satu dengan yang lain seperti yang terungkap dalam peribahasa Melayu,”ke
bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni”.
Tambahan lagi, kerajaan juga harus menggalakkan rakyat supaya melibatkan diri
dalam aktiviti egara seperti persatuan atau pertubuhan. Penduduk setempat
mestilah membentuk satu persatuan yang mempunyai satu egara organisasi yang
teratur. Persatuan atau pertubuhan ini hendaklah melibatkan semua penduduk
sebagai ahli. Dewasa ini, banyak pertubuhan sukarela ditubuhkan dalam
masyarakat seperti Pertubuhan Rukun Tetangga, Jawatan Kuasa Keselamatan dan
Kemajuan Kampung, Pertubuhan Khairat Kematian dan sebagainya. Sebagai contoh, melalui
Pertubuhan Rukun Tetangga, masyarakat setempat secara bergilir-gilir mengawasi
keselamatan taman untuk mengelakkan kejadian-kejadian yang tidak diingini
berlaku. Hal ini dapat kita lihat dalam peribahasa Melayu,iaitu “ibarat aur
dengan tebing” yang mementingkan semangat sandar-menyandar atau saling
membantu dalam kehidupan.
Akhir sekali, masyarakat mestilah menyemarakkan budaya kunjung-mengunjungi
dalam kalangan rakyat sebagai langkah untuk memupuk dan mengekalkan semangat
kejiranan. Dalam hidup bermasyarakat, kita digalakkan menziarahi jiran kita. Melalui
aktiviti ini, kita akan mengetahui masalah dan kesusahan yang dialami oleh
jiran kita. Sebagai contoh, kita perlu berkunjung ke hospital jika kita
mendapat berita bahawa jiran kita dimasukkanke hospital kerana menghidap
sesuatu penyakit atau kemalangan. Walaupun pepatah Melayu ada mengatakan bahawa
“berat mata memandang berat lagi bahu memikulnya”, namun sebagai jiran, kita
mestilah berpegang kepada prinsip cubit peha kiri, peha kanan terasa juga.
Maksudnya ialah jika kita mempunyai semangat kejiranan yang tinggi, kita akan
dapat merasai segala kesusahan dan keperitan yang dialami oleh jiran kita itu.
Kesimpulannya, kita perlu memupuk semangat kejiranan dalam kalangan penduduk
setempat. Dalam era globalisasi, sikap mementingkan diri sendiri dan sikap
tidak mempedulikan orang lain semakin menebal seperti yang terkandung dalam
pepatah Melayu “bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing”.
Jika hal ini dibiarkan, semangat kejiranan akan luntur dan seterusnya akan
menjejaskan perpaduan egara. Ada pepatah yang mengatakan bahawa “bersatu
kita teguh bercerai kita roboh”. Oleh itu, dengan meningkatkan semangat
kejiranan, perpaduan akan bertambah utuh dan teguh. Jadi,dalam setiap masa, kita
mestilah sentiasa berusaha untuk memastikan semangat kejiranan sentiasa
terpelihara supaya egara kita sentiasa aman, harmoni dan sejahtera.
LATIHAN 15
Ibu bapa merupakan insan
yang berperanan penting bagi
menggalakkan anak-anak menggunakan
barangan buatan Malaysia.
Huraikan langkah-langkah
yang dapat diambil oleh ibu bapa terhadap anak-anak dalam menggalakkan
penggunaan barangan buatan Malaysia.
Sebagai
sebuah negara membangun yang akan menuju ke arah negara maju menjelang 2020,
Malaysia sebenarnya telah banyak menghasilkan dan mengeluarkan pelbagai
barangan serta produk sendiri. Mungkin sudah tiba masanya bagi rakyat kita agar
tidak lagi mengagung-agungkan barangan luar. Barangan keluaran tempatan kini
sudah setanding dengan produk luar dari segi kualitinya, malahan sesetengah
produk keluaran negara kita dijamin lebih baik. Walaubagaimanapun, masih ramai
lagi yang tidak mengetahui atau menyedari tentang kelebihan dan kualiti sebenar
barangan buatan negara kita, lebih-lebih lagi orang muda-muda yang kononnya
mempunyai cita rasa yang tinggi dalam memilih kebendaan. Persoalannya, apakah
peranan ibu bapa dalam menggalakkan penggunaan barangan buatan Malaysia?
Peranan
yang amat penting yang perlu diamalkan oleh setiap ibu bapa ialah ibu bapa
perlulah menjadi role model kepada
anak-anak mereka kerana anak-anak akan sentiasa mengikuti jejak langkah
kedua-dua ibu bapa mereka. Pepatah ada mengatakan bahawa bagaimana acuan, begitulah kuihnya.
Ibu bapa merupakan insan yang paling
dikagumi kerana ibu bapalah orang yang
terdekat dengan anak-anak. Anak-anak diibaratkan seperti sebutir permata yang belum digilap, ibu
bapa yang akan mencanai dan menggilapnya sehingga menjadi berlian yang indah
dan bersinar. Walau bagaimanapun, ibu bapa janganlah bersikap seperti
ketam mengajar anaknya berjalan dengan betul kerana ini akan menyebabkan
anak-anak hilang rasa kagum dan kepercayaan kepada ibu bapa mereka. Ibu bapa
haruslah membeli kereta buatan Malaysia seperti kereta dari kilang Proton Edar,
barangan elektrik seperti Panasonic, Philips dan lain-lain. Tegasnya, ibu bapa
haruslah menjadi suri teladan kepada anak-anak mereka dengan menyokong barangan
buatan Malaysia yang berkualiti ini.
Selain itu, ibu bapa perlulah
memupuk perasaan cinta akan negara kepada anak-anak mereka sejak kecil lagi
kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Hal ini terjadi demikian kerana
semangat patriotik patut diterapkan ke dalam sanubari remaja supaya mereka
terpanggil untuk membeli barangan Malaysia sebagai tanggungjawab mereka. Ibu
bapa juga boleh menanam minat anak-anak terhadap barangan Malaysia melalui mata
pelajaran Bahasa Malaysia, Pendidikan Moral dan Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan. Hal ini akan dapat menyuntik nilai cinta akan negara, taat
setia kepada raja dan negara, dan sanggup berkorban untuk negara kepada generasi
muda kita. Ibu bapa patut menyeru anak-anak untuk mencontohi warganegara
Jepun dan Korea kerana rakyat mereka berasa bangga untuk membeli barangan
negara mereka sendiri. Misalnya, dalam filem atau drama Korea, semua artis
pasti menggunakan produk negara sendiri seperti jenama Samsung, LG dan
Panasonic. Dengan menyahut seruan Tun Dr. Mahathir yang merupakan Perdana
Menteri Malaysia yang keempat malalui Dasar Pandang Ke Timur, kita digalakkan
mencontohi sifat baik negara lain yang baik untuk meningkatkan taraf kehidupan
negara ke alaf baru. Jika anak-anak telah diterapkan semangat cinta akan negara
dan ingin membeli barangan Malaysia, amalan ini akan terbawa-bawa hingga mereka
dewasa. Tidak dapat dinafikan bahawa golongan remaja merupakan golongan pengguna
yang banyak berbelanja. Golongan remaja juga merupakan harapan negara kita. Hal
ini kerana pemuda harapan bangsa,
pemudi tiang negara. Jika mereka suka membeli produk jenama Malaysia,
produk Malaysia pasti akan laris di pasaran.
Di samping itu, peranan yang boleh
diamalkan oleh ibu bapa ialah ibu bapa membawa anak-anak ke pameran barangan
ciptaan Malaysia. Contohnya, ibu bapa bolehlah membawa anak-anak ke Karnival
Membeli-belah Malaysia yang dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan Malaysia
dengan premis perniagaan seluruh negara. Karnival sebegini telah ditetapkan
hanya barangan Malaysia yang mempunyai tawaran potongan harga yang
istimewa. Sebagai contoh, kraf tangan
dan batik, yang merupakan budaya yang menggambarkan
tradisi Malaysia. Ibu bapa perlu mendedahkan anak-anak dengan pelbagai barangan
tempatan yang terdiri daripada pelbagai bentuk dan keunikannya yang tersendiri.
Apabila anak-anak meminta sesuatu benda yang tidak keterlaluan, ibu bapa
haruslah membeli barang tersebut dan barang tersebut mestilah merupakan
barangan buatan Malaysia. Terdapat juga pameran yang mengadakan pelbagai jenis
pertandingan. Dalam konteks ini, ibu bapa boleh menggalakkan anak-anak
menyertai pertandingan-pertandingan seperti menulis esei, melukis poster dan
menjawab soalan-soalan kuiz yang berkaitan. Hal ini secara tidak langsung dapat
mencelikkan minda anak-anak supaya mengetahui kualiti dan kelebihan barangan
Malaysia sehingga berminat untuk membeli barangan Malaysia, seperti peribahasa,
tak kenal
maka tak cinta. Tegasnya, ibu bapa perlulah membeli barangan buatan
Malaysia untuk didedahkan kepada anak-anak generasi baru ini.
Seterusnya, ibu bapa perlulah
menerangkan kebaikan pembelian barangan buatan Malaysia kepada anak-anak mereka
supaya mereka dapat memahami faedah-faedahnya, menyokong dan menggunakan
barangan buatan Malaysia. Ibu bapa haruslah memberitahu anak-anak tentang
kualiti produk-produk Malaysia yang kini bukan sahaja kualitinya setanding
dengan produk-produk luar negara, malah harganya juga cukup murah untuk
dimiliki seseorang. Ibu bapa juga boleh menunjukkan kempen-kempen yang telah
diadakan seperti Kempen Beli Barangan Malaysia kepada anak-anak untuk
memastikan anak-anak sedar dan mengetahui secara mendalam barangan-barangan
Malaysia. Sikap prejudis,
memandang rendah barangan tempatan dari
sudut pemikiran juga seharusnya
dilontar jauh-jauh oleh ibu bapa dan juga tidak harus diwujudkan pada anak-anak
mereka, tetapi, sebaliknya, membinakan semangat Malaysia
Boleh dari serba-serbi, termasuk soal
kualiti dan standard barangan tempatan. Jelasnya, ibu bapa berperanan
penting dalam menerangkan manfaat-manfaat barangan buatan Malaysia kepada
anak-anak supaya mereka sedar dan bijak memilih benda yang baik dan
mendatangkan kebaikan kepada mereka.
Berdasarkan perbincangan di atas,
dapatlah disimpulkan bahawa ibu bapa yang merupakan insan terdekat kepada
generasi muda kini mestilah memainkan peranannya yang amat penting dalam
menggalakkan anak-anak menyokong, membeli dan menggunakan barangan buatan
Malaysia. Harapan kerajaan Malaysia supaya negara kita bukan sahaja mengimport
barangan luar negara malah juga mengeksport barangan buatan Malaysia dapat
dicapai. Sedarlah bahawa barangan Malaysia tidak
sekadar lebih murah daripada barang buatan import negara malah mempunyai
kualiti dan kuantiti yang baik. Walalau bagaimanapun, usaha daripada ibu bapa semata-mata adalah
tidak mencukupi. Rakyat Malaysia
patut menghayati tema Hari Kebangsaan; 1Malaysia Menjana Transformasi menyemarakkan
semangat seisi negara agar seia sekata sebagai satu bangsa yang ingin memperkasakan satu
perubahan sikap dengan membeli barangan Malaysia. Tegasnya, negara kita, tanggungjawab kita merupakan
azimat yang tersemat agar kita berbangga dengan barangan Malaysia yang bermutu
tinggi.
LATIHAN 16
Minat untuk membaca
karya-karya sastera dalam kalangan rakyat ini semakin berkurangan.
Bincangkan langkah-langkah yang
perlu diambil oleh pelbagai pihak untuk menarik minat orang ramai membaca karya
sastera
Pada zaman berteknologi tinggi ini, orang ramai telah
memilih untuk memiliki sebuah komputer untuk mendapatkan maklumat daripada internet
berbanding mencari maklumat atau membaca daripada buku. Hal ini menyebabkan
minat untuk membaca karya-karya sastera dalam kalangan rakyat makin
berkurangan. Malah ada yang telah lupa dan tidak kenal akan karya sastera yang
dihasilkan oleh sasterawan negara seperti Usman Awang, Shahnon Ahmad, A.Samad
Said dan sebagainya. Hal ini tidak boleh dipandang remeh kerana karya sastera
yang dihasilkan merupakan warisan bangsa yang menunjukkan identiti dan bangsa
kita. Minat untuk membaca karya-karya sastera ini perlu disemarakkan semula
dalam kalangan masyarakat. Persoalannya, apakah langkah-langkah yang perlu
diambil oleh pelbagai pihak untuk menarik minat orang ramai untuk membaca karya
sastera?
Langkah-langkah yang perlu
diambil oleh pelbagai pihak untuk menarik minat orang ramai membaca karya
sastera termasuklah peranan pihak sekolah khususnya Pusat Sumber Sekolah. Pusat
Sumber Sekolah perlu memperbanyak buku sastera dan karya agung seperti novel
‘Ranjau Sepanjang Jalan’ oleh Shahnon Ahmad, ‘Salina’ oleh A.Samad Said, ‘Saudagar
Besar Dari Kuala Lumpur’ oleh Kamaludin Muhamad dan ‘Tulang-tulang Berserakan’
oleh Usman Awang agar murid mahupun guru berpeluang untuk membacanya. Pusat
sumber boleh mengadakan pertandingan mengulas novel, sajak, puisi dan pantun
pada setiap bulan. Langkah ini membolehkan
para pelajar untuk membaca karya-karya sastera memandangkan mereka ingin
menghasilkan ulasan yang menarik. Secara tidak langsung, minat pelajar terhadap
karya sastera akan semakin bertambah. Pihak sekolah turut boleh menggalakkan
setiap kelas menyediakan satu ruang atau
sudut membaca di kelas bagi memudahkan pelajar untuk menghayati karya sastera
ketika guru tiada di dalam kelas. Tegasnya, pihak sekolah memainkan peranan
yang penting dalam menarik minat pembaca terhadap karya sastera.
Selain itu, peranan ibu
bapa juga amat penting dalam mengambil langkah untuk menarik minat anak-anak
membaca karya sastera. Ibu bapa haruslah memberikan pendedahan tentang karya
sastera kepada anak-anak sejak kecil lagi bak kata pepatah melentur buluh
biarlah dari rebungnya. Contohnya, ibu bapa boleh membaca sastera ralyat kepada
anak-anak sebelum mereka masuk tidur Melalui cara ini, hubungan silaturahim antara
ibu bapa dengan anak bukan sahaja dapat dipereratkan, malah anak-anak dapat
mengetahui cara hidup dan budaya masyarakat kita sendiri. Selain itu, ibu bapa
bolehlah membelikan karya sastera untuk dibaca oleh anak-anak supaya mereka
dapat menghayati keindahan hasil warisan bangsa selain dapat mengisi masa
lapang dengan berfaedah. Ibu bapa boleh menghadiahkan novel yang sesuai kepada
anak-anak mengikut umur mereka. Ibu bapa
juga perlu pilih bahan bacaan yang hendak dibeli untuk anak-anak sewaktu membawa
mereka berkunjung ke kedai buku mahupun pameran buku. Seterusnya, ibu bapa
harus menyediakan sebuah perpustakaan mini yang dilengkapi dengan pelbagai
bahan bacaan khususnya karya-karya sastera seperti prosa atau puisi tradisional
dan moden yang dihasilkan oleh pengarang tersohor di rumah. Dengan itu, minat anak-anak untuk
membaca karya sastera dapat dipupuk dan disemai dalam jiwa mereka.
Di samping itu, media massa turut memainkan peranan yang
penting dalam mengambil langkah menarik minat semua lapisan masyarakat membaca
karya sastera. Sebagai contohnya, pihak media boleh mempromosikan karya sastera
kepada masyarakat melalui radio, televisyen dan surat khabar. Melalui cara ini,
lapisan masyarakat dapat mengetahui cara untuk mendapatkan karya sastera di pasaran.
Bukan itu sahaja, pihak media juga boleh menyiarkan sudut sastera atau ulasan
karya sastera yang agung di akhbar dan majalah kepada orang ramai. Dengan itu,
orang ramai berpeluang untuk mengenali karya sastera di negara kita dengan
lebih mendalam. Tambahan pula, pihak media turut boleh menganjurkan peraduan
teka teki atau menulis sajak dan syair yang bertemakan karya-karya sastera.
Jelasnya, pihak media haruslah mengambil langkah untuk menarik perhatian orang
ramai untuk membaca karya sastera.
Seterusnya, pihak kerajaan
haruslah mengadakan pameran karya sastera dan kempen menghayati karya sastera
di seluruh pelusuk negara. Melalui langkah ini, rakyat berpeluang untuk
mengenali karya-karya sastera ini dengan lebih dekat. Tambahan pula, pihak
kerajaan boleh membina perpustakaan rakyat di setiap daerah bagi memudahkan
rakyat untuk membaca ataupun meminjam karya-karya sastera untuk dibaca. Pihak
kerajaan turut boleh mengambil inisiatif untuk mengurangkan kadar cukai
penerbitan karya sastera. Langkah ini dapat menurunkan harga buku tersebut agar
semua rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah berpeluang untuk memiliki
karya-karya sastera itu sendiri. Oleh itu, jelaslah bahawa pihak kerajaan turut
memainkan watak yang utama dalam mengambil langkah untuk menarik minat orang
ramai membaca karya sastera.
Akhir sekali, pihak-pihak NGO
seperti syarikat penerbitan harus menerbitkan lebih banyak karya sastera supaya
karya tersebut mudah didapati di pasaran. Pihak penerbit boleh bekerjasama
dengan penulis untuk mengeluarkan berbagai-bagai genre sastera. Penerbit
juga perlu memberikan bayaran setimpal
dan berpatutan kepada penulis. Persatuan Karya-karya Sastera boleh ditubuhkan untuk
melindungi karya-karya penulis supaya tidak dplagiat oleh pihak tertentu yang bermotifkan
keuntungan dan bagi membolehkan para peminat
berkongsi pendapat bersama dengan penulis. Kerajaan juga boleh
meningkatkan jumlah penerbitan karya sastera dalam setahun dan bekerjasama
dengan seberapa ramai penulis dan penerbit untuk menghasilkan karya sastera
yang bermutu.
Berdasarkan perbincangan
di atas, dapat disimpulkan bahawa semua pihak menggalas tanggungjawab yang
berat dalam usaha untuk menghidupkan minat orang ramai membaca karya sastera.
Masyarakat pula harus bersikap berhati terbuka supaya langkah-langkah tersebut mendapat
sambutan yang hangat dan seterusnya berjaya direalisasikan. Kita selaku warga
Malaysia haruslah mencintai dan menghayati karya sastera kita kerana ia
merupakan warisan bangsa dan mencerminkan identiti kita.
LATIHAN 17
Usaha berterusan membantu golongan Orang Kurang Upaya (OKU) merupakan
satu tindakan yang wajar demi membolehkan golongan ini memberikan sumbangan
berkesan kepada negara.
Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang wajar dilakukan untuk membantu golongan ini?
Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang wajar dilakukan untuk membantu golongan ini?
Orang
Kurang Upaya (OKU) ialah kanak-kanak atau orang dewasa yang cacat keadaan fizikal atau mentalnya sejak lahir
atau kesan kemalangan atau penyakit tertentu. Kecacatan fizikal dan mental ini menghalang mereka dari melakukan aktiviti-aktiviti normal seperti sosial, rekreasi , pelajaran dan
pekerjaan. Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) secara umumnya dapat dikategorikan
kepada dua kumpulan utama, iaitu kurang upaya secara kekal dan kurang upaya
secara sementara. Walaupun banyak kekurangan yang ada , masyarakat kurang upaya ini tidak harus
dipinggirkan kerana mereka juga turut memberi sumbangan kepada negara. Oleh
sebab itu, pelbagai usaha patut dilakukan bagi membantu OKU meneruskan kehidupan dengan sempurna.
Antara
usaha yang dapat dilakukan ialah
masyarakat perlu menerima kehadiran golongan kurang upaya ini seadanya dan
membantu mereka menjalani kehidupan dengan sebaiknya. Hal ini kerana masyarakat perlu sedar bahawa OKU tidak
meminta dilahirkan dalam keadaan yang tidak sempurna malah mempunyai hak untuk
hidup sama seperti orang lain. Golongan Kurang Upaya (OKU) haruslah diberi
layanan yang baik kerana mereka turut mempunyai perasaan yang sama seperti
insan lain. Mereka tidak suka dipandang rendah dan dianggap tidak berguna.
Namun begitu kita harus melayan mereka secara istimewa dalam keadaan-keadaan
tertentu seperti membantu mereka melintas jalan, memberi tempat duduk di dalam
kenderaan awam dan sebagainya. Dalam hal
ini, ibu bapa berperanan penting dalam mendidik anak-anak dengan nilai-nilai
murni seperti kasih sayang, simpati,belas kasihan dan tolong menolong agar
mereka dapat membantu OKU dengan seikhlas hati.
Selain itu, media massa sama ada
media elektronik atau media cetak juga berperanan penting dalam membantu
golongan kurang upaya ini. Pihak media massa perlu
menyiarkan artikel dan rancangan khas tentang OKU kepada segenap lapisan
masyarakat. Rancangan di TV3 seperti Bersamamu kerap kali
memaparkah kisah sedih dan pilu OKU
untuk perhatian masyarakat. Melalui rancangan ini , perasaan masyarakat
pasti akan tersentuh dan secara tidak langsung wujud perasaan simpati dan
terpanggil untuk menghulurkan bantuan. Dana dan tabung khas disediakan oleh
pihak media bagi memudahkan masyarakat menyalurkan bantuan kewangan kepada OKU.
Oleh hal yang demikian nasib OKU akan terbela dan mendapat simpati berterusan
daripada masyarakat untuk meneruskan kehidupan mereka.
Selain
itu, kerajaan juga pula dapat
membantu OKU dengan memberi peluang
kepada mereka untuk mendapatkan kemahiran-kemahiran dalam pelbagai bidang .
Golongan Kurang Upaya (OKU) diberi peluang mengikuti latihan kemahiran seperti
membaiki kenderaan dan peralatan elektrik, membuat kek, keropok dan kraf tangan
di Pusat Giat Mara, Kolej Komuniti, Pusat Latihan dan Pemulihan Orang
Cacat(JARO) dan lain-lain institusi. Di sini ,OKU dilatih dalam pelbagai bidang
kemahiran supaya mereka dapat berdikari dan boleh bekerja sama ada makan gaji
atau berniaga sendiri . Setelah mantap
dalam bidang pekerjaan, mereka akan
duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi
dengan orang lain membantu negara dan tidak lagi menyusahkan orang lain bahkan
mampu menyara hidup sendiri dan keluarga.
Tambahan
pula, pihak kerajaan juga turut membantu
OKU dengan memberikan bantuan dan elaun dalam bentuk wang ringgit , makanan dan minuman, pakaian , tempat
tinggal, peralatan pembelajaran dan kenderaan khas. Peruntukan dari
kerajaan ini disalurkan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat, MARA dan
sebagainya. Bantuan seperti ini
bukan sahaja dapat meringankan beban OKU malah dapat mengembirakan hati mereka
dalam meneruskan kehidupan di dunia ini.
Bantuan modal juga diperlukan oleh golongan OKU untuk
memulakan sesuatu perniagaan. Hal
ini demikian kerana rata-rata golongan ini adalah terdiri daripada orang susah
atau miskin. Sehubungan dengan itu, pihak kerajaan telah berusaha memberi bantuan modal kepada semua OKU yang
berminat melalui permohonan dan sokongan daripada persatuan masing-masing. Oleh itu, bantuan kewangan atau modal ini
sangat penting untuk membolehkan golongan ini meningkatkan ekonomi mereka tanpa
bergantung kepada pertolongan daripada orang lain.
Selain
itu, pihak kerajaan juga menyediakan
peluang untuk menyambung pelajaran di peringkat yang lebih tinggi kepada OKU.
Sistem pendidikan khas perlu diperluaskan kepada OKU yang berada di luar bandar
supaya ibu bapa yang mempunyai anak-anak ini berpeluang menyekolahkan anak-anak
mereka. Sehubungan itu, kemudahan pendidikan khas ini mestilah ditingkatkan
bagi melahirkan para pelajar yang setanding dengan pelajar yang normal. Malah
pihak kerajaan juga mestilah menyediakan tempat atau kaota pengajian di
peringkat Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) kepada OKU yang mendapat
keputusan yang baik dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi
Pelajaran Malaysia. Oleh itu, peluang ini akan meningkatkan lagi
motivasi pelajar OKU untuk mengubah nasib hidup mereka ke arah yang lebih baik
pada masa akan datang dengan ilmu yang dimiliki itu.
Di
samping itu, pihak swasta pula
digalakkan mengambil pekerja OKU untuk berkhidmat dalam syarikat mereka.
Mereka perlu memberi peluang ini kerana golongan OKU juga mampu menyumbangkan
kemahiran yang ada untuk memajukan syarikat tersebut. Di kilang umpamanya sudah
ada OKU yang bekerja sebagai operator pengeluaran, pembantu pejabat dan kerani
dimana sebelum ini kerja sebegini hanya dilakukan oleh pekerja yang normal
sahaja.Selain itu, usaha murni Pasaraya Besar Carrefour yang telah mensasarkan
5 peratus daripada pekerjanya ialah OKU haruslah diberi pujian kerana mereka
memberi peluang kepada OKU dan membantu mereka mendapatkan kerja bagi menyara
kehidupan keluarga mereka.
Kesimpulannya, golongan OKU sangat memerlukan bantuan daripada kita semua untuk meneruskan dan memajukan diri mereka ke tahap yang lebih baik lagi. Untuk merealisasikan hasrat tersebut semua pihak terutama kerajaan, swasta dan masyarakat mestilah berganding bahu menjayakan matlamat tersebut. Sekiranya kita tidak bersungguh-sunggguh membantu golongan ini sudah pasti mereka akan tersisih dalam era pemodenan negara menjelang tahun 2020 nanti. Kata pepatah muafakat membawa berkat sangat sesuai diamalkan oleh masyarakat kita dalam usaha membantu golongan OKU.
Kesimpulannya, golongan OKU sangat memerlukan bantuan daripada kita semua untuk meneruskan dan memajukan diri mereka ke tahap yang lebih baik lagi. Untuk merealisasikan hasrat tersebut semua pihak terutama kerajaan, swasta dan masyarakat mestilah berganding bahu menjayakan matlamat tersebut. Sekiranya kita tidak bersungguh-sunggguh membantu golongan ini sudah pasti mereka akan tersisih dalam era pemodenan negara menjelang tahun 2020 nanti. Kata pepatah muafakat membawa berkat sangat sesuai diamalkan oleh masyarakat kita dalam usaha membantu golongan OKU.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan