SEBAGAI MAKLUMAT DI BAWAH SAYA SENARAIKAN SOALAN SET 1, 2, DAN 3 KERTAS 2 SPM BAHAGIAN SOALAN 1 RUMUSAN, 2 (a), 2(b), 2(c), 2(d), 3(a), 3(b), 3(c), 3(d), 3(e), 4(a), dan 4 (b). NAMUN BEGITU SAYA TIDAK MEMBUAT TAPISAN SOALAN BERKENAAN KERANA ADA SOALAN YANG TELAH KELUAR DALAM PEPERIKSAAN SPM 2013. JUSTERU DI BAWAH SAYA SENARAIKAN ANALISA SOALAN YANG PERNAH KELUAR UNTUK PANDUAN. JUSTERU, SOALAN YANG PERNAH KELUAR TIDAK PERLU DIBERI TUMPUAN, HARAP MAKLUM.
ANALISA SOALAN BERDASARKAN PROGRAM ELIT DAN HALUS PPD PERAK TENGAH
DENGAN KERJASAMA YAYASAN PERAK YANG TELAH SAYA BENTANG DI SMK MUZAFAR SHAH DAN KOLEJ KOMUNITI PASIR SALAK
ANALISIS SOALAN PERCUBAAN SPM 2011, SPM November 2011, SPM Julai
2012, SPM November 2012 dan SPM JULAI 2013 (BAHASA MELAYU 2)
SOALAN 2b, 2(c), 2(c) dan 2(d)
BIL
|
NEGERI
|
SOALAN 2 (b)
|
SOALAN 2 (c)
|
SOALAN 2 (d)
|
1
|
SKOR BH
|
Cerpen: Israk
|
Hikayat Langlang Buana
|
Gurindam 12 Fasal Keenam
|
2
|
SBP
|
Cerpen: Memori Seorang Tua
“Penanggungan”
|
Hikayat Opu Daeng Menambun
Merah Silu
|
Pantun Lapan Kerat
Kecek
|
3
|
KEDAH
|
Cerpen: Pungut Alias Zahara Alias Yap Siew Hong
Pahlawan Buntung
|
Hikayat Langlang Buana
Merah Silu
|
Sajak: Harga Remaja
Adat Sezaman
|
4
|
SABAH
|
Cerpen: Ibu dan Ceper
|
Hikayat Langlang Buana
|
Sajak: Harga Remaja
|
5
|
TERENGGANU
|
Drama: Tiang Cengal Dinding Sayung
Hutan Rimba |
Pelayaran Yang Penuh Peristiwa
Hikayat Khoja Maimun
|
Sajak: Dirgahayu Bahasaku
Bangkitlah
|
6
|
YAYASAN ISLAM KELANTAN
|
Drama: Tiang Cengal Dinding Sayung
Pungut
|
Dua Geliga Hikmat
Hikayat Indera Nata
|
Sajak: Adat Sezaman
Kecek
|
7
|
N. SEMBILAN
|
Cerpen: Israk
Hutan Rimba
|
Hikayat Langlang Buana
Pelayaran Penuh Perisitwa
|
Sajak : Dirgahayu Bahasaku
Di bawah Langit Yang Sama
|
8
|
JOHOR
|
Cerpen: Ibu dan Ceper
|
Pelayaran yang penuh peristiwa
Merah Silu
|
Sajak: Kecek
Syair Makna Riak
|
9
|
WP K.LUMPUR
|
Drama: Tiang Cengal Dinding Sayung
|
Hikayat Langlang Buana
|
Sajak: Di Perpustakaan
|
10
|
SELANGOR
|
Drama: Taing Cengal Dinding Sayung
Hutan Rimba
|
Dua Geliga Hikmat
Pelayaran Yang Penuh Peristiwa
|
Sajak: Harga Remaja
Di Bawah Langit Yang Sama
|
11
|
KELANTAN
|
Cerpen: Biarkan Samudera
Ibu Dan Ceper
|
Dua Geliga Hikmat
Merah Silu
|
Sajak: Bangkitlah
Di Bawah Lagit Yang Sama
|
12
|
PULAU PINANG
|
Drama: Forum Remaja 2020
Pahlawan Buntung
|
Hikayat Langlang Buana
Pelayaran Penuh Peristiwa
|
Sajak: Di Perpustakaan
Mngintai Ruang Insaf
|
13
|
PAHANG
|
Cerpen: Ibu dan Ceper
Penanggungan
|
Hikayat Opu Daeng Menambun
Pelayaran Penuh Peristiwa
|
Sajak: Kecek
Bangkitlah
|
14
|
MRSM
|
Cerpen: Melissa
Pahlawan Buntung
|
Hikayat Siak
Hikayat Lang Lang Buana
|
Sajak: Di Bawah Langit yang Sama
Mahsuri
|
15
|
PERAK
|
Drama: Dato’ Onn
|
Pelayaran yang Penuh Peristiwa
|
Sajak: Harga Remaja
|
16
|
SARAWAK ZON A
|
Cerpen: Ibu dan Ceper
|
Hikayat Langlang Buana
|
Sajak: Harga Remaja
|
17
|
MELAKA
|
Cerpen: Pahlawan Buntung
Pungut
|
Merah Silu
Hikayat Indera Nata
|
Sajak: Di Perpustakaan
Adat Sezaman
|
18
|
SARAWAK ZON C
|
Drama: Gelanggang Tuk Wali
Hutan Rimba
|
Hikayat Langlang Buana
Hikayat Langlang Buana
|
Sajak: Harga Remaja
Adat Sezaman
|
19
|
PERLIS
|
Cerpen: Pahlawan Buntung
Pungut
|
Pelayaran yang Penuh Peristiwa
Hikayat Indera Nata
|
Sajak: Adat Sezaman
Harga Remaja
|
Soalan Komsas Antologi yang telah keluar semenjak 2011
hingga 2013.
BIL
|
Peperiksaan
|
SOALAN 2 (b)
|
SOALAN 2 (c)
|
SOALAN 2 (d)
|
1
|
November 2011
|
Cempaka Berdarah (T.4)
|
Hikayat Dua Geliga Hikmat (T.4)
|
Pantun Enam Kerat (T.5)
|
2
|
Jun 2012
|
Pungut (T.4)
|
Hikayat Siak
|
Adat Sezaman
|
3
|
November 2012
|
Hutan Rimba (T.5)
|
Merah Silu (T.4)
|
Bangkitlah (T.5)
|
4
|
Jun 2013
|
Dato Onn ( T 5)
|
Hikayat Khoja Maimun ( T 4 )
|
Syair Definisi Orang Berakal.
|
Soalan telah keluar SPM November 2011 dan Julai
2012
** Sebagai
Peringatan:- Soalan Berdasarkan Bahan Komsas Baru sama ada antologi dan
Komsas Novel telah mula dimasukkan ke dalam soalan Kertas Bahasa Melayu SPM
bermula pada soalan Kertas Bahasa Melayu Julai 2011. Justeru, pelbagai
pilihan soalan boleh keluar dalam soalan Kertas Bahasa Melayu Kertas 2. Oleh
sebab itu, pelajar perlu membuat persediaan rapi dalam menghadapi peperiksaan
SPM 2013. Harap maklum.
Sebagai makluman sekiranya ada dua
tajuk pemahaman di dalam jadual di atas, bermakna tajuk di atas
ialah soalan percubaan negeri untuk tahun 201, sementata tajuk di bawah
ialah soalan percubaan peringkat negeri 2012. Anda boleh membuat membuat
andaian bahawa soalan yang belum keluar kemungkinan akan keluar pada tahun
2013. Peringatan tambahan: Soalan yang telah keluar semenjak Soalan Kertas
Julai 2011 hingga SPM Julai 2012 tidak mungkin akan keluar lagi semasa
SPM 2013.
ANALISIS SOALAN
NOVEL PERCUBAAN SPM ANTARA NEGERI SPM 2012
BAHAGIAN
|
NEGERI
|
SOALAN
|
ASPEK KOMSAS
|
4 (a)
|
Melaka
|
Berdasarkan
sebuah novel yang telah anda pelajari, huraikan tema yang terdapat dalam
novel tersebut.
|
Tema (SPM JUN 2012)
|
Perlis
|
Jelaskan tema
berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari.
|
Tema (SPM JUN 2012)
|
|
MRSM
|
Berdasarkan
sebuah novel yang telah anda pelajari, jelaskan tema berserta huraian
peristiwa yang terdapat dalam novel tersebut.
|
Tema (SPM JUN 2012)
|
|
Kelantan
|
Berdasarkan
sebuah novel yang telah anda pelajari, terdapat persoalan ketabahan watak
utama menghadapi dugaan dalam kehidupan. Jelaskan dua peristiwa yang dapat
dikaitkan dengan persoalan tersebut.
|
Persoalan
|
|
YIK
|
Watak utama
dalam sesebuah novel sering dipaparkan oleh pengarang sebagai watak yang
mengalamai konflik. Huraikan dua konflik yang dialami oleh watak utama dalam
sesebuah novel yang anda pelajari dan bagaimanakah konflik itu dapat
diselesaikan olehnya?
|
Perwatakan
|
|
JUJ Pahang
(Set 2)
|
Sebuah novel
sering memaparkan konflik yang dihadapi oleh watak utama. Berdasarkan sebuah
novel yang anda pelajari, jelaskan dua konflik yang dihadapi oleh watak
tersebut.
|
Perwatakan
|
|
Perak
|
Kebiasaannya
sesebuah novel menonjolkan watak utama yang banyak menempuh cabaran dalam
kehidupan. Huraikan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh watak utama
berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji.
|
Perwatakan
|
|
Times Education
|
Latar masyarakat
banyak memberikan pengajaran kepada pembaca. Berdasarkan salah satu daripada
novel yang anda kaji, nyatakan dua perbuatan latar masyarakat yang
mendatangkan keinsafan.
|
Latar masyarakat
|
|
Selangor
|
Terdapat
pelbagai latar tempat yang dipaparkan dalam sesebuah novel. Berdasarkan
sebuah novel yang telah anda pelajari, huraikan dua latar tempat serta
peristiwa yang dikaitkan dengan latar tempat tersebut.
|
Latar tempat
|
|
Johor
|
Huraikan dua
latar tempat bagi sebuah novel yang telah anda pelajari.
|
Latar tempat
|
|
Terengganu
|
Berdasarkan
sebuah novel yang telah anda pelajari, huraikan dua nilai tanggungjawab dalam
novel tersebut.
|
Nilai
|
|
Pahang
|
Berdasarkan
sebuah novel yang telah anda pelajari, huraikan nilai keberanian yang
terdapat dalam novel tersebut.
|
Nilai
|
|
P. Pinang
|
Berdasarkan
novel yang anda pelajari, huraikan dua situasi yang menunjukkan hubungan
kekeluargaan yang erat.
|
Nilai
|
|
SBP
|
Dalam sesebuah
novel, terdapat peristiwa-peristiwa yang menarik perhatian pembaca.
Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, pilih dua peristiwa yang menarik dan
nyatakan sebab peristiwa itu berjaya menarik perhatian anda.
|
Plot
|
|
Sarawak Zon Kuching
|
Berdasarkan
sebuah novel yang telah anda pelajari, huraikan beberapa peristiwa menarik
yang terdapat dalam novel tersebut.
|
Plot
|
|
N. Sembilan
|
Kesesuaian
pemilihan judul sesebuah novel dapat dikaitkan dengan isi kandungan novel
tersebut. Buktikan pernyataan di atas berdasarkan sebuah novel yang telah
anda kaji.
|
Plot
|
|
Kedah
|
Jelaskan
peleraian cerita daripada sebuah novel yang anda pelajari
|
Plot
|
|
JUJ Pahang
(Set 1)
|
Penggunaan
sesuatu teknik dalam sesebuah novel menjadikan novel tersebut lebih menarik.
Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, jelaskan teknik plot yang digunakan
oleh pengarang dalam novel tersebut.
|
Teknik plot
|
|
BAHAGIAN
|
NEGERI
|
SOALAN
|
ASPEK KOMSAS
|
4 (b)
|
SBP
|
Berdasarkan dua
buah novel yang anda kaji, huraikan satu latar masyarakat yang dipaparkan
dalam setiap novel tersebut.
|
Latar masyarakat
|
Terengganu
|
Jelaskan satu
latar masyarakat yang terdapat dalam dua buah novel yang anda pelajari.
|
Latar masyarakat
|
|
Kelantan
|
Berdasarkan dua
buah novel yang telah anda pelajari, terdapat pelbagai latar masyarakat yang
dipaparkan oleh pengarang. Huraikan latar masyarakat yang terdapat dalam
setiap novel tersebut
|
Latar masyarakat
|
|
N. Sembilan
|
Latar memainkan
peranan penting dalam sesebuah novel. Berdasarkan sebuah novel yang telah
anda kaji, huraikan tiga latar masyarakat yang terdapat dalam novel tersebut.
|
Latar masyarakat
|
|
JUJ Pahang
(Set 2)
|
Berdasarkan dua
buah novel yang anda pelajari, bandingkan satu latar masyarakat dalam setiap
novel itu.
|
Latar masyarakat
|
|
Perlis
|
Berdasarkan dua
buah novel yang anda pelajari, huraikan satu latar tempat daripada setiap
novel tersebut.
|
Latar tempat
|
|
Sarawak Zon Kuching
|
Setiap watak
utama dalam mana-mana novel pasti akan berhadapan dengan pelbagai dugaan
kehidupan. Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, huraikan cara
watak utama menangani satu konflik yang dihadapi dalam setiap novel.
|
Perwatakan
|
|
MRSM
|
Watak sampingan
banyak membantu watak utama dalam sesebuah penceritaan. Berdasarkan dua buah
novel yang telah anda pelajari, huraikan satu perwatakan watak sampingan
dalam setiap novel.
|
Perwatakan
|
|
YIK
|
Berdasarkan dua
buah novel yang anda pelajari, huraikan satu peristiwa yang memaparkan nilai
kasih sayang dalam setiap novel.
|
Nilai
|
|
Melaka
|
Jelaskan satu
nilai ketabahan yang terdapat dalam dua buah novel yang telah anda kaji.
|
Nilai
|
|
Johor
|
Berdasarkan
sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan tiga nilai kemanusiaan daripada
novel tersebut
|
Nilai
|
|
P. Pinang
|
Setiap novel
mengandungi pelbagai nilai murni yang dapat memberikan teladan kepada
pembaca. Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, jelaskan satu
peristiwa yang menggambarkan nilai kerjasama daripada setiap novel tersebut.
|
Nilai
|
|
JUJ Pahang
(Set 1)
|
Berdasarkan dua
buah novel yang anda pelajari, huraikan satu nilai kegigihan yang dipaparkan
dalam kedua-dua novel itu.
|
Nilai
|
|
Kedah
|
Huraikan satu
pengajaran bagi kedua-dua buah novel yang anda pelajari.
|
Pengajaran (SPM JUN 2012)
|
|
Perak
|
Berdasarkan dua
buah novel yang anda kaji, jelaskan satu pengajaran daripada setiap novel
tersebut.
|
Pengajaran (SPM JUN 2012)
|
|
Times Education
|
Huraikan satu
teknik penceritaan yang digunakan oleh pengarang dalam dua buah novel yang
anda kaji.
|
Teknik plot
|
|
Selangor
|
Jelaskan dua
teknik plot yang terdapat dalam sebuah novel yang telah anda pelajari.
|
Teknik plot
|
|
Pahang
|
Berdasarkan dua
buah novel yang telah anda pelajari, huraikan satu persamaan teknik plot yang
terdapat dalam kedua-dua novel tersebut.
|
Teknik plot
|
Soalan SPM Sebenar 2012
4 (a)
|
Jelaskan dua latar masa yang terdapat dalam sebuah
novel yang anda pelajari.
|
Latar
|
Soalan SPM Sebenar 2012 4 (b)
|
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari , jelaskan
tiga nilai kemanusian yang terdapat dalam novel tersebut.
|
Nilai
|
Soalan SPM Sebenar Jun2013 4 (a)
|
Berdasarkan
sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua latar tempat yang terdapat
dalam novel tersebut.
|
Soalan SPM Jun 2013 Latar tempat
|
Soalan SPM Sebenar Julai 2013 4 (b)
|
Pertentangan
pendapat antara watak dalam sesebuah novel bertujuan untuk mengembangkan
jalan cerita.Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan
pertentangan pendapat antara watak utama dengan satu watak lain dalam
noel-novel tersebut.
|
SPM Julai 2013
Watak
|
Perhatian:-
Sila jawab semula soalan-soalan di atas sebagai
latihan semula bagi soalan yang pernah dijawab dan latihan tambahan kepada
soalan yang belum dijawab lagi. Ingat, latihan yang mantap akan membantu anda
MENJAWAB SOALAN SEBENAR KERTAS BAHASA MELAYU DALAM PEPERIKSAAN AWAM dalam dewan peperiksaan. Anda juga
boleh merujuk soalan di Buku Kerja Twitter bahasa Melayu atau soalan
daripada buku rujukan lain untuk memantapkan penguasaan anda terhadap
soalan-soalan yang masih belum keluar dalam Kertas Soalan SPM 2011 dan 2012.
Namun begitu, jangan anggap ini sebagai soalan SPOT, kerana anda perlu juga
menguasai soalan-soalan lain sebagai persediaan untuk menghadapi SPM 2013.
Cuma dengan adanya analisa di atas, sekurang-kurangnya
pelajar dan guru dapat melihat aliran soalan dan perkaitan soalan yang keluar
dalam soalan peperiksaan percubaan dengan soalan SPM sebenar.
Analisa terkini soalan Percubaan Bahasa Melayu Negeri-negeri lain 2013.
Soalan Percubaan SPM
Negeri 2013 ( Analisa Soalan 2a, 2b, 2c, dan 2d)
Bil
|
Negeri
|
Soalan 2 (b)
|
Soalan 2 (c)
|
Soalan 2 (d)
|
1
|
Kedah
|
Pahlawan Buntung
|
Pelayaran Penuh Peristiwa
|
Sajak “Kecek”
|
2
|
SBP
|
Israk
|
Hikayat Opu Naeng Menambun
|
Dirgahayu Bahasaku
|
3
|
MRSM
|
1400
|
Hikayat Khoja Maimun (BMJun2013
|
SiLuncai
|
4
|
Perak
|
1400
|
Pelayaran Penuh Peristiwa
|
Gurindam Tunggak 12
|
5
|
Pulau Pinang
|
Ibu dan Ceper
|
Hikayat Langlang Buana
|
Gurindam 12 Fasal Ke-6
|
6
|
Terengganu
|
Ibu dan Ceper
|
Hikayat Langlang Buana
|
Di Perpustakaan
|
7
|
Johor SMKL
|
Ibu dan Ceper
|
Pelayaran Penuh Peristiwa
|
Dirgahayu Bahasaku
|
8
|
Johor SMKPS
|
Ibu dan Ceper
|
Pelayaran Penuh Peristiwa
|
Dirgahayu Bahasaku
|
9
|
Selangor SMKS
|
Ibu dan Ceper
|
Hikayat Langlang Buana
|
Di Bawah Langit Yang Sama
|
10
|
Wilayah Persekutuan
|
Forum Remaja 2020
|
Hikayat Langlang Buana
|
Gurindam Tunggak 12
|
11
|
Sabah
|
Israk
|
Hikayat Langlang Buana
|
Seloka Emak Si Radang
|
12
|
Skor A BH
|
Tiang Cengal Dinding Sayung
|
Hikayat Khoja Maimun (BMJun2013
|
Di Perpustakaan
|
13
|
Yik
|
Tiang Cengal Dinding Sayung
|
Hikayat Khoja Maimun (BMJun2013
|
Definisi Orang Berakal
( BM Jun 2013)
|
Analisa terkini soalan Percubaan Bahasa Melayu Negeri-negeri lain 2013.
Soalan Percubaan SPM
Negeri 2013 ( Analisa 4 a dan 4 b)
Bil
|
Negeri
|
Soalan 4 a
|
Soalan 4 b
|
1
|
Kedah
|
|
|
2
|
SBP
|
Unsur saspens dalam sesebuah novel dikemukakan oleh pengarang
untuk menimbulkan minat dalam diri pembaca agar menyudahkan pembacaan mereka.
Berdasarkan sebuah novel yang anda
kaji, huraikan dua peristiwa yang menunjukkan unsur saspens dalam
novel tersebut.
|
Berdasarkan dua
buah novel yang anda kaji, huraikan satu perwatakan watak
sampingan yang dipaparkan dalam setiap novel tersebut.
|
3
|
MRSM
|
Huraikan
dua persoalan kasih sayang yang terdapat dalam sebuah novel yang telah anda
pelajari.
|
Berdasarkan
dua buah novel yang anda pelajari, jelaskan satu peristiwa yang
menggambarkan teknik imbas kembali yang terdapat dalam
setiap novel.
|
4
|
Perak
|
Berdasarkan salah satu teks yang anda kaji, jelaskan bagimanakah watak sampingan membantu menyelesaikan
masalah watak utama.
|
Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, jelaskan satu persoalan
daripada setiap novel.
|
5
|
Pulau Pinang
|
Banyak peristiwa yang dipaparkan dalam sesebuah novel
menggambarkan persoalan yang ingin disampaikan oleh pengarang.
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua
contoh yang menggambarkan persoalan pengorbanan dalam kehidupan.
|
Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, jelaskan satu
latar masyarakat yang terdapat dalam novel-novel tersebut.
|
6
|
Terengganu
|
Bahagian peleraian yang menarik dalam sesebuah novel memberi kepuasan kepada
pembaca.
Berdasarkan
sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua peristiwa menarik
pada bahagian
peleraian novel tersebut.
|
Berdasarkan
dua buah novel yang telah anda pelajari, huraikan satu latar
masyarakat yang
prihatin dalam setiap novel.
|
7
|
Johor SMKL
|
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua
peristiwa yang menggembirakan dalam novel tersebut
|
Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari,
huraikan satu pengajaran yang terdapat dalam setiap novel tersebut?
|
8
|
Johor SMKPS
|
Berdasarkan
sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua peristiwa yang
menggembirakan dalam novel tersebut
|
Berdasarkan
dua buah. novel yang telah anda pelajari, huraikan satu pengajaran
yangterdapatdalamsetiapnovel tersebut
|
9
|
Selangor SMKS
|
Selain isu utama, setiap pengarang juga mengutarakan beberapa
persoalan dalam karya mereka.
Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, jelaskan dua
persoalan yang dikemukakan oleh pengarang dalam novel berkenaan.
|
Berdasarkan dua
buah novel yang telah anda kaji, huraikan kepentingan watak sampingan
dalam setiap novel tersebut.
|
10
|
Wilayah Persekutuan
|
Pengarang sesebuah novel biasanya menggunakan karyanya sebagai
medan untuk
mengutarakan pelbagai kritikan sosial.
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan kepincangan
masyarakat
dalam novel tersebut.
|
Setiap novel mengandungi berbagai-bagai nilai murni yang dapat
memberikan teladan
kepada pembaca.
Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, jelaskan
peristiwa yang menggambarkan
nilai keprihatinan dalam novel-novel tersebut.
|
11
|
Sabah
|
Pembaca akan memperoleh pelbagai mesej dan pengajaran daripada
novel yang dibaca. Berdasarkan novel yang telah anda kaji, jelaskan pengajaran
yang boleh anda jadikan pedoman dalam kehidupan.
|
Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, huraikan persamaan
latar masyarakat yang terdapat dalam kedua-dua novel tersebut
|
12
|
Skor A BH
|
Jelas dua latar masyarakat yang terdapat dalam sebuah novel yang anda
pelajari.
|
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan tiga peristiwa yang
menunjukkan nilai ketabahan yang terdapat dalam novel tersebut.
|
13
|
Yik
|
Pengarang
sesebuah novel memaparkan banyak
pengajaran yang berguna untuk mendidik masyarakat.
Tulis tiga pengajaran dalam sebuan novel yang anda pelajari.
|
Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu
peristiwa memaparkan nilai kasih
sayang dalam setiap novel.
|
SOALAN SET 1 (MODUL JPN PERAK 2012)
Soalan 1 : Rumusan
[30 markah]
Baca petikan di bawah
dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang langkah-langkah
menangani masalah emosi murid dan kebaikan mengatasinya. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120
perkataan.
Tragedi
seorang murid mati akibat terjatuh dari tingkat dua bangunan sekolah memang
menyayat hati. Kejadian ini walaupun boleh dikategorikan sebagai kes terpencil
namun tidak boleh diambil mudah kerana berkait rapat dengan masalah emosi murid.
Sakit yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar kebiasaannya melibatkan mental. Oleh sebab itu, satu mekanisme mengenal pasti
masalah depresi mental dari peringkat awal perlu diwujudkan oleh pihak sekolah
agar dapat ditangani seawal mungkin sebelum menjadi serius.
Sebagai
permulaan, kaunselor di sekolah perlu memainkan peranannya supaya masalah
berkaitan emosi murid ini tidak melarat sehingga menyebabkan kejadian yang
tidak diingini berlaku. Seharusnya kaunselor perlu menganjurkan program yang
boleh mewujudkan kesedaran ke arah mengenal pasti punca, simptom dan kaedah
menangani masalah berkaitan emosi. Manakala pentadbir
sekolah dan guru kelas pula perlulah sentiasa peka dengan sebarang perubahan
sikap dan tingkah laku murid. Mereka perlu mengambil tindakan segera jika
terdapat tingkah laku murid yang mencurigakan malah jangan mengambil mudah
sebarang ugutan atau ancaman khususnya yang dinyatakan di laman sosial seperti
Facebook dan Twitter.
Dalam
pada itu, Kementerian Kesihatan bekerjasama dengan Kementerian Pelajaran
memperkenalkan Modul Kesihatan Mental di sekolah menengah pada tahun 2011 untuk
menangani masalah emosi murid. Pada masa yang sama, pentadbir sekolah dan guru
juga perlu memahami Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mahu melahirkan insan
seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI).
Justeru, berikan ruang dan peluang kepada murid untuk beriadah bagi
mengurangkan tekanan dengan melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum
khususnya untuk murid yang tidak terlibat dengan peperiksaan. Penglibatan murid dalam aktiviti
kokurikulum boleh menyihatkan badan, menambahkan kemahiran dan membentuk
semangat berpasukan. Malah aktiviti kokurikulum juga memberi kelebihan kepada
murid untuk memasuki universiti awam.
Pelbagai
pendekatan juga perlu difikirkan oleh pihak sekolah. Kerjasama ibu bapa dan pihak
sekolah amat membantu dalam menangani permasalahan emosi murid. Paling mudah,
ibu bapa segera memberitahu pihak sekolah sekiranya anak-anak mereka
menghadapi masalah selain tidak menyerahkan bulat-bulat kepada sekolah menangani
masalah tersebut. Persatuan Ibu Bapa dan Guru menganjurkan Kursus Kemahiran
Keibubapaan sebagai kaedah penyelesaian terbaik kepada masyarakat agar masalah
emosi murid ini dapat diatasi. Segalanya terpulang
kepada kebijaksanaan pentadbir sekolah dan guru untuk menjadualkan aktiviti
murid supaya dapat melahirkan modal insan yang holistik, bijak, sihat dan berpersonaliti unggul.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana
Menangani Masalah Emosi Pelajar
oleh Azmy Mohamed,
Utusan Malaysia, 14 Februari 2011)
Soalan 2 : Pemahaman
[35
markah]
Soalan 2 (a) – Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan
yang berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.
(i) Berikan maksud rangkai kata berpersonaliti
unggul.
[2 markah]
(ii) Berikan kebaikan-kebaikan
sekiranya murid menyertai aktiviti kokurikulum di sekolah.
[3 markah]
(iii) Pada
pendapat anda, apakah punca-punca yang menyebabkan murid-murid menghadapi
masalah emosi?
Kemukakan tiga punca.
[4 markah]
Soalan 2(b) – Petikan Cerpen
Baca petikan
cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Tiba-tiba hatinya dipintali
kesayuan. Di mana Siti Nurhidayah? Di mana Izwan di mana Nuryani Iman? Sudah
berpuluh tahun berpisah. Pungguk itu ialah dirinya, rindu si pungguk ialah
rindunya, derita si pungguk ialah
penderitaan dirinya. Ingatannya kepada Izwan, kepada Nuryani Iman, kepada Siti
Nurhidayah tidak pernah luak, tidak pernah bertukar seperti rambutnya yang
sudah memutih, tidak pernah bertukar seperti kulitnya dengan seribu kedutan.
Angin malam terus bertiup, terlalu
dingin, membawa bersama-sama bau cempaka dan melur di halaman. Pak Itam terasa segar. Terasa semakin syahdu,
kesepian malam ini kian mendekatkan dirinya kepada Tuhan. Terasa dirinya kian
mengecil, rumput-rampai, daun-daunan, walaupun ditiup angin, tetapi tetap
menunduk, sujud kepada Tuhan, berzikir dan bertasbih. Bukankah Tuhan jadikan
manusia, para malaikat, jin dan makhluk seisi alam ini supaya sujud kepada-
Nya?
Pak Itam terasa dirinya kian
mengecil seperti sebiji debu!
(Dipetik
daripada
cerpen ‘Memori Seorang Tua’
oleh Zahari Affandi,
dalam antologi Harga
Remaja
Dewan Bahasa dan
Pustaka)
(i)
Berdasarkan petikan di atas, nyatakan dua
sebab Pak Itam berasa sayu
[2
markah]
(ii)
Andaikan anda Pak Itam, apakah
usaha anda untuk mendapatkan semula
isteri dan anak-anak yang sudah lama berpisah?
[3 markah]
(iii)
Huraikan satu nilai murni yang
terdapat dalam petikan di atas dan satu nilai murni yang lain daripada cerpen.yang
tidak terdapat dalam petikan.
[4 markah]
Soalan 2(c) – Petikan Prosa Klasik
Baca
petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Setelah sudah maka Khoja Maimun pun
bermohonlah kepada isterinya lalu dipeluk diciumnya akan isterinya yang cantik molek
itu, muda molek dengan kelakuannya yang baik dengan tiada yang tidak baiknya
itulah adanya, antara keduanya itu bertangisan dengan air matanya serta menaruh
akan dua ekor burung itu. Maka khoja Maimun pun pergilah belayar.
Hatta berapanya Khoja Maimum belayar
itu, maka datanglah cubaan Allah Taala atas hambanya, dengan demikian dicetera
akan orang yang empunya cetera ini. Selama peninggalan Khoja Maimun belayar
itu, sebermula ada pada suatu hari maka Bibi Zainab pun bercintalah akan
suaminya. Maka ia pun pergilah duduk di tingkap mahligainya berangan-angan
serta memandang pada jalan seraya itu maka pada ketika itu terpandanglah kepada
anak raja di dalam negeri itu lalu berkuda hampir dengan mahligai isteri Khoja
Maimun. Pada tatkala Bibi Zainab pun memandang ke bawah maka terpandanglah
kepada muka anak raja itu, pemandangan Bibi Zainab terlalu elok rupanya
anak raja itu. Sebermula anak raja pun memandang kepada isteri Khoja Maimun,
terlalu baik parasnya sama berjumpa masanya lalu dibawanya tersenyum oleh anak
raja itu.
(Dipetik
daripada
‘Hikayat Khoja Maimun’
dalam antologi Harga Remaja,
Dewan Bahasa dan
Pustaka)
(i) Berikan maksud terlalu elok rupanya.
[2
markah]
(ii) Berdasarkan petikan di atas, apakah yang
berlaku kepada Bibi Zainab sepeninggalan
suaminya, Khoja Maimun pergi belayar?.
[3 markah]
(iii) Pada
pandangan anda, apakah tindakan yang perlu dilakukan oleh Bibi Zainab untuk
mengubati perasaan rindu terhadap suaminya Khoja Maimun yang sedang belayar?
[3 markah]
Soalan 2(d) – Sajak
Baca sajak di
bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
Bangkitlah
Anak-anak
yang sedang lena
bangkitlah
matahari
sudah tinggi
di
puncak gunung.
Lihat
jernihnya pagi ini
burung-burung
berterbangan di udara
dan
pepohon hijau merendang daunnya
apa
kau masih belum bangkit?
Bangkitlah
jangan
sesal nanti
madu
bumi yang kekeringan
isi
laut kekosongan
dan
perut belantara menjadi ladang.
Anak-anak
esok
apa yang akan kaumakan?
tanah
atau batu atau debu?
kau
mahu terus nangis
tanpa
air mata?
Kalau
tidak
bangkitlah
matahari
belum lagi rembang
dan
burung-burung belum lagi menjamah awan!
Rejab
F.I.
dalam
antologi Dirgahayu Bahasaku,
Dewan
Bahasa dan Pustaka
(i) Berdasarkan
rangkap ketiga sajak di atas, mengapakah penyajak menyeru
anak muda supaya bangkit atau bangun dengan
segera? [2 markah]
(ii) Pada
pendapat anda, apakah ciri-ciri yang perlu ada pada generasi muda sekiranya
ingin berjaya pada masa hadapan?
[3 markah]
(iii) Huraikan persoalan berdasarkan rangkap kedua dan rangkap keempat sajak
tersebut.
[4 markah]
Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran
Bahasa
[30 markah]
Jawab semua soalan.
(a)
Tulis satu ayat bagi tiap-tiap perkataan di
bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan
imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
(i)
mentah-mentah
(ii)
hidup-hidup
(iii)
diam-diam
(iv)
siang-siang
(v)
senyap-senyap
(vi)
jauh-jauh
[
6 markah ]
(b) Tukar ayat cakap ajuk di bawah kepada ayat cakap pindah tanpa mengubah maksud asalnya.
(i)
“Tuanku, janganlah berasa khuatir kerana
patik akan pastikan lanun-lanun itu ditangkap dan dihukum,” kata Laksamana Hang Tuah kepada
sultan.
(ii)
“Mengapakah kamu lewat? Sudah hampir
satu jam aku menunggu di sini,” kata Amira kepada Ellina.
(iii)
“Kamu salah seorang pelajar cemerlang.
Tentu rugi jika kamu tidak mahu menyambung pelajaran,” kata Cikgu Ali kepada
Faizal.
[ 6 markah ]
(c) Dalam
petikan di bawah, terdapat
tiga kesalahan ejaan dan tiga
kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan
dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih
daripada tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak
perlu menyalin petikan itu semula.
NGO
alam sekitar telah membantah usaha sebuah syarikat pembalakan yang melakukan
kerja-kerja pembalakan yang mendekati dengan kawasan menadah hujan. Bantahan
mereka telah dimaklumi kepada Perdana Menteri menerusi mesin faksimili. Mereka
telah mengadakan demotrasi secara aman di hadapan ibu pejabat syarikat
berkenaan. Isu ini telah mendapat liputan daripada media masa di dalam dan di
luar negara.
[
6 markah ]
(d) Dalam
setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan
tatabahasa. Senaraikan dan betulkan
kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih
daripada satu kesalahan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda
tidak perlu menyalin ayat itu semula.
(i)
Semua penduduk yang mempunyai
pendapatan hendaklah menghantar Borang Tafsiran Cukai masing-masing di Lembaga
Hasil Dalam Negeri pada setiap tahun.
(ii)
Beberapa orang pegawai DBKL ditugaskan
untuk menyemak keadaan di tempat yang sering berlaku banjir kilat di Kuala
Lumpur dari masa ke semasa.
(iii)
Hadiah yang mereka beli itu akan
diagihkan kepada Puan Nora ketika mereka melawatnya di hospital nanti.
[6 markah]
(e) Baca
ayat-ayat di bawah dengan teliti dan
kemudian kemukakan peribahasa yang
sesuai
dengan situasi dalam ayat-ayat yang
berikut.
(i)
Musliha berasa
kesal menceritakan masalah rumah tangganya kepada Soleha. Dia berharap agar
Soleha tidak menceritakan masalahnya itu kepada orang lain. Malangnya, Soleha
tidak menepati janjinya. Kini hampir sernua rakan sepejabat tahu akan masalah
rumah tangganya.
(ii)
Dolah, Hakim, dan
Lokman bersusah payah melukis mural di dinding sekolah. Ketua kumpulan mereka,
Zahid, hanya membantu sedikit dan selalu menghilangkan diri semasa bertugas.
Namun dalam perhimpunan sekolah, pengetua asyik memuji Zahid. Hal ini
menyebabkan Dolah, Hakim, dan Lokman berasa tidak puas hati kerana mereka yang
bersungguh-sungguh tetapi orang lain pula yang mendapat pujian.
(iii)
Setelah lima tahun
bekerja di Amerika Syarikat, Jefri mengambil keputusan untuk balik ke Malaysia.
Walaupun pendapatannya di sana besar, tetapi dia berasa kurang seronok tinggal
di rantau orang. Dia ingin tinggal dan bekerja di negara sendiri.
[6 markah]
Soalan 4: Novel
[15
markah]
Jawab
soalan-soalan di bawah berdasarkan
novel-novel yang berikut.
(i)
Papa…(akhirnya kau tewas jua) karya Deana Yusof
(ii)
Melunas Rindu karya Hartini Hamzah
(iii)
Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd Hanafiah
(iv)
Renyah karya Gunawan Mahmood
(v)
Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain
(vi)
Kembara Amira karya Amer Hmzah L.Kadir
(vii)
Kabus di Perbukitan karya Muhamad Kholid Hamzah
(viii)
Sutera dalam Lukisan karya Abd Talib Hassan
(a) Huraikan dua peristiwa yang menyedihkan dalam
sebuah novel yang anda pelajari.
[7 markah]
(b)
Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan satu contoh nilai keberanian daripada
setiap novel tersebut.
[8 markah]
KERTAS SOALAN TAMAT
SOALAN SET 2 (MODUL JPN PERAK 2012)
Soalan 1
: Rumusan
[30
markah]
Baca
petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang peranan remaja sebagai pengguna dan cara-cara memupuk kesedaran kepenggunaan dalam
kalangan remaja. Panjangnya rumusan
hendaklah tidak melebihi 120 patah
perkataan.
Dewasa ini, isu kepenggunaan dalam
kalangan remaja menjadi perhatian masyarakat lantaran peningkatan taraf hidup.
Tanpa kita sedari, pengguna remaja lebih banyak menjadi mangsa penipuan
berbanding dengan pengguna lain. Hal ini terjadi kerana remaja sendiri kurang
ambil peduli tentang hak dan tanggungjawab sebagai pengguna. Isu remaja dan
pengguna berlaku sepanjang masa, namun yang menjadi persoalannya ialah tidak
banyak remaja yang mengetahui hak dan tanggungjawab mereka sebagai pengguna.
Oleh itu, setiap remaja perlu peka akan peranan mereka sebagai pengguna yang
bijak. Mereka perlu melibatkan diri dalam hal-hal kepenggunaan kerana melalui
cara ini mereka akan memahami definisi, hak dan tanggungjawab sebagai pengguna.
Terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan oleh remaja untuk mendapatkan
maklumat tentang semua perkara berkaitan isu kepenggunaan. Antaranya ialah
menjadi ahli persatuan pengguna di tempat masing-masing. Selain itu, remaja
perlu berkongsi pengetahuan sebagai pengguna dengan masyarakat. Remaja tidak
seharusnya bersikap mementingkan diri sendiri semata-mata. Remaja boleh
menjalankan tanggungjawab sosial ini dengan menggunakan laman sosial yang mudah
dan popular dalam kalangan mereka. Oleh
itu, remaja boleh menggunakan perkhidmatan laman sosial ini sebagai wadah
komunikasi untuk menubuhkan kelab pengguna.
Pada masa yang sama, remaja juga
boleh mengetahui sebarang produk dan perkhidmatan daripada pelbagai sumber. Hal ini amat penting kerana tanpa
disedari, remaja sering menjadi mangsa apabila jurujual menggunakan permainan
psikologi. Justeru, remaja bertanggungjawab mengambil tindakan yang sewajarnya
andai mereka menjadi mangsa dalam hal-hal kepenggunaan. Selain memahami hak dan
tanggungjawab sebagai pengguna, remaja juga harus mengambil sedikit masa untuk
melihat isu-isu penting tentang kepenggunaan. Isu ini boleh dicari dengan mudah
melalui media cetak dan elektronik. Antara isu yang mendapat perhatian media
ialah isu pengguna remaja yang menjadi mangsa produk tiruan. Hal ini
berlaku kerana faktor usia dan pemikiran remaja itu sendiri yang tidak matang.
Sebagai pengguna, remaja juga
bertanggungjawab untuk melakukan kajian terhadap isu-isu tertentu kerana hal
ini akan membuka minda remaja untuk berfikir dengan lebih luas sebagai
pengguna. Dalam pelbagai hal kepenggunaan, remaja sebagai pengguna seharusnya
berfikir dahulu dan merancang sebelum berbelanja bagi mengelakkan diri mereka
daripada menjadi mangsa penipuan. Sebarang isu yang dapat membantu remaja
menjadi pengguna yang bijak haruslah dikaji, diselidik, dan difahami oleh
remaja sendiri.
(Dipetik dan
diubahsuaikan daripada
Tanggungjawab
Remaja Sebagai Pengguna
oleh Asrul Ilham
Sany,
Dewan Siswa,
April 2011)
Soalan 2 (a) – Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
(i) Berikan
maksud rangkai kata produk tiruan.
[2 markah]
(ii) Mengapakah
remaja sering menjadi mangsa dalam isu kepenggunaan? [3 markah]
(iii) Sebagai
pengguna, apakah tindakan anda apabila menyedari bahawa anda telah tertipu
setelah membeli sesuatu barangan?
Berikan tiga tindakan anda.
[4 markah]
Soalan 2(b) – Petikan Cerpen
Baca petikan
cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.
“Misalkan saja saudara minat
memancing atau menangkap ikan. Apakah kerana minat itu saudara harus menjadi
nelayan? Bukankah saudara tetap sebagai penjaga panggung? Begitulah juga saya yang
minat menjadi hero. Apakah kerana minat itu saya mesti menjadi hero? Tentu
tidak, bukan? Saya akan tetap bernama pelakon.”
“Kenyataan saudara itu memeningkan
saya.”
“Tidak, saudara. Sebenarnya terlalu mudah untuk saudara
memahami kata-kata saya itu.”
“Bagaimana?”
“Saudara berhentilah memuji saya.
Sau … saudara pujilah diri saudara sendiri, “ sambut si hero sambil menancapkan
sorot matanya kemas-kemas ke wajah si penjaga panggung.
Si penjaga panggung melongo,
terkelip-kelip matanya menatap renungan si hero yang tidak terdaya
ditafsirkannya lagi.
“Saudara, kita selalu lupa pada
kenyataan yang membeliti hidup kita sebenarnya. Kita lebih terkesima akan
sesuatu yang pada lahirnya tampak cemerlang dan cerlang sinarnya, walhal di
sebaliknya tidak lebih daripada seberkas sampah yang hanya layak digilai lalat
dan gagak. Hindarilah diri saudara daripada menjadi lalat dan gagak, saudara.”
Si penjaga panggung terus melongo.
(Dipetik daripada
cerpen ‘ Idola’
oleh Zaen Kasturi
dalam antologi Dirgahayu
Bahasaku
Dewan Bahasa dan
Pustaka)
(i)
Berdasarkan petikan di atas, nyatakan
nasihat-nasihat yang diberikan oleh
hero kepada penjaga panggung?
[2 markah]
(ii)
Andaikan anda penjaga panggung, apakah
reaksi anda terhadap nasihat-nasihat yang disampaikan oleh hero kepada
anda? [3 markah]
(iii)
Huraikan satu pengajaran yang
terdapat dalam petikan di atas dan satu pengajaran yang lain daripada
keseluruhan cerpen.
[4 markah]
Soalan 2(c) – Petikan Prosa Klasik
Baca
petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Setelah tinggal
beberapa lama di dalam negeri itu, padi orang di situ habis dimakan
kerbau,demikian juga pisang orang di situ. Kata segala orang dalam negeri itu,
“binatang apa dibawa ke negeri ini; habislah tanam-tanaman kami binasa dimakan
oleh binatang itu. Kalau demikian janganlah tuan-tuan duduk bersama-sama dengan
kami.”
Setelah Merah Silu mendengar kata
sekalian orang kampung itu, maka Merah Silu berkata kepada mereka, “ hai segala
tuan-tuan dalam negeri ini, sabarlah tuan-tuan dahulu sementara hamba mencari
tempat diam yang lain!”
Merah Silu pergi mencari tempat yang
lain. Dia berjalan mudik ke hulu Semenda. Dia sampai di suatu negeri bernama
Buluh Telang. Di sana dia bertemu dengan Megat Iskandar. Megat Iskandar
mempelawa Merah Silu dan menjamunya makan minum. Ujar Megat Iskandar kepada
Merah Silu, “apa kehendak tuan hamba kepada hamba ini?”
Merah Silu berkata, “Hamba datang
kepada tuan hamba ini, hamba hendak minta tempat duduk, kerana hamba tiada
bertempat.”
Kata Megat Iskandar, “jikalau
demikian baiklah anakanda duduk di sini dengan hamba. Ladang di sini pun luas,
dan banyak tempat kerbau makan.”
Sambut Merah Silu, “Jikalau ada
kasih tuan apatah salahnya, tuanlah akan menjadi bapa hamba.”
Merah
Silu pun bermohon pada Megats Iskandar, lalu dia pergilah mengambil segala
hartanya, askar dan kesemua kerbaunya. Lalu dibawa ke Buluh Telang itu. Merah
Silu tinggallah di situ
(Dipetik
daripada
‘Merah’ Silu’
dalam antologi Harga Remaja,
Dewan Bahasa dan
Pustaka)
(i) Berikan maksud hendak minta tempat
duduk. [2 markah]
(ii) Berdasarkan petikan di atas, nyatakan
faktor-faktor yang menyebabkan Merah Silu mengatakan bahawa Megat Iskandar akan
menjadi bapanya. [3 markah]
(iii) Pada
pandangan anda, apakah yang akan terjadi sekiranya Merah Silu enggan berpindah?
[3
markah]
Soalan
2(d) – Sajak
Baca
sajak di bawah dengan teliti, kemudian
jawab soalan-soalan berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
DIRGAHAYU
BAHASAKU
Tempatmu
di singgahsana
hati
nurani bangsaku
warga
yang berbudi
setia
dan amanah.
Bahasa
itu maruah bangsa
yang
mesti dipelihara martabatnya
agar
tetap kukuh dan ampuh
melayari
lautan bijaksana
salam
ikatan mesra dan teguh.
Cekal
dan waja semangat pejuangku
hak
bangsaku memilikimu
di
bumi bertuah ini
merentas
dunia tak bertepi.
Sejarah
bangsa mencatatkan kegemilangan
ke
barat ke timur menjalin persaudaraan
gagah
pelautku membelah lautan
ke
utara dan ke selatan bahasaku mencengkam
dari
pulau ke pulau menggilap mutiara silam.
Dirgahayu
bahasaku
di
arena antarabangsa suaramu tumbuh
menusuk
kalbu lagu bahasamu
bahasamu
bahasa minda
mudah
akrab dan bertatasusila
daripada
bangsa yang bernama Melayu
menempa
kejayaan di alaf baru.
Ahmad Sarju
dalam antologi Dirgahayu Bahasaku
Dewan
Bahasa dan Pustaka
(i)
Berikan maksud Tempatmu di singgahsana.
[2 markah]
(ii) Pada pendapat anda, bagaimanakah
cara-cara memartabatkan bahasa kebangsaan di negara kita?
[3 markah]
(iii)
Jelaskan dua persoalan yang terdapat dalam sajak tersebut.
[4 markah]
Soalan 3:Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa
[30
markah]
Jawab
semua soalan.
(a) Tulis satu ayat bagi setiap
perkataan di bawah untuk menunjukkan
bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh
menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai
peribahasa atau nama khas.
(i)
aliran
(ii)
pengalir
(iii) mengalir
(iv) arahan
(v)
pengarah
(vi) mengarah
[6 markah]
(b) Nyatakan pola bagi ayat-ayat di bawah sama ada ayat tersebut
berpolakan Frasa Nama +
Frasa Nama (FN+FN), Frasa Nama + Frasa
Kerja (FN+FK), Frasa Nama + Frasa Adjektif
(FN+FA) atau Frasa Nama + Frasa Sendi
Nama (FN+FS)
(i)
Bungkusan hadiah itu
untuk Sarimah.
(ii)
Budak itu menjerit
kesukaan.
(iii)
Rumah itu sangat luas
dan cantik halamannya.
(iv)
Cikgu Sukri guru kelas
saya.
(v)
Keluarga Cikgu Zurina
akan menetap di kampung.
(vi)
Bangunan itu sudah
usang.
[6 markah]
(c) Dalam
setiap ayat di bawah ini terdapat satu
kesalahan ejaan dan satu kesalahan
penggunaan imbuhan. Senaraikan
dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat anda tidak boleh
menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan
imbuhan. Anda tidak perlu menulis ayat itu semula.
(i)
Gadis manis yang berpakai
baju berwarna merah dan berambut keringting itu berasal dari pedalaman Sabah.
(ii)
Dukun itu membaca
beberapa mentera kepada pesakitnya sebelum mencerita punca sebenar penyakit
tersebut.
(iii)
Satay merupakan
makanan yang semakin popular di negara ini berbandingkan dengan makanan
tradisional yang lain.
[6 markah]
(d) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah
dan satu kesalahan tatabahasa.
Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan
lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan
tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
(i)
Semua
pelajar perlu sedar yang setiap kejayaan akan diperoleh jika ada kemahuan,
kesungguhan, dan tidak mengenal putus harap.
(ii)
Kertas rujukan untuk
kelas sains itu telah disiapkan oleh saya pada pagi tadi.
(iii)
Berdasarkan pada laporan guru disiplin,
kebanyakan aktiviti keluar sekolah disebabkan pengaruh rakan sebaya.
[6 markah]
(e) Baca ayat-ayat di bawah ini dengan teliti, kemudian nyatakan
peribahasa yang sesuai dengan
situasi dalam ayat-ayat tersebut
(i) Semenjak membeli motosikal yang baharu, Zaman membiarkan sahaja
motosikal lamanya di bawah rumah. Motosikal itu dibiarkan kotor dan kempis
tayarnya. Mak Senah telah menegur sikap Zaman yang membiarkan saja motosikal
yang masih boleh digunakan itu. Zaman tetap membiarkan motosikal lamanya kerana
dia berasa seronok menunggang motosikal baharunya.
(ii) Cikgu Zarul berasa puas kerana telah berjaya
mendapat segulung ijazah. Bertahun‑tahun lamanya dia melanjutkan pelajaran.
Kalau dulu dia hanya lulusan maktab, kini dia berkelulusan universiti. Dia
berasa puas kerana titik peluhnya selama ini telah menyebabkan kehidupannya
lebih selesa sekarang.
(iii) Beberapa bulan selepas Haji Tamrin meninggal
dunia, kehidupan tiga orang anak mereka mula berubah. Masing‑masing telah
membeli kereta baharu. Haji Tamrin telah banyak meninggalkan harta pusaka
kepada anak‑anaknya itu. Oleh sebab itulah ketiga‑tiga orang anak lelakinya
telah mewarisi harta yang banyak daripada ayah mereka.
[6 markah]
Soalan 4: Novel
[15 markah]
Jawab
soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:
|
||
|
(i)
(ii)
(iii)
(iv)
(v)
(vi)
(vii)
(viii)
|
PAPA …
(akhirnya kau tewas jua!) karya Deana Yusuf
Azfa
Hanani karya Halis Azhan Mohd. Hanafiah
Melunas
Rindu karya Hartini Hamzah
Renyah
karya Gunawan Mahmood
Interlok
karya Abdullah Hussain
Sutera
Dalam Lukisan karya Abd. Talib Hassan
Kembara
Amira karya Amer Hmzah L. Kadir
Kabus di
Perbukitan karya Mohamad Kholid
|
(a)
|
Terdapat pelbagai
peristiwa yang dipaparkan dalam sesebuah novel.
Huraikan dua peristiwa
yang menarik dalam sebuah novel yang anda pelajari.
|
|
|
|
[7 markah]
|
|
|
|
|
|
|
(b)
|
Berdasarkan dua buah
novel yang anda pelajari, jelaskan satu nilai kasih sayang yang
terdapat dalam novel tersebut.
|
|
|
[8 markah]
|
KERTAS
SOALAN TAMAT
SOALAN MODUL SET 3 (JPN PERAK 2012)
Soalan 1 : Rumusan
[30 markah]
Baca
petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan
industri desa dan kekangan yang dihadapi dalam
memajukan industri desa. Panjangnya rumusan hendaklah tidak
melebihi 120 patah perkataan.
Industri
desa yang juga dikenali sebagai industri luar bandar ataupun industri
tradisional merupakan antara industri yang berperanan ke arah menjana
pertumbuhan ekonomi negara dan berpotensi tinggi untuk dimajukan. Industri
desa merupakan industri berskala kecil-kecilan dan menghasilkan pengeluaran
atau kerja tangan yang diusahakan oleh masyarakat kampung yang masih
mengekalkan nilai-nilai seni tradisi dan kebudayaan, serta menggunakan teknik
tradisi tempatan yang diwarisi daripada nenek moyang kita sejak zaman berzaman.
Kini,
sebahagian besar produk keluaran industri desa semakin berjaya bertapak dan menguasai
bukan sahaja pasaran domestik, malah peringkat pasaran antarabangsa. Kejayaan industri
desa ini telah dapat membuka peluang pekerjaan dan perniagaan kepada anak- anak kampung itu sendiri, malah dapat membantu
menarik lebih ramai pelancong asing datang ke negara kita. Keadaan ini
seterusnya dapat menambahkan pertukaran wang asing. Industri ini juga mampu
mempelbagaikan kegiatan ekonomi negara melalui aktiviti pertanian, penternakan, pemprosesan makanan,
dan aktiviti produk kraf tangan tempatan.
Hal
ini membolehkan ekonomi bandar dan desa dapat disepadukan untuk menjamin
pembangunan negara yang lebih seimbang. Selain itu, industri desa dapat memperluas
penggunaan pelbagai sumber asli tempatan sebagai bahan mentah untuk
menghasilkan barangan yang berguna. Keadaan ini dapat menjimatkan kos
pengeluaran.
Dalam
tempoh 10 hingga 15 tahun belakangan ini, kerajaan berjaya meningkatkan
aktiviti ekonomi di kawasan luar bandar sehingga berjaya membawa kepada
penurunan kadar kemiskinan. Industri desa yang berasaskan kemahiran dan seni
pertukaran dapat mengekalkan dan meningkatkan warisan seni budaya bangsa bagi
membolehkan generasi baharu mengenali warisan seni bangsanya. Masa lapang
penduduk desa juga boleh dimanfaatkan dengan kerja-kerja yang produktif dan
menguntungkan. Hal ini kerana penduduk desa melakukan kerja bermusim.
Secara
tuntasnya, kini terdapat pelbagai jenis produk industri desa yang dihasilkan
terdiri daripada makanan, minuman, tekstil, pakaian, barangan plastik, kraf
tangan, kosmetik, dan lukisan. Hal ini membuktikan bahawa perkembangan dalam
pasaran tempatan produk industri desa tidak lagi bersifat kekampungan.
Produk-produk yang dikeluarkan setanding dengan keluaran daripada industri yang
sudah lama bertapak dan maju. Oleh itu, industri desa sememangnya tidak wajar
dipinggirkan kerana mempunyai potensi yang begitu besar dan penghasilannya juga
dapat membantu dalam meningkatkan ekonomi penduduk di negara ini.
(Dipetik
dan diubah suai daripada
‘Memajukan
Industri Desa’
oleh
Haji Samat bin Buang,
Fokus
SPM,
November 2010)
Soalan
2 :
Pemahaman
[35
markah]
Soalan 2(a) – Petikan
Umum
Berdasarkan
petikan Soalan
1,
jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
(i) Berikan maksud rangkai kata menjana
pertumbuhan ekonomi. [2 markah]
(ii) Pengarang mengemukakan beberapa ciri
industri desa. Nyatakan
ciri-ciri tersebut. [3 markah]
(iii) Kerajaan giat berusaha untuk memajukan industri desa.
Pada
pendapat anda, apakah langkah-langkah yang telah dilaksanakan oleh kerajaan?
Nyatakan langkah-langkah tersebut.
[4
markah]
Soalan
2 (b) – Petikan Cerpen
Baca
petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
“Hii, mengapa gaduh-gaduh ni!
Adik-beradik tidak manis bertikam lidah.
Kata orang tua-tua carik-carik bulu ayam bercantum juga akhirnya. Tapi,
kamu berdua ni bila nak bercantum?” Wah
mula masuk campur.
Israk
dan Mikraj terpempan.
“Wah
tahu, kamu berdua bertekak fasal Wah, bukan? Wah sedar siapa diri Wah. Wah
tinggal di kampung, rumah buruk, tapi kamu tinggal di kediaman mewah. Setiap
hari kamu lihat pencakar langit, tapi di sini cuma ada pokok yang mencakar
langit. Kamu makan yang enak-enak, tapi di sini Wah hanya makan makanan
tradisional, tak sedap pada kamu. Wah sedar Israk selesa dengan keadaan seperti
itu. Wah tahu....”
Wah
memandang cucu-cucunya. Kuyu mata Wah, tetapi tentu kuyu lagi jiwa dan raganya.
“Wah
tahu kamu berdua tak selorong. Tapi, jangan jadi macam anjing dengan kucing di
dalam rumah Wah ini. Pantang nenek moyang Wah bertekak, bertikam lidah,
tikai-menikai, maki-memaki, atau apa sahaja di dalam rumah ini. Dulu, kalau
kami bergaduh, deras ambil wuduk. Samalah macam bomba padamkan api. Kita juga
bomba yang memadamkan syaitan yang dijadikan daripada api itu dengan wuduk.
Sudahlah, berbaik-baiklah kamu, moga-moga Allah membahagiakan hidup kita
sekeluarga.”
Wajah
Wah sita sahaja, namun jiwa Wah terluka. Lukanya dalam.
(Dipetik daripada cerpen
‘Israk’
oleh Erda Roslan Khairi,
dalam antologi Harga Remaja,
Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i) Berdasarkan petikan cerpen, nyatakan
perbezaan cara hidup yang dilalui oleh Wah berbanding dengan kehidupan cucunya. [2 markah]
(ii) Andaikan
anda Israk, apakah tindakan yang wajar anda ambil untuk menyesuaikan diri
dengan
kehidupan Wah di kampung?
[3 markah]
(iii) Huraikan satu pengajaran
daripada petikan dan satu pengajaran lain daripada
keseluruhan cerpen.
[4 markah]
Soalan
2 (c) – Petikan Prosa Tradisional
Baca
petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan
yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Ketika
Awang Sulung berpantun itu, sekali lagi rakyat Negeri Pati Talak menjadi hairan
kerana terlihatkan gigi Awang Sulung yang cantik bercahaya-cahaya bagai kilat sembur-menyembur itu.
Sungguhpun dalam hatinya mahu
mengatakan bahawa putera ini mungkin anak saudaranya, tetapi hatinya masih
merasa ragu-ragu sebab takut tersalah orang kelak malu di tengah khalayak
ramai.
“Sila anakanda ke balairung seri.”
“Baiklah, ayahanda. Tetapi anakanda
hendak ke gelanggang sabung terlebih dahulu.”
Di gelanggang, disuruhnya Bujang
Selamat bertanyakan tentang adat bergelanggang. Jawab penghulu gelanggang,
“Bermain di sini beradat juga, encik.”
“Bolehkah menyeru tuah ayam di dalam
gelanggang?” tanya Bujang Selamat lagi.
“Semuanya boleh, encik. Yang tidak
boleh hanya mencabut keris di pinggang, membuang tengkolok di kepala,
menyingsing lengan, dan menyerukan anak lelaki.”
“Baiklah, penghulu. Adakah dikenakan
bertaruh rial jika hendak menyabung di gelanggang ini?”
“Boleh juga orang muda. Banyak
ditaruh lagi baik, jika sedikit tidak pula ditolak”
“Hai Selamat,” kata Awang Sulung,
“pucuk dicita ulam pun tiba!”
Setelah itu masing-masing mengikat
taji ayamnya. Bujang Selamat memegang ayam Kinantan Sucinya, sementara Awang
Sulung membulang: dua lilit ketiga sudah, keempat pematinya. Kemudian Awang
Sulung menurunkan pertaruhannya. Ayam pun dioja.
(Dipetik daripada
‘Pelayaran yang Penuh Peristiwa’
dalam antologi Harga Remaja
Dewan Bahasa dan
Pustaka)
(i) Berikan maksud bagai kilat sembur-menyembur ? [2 markah]
(ii) Berdasarkan petikan, nyatakan tiga pantang larang apabila berada di
gelanggang sabung
ayam. [3markah]
(iii) Pantang larang dalam sesuatu pertandingan
perlu kita patuhi.
Pada pendapat anda, mengapakah kita
dilarang melanggar pantang larang yang telah
ditetapkan dalam sesuatu pertandingan?
[3 markah]
Soalan
2(d) – Sajak
Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri
Di Bawah Langit yang Sama
Di
bawah langit yang sama
Kita
hirupi udara
Tanpa
mengira Beirutmu
Ataupun
Kuala Lumpurku
Kita
menghirup udara
Di
bawah langit yang sama.
Aku
suka gerimis di Kota London
Pernah
terpesona angin dingin-tajam di Washington
Pohon-pohon
hijau atau aneka warna
tiada
bezanya.
Siapa
pun menghuni Australia penghuni Afrika
Kerana
di bawah langit ini
Kita
sama
Aku
ingin menyeberangi Laut China Selatan
Layari
Lautan Teduh rentasi Laluan Sutera
Berkongsi
siang miliki malam
Anyam
cinta pelangikan zaman
Tiupkan
harapan senada
Sesama
kita – warga dunia
Di
bawah langitnya
Yang
sama.
Peta-peta
itu yang memisahkan
Jangan
tutup pos sempadan
Visa
hanya keperluan rasmi seketika
Pasport
dokumen pengenalan titik mula
Kita
dakapi mimpi tak berbeza
gapai
hasrat
Lebur
kebencian kuburkan sejarah hitam
Di
bawah langit ini yang
Sama
Lim Swee Tin
dalam antologi Dirgahayu Bahasaku
Dewan
Bahasa dan Pustaka
(i)
Berdasarkan rangkap keempat,
apakah yang ingin dikongsi oleh penyajak bersama warga
dunia?
[2 markah]
(ii) Pada pendapat anda, mengapakah sesebuah
negara perlu mengamalkan sikap berbaik-
baik dengan bangsa-bangsa lain di
seluruh dunia?
[3 markah]
(iii) Jelaskan
dua pengajaran yang terdapat dalam sajak tersebut.
[4
markah]
Soalan
3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa
[30
markah]
Jawab semua soalan.
(a) Tulis
dua
ayat bagi
tiap-tiap perkataan di bawah untuk
menunjukkan bahawa anda faham
akan maksud dan penggunaannya.
Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau
menggunakan
perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
(i)
kukuh
(ii)
tinggi
(iii)
segar
[6
markah]
(b) Tukar
ayat-ayat susunan biasa di bawah kepada ayat susunan
songsang.
(i)
Kerajaan mengambil langkah yang
berkesan untuk membendung masalah penganiayaan
kanak-kanak.
(ii)
Nenek semakin uzur sejak terjatuh di
bilik air.
(iii) Ketua-ketua kampung akan bermesyuarat dengan pegawai daerah pada
bulan Oktober ini.
[6 markah]
(c)
Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu
kesalahan
penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan
kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap
ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu
kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu
semula.
(i)
Mak Munah merasa tersinggung akan sikap anaknya, Budin
yang tidak mempedulikannya sejak
berumahtangga.
(ii) Penjual
bunga itu sedang mengubah sejambak bunga untuk dihadiahkan
kepada penyanyi yang mahsyur.
(iii) Ismail
telah menemui kad pengenalannya yang hilang pada bulan Febuari
lalu.
[6
markah]
(d) Dalam
setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan
satu
kesalahan tatabahasa. Senaraikan
dan
betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi
setiap
ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan
kata
atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
(i)
Nenek menarik sehelai uban lalu menggaru
kepalanya yang gatal.
(ii)
Syamsul sanggup menjual kebun getah
ayahnya kepada bank semata-mata untuk
membeli sebuah kereta baru.
(iii)
Kanak-kanak suka mengambil bunga di taman itu
kerana bunga-bunga
itu cantik-cantik belaka.
[6 markah]
(e) Baca petikan di
bawah dengan teliti, kemudian nyatakan tiga peribahasa
yang sesuai
dengan situasi
yang terdapat dalam petikan ini.
Sekarang Amir hidup dalam
keadaan yang sederhana sesuai dengan
pendapatannya. Dia sedar bahawa dia tidak boleh berbelanja mewah seperti dahulu
kerana perniagaannya kini sudah merosot. Dia benar‑benar tidak menyangka bahawa
Zulhelmi, sahabat baiknya yang dipercayainya sanggup pecah amanah sehingga
syarikatnya mengalami kerugian yang besar dalam perniagaan. Amir kesal kerana
Zulhelmi yang berasal daripada keluarga miskin itu lupa akan pertolongan yang
pernah dihulurkannya ketika Zulhelmi gagal mendapat sebarang pekerjaan selepas
setahun menamatkan pengajian dari universiti.
[6 markah]
Soalan 4: Novel
[15
markah]
Jawab
soalan-soalan di bawah ini berdasarkan novel-novel yang berikut.
(i)
Papa…(Akhirnya kau tewas jua) karya Deana
Yusof
(ii)
Melunas Rindu karya Hartini Hamzah
(iii)
Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd Hanafiah
(iv)
Renyah karya Gunawan Mahmood
(v)
Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain
(vi)
Kembara Amira karya Amer Hmzah L.Kadir
(vii) Kabus di Perbukitan karya Muhamad Kholid
Hamzah
(viii)
Sutera Dalam Lukisan karya Abd Talib Hassan
(a)
Salah satu nilai yang terdapat
dalam sesebuah novel ialah nilai bekerjasama.
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua nilai bekerjasama yang terdapat dalam novel tersebut.
[7 markah]
(b)
Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan satu
latar tempat yang terdapat
dalam setiap novel.
[8 markah]
KERTAS
SOALAN TAMAT
SEMOGA BAHAN-BAHAN DI ATAS DAPAT MEMANTAPKAN PERSIAPAN PELAJAR
MENGHADAPI SPM 2013.
SKEMA JAWAPAN DISEDIA DIKELUARAN SELANJUTNYA.
1 ulasan:
saya sedang mencari contoh jawapan nilai kegigihan dalam novel sutera dalam lukisan .
Catat Ulasan