SOALAN KERTAS 2 SET 5 (HASILAN JPN PERAK TERKINI)
Baca petikan
berikut dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang langkah-langkah memajukan sektor
pertanian dan
kelebihan-kelebihan
sektor pertanian kepada negara. Panjangnya
rumusan hendaklah tidak
melebihi 120 patah perkataan.
Dewasa ini banyak orang memperkatakan
kepentingan sejarah dalam pembinaan negara bangsa. Bagi sebuah negara yang
pesat membangun seperti Malaysia, bukan sahaja aspek pencapaian fizikal yang
diukur, malahan pembangunan modal insan dilihat sebagai antara elemen
terpenting dalam menentukan jatuh bangunnya sesebuah tamadun bangsa. Kepelbagaian
ilmu pengetahuan yang dibekalkan kepada remaja tidak cukup untuk menjamin kesejahteraan
dan keharmonian bangsa. Dalam diri mereka sendiri perlu disemai rasa cinta, hormat
dan bangga akan bangsa dan negara. Pada masa yang sama, integrasi antara kaum perlu
ditingkatkan juga.
Dalam konteks semasa, subjek Sejarah
diberikan tanggungjawab untuk membentuk keperibadian diri pelajar menjadi insan
yang seimbang. Pada subjek Sejarah jugalah diletakkan harapan supaya generasi
muda yang lahir daripada sistem pendidikan kebangsaan mempunyai semangat
patriotisme yang jitu. Malahan, pengajarannya juga dilihat sebagai pendekatan
terbaik untuk menyemai semangat bertolak ansur dan bersatu padu dalam kalangan
generasi muda. Hal ini demikian kerana, kita dapat mengenal sesuatu kaum dengan
lebih dekat lagi.
Subjek Sejarah tidak berdiri sendiri.
Sejarah merentas pelbagai disiplin ilmu, seperti Geografi, Kimia, Fizik,
Biologi dan Matematik. Oleh sebab itu, banyak tokoh ilmuwan Islam, seperti Ibnu
Sina, al-Khawarizmi dan al-Farabi, bukan sahaja mahir dalam bidang masingmasing
malahan mendalami ilmu sejarah atau disebut falsafah. Hal ini demikian kerana, kesinambungan
kedua-dua bidang ilmu mampu membentuk pemikiran yang kritis dan menyumbang
kepada pembinaan tamadun yang lebih menyeluruh. Kekurangan yang ada pada
tamadun sesuatu bangsa dapat diketahui apabila mengimbas sejarah, dan kelemahan
itu dapat ditampung apabila wujud kesedaran untuk membela nasib bangsa itu
sendiri.
Sejarah tidak pernah mendidik pengkajinya
supaya menjadi pengadil atau hakim terhadap sesuatu peristiwa yang sudah
berlaku, sebaliknya sejarah mengajak pengkajinya mengambil iktibar daripada
apa-apa yang berlaku dan menambahbaikkan setiap tindakan demi masa depan.
Sejarah hitam negara yang berlaku pada 13 Mei 1969, mengajar kita tentang
kepentingan toleransi dan semangat bersatu padu. Peristiwa ini jelas
membuktikan bahawa apabila hubungan antara kaum tidak dipelihara dengan baik,
keamanan akan goyah dan negara akan berada dalam keadaan kucar
kacir. Kesannya turut dirasai dalam bidang ekonomi. Perkembangannya pasti akan
terencat. Oleh sebab itulah, pimpinan negara pada masa itu memperkenalkan Rukun
Negara sebagai
satu wadah untuk merapatkan perpaduan dalam kalangan masyarakat. Pengetahuan
tentang warisan silam negara membolehkan individu mengenal identiti dan
membentuk jati diri yang mantap, terutama dalam kalangan generasi muda.
Kekuatan jati diri yang mencintai kedamaian ini akan memberikan dorongan untuk Semangat
diri yang kental dalam membela nasib bangsa, agama dan Negara merupakan maruah
diri yang paling bernilai daripada simpanan wang yang berjuta-juta, tetapi
digunakan untuk tujuan yang sia-sia. Oleh itu, remaja perlu tabah dalam menghadapi
cabaran yang semakin hebat di samping menjamin agar wawasan Negara dan bangsa
terus dipertahankan untuk selama-lamanya.
(Dipetik
dan diubahsuaikan daripada rencana
Dewan Siswa,
Januari 2009)
Soalan 2 :
Pemahaman
[35 markah]
2 (a)
Petikan Umum
Berdasarkan
petikan Soalan
1 ,
jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
(i) Berikan maksud rangkai kata, keamanan akan goyah. [2 markah]
(ii) Nyatakan kesan-kesan yang akan berlaku
jika perpaduan kaum tidak dipelihara dengan baik.
[3
markah]
(iii) “Integrasi antara kaum perlu
ditingkatkan”. Pada pendapat anda,
bagaimanakah sekolah
dapat memainkan peranan untuk merealisasikan
hasrat tersebut? [4
markah]
2 (b) – Petikan Umum
Baca petikan di bawah dengan
teliti kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
INTAN SITI RAHIMAH : Sebenarnya,
kita akan dapat cahaya mata.
PAK TUAN DOLAH : Apa? Betul?
INTAN SITI RAHIMAH : Betul.
PAK TUAN DOLAH : Dengar dan
dengar betul-betul. Intan mesti jaga diri baik-baik, sebab anak ini
anak penyambung baka. Apa-apa
Intan mahu minta saja. Kita tambahkan orang gaji, supaya Intan
lebih selesa. Kita tambahkan
anjing lagi, supaya Intan dijaga dengan lebih ketat. Jangan pergi ke surau
lagi.
INTAN SITI RAHIMAH : Jangan ke
surau?
PAK TUAN DOLAH : Jangan terima
sesiapa pun yang datang dari kampung. Jangan tengok muka--
muka orang kampung. Pantang.
INTAN SITI RAHIMAH : Pantang?
PAK TUAN DOLAH : Dan, yang
mustahak sekali, jangan makan ikan, ketam, udang dari sungai di
kampung ini.
INTAN SITI RAHIMAH : Mengapa
sampai begitu sekali?
PAK TUAN DOLAH : Jangan soal,
dengar saja. Mesti makan benda-benda yang baik. Kita boleh
order dari luar
negara.
(Dipetik daripada
drama ‘1400’ oleh Noordin Hassan dalam antologi Dirgahayu Bahasaku)
(i) Nyatakan perkara-perkara yang
dipesan oleh Pak Tuan Dolah kepada Intan Siti Rahimah.
[2
markah]
(ii) Pada pendapat anda,
bagaimanakah ibu bapa dapat mewujudkan keluarga yang bahagia?
Kemukakan tiga saranan anda. [3
markah]
(iii) Huraikan satu persoalan
dalam petikan drama di atas dan satu persoalan yang lain
dalam keseluruhan drama tersebut.
[3 markah]
2 (c) - Petikan Prosa
Klasik -Hikayat
Langlang Buana
Baca petikan
prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Setelah sampai ke rumah peri itu,
maka kata peri itu, “Di manakah tuanku beroleh bayan ini?” Maka tuan puteri
tersenyum seraya katanya, adapun bayan ini dapat di pohon kemunting tadi beta
tangkap,” Maka bayan itu pun terbanglah di ribanya tuan puteri itu seraya
berpantun, demikianlah bunyinya:
Buah pauh buah rumbia,
Santapan puteri
dinihari;
Sungguhpun jauh
di tanah manusia,
Segeralah kami
mendapatkan dia.
Setelah tuan puteri mendengar
pantun itu maka tuan puteri pun tersenyum seraya berkata, “Hai bayan, dari
manakah engkau datang ini maka sampai ke mari ini?” Maka sahut bayan itu, “Ada
pun datang patik ini dari Negeri Lela Gambar.” Maka kata tuan puteri, “Di manakah
Negeri Lela Gambar itu?” Maka kata bayan itu, “Ya, tuanku tuan puteri, adapun Negeri
Lela Gambar itu daerah matahari hidup.” Maka kata tuan puteri, “Besarkah negeri
itu?” Maka kata bayan itu, “Besar tuanku Negeri Lela Gambar itu. Adalah baginda
beranak seorang lelaki bernama Raja Indera Bumaya. Baginda itulah tuan patik
serta baik budinya bahasanya lagi dengan bijaksana. Syahadan rupanya terlalu
elok.” Maka kata dayang-dayang tuan
puteri yang bernama Dang Sendaya seraya tertawa-tawa. Katanya, “Hai bayan sungguhlah
elok tuanmu itu?” Maka bayan itu pun melompat-lompat ke ribaan Dang Sendaya
itu seraya berpantun, demikian bunyinya:
Gambar di dalam
puan,
Dang Jirat duduk
menyuji;
Jika beta
khabarkan tuan,
Tuan nescaya
ghairat dalam di hati.
(Dipetik
daripada prosa tradisional “Hikayat Langlang Buana”
dalam
antologi Dirgahayu Bahasaku, Tingkatan 5, Dewan Bahasa dan Pustaka.
(i) Berdasarkan petikan di atas,
apakah maksud sungguhlah elok tuanmu itu? [2 markah]
(ii) Nyatakan tentang Negeri Lela
Gambar seperti yang diberitahu oleh burung bayan.
[3
markah]
(iii) Pada pendapat anda, apakah
ciri-ciri orang yang bijaksana? [3 markah]
2 (d) Sajak
Baca sajak di bawah dengan
teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat
anda sendiri.
Mahsuri (Zurinah
Hassan)
(i)
Selendangmu mengibar di pantai
menyambut tetamu pulau
setiamu menjadi lagu
nyanyian ombak pagi
rambut menjadi jalur hitam
terapung di laut malam
air matamu dingin embun
jatuh di tujuh telaga
dendam tujuh keturunan
melengkung tujuh tanjung
putihlah pulau ini
disimbah darah suci
Mahsuri
sumpah itulah yang telah
menghidupkan Langkawi
kerana tanpamu
Langkawi tidak sebegini.
(ii)
Kata orang Mahsuri tidak pernah
hidup
dia hanya bermula dengan
khayalan seorang seniman
pun kata orang Mahsuri pernah
hidup
tetapi bahasa seorang pencerita
membuatnya lebih hidup daripada
kehidupannya
sastera yang mewarnai tanah air
kerana tanpa Mahsuri
Langkawi tidak sebegini bererti.
Mahsuri membesarkan Langkawi
sastera membesarkan
tanah air.
Antologi
Harga Remaja
(i) Jelaskan perkaitan Mahsuri
dengan Pulau Langkawi. [2
markah]
(ii) Apakah faktor-faktor yang
menyebabkan Pulau Langkawi pesat membangun? [3
markah]
(iii) Berdasarkan sajak di atas ,
jelaskan dua gaya bahasa yang terdapat dalam sajak tersebut. [4 markah]
Soalan 3 :
Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa
[30 markah]
Jawab semua soalan.
(a) Tulis satu ayat bagi tiap-tiap perkataan di bawah
ini untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda boleh
menambahkan imbuhan tetapi tidak boleh menggunakan perkataan itu sebagai
kata nama khas.
(i) katakan
(ii) berkata-kata
(iii) mengata
(iv) sekata
(v) memperkatakan
(vi) perkataan
[6 markah]
(b) Kenal pasti
jenis-jenis perintah di bawah ini.
Rafflesia ialah
bunga yang paling besar di dunia. Garis pusatnya boleh sampai 90 sentimeter.
Kebanyakan spesies bunga Rafflesia terdapat di Borneo, Semenanjung Malaysia, Filipina,Thailand
dan Indonesia. Rafflesia adalah sejenis tumbuhan parasit. Rafflesia tumbuh
dalam bentuk kelopak bunga tanpa akar, batang dan daun. Rafflesia sangat unik.
[6 markah]
(c) Dalam petikan di bawah
terdapat tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan
penggunaan
imbuhan. Senaraikan
dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih
daripada tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak
perlu menyalin petikan itu semula.
Punca dicemarkan
udara dibahagikan kepada tiga ketegori utama, iaitu punca bergerak, punca tetap
dan punca pembakaran terbuka. Pelepasan asap daripada kenderaan permotoran
merupakan punca begerak yang utama. Bagi punca tetap pula, pelepasan asap industri
ialah sumber utama. Pembakaran terbuka merupakan punca pencemaran yang diakibatkan
oleh pembakaran yang sengaja dan pembakar yang tidak sengaja.
[6 markah]
(d) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu
kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan
tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap
ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata
atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
(i) Kewujudan kamus yang berwawasan dijangka dapat
membantu untuk mempercepatkan
perkembangan bahasa kerana pembakuan
leksikon dapat diusaha melalui penyusunan kamus.
(ii) Ada juga yang berpendapat bahawa kamus
merupakan saluran yang terpenting untuk
mengekodkan sesuatu.
(iii) Penagihan kamus merupakan suatu proses
yang panjang atau suatu tradisi yang dibina sedikit
untuk sedikit.
[6 markah]
(e) Bina ayat bagi setiap peribahasa di
bawah ini untuk menunjukkan bahawa anda
faham akan
maksud penggunaannya.
Ismail
menjalankan perniagaan runcit di kampungnya. Kebanyakan barangannya dijual
dengan harga yang tinggi kerana dia ingin mengaut keuntungan yang lebih. Ismail
juga terkenal dengan sikapnya yang suka berbangga dengan kejayaannya dalam
perniagaan. Walau bagaimanapun, isterinya tidak bersikap sedemikian sebaliknya
dia sering merendah diri dan tidak keberatan membantu mereka yang dalam
kesusahan.
[6 markah]
Soalan 4 : Novel
[15 markah]
Jawab
soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:
(i) Azfa Hanani karya
Halis Azhan Mohd Hanafiah
(ii) Kembara Amira karya
Amer Hamzah B.L. Kadir
(a) Huraikan dua persoalan tanggungjawab dalam sebuah
novel yang telah anda pelajari.
[7 markah]
(b) Kemukakan tiga peristiwa yang menggunakan teknik
imbas kembali dalam sebuah novel yang
telah anda pelajari.
[8 markah]
KERTAS
SOALAN TAMAT
SOALAN LATIHAN PERSEDIAN BM KERTAS 2 SET 4 ( JPN PERAK)
SOALAN LATIHAN PERSEDIAN BM KERTAS 2 SET 4 ( JPN PERAK)
Soalan 1 : Rumusan
[30
markah]
Baca
petikan berikut dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang langkah-langkah
memajukan
sektor pertanian dan kelebihan-kelebihan
sektor pertanian kepada negara.
Panjangnya
rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Pertanian memainkan peranan penting
dalam pembangunan negara. Selain meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara,
sektor ini juga menyediakan peluang pekerjaan dan menjadi sumber pendapatan
rakyat di negara ini. Disebabkan kepentingannya, maka kawasan pertanian baharu
diteroka dari semasa ke semasa, malah kini sektor pertanian telah dibangunkan
secara komersial untuk eksport. Tanaman buah-buahan juga mula diusahakan
secara
besar-besaran untuk menampung permintaan yang semakin meningkat.
Faktor
cuaca di negara ini yang panas dan hujan sepanjang tahun serta tanah yang subur
membolehkan bidang pertanian dimajukan di peringkat yang optimum. Jenis tanaman
perlu dipelbagaikan dan pengeluaran hasil pertanian dapat ditingkatkan
sekiranya kerajaan terus memberikan sokongan kepada sektor ini. Usaha ke arah
ini jelas kelihatan menerusi pertukaran nama Kementerian Pertanian kepada
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Tanah rancangan FELDA juga akan
dimajukan lagi sebagai kawasan pertanian raksasa untuk menyeimbangkan
pertumbuhan sosioekonomi antara kawasan bandar dengan luar bandar.
Menerusi
usaha yang berterusan ini diharapkan produk pertanian negara lebih berdaya saing
di peringkat antarabangsa. Di samping itu, Malaysia boleh menjadi pusat agensi pelancongan,
iaitu dengan menjadikan kawasan pertanian sebagai pusat tarikan pelancongan. Untuk
mencapai tujuan tersebut, usaha membangunkan kawasan pertanian perlu dilakukan secara
serius.
Jika kita mahu melihat sektor pertanian
terus maju, orientasi dan persepsi masyarakat
tentang bidang
pertanian perlu diubah. Pertanian tidak seharusnya dikaitkan dengan kemiskinan
dan pekerjaan golongan bawahan, sebaliknya pertanian boleh dijadikan landasan untuk
meningkatkan taraf hidup dan sosioekonomi rakyat. Selain itu, kempen untuk menggalakkan
lebih ramai anak muda menceburi bidang ini juga perlu dijalankan bagi
menghapuskan
tanggapan bahawa pekerjaan ini bertaraf rendah berbanding dengan sektor
perkhidmatan. Mereka
juga perlu diingatkan bahawa hasil penglibatan mereka dalam bidang
ini akan dikecapi
oleh generasi yang akan datang. Perhijrahan ke bandar juga dapat dielakkan dengan
syarat tarikan, seperti kemudahan asas, pinjaman, insentif, dan bantuan lain
dapat disediakan dengan lebih banyak dan berkesan
.
Seterusnya, program melahirkan petani
moden dan berilmu perlu dilaksanakan secara tekal. Dengan yang demikian, lebih
banyak institusi pengajian tinggi yang menawarkan kursus yang berkaitan dengan
penyelidikan pertanian telah ditubuhkan. Di samping itu, program penyelidikan
perlu dijalankan secara bersungguh-sungguh untuk meningkatkan hasil pertanian.
Malaysia boleh belajar dari Thailand atau dari negara Asia yang lain yang menjadikan
produk pertanian sebagai bahan eksport.
Kesimpulannya, negara perlu mengorak
langkah yang berkesan untuk menjadikan
sektor pertanian lebih
kompetitif, berkembang pesat, dan seterusnya dapat
meningkatkan
hasil pertanian
negara.
(Dipetik
dan diubah suai daripada
Dewan
Ekonomi, April 2004)
Soalan 2 : Pemahaman
[35
markah]
2
(a) Petikan
Umum
Berdasarkan
petikan Soalan 1 ,
jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan
ayat
anda sendiri.
(i) Berikan maksud
rangkai kata lebih kompetitif. [2
markah]
(ii) Apakah peranan
sektor pertanian dalam pembangunan negara? [3 markah]
(iii) Pada pendapat
anda, bagaimanakah cara untuk menarik minat belia menceburi
bidang pertanian ? [4 markah]
2 (c) - Petikan Prosa Klasik
Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab
soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Sebermula maka tersebutlah perkataannya raksasa mencari kijang
putih itu. Maka ia pun tiadalah bertemu dan beberapa gunung yang besar-besar
habislah dijalaninya daripada sakit hatinya mencari kijang itu. Setelah
demikian maka ia pun marahlah tuan puteri itu lalulah ia segera berjalan pulang
melihat isterinya yang membasuh kain hitam itu. Maka didapatinya lagi isterinya
membasuh kain hitam itu. Mulalah habislah koyak-koyak tiada juga mahu putih.
Maka kata
suaminya, “Hai isteriku, jika demikian marilah kita kembali dahulu!”
Maka ia
pun kembalilah lalulah berjalan. Setelah sampai ke rumahnya maka dilihatnya kepada
mahligai itu gajah itu tiada lagi.
Maka
katanya, “Ke mana gerangan gajah ini hilangnya?” Maka lalu dilihatnya tuan
puteri
sekalian
itu tiadalah.
Maka
katanya,”Bukankah aku kata manusia ada di dalam mahligai ini. Jika demikian
sahaja
dicurinya
akan tuan puteri itu sekalian.”
Maka ia
pun terlalulah amarahnya lalulah ia berjalan segera mengikut bekas tapak gajah
itu
dan tiada
berapa lamanya berjalan maka terlihatlah kepada gajah itu dan tuan puteri
ketujuh
orang ada
di atas gajah itu. Maka raksasa dua laki isteri itu pun sangatlah amarahnya.
Maka ia pun segera mengusir Indera Nata dan tuan puteri ketujuh itu serta
dengan tempik soraknya. Hatta maka tuan puteri sekalian itu pun menangislah
bercintakan dirinya dan Indera Nata itu pun sampailah ke tepi laut serta
mencita gemala hikmat yang daripada Betara Gangga itu.
(Dipetik daripada prosa tradisonal “Hikayat Indera Nata” Wahynah
Abd. Ghani,(Penyelenggara)/2)
dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i) Apakah maksud
rangkai kata habislah koyak-koyak tiada juga
mahu putih ?
[2
markah]
(ii) Mengapakah
raksasa itu menjadi sangat marah?.
[3
markah]
(iii) Pada pendapat
anda, bagaimanakah cara untuk menangani perasaan marah dalam
diri kita?
[3 markah]
2
(d)
Sajak
Baca sajak di bawah
dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda
sendiri.
RUJUK
SAJAK DI BAWAH LANGIT YANG SAMA
(i) Mengapakah
penyajak menyatakan bahawa kita hidup di bawah langit yang sama ?
[2
markah]
(ii) Pada pendapat
anda, apakah manfaat yang akan diperoleh jika semua orang sedar
bahawa mereka setaraf
antara satu sama lain?
[3 markah]
(iii) Huraikan dua
persoalan yang terdapat dalam sajak di atas. [4 markah]
Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa
[30
markah]
Jawab
semua soalan.
(a) Tulis
satu ayat bagi tiap-tiap perkataan di
bawah ini untuk menunjukkan bahawa anda
faham
akan maksud dan penggunaannya. Anda boleh
menambahkan imbuhan tetapi
tidak
boleh menggunakan perkataan itu sebagai kata nama khas.
(i)
nasionalisme
(ii)
patriotisme
(iii)
materialisme
(iv) liberalisme
(iv)
barbarisme
(v)
fanatisisme
[6
markah]
(b) Kenal pasti jenis-jenis perintah
di bawah ini.
(i) Peserta
diminta masuk ke dewan sekarang.
(ii) Jangan duduk di atas sofa itu.
(iii) Jemput minum.
(iv) Tolong kemaskan
bilik saya.
(v) Anda
perlu menyiapkan tugasan yang diberi pada hari ini juga.
(vi) Tinggalkan
negara ini segera !.
[6
markah]
(c)
Dalam petikan di bawah terdapat tiga
kesalahan ejaan dan tiga
kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan
kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga
kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu
menyalin petikan itu semula.
Murid-murid
sewajarnya melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kokurikulum di sekolah.
Hal ini demikian kerana pencapaiyan dalam aktiviti ini menjadi salah satu
syarat masukan ke Institut Pengajian Tinggi (IPT). Melalui kegiatan
kokurikulum, seperti penyertaan dalam perkemahan, pertandingan kawad, sukan dan
sebagainya, masa lapang murid dapat pemanfaatan dengan aktiviti yang sihat. Di
samping itu, pihak sekolah perlu sediakan aktiviti yang menarik untuk
menggalakan murid menyertai kegiatan ko-kurikulum.
[6
markah]
(d) Dalam
setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata
atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa. Senaraikan
dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi
setiap
ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan
kata
atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
(i) Pada masa kini,
kemunculan pelbagai portal, laman berkomunikasi dan blog peribadi di
internet telah memberikan kebebasan kepada
penulis untuk menulis apa-apa sahaja isu
dengan menggunakan bahasa tanpa kawalan
atau tapisan.
(ii) Jadi, berlakulah
pelbagai kemalangan –bagai dalam etika penulisan dan juga
penggunaan bahasa yang salah, baik dari
segi ejaan mahupun tatabahasanya.
(iii) Portal
e-sastera.com merupakan portal penulisan alam rekaan yang serius di
penghasilan karya sastera.
(e)
Bina ayat bagi setiap peribahasa
di bawah ini untuk menunjukkan bahawa anda
faham akan maksud penggunaannya.
(i)
Di mana
bumi di pijak di situ langit dijunjung
(ii) Bukit
sama didaki, luruh sama dituruni
(iii) Kalau
tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya
[6 markah]
Soalan 4 : Novel
[15 markah]
Jawab
soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:
(i) Azfa Hanani karya
Halis Azhan Mohd Hanafiah
(ii) Kembara
Amira karya Amer Hamzah B.L. Kadir
(a) Berdasarkan
sebuah novel yang anda pelajari bincangkan tema novel
yang telah
anda pelajari [7 markah]
(b) Huraikan tiga
pengajaran yang terdapat dalam sebuah novel yang telah anda
pelajari itu. [8 markah]
KERTAS SOALAN TAMAT
1 ulasan:
jawapan ada?
Catat Ulasan