Khamis, 31 Oktober 2013

PERSEDIAAN AKHIR SEMPENA CUTI BALIK KAMPUNG PELAJAR TING. 5 SMKASAS.

        Salam sayang kepada pelajar Ting. 5 SMKASAS. Maaf, semasa program pagi tadi saya terpaksa keluar daripada Dewan Besar As-Shafie kerana saya menerima panggilan telefon daripada guru untuk menjaga kelas peperiksaan Tingkatan 4. Namun, saya meredhakan segala ilmu saya untuk pelajar aplikasikan dalam peperiksaan pada hari Rabu minggu depan. Cuma dalam saat berbaki dan masa yang ada, paling utama ialah pelajar perlu menguasai format soalan kertas bahasa Melayu 1 dan 2.  Justeru, dalam soal memberi kerja rumah saya tak perlu lagi kerana bahan yang ada pada pelajar sudah cukup sebagai latihan . Cuma apa yang perlu anda lakukan adalah untuk memantapkan kemahiran menjawab format soalan peperiksaan. Untuk makluman perjumpaan kita hanya tinggal hari Isnin dan Selasa. Oleh sebab itu, saya akan cuba lampirkan skema pemarkahan untuk Percubaan Kertas MRSM 2 dan latihan Percubaan Negeri Terengganu tak silap saya untuk membantu pelajar untuk menjawab soalan dan sebarang masalah pelajar boleh kemukakan dalam dua perjumpaan berkenaan. 
           Sebagai bantuan kepada pelajar, anda boleh berkomunikasi dengan saya menggunakan aplikasi di dalam blog seperti cbox, chatroll atau melalui facebook dan saya akan cuba sentiasa membuka semua talian perhubungan berkenaan untuk membantu pelajar sekiranya mempunyai masalah.

           Sebagai makluman tambahan sebelum saya terlupa, sila kuasai format Surat Rasmi untuk soalan kertas 1 (Karangan). Antara perlu anda ketahui ialah format seperti penulisan alamat pengirim, garisan pemisah sebelum alamat penerima, dan penulisan tarikh. Kemudian panggilan hormat Tuan/puan dan di akhir perlu ada yang benar,  tandatangan penulis dan Nama huruf besar dalam kurungan. Untuk isi, penulisan lebih kurang sama dengan penulisan karangan lain perlu ada kaedah pengembangan deduktif. ( Ayat isi, ayat huraian 1,2,3,4, ayat contoh, ayat penegas dan frasa menarik diselitkan di mana-mana sesuai). Selain itu, anda juga perlu tahu, penulisan Surat Kiriman Tak Rasmi. Peringatan, ini bukan spot tetapi soalan ini telah diuar-uarkan keluar pada tahun lepas dan sebagai pelajar kluster, semua perlu kita tahu. Bahkan juga rujuk juga format penulisan lain seperti laporan, dan rencana.

            Saya akan cuba paparkan soalan, dan jawapan Percubaan SPM Kertas 2 MRSM dalam penulisan saya selanjutnya sebagai membantu pelajar untuk menjawab soalan berkenaan. Jika saya mampu, saya akan sertakan jawapan soalan Percubaan Negeri Terengganu. Doakan saya mampu melaksanakan tanggungjawap tersebut dan doakan kesihatan dan masa yang sentiasa cukup untuk membantu anda. InsyaAllah. Cuba lihat tulisan seterusnya..........

            Jika anda ada masa, lihat bahan-bahan yang ada di dalam blog sebelum ini, namun ada bahan yang telah saya berikan kepada anda seperti yang saya janjikan di dalam blog sebelum ini. Gunakanlah modul berkenaan sebaik-baiknya, contohnya karangan fokus diri dan fokus masyarakat terbaik banyak saya sertakan dalam modul sebelum ini, begitu juga soalan tatabahasa dan peribahasa, banyak saya sertakan cuba jawap yang perlu dijawab dan untuk soalan karangan berfokus cuba lihat cara penulisan pengenalan, cara mengembangkan isi dalam perenggan isi ( Ayat isi, ayat huraian 1,2,3,4, ayat contoh, cara menyelitkan ayat penegas dan frasa menarik dalam setiap ayat atau perenggan berkenaan dan begitu juga perenggan penutup). Saya dapati usaha saya dah sampai ke tahap maksimum untuk membantu anda, jika anda tidak lakukan saya amat sedih. Saya ingin melihat anak didik saya berjaya dengan cemerlang dalam SPM 2013 bukan sahaja bahasa Melayu tetapi subjek yang lain. Saya akan terus membantu anda dalam perjumpaan hari Isnin dan Selasa, insyaAllah.

Tiada ulasan: