KATA TUGAS ATAU KATA SENDI ( FUNGSINYA)
Tugas ( Kata Sendi )
Perkara |
Keterangan |
||||||||||||
Kata Tugas |
Kata tugas merupakan kata yang tidak dapat
berdiri sendiri tanpa mendapat bantuan daripada kata-kata lain. Pembahagian
kata tugas bergantung pada tugas sesuatu kata itu dalam sesuatu ayat. Umumnya
kata tugas dapat dibahagikan kepada sepuluh jenis seperti yang disenaraikan
di bawah. |
||||||||||||
Jenis Kata Tugas |
|
Kata Tugas |
Keterangan |
|||||||||||||||||||||||||
Kata Sendi Nama |
Kata sendi bertugas sebagai sendi yang
merangkaikan frasa nama dengan kata-kata atau frasa-frasa lain dalam sesuatu
ayat dan hadir di hadapan farasa nama. Antara kata-kata sendi nama yang
sering digunakan dalam bahasa Melayu ialah:- |
|||||||||||||||||||||||||
Kata-kata Sendi Nama |
Kata-kata sendi nama yang terdapat dalam
bahasa Melayu:-
|
1.4.1.1
Kata Sendi |
Fungsinya |
di |
Digunakan khusus
di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan tempat dan ditulis
terpisah dengan kata nama yang mengikutinya. |
Contoh Contoh kesalahan |
a) Saya tinggal
di Kedah. ( Kedah merupakan kata nama khas
menunjukkan tempat) b) Di sinilah kejadian
rompakan itu berlaku. ( Sini merupakan kata tunjuk tempat) Peringatan:- Kata
sendi di tidak boleh digunakan sebelum kata nama yang menerangkan
waktu, masa, atau zaman. a) Di zaman kerajaan
Melayu Melaka, pelabuhan sibuk dengan pedagang yang datang
dari seluruh dunia. b) Di masa itu saya
sedang berjalan pulang dari sekolah. |
1.4.1.2
Kata Sendi |
Fungsinya |
ke |
Digunakan di hadapan kata nama atau frasa
nama yang menunjukkan tempat atau arah yang ditujukan dan di hadapan kata
nama yang menunjukkan waktu. Kata sendi ini dieja sebagai satu kata yang
terpisah daripada kata nama yang mengikutinya. |
Contoh |
a) Ayah akan ke Kuala Lumpur esok. ( arah
/ tempat ) b) Pihak polis mengadakan pepemriksaan dari
semasa ke semasa. ( masa ) Peringatan:- Kata sendi tidak
boleh digunakan di hadapan kata nama yang menunjukkan
manusia atau binatang. |
1.4.1.3
Kata Sendi |
Fungsinya |
dari |
Kata sendi ini digunakan di hadapan kata nama atau frasa
nama arah, tempat, atau masa |
Contoh |
a) Lori itu datang dari arah selatan ( arah )
A b) Ayah saya berasal dari Sabah ( tempat )
T c) Setiap hari dia membaca buku dari jam lapan
malam. ( masa )
M Peringatan:- Terdapat beberapa pengecualian
dalam penggunaan kata sedi
dari, iaitu bagi perkataan segi, sudut, aspek, dan perspektif yang
mengikut peraturan di
atas. Contoh:- dari segi, dari sudut,
dari aspek, dari perspektif. |
1.4.1.4
Kata Sendi |
Fungsinya |
daripada |
Kata sendi ini
digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan manusia,
punca, perbandingan, benda abstrak, pertentangan, dan untuk menunjukkan
keanggotaan. |
Contoh |
a) Hadiah itu daripada kekasihnya. (
manusia ) b) Meja itu diperbuat daripada kayu jati
terpilih. ( punca ) c) Rumah itu lebih besar daripada rumah
kita. ( perbandingan ) d) Perlakuannya berbeza daripada yang
dilafazkannya. ( pertentangan ) e) Kami banyak mendapat faedah daripada
seminar itu. ( abstrak) f) Anggota kumpulan itu terdiri
daripada lima orang. ( kenaggotaan ) |
Kata Sendi |
Fungsinya |
pada |
Kata sendi ini digunakan di hadapan kata
nama frasa nama yang menunjukkan masa, tempat bagi perbuatan kata kerja,
manusia yang didahului perkataan ‘ada’ dan benda abstrak serta
ungkapan-ungkapan tertentu. |
Contoh |
a) Kami bertolak ke sana pada pukul lapan
pagi. ( masa ) b) Dia menyapu jem pada roti lalu
memakannya. ( tempat ) c) Buku latihan kamu ada pada saya. (
manusia ) d)Pada pendapat saya perkara itu tidak
logik. ( abstrak/ ungkapan ) |
Kata Sendi |
Fungsinya |
kepada |
Kata sendi ini
digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah yang
hanya menunjukkan manusia dan haiwan, unsur abstrak, institusi yang ada
kaitan dengan manusia, dan menyatakan pecahan. |
Contoh |
a) Sampaikan pesanan itu kepada ayah
kamu. ( manusia ) b) Dia membiarkan rumput itu kepada
lembunya. ( haiwan ) c) Jangan biarkan diri anda kepada bahaya
dadah. ( abstrak ) d) Kami telah menghantar surat rayuan kepada
sekolah tersebut. ( institusi ) e) Para peserta seminar dibahagikan kepada
dua kumpulan. ( pecahan ) Peringatan:- Lazimnya kata sendi kepada
sering digunakan untuk Berpadanan
dengan kata sendi nama daripada, manakala kata sendi
nama ke berpadanan dengan kata sendi nama dari. Contoh:- daripada Ali kepada saya. daripada seorang yang miskin kepada seorang
yang kaya. daripada tahap malas kepada tahap rajin. dari sehari ke sehari dari Mekah ke Madinah dari utara ke selatan |
1.4.1.7
Kata Sendi |
Fungsinya |
akan |
Kata sendi ini
digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk manusia dan
penggunaannya mesti didahului dengan kata adjektif yang bersifat perasaan.
Kata sendi kepada, pada, terhadap juga boleh digunakan bagi mengantikan kata
sendi akan tetapi keutamaan kepada penggunaan kata adjektif akan dalam binaan
ayat. |
Contoh |
a) Saya sayang akan ibu bapa saya. b) Razali amat suka akan buah durian. c) Sebagai rakyat yang sayang akan
negara kita perlu mempertahankan negara daripada musuh negara. d) Para pelajar harus hormat akan
guru. Kata sendi akan juga digunakan untuk kata
kerja yang tidak berimbuhan yang bermaksud meN- patuh akan perintah
= mematuhi
perintah tahu akan kejadian
itu = mengetahui
kejadian itu Peringatan:- Lazimnya ada kalangan
pelajar cenderung menggunakan kan sebagai kelainan pada kata sendi nama akan. contoh:- a) Wanita itu amat rindukan anaknya. b) Sebagai rakyat kita mesti sayangkan
negara tempat tumpah darah kita. c) Anak raja itu berahikan Tuan Puteri
Bongsu. d) Kami sungguh bencikan kelakuannya
yang buruk itu. Justeru, penggunaan kan menggantikan kata
sendi akan selepas kata adjektif hanya sesuai digunakan dalam bahasa lisan
dan seharusnya dielakkan dalam penggunaan bahasa rasmi atau tulisan. |
Kata Sendi |
Fungsinya |
bagi/untuk |
Kata sendi ini digunakan di hadapan kata
nama atau frasa nama dengan fungsi tertentu seperti berikut:- a) menunjukkan kegunaan sesuatu. Dalam
situasi ini kata sendi nama bagi dapat bervariasi dengan
kata sendi nama untuk. b) menyatakan maksud bahagian yang
ditentukan atau diperuntukkan. Dalam situasi ini, kata sendi bagi
tidak boleh bertukar ganti dengan kata sendi untuk. |
Contoh |
a) menunjukkan kegunaan sesuatu. Dalam
situasi ini kata sendi nama bagi dapat bervariasi dengan
kata sendi nama untuk. i) Asrama untuk
penuntut-penuntut Sabah sedang dibina. bagi ii) Derma
untuk anak-anak yatim akan dipungut oleh.
bagi iii) Rumah untuk
pekerja-pekerja telah dibaiki. bagi iv) Kereta itu untuk kegunaan pejabat
sahaja.
bagi b) menyatakan maksud bahagian yang
ditentukan atau diperuntukkan. Dalam situasi ini, kata
sendi bagi tidak boleh bertukar ganti dengan kata sendi untuk. i) Hadiah itu untukmu (
_/ ) = Hadiah itu bagimu ( X ) ii) Tanah seluas dua ekar itu untukmu ( /
) = Tanah seluas dua ekar bagimu ( X ) iii)Untuk siapakah hidangan di ata meja
itu ( _/ ) Bagi siapakah hidangan di
atas meja itu ( X ) |
Kata Sendi |
Fungsinya |
dengan |
Kata sendi ini
digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk membawa maksud
bersama-sama, bandingan setara, keterangan cara, dan penggunaan sesuatu alat. |
Contoh |
a) Ayah pergi ke kedai dengan
ibu. ( bersama-sama ) b) Rumah bari itu tidak sama dengan
rumah kami. ( bandingan setara ) c) Dia belajar dengan
bersungguh-sungguh agar lulus. ( cara ) d) Ayah membelah kayu itu dengan
kapak. ( alat ) |
Kata Sendi |
Fungsinya |
hingga / sampai |
Kata sendi ini
digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk membawa maksdu perihal
waktu, atau tempat. Kedua-dua kata sendi ini boleh bertukar ganti dalam
penggunaannya. |
Contoh |
a) Majlis itu diadadakan hingga/ sampai jam
dua pagi. b) Semua anaknya belajar sampai/ hingga ke
universiti. c) Hingga / sampai hari ini dia belum
menjelaskan hutangnya. |
Kata Sendi |
Fungsinya |
oleh |
Kata sendi ini
digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa maksud sebab atau
kerana dan selepas kata kerja pasif berawalan di-, ter-, dan kena. |
Contoh |
a) Penjahat itu mati oleh senjatanya
sendiri. ( sebab ) b) Bola itu disepak oleh abangnya. c) Kotak itu tidak terangkat oleh
saya. d) Soalan itu tidak terjawab oleh
sesiapapun. e) Pencuri itu kena tangkap oleh
penduduk kampung. f) Dia terpegun oleh kemerduan
suara lunak penyanyi itu. |
Kata Sendi |
Fungsinya |
seperti/ umpama /bagai/ laksana |
Kata sendi ini
digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa maksud
perbandingan. |
Contoh |
a) Kuih itu keras
seperti/umpama/bagai/laksana batu. b) Wajahnya ceria
seperti/umpama/bagai/laksana bulan purnama. Umumnya kata sendi nama seperti / umpama /
bagai / laksana, dan bagai digunakan dalam perumpamaan. contoh:- Bagai langit dengan bumi. Laksana rusa masuk kampung. Seperti isi dengan kuku. Umpama ayam disambar helang. |
1.4.1.13
Kata Sendi |
Fungsinya |
tentang |
Kata sendi ini
digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa maksud rujukan
sesuatu yang tidak tentu atau kata nama yang mengikuti kata sendi nama yang
menjadi hal yang diperkatakan. |
Contoh |
a) Mereka sedang berbincang tentang
masalah disiplin pelajar. b) Aduan tentang kehilangan
sijil-sijil saham itu adalah palsu. c) Ceritanya berkisar tentang masalah
keruntuhan akhlak remaja. Peringatan:- Kata sendi nama tentang sering
digantikan dengan perkataan mengenai yang merupakan kata kerja yang
bermaksud kena pada sedangkan tentang berfungsi untuk
membawa maksud rujukan yang tidak tentu atau umum, atau abstrak. Penggunaan
kata mengenai berkenaan tidak sesuai digunakan. Contoh:- a) Mereka berbincang mengenai masalah
disiplin pelajar. Kata mengenai
tidak b) Aduan mengenai kehilangan
sijil-sijil saham adalah palsu. tepat tetapi sesuai c) Ceritanya berkisar mengenai masalah
keruntuhan akhlak. digantikan dengan kata
sendi nama
tentang lebih merujuk perkara
umum atau
abstrak. Sedangkan mengenai lebih menjurus kepada
maksud kena pada contoh:- a) Tembakan pemburu itu mengenai
sasarannya. b) Bola yang ditendangnya mengenai palang. c) Anak panah itu mengenai dada penjenayah
tersebut. d) Kata-kata caciannya mengenai dirinya. e) Penyakit ini lebih kerap mengenai
kanak-kanak daripada orang dewasa. kena pada |
Kata Sendi |
Fungsinya |
demi |
Kata sendi ini
digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa maksud tujuan,
unsur penegas, dan untuk melahirkan maksud urutan. |
Contoh |
a) Rakyat diseru bersatu demi
kestabilan negara. ( tujuan) b) Demi kebenaran, dia sanggup
melakukan apa sahaja. ( tujuan ) c) Dia membaca surat itu perkataan
demi perkataan. ( urutan ) d) Demi Allah aku tidak tergamak
melakukannya. ( penegas ) |
Kata Sendi |
Fungsinya |
sejak/ semejak |
Kata sendi ini
digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa maksud penanda
waktu bermula. |
Contoh |
a) Kami tinggal di sini sejak/semenjak
dilahirkan. b) Sejak/semenjak kejadian sedih itu
dia sering termenung sendirian. c) Sejak/semenjak tadi dia berusaha
untuk menjawab soalan itu. |
Sekiranya anda teliti secara mendalam, bukan semua kata sendi nama sukar
difahami fungsinya.
Justeru, cuba faham dan kuasai kata sendi yang mengelirukan sahaja. Anda perlu
bijak bertindak
menyelesaikan masalah berkenaan.
1.4.1.16
Kata Sendi |
Fungsinya |
terhadap |
Kata sendi ini
digunakan sebagai unsur yang melibatkan penyambut sama ada manusia, haiwan,
atau benda. |
Contoh |
a) Kita perlulah mempunyai perasaan
kasihan terhadap binatang. b) Elakkan diri daripada bersikap
biadap terhadap ibu bapa. c) Asid akan bertindak balas terhadap
logam tersebut. Peringatan: Kata sendi nama terhadap
perlulah digantikan dengan kata sendi nama tentang atau akan jika membawa
maksud rujukan umum atau abstrak. a) Kami berasa curiga terhadap
kejujurannya . ( Salah ) Kami berasa curiga
akan/tentang kejujurannya. ( Betul ) b) Kita bertanggungjawab terhadap
kesejahteraan ibu bapa kita. ( Salah ) Kita
bertanggungjawab akan/ tentang kesejahteraan ibu bapa kita. ( Betul ) |
Kata Sendi |
Fungsinya |
dalam/atas/ antara |
Kata sendi ini
digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa maksud tempat
yang tidak mempunyai ruang atau jarak. |
Contoh |
a) Tidak ada hubungan antara saya
dengan gadis itu. b) Dia mencapai kejayaan cemerlang
dalam bidang pendidikan. c) Perkara tersebut telah dibincangkan
dalam mesyuarat yang lalu. d) Mereka selalu berbincang antara
satu sama lain bagi menyelesaikan masalah yang timbul. e) Saya mengucapkan ribuan terima
kasih atas bantuan yang kamu berikan tempoh hari. Peringatan:- Kata sendi dalam, atas, dan antara perlu
dibezakan dengan kata arah, dalam, dan antara yang kadir bersama-sama kata
sendi di yang membawa maksud mempunyai ruang dan jarak. ( Huraian lanju
dalam bab kata arah ) Contoh:- a) Jarak di antara tempat ini ke
sekolah ialah lima kilometer. ( jarak ) b) Tidak ada apa-apa di dalam bilik
ini. ( tempat ) c) Buku di atas meja itu kepunyaan
ayah. |
Beberapa kesalahan
dalam penggunaan Kata Sendi:-
a) Penggunaan kata
sendi oleh
Kata nama atau frasa nama harus hadir selepas kata sendi oleh. Oleh itu,
kata-kata lain selain kata
nama
atau frasa nama yang hadir selepas kata sendi oleh dianggap tidak gramatis
dalam bahasa
Melayu.
contoh: Salah Betul
oleh kerana
oleh sebab
b) Penggunaan
dua kata sendi
contoh: Salah Betul
selain dari itu..........
selain itu..........
selain daripada itu..........
selain itu..........
demi
untuk...........
demi/ untuk.......
hingga ke.........
hingga/ ke ........
Namun, dalam kes-kes tertentu yang
mengalami pengguguran kata kerja, kehadiran dua kata sendi
secara serentak dibenarkan:-
Contoh:
a) Hasratnya untuk ke luar negara dibatalkan.
( bermaksud untuk pergi ke )
b) Hasratnya untuk ke luar negera
dibatalkan. ( salah
)
c) Hasratnya ke luar negera dibatalkan.
( betul )
LATIHAN PENGUKUHAN:
A. Pilih kata sendi yang sesuai untuk
melengkapkan ayat-ayat di bawah.
1. Razlina suka bersiar-siar (
di , pada ) taman bunga ( di , pada ) waktu petang.
2. Pegawai di syarikat itu bekerja
( dari , daripada ) jam sembilan pagi ( pada, hingga )
jam enam
petang.
3. Teksi itu membelok (
daripada, dari ) Jalan Pinang ( kepada, ke ) Jalan Kudin.
4. Seorang ketua perlulah bersikap adil
( untuk, terhadap ) orang-orang di bawah jagaannya.
5. Salina menerima sepucuk surat ( dari
, darpada ) adiknya yang tinggal ( dari, di ) Sabah.
6. Emak amat saya ( pada, terhadap )
abang yang selalu mengambil berat ( terhadap , tentang )
kebajikannya.
7. Pak Harun mengahwinkan anaknya
( kepada, dengan ) seorang pemuda yang berjuang ( untuk ,
akan ) kemerdekaan negara
ini.
8. Ayah ( ke , di )
Kelantan selama lima tahun untuk mempelajari ilmu agama.
9. Jauhkan diri kamu ( dari , daripada )
dadah.
10. Perbuatan kamu itu salah ( dari , daripada
) sudut agama.
B. Lengkapkan ayat-ayat di bawah
ini dengan kata sendi nama yang sesuai.
1. Berapakah jarak
................................ rumah kamu ke perhentian bas?
2. Kita harus berjuang
habis-habisan ...........................kepentingan negara.
3. Kumpulan kami terdiri
..................... lima orang sahaja.
4. Setiap insan di muka bumi ini
tidak sunyi.....................melakukan kesilapan.
5. Rumah di atas bukit itu lebih
besar.......................rumah Pak Abu.
6. Kemalangan ngeri itu berpunca
.............................kelalaian penunggang motosikal.
7.
....................................pendapat kamu, wajarkah aktiviti tersebut
diteruskan?
8. Kebanyakan pelancong yang
berkunjung .....................sini terpesona
........................keindahan
pantainya.
9. Kebanyakan penduduk di bandar
mula menggunakan pengangkutan awam.................. pergi ke
pejabat.
10. Saya amat tertarik
.......................... keunikan lukisan itu.
11. Ayah mengikat tali itu
...................leher lembu.
12. Oleh ....................kekurangan
wang, dia membatalkan hasratnya ke Indonesia.
13. Kami amat bersimpati
..........................nasib yang menimpa keluarga itu.
14. Kotak yang berat itu tidak terangkat
..........................kami.
15. Surat bantahan itu telah kami hantar
.............................pihak yang berkenaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan