Format jawapan soalan 4(b)
Format jawapan soalan kajian dua novel tetapi untuk tingkatan 4. Anda hanya mengkaji Novel Jendela Menghadap Jalan sahaja. Jawapan hanya soalan novel berkenaan. Harap maklum.( 8 markah )
Berdasarkan kajian satu Novel Jendela Menghadap Jalan, karya Rohani Matdirin, tema novel ini berkaitan kecekalan seorang gadis remaja dalam menempuh pelbagai cabaran dan rintangan untuk meneruskan kehidupan. Contohnya, Lili menghadapi masalah untuk menyesuaikan diri semasa berada di kampung datuknya, iaitu Kampung Sentosa. Namun demikian, Lili berjaya menangani masalah tersebut dengan jiwa yang cekal.
Selain itu, Lili juga cekal berusaha untuk menyelesaikan masalah keganasan rumah tangga yang dihadapi oleh jiran datuknya, Che Jah yang selalu dipukul oleh suaminya, Seman. Akhirnya, Seman berjaya ditangkap dan akan didakwa di mahkamah atas perbuatan kejamnya.
Bahkan juga, Lili cekal menghadapi dugaan semasa dirinya dikurung dan diikat oleh Rafiq serta Haziq di sebuah pondok buruk yang terletak di dalam hutan Kampung Sentosa. Akhirnya, Lili berjaya diselamatkan oleh Danel.
Akhir sekali, Lili cekal menghadapi kerenah penduduk kampung yang tidak bersepakat dalam isu pemasangan kubah pada bumbung surau lama kerana kekurangan nilai keagamaan. Akhirnya, penduduk kampung menerima cadang Lili untuk membina masjid baharu.
Kesimpulannya, berdasarkan contoh-contoh dan peristiwa dipaparkan di atas jelaslah bahawa tema Novel Jendela Menghadap Jalan berkaitan kecekalan seorang gadis remaja dalam menempuh pelbagai cabaran dan rintangan untuk meneruskan kehidupan.
Kesimpulannya, berdasarkan contoh-contoh dan peristiwa dipaparkan di atas jelaslah bahawa tema Novel Jendela Menghadap Jalan berkaitan kecekalan seorang gadis remaja dalam menempuh pelbagai cabaran dan rintangan untuk meneruskan kehidupan.
Sebagai makluman, isi cukup dua isi sahaja. Tetapi dalam jawapan di atas disenaraikan 4 isi dan sepatutnya tiga isi dah cukup dan isi ketiga sebagai jawapan "backup"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan