Jumaat, 23 Oktober 2020

JAWAPAN SOALAN 3 (A) MEMBINA AYAT DENGAN MENGGUNAKAN PERKATAAN YANG DIBERI DAN SOALAN 3 (B) MENUKAR AYAT BIASA KEPADA AYAT SONGSANG, SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN NEGERI SARAWAK 2016

JAWAPAN SOALAN TATABAHASA PERPERIKSAAN PERCUBAAN NEGERI 
SARAWAK 2016 – FARIZUAN PELAJAR 4 SAINS
 3(a)
1 )=  Aiman belot terhadap majikannya dengan memberikan projek syarikat kepada
          musuh syarikat majikannya. (  1 markah )
    =   Safuwan menikmati hidangan belut panggang di kedai makan. ( 1 markah )
2)  =  Seloroh ibu sentiasa menggelikan hati. ( 1 markah )
    =  Menteri  itu sudah berkunjung ke seluruh pelosok negara. ( 1 markah )
3)  =  Baju merah itu sangat cocok dengan badan ayah. ( 1 markah )
    =  Cucuk udang masakkan ibu sangat sedap dimakan pada waktu petang. ( 1 markah )

          Jumlah markah = 6/6.  Jawapan ayat yang anda bina sesuai dengan maksudnya 
          kata atau istilah.
          
  3(b)
1)     Minggu orentasi itu sedang pelajar-pelajar mengikuti. ( 0 markah )
        Sepatutnya, Sedang mengikuti minggu orientasi pelajar-pelajar itu.
2)     Untuk menjaga kesihatan amalkan pemakanan yang seimbang. ( 1 markah )
3)     Pendapatan pekerja sektor awam setanding dengan pendapatan pekerja
        sektor swasta. ( 1 markah )
4)     Merempuh ke dalam kota pejuang-pejuang itu. ( 1markah )
5)     Seberkas kayu api yang diikat dengan seutas tali Tok Ali membawa pulang. ( 0 
        markah )
        Sepatutnya, Membawa pulang Pak Ali seberkas kayu yang diikat dengan seutas tali.
        atau Membawa pulang seberkas kayu yang diikat dengan seutas tali Pak Ali.
6)     Pesan pengetua kepada murid-murid,"kamu harus berusaha besungguh-
        sungguh untuk mencapai cita-cita yang diimpikan". ( 0 markah )
        Sepatutnya, " Untuk mencapai cita-cita yang diimpikan, kamu harus berusaha-
        sungguh", pesan pengetua kepada murid-murid. atau " Harus berusaha bersungguh-
        bersungguh kamu untuk mencapai cita-cita yang diimpikan", pesan pengetua kepada
        anak-anak murid.
       Jumlah markah : 3/6
       Oleh sebab menukar ayat biasa kepada ayat sonsang akah rencam sedikit kerana 
       ayat yang kamu bina mesti sama maksud dengan ayat asal.
       Jumlah keseluruhan markah :  9/13

JAWAPAN SOALAN TATABAHASA PERPERIKSAAN PERCUBAAN NEGERI 
SARAWAK 2016 – PUTERI NURANISYA AQILAH BT ALAN PELAJAR 4 SAINS

a) i) belot: Rania sudah belot dari agamanya akibat terpengaruh dengan  agama
       Yahudi.  ( 1 markah )
       belut: Belut yang dibeli oleh ayah di pasar  dibawa pulang ke rumah untuk
       dimasak. ( 1 markah )

    ii)seloroh: "Pakcik janganlah marah, kami cuma seloroh sahaja" kata adik kepada    
      pakcik itu. ( 1 markah )
      seluruh :Seluruh sekolah di Sabah diarahkan tutup kerana jerebu yang melanda
      negeri itu.  ( 1 markah )

    iii)cocok: " Pengantin lelaki dan pengantin perempuan itu amatlah cocok
       bersama", kata ibu kepada kakak. ( 1/2  markah ) Sila berhati-hati dengan tanda baca.
       cucuk: "Berapa cucuk sate kamu  makan?",  tanya Amir kepada Amin. ( 1 markah )
       Saya beri amaran. Jika kamu lakukan kesalahan tanda baca yang sama saya potong
       markah bahasa. Oleh sebab itu, saya potong markah salah satu daripada ayat yang 
       menyalahi kesalahan tanda baca.
       Jumlah markah  :  5.5 markah


b) ayat songsang:

i)   Pelajar-pelajar itu sedang mengikuti minggu orientasi.
     Sedang mengikuti minggu orientasi pelajar-pelajar itu.  ( 1 markah )

ii)  Amalkan pemakanan yang seimbang untuk menjaga kesihatan.
     Untuk menjaga kesihatan amalkan pemakanan yang seimbang. ( 1 markah )

iii) Pendapatan pekerja sektor swasta setanding dengan pendapatan pekerja sektor
    awam.
    Pendapatan pekerja  sektor awam setanding dengan pendapatan pekerja sektor  
    swasta. ( 1 markah )

iv) Pejuang – pejuang itu merempuh ke dalam kota.
     Merempuh ke dalam kota pejuang-pejuang itu. ( 1 markah )

v)  Tok Ali membawa pulang seberkas kayu api yang diikat dengan seutas tali.
     Seberkas kayu api yang diikat dengan seutas tali Tok Ali membawa pulang.( 1 markah )

iv) “Kamu harus berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita yang
      diimpikan”, pesan pengetua kepada murid-murid.
     "Untuk mencapai cita-cita yang diimpikan, kamu harus berusaha bersungguh-
      sungguh", pesan pengetua kepada murid-murid.  ( 1 markah ) Jaga-jaga penggunaan
      tanda baca kerana kesalahan menggugurkan tanda baca merupakan satu kesalahan.
      Jumlah markah :  6 markah
      Jumlah keseluruhan markah :  11.5  = 12 markah.
      Sekali lagi, jaga-jaga penggunaan tanda baca anda.

JAWAPAN SOALAN TATABAHASA PERPERIKSAAN PERCUBAAN NEGERI 
SARAWAK 2016 – MOHAMMAD AIMAN B. ZUMDY PELAJAR 5 SAINS

  A) 

1)  i)   belot
       ="Dalam kumpulan mafia ini sesiapa yang belot akan dihukum mati" kata ketua  
          mafia kepada ahli-ahli. ( 1 markah )

     ii)  belut
      = "Saya suka makan belut,"kata adik kepada ibu.  ( 1 markah )

2) i)   seloroh
     = "Cikgu janganlah marah kami hanya seloroh sahaja, "kata murid-murid kepada
          cikgunya.  ( 1 markah )
     ii) seluruh
      = Seluruh penyokong Malaysia sudah memenuhi  stadium Bukit Jalil bagi          
         menonton perlawanan antara pasukan Malaysia menentang  pasukan
         Indonesia dalam pertandingan bola sepak. ( 1 markah )

3)  i) cocok
     ="Baju yang dipakai kamu itu cocok akan warna kulit kamu," kata farid kepada
        Safuwan.  ( 1 markah )

     ii) cucuk
     ="Berapa cucuk sate ini encik mahu,"kata peniaga itu kepada encik Zumydy . ( 1/2 
        markah ) terdapat dua kesalahan, pertama tanda baca, dan kedua penulisan kata
        encik  sepatutnya Encik.
        Jumlah markah : 5.5 markah
        

B)  Tukarkan ayat biasa ke ayat songsang

i)    Minggu orientasi sedang pelajar-pelajar itu mengikuti. ( 0 markah )
      Sepatutnya, Sedang mengikuti minggu orientasi pelajar-pelajar itu.

ii)   Untuk menjaga kesihatan amalkan pemakanan yang seimbang. ( 1 markah )     

iii)  Pendapatan pekerja sektor awam setanding dengan pendapatan pekerja sektor swasta.
      ( 1 markah )
  
iv) Ke dalam kota pejuang-pejuang itu merempuh. ( 1 markah )

v)  Dengan seutas tali Tok Ali membawa pulang seberkas kayu api  yang diikat. ( 1markah )

vi) " Untuk mencapai cita-cita yang diimpikan kamu harus berusaha bersungguh-sungguh " pesan pengetua kepada murid-murid. ( 1 markah )
     Jaga-jaga penulisan tanda baca. Meninggalkan tanda baca suatu kesalahan. Sila jangan
     ulangi kesalahan yang sama selepas ini.
     Jumlah markah :  5 markah
     Markah keseluruhan : 9.9 = 10 markah


JAWAPAN SOALAN TATABAHASA PERPERIKSAAN PERCUBAAN NEGERI 
SARAWAK 2016 –  NUR AZYANA BINTI ABDUL HIZAM PELAJAR 5 SAINS

i)  belot 
= “Kami telah menangkap mereka yang belot itu” , kata ketua tentera itu. ( 0 markah )
    Anda tidak faham maksud belot.

i) belut 
= Ahmad makan tiga ekor belut yang dimasak oleh ibunya. ( 1 markah )
   

ii) seloroh 
= Sikapnya yang suka seloroh membuat kami tidak kering gusi. ( 0 markah )
   Gunakan ayat cakap ajuk untuk mengelakkan anda sukar menggunakan kata / istilah
   berkenaan.

ii) seluruh 
= Seluruh rumah di Kampung Aman telah dimasuki air kerana banjir.  ( 1 markah )

iii) cocok 
= Pasangan pengantin itu sangat cocok.  ( 1 markah )

iii) cucuk 
= Ayah membeli dua puluh cucuk sate di kedai itu. ( 1 markah )
Jumlah markah :   4 markah

Soalan b 

i) Pelajar-pelajar itu sedang mengikuti minggu orientasi. 
= Sedang mengikuti minggu orientasi pelajar-pelajar itu. ( 1 markah )

ii) Amalkan pemakanan yang seimbang untuk menjaga kesihatan. 
= Untuk menjaga kesihatan amalkan pemakanan yang seimbang. ( 1 markah )

iii) Pendapatan pekerja sektor swasta setanding dengan pendapatan pekerja sektor  
    awam. 
=  Pendapatan pekerja sektor awam setanding dengan pendapatan pekerja sektor
    swasta.  ( 1 markah )

iv) Pejuang-pejuang itu merempuh ke dalam kota. 
 =  Merempuh ke dalam kota pejuang-pejuang itu. ( 1 markah )

v) Tok Ali membawa pulang seberkas kayu api yang diikat dengan seutas tali. 
 = Membawa pulang seberkas kayu api yang diikat dengan seutas tali Tok Ali.  ( 1 markah )

vi) “Kamu harus berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita yang  
      diimpikan” , pesan pengetua kepada murid-murid. 
=    “Untuk mencapai cita-cita yang diimpikan, kamu harus berusaha bersungguh-
      sungguh” , pesan pengetua kepada murid-murid.  ( 1 markah )
      Jumlah markah : 6 markah
      Markah keseluruhan : 10/12
       

JAWAPAN SOALAN TATABAHASA PERPERIKSAAN PERCUBAAN NEGERI

SARAWAK 2016 –  MOHAMAD DANIEL BIN ROSLI PELAJAR KELAS 4 SAINS

PELAJAR 5 SAINS

Soalan 3(a)-Membina ayat

I)  "Kenapa engkau belot kami?"Kata Aiman sambil memakan belut yang
     dihidangkan oleh tuan rumah  ( 0 markah )
     Anda diminta untuk membina dua ayat dan setiap ayat mesti membawa maksud kata
     yang diberi. Oleh sebab kamu membina satu ayat dan menulis kedua-dua ayat, 
     bermakna anda tidak faham arahan soalan.
II)  Cikgu Ramsul suka seloroh dengan seluruh kelas 4sn ( 0 markah )

     Anda tidak faham soalan, kedua terdapat kesalahan meringkas kata Sains kepada sn.

III) " Baju yang dipakai oleh pengantin sangat cocok" kata Daniel sambil cucuk. ( 0 markah)
      makanan dengan garpu.
      Anda tidak faham soalan.
      Jumlah markah :  0 markah )



Soalan 3(b)-ayat susunan songsang

I)   Minggu orientasi diikuti oleh pelajar-pelajar itu ( 0 markah )
     Anda tidak boleh menggugurkan kata yang terdapat dalam ayat asal semasa mengubah 

     ayat. Anda telah mengunggur kata sedang dalam ayat.

II)  Untuk menjaga kesihatan amalkan pemakanan yang seimbang. ( 1 markah )

III) Pendapatan sektor awam setanding dengan pendapatan sektor swasta. ( 1 markah )

IV) Ke dalam kota merempuh pejuang-pejuang itu. ( 1 markah )

V) Seberkas kayu api yang diikat dengan seutas tali dibawa pulang oleh tok Ali. ( 0 markah )

     Perubahan ayat songsang daripada ayat biasa tidak boleh menggugurkan atau sebarang
     menambah sebarang kata dalam ayat. Anda telah menambah kata oleh.
VI) "Untuk mencapai cita-cita yang diimpikan, kamu haruslah berusaha bersungguh-
      sungguh"pesan pengetua kepada murid-murid. ( 1 markah )
Jumlah markah : 4 markah
Markah keseluruhan :  4 markah

Jawapan Suzie


i. belot - belut
  belot
  Aiman sering belot kawan-kawan ynag percaya dirinya. ( 1 markah )
  belut
  Ikan belut itu berada dalam longkang di hadapan rumah saya.( 1 markah )
ii. seloroh – seluruh
   seloroh
   Hizam sering seloroh dengan rakan-rakannya di kedai kopi. ( 0 markah )
   ( Bina ayat cakap ajuk kerana binaannya tidak memerlukan imbuhan)
   seluruh
   Nizam merupakan ketua kampung bagi seluruh kawasan di sini. ( 1 markah )
iii. cocok – cucuk
    cocok
    Aiman dan isteriya merupakan pasangan yang sangat cocok. ( 1 markah )
    cucuk
    “Cucuk ayam itu” kata Dina kepada Nana.  ( 1 markah )
     Jumlah markah :  5/6

AYAT SONGSANG

1)   minggu orentasi pelajar-pelajar itu sedang mengikuti. ( Ayat permulaan perlu huruf
      besar walaupun anda menggunakan komputer )
2)   untuk menjaga kesihatan amalkan makanan yang seimbang. ( Ayat permulaan perlu        huruf  besar walaupun anda menggunakan komputer )
3)   pendapatan pekerja sektor awam standing dengan pendapatan pekerja sektor   
      swasta. ( Ayat permulaan perlu huruf  besar walaupun anda menggunakan komputer )
4)   merempuh ke dalam kota pejuang-pejuang itu. ( Ayat permulaan perlu huruf
      besar walaupun anda menggunakan komputer )
5)   seberkas kayu api yang diikat dengan seutas tali tok ali membawa pulang. ( Ayat            permulaan perlu huruf besar walaupun anda menggunakan komputer. Begitu juga kata nama khas Tok Ali perlu ditulis huruf besar. Selain itu, susunan ayat dan maksudnya tidak betul )
6)   pesan pengetua kepada murid-murid,“kamu harus berusaha bersungguh-  

      sungguh untuk mencapai cita-cita yang diimpikan”. ( Ayat permulaan perlu huruf
      besar walaupun anda menggunakan komputer )

 

Tiada ulasan: