SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN NEGERI JOHOR 2016
Bahagian B
[ 100 markah ]
[ Masa dicadangkan : 1 jam 30 minit ]
Aktiviti kokurikulum di sekolah memberikan pelbagai manfaat kepada murid-murid yang menyertainya. Bincangkan faedah-faedah anda menyertai pelbagai aktiviti kokurikulum di sekolah sehingga menjadi murid yang cemerlang.
JAWAPAN KARANGAN DIMENSI DIRI FARID IZUAN- PELAJAR 4 SAINS
Saya akan semak latihan ini sebentar lagi.
Dalam meniti arus kemodenan yang berteraskan sains dan teknologi malukmat, ( kesalahan ejaan ) ramai ( sepatutnya banyak ) murid pada hari ini hanya mementingkan pencapaian akademik dan meminggirkan aktiviti kokurikulum di sekolah. ( Pengenalan jenis umum ) Kokurikulum merupakan aktiviti selain mata pelajaran yang diajarkan dalam bilik darjah tetapi dianggap sebagai sebahagian daripada kursus pendidikan pelajar di sekolah. ( Ayat rangsangan 1 ) Kegiatan ini termasuk kegiatan sukan dan permainan,pertubuhan pakaian seragam atau unit beruniform serta kelab dan persatuan. ( Ayat rangsangan 3 ) Setiap murid diwajibkan untuk menyertai ketiga-tiga aktiviti tersebut. ( Ayat rangsangan 4 ) Kegiatan kokurikulum bukan sahaja memberi keseronokan malah mendatangkan pelbagai kebaikan. ( Ayat rangsangan 5 ) Kegiatan kokurikulum dianggap sesuatu yang penting tetapi pembabitan murid amat mengecewakan. ( Ayat KBAT ) Mereka menyertai aktiviti kokurikulum dengan sambilewa seperti melepaskan batok di tangga. ( Frasa menarik ) Terdapat banyak faedah aktiviti yang boleh diperolehi untuk menjadikan saya murid yang cemerlang.( Ayat arahan - tidak jelas )
Sebagai pelajar berminda ( pelajar, tertinggal dan kesalahan imbuhan minda sepetutnya berminda ) kelas pertama,salah satu faedah aktiviti kokurikulum ialah nilai kepimpinan dapat ditanam dalam diri saya walaupun belum keras ubun-ubunya. ( Ayat isi + frasa menarik ) Hal ini kerana nilai kepimpinan amat diperlukan untuk saya menjadi pemimpin negara suatu hari nanti. ( Ayat huraian isi 1 ) Sebagai contoh,saya telah dilantik atau dipilih sebagai pucuk pemimpin dalam salah sebuah organisasi dalam ( gugurkan kata dalam- kerana anda telah menulis sebelumnya ) sesebuah ( gugurkan kata sesebuah kerana anda telah menulisnya ) kelab di sekolah. ( Ayat huraian 2 ) Dalam konteks ini,saya telah diasuh dan diasah sebagai insan yang bertanggungjawab,berkeyakinan, amanah, berdedikasi dan berinteraksi dengan orang lain. ( Ayat huraian 3 ) Unsur-unsur tersebut dapat menjadikan saya sebagai pemimpin yang berwibawa dan dihormati di sekolah. ( Ayat huraian 4 ) Sekiranya saya tidak menyertai kegiatan kokurikulum saya tidak akan dapat menyemai ( selitkan kata ) nilai kepemimpinan ( salah ejaan ) di dalam diri saya. ( Ayat KBAT) Di samping itu, saya gagal dalam nelakukan tanggungjawab terhadap sesuatu pekara. ( Gugurkan ayat ini kerana ayat berkenaan tidak memberi apa-apa kesan kepada karangan anda ) Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Setiap kamu adalah pemimpin dan kamu semua bertanggungjawab terhadap orang di bawah jagaanmu. (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim). ( Frasa menarik) Tegaslah bahawa melalui nilai kepimpinan yang terdapat dalam aktiviti kolurikulum mampu menjadikan saya murid yang cemerlang. ( Ayat penegas)
Selain itu,aktiviti kokurikulum juga dapat memupuk nilai berdikari dalam diri saya. ( Ayat isi ) Berdikari membawa maksud keupayaan bertindak sendiri,berkeyakinan dan cekal dalam menghadapi pelbagai dugaan. ( Ayat huraian 1 ) Sebagai contoh,saya dan rakan-rakan telah megikuti perkhemahan pengakap di sekolah. ( Ayat contoh ) Memang tidak dinafikan lagi bahawa segolongan murid pada hari ini tidak mempunyai sikap berdikari atau kendiri dalam kehidupannya. (Ayat huraian 2 ) Murid pada hari sering dimanjakan oleh ibu bapa kerana meraka ( salah ejaan ) menganggap anak-anak mereka masih kecil seperti ketam mengajarkan anaknya berjalan.Apakah yang akan berlaku jika tidak ada sikap berdikari dalam diri saya? ( Ayat tanya ) Saya akan terus bergantung harap kepada ibu bapa saya untuk menyara kita sehingga saya sudah dewasa. ( Ayat huraian 3) Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan Tuhanmu memerintahkan supaya kamu tidak menyembah kecuali kepada-Nya dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapa dengan sebaik-baik kebaktian. ( Frasa menarik ) Sekiranya salah seorang atau kedua-duanya telah tua dalam peliharaanmu, jangan sesekali kamu berkata kepada mereka 'ah', dan jangan kamu membentak mereka. Bercakap dengan mereka perkataan yang mulia. Rendahkan diri kamu di hadapan mereka berdua dengan penuh kasih sayang dan ucapkan, 'Wahai Tuhan! Kasihilah mereka berdua sebagaimana mereka berdua mengasihi daku semasa kecilku." (Surah al-Isra, ayat 23-24). ( Frasa menarik + ayat KBAT) Tegaslah bahawa berdikari amat penting untuk menjadikan saya murid yang cemerlang. ( Ayat penegas )
Seterusnya,dengan menyertai kegiatan kokurikulum saya juga dapat membentuk disiplin diri. ( Ayat isi ) Dispilin ( Ejaan salah ) sangat penting untuk mencapai sesuatu kejayaan. ( Ayat huraian 1 ) Murid yang tidak berdisiplin susah untuk berjaya. ( Ayat huraian 2 ) Disiplin juga dapat membentuk sikap bertanggungjawab ( kesalahan imbuhan ) seseorang murid. ( Ayat huraian 3 )Sebagai contoh,saya dan rakan-rakan menyertai aktiviti kawat kaki di sekolah yang merupakan aktiviti yang memerlukan banyak disiplin. ( Ayat contoh ) Selain itu,peraturan yang ditetapkan dalam unit beruniform dapat melatih saya supaya mempunyai keperibadian yang tinngi ( kesalahan ejaan ) dan luhur. ( Ayat huraian 4 ) Saya juga dilatih untuk menepati masa,berpakaian kemas dan mematuhi peraturan yang ditetapkan. ( Ayat huraian 5 ) Sekiranya saya tidak mempunyai sikap disiplin, apa ( kata tanya tidak boleh ditulis dalam ayat biasa ) yang akan terjadi? ( Ayat KBAT ) Saya akan terjerumus dengan pekara yang tidak berfaedah yang boleh mendatang malu kepada orang tua saya. ( Ayat KBAT lapis kedua ) Saya akan mejadi seorang murid yang gagal dalam pelajaran. ( Ayat KBAT lapis ketiga ) Tegasnya bahawa melalui aktiviti kokurikulum dapat membentuk disiplin saya supaya menjadi pelajar yang berjaya.( Ayat penegas )
Konklusinya,dapat disimpulkan bahawa kegiatan kokurikulum amat berfaedah kepada saya terutamanya dalam aspek pemupukan nilai murni. ( Ayat penyimpul ) Tanpa menerapkan nilai-nilai murni saya tidak akan mampu untuk menjadi seorang murid yang cemerlang. ( Ayat cadangan 1 ) Saya juga merupakan aset negara yang akan memimpin negara suatu hari nanti. ( Ayat cadangan 2 ) Sebagai seorang pelajar,kita perlulah melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum untuk menjadi murid yang berjaya. ( Ayat harapan ) Perenggan penutup anda boleh diperbaiki lagi )
T - karangan menepati tugasan
I - relevan, dihuraian dengan jelas
B - gramatis dari segi kata & ayat, kosa kata luas dan tepat dan terdapat kesalahan
yang minimum.
P - menarik dan berkesan
Elakkan melakukan kesalahan semasa mengarang, antaranya elakkan kesalahan ejaan, kesalahan binaan ayat, kesalahan imbuhan, kesalahan tanda baca, dan pastikan setiap ayat yang perlu ditulis lengkap ada subjek dan prediket, dan gunakan kaedah Jadual Pengembangan Idea Karangan perenggan pengenalan, perenggan isi dan perenggan penutup.
Saya bagi masa anda mengarang, tetapi hasilkan karangan yang menarik. Ok.
Markah = 72
Kesalahan ejaan = 2
------------
70 = 70%
------------
Pastikan karangan jenis dimensi diri atau dimensi keluarga atau masyarakat, dimensi negara, antara bangsa dan jenis komsasndiselitkan 4 isi sekurang-kurangya. Campur perenggan pengenalan dan perenggan penutup, jumlah perenggan 6 isi. Jika mampu selitkan satu isi lagi sebagai isi tambahan.
JAWAPAN KARANGAN PUTERI ANISYA AQILAH BT. ALAN-PELAJAR TING. 4 SAINS
Hasil rujukan Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, perkataan aktiviti didefinisikan sebagai sesuatu yang dilakukan atau usaha. ( Pengenalan Jenis Definisi 1) Manakala perkataan kokurikulum membawa maksud kegiatan atau aktiviti selain mata pelajaran yang diajarkan dalam bilik darjah tetapi dianggap sebagai sebahagian daripada kursus pendidikan pelajar di sekolah, misalnya kegiatan persatuan, unit beruniform dan kesukanan. ( Pengenalan Jenis Definisi 2 ) Aktiviti kokurikulum merupakan suatu aktiviti wajib dijalankan ( selitkan istilah ini untuk melengkapkan ayat ) dalam pelbagai institusi pendidikan daripada tadika sehingga ke universiti. ( Ayat Rangsangan 1 ) Hal ini bertujuan untuk membentuk insan yang cemerlang dalam aspek jati diri, sahsiah, rohani dan jasmani. ( Ayat Rangsangan 2 ) Maka, tidak hairanlah sekiranya rakyat Malaysia mempunyai mutu dan kualiti diri yang tinggi kerana kewujudan aktiviti kokurikulum yang telah diterapkan dalam diri sejak dari bangku sekolah lagi. ( Ayat Rangsangan 3 ) Aktiviti kokurikulum amatlah wajib untuk disertai oleh semua pelajar tanpa sebarang pengecualian tambahan pula, aktiviti kokurikulum dianggap sebagai pelengkap kepada sekolah yang bermutu dan gemilang. ( Ayat Ransangan 4 ) Oleh itu, saya haruslah menglibatkan diri dengan sepenuh hati dan usaha dalam bidang kokurikulum supaya saya dan sekolah dapat memperoleh manfaatnya bersama. ( Ayat Ransangan 5 ) Aktiviti kokurikulum juga membuka ruang dan peluang terhadap minat saya dalam sesuatu perkara. ( Ayat rangsangan 6 ) Misalnya jika saya meminati bidang perubatan, saya boleh menyertai unit beruniform Bulan Sabit Merah Malaysia, sekiranya saya meminati permainan bola tampar, saya berpeluang menyertai unit permainan bola tampar. ( Ayat contoh ) Hal ini bukan sahaja dapat memberikan kebaikan kepada saya sewaktu menyertai aktiviti kokurikulum, malah bakat saya dapat dipertingkatkan, bersesuaian dengan ungkapan peribahasa alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. ( Frasa menarik ) Sekiranya aktiviti kokurikulum dipandang enteng oleh pelajar, pastinya pembentukan peribadi yang unggul tidak berjaya dibentuk. ( Ayat KBAT ) Persoalannya, apakah manfaat aktiviti kokurikulum kepada pelajar? ( Ayat arahan ) ( Pengenalan yang baik- Tahniah )
Dari ( Kata sendi tidak tepat sepatutnya daripada ) kaca mata saya sebagai ( selitkan frasa ) pelajar berminda kelas pertama, aktiviti kokurikulum mampu memberi impak peningkatan disiplin dan pelbagai sifat positif yang releven dalam diri saya. ( Ayat isi ) Aktiviti kokurikulum pernah menjadi topik bualan hangat oleh para ibu bapa disebabkan kepadatan jadual harian persekolahan pelajar dan harus dibahagikan kepada akvitiviti kokurikulum sehinggakan mengundang kepada keletihan yang melampau kepada pelajar. ( Ayat Huraian 1 ) Namun, bagi saya hal ini merupakan suatu cabaran kepada saya untuk menjadi pelajar yang lebih berdisiplin, aktif dan sentiasa positif walaupun ketika keletihan yang melampau saya perlu menyertainya. ( Ayat Huraian 2 - tergantung atau tidak lengkap ) Aktiviti kokurikulum mendidik saya untuk membahagikan masa dengan bijak kerana masa itu emas, maka saya lebih cenderung untuk membuat jadual harian untuk membahagikan masa dengan pelajaran dan aktiviti kokurikulum. ( Ayat Huraian 3 + Frasa Menarik ) Rangsangan Pepatah Arab turut menyatakan bahawa masa itu ibarat mata pedang jika kamu tidak memotongnya, ia akan memotong kamu. ( Frasa Menari Kedua ) Saya juga akan terdidik untuk menjadi pelajar yang aktif kerana kewujudan jadual harian mendorong saya untuk menyiapkan dan melaksanakan segala aktiviti dalam jadual tersebut tepat pada masanya. ( Ayat Huraian 3 ) Rentetan daripada hal itu telah membuktikan bahawa sememangnya aktiviti kokurikulum membentuk sifat positif dalam diri saya seperti berdisiplin, aktif dan menghargai masa. ( Ayat KBAT ) Maka sememagnya ( Kesalahan ejaan ) aktiviti kokurikulum sewajarnya ditekankan sejak dari tadika lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sekiranya , aktiviti kokurikulum tidak diwajibkan,pastinya anak-anak Malaysia tidak menghargai masa dan tidak berdisplin sehinggkan ( Kesalahan ejaan ) mengundang kepayahan ketika mereka besar kelak. ( Ayat KBAT Lapisan Kedua ) Oleh itu, saya menegaskan bahawa aktiviti kokurikulum memberi manfaat kepada saya untuk mempertingkatkan disiplin dan pelbagai sifat positif yang releven dalam diri saya. ( Ayat penegas )
Perenggan isi yang menarik tetapi ada dua kesalahan ayat saya kesan- walaupun anda menaip menggunakan laptop, tetapi kesalahan tetap kesalahan. Satu kesalahan lagi ialah binaan ayat, ayat anda tergantung )
Perenggan isi yang menarik tetapi ada dua kesalahan ayat saya kesan- walaupun anda menaip menggunakan laptop, tetapi kesalahan tetap kesalahan. Satu kesalahan lagi ialah binaan ayat, ayat anda tergantung )
Meninjau dari skop yang lebih luas, aktiviti kokurikulum juga mampu meningkatkan daya kepimpinan dalam diri pelajar. ( Ayat isi ) Setiap unit kokurikulum mempunyai organisasi tersendiri yang terdiri daripada pelajar dan juga guru penasihat. ( Ayat tergantung - Ayat huraian 1 ) Kewujudan organisasi yang terdiri daripada pelajar dan guru penasihat ini akan mendidik pelajar untuk menjalankan tanggungjawab berdasarkan jawatan yang dipegang dalam unit kokurikulum itu supaya segala aktiviti yang dijalankan berjalan dengan lancar. ( Ayat huraian 2 ) Hal ini akan menjadikan saya lebih berpengalaman apabila mengendalikan ahli unit kokurikulum dan mengendalikan aktiviti-aktiviti setiap minggu. ( Ayat huraian 3 ) Tanggungjawab yang saya jalankan lama- kelamaan dapat membentuk sifat pemimpin dalam diri saya kerana setiap cabaran dan tugasan mematangkan saya untuk menyelesaikannya secara profesional. ( Ayat arahan 4 ) Walaupun setiap jawatan mempunyai cabaran dan dugaan tertentu, namun kelak ia ( kata ganti nama diri ketiga untuk manusia sahaja- gunakan tugasan dan jawatan tersebut ) tetap meningkatkan daya kepimpinan saya persis peribahasa direndam tak basah, dibakar tak hangus. ( Ayat huraian 5 + Frasa Menarik ) Pelbagai cara untuk meningkatkan daya kepimpinan melalui jawatan yang dipegang misalnya kemahiran memberi ucapan, kemahiran mengawal tingkah laku ahli jawatankuasa, kemahiran mengadakan aktiviti setiap minggu dan kemahiran menulis laporan.( Ayat Contoh ) Segala tugasan ini dapat melahirkan daya kepimpinan yang tinggi dalam diri saya, sekali gus memudahkan tugasan saya sewaktu dewasa kelak bak peribahasa alah bisa tegal biasa. ( Ayat KBAT + Frasa Menarik Kedua ) Jika saya tidak melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum, pastinya saya tidak mempunyai kemahiran asas dalam menyelesaikan masalah apatah lagi kemahiran sebagai seorang pemimpin. ( Ayat KBAT Lapisan Kedua ) Maka, saya menegaskan bahawa aktiviti kokurikulum mampu meningkatkan daya kepimpinan dalam diri saya. ( Ayat penegas)
Perenggan isi yang mantap dan matang tetapi masih ada binaan ayat yang tidak sempurna- Ayat tergantung )
Perenggan isi yang mantap dan matang tetapi masih ada binaan ayat yang tidak sempurna- Ayat tergantung )
Selain itu, aktiviti kokurikulum juga memberi manfaat dengan cara mengisi masa senggang pelajar dengan perkara berfaedah. ( Ayat isi ) Melalui aktiviti kokurikulum, pelbagai kemahiran dan aktiviti baru dapat saya gilap. ( Ayat Huraian 1 ) Oleh kerana itu ( Penanda wacana salah-sepatutnya oleh sebab itu ) aktiviti kokurikulum merupakan aktiviti di luar bilik darjah, maka ia ( kesalahan kedua- ia hanya untuk orang-sepatutnya aktiviti kokurikulum berkenaan ) lebih menarik minat saya untuk melakukanya. ( Ayat Huraian 2 ) Setiap aktiviti kokurikulum yang saya pelajari boleh diaplikasi ketika waktu senggang saya, sekali gus dapat mengasah kemahiran saya untuk kegunaan dalam kehidupan seharian. ( Ayat tergantung- cadangan selitkan frasa tambahan - Ayat Huraian 3 ) Mengisi masa lapang saya dengan melakukan aktiviti kokurikulum memberi peluang kepada saya untuk memantapkan kemahiran yang diperlajari, seperti ungkapan peribahasa Inggeris yang berbunyi 'practise makes perfect' yang bermaksud latihan mampu menjadikan sesuatu perkara itu sempurna. ( Ayat huraian 4 + Frasa Menarik ) Antara contoh kemahiran unit beruniform Bulan Sabit Merah Malaysia yang saya pelajari dan dapat diaplikasi ketika waktu senggang saya iaitu kemahiran ikatan pertolongan cemas yang dapat membantu saya ketika berlakunya kecemasan. ( Ayat contoh ) Saya juga dapat mengisi masa lapang dengan bermain badminton seperti mana yang diajar ketika aktiviti kokurikulum oleh unit permainan badminton. ( Ayat Huraian 5 ) Sekiranya masa senggang saya tidak diisi dengan aktiviti berfaedah seperti pengaplikasian aktiviti kokurikulum, pastinya saya menjadi murid yang rugi dan tidak berkemahiran tentang perkara yang dipelajari kerana tidak mengamalkannya, bersesuaian dengan ungkapan peribahasa bagai mencurah air ke daun keladi. ( Ayat KBAT + Frasa Menarik ) Maka, saya menegaskan bahawa ilmu yang dipelajari ketika aktiviti kokurikulum sewajarnya diaplikasi ketika waktu senggang saya kerana kata Imam Syafii iaitu "ilmu merupakan sesuatu yang bermanfaat dan bukannya apa-apa yang dihafal semata-mata" haruslah menjadi slogan hidup saya sebagai seorang murid. ( Ayat penegas + Frasa Menarik )
Perenggan isi yang menarik dan matang - elakkan daripada melakukan kesalahan tatabahasa seperti penggunaan ia untuk bukan manusia, dan binaan ayat anda
Perenggan isi yang menarik dan matang - elakkan daripada melakukan kesalahan tatabahasa seperti penggunaan ia untuk bukan manusia, dan binaan ayat anda
Pada masa yang sama, melalui aktiviti kokurikulum juga perpaduan dapat dipupuk dalam kalangan pelajar. ( Ayat isi ) Umum sedia maklum, Malaysia merupakan negara yang mempunyai pelbagai kaum dan agama maka, rakyatnya juga terdiri daripada pelbagai kaum. ( Ayat Huraian 1 ) Melalui aktiviti kokurikulum ini, saya berpeluang untuk bergaul dengan bangsa lain seperti Cina dan India kerana penyertaan aktiviti kokurikulum tidak membanding bezakan bangsa dan agama, semua bangsa akan dicampur bersama dalam sesuatu unit tertentu. ( Ayat Huraian 2 ) Hal ini, mendapat sokongan kerajaan kerana perpaduan antara pelbagai bangsa ini dapat dikukuhkan sekali gus menjadikan Malaysia sebagai negara yang aman dan makmur. ( Ayat Huraian 3 ) Saya juga berpeluang mendapat kenalan baru dan kawan baik daripada bangsa berlainan yang pastinya turut meningkatkan rasa bangga saya menjadi rakyat Malaysia. ( Ayat Huraian 4 ) Kenalan baru daripada bangsa lain memberi peluang untuk meningkatkan pengetahuan saya misalnya tentang budaya, makanan, pakaian dan adat mereka,bak kata pepatah tak kenal maka tak cinta. ( Ayat Contoh + Frasa Menarik ) Jika tiadanya aktiviti kokurikulum dalam institusi pendidikan, pastinya perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia tidak dapat dipupuk dan tiada keharmonian dikecapi kerana setiap bangsa hanya bergaul dengan bangsa mereka tersendiri, ( kesalahan penggunaan imbuhah, sepatutnya sendiri ) persis ungkapan peribahasa bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. ( Ayat KBAT + Frasa Menarik ) Oleh itu, saya menegaskan bahawa aktiviti kokurikulum dapat memupuk perpaduan dalam kalangan pelajar. ( Ayat penegas )
Perenggan menarik dan matang.
Perenggan menarik dan matang.
Secara total, faedah aktiviti kokurikulum sememangnya tidak dapat disangkal lagi.( Ayat penyimpul ) Sudah terang lagi bersuluh sememangnya aktiviti kokurikulum sewajarnya diwajibkan dan ditekankan dalam semua institusi pendidikan di Malaysia. ( Ayat cadangan 1 ) Banyak manfaat daripada aktiviti kokurikulum misalnya meningkatkan disiplin pelajar, meningkatkan daya kepimpinan, mengisi masa senggang, memupuk perpaduan dalam kalangan pelajar dan membentuk pelajar yang sihat dalam aspek rohani serta jasmani. ( Ayat cadangan isi diperkatakan dalam karangan ) Hal ini berlaku demikian kerana aktiviti kokurikulum memberi peluang kepada saya untuk melakukan aktiviti di luar bilik darjah dan melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh, tindakan tersebut dapat menyihatkan badan dan fikiran saya setelah penat belajar kerana badan sihat, otak cerdas. ( Ayat cadangan 2 ) Jika aktiviti kokurikulum dipandang enteng, pastinya rakyat Malaysia mengalami tahap kesihatan yang rendah serta mengalami obesiti ,'depressive disorder' dan masalah psikologi yang lain. ( Ayat KBAT ) Sebelum nasi menjadi bubur, saya haruslah menjaga kesihatan mental dan fizikal saya dengan menyertai aktiviti kokurikulum sekali gus memperoleh manfaat yang lain. ( Ayat KBAT Lapis Kedua ) Maka, aktiviti kokurikulum haruslah dilakukan oleh pelajar supaya manfaatnya diperoleh , persis mutiara kata Mario Teguh, "hidup itu tidak semudah membalikkan telapak tangan, namun tidak sesulit melunakkan besi. Jalani hidup ini dengan benar dan riang gembira. Nescaya kau akan mendapatkan hidup yang lebih indah dan mudah". ( Frasa Menarik ) Besarlah harapan saya supaya aktiviti kokurikulum diketengahkan dalam pembangunan sekolah dan murid supaya Malaysia dapat melahirkan institusi pendidikan yang gemilang dan murid yang cemerlang. ( Ayat Harapan )
T karangan menepati tugasan
I relevan, dihuraikan dengan jelas dan MATANG, contoh yang sesuai
B gramatis dari segi kata dan ayat, kosa kata luas dan tepat, unsur bahasa
bervariasi, laras bahasa sesuai.
P sangat menarik dan berkesan.
Markah = 93
Kesalahan ejaan 1 ( kesalahan sememagnya dan sehinggkan ) -------
92
-------
Nasihat saya, semak karangan setelah mengarang dan perbetulkan kesalahan yang anda kesan. Jika ada semakan saya tidak tepat mohon maklmkan kepada saya dengan segera. Tahniah, karangan Puteri memang menarik dan MATANG dan perlu dicontohi pelajar 4 Sains. Teruskan mengarang.
92
-------
Nasihat saya, semak karangan setelah mengarang dan perbetulkan kesalahan yang anda kesan. Jika ada semakan saya tidak tepat mohon maklmkan kepada saya dengan segera. Tahniah, karangan Puteri memang menarik dan MATANG dan perlu dicontohi pelajar 4 Sains. Teruskan mengarang.
JAWAPAN KARANGAN MUHAMMAD AIMAN B. ZUMDY- PELAJAR 4 SAINS
Berdasarkan rujukan kamus dewan ( Kesalahan ejaan- kata nama khas perlu huruf besar di pangkal ayat ) kokurikulum bermakud kegiatan atau aktiviti selain mata pelajaran yang diajarkan dalam bilik darjah tetapi yang dianggap sebagai sebahagian daripada kursus pendidikan pelajar di sekolah. ( Pengenalan jenis definisi ) Sekolah merupakan institusi penting untuk membentuk kemenjadian ( selitkan kata ) murid agar menjadi insan yang berguna kepada keluarga, bangsa, agama dan negara. ( Ayat ransangan 1 ) Di sekolah murid bukan sahaja memperlajari mata pelajaran akedemik tetapi dimestikan juga menyertai sekurang-kuranganya satu kelab dan persatuan, sukan dan permainan, ( Tambah satu lagi komponen kokurikulum iaitu sukan dan permainan ) dan satu unit beruniform. ( Ayat Huraian 2 ) Antara persatuan yang dimaksudkan ialah Persatuan Bahasa Melayu,Kelab Media, Kelab Koperasi dan lain-lain lagi. Selain itu,Persatuan Pengakap, Kadet Remaja Sekolah, Kadet Polis dan lain-lain adalah unit beruniform yang ditubuhkan di sekolah yang berada di Malaysia. ( Ayat Contoh ) Jika saya menyertai persatuan tersebut pasti saya akan mendapat banyak faedah. Marilah sama-sama kita mengetahui ( kata tidak sesuai - sepatutnya membincangkan) faedah yang dapat diperoleh daripada aktiviti ( selitkan kata ) kokurikulum. ( Ayat Arahan )
Saya tidak jumpa frasa menarik anda selitkan ke dalam perenggan pengenalan. Sekiranya anda tidak memasukkan frasa menarik, anda sukar untuk mendapat markah cemerlang.
Sebagai pelajar berminda kelas pertama, saya berpendapat aktiviti kokurikulum dapat melahirkan generasi muda yang berdisiplin. ( Ayat isi ) Hal in demikian kerana murid yang terlibat dengan unit beruniform dapat menepati masa dan berdisiplin.( Ayat huraian 1 ) Selain itu, unit beruniform juga dapat menyebabkan seseorang individu menjadi seorang yang mempunyai penampilan diri yang bagus ,mentaati pemimpin dan lain-lain. ( Ayat huraian 2 ) Jika perbuatan ini dilaksanaka pasti kes jenayah dan masalah salah laku dapat dikurang.Hal ini menyebabkan negara saya akan menjadi lebih aman. ( Ayat huraian 2 ) Oleh yang demikian sekolah mestilah menyuruh ( tukar kata menggalakkan ) murid-murid menyertai aktiviti kokurikulum agar dapat melahirkan generasi yang berdisiplin dan dapat membina penampilan diri yang cemerlang. ( Ayat huraian 3 )
Kedua, karangan ini jensi dimensi diri dan sepatutnya anda gunakan ganti diri pertama saya. kedua, sekali imbas saya sudah tahu markah anda, kerana sudah pasti binaan ayat anda tidak mengikuti kaedah pengembangan idea perenggan isi, iaitu anda perlu menulis ayat isi, ayat huraian 1, ayat huraian 2, ayat huarain 3, ayat contoh, frasa menarik, ayat kbat dan ayat penegas.
Saya tidak jumpa frasa menarik anda selitkan ke dalam perenggan pengenalan. Sekiranya anda tidak memasukkan frasa menarik, anda sukar untuk mendapat markah cemerlang.
Sebagai pelajar berminda kelas pertama, saya berpendapat aktiviti kokurikulum dapat melahirkan generasi muda yang berdisiplin. ( Ayat isi ) Hal in demikian kerana murid yang terlibat dengan unit beruniform dapat menepati masa dan berdisiplin.( Ayat huraian 1 ) Selain itu, unit beruniform juga dapat menyebabkan seseorang individu menjadi seorang yang mempunyai penampilan diri yang bagus ,mentaati pemimpin dan lain-lain. ( Ayat huraian 2 ) Jika perbuatan ini dilaksanaka pasti kes jenayah dan masalah salah laku dapat dikurang.Hal ini menyebabkan negara saya akan menjadi lebih aman. ( Ayat huraian 2 ) Oleh yang demikian sekolah mestilah menyuruh ( tukar kata menggalakkan ) murid-murid menyertai aktiviti kokurikulum agar dapat melahirkan generasi yang berdisiplin dan dapat membina penampilan diri yang cemerlang. ( Ayat huraian 3 )
Kedua, karangan ini jensi dimensi diri dan sepatutnya anda gunakan ganti diri pertama saya. kedua, sekali imbas saya sudah tahu markah anda, kerana sudah pasti binaan ayat anda tidak mengikuti kaedah pengembangan idea perenggan isi, iaitu anda perlu menulis ayat isi, ayat huraian 1, ayat huraian 2, ayat huarain 3, ayat contoh, frasa menarik, ayat kbat dan ayat penegas.
Penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum dapat mendidik murid agar menggunakan masa senggang mereka secara berfaedah. ( Ayat isi ) Hal ini boleh dikatakan kerana aktiviti kokurikulum dijalankan diluar waktu persekolahan. ( Ayat huraian 1 ) Hal ini bermakna murid tidak mempunyai waktu untuk melepak disana ( Kata sendi di bertemu tempat perlu jarak ) sini. ( Ayat huraian 2) Jika ini ( ini telampau umum, gunakan aktiviti kokurikulum ) dijalankan pasti mereka tidak akan terpengaruh dalam gejala sosial. ( Ayat huraian 3 ) Penglbatan ( Kesalahan ejaan ) ini menyebabkan murid dapat menghargai masa serta menyatakan bahawa masa itu emas. ( Ayat huraian 4 + frasa menarik ) Selain itu juga faedah yang dapat diperoleh adalah dapat menambah bilangan kenalan. ( Anda telah memasukkan isi baru ) Hal ini kerana penglibatan mereka yang menyebabkan hubungan antara murid dengan murid bertambah erat. ( Ayat huraian 5 ) Hal ini demikian kerana aktiviti kokurikulum yang melibatkan aktiviti yang memerlukan semangat kerjasama antara berpasukan. ( Ayat huraian 6 ) Apabila bersama-sama menjalankan aktiviti nescaya hubungan antara mereka akan bertambah lebih-lebih lagi dapat memupuk perpaduan dan berbilang kaum dapat menjadi lebih mesra serta tidak berlaku permusuhan kaum. ( Isi tidak menjurus kepada menggunakan masa senggang ) Terbuktilah bahawa sikap yang bagus dan menghargai masa amat penting untuk kehidupan seharian saya. ( Ayat penegas )
Elakkan menghurai isi lain dalam satu perenggan kerana anda sukar untuk menghuraikan isi dan isi bercampur aduk.
Elakkan menghurai isi lain dalam satu perenggan kerana anda sukar untuk menghuraikan isi dan isi bercampur aduk.
Disamping itu juga aktiviti kokurikulum juga dapat membina skil atau kemahiran dalam aktiviti sukan dan bakat kepimpinan. ( Anda telah memasukkan dua isi, satu meningkatkan skil dan kedua menyemai bakat kepimpinan ) ( Ayat isi ) .Hal ini kerana bakat murid akan dicungkil,dipupuk dan diasah. ( Ayat huraian 1 ) Apabila murid berpeluang untuk memperlihatkan bakat untuk memimpin kerana mereka dapat menjadi ketua ketua dalam persatuan atau unit beruniform. ( Ayat huraian 2 ) Selain itu bakat mereka dalam bidang kesukanan dan bisang seni dapat diperlihatkan apabila mereka memenangi pertandingan yang diadakan di sekolah masing-masing. ( Ayat Huaraian 3) Bakat- bakat yang terpendam dalam didalam ( kesalahan penggunaan kata sendi ) diri mereka dapat menyebabkan mereka lebih berusaha seperti belakang parang diasah lagikan inikan pula manusia. ( Ayat huraian 4 + Frasa menarik )Sebenarnya bakat tersebut dapat dikesan disekolah ( Kesalahan kata sendi di bertemu kata tempat, jarakkan) rendah dan semakin berkembang di sekolah menengah. ( Ayat huraian 5 ) Tegasnya pihak sekolah mestilah selalu memandang serius mengenai hal ini supaya bakat murid tidak disiakan sahaja. ( Ayat penegas )
Isi anda bercampur aduk dan anda tidak mengikuti kaedah pengembangan idea perenggan isi )
Isi anda bercampur aduk dan anda tidak mengikuti kaedah pengembangan idea perenggan isi )
Kesimpulannya,saya menegaskan bahawa penglibatan murid-murid terhadap aktiviti kokurikulum mestilah diambil berat bagi mereka mendapat markah tambahan untuk memudahkan mereka menyambung pelajaran di alam universiti. ( Ayat penyimpul ) Selain itu, saya ( selitkan subjek ) dapat menambah pengetahuan dan kenangan semasa berada dialam ( Kesalahan kata sendi bertemu kata tempat jarakkan ) sekolah yang akan dikenang mereka suatu hari ini yang menjad ( Kesalahan ejaan ) satu kenangan yang amat dirindui. ( Ayat cadangan ) Jika saya diberi pilihan antara ingin melepak atau melakukan aktiviti kokurikulum pasti saya akan memilih untuk ( melibatkan diri dalam- frasa tertinggal ) akiviti kokurikulum kerana pasti akan menyebabkan saya gembira melakukan aktiviti tersebut. ( Ayat KBAT ) Saya mengharapkan penglibatan murid dalam bidang kokurikulum dapat ditingkatkan dan melahirkan murid yang cemerlang dalam perbagai bidang. ( Ayat harapan )
T karangan Masih menepati tugasan
I relevan, huarai masih jelas dan contoh masih sesuai
B Masih gramatis dari segi kata dan ayat, laras bahasa masih sesuai mengikut tugasan,
tugasan, kosa kata umum.
P masih menarik dan berkesan
Markah = 60
Kesalahan ejaan 2 ( kamus dewan,Penglbatan, menjad, dalam didalam )
--------
58
-------
Kesimpulannya, karangan Aiman kurang memuaskan kerana pertama banyak kesalahan ejaan, tatabahasa, iaitu kesalahan penggunaan kata sendi, isi ditulis lebih satu dalam satu perenggan dan tidak mengikut binaan ayat mengikut kaedah pengembangan idea perenggan pengenalan, perenggan isi dan perenggan penutup. Selain itu, karangan ini jenis dimensi diri, gunakan kata diri pertama semasa menulis karangan ini. Oleh sebab itu, Aiman perlu memperbaik karangan berkenaan. Saya memberi masa kepada anda untuk menghasilkan karangan dimensi ini, dan gunakan kesempatan ini menghasilkan karangan yang menarik. Tidak ada timbul isu malu dan segan, kerana saya akan menggunakan tuisyen online untuk memperbaik kesalahan yang anda lakukan supaya anda sedar kesalahan yang anda lakukan selama ini. Kamu yang rugi, jika tidak mengambil peluang keemasan ini.
Saya akan semak sebentar lagi.
Jika boleh, karangan yang telah disemak, salin semula dan perbetulkan kesalahan anda dan jika boleh hantar semula karangan anda kepada saya untuk semakan. Kerja mengarang memerlukan latih tubi berterusan dan saya sedia menyemaknya kerana hasilnya akan anda peroleh ketika peperiksaan SPM 2020 nanti, insya-Allah.T karangan Masih menepati tugasan
I relevan, huarai masih jelas dan contoh masih sesuai
B Masih gramatis dari segi kata dan ayat, laras bahasa masih sesuai mengikut tugasan,
tugasan, kosa kata umum.
P masih menarik dan berkesan
Markah = 60
Kesalahan ejaan 2 ( kamus dewan,Penglbatan, menjad, dalam didalam )
--------
58
-------
Kesimpulannya, karangan Aiman kurang memuaskan kerana pertama banyak kesalahan ejaan, tatabahasa, iaitu kesalahan penggunaan kata sendi, isi ditulis lebih satu dalam satu perenggan dan tidak mengikut binaan ayat mengikut kaedah pengembangan idea perenggan pengenalan, perenggan isi dan perenggan penutup. Selain itu, karangan ini jenis dimensi diri, gunakan kata diri pertama semasa menulis karangan ini. Oleh sebab itu, Aiman perlu memperbaik karangan berkenaan. Saya memberi masa kepada anda untuk menghasilkan karangan dimensi ini, dan gunakan kesempatan ini menghasilkan karangan yang menarik. Tidak ada timbul isu malu dan segan, kerana saya akan menggunakan tuisyen online untuk memperbaik kesalahan yang anda lakukan supaya anda sedar kesalahan yang anda lakukan selama ini. Kamu yang rugi, jika tidak mengambil peluang keemasan ini.
Saya akan semak sebentar lagi.
JAWAPAN KARANGAN IRDINA BATRISYIA
Kegiatan kokurikulum ialah aktiviti di luar bilik darjah. ( Pengenalan Umum) Terdapat pelbagai jenis aktiviti kegiatan kokurikulum di sekolah saya yang diadakan pada setiap hari Rabu. ( Ayat rangsangan 1 ) Kegiatan kokurikulum tersebut termasuklah aktiviti badan beruniform, kelab dan persatuan serta sukan dan permainan. ( Ayat rangsangan 3 ) Semua pelajar di sekolah saya wajib menyertai kegiatan kokurikulum kerana aktiviti kokurikulum banyak mendatangkan banyak faedah. ( Ayat rangsangan 4 ) Selain itu,aktiviti kokurikulum juga adalah sebahagian daripada aktiviti wajib bagi setiap sekolah. ( Ayat rangsangan 5 )
Mana ayat KBAT, frasa menarik dan ayat arahan?
Mana ayat KBAT, frasa menarik dan ayat arahan?
Faedah - faedah kegiatan kokurikulum ialah dapat mengisi masa lapang sewaktu disekolah.( Kesalahan kata sendi bertemu dengan kata tempat-jarakkan - Ayat isi ) Dengan menyertai aktiviti kokurikulum, saya tiada masa untuk bergaul dengan budak-budak nakal atau kacang hantu. ( Ayat Huraian 1 + frasa menarik) Sudah terang lagi bersuluh setiao sekolah pasti akan ada sesetengah pelajar yang nakal. ( Ayat huraian 2 ) Selain itu ,secara tidak langsung aktiviti kokurikulum akan dapat menghindari diri saya serta rakan rakan daripada terjebak dengan gajala sosial. ( Ayat KBAT ) Contohnya, sekiranya kita aktif dalam bidang sukan, kita akan berlatih dengan fokus untuk mendalami sukan tersebut. ( Ayat contoh ) Hal ini demikian kerana sekiranya kita menjalani bidang sukan yang diminati ,kita juga akan menjadi mahir dengan sukan tersebut . ( Ayat KBAT Lapisan 2 ) Oleh itu, kegiatan kokurikulum dapat dalam mengisi masa lapang saya sewaktu disekolah. ( Kesalahan kedua kata sendi - Ayat huraian 3) Aktiviti kokurikulum juga bukan sahaja mengsia - sia ( tiada dalam bahasa Melayu,) gantikan dengan mengelakkan saya menghabiskan masa senggang dengan sia-sia masa ( gugurkan ),malahan aktiviti ini juga membantu kita untuk mendapatkan markah PAJSK yang tinggi serta mendapatkan sijil kokurikulum yang bagus.
Mana ayat penegasan anda?
Mana ayat penegasan anda?
Selain itu, kegiatan aktiviti kokurikulum juga dapat melatih pelajar menjadi pemimpin yang berwibawa . ( Ayat isi ) Terdapat pelbagai jawatan dalam persatuan persatuan (gugurkan satu perkatan persatuan, kerana sudah ada pelbagai yang sudah menunjukkan jamak ) yang ada seperti pengerusi, setiausaha, bendahari, ahli jawatankuasa dan ahli biasa. ( Ayat huraian 1 ) Apabila pelajar memegang sesuatu jawatan dan akan memegang satu tanggungjawab yang besar untuk mengendalikan persatuan tersebut , maka kita akan belajar menjadi ketua dan menguruskan aktiviti persatuan dengan bijak. ( Ayat huraian 2 ) Ahli biasa ialah ahli yang tidak memegang apa apa jawatan didalam ( kesalahan penggunaan kata sendi/ sepatutnya gugur sahaja- tidak berperanan menunjukka kata tempat ) persatuan juga boleh belajar daripada kawan-kawan yang ada jawatan untuk mengendalikan kumpulan tersebut.( Ayat huraian 3 ) Oleh hal yang demikian, dengan menyertai aktiviti kokurikulum, pelajar disekolah ( lagi kesalahan kata sendi ) saya akan belajar menjadi pemimpin yang berwibawa serta menjadi pemimpin yang bijak. Ayat KBAT)
Mana ayat penegas dan frasa menarik?
Gunakan ganti nama saya kerana karangan ini jenis dimensi diri kerana dengan menggunakan kata nama pelajar, anda tidak mengikut kehendak soalan yang perlu menulis karangan dimensi diri. Penggunaan ganti nama diri kita juga tidak sesuai.
Mana ayat penegas dan frasa menarik?
Gunakan ganti nama saya kerana karangan ini jenis dimensi diri kerana dengan menggunakan kata nama pelajar, anda tidak mengikut kehendak soalan yang perlu menulis karangan dimensi diri. Penggunaan ganti nama diri kita juga tidak sesuai.
Di samping itu, dengan menyertai kegiatan aktiviti kokurikulum juga saya dan rakan rakan dapat membentuk disiplin diri yang bagus didalam ( kata sendi tidak perlu dan gugurkan kerana tidak menunjukkan kata tempat ) diri . ( Ayat isi ) Disiplin merupakan sangat penting untuk ( saya - subjek tiada) mencapai kejayaan ,tanpa disiplin saya dan rakan rakan mungkin tidak akan menjadi pelajar yang bagus disekolah, ( lagi kesalahan kata sendi ) antara ( Jadikan ayat baru dengan penulisan pangkat ayat huruf besar ) disiplin yang harus dilaksanakan disekolah, ( kesalahan kata sendi ) kita perlulah memakai pakaian mengikut peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah, sekiranya kita mematuhi setiap peraturan sekolah kita pasti akan disenangi disayangi oleh guru guru. ( Ayat huraian 2- ayat panjang sangat) Pelajar yang tidak berdisiplin pula akan susah untuk berjaya kerana tidak menjadikan pelajar yang berdisiplin sebagai contoh yang bagus disekolah. ( lagi kesalahan kata sendi- Ayat huraian 3 ) Contoh lain untuk menunjukkan yang saya serta rakan rakan ini berdisiplin, saya serta rakan rakan akan dilatihkan untuk menepati masa, mematuhi peraturan sama ada peraturan perkhemahan, bersukan dan sebagainya.( Ayat contoh )
Mana frasa menarik. ayat KBAT dan ayat penegas? Penulisan anda perlu menggunakan kaedah pengembangan idea karangan.
Mana frasa menarik. ayat KBAT dan ayat penegas? Penulisan anda perlu menggunakan kaedah pengembangan idea karangan.
Akhir sekali, kegiatan aktiviti kokurikulum juga akan mengukuhkan lagi perpaduan setiap individu kerana setiap persatuan dan kelab ada banyak ahli yang terdiri daripada pelajar pelbagai kaum pelajar sekolah.( Gugurkan frasa tersebut- Ayat isi ) Ahli-ahlinya terdiri daripada pelbagai tingkatan seperti tingkatan satu , dua , tiga ,empat dan tingkatan lima . ( Ayat huraian 1 ) Dalam aktiviti yang dijalankan, semua ahli akan berkumpul bersama sam (kesalahan ejaan ) untuk menjalankan aktiviti aktiviti tersebut. ( Umum sangat Ayat huraian 2 ) Kita boleh berbincang untuk bertukar-tukar pendapat serta bekerjasama dalam melakukan sesuatu aktiviti yang akan dijalankan. ( Ayat huraian 3 )Dengan ini akan mengeratkan hubungan silaturrahim sesama pelajar,kerana sesetengah pelajar disekolah ( kesalahan kata sendi lagi ) kurang untuk bergaul dengan pelajar yang berlainan tingkatan. ( Ayat huraian 4) Hal ini demikian kerana, saya dapat melihat sesetengah pelajar malu untuk memulakan perbualan sesama pelajar yang lain. ( Ayat huraian 5 ) Bagi sesiapa yang memerhatikan pelajar yang malu untuk bergaul antara satu sama lain ianya ( kesalahan tatabahasa ) mungkin akan dipanggil sebagai sombong ataupun angkuh . ( Ayat huraian 6 )
Mana ayat KBAT, frasa menarik dan ayat penegas anda?
Mana ayat KBAT, frasa menarik dan ayat penegas anda?
Konklusinya, terdapat banyak faedah apabila kita menyertai kegiatan aktiviti kokurikulum yang diadakan disekolah. ( Kesalahan kata sendi lagi ) Pihak sekolah hendaklah mengadakan aktiviti yang menarik untuk menggalakkan pelajar menyertainya dan untuk mengelakkan berlakunya pelajar yang ponteng sewaktu aktiviti kokurikulum berlangsung. ( Ayat cadangan ) Bagi saya sebagai pelajar sekolah, ibu bapa pula hendaklah menggalakkan anak-anak mereka terlibat dengan kegiatan kokurikulum kerana ini akan mendatangkan banyak faedah bukan sahaja seperti yang dikatakan oleh saya yang diatas sahaja malahan banyak lagi faedah yang tidak dapat saya olahkan . Oleh itu,pihak sekolah akan dapat menghasilkan pelajar yang cemerlang dan terbilang disekolah.
Pastikan Irdina tidak melakukan kesalahan kata sendi berulang-ulang, dan karangan Irdina tidak mengikut Kaedah Pengembangan Idea karangan yang disarankan. Pemeriksa boleh menanggap karangan anda pada slot baik sahaja jika penulisan anda melakukan kesalahan kata sendi berulang-ulang dan karangan tidak matang. Maksud karangan ditulis secara matang ialah karangan diolah secara menarik contohnya mengikut binaan kaedah pengembangan idea karangan. Banyak contoh saya paparkan menggunakan kaedah pengembangan idea karangan tetapi Irdina masih tidak mengikutnya. Karangan Puteri, merupakan contoh karangan yang mengikut Kaedah Pengembangan Idea Karangan. Oleh sebab, ada pengolahan karangan Irdina masih menggunakan kata ganti nama diri, karangan ini dianggap masih mengikut kehendak karangan dimensi tetapi kekalkan penggunaannya secara menyeluruh.
T - karangan Masih menepati tugasan
I - Masih relevan, huraian masih jelas dan contoh masih sesuai.
B - Masih gramatis dari segi kata dan ayat, laras bahasa masih sesuai megikut
tugasan, kosa kata umum.
P - Masih menarik dan berkesan
Markah = 65
Kesalahan ejaan = 1.5 ( setiao , mengsia - sia ,sam dan banyak kesalahan penggunaan
-------- kata sendi, markah ditolak bukan kesalahan ejaan tetapi akan
63.5 mencacatkan keindahan bahasa)
---------
Markah keseluruhan = 64%
Pastikan Irdina tidak melakukan kesalahan kata sendi berulang-ulang, dan karangan Irdina tidak mengikut Kaedah Pengembangan Idea karangan yang disarankan. Pemeriksa boleh menanggap karangan anda pada slot baik sahaja jika penulisan anda melakukan kesalahan kata sendi berulang-ulang dan karangan tidak matang. Maksud karangan ditulis secara matang ialah karangan diolah secara menarik contohnya mengikut binaan kaedah pengembangan idea karangan. Banyak contoh saya paparkan menggunakan kaedah pengembangan idea karangan tetapi Irdina masih tidak mengikutnya. Karangan Puteri, merupakan contoh karangan yang mengikut Kaedah Pengembangan Idea Karangan. Oleh sebab, ada pengolahan karangan Irdina masih menggunakan kata ganti nama diri, karangan ini dianggap masih mengikut kehendak karangan dimensi tetapi kekalkan penggunaannya secara menyeluruh.
T - karangan Masih menepati tugasan
I - Masih relevan, huraian masih jelas dan contoh masih sesuai.
B - Masih gramatis dari segi kata dan ayat, laras bahasa masih sesuai megikut
tugasan, kosa kata umum.
P - Masih menarik dan berkesan
Markah = 65
Kesalahan ejaan = 1.5 ( setiao , mengsia - sia ,sam dan banyak kesalahan penggunaan
-------- kata sendi, markah ditolak bukan kesalahan ejaan tetapi akan
63.5 mencacatkan keindahan bahasa)
---------
Markah keseluruhan = 64%
JAWAPAN KARANGAN NORFATIN BT AZMI
Saya akan semak selepas ini kerana saya baru balik daripada sekokah dan ada hal di Ayer Tawar.
Aktiviti kokurikulum di sekolah memberikan pelbagai manfaat kepada murid-murid yang menyertainya. Bincangkan faedah-faedah anda menyertai pelbagai aktiviti kokurikulum di sekolah sehingga menjadi murid yang cemerlang.
Pelbagai aktiviti boleh dilakukan di sekolah salah satunya adalah aktiviti kokurikulum. ( Penegenalan jenis umum ) Aktiviti kokurikulum merupakan kegiatan yang dirancang daripada proses pengajaran dan pembelajaran dalam ( di luar bilik darjah-selit ayat ) bilik darjah yang memberikan murid peluang untuk menambah ilmu, mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik darjah. ( Ayat rangsangan 1 ) Aktiviti kokurikulum ini juga wajib disertai oleh semua murid kerana murid boleh mengikuti pelbagai aktiviti kokurikulum di sekolah seperti mengikuti Pasukan Pakaian Seragam, aktiviti Sukan dan Permainan serta Kelab dan Persatuan. ( Ayat rangsangan 2 ) Antara aktiviti yang boleh saya ( selitkan subjek ayat ) sertai semasa aktiviti kokurikulum dijalankan ialah aktiviti Unit Berpakaian Seragam, seperti Pengakap, Bulan Sabit Merah, Kadet Polis, Kadet Remaja Sekolah. ( Ayat contoh ) Selain itu,saya juga boleh menyertai permainan yang saya minati seperti bola tampar, bola jaring , dan pelbagai permainan yang diadakan. ( Ayat rangsangan 3 ) Akhir sekali,terdapat juga akademik tambahan iaitu aktiviti kelab dan persatuan seperti persatuan Bahasa Melayu, Matematik, Sejarah, dan sebagainya. ( Ayat rangsangan 4 ) Kegiatan kokurikulum bukan sahaja memberi keseronokan malah mendatangkan pelbagai kebaikan kepada semua murid. ( Ayat rangsangan 5 ) Aktiviti kokurikulum merupakan suatu perkara yang penting tetapi pelimbatan ( kesalahan ejaan sepatutnya, penglibatan ) murid amat mengecewakan. ( Ayat rangsangan 6) Jika saya( selitkan subjek ayat )ingin menjadi murid yang cemerlang, saya bukan sahaja harus tumpu ( tukar istilah fokus ) kepada akademik tetapi saya juga tumpu kepada aktiviti kokurikulum, jika tidak menyertai aktiviti kokurikulum saya amat rugi. ( Ayat KBAT) Persoalannya, apakah kepentingan atau faedah aktiviti kokurikulum kepada saya?
Pengenalan yang baik cuma baiki kesalahan ejaan, tanda baca dan maksud ayat, agar tepat dengan huraian ayat rangsangan yang hendak anda perkatakan. Tahniah Fatin kerana cuba menghasilkan pengenalan yang baik.
Pengenalan yang baik cuma baiki kesalahan ejaan, tanda baca dan maksud ayat, agar tepat dengan huraian ayat rangsangan yang hendak anda perkatakan. Tahniah Fatin kerana cuba menghasilkan pengenalan yang baik.
Sebagai pelajar berminda kelas pertama, saya berpendapat ( selitkan lagi frasa agar maksud ayat tepat ) aktiviti kokurikulum telah mendidik saya menjadi seorang permimpin yang berlaku adil kepada semua pihak. ( Ayat isi ) Menjadi seorang permimpin amat penting kepada saya supaya saya dapat membiasakan diri saya untuk menjadi permimpin suatu hari nanti. ( Ayat huraian 1 ) Sebagai contoh saya sendiri sukarela menyerah diri untuk menjadi pemimpin kerana saya tidak mahu terlepas perluang keemasan tersebut. ( Ayat huraian 2 ) Semasa aktiviti kokurikulum ( selitkan kata ) berjalan saya telah diasah dan diajar menjadi pemimpin yang terbaik. ( Ayat huraian 3 ) Dalam masa yang sama, ( tanda baca ) saya belajar menepati masa, sentiasa tumpukan ( kata kerja transitif- sesuai menumpukan) perhatian, menjadi orang bertanggungjawab, amanah,tegas dan sebagainya. ( Ayat contoh ) Selain itu, saya cuba membiasakan diri,memekakkan telinga dan sabar ketika murid yang lain melawan arahan saya dan diri saya dibuat mulut para murid lain ( gugurkan frasa ini kerana tidak memberi impak apa-apa terhadap ayat anda. Selain itu, ayat yang anda bina panjang ) kerana saya ingin mencapai kejayaan yang terbaik ,bak kata pepatah bara yang digenggam biar sampai jadi arang. ( Ayat huraian 4 + frasa menarik ) Melalui cara ini, saya dapat menjauhi diri saya daripada putus asa apabila mendengar kata-kata murid yang membuat mulut tentang saya. ( Ayat KBAT )Tegaslah bahawa, dengan cara menjadi permimpi ( kesalahan ejaan ) saya dapat menjauhkan diri daripada dibuli,dipersendakan dan sebagainya oleh rakan-rakan.( Selit lagi frasa ini agar ayat anda lengkap) Oleh itu, untuk menjadi pemimpin (selitkan kata ini agar ayat penegas anda memperincikan isi yang hendak sampaikan ) yang terbaik saya haruslah berusaha bersungguh-sungguh demi kejayaan diri sendiri.
Anda sudah boleh mengarang dengan baik, cuma berhati-hati dengan kesalahan yang anda laukan seperti kesalahan imbuhan, ejaan, tanda baca, dan binaan ayat.
Disamping itu, aktiviti kokurikulum dapat mengisi masa lapang saya dengan perkara yang berfaedah. ( Ayat isi ) Kokurikulum mempunyai pelbagai aktiviti sukan dalam kelab sukan dan permainan. ( Ayat huraian 1 ) Apabila saya melibatkan diri dalam sukan saya dapat mengelakkan masa lapang saya daripada melakukan perkara yang tidak berfaedah. ( Ayat huraian 2 ) Antara contoh aktiviti kokurikulum dalam kelab sukan dan permainan adalah badminton,bola jaring,hoki dan pelbagai lagi permainan yang menyihatkan badan. ( Ayat contoh ) Aktiviti kokurikulum bukan sahaja boleh mengisi masa lapang ,malah aktiviti kokurikulum juga boleh mengeratkan lagi hubungan selaturahim ( kesalahan ejaan ) antara murid. ( Ayat huraian 3 ) Aktiviti kokurikulum yang diadakan di sekolah amat menyeronokkan dan mudah untuk menarik minat saya dan para murid untuk sertainya. ( Kesalahan imbuhan-sepatutnya menyertainya ) Jika saya tidak melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum ini ,saya amatlah rugi dan jauh ketinggalan berbanding pelajar yang lain. ( tambah frasa lagi - Ayat KBAT) Oleh itu,saya haruslah menyertai semua aktiviti yang diadakan agar saya setaraf dengan semua murid dan lebih cergas.( Ayat KBAT lapisan kedua ) Benarlah bahawa dengan cara saya ini, saya dapat memanfaatkan segala masa lapang saya.
Tahniah, Fatin kerana anda mengikuti perkembangan Jadual Pengembangan Idea Perenggan isi, cuma pastikan anda tidak melakukan kesalahan ejaan dan kesalahan imbuhan seperti saya ulas di atas. Pastiak juga, ayat anda bina lengkap )
Tahniah, Fatin kerana anda mengikuti perkembangan Jadual Pengembangan Idea Perenggan isi, cuma pastikan anda tidak melakukan kesalahan ejaan dan kesalahan imbuhan seperti saya ulas di atas. Pastiak juga, ayat anda bina lengkap )
Seterusnya, dengan menyertai aktiviti kokurikulum, saya dapat mendisiplinkan diri saya (selitkan kata ganti nama )dengan lebih baik. ( Ayat Isi ) Bahkan juga ( selitkan penanda wacana) saya akan ( Selitkan kata bantu aspek ) belajar menjadi seseorang yang mempunyai disiplin yang bagus. ( ganti frasa lebih baik lebih sesuai ) Saya sentiasa mematuhi arahan ketika berada di dalam ( gantikan menyertai ) aktiviti kokurikulum. ( Ayat huraian 2 ) Malah saya telah mendidik diri saya ( selitkan kata ganti nama ) agar menepati masa yang ditetapkan. ( Ayat huraian 3 ) Sebagai contoh, saya telah menghadiri aktiviti kokurikulum lebih awal ( selitkan frasa ) sebelum aktiviti bermula, serta saya sentiasa tekun apabila cikgu memberi taklimat kepada semua murid, bak kata pepatah ( peribahasa ) melayu ( kesalahan ejaan ) masa itu adalah emas,jadi saya tidak akan mempersia-siakan segalanya sewaktu berada di dalam ( gantikan dengan frasa menyertai aktiviti ) aktiviti kokurikulum. ( Ayat contoh + frasa menarik ) Saya berharap agar murid lain turut melakukan perkara yang sama kerana dengan cara tersebut para murid ( tukar kata mereka ) oleh mendidik diri mereka.( tukar menjadi terdidik untuk menghargai masa ) Bahkan juga, bukan sahaja mereka ( selitkan ganti nama ketiga ) menepati masa dan tekun dalam aktiviti tersebut,saya juga telah berpakaian yang kemas mengikut aktiviti yang diadakan dan bertutur bahasa dengan sopan santun. Demikianlah cara saya dapat mendisiplinkan diri saya dengan menyertai aktiviti kokurikulum. Oleh itu, jangan sia- siakan aktiviti kokurikulum kerana aktiviti tersebut mempunyai banyak faedah kepada para murid dan juga kepada saya. Jelaslah bahawa dengan menyertai aktiviti kokurikulum saya dapat mendisiplinkan diri saya dengan lebih baik.
Pastikan binaan ayat anda sesuai dan mantap, dan pastikan subjek ayat ditulis kerana jika tidak anda akan membina ayat tergantung.
Pastikan binaan ayat anda sesuai dan mantap, dan pastikan subjek ayat ditulis kerana jika tidak anda akan membina ayat tergantung.
Kesimpulannya, terdapat banyak faedah apabila para murid ( gugurkan para ) menyertai aktiviti kokurikulum. ( Ayat penyimpul ) Oleh itu, saya menyarankan kepada rakan-rakan agar memanfaatkan masa yang terluang dengan menyertai aktiviti kokurikulum agar kita dapat mengisi masa yang terluang tersebut dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah. ( Ayat cadangan 1 ) Apalah gunanya mempunyai otak yang pintar sekiranya tubuh badan kita tidak bermaya. ( Ayat cadangan 2 ) Pihak sekolah juga hendaklah mengadakan aktiviti yang menarik untuk menggalakkan minat murid untuk menyertainya. ( Ayat cadangan 3 ) Ibu bapa pula haruslah menasihati anak-anak mereka supaya melibatkan diri dengan aktivti kokurikulum yang diadakan di sekolah. ( Ayat cadangan 4 ) Dengan itu, sekolah dapat melahirkan murid-murid yang cemerlang sama ada dalam bidang akademik mahupun kokurikulum. ( Ayat harapan )
Walaupun Fatin berjaya menghasilkan karangan yang lebih baik tetapi jaga-jaga kesalahan yang saya ulaskan di atas. Kesalahan-kesalahan akan menyebabkan karangan Fatin tidak dislotkan sebagai karangan cemerlang.
T - karangan menepati tugasan
I - relevan, dihuraikan dengan jelas dan contoh yang sesuai.
B - gramatis dari kata, dan ayat, kata luas dan tepat tetapi terdapat kesalahan
P - menarik dan berkesan
Markah = 74
Kesalahan ejaan = 1.5 pelimbatan, melayu, selaturahim
----------
72.5
----------
Markah keseluruhan = 73%
Walaupun Fatin berjaya menghasilkan karangan yang lebih baik tetapi jaga-jaga kesalahan yang saya ulaskan di atas. Kesalahan-kesalahan akan menyebabkan karangan Fatin tidak dislotkan sebagai karangan cemerlang.
T - karangan menepati tugasan
I - relevan, dihuraikan dengan jelas dan contoh yang sesuai.
B - gramatis dari kata, dan ayat, kata luas dan tepat tetapi terdapat kesalahan
P - menarik dan berkesan
Markah = 74
Kesalahan ejaan = 1.5 pelimbatan, melayu, selaturahim
----------
72.5
----------
Markah keseluruhan = 73%
Kesimpulannya, saya tahu kelemahan anda, anda masih pada takuk lama menulis karangan tanpa sebarang panduan dan tidak faham untuk menerapkan kaedah Jadual Pengembangan Idea Perenggan Pengenalan, Perenggan Isi dan Perenggan Penutup. Oleh sebab itu, sesi Pesekolahan 2020 saya akan memberi penekanan penggunaan Jadual Pengembangan Idea Perenggan Pengenalan, Perenggan Isi dan Perenggan Penutup sebagai fokus penulisan karangan. Oleh sebab, masa masih ada lagi saya akan cuba menerapkan penulisan karangan berkenaan dalam tuisyen online, justeru, ambil kesempatan dan ruang masa untuk bertindak awal dan sertailah tusiyen online ini dan cara persembahan dan kaedah penghantaran bahan saya tak kisah sama ada kome hendak hantar melalui email, melalui whatsapp asalkan buat. Ingat cara penulisan karangan perlu :-
Jadual Pengembangan Idea Perenggan Pengenalan, Perenggan Isi dan Perenggan Penutup seperti karangan di bawah:-
PERKARA | PENERANGAN |
PILIH PENGENALAN JENIS FAKTA | Hasil laporan Digital 2018 yang dikeluarkan oleh Hootsuit dan We Are Social, jumlah pengguna internet di negara ini menunjukkan peningkatan kepada 25.08 juta pengguna yang mewakili 79 peratus penduduk Malaysia. |
AYAT RANGSANGAN 1 | Peningkatan bilangan penggunaan media sosial ini mengambarkan bilangan pengguna di Malaysia yang celik menggunakan media sosial semangkin meningkat selaras peningkatan dan kemajuan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dunia. |
AYAT RANGSANGAN 2 | Namun begitu, perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi ada baik dan buruknya kerana hanya mutu yang mengenali manikam. |
AYAT RANGSANGAN 3 | Jika perkembangan dunia digital ini tidak diikuti dengan perkembangan nilai dan moral masyarakat Malaysia sudah pasti natijahnya akan memberi kesan kepada pembinaan insan madani yang diharapkan oleh pihak kerajaan untuk membantu perkembangan negara. |
FRASA MENARIK | Oleh sebab itu, golongan muda yang menjadi tunjang pembangunan negara perlu diberi perhatian kerana pemuda harapan negara dan pemudi tiang negara. |
UNSUR KBAT | Sekiranya, pemuda dan pemudi negara menyalahgunakan media sosial dalam kehidupan seharian mereka sudah pasti mereka akan terjerumus ke lembah kebinasaan. |
UNSUR KBAT LAPIS KEDUA | Sebaliknya, jika mereka mengaplikasi penggunaan media sosial untuk meningkatkan jati diri dan mendapatkan maklumat yang berfaedah sudah pasti kemajuan bidang komunikasi memberi impak positif kepada mereka. |
AYAT ARAHAN | Persoalannya, bagaimanakah media sosial mampu digunakan dengan sebaik-baiknya dalam kalangan masyarakat Malaysia dalam kehidupan seharian? |
PILIH SALAH SATU ISI DARIPADA ISI YANG DIKEMUKAKAN DAN KEMBANGKAN MENGGUNAKAN JADUAL PERENGGAN KARANGAN DI BAWAH:-
TEMA KECIL/ KATA KUNCI ISI | Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan media sosial amat penting dalam komunikasi masyarakat marcapada. |
AYAT HURAIAN 1 | Hal ini demikian kerana dengan menggunakan media sosial masyarakat boleh berhubung dengan sahabat handai atau orang yang tersayang di mana-mana sahaja mereka berada tanpa mengabaikan hubungan mereka. |
AYAT HURAIAN 2 | Bahkan juga dengan menggunakan media sosial seperti twitter, telegram, whatsapp, facebook, whe chat, dan pelbagai lagi wahana perhubungan, masyarakat dapat menjalankan perniagaan secara online tanpa perlu ada premis atau kedai untuk menjual barangan mereka dengan pihak kedua atau pelanggan. |
AYAT HURAIAN 3 | Hal ini demikian membuktikan bahawa media sosial bukan sahaja dapat merapatkan ukhwah antara sahabat dan kenalan malah mereka dapat mencari pelanggan untuk menjual barangan atau perkhidmatan tanpa memerlukan mereka bergerak kesesuatu tempat dan ini secara langsung akan mengurangkan kos. |
AYAT CONTOH | Sebagai contoh, jika anda berada di dalam atau luar negara seperti berada di Amerika Syarikat atau di Jepun anda masih boleh berhubung dengan kenalan dan sahabat serta boleh menjual barangan dan perkhidmatan yang anda tawarkan kepada pelanggan. |
FRASA MENARIK | Bak kata peribahasa Melayu yang jauh kita dekatkan yang dekat kita rapatkan begitulah fungsi media sosial kepada masyarakat pada zaman teknologi maklumat kerana maklumat di hujung jari dan dunia tanpa sempadan. |
UNSUR KBAT LAPISAN KEDUA | Sekiranya, masyarakat menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi dalam kehidupan seharian sebarang kerja akan menjadi mudah dan mereka dapat menyingkat masa dan wang dengan menggunakan media sosial. |
FRASA MENARIK | Sebaliknya, jika mereka seperti katak di bawah tempurung dan tidak celik menggunakan media sosial sudah pasti mereka akan sering ketinggalan berbanding mereka yang tahu menggunakan media sosial. |
AYAT PENEGAS | Sudah terang lagi bersuluh, media sosial amat penting dalam komunikasi masyarakat marcapada. |
PERENGGAN PENUTUP:-
PERKARA | PENERANGAN |
AYAT PENYIMPUL | Kesimpulannya, keistimewaan penggunaan media sosial dalam kehidupan masyarakat tidak dapat dinafikan sama sekali. |
AYAT CADANGAN | Berdasarkan pendapat saya di atas jelas menunjukkan peranan media sosial dalam kehidupan masyarakat memang banyak faedahnya seperti media sosial berfungsi sebagai wahana perhubungan antara masyarakat, sebagai wahana komunikasi mahasiswa yang mengambil pengajian jarak jauh di universiti seperti berhubung dengan pensyarahnya, serta media social bertindak sebagai wahana penyampaian maklumat kepada masyarakat. |
AYAT CADANGAN TAMBAHAN TIADA DALAM PERENGGAN DIBINCANGKAN | Selain itu, banyak lagi fungsi media sosial dalam kehidupan yang boleh disenaraikan seperti media sosial sebagai wahana penyampaian ilmu, media sosial sebagai alat untuk membantu perniagaan, media sosial berfungsi sebagai perpaduan masyarakat dan |
AYAT HURAIAN MENGAPA CADANGAN DIUTARAKAN | Hal ini menjelaskan betapa peranan media sosial istimewa dan mampu membantu kerja seharian masyarakat dalam menyelesaikan masalah kehidupan serta memudahkan kerja seharian mereka. |
UNSUR KBAT | Sekiranya masyarakat buta dan tidak celik penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi mereka ibarat katak bawah tempurung ketinggalan dan berada di dunia sendiri. |
FRASA MENARIK | Oleh sebab itu, masyarakat perlu menggunakan media sosial dalam kehidupan seharian agar mereka boleh berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan masyarakat lain. |
AYAT HARAPAN | Semoga masyarakat Malaysia akan sentiasa menggunakan media sosial dalam kehidupan seharian supaya mereka tidak tetinggal dan mampu bersaing dengan masyarakat dunia |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan