JAWAPAN LATIHAN RUMUSAN DAN PEMAHAMAN ( SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM NEGERI TERENGGANU 2016 - MOHAMMAD FARID IZUAN, PELAJAR 4 SAINS 2019
Petikan di atas membincangkan cara-cara untuk memulihara sungai di bandar di Malaysia. ( 2 markah )
Antara cara untuk memulihara sungai ialah pihak penguat kuasa perlu kerap turun padang dan memantau pihak yang tidak bertanggungjawab. ( 2 Markah ) Selain itu,DBKL perlu mengaktifkan program sungai angkat, ( 2 markah ) DBKL mesti merangka pendekatan yang proaktif yang lebih komprehensif ( 2 markah ) serta DBKL perlu menambah baik aktiviti pemuliharaan sungai. ( 2 markah ) Bahkan juga,pemilik kilang hendaklah menanggung kos pemuliharaan sungai yang dicemari oleh aktiviti mereka sendiri ( 2 markah ) dan warga bandar mesti bekerjasama bagi meminimunkan pencemaran sungai agar sungai di bandar dapat dipulihara. ( 2 markah )
Antara kepentingan memulihara sungai ialah sungai dapat dijadikan sebagai tempat rekreasi dan pelancongan. ( 2 markah ) Seterusnya, sungai merupakan sumber bekalan air yang utama kepada manusia dan haiwan. ( 2 markah )
Kesimpulannya,sungai-sungai mestilah dipulihara agar persekitaran tidak tercemar.
( Siapakah yang terlibat tidak dinyatakan - 1 markah. Sepatutnya, Kesimpulannya, masyarakat dan pihak bertanggungjawab perlu memulihara sungai agar persekitaran tidak tercemar )
P - 2 markah
S1 - 2 markah
S2 - 2 markah
S3 - 2 markah
S4 - 2 markah
S5 - 2 markah
S6 - 2 markah
----------------
12 markah
----------------
T1 - 2 markah
T2 - 2 markah
--------------
4 markah
--------------
K - 2 markah
Markah isi = 19 markah
Markah bahasa = 10 markah
Markah seluruh ---------------
29 markah
--------------
Tahniah Farid, cuma baiki kesimpulan dan pastikan format penulisan kesimpulan mesti ada Kesimpulan, siapa terlibat kata hubung supaya/agar kesan atau natijahnya.
PEMAHAMAN
1) maksud rangkai kata mengubah budaya ialah menukar tabiat. ( 2 markah )
1) maksud rangkai kata mengubah budaya ialah menukar tabiat. ( 2 markah )
2) Sebab-sebab pengarang berpendapat sedemikian kerana keadaan sungai yang kotor
dan sungai yang berbau busuk. Selain itu,persekitaran sungai telah menjadi sarang
untuk menagih dadah. ( 3 markah )
3) Pada pendapat saya,usaha-usaha yang boleh dilakukan supaya sungai dijadikan sebagai destinasi pelancongan adalah dengan menyediakan bot untuk para pelancong yang ingin melihat tempat-tempat yang menarik. ( 2 markah ) Selain itu,dengan menyediakan kemudahan seperti taman permainan kanak-kanak,surau,hotel dan sebagainya. ( 2 markah ) Akhir sekali,dengan mengindahkan persekitaran sungai. ( 2 markah )
Markah = 4 markah
Markah = 9/9
Jumlah keseluruhan markah = 38/39 ( Baik)
Anda telah menyiapkan latihan ini dengan pantas kerana saya baru upload bahan pada pagi tadi. Tahniah. Pelajar lain, bila lagi? Saya akan menyemak latihan ini, insya-Allah.
LATIHAN RUMUSAN DAN PEMAHAMAN MOHAMAD SYAHIR SUFI
Rumusan membincangkan langkah-langkah untuk memulihara sungai di bandar dan kepentingan memulihara sungai. ( 0 markah- Saya heran sudah beberapa kali membuat latihan rumusan tetapi Sufi masih lalai kerana tidak menukar istilah kata kunci isi tersurat kepada cara-cara, usaha-usaha, tindakan-tindakan,cadangan-cadangan, kaedah-kaedah ). Kelalaian Sufi tidak boleh dimaafkan- Oleh sebab itu sila berhati-hati)
Antara langkah-langkah untuk memulihara sungai adalah pihak penguat kuasa perlu kerap turun padang memantau ( 2 markah ) dan kerajaan perlu menilai semula kempen mengubah budaya membuang sampah. ( 2 markah ) Selain itu, pihak penguat kuasa perlu menguatkuasakan undang-undang yang berkaitan dengan tegas, ( 2 markah ) pihak DBKL mengaktifkan program sungai angkat ( 2 markah ) dan para pemilik kilang bertanggungjawab menanggung kos pemulihan sungai. ( 2 markah ) Akhir sekali, warga kota perlu bekerjasama meminimumkan pencemaran sungai di bandar. ( 2 markah )
Antara kepentingan memulihara sungai adalah (gugurkan - tambah kerana sungai adalah (tukar kata pemeri ialah kerana di hadapannya frasa nama ) harta untuk manusia generasi hadapan untuk mereka memanfaatkan sungai. ( 2 markah ) Selain itu, sungai membekalkan makanan dan pendapatan kepada manusia. ( 2 markah )
Konklusinya, pihak kerajaan perlu bekerjasama dengan masyarakat untuk sentiasa menjaga sungai kita yang diberikan oleh Tuhan agar generasi masa hadapan akan dapat menggunakannya. ( 2 markah )
( Patah perkataan tidak ditulis )
P - 0 markah
S1 - 2 markah
S2 - 2 markah
S3 - 2 markah
S4 - 2 markah
S5 - 2 markah
S6 - 2 markah
----------------
12 markah
----------------
T1 - 2 markah
T2 - 2 markah
--------------
4 markah
--------------
K - 2 markah
Markah isi = 18 markah
Markah bahasa = 9 markah
Markah seluruh ---------------
27 markah
--------------
Nasib baik, isi tersurat, isi tersirat, dan penutup rumusan tepat. Cuma, jaga-jaga penggunaan kata pemeri ialah atau adalah kerana ialah berfungsi di hadapan kata nama atau frasa nama. Tahniah, tetapi jaga-jaga di bahagian pengenalan.
Nasib baik, isi tersurat, isi tersirat, dan penutup rumusan tepat. Cuma, jaga-jaga penggunaan kata pemeri ialah atau adalah kerana ialah berfungsi di hadapan kata nama atau frasa nama. Tahniah, tetapi jaga-jaga di bahagian pengenalan.
Latihan Pemahaman
1.maksud mengubah budaya adalah tukar sikap ( 1 markah ) Kesilapan imbuhan, kerana kata pertama 'mengubah' maka kata yang perlu diganti mestilah menggunakan imbuhan yang sama iaitu 'men'...... iatu menukar , dan sikap diterima )
2.Sebab-sebab pengarang berpendapat sedimikian ( kesalahan ejaan ) kerana sungai di bandar adalah tempat di mana kilang-kilang akan melepaskan sisa toksik. Selain itu, masyarakat di bandar membuang sampah ke dalam sungai tanpa berpendapat tentang keburukan nya. ( kenapa 'nya' dijarakkan) ( 0 markah , Jawapan soalan nombor 2, ada dalam teks jangan buat pendapat sendiri)
3.Pada pendapat saya, usaha -usaha yang boleh dilakukan untuk menjadikan sungai destinasi pelancongan adalah dengan mempromosikan destinasi sungai yang menarik kepada pelancong-pelancong asing. ( 2 markah ) Tambahan pula, pihak tertentu memajukan sungai sebagai tempat rekreasi dengan pelbagai aktiviti. ( 2 markah )
Markah keseluruhan = 5/9
Markah keseluruhan = 32/39
Markah keseluruhan = 5/9
Markah keseluruhan = 32/39
JAWAPAN LATIHAN MUHAMAD AIMAN
Petikan di atas membincangkan usaha-usaha untuk memulihkan sungai di bandar di Malaysia. ( 2 markah )
Antara usaha untuk memulihkan sungai ialah pihak penguatkuasa perlu kerap turun padang untuk memantau ( 2 markah ) dan kerajaan perlu menilai semula kempen mengubah budaya membuang sampah. ( 2 markah ) Selain itu,DBKL perlu merangka suatu pendekatan proaktif yang lebih komprehensif ( 2 markah ) dan DBKL perlu mengaktifkan program sungai angkat ( 2 markah ) serta DBKL menambah baik aktiviti permulihan sungai. ( 2 markah ) Akhir sekali warga kota mesti bekerjasama bagi memindahkan pencemaran sungai .( 2 markah )
Antara kepentingan memulihkan sungai ialah ( adalah kerana- ialah kata pemeri di hadapannya ialah kata nama ) dapat menyediakan sumber air yang bersih . ( 2 markah ) Selain itu dapat mewujudkan suasana yang indah dan selesa. ( 2 markah )
Kesimpulannya pihak kerajaan dan masyarakat perlu memandang serius dan wajar dipulihkan ( tukar imbuhan menjadi memulihkan sungai ) agar tidak mendapat pencemaran air atau pencemaran udara. ( ubah menjadi sungai tidak tercemar ) ( 2 markah - bahasa akan ditolak kerana binaan ayat tidak sempurna )
Patah perkataan?
P - 2 markah
S1 - 2 markah
S2 - 2 markah
S3 - 2 markah
S4 - 2 markah
S5 - 2 markah
S6 - 2 markah
----------------
12 markah
----------------
T1 - 2 markah
T2 - 2 markah
--------------
4 markah
--------------
K - 2 markah
Markah isi = 20 markah
Markah bahasa = 9 markah
Markah keseluruhan ---------------
29 markah
--------------
1)Maksud mengubah budaya adalah menukar kaedah ( 2 markah )
2)Pengarang berkata demikian kerana keadaan sungai di Malaysia yang kotor dan berbau busuk. Selain itu boleh menyebabkan pencemaran yang mengakibatkan manusia sakit. Akhir sekali menjadi tempat untuk melakukan kesalahan . ( 3 markah )
3)Pada pendapat saya,usaha -usaha yang perlu dilakukan ialah menubuhkan agensi yang memantau sungai serta membersihkan aliran sungai. ( 2 markah ) Selain itu,kerajaan perlu membina tempat penginapan berdekatan dengan sungai serta menyedikan pakej perlancongan oleh agensi yang bertauliah. ( 2 markah ) Akhir sekali , kita perlu melakukan suasana yang unik untuk menarik perhatian perlancong luar. ( 2 markah )
Markah = 9/9
Tahniah Aiman, tetapi jaga binaan ayat anda semasa menjawab soalan, terutama rumusan, dan begitu juga soalan pemahaman.
Markah keseluruhan = 38/39
Markah = 9/9
Tahniah Aiman, tetapi jaga binaan ayat anda semasa menjawab soalan, terutama rumusan, dan begitu juga soalan pemahaman.
Markah keseluruhan = 38/39
LATIHAN RUMUSAN IRDINA BATRISIA
Petikan membincangkan tentang inisiatif untuk memulihara sungai di bandar Malaysia. ( 2 markah )
Antara inisiatif untuk memulihara sungai ialah pihak berkuasa perlulah kerap turun padang dan memantau pihak yang tidak bertanggungjawab. ( 2 markah ) Seterusnya, pihak juga DBKL perlu mengaktifkan program sungai angkat, ( 2 markah ) DBKL mestilah merangka pendekatan yang proaktif yang lebih komprehensif ( 2 markah ) serta DBKL perlu menambah baik aktiviti pemuliharaan sungai. ( 2markah ) Selain itu,pemilik kilang hendaklah menanggung kos pemuliharaan sungai yang dicemari oleh aktiviti mereka sendiri ( 2 markah ) dan masyarakat bandar perlulah bekerjasama bagi meminimunkan pencemaran sungai agar sungai di bandar dapat dipulihara. ( 2 markah )
Antara kepentingan memulihara sungai adalah sungai merupakan sumber utama air bersih yang akan diberikan kepada masyarakat di bumi. ( 2 markah ) Selain itu,sungai juga merupakan sumber utama keperluan makanan untuk manusia.( 2 markah )
Kesimpulannya,pihak kerajaan perlulah mengadakan kempen cintai sungai agar masyarakat Malaysia sentiasa menjaga kebersihan sungai. ( 2 markah )
P - 2 markah
S1 - 2 markah
S2 - 2 markah
S3 - 2 markah
S4 - 2 markah
S5 - 2 markah
S6 - 2 markah
----------------
12 markah
----------------
T1 - 2 markah
T2 - 2 markah
--------------
4 markah
--------------
K - 2 markah
Markah isi = 20 markah
Markah bahasa = 10 markah
Markah keseluruhan ---------------
30 markah
--------------
Baik
Mana soalan pemahamannya?
JAWAPAN SOALAN LATIHAN RUMUSAN DAN PEMAHAMAN- NOR FATIN BT.AZMI
Rumusan membincangkan cara-cara untuk memulihara sungai di bandar dan kepentingan memulihara sungai. ( 2 markah )
Cara untuk memulihara sungai di bandar ialah pihak penguat kuasa perlu kerap turun padang untuk memantau pihak yang tidak bertanggungiawab ( 2 markah ) dan kerajaan perlu menilai semula kempen mengubah budaya membuang sampah.( 2 markah ) Selain itu, DBKL mesti merangka suatu pendekatan proaktif yang lebih komprehensif ( 2 markah ) dan mengaktifkan program sungai angkat. ( 2 markah ) Bahkan juga, para pemilik kilang hendaklah bertanggungjawab menanggung kos pemulihan sungai yang dicemari oleh aktiviti mereka sendiri ( 2 markah )dan warga kota mesti bekerjasama bagi meminimumkan pencemaran sungai. ( 2 markah )
Antara kepentingan memulihara sungai ialah sungai merupakan sumber utama iaitu sumber berkalan air kepada manusia,fauna dan flora, ( 2 markah ) malah sungai juga menjadi tempat sumber pendapatan kepada manusia. ( 2 markah )
Kesimpulannya,kita haruslah memulihara sungai agar alam sekitar tidak tercemar. ( 2 markah )
( Patah perkataan tidak ditulis )
P - 2 markah
S1 - 2 markah
S2 - 2 markah
S3 - 2 markah
S4 - 2 markah
S5 - 2 markah
S6 - 2 markah
----------------
12 markah
----------------
T1 - 2 markah
T2 - 2 markah
--------------
4 markah
--------------
K - 2 markah
Markah isi = 20 markah
Markah bahasa = 10 markah
Markah seluruh ---------------
30 markah
--------------
Baik, tiada kesalahan ejaan dan ayat saya kesan. Tahniah.
Baik, tiada kesalahan ejaan dan ayat saya kesan. Tahniah.
PEMAHAMAN
i) Maksud rangkai kata mengubah budaya ialah menukar tabiat. ( 2 markah )
ii) Pengarang berpendapat bahawa sungai-sungai di bandar sebagai tempat paling memualkan kerana persekitaran sungai telah menjadi sarang penagih dadah, malah timbunan sampah di tebing sungai pula menjadi tempat pembiakan binatang seperti tikus, lipas dan lalat. ( 3 markah )
iii) Pada pendapat saya,usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk menjadikan sungai sebagai destinasi pelancongan adalah dengan membuka tempat jualan seperti cendaramata, pakaian, gerai buah dan sebgainya. Selain itu, membekalkan kemudahan pengangkutan seperti bot juga boleh menarik minat pelancong kerana mudah untuk pelancong melihat keindahan alam sekitar dan melihat kehidupan di dalam sungai. Akhir sekali,dengan menjaga kebersihan sungai dan menternak kehidupan akuatik juga adalah salah satu untuk menarik minat pelancong. ( Isi lebih - 4 markah )
Markah = 9/9
Markah keseluruhan = 39/39. Baik dan tahniah.
JAWAPAN SOALAN RUMUSAN DAN PEMAHAMAN NURUL SYALWANA
Pengenalan berlaku kesalahan kata transitif membincangkan perlu bertemu dengan subjek tetapi anda tulis 'tentang', gugurkan tentang. ( 2 markah )
Isi tersurat:-
Kesalahan jamak, apabila anda memulakan ayat antara langkah-langkah dan isi pertama ok. ( 2 markah )
Isi kedua ok ( 2 markah )
Isi ketiga, isi tidak ada kata hubung ( dan ) untuk menyambung isi keempat dan kata terakhir tiada ditambah keberkesanan"nya" ( 4 markah, tolak markah bahasa kerana kesalahan-kesalahan anda lakukan )
Isi kelima dan keenam ok ( 4 markah )
Isi ketujuh tidak akan dikira kerana anda terlebih isi tersurat.
Isi tersirat:-
Isi pertama ok. ( 2 markah )
Isi kedua ok. ( 2markah)
Penutup:-
Kesimpulan, siapa terlibat ada tetapi kata hubung dan natijahnya tidak ditulis. ( 1 markah )
Semoga anda faham ulasan saya di atas kerana sukar saya menyemak latihan anda kerana anda menggunakan "gambar" sebaik-baiknya gunakan words. Tetapi saya faham masalah anda. Jika anda tidak faham hubungi saya.
Soalan pemahaman:-
Pertama, gunakan rangkai kata mengubah budaya bermaksud untuk mengelak penggunaan kata pemeri ialah. Permulaan ayat anda huruf kecil dan anda tidak mengubah kata 'mengubah' kepada menukar sikap. ( 1 Markah )
Kedua, isi pertama ok, isi kedua anda tidak ambil daripada teks ( 2 markah )
Ketiga, isi pertama dan kedua ok. ( 4 markah)
Markah = 7/9
Markah keseluruhan = 34/39
Elakkan daripada melakukan kesalahan jamak, kesalahan kata kerja transitif perlu bertemu objek iaitu membincangkan tentang cara-cara, salah sepatutnya membincangkan cara-cara, gugurkan tentang.
Markah = 9/9
Markah keseluruhan = 39/39. Baik dan tahniah.
JAWAPAN SOALAN RUMUSAN DAN PEMAHAMAN NURUL SYALWANA
Pengenalan berlaku kesalahan kata transitif membincangkan perlu bertemu dengan subjek tetapi anda tulis 'tentang', gugurkan tentang. ( 2 markah )
Isi tersurat:-
Kesalahan jamak, apabila anda memulakan ayat antara langkah-langkah dan isi pertama ok. ( 2 markah )
Isi kedua ok ( 2 markah )
Isi ketiga, isi tidak ada kata hubung ( dan ) untuk menyambung isi keempat dan kata terakhir tiada ditambah keberkesanan"nya" ( 4 markah, tolak markah bahasa kerana kesalahan-kesalahan anda lakukan )
Isi kelima dan keenam ok ( 4 markah )
Isi ketujuh tidak akan dikira kerana anda terlebih isi tersurat.
Isi tersirat:-
Isi pertama ok. ( 2 markah )
Isi kedua ok. ( 2markah)
Penutup:-
Kesimpulan, siapa terlibat ada tetapi kata hubung dan natijahnya tidak ditulis. ( 1 markah )
Semoga anda faham ulasan saya di atas kerana sukar saya menyemak latihan anda kerana anda menggunakan "gambar" sebaik-baiknya gunakan words. Tetapi saya faham masalah anda. Jika anda tidak faham hubungi saya.
P - 2 markah
S1 - 2 markah
S2 - 2 markah
S3 - 2 markah
S4 - 2 markah
S5 - 2 markah
S6 - 2 markah
----------------
12 markah
----------------
T1 - 2 markah
T2 - 2 markah
--------------
4 markah
--------------
K - 1 markah
Markah isi = 19 markah
Markah bahasa = 8 markah ( tolak markah bahasa kerana kesalahan- kesalahan anda lakukan.
Markah seluruhan ---------------
27 markah
--------------
Soalan pemahaman:-
Pertama, gunakan rangkai kata mengubah budaya bermaksud untuk mengelak penggunaan kata pemeri ialah. Permulaan ayat anda huruf kecil dan anda tidak mengubah kata 'mengubah' kepada menukar sikap. ( 1 Markah )
Kedua, isi pertama ok, isi kedua anda tidak ambil daripada teks ( 2 markah )
Ketiga, isi pertama dan kedua ok. ( 4 markah)
Markah = 7/9
Markah keseluruhan = 34/39
Elakkan daripada melakukan kesalahan jamak, kesalahan kata kerja transitif perlu bertemu objek iaitu membincangkan tentang cara-cara, salah sepatutnya membincangkan cara-cara, gugurkan tentang.
JAWAPAN SOALAN RUMUSAN DAN PEMAHAMAN PUTERI NURANISYA AQILAH BT. ALAN
Rumusan membincangkan cara-cara untuk memulihara sungai di bandar dan kelebihan memulihara sungai. ( 2 markah )
Cara yang pertama adalah dengan ( kata pemeri adalah perlu ditambah kata hubung atau kata sendi baru boleh bertemu dengan kata kerja- oleh itu tambah dengan) menilai semula kempen mengubah budaya membuang sampah. ( 2 markah ) Seterusnya, pihak berkuasa perlu kerap turun padang untuk memantau pihak yang tak bertanggungjawab. ( 2 markah ) Selain itu,DBKL mesti merangka satu pendekatan proaktif yang lebih kromprehensif ( 2 markah ) dan DBKL perlu mengaktifkan program sungai angkat. ( 2 markah ) Akhir sekali,para pemilik kilang perlulah bertanggungjawab menanggung kos pemulihan sungai ( 2 markah ) dan warga kota mestilah berkerjasama bagi meminimumkan pencermaran sungai. ( 2 markah )
Antara kelebihan memulihara sungai adalah ( kata pemeri yang sesuai ialah apabila bertemu dengan kata nama ) sungai adalah sumber air ( 2 markah ) dan sungai merupakan sumber air minuman ( selitkan ) bagi flora dan fauna. ( 2 markah )
Kesimpulanya,pihak kerajaan perlulah memgadakan ( kesalahan ejaan ) kempen jaga dan sanyangilah sungai agar sungai di Malaysia tidak tercemar. ( 2 markah )
80 P.P
P - 2 markah
S1 - 2 markah
S2 - 2 markah
S3 - 2 markah
S4 - 2 markah
S5 - 2 markah
S6 - 2 markah
----------------
12 markah
----------------
T1 - 2 markah
T2 - 2 markah
--------------
4 markah
--------------
K - 2 markah
Markah isi = 20 markah
Markah bahasa = 9 markah ( tolak markah bahasa kerana kesalahan- kesalahan anda lakukan.
Markah seluruhan ---------------
29 markah
--------------
Pemahaman
1)Maksud mengubah budaya adalah menukar cara.
Cara mengelakkan menggunakan kata pemeri dalam ayat, mulakan ayat anda dengan 'Rangkai kata mengubah budaya berkmaksud menukar cara. ( 2 markah)
Cara mengelakkan menggunakan kata pemeri dalam ayat, mulakan ayat anda dengan 'Rangkai kata mengubah budaya berkmaksud menukar cara. ( 2 markah)
2)Pengarang berpendapatan begitu kerana keadaan sungai yang sangat kotor. Selain itu,menjadi tempat pembiakan haiwan dan keadaan sungai berbau busuk.
( 3 markah )
( 3 markah )
3)Pada pendapat saya,usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk dijadikan ( kesalahan penggunaan imbuhan kerana dijadikan kata kerja pasif sepatutnya menjadikan ) sungai sebagai satu destinasi pelancong adalah dengan ( kata pemeri adalah tidak boleh bertemu dengan kata kerja, oleh sebab itu selitkan kata hubung dengan ) membersihkan aliran sungai. Seterusnya,menyediakan kemudahan asas seperti surau dan membina restoran untuk kemudahan pelancong. ( selitkan frasa untuk memastikan ayat lengkap ) ( 3 markah, isi anda lengkap tetapi terdapat kesalahan bahasa, tolak 1 markah )
Markah = 8/9
Markah keseluruhan = 37/39
Markah = 8/9
Markah keseluruhan = 37/39
JAWAPAN LATIHAN RUMUSAN DAN PEMAHAMAN – NUR ATIRAH
Rumusan membincangkan impak-impak negatif internet dan langkah-langkah untuk membendung penyalahgunaannya. ( 2 markah )
Impak negatif penggunaan internet ialah digunakan sebagai medium penyebaran bahan imperialisme yang meruntuhkan nilai-nilai budaya dan moral sesuatu bangsa. ( 2 markah ) Seterusnya, internet dijadikan wahana untuk menyebarkan bahan tidak bermoral secara talianterus ( kesalahan kata ditulis rapat ) ( 2 markah ) dan digunakan untuk menyebarkan pelbagai judul buku yang diharamkan di sesetengah negara. ( 2 markah ) Selain itu, rangakain (Kesalahan ejaan ) ini digunakan untuk menyebarkan iklan yang mungkin tidak diterima oleh media lain ( 2 markah ) dan digunakan untuk menyebarkan fitnah dan khabar angin. ( 1 markah-isi tidak lengkap sepatutnya terhadap kerajaan dan organisasi tertentu ) Akhir sekali, internet akan menimbulkan masalah perundangan terbesar dalam undang-undang harta intelek dan kebebasan hak asasi. ( 2 markah)
Langkah membendung penyalahgunaan internet ialah pihak kerajaan haruslah menyebarkan iklan berkenaan kesan penyalah gunaan internet. ( 2 markah ) Seterusnya, ibu bapa mestilah menghadkan penggunaan internet terhadap anak-anak ketika melayari internet. ( 2 markah )
Kesimpulannya, kerajaan haruslah mencegah penyalahgunaan internet supaya keselamatan negara terjamin. ( 2 markah )
(126 patah perkataan)
P - 2 markah
P - 2 markah
S1 - 2 markah
S2 - 2 markah
S3 - 2 markah
S4 - 2 markah
S5 - 1 markah
S6 - 2 markah
----------------
11 markah
----------------
T1 - 2 markah
T2 - 2 markah
--------------
4 markah
--------------
K - 2 markah
Markah isi = 19 markah
Markah bahasa = 9 markah
Markah seluruh ---------------
28 markah
--------------
PEMAHAMAN
1) Maksud rangkai kata sering menjadi wahana adalah kerap dijadikan bahan. ( 2 markah )
2) Kebaikan internet yang dinyatakan oleh pengarang ialah keupayaan memberi maklumat tanpa sekatan serta membolehkan masyarakat memperoleh dan menyebarkan maklumat dengan bebas. Seterusnya, internet juga mengubah cara manusia untuk berkomunikasi. ( 3 markah )
3) Pada pendapat saya, ciri-ciri laman web yang mampu menarik minat pelajar ialah laman yang menyediakan bahan-bahan pembelajaran yabg terkini dan sesuai dengan perkembangan otak mereka. Selain itu,laman web tersebut haruslah ceria dan menarik supaya pelajar tidak mudah bosan melayari dan mengikuti laman web tersebut. Laman web juga haruslah sentiasa maju kehadapan mengikut perkembangan semasa. ( 4 markah )
Markah = 9/9
Markah keseluruhan = 37/39
Markah = 9/9
Markah keseluruhan = 37/39
JAWAPAN LATIHAN RUMUSAN DAN PEMAHAMAN NUR ATIRAH BINTI ABU KASSIM– PELAJAR 4 SAINS 2019
Soalan ini soalan rumusan dan pemahaman yang saya upload pada 5/12/2019.
Keliru saya. Saya rehat kejap.
Rumusan membincangkan sebab-sebab berlakunya longgokan sampah dan kesan-kesan longgokan sampah. ( 1markah ) ( Istilah yang anda ubah tidak sama dengan maksud asal soalan iaitu langkah-langkah - sepatutnya ditulis cara-cara, usaha-usaha, tindakan-tindakan,cadangan-cadangan, kaedah-kaedah )
Sebab berlakunya longgokan sampah adalah kerana sikap kebanyakan masyarakat suka membeli makanan mengikut nafsu mereka. ( 0 markah ) Seterusnya, masyarakat gagal menguruskan dan tidak melupuskan sampah mengikut cara yang betul ( 2 markah ) dan amalan penggunaan polisterina dan beg plastik yang semakin berleluasa. ( 0 markah) Selain itu, masyarakat lebih gemar membeli barangan baharu dan membuang barangan yang lama ( 2 markah ) dan tempat pengumpulan bahan kitar semula tidak mencukupi. ( 2 markah ) Akhir sekali, sikap masyarakat yang tidak ada kesedaran pentingnya menjaga alam sekitar. ( 2 markah )
Kesan-kesan longgokan sampah ialah berlakunya pembiakan nyamuk aedes. ( 2 markah ) Selain itu, berlakunya pencemaran bau dan udara. ( 2 markah )
Kesimpulannya, masyarakat haruslah memikul tanggungjawab mengatasi longgokan sampah ( tertinggal prediket ) supaya negara kita bersih tanpa sampah. ( 1 markah )
PEMAHAMAN
1) Maksud rangkai kata semakin serius ialah semakin berleluasa ( 1 markah )
2) Cara-cara menangani pembuangan sampah yang tidak terkawal ialah kerajaan haruslah menguatkuasakan larangan pengguaan polisterina dan beg plastik. ( 2 Seterusnya, mengamalkan amalan kitar semula. Selain itu, masyarakat harus segera beralih kepada penggunaan mesra alam.( 3 markah )
3) Pada pendapat saya, kempen hari tanpa beg platik dapat dijayakan dengan lebih berkesan adalah dengan menaikkan harga beg plastik supaya masyarakat tidak bergantung kepada penggunaan beg plastik. ( 2 markah ) Seterusnya, menghadkan penggunaan beg plastik pada setiap pembelian di pasar raya. ( 2 markah ) Selain itu, mengesyorkan penggunaan beg sendiri apabila membeli belah di pasar raya. ( 2 markah )
Alhamdulillah anda sudah faham cara penulisan rumusan dan cara menjawab soalan
pemahaman. Ellakkan melakukan kesalahan ejaan, penulisan kata jamak, kesalahan
tanda baca, penggunaan kata pemeri mesti tepat. Cuma saya bimbang rakan-rakan anda yang tidak mengikuti kelas tuisyen online.
Cuma saya risau penulisan karangan, anda masih lalai. Semoga anda faham ulasan
saya. Jika tidak faham sila bertanya dan saya cuba memberi penerangan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan