SKEMA JAWAPAN SOALAN MODUL KERTAS 2 SET 1 PECUTAN AKHIR JPN PERAK 2012
SKEMA PEMARKAHAN
Soalan 1 : Rumusan
[30 markah]
SKEMA PEMARKAHAN
Rumusan
|
Pendahuluan / Pengenalan [ 2
markah ]
Petikan membincangkan cara-cara
/kaedah-kaedah /usaha-usaha /pendekatan / strategi menangani/mengatasi
masalah emosi pelajar di sekolah/di negara ini / di Malaysia
Petikan membincangkan cara-cara
/kaedah-kaedah /usaha-usaha /pendekatan / strategi menangani/mengatasi
masalah emosi pelajar.
Petikan membincangkan langkah-langkah menangani masalah emosi pelajar
|
2m
1m
0m
|
Isi Tersurat (4 hingga 12 markah)
|
Markah
|
S1
|
satu mekanisme mengenal pasti masalah
depresi mental dari peringkat awal perlu diwujudkan oleh pihak sekolah
|
2m
|
S2
|
kaunselor perlu menganjurkan program yang boleh mewujudkan
kesedaran ke arah mengenal pasti punca, simptom dan kaedah menangani masalah
berkaitan emosi
|
2m
|
S3
|
pentadbir sekolah dan guru kelas pula perlulah sentiasa peka
dengan sebarang perubahan sikap dan tingkah laku murid
|
2m
|
S4
|
mereka perlu mengambil tindakan segera jika terdapat tingkah
laku murid yang mencurigakan
|
2m
|
S5
|
jangan mengambil mudah sebarang ugutan atau ancaman khususnya
yang dinyatakan di laman sosial
|
2m
|
S6
|
pentadbir sekolah dan guru juga perlu memahami Falsafah
Pendidikan Kebangsaan yang mahu melahirkan insan seimbang dari segi JERI
|
2m
|
S7
|
berikan ruang dan peluang kepada murid untuk
beriadah / melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum
|
2m
|
S8
|
ibu bapa segera memberitahu pihak
sekolah sekiranya anak-anak mereka menghadapi masalah
|
2m
|
S9
|
Ibu bapa tidak menyerahkan bulat-bulat kepada sekolah menangani
masalah tersebut
|
2m
|
S10
|
Persatuan Ibu Bapa dan Guru menganjurkan Kursus Kemahiran Keibubapaan
|
2m
|
|
|
|
|
|
|
Isi Tersirat (4 hingga 12 markah)
Kebaikan mengatasi masalah emosi murid
|
Markah
|
T1
|
murid lebih ceria/ gembira
berada di sekolah
|
2m
|
T2
|
murid lebih bermotivasi/ berkeyakinan
|
2m
|
T3
|
murid akan cemerlang dalam pelbagai bidang
|
2m
|
T4
|
murid dapat mengelakkan diri daripada terjebak dengan pelbagai gejala
negatif/ sosial
|
2m
|
T5
|
murid dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap pelajaran
|
2m
|
T6
|
masalah
disiplin murid di sekolah terkawal
|
2m
|
T7
|
murid
mempunyai ramai rakan dan kenalan
|
2m
|
T8
|
PDP dalam bilik darjah berjalan lancar / lebih
menarik/ berkesan
|
2m
|
Kesimpulan
|
Markah
|
Kesimpulannya, masyarakat/semua pihak perlu bekerjasama mengatasi masalah emosi dalam kalangan murid agar
modal insan cemerlang dapat dihasilkan
Kesimpulannya, masyarakat/semua pihak perlu bekerjasma mengatasi masalah
emosi dalam kalangan murid
|
2m
1m
|
Soalan 2 : Pemahaman
[35 markah]
Soalan 2 (a) – Petikan Umum
|
(i) Maksud
rangkai kata berpersonaliti unggul.
-
Berkeperibadian / berperwatakan
istimewa/cemerlang/terbaik/ideal [2 markah]
- memiliki sahsiah yang
terpuji
[2 markah]
- Berpesonaliti
istimewa/cemerlang/terbaik/ideal [1 markah]
[maksimum:2 markah]
|
|
|
|
(ii) Kebaikan-kebaikan sekiranya murid menyertai aktiviti
kokurikulum di sekolah.
P1- Penglibatan pelajar dalam aktiviti
kokurikulum boleh menyihatkan badan
P2- menambahkan
kemahiran
P3- membentuk semangat berpasukan
P4- memberi
kelebihan kepada pelajar untuk memasuki universiti awam
(2 isi cukup)
[maksimun
3 markah]
|
(iii) Pada pendapat saya,
punca-punca murid menghadapi masalah emosi adalah kerana
P1-
murid memendam masalah yang dihadapinya/ tidak meluahkan kepada orang lain
P2-
murid mengalami tekanan daripada keluarga/ sekolah/ rakan-rakan
P3-
murid mempunyai perasaan rendah diri
P4-
murid kehilangan orang yang dikasihi (ahli keluarga) / putus cinta
P5-
murid tiada pegangan agama yang kukuh
P6-
murid menghadapi masalah dalam keluarga
[Maksimum :4 markah]
|
(3 isi cukup)
Soalan 2(b) – Petikan Cerpen ‘Memori Seorang Tua’
(i) Dua sebab Pak Itam berasa sayu adalah kerana :
- Pak Itam tidak tahu di mana Nur Hidayah, Izwan
dan Nuryani Iman berada sekarang
- Pak Itam mengenangkan Nur Hidayah, Izwan dan
Nuryani Iman yang sudah berpuluh-
puluh tahun berpisah dan tidak pernah
berjumpa
- Pak Itam terlalu merindui mereka dan ingatan
terhadap mereka tidak pernah luput
(2 isi cukup)
[2
markah]
(ii) Andaikan
saya Pak Itam, usaha saya untuk mendapatkan isteri dan anak-anak yang telah
lama
terpisah ialah :
- saya akan berusaha mencari jejak mereka
dan berhubung dengan mereka
- saya akan membuat iklan dalam surat khabar
- saya akan bertanya kepada semua saudara-mara
dan sahabat handai yang mengenali
mereka
- saya akan menghubungi stesen televisyen untuk
menyiarkan berita dan gambar mereka.
(2
isi cukup)
[maksimun:3 markah]
(iii) Satu
nilai murni yang terdapat dalam petikan di atas ialah :
- nilai kasih sayang. Contohnya, Pak Itam
selalu mengingati dan merindui keluarganya
walaupun telah lama berpisah
- nilai ketaatan kepada Tuhan. Contohnya, Pak
Itam menunaikan solat dan berdoa pada
waktu malam demi cintanya terhadap Tuhan.
(Pilih mana-mana 1 isi)
[2
markah]
- Satu nilai murni yang lain daripada
keseluruhan cerpen ialah :
- nilai patriotisme. Contohnya, Pak Itam
menghabiskan separuh daripada usianya untuk
memperjuangkan nasib bangsa dan tanah air
sehingga terpaksa meringkuk dalam
penjara,
- nilai bekerjasama. Penduduk Kg. Langat
seperti Tuk Mat, , Jali, Isa, dan Latif
bekerjasama untuk menjayakan majlis
hari jadi Pak Itam yang ke-85.
- nilai kerajinan. Contohnya, walaupun sudah
berusia 85 tahun, Pak Itam rajin membaca
surat khabar malahan beliau menggunting dan menyimpan mana-mana keratan
akhbar
yang penting.
(Pilih mana-mana 1 isi)
[2 markah]
Soalan 2(c) – Petikan Prosa Klasik ‘Khoja Maimun’
(i) Maksud
terlalu elok rupanya ialah ;
- sangat/teramat kacak parasnya/ wajahnya [2 markah]
(ii) Berdasarkan
petikan di atas, keadaan Bibi Zanab sepeninggalan suaminya pergi belayar
ialah :
- Bibi Zainab bercinta/bersedih mengenangkan
suaminya
- Bibi Zainab duduk di tingkap mahligai
berangan-angan
- Bibi Zainab memandang ke arah jalan raya
[3 markah]
(2 isi
cukup)
(iii) Pada pandangan saya, tindakan
yang perlu dilakukan oleh Bibi Zainab untuk mengubati
perasaan
rindu terhadap suaminya Khoja Maimun yang sedang belayar ialah :
- menulis surat menyatakan perasaan rindunya
terhadap suaminya yang belayar
- melakukan aktiviti yang bermanfaat/berfaedah
supaya masa senggangnya terisi
- berdoa semoga Allah memelihara keselamatan
suaminya
- melihat/menatap gambar/ potret/ pakaian
suaminya
[3 markah]
(2 isi
cukup)
Soalan 2(d) – Sajak ‘Bangkitlah’
(i) Berdasarkan
rangkap ketiga sajak di atas penyajak menyeru anak muda supaya bangkit
atau
bangun dengan segera agar :
- mereka tidak menyesal pada hari kemudian [1m]
- bertindak menerokai hasil bumi yang banyak
sebelum habis dirampas oleh orang lain
[1m]
[maksimum
: 2 markah]
(ii) Pada pendapat saya, ciri-ciri yang perlu ada pada generasi muda
sekiranya ingin berjaya
pada
masa hadapan ialah :
- memiliki ilmu pengetahuan
- mengamalkan ajaran dan suruhan agama
- mengamalkan nilai-nilai positif/rajin
berusaha/jati diri/berdaya saing/ yakin diri dll
- tidak terlibat dengan gejala sosial/kegiatan salah
laku
[Maksimum 3 markah]
(2 isi cukup)
(iii) Satu
persoalan berdasarkan
rangkap dua dan rangkap keempat sajak tersebut.ialah :
- banyak peluang yang tersedia dan kebahagiaan
yang patut direbut, namun generasi
muda malas untuk bertindak
[2m]
- generasi muda akan berdepan dengan masalah
jika terus leka dan mereka akan
menangis dan menyesal sepanjang hayat jika kehilangan segala-galanya. [2m]
[Maksimum:4 markah]
Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran
Bahasa
[30 markah]
(a) i. mentah-mentah
1) tidak dimasak atau direbus( barang-barang
makanan dll)
Contoh ayat:
Kebanyakan makanan kita tidak dimakan mentah-mentah, tetapi dimasak terlebih dahulu
2) tidak
dengan berhasrat apa-apa, dengan begitu sahaja, bulat-bulat
Contoh ayat: Jacinta menolak mentah-mentah lamaran seorang anak
muda yang berkedudukan baik.
ii. hidup-hidup
1) benar-benar hidup, (dalam keadaan) masih hidup
Contoh ayat: Pengganas itu telah
cuba membakar seorang majistret dan seorang
pegawai polis hidup-hidup.
iii. diam-diam
1)
dengan tidak memberitahu orang, secara senyap-senyap, secara sulit
Contoh ayat: Dalam diam-diam, Ekran memendam hasrat untuk
menjadi seorang usahawan yang berjaya.
iv. siang-siang
1) lebih awal (daripada yang sepatutnya),
tidak terlambat, cepat atau lekas
Contoh ayat: Siang-siang lagi Zuraini dan adiknya sudah keluar bermain di taman
permainan kanak-kanak berdekatan rumah.
v. senyap-senyap
1) tidak dengan berkata-kata, secara
rahsia
Contoh ayat:
Abang Mazran menjalankan perusahaan
itu secara senyap-senyap kerana dia ingin memberi kejutan kepada emak dan
ayah.
vi. jauh-jauh
1) sejauh mungkin, jauh sekali
Contoh ayat: “Duduklah jauh-jauh kerana saya tidak tahan
dengan bau badan kamu yang busuk,” kata Finaz kepada rakannya.
[Maksimum : 6
markah]
(b) i- Hang Tuah meminta sultan supaya jangan/tidak berasa
khuatir kerana dia akan memastikan lanun-lanun itu ditangkap dan dihukum.
ii-
Amira bertanya kepada Ellina sebab-sebab Ellina terlewat kerana menurut Amira
dia sudah hampir satu jam menunggu Ellina di situ.
iii-
Cikgu Ali memberitahu Faizal bahawa dia merupakan salah seorang pelajar
cemerlang. Menurut Cikgu Ali, tentu rugi jika Faizal tidak mahu menyambung
pelajarannya.
[Maksimum
: 6 markah]
(c) Kesalahan
ejaan
i-
faksimili - faksimile
ii-
demotrasi - demontrasi
iii- media masa - media
massa
Kesalahan
penggunaan imbuhan
i-
mendekati - berdekatan
ii-
menadah - tadahan
iii-
dimaklumi - dimaklumkan
[Maksimum : 6 markah]
(d) i- Borang Tafsiran Cukai - Borang Taksiran Cukai
di Lembaga Hasil Dalam Negeri - kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri
ii- menyemak - memantau
masa ke semasa - masa
ke masa / semasa ke semasa
iii- diagihkan - dihadiahkan
/ diserahkan / diberi
Hadiah yang mereka beli – Hadiah yang dibeli oleh mereka
[Maksimum : 6 markah]
(e) Peribahasa
i)
mulut tempayan
ii) lembu punya susu, sapi dapat nama
iii) Hujan emas di negeri orang, hujan batu di
negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri.
[Maksimum : 6 markah]
Soalan 4:
Novel
[15 markah]
Skema
Jawapan Novel
Panduan
pemarkahan bagi soalan 4
4(a) Peristiwa yang menyedihkan
(i)
Jawapan berdasarkan
sebuah novel yang dipelajari.
(ii)
Jawapan hendaklah dalam
ayat-ayat yang lengkap.
(iii)
Berikan 2 markah bagi
setiap peristiwa yang lengkap.
(iv)
Berikan 1 markah bagi
setiap peristiwa yang kurang lengkap.
(v)
Markah isi maksimum 4
markah (maksimum 2 markah bagi setiap isi).
(vi)
Markah bahasa maksimum
3 markah.
(vii)
Markah bahasa diberikan
secara impression.
(i)
Baik =
3 markah
(ii)
Sederhana = 2 markah
(iii)
Lemah =
1 markah
(viii)
Jika calon menjawab dan
markah isi 0, berikan 1 markah untuk bahasa.
(ix)
Calon tidak menjawab 0 markah.
[maksimum
7 markah]
4(a) Peristiwa yang menyedihkan
Novel Azfa
Hanani :
(i)
Pak Long Madi tidak mampu membeli
pakaian sekolah yang baru untuk Azfa Hanani.
Kemiskinan Pak Long menyebabkan
Azfa Hanani memakai pakaian sekolah yang
lama.
(ii)
Azfa Hanani menolak jawatan pengawas
kerana tidak mampu membeli pakaian pengawas sekolah.
Azfa Hanani tidak mahu menyusahkan
Pak Longnya untuk membeli pakaian pengawas yang mahal harganya kerana
kemiskinan Pak Long dan terpaksa pula menanggung kos rawatan anaknya, Zuraini
yang lumpuh.
(iii)
Peristiwa
kemalangan jalan raya 16 tahun yang lalu yang menyebabkan kematian ibu bapa
Azfa Hanani akibat kecuaian Tengku Makmur.
Azfa Hanani tercampak keluar
melalui tingkap teksi dan ibu bapanya meninggal dunia di tempat kejadian. Datin
Maziah yang berasa kasihan melihat Azfa Hanani yang masih bayi dan sedang menangis
lalu menyusukannya di tempat kejadian.
(iv)
Peristiwa
ketika Azfa Hanani makan makanan yang sedap di rumah Datin Maziah lalu teringat
akan keluarga Pak Longnya yang tidak pernah merasai makanan sedemikian.
Ketika Azfa Hanani makan tengah hari
di rumah Datin Maziah, dia terpandang ayam goreng. Hatinya sayu kerana teringat
akan sepupunya di kampung yang sekali-sekala sahaja dapat menikmati ayam
goreng.
(v)
Azfa Hanani dihina oleh Datuk Tengku
Makmur
Tengku Makmur menuduh Azfa Hanani
menyamar menjadi Tengku Murni kerana ingin mendapatkan duit sedangkan Azfa
Hanani menolong dengan ikhlas atas permintaan Tengku Mazran. Hati Azfa Hanani
terguris apabila Datuk Tengku Makmur mencampakkan wang RM500 di atas katil
sebagai upah.
(vi)
Azfa Hanani dihalau oleh Datin Maziah
apabila rahsia penyamarannya terbongkar.
Semasa Azfa Hanani bertengkar dengan Tengku
Muzaffar, Datin Maziah telah mendengar pertengkaran tersebut dan mengetahui
penyamaran Azfa Hanani. Datin Maziah telah menampar Azfa Hanani dan memaksanya menunjukkan
bukti bahawa dia ialah Tengku Murni. Datin Maziah menghalau Azfa Hanani apabila
dia tidak dapat membuktikan dirinya ialah Tengku Murni
Novel
Kembara Amira
(i)
Pesawat Cesna terhempas
dan menyebabkan kematian ibu bapa Samantha.
Apabila Pesawat Cesna terhempas dan
terjunam di perkampungan orang asli suku Semai, api merebak di bahagian enjin. Ibu
bapa Samantha, Ridley dan Brenda tersepit. Badan mereka berlumuran darah,
sementara Samantha tercampak semasa pesawat itu meletup. Ludin dan Tau menangis
kerana belum pernah melihat api yang sebegitu besar.
(ii)
Masyarakat orang asli
memulaukan atau meminggirkan kehadiran Samantha dalam kalangan mereka.
Jidin membawa pulang seorang
kanak-kanak berambut merah dan bermata biru. Kehadiran Samantha dianggap pelik.
Penduduk hutan menolak kehadiran Samantha atau Ipah kerana dianggap
menghilangkan semangat hutan. Ada cadangan daripada penduduk orang asli di situ
supaya Ludin menyerahkan Ipah ke hutan semula. Ludin terpaksa berhadapan dengan
cabaran besar untuk mempertahankan tindakannya.
(iii)
Tau menangis dan
meratap hiba kerana dapat bertemu kembali dengan anaknya, Sabi (Malique) yang
telah lama terpisah.
Setelah Amira dan Itai berjaya
menyelamatkan Malique yang disembunyikan di dalam sebuah bilik gelap di Gunung
Gua Gajah, Tau atau makhluk berbulu menjadi berang kerana dia tidak mahu orang
lain mengambil Malique. Tau menangis dan meratap hiba kerana dia tidak mahu
berpisah dengan Sabi yang baru ditemuinya setelah lama terpisah.
(iv)
Tau berasa hiba kerana isterinya,
Ipah meninggalkannya bersama bayi yang masih kecil dan membawa bersama-samanya
anak sulung mereka, Sabi.
Ipah memilih untuk mengikut Johnny
dan membawa Sabi, dan sebaliknya meninggalkan Tau dan Itai, anak mereka yang
masih kecil. Tau menghadapi konflik jiwa yang mendalam kerana orang kampung
menganggap Tau gagal menjaga isterinya pada hal Ipah ingin pergi dari
perkampungan itu kerana orang kampung tidak boleh menerima kehadirannya. Kini
Tau lebih sanggup kehilangan Ipah daripada kehilangan Sabi.
(v) Amira bersedih apabila Jacinta hilang
di hutan kerana ingin mencarinya yang terjatuh dari Air Terjun Angin lalu
dihanyutkan oleh arus sungai.
Amira
rasa bersalah apabila mengetahui Jacinta hilang dan pengsan di hutan kerana
ingin mencarinya yang dihanyutkan oleh arus deras setelah jatuh dari Air Terjun
Angin.
4(b)
Nilai Keberanian
(i)
Jawapan berdasarkan dua
buah novel yang dipelajari.
(ii)
Jawapan hendaklah dalam
ayat-ayat yang lengkap.
(iii)
Berikan 1 markah bagi
setiap isi yang lengkap.
(iv)
Berikan 2 markah bagi
huraian yang lengkap.
(v)
Berikan 1 markah bagi
huraian yang kurang lengkap.
(vi)
Markah isi maksimum 6
markah (maksimum 3 markah bagi setiap novel)
(vii)
Markah bahasa maksimum
2 markah.
(viii)
Markah bahasa diberi
secara impression
(i)
Baik = 2 markah
(ii)
Lemah = 1 markah
(ix)
Jika calon menjawab dan
markah isi 0 berikan 1 markah untuk bahasa.
(x)
Calon tidak menjawab 0
markah.
[maksimum
: 8 markah]
Novel
Azfa Hanani
(i)
Keberanian menyamar
untuk membantu orang lain.
Azfa Hanani berani menyamar sebagai
Tengku Murni terutama di hadapan ibu Tengku Murni iaitu Datin Maziah untuk
mengubati kemurungan Datin Maziah setelah kematian Tengku Murni.
(ii)
Keberanian menegur kesilapan
dan menyatakan pendapat
Azfa Hanani menyatakan pendapatnya
bahawa Tengku Muzaffar tidak patut menghalang persahabatannya dengan Ekran
semata-mata kerana darjat, tambahan pula dia bukan adik Tengku Muzaffar.
(iii)
Keberanian menolak
tawaran orang yang tidak dikenali
Azfa Hanani terpaksa menolak
pelawaan Iskandar untuk membonceng motosikal berkuasa tingginya untuk menjaga
maruah dirinya, tambahan dia tidak mengenali Iskandar.
(iv)
Keberanian
bertanggungjawab atas tindakan yang dilakukan
Azfa Hanani berani memulangkan buku
perpustakaan yang diambilnya.
Novel Kembara Amira
(i)
Keberanian mengakui
kesalahan
Amira mengaku kepada Jacinta bahawa
dia membaca mesej dalam telefon bimbit Jacinta tanpa pengetahuan rakannya itu.
(ii)
Keberanian menghadapi
cabaran
Itai dan Pak Lias sanggup
berhadapan dengan makhluk berbulu yang marah kerana mereka ingin membawa
Malique keluar dari gua.
(iii)
Keberanian bertanggungjawab atas tindakan
Amira berani berhadapan dengan
ibunya Professor Zaidah yang amat marah apabila mengetahui Jacinta sesat di
dalam hutan angkara Amira yang mahu berjumpa dengan Malique di kawasan Air
Terjun Angin.
(iv)
Keberanian bertindak
ketika kecemasan
Jacinta berani mengikut Amira yang lemas
dari tebing sungai.
SKEMA
JAWAPAN TAMAT
SKEMA JAWAPAN SOALAN MODUL KERTAS 2 SET 2 PECUTAN AKHIR JPN PERAK 2012
SKEMA PEMARKAHAN
Soalan : 1
SKEMA PEMARKAHAN
Rumusan
|
Markah
|
Pendahuluan / Pengenalan [ 2 markah ]
Petikan
membincangkan tugas / tanggungjawab remaja sebagai pengguna di negara ini.
Petikan
membincangkan tugas / tanggungjawab remaja sebagai pengguna
Petikan
membincangkan peranan remaja sebagai pengguna
|
2m
1m
0m
|
Isi Tersurat (peranan remaja sebagai pengguna) (4
hingga 12 markah)
|
Markah
|
S1
|
melibatkan
diri dalam hal-hal kepenggunaan
|
2m
|
S2
|
menjadi ahli persatuan pengguna di
tempat masing-masing.
|
2m
|
S3
|
remaja perlu berkongsi pengetahuan
sebagai pengguna dengan masyarakat
|
2m
|
S4
|
menggunakan perkhidmatan laman sosial sebagai wadah komunikasi untuk menubuhkan
kelab pengguna
|
2m
|
S5
|
mengetahui sebarang produk (1m) dan
perkhidmatan daripada pelbagai sumber(1m)
|
2m
|
S6
|
mengambil
tindakan yang sewajarnya andai mereka menjadi mangsa dalam hal-hal
kepenggunaan
|
2m
|
S7
|
memahami hak
dan tanggungjawab sebagai pengguna
|
|
S8
|
mengambil
sedikit masa untuk melihat isu-isu penting tentang kepenggunaan
|
2m
|
S9
|
melakukan kajian
terhadap isu-isu tertentu
|
2m
|
S10
|
berfikir
dahulu dan merancang sebelum berbelanja
|
2m
|
|
|
|
|
|
|
Isi Tersirat -
Cara-cara
memupuk kesedaran kepenggunaan dalam kalangan remaja
(4 hingga 12 markah)
|
Markah
|
T1
|
Ibu bapa mendidik anak-anak tentang kepentingan kepenggunaan
|
2m
|
T2
|
Sekolah menubuhkan Kelab Pengguna untuk menyebarkan maklumat kepada
pelajar
|
2m
|
T3
|
Kerajaan mengadakan kempen kesedaran tentang hak-hak pengguna
|
2m
|
T4
|
Badan bukan kerajaan (NGO) memberikan ceramah / bengkel / seminar /
kursus kepenggunaan
|
2m
|
T5
|
Sekolah/NGO menganjurkan pertandingan pidato/forum/penulisan esei yang
berkaitan kepenggunaan
|
2m
|
T6
|
Media massa
menyiarkan iklan/artikel/rencana/risalah berkaitan isu kepenggunaan
|
2m
|
T7
|
Ibu bapa memberikan maklumat tentang
isu-isu kepenggunaan dari semasa ke semasa
|
2m
|
Kesimpulan
|
Markah
|
Kesimpulannya,
masyarakat perlulah bekerjasama memupuk kesedaran remaja terhadap hak-hak
mereka sebagai pengguna agar melahirkan pengguna yang bijak
|
2m
|
|
|
|
|
Soalan 2(a) - Petikan umum
(i) Maksud rangkai kata produk
tiruan
- barangan/barang palsu/tidak asli [2 markah]
- produk palsu /
barang tiruan [1 markah]
[maksimum : 2
m]
(ii) Mengapakah remaja sering menjadi mangsa dalam isu kepenggunaan
- remaja sendiri kurang ambil peduli
tentang hak dan tanggungjawab sebagai pengguna
- jurujual
menggunakan permainan psikologi
- faktor usia dan pemikiran remaja itu
sendiri yang tidak matang
(2 isi cukup)
[maksimum
: 3 m]
iii) tindakan anda apabila menyedari
bahawa anda telah tertipu setelah membeli sesuatu
barangan
-
Membuat aduan kepada Persatuan Pengguna
-
Membuat laporan di balai polis
-
Melaporkan perkara tersebut kepada
Tribunal Pengguna
-
Memulangkan barang tersebut kepada
peniaga
-
Menuntut ganti rugi
(3 isi cukup)
[maksimum : 4 markah]
Soalan 2(b) – Petikan Cerpen ‘Idola’
(i)
Berdasarkan petikan, nasihat yang diberikan
oleh hero kepada penjaga panggung
ialah :
-
melakukan kerja
bukan berdasarkan minat tetapi kebolehan
-
jangan memuji
orang lain tetapi pujilah diri sendiri
-
hindari diri
daripada menjadi lalat dan gagak
[2 markah]
(2 isi cukup)
(ii)
Andaikan
saya penjaga panggung, reaksi saya terhadap nasihat yang disampaikan
oleh hero kepada saya ialah :
- mengucapkan terima kasih atas nasihat yang
disampaikan
- memahami lebih mendalam maksud nasihat
tersebut
- berusaha membaiki kekurangan dan kelemahan
diri
- menjadikan nasihat sebagai pedoman dalam
hidup
[3 markah]
(2
isi cukup)
(iii)
Satu pengajaran yang terdapat dalam petikan di atas ialah :
-
Kita hendaklah hidup di alam nyata dan menerima apa-apa jua seadanya
Contohnya, penjaga panggung yang
sentiasa berhasrat untuk menjadi pelakon
atau pun hero tidak berpijak di
bumi nyata
-
Kita hendaklah nasihat-menasihati dalam perkara kebaikan.
Contohnya, si hero menasihati penjaga panggung agar berpijak di bumi nyata dan
memuji diri sendiri
[ 2 markah]
(Pilih mana-mana 1 isi)
Satu pengajaran yang lain daripada keseluruhan cerpen ialah :
-
Kita hendaklah sentiasa
mengingati pengorbanan dan kasih sayang setiap ahli keluarga. Contohnya, walaupun sedang bekerja, penjaga
panggung tetap mengingati isteri dan sepuluh orang anaknya di rumah
-
Kita hendaklah
bertanggungjawab terhadap tugas yang diamanahkan kepada kita. Contohnya, si
penjaga panggung menjalankan tugasnya menyusun semua kerusi selepas berakhirnya
pementasan bangsawan dengan amanah
-
Kita hendaklah sedar
dan insaf akan kesilapan yang dilakukan. Contohnya, penjaga panggung insaf dan sedar bahawa dia tidak akan
berangan-angan lagi dan ingin menjadi dirinya sendiri.
[ 2 markah]
( pilih mana-mana 1 isi)
Soalan 2(c)
– Petikan Prosa Klasik ‘Merah Silu’
(i) Maksud hendak minta tempat duduk:
-mahu memohon tempat tinggal [1 markah]
-mahu memohon kebenaran untuk
mendiami sesuatu kawasan. [2 markah]
(ii) Faktor-faktor yang menyebabkan Merah
Silu mengatakan bahawa Megat Iskandar akan menjadi bapanya:
-
Megat Iskandar sangat pemurah kerana
mengalu-alukannya serta menjamunya makan dan minum
-
Megat Iskandar melayannya dengan baik
dan memahami kesusahannya.
-
Megat Iskandar sangat baik hati kerana
mengajaknya tinggal bersama-sama dengannya di Buluh Telang
-
Megat Iskandar membenarkan kerbau-kerbau
Merah Silu makan di ladangnya yang luas.
[3 markah]
(2 isi cukup)
(iii) Pada pandangan saya, kesan jika Merah
Silu enggan berpindah:
-
terjadi permusuhan antara Merah Silu
dengan penduduk di situ.
-
Mungkin kerbau-kerbau Merah Silu akan
dibunuh kerana merosakkan tanaman orang.
-
Merah Silu akan dipulaukan oleh penduduk
di situ kerana mendatangkan mudarat kepada mereka.
[3 markah]
(2 isi cukup)
Soalan 2(d) – Sajak ‘Dirgahayu Bahasaku’
(i) Maksud ‘Tempatmu di singgahsana’
- kedudukan yang
tertinggi / teratas
[2 markah]
(ii)
Cara-cara memartabatkan bahasa kebangsaan di negara kita ialah :
- kerajaan menjalankan Kempen Cintailah
Bahasa Kita secara berterusan
- kerajaan mengadakan sambutan Bulan
Bahasa Kebangsaan pada setiap tahun
- semua jabatan kerajaan menggunakan
bahasa kebangsaan dalam semua urusan rasmi
- media massa menggunakan bahasa kebangsaan
yang betul dalam setiap artikel/ rancangan/
iklan
- sekolah menjalankan pelbagai program
berkaitan aktiviti kebahasaan/ Minggu Bahasa
Melayu/ pelbagai pertandingan bahasa
-
NGO menganjurkan pelbagai program/ ceramah/ pertandingan/ forum berkaitan
bahasa
kebangsaan
-
ibu bapa menggalakkan anak-anak menggunakan bahasa kebangsaan yang betul/
menggalakkan anak-anak menyertai
aktiviti yang berkaitan dengan bahasa
-
pihak berkuasa tempatan memantau penggunaan bahasa kebangsaan pada papan
tanda/iklan
di
setiap premis
(2
isi cukup)
[maksimum
: 3 markah]
(iii) Dua persoalan berdasarkan sajak
- Persoalan memartabatkan bahasa Melayu.
Rakyat Malaysia disaran agar menggunakan bahasa Melayu dalam
kehidupan seharian supaya status bahasa itu sebagai bahasa kebangsaan sentiasa terjamin.
[1+1]
- Persoalan pengorbanan para pejuang bahasa dalam
memartabatkan bahasa Melayu. Pengorbanan
para pejuang bahasa pada masa dahulu dalam memartabatkan bahasa Melayu
wajar dihargai.
[1+1]
- Persoalan sejarah kegemilangan Bahasa Melayu.
Bahasa Melayu mempunyai sejarah kegemilangannya yang
tersendiri kerana pernah digunakan di seluruh pelosok dunia/ tersebar ke
seluruh pelosok dunia [1+1]
- Persoalan keyakinan terhadap kemampuan Bahasa Melayu.
Rakyat meyakini Bahasa Melayu mampu menjadi bahasa ilmu dan bahasa
perdagangan.
[1+1]
(2 isi cukup)
[maksimum : 4 markah]
Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran
Bahasa
[30 markah]
(a)
(i)
aliran- i) gerakan sesuatu yang cair, gerakan
mengalir
Aliran air sungai itu menuju ke
laut.
ii) gerakan
tenaga elektrik melalui kawat
Lelaki itu
terkena renjatan aliran elektrik ketika memetik suis.
iii) haluan
pendapat
Walaupun
terdapat pelbagai aliran pemikiran, namun rakyat Malaysia tetap hidup
bersatu-padu.
(ii)
pengalir- i) sesuatu yang(digunakan untuk
)mengalirkan .
Air merupakan pengalir haba
yang baik.
(iii)
mengalir- i) Bergerak berterusan (air, cecair,
tenaga elektrik dan lain-lain)
Air Sungai
Ceper mengalir perlahan kerana telah tercemar.
(iv)
arahan- i) pimpinan atau pengawasan
Filem arahan
Seniman Agung P. Ramlee masih diminati ramai.
ii) petunjuk
atau perintah
Arahan
pengetua mesti dipatuhi oleh semua murid.
(v)
pengarah- i) orang yang kerjanya mengarah (filem, drama
dan sebagainya)
Pengarah
filem Shamsul Yusof telah memenangi anugerah pengarah filem
terbaik baru-baru ini.
ii) orang
yang dipilih untuk mengawal atau
mentadbirkan perjalanan sesuatu projek.
Pengarah
projek usahasama itu dipuji kerana berjaya menyiapkan projek pada masa yang
ditetapkan.
(vi)
mengarah-
i) menghadap ke sesuatu arah/ menghala
Pintu kota
itu mengarah ke sebelah barat.
ii) membawa
kita ke sesuatu arah ( jalan, jambatan dan sebagainya)/ menuju
Pihak Jabatan
Kerja Raya (JKR) akan membina sebuah jambatan mengarah ke Banting.
iii) menyuruh
kenderaan mengikut sesuatu jalan
Polis sedang
mengarah lalu lintas di kawasan itu setelah beberapa jalan terpaksa ditutup.
[Maksimum : 6
markah]
(b)
(i)
FN
+ FS
(ii)
FN
+ FK
(iii)
FN
+FA
(iv)
FN
+ FN
(v)
FN
+ FK
(vi)
FN
+ FA
[Maksimum : 6 markah]
(c)
(i)
berpakai – memakai
keringting -- keriting
(ii)
mentera --
mantera
mencerita -- menceritakan
(iii)
satay -- sate
berbandingkan
–
berbanding
[Maksimum : 6 markah]
(d)
(i)
yang - bahawa
harap - asa
(ii)
kertas
rujukan - kertas kerja
disiapkan
oleh saya -
saya siapkan
(iii) keluar - ponteng
berdasarkan kepada
laporan -
berdasarkan laporan
[Maksimum : 6 markah]
(e) Peribahasa
i) Sudah dapat gading bertuah,
tanduk tidak berguna lagi
ii) Berakit-rakit ke hulu , berenang-renang ke
tepian, bersusah-susah dahulu,
bersenang- senang kemudian/ genggam bara api biar sampai
jadi arang
iii) durian runtuh/ rezeki terpijak/ tikus jatuh
ke beras
[Maksimum : 6 markah]
Soalan 4 (Novel)
Panduan pemarkahan bagi Soalan 4.
4 (a) i) Jawapan berdasarkan sebuah novel yang
dipelajari
ii) Jawapan
hendaklah dalam ayat-ayat yang lengkap.
iii) Beri
2 markah bagi setiap peristiwa dan
huraian
iv) Beri 1 markah bagi peristiwa tanpa huraian
v) Beri 0
markah bagi huraian tanpa peristiwa
vi)
Markah isi maksimum 4 markah
vii)
Markah bahasa maksimum 3 markah
viii)
Markah bahasa diberi secara impression
Baik : 3 markah
Sederhana : 2 markah
Lemah : 1 markah
ix) Jika calon menjawab dan markah isi 0, beri
1 markah untuk bahasa
x) Jika calon tidak menjawab, beri 0 markah
[Maksimum
: 7 markah]
(b) i) Jawapan berdasarkan dua buah novel yang dipelajari
ii) Jawapan hendaklah dalam ayat-ayat yang
lengkap
iii) Beri 3 markah bagi
setiap pernyataan dan huraian/contoh
iv) Beri 1 markah bagi setiap pernyataan tanpa huraian
v) Markah isi maksimum 6 markah
vii) Markah bahasa maksimum 2 markah
viii) Markah bahasa diberi secara
impression
Baik : 2 markah
Lemah : 1 markah
vii) Jika calon menjawab dan markah isi 0, beri
1 markah untuk bahasa
viii) Jika calon tidak
menjawab 0 markah
[Maksimum : 8 markah]
|
|
4a) Peristiwa yang menarik
dalam novel
Berdasarkan novel Azfa Hanani karya
Halis Azhan Mohd. Hanafiah
- Peristiwa Azfa Hanani
ditawarkan oleh Abang Mazran dan Kak
Finaz untuk
menyamar sebagai Tengku Murni.
Peristiwa
ini menarik kerana Azfa Hanani tidak
perlu risau lagi memikirkan kepayahannya untuk meneruskan pelajaran dan dalam masa
yang samaAbang Mazran
berjanji untuk membantu mengubati
Zuraini, anak pak longnya yang lumpuh.
2 Peristiwa Datin Maziah
menghalau Azfa Hanani dari rumahnya
selepas
identiti sebenarnya terbongkar.
Peristiwa
ini menarik kerana telah dapat membongkar rahsia tentang Datuk Tengku Makmur yang bertanggungjawab menyebabkan
kedua-dua ibu bapa Azfa
Hanani meninggal dunia dalam kemalangan.
3. Peristiwa Azfa Hanani menolak
pelawaan Iskandar untuk
membonceng motosikal berkuasa tingginya.
Peristiwa
ini menarik kerana Azfa Hanani merupakan seorang gadis yang tahu menjaga
maruah dirinya, tambahan pula dia tidak mengenali Iskandar.
4. Peristiwa Azfa Hanani bertengkar dengan Abang Muzaffar yang melarangnya berkawan dengan Ekran.
Peristiwa
ini menarik kerana tanpa memikirkan kedudukan Tengku Muzaffar, Azfa Hanani berani bertengkar
dengannya semata- mata ingin menegakkan kebenaran.
- Peristiwa
Azfa Hanani membaca diari Tengku Murni kerana ingin
mencari nama yang telah terpadam yang mempunyai
hubungan
dengan Tengku Murni.
Peristiwa
ini menarik kerana menunjukkan kebijaksanaan Azfa Hanani merungkai misteri orang yang
menghalang hubungan Ekran dengan Tengku Murni.
- Peristiwa
Azfa Hanani menerima pelawaan menggantikan Ellina
untuk menjadi pengerusi Forum Remaja.
Peristiwa
ini menarik kerana melalui program ForumRemaja ini telah dapat menonjolkan bakat Azfa Hanani
sebagai merupakan seorang pelajar yang berbakat
dan petah berbicara.
7. Menolak tawaran Laili untuk menjadi
pengacara malam Bakat Sumbangsih.
Peristiwa
ini menarik kerana Azfa Hanani
pandai menilai kawan yang baik atau
tidak.
- Peristiwa
Kunjungan Datin Maziah ke rumah pak long.
Peristiwa
ini menarik kerana Azfa Hanani tidak menyimpan dendam terhadap Datuk Tengku Makmur yang
menyebabkan kematian ibu bapanya dan Datin Maziah
yang menampar muka dan menghinanya malah dia memaafkan mereka berdua.
- Peristiwa
Azfa Hanani yang terpaksa berulang-alik ke sekolah
dengan menaiki bas sejauh 30 kilometer sehari.
Peristiwa
ini menarik kerana Azfa Hanani seorang pelajar yang gigih dan tabah menuntut
ilmu.
- Peristiwa
Azfa Hanani pergi melihat Ekran berniaga menjual burger
berhampiran Plaza Cahaya.
Peristiwa
ini menarik kerana Ekran merupakan contoh anak muda yang
berdikari dalam kehidupannya.
Selain memperoleh pengalaman, penjualan burger
ini ini juga dapat menambah
pendapatan sampingan kepadanya.
(a)
Peristiwa paling menarik dalam novel
Berdasarkan novel Kembara
Amira karya Amer Hmzah L. Kadir
- Peristiwa
Amira tergelincir di Air Terjun Angin lalu hanyut dibawa
arus sungai yang deras dan diselamatkan oleh Itai.
Peristiwa ini menarik kerana
menunjukkan kebaikan orang asli suku
Semai menyelamatkan seorang gadis seperti
Amira.
- Peristiwa
Itai mengetahui Tau bapanya
Peristiwa ini menarik
kerana Itai menganggap Tau bapa
saudaranya
tetapi sebenarnya Tau ialah bapa
kandungnya sendiri.
- Peristiwa
Amira memberi seketul emas kepada Jacinta
Peristiwa ini menarik kerana
memaparkan semangat setia kawan Amira
yang
ingin menggembirakan sahabatnya.
- Peristiwa Jidin menjaga Samantha setelah bapanya
Ridley dan
ibunya Brenda terkorban
dalam nahas kapal terbang.
Peristiwa
ini menarik kerana ketabahan Jidin
yang sanggup memelihara Samantha
walaupun mendapat tentangan daripada
kaumnya.
- Peristiwa
Tau mengaku bahawa makhluk berbulu itu ialah
dirinya yang sebenar.
Peristiwa ini menarik kerana pembaca
akhirnya tahu siapa sebenarnya makhluk
misteri yang ditakuti oleh masyarakat di Bukit Mat Raya.
- Peristiwa
Malique ingin terus tinggal di dalam hutan dan enggan mengikuti ibunya
Jennifer.
Peristiwa
ini menarik kerana Malique ingin bersama Itai, adik kandungnya
dan
Tau bapanya sanggup meninggalkan kemewahan untuk tinggal di
dalam
hutan tersebut.
- Peristiwa
Amira memulangkan ketulan emas yang diberi oleh Itai.
Peristiwa
ini menarik kerana Amira jujur dan ikhlas. Dia telah memulangkan
seketul emas yang diambil dari sungai kepada Ludin kerana dia tidak mahu kepercayaan
penduduk kampung terhadap Itai tercalar dan
seterusnya menyebabkan Itai hilang
kelayakan sebagai pengganti ketua kampung.
8. Peristiwa
Amira menemui mobile disk di
lantai gua.
Peristiwa ini menarik kerana
dapat membongkar misteri kehilangan Malique dan
penemuan mobile disk ini dapat membantu memberitahu mereka di mana
Malique
berada.
- Profesor
Zaidah tetap meneruskan kajian arkeologi walaupun
ditentang Dr. Zawawi selepas Profesor Zaidah
kemalangan.
Peristiwa ini menarik
kerana memperlihatkan ketegasan Profesor Zaidah dengan pendiriannya dan sikapnya yang tidak mudah
putus asa.
(b)
Nilai kasih sayang
Berdasarkan novel Azfa Hanani karya
Halis Azhan Mohd. Hanafiah
1.
Kasih
sayang anak terhadap bapa saudara
Contohnya:
Azfa Hanani sangat sayang akan pak long dan mak long yang
telah
banyak berjasa memeliharanya setelah
ibu bapanya meninggal
dalam kemalangan jalan
raya.
2.
Kasih
sayang anak terhadap ibu
Contohnya,
Tengku Mazran sanggup meminta bantuan Azfa Hanani menyamar sebagai Tengku Murni untuk meringankan
kesedihan ibunya.
3.
Kasih
sayang ibu terhadap anak
Contohnya,
Datin Maziah sanggup membeli sebuah jip baru untuk Tengku Murni sempena hari jadinya.
4.
Kasih
sayang antara sahabat
Contohnya,
Azfa Hanani sanggup menyertai forum remaja untuk menggantikan Ellina yang sibuk membuat persiapan
untuk Hari Sumbangsih.
5.
Kasih
sayang abang dengan adik
Contohnya, Abang Muzaffar meminta Azfa Hanani menghadiahkan
bacaan Al-Quran untuk adiknya
Tengku Murni yang telah meninggal
dunia.
6.
Kasih
sayang antara saudara
Contohnya, Azfa Hanani sanggup
berkorban menerima tawaran
menyamar
sebagai Tengku Murni kerana Abang Mazran berjanji untuk mengubati penyakit sepupunya
Zuraini yang lumpuh.
(b)
Nilai kasih sayang
Berdasarkan novel Kembara Amira karya Amer Hmzah L. Kadir
1. Kasih sayang bapa kepada anak
Contohnya,
Tau sanggup melarikan Malique dan menyembunyikannya
di dalam bilik sempit di Gunung Gua Gajah kerana dia amat merindui
anaknya Malique (Sabi) yang
telah terpisah sejak kecil dilarikan oleh
isterinya.
2. Kasih sayang anak terhadap ibu
Contohnya: Amira sanggup menolak
cadangan ibunya untuk bercuti di
rumah
neneknya, semata-mata dia ingin menghabiskan cuti persekolahan bersama-sama ibunya di tapak
arkeologi di Bukit Mat Raya.
3. Kasih sayang ibu terhadap anak
Contohnya: Profesor Zaidah
sentiasa mengambil berat keperluan dan
kebajikan anaknya walaupun sibuk
dengan pekerjaannya.
4. Kasih sayang antara sahabat
Contohnya:
Amira sanggup menghadapi pelbagai cabaran di dalam hutan untuk mencari kawannya Malique
yang hilang.
5. Kasih sayang bapa saudara kepada anak saudara
Contohnya: Ludin sanggup memelihara anak saudaranya
Itai kerana Tau mengasingkan
diri.
6. Kasih sayang adik-beradik
Contohnya,Tau sanggup mengambil Ipah
sebagai isteri agar Ludin
mempunyai peluang untuk menjadi ketua
kampung.
SKEMA JAWAPAN TAMAT
|
SKEMA JAWAPAN SOALAN MODUL KERTAS 2 SET 3 PECUTAN AKHIR JPN PERAK 2012
TERIMA KASIH KEPADA JPN PERAK DAN JURULATIH UTAMA YANG TELAH MENGGUBAL SOALAN
DAN MENGHASILKAN SKEMA JAWAPAN UNTUK KEGUNAAN GURU-GURU DAN PELAJAR NEGERI PERAK. SAYA HANYA BERKONGSI MAKLUMAT DAN TERIMA KASIH BAHAN YANG AMAT BERHARGA INI. SEMOGA GURU-GURU DAN PELAJAR, TERUTAMA PELAJAR SMKASAS DAN PELAJAR PERAK TENGAH DAPAT MENGGUNAKAN BAHAN-BAHAN BERKENAAN DENGAN SEBAIK-BAIKNYA SEBAGAI PERSEDIAAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN SPM 2013.
|