Isnin, 26 November 2012

BAGAIMANA PERKEMBANGAN TUGASAN BAHASA MELAYU ANDA DALAM CUTI?

       Sehingga ke hari ini sudah 18 hari pelajar bercuti. Sebagai seorang pelajar kluster, sepatutnya anda sudah menyalin sekurang-kurangya satu karangan setiap empat karangan berfokus terbaik yang telah saya arahkan, iaitu karangan berfokus diri, karangan berfokus keluarga, karangan berfokus masyarakat, dan karangan berfokus negara. Sekiranya, anda bijak menggunakan masa dan pelajar cemerlang, kemungkinan ada yang telah menyalin dua karangan setiap karangan berfokus yang telah saya tetapkan. Terbaik, sekiranya pelajar menyalin satu karangan berfokus berkenaan setiap minggu.
                  Kerja kedua, iaitu mengumpul maklumat berkaitan isu semasa. Pastikan anda telah mengumpul maklumat berkenaan untuk digunakan membuat folio atau buku skrap apabila sesi persekolahan 2013 bermula. Saya mengarahkan anda berbuat demikian kerana faktor utama karangan anda tidak matang atau mantap kerana pembacaan atau maklumat sedia ada kurang mengenai isu yang anda tulis. Justeru, sepanjang cuti ini anda mempunyai banyak sumber rujukan seperti akhbar, maklumat capaian melalui internet dan sebagainya. Gunakan masa lapang dan kesempatan yang ada untuk memudahkan anda menghasilkan karangan cemerlang apabila sesi persekolahan nanti.
                   Sebagai kerja tambahan, salin karangan berbentuk peribahasa (cerita) sekurang-kurangnya, dua karangan berdasarkan peribahasa yang berbeza. Pastikan karangan peribahasa yang anda salin menyelitkan teknik plot pelbagai dan jalan ceritanya menarik. Sekian, Selamat Bercuti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan