BILANGAN 
 | 
  
KOSA
  KATA 
 | 
  
MAKSUD
  DAN APLIKASI DALAM AYAT 
 | 
 
1 
 | 
  
POLEMIK 
 | 
  
Maksud : 
Perbahasan yang dilakukan dalam
  surat khabar atau dalam majalah mengenai sesuatu perkara 
Aplikasi dalam ayat [Tema: Lumba
  Haram] 
Akhir-akhir
  ini, isu lumba haram kerap  menjadi polemik dalam kalangan
  masyarakat 
 | 
 
2 
 | 
  
MARHAEN 
 | 
  
Maksud: 
Rakyat jelata 
Aplikasi dalam ayat[Tema:Menabung] 
Golongan
  marhaen tidak diabaikan oleh kerajaan dalam usaha
  mentransformasikan ekonomi ke arah negara berpendapatan tinggi. 
 | 
 
3 
 | 
  
KULAWARGA 
 | 
  
Maksud: 
Keluarga 
Aplikasi dalam ayat[Tema: Keluarga
  Bahagia] 
Kulawarga yang harmonis mampu membentuk anak-anak bersahsiah mulia 
 | 
 
4 
 | 
  
DASAWARSA 
 | 
  
Maksud: 
Dekad  
Aplikasi dalam ayat[Tema: Semangat
  Kejiranan] 
Dasawarsa ini , hubungan kejiranan semakin diabaikan terutama dalam
  kalangan masyarakat metropolitan. 
 | 
 
5 
 | 
  
IKHTISAR 
 | 
  
Maksud: 
Pendapat yang ringkas mengenai
  sesuatu 
Aplikasi dalam ayat[Tema: Pelajar
  Cemerlang] 
Pelajar
  perlu memberikan  ikhtisar yang mantap sewaktu pengajaran
  dan pembelajaran di dalam kelas. 
 | 
 
6 
 | 
  
AMSAL/TAMSIL 
 | 
  
Maksud: 
Seperti,umpama, misal 
Aplikasi dalam ayat[Tema:
  Menabung] 
Amsalnya ,tabiat menabung bukanlah sesuatu yang asing dalam
  kalangan masyarakat. 
 | 
 
7 
 | 
  
WASILAH 
 | 
  
Maksud: 
Ikatan 
Aplikasi dalam ayat[Tema: Jasa
  Guru] 
Seseorang
  pelajar tidak wajar  melupakan wasilah yang terjalin
  dengan guru . 
 | 
 
8 
 | 
  
NIRMALA 
 | 
  
Maksud: 
Suci 
Aplikasi dalam ayat[Tema: Budi
  Bahasa] 
Pada
  pagi yang nirmala ini, saya akan menyampaikan syarahan
  bertajuk, Budi Bahasa Budaya Kita. 
 | 
 
9 
 | 
  
SAKINAH 
 | 
  
Maksud: 
Ketenangan 
Aplikasi dalam ayat[Tema: Keluarga
  Bahagia] 
Ajaran
  agama yang diterapkan dalam keluarga mampu menjamin sakinah
  berpanjangan 
 | 
 
10 
 | 
  
SINERGI 
 | 
  
Maksud: 
Kerjasama 
Aplikasi dalam ayat[Tema: Inap
  Desa] 
Akhir 
  kalamnya, rakyat dan kerajaan perlu bersinergi untuk
  merealisasikan pelancongan inap desa menjadi pilihan kalangan rakyat Malaysia
  . 
 | 
 
11 
 | 
  
USLUB/MINHAJ/MANHAJ 
 | 
  
Maksud: 
Kaedah, cara 
Aplikasi dalam ayat[Tema: Membaca] 
Membaca merupakan uslub 
  berkesan untuk menambah ilmu pengetahuan dalam kalangan pelajar. 
 | 
 
12 
 | 
  
PRAKARSA 
 | 
  
Maksud: 
Inisiatif 
Aplikasi dalam ayat[Tema:Lumba
  Haram] 
Prakarsa perdana dalam membanteras gejala lumba haram ialah
  pemantauan ibu bapa di rumah. 
 | 
 
13 
 | 
  
AFORISME 
 | 
  
Maksud: 
Ungkapan, peribahasa, bidalan 
Aplikasi dalam ayat[Tema: Gejala
  Ponteng Sekolah] 
Kasih sayang yang diberikan oleh
  ibu bapa terhadap anak-anak bertepatan dengan aforisme, 
  melentur buluh biarlah dari rebungnya. 
 | 
 
14 
 | 
  
SIRNA 
 | 
  
Maksud: 
Hilang 
Aplikasi dalam ayat[Tema: Gejala
  Buli] 
Rasa perikemanusiaan semakin sirna
  daripada sanubari generasi pelajar pada hari ini. 
 | 
 
15 
 | 
  
JAGATRAYA 
 | 
  
Maksud: 
Seluruh dunia 
Aplikasi dalam ayat[Tema:
  Pelancongan] 
Malaysia terkenal di jagatraya
  sebagai sebuah negara yang memiliki keunikan budaya dan keindahan alam. 
 | 
 
16 
 | 
  
SEANTERO 
 | 
  
Maksud: 
Seluruh 
Aplikasi dalam ayat[Tema: Bangunan
  Warisan] 
Seantero dunia akan memandang tinggi  negara Malaysia jika
  kita  Berjaya mengekalkan warisan sejarah rakyat Malaysia. 
 | 
 
17 
 | 
  
OBLIGASI 
 | 
  
Maksud: 
Kewajiban 
Aplikasi dalam ayat[Tema: Semangat
  Patriotik] 
Sudah menjadi obligasi
  setiap rakyat Malaysia untuk mempertahankan negara daripada ancaman musuh. 
 | 
 
18 
 | 
  
MAYAPADA/MARCAPADA 
 | 
  
Maksud: 
Dunia hari ini 
Aplikasi dalam ayat[Tema:
  Kemalangan Jalan Raya] 
Mayapada, isu kemalangan  remaja kerap disiarkan dalam media
  massa 
 | 
 
19 
 | 
  
MAPAN 
 | 
  
Maksud: 
Tidak berubah, sudah diterima umum 
Aplikasi dalam ayat [Tema: Gejala
  Lumba Haram] 
Sudah terang lagi bersuluh, kempen
  merupakan prakarsa mapan yang mampu mengatasi gejala
  lumba haram. 
 | 
 
20 
 | 
  
SEYOGIA 
 | 
  
Maksud: 
Sepatutnya 
Aplikasi dalam ayat[Tema: Semangat
  Patriotik] 
Seyogia golongan remaja tidak terlibat dengan aktiviti subversif
  yang akan mencalarkan imej negara. 
 | 
 
21 
 | 
  
SEMENTELAHAN 
 | 
  
Maksud: 
Tambahan pula 
Aplikasi dalam ayat[Tema: Semangat
  Kejiranan] 
Sikap tidak ambil peduli merupakan
  punca hubungan kejiranan semakin renggang sementelahan
  kesibukan bekerja menyebabkan komunikasi antara jiran semakin terbatas. 
 | 
 
22 
 | 
  
MAUDUK 
 | 
  
Maksud: 
Pokok perbincangan 
Aplikasi dalam ayat[Tema:Rakan
  Sebaya] 
Mauduk syarahan yang akan saya sampaikan ialah, Ciri-ciri Rakan
  yang Menjadi Pilihan Saya. 
 | 
 
23 
 | 
  
PADAU 
 | 
  
Maksud: 
Layar 
Aplikasi dalam ayat 
Sebelum padau
  perbincangan saya gali lebih dalam, molek kiranya saya mulakan dengan
  pendefinisian tajuk terlebih dahulu. 
 | 
 
24 
 | 
  
TEGAR 
 | 
  
Maksud: 
Tidak dapat dilenturkan, keras 
Aplikasi dalam ayat[Tema: Merokok] 
Pihak Kementerian Pelajaran gusar
  kerana ramai pelajar sekolah kini menjadi perokok tegar. 
 | 
 
25 
 | 
  
KONGKALIKUNG 
 | 
  
Maksud: 
Sekongkol dalam melakukan sesuatu
  yang tidak baik 
Aplikasi dalam ayat [Tema: Ponteng
  Sekolah] 
Sekumpulan pelajar SMK Lepar Hilir
  berkongkalikung ponteng sekolah di ladang kelapa sawit 
 | 
 
26 
 | 
  
MENYISIR 
 | 
  
Maksud: 
Mengemaskan  
Aplikasi dalam ayat  
Sebelum saya menyisir
  usul perbahasan dengan lebih dalam, izikan saya mendefinisikan terlebih
  dahulu frasa demi frasa. 
 | 
 
27 
 | 
  
MAHMUDAH 
 | 
  
Maksud: 
Terpuji 
Aplikasi dalam ayat[Tema: Remaja
  Berwawasan] 
Sifat mahmudah
  jika diaplikasi dalam kehidupan akan merubah personaliti  remaja agar
  menjadi remaja cemerlang dan terbilang. 
 | 
 
28 
 | 
  
GEMULAH 
 | 
  
Maksud: 
Arwah 
Aplikasi dalam ayat [Tema:
  Bangunan Bersejarah] 
Sewajarnya kita mencontohi sifat gemulah
  terdahulu yang sanggup mempertahankan warisan bangsa agar dapat dinikmati
  oleh anak cucu. 
 | 
 
29 
 | 
  
CERITERA 
 | 
  
Maksud: 
Cerita 
Aplikasi dalam ayat[Tema:Remaja
  Berwawasan] 
Sebagai remaja berwawasan, kita
  sepatutnya tidak terpengaruh dengan ceritera palsu yang
  berlegar-legar dalam  kalangan masyarakat. 
 | 
 
30 
 | 
  
INTI PATI 
 | 
  
Maksud: 
Bahagian yang penting 
Aplikasi dalam ayat[Tema:Remaja
  Berwawasan] 
Perlembagaan Persekutuan Malaysia
  merupakan inti pati yang wajar difahami dan dihayati
  oleh seluruh warga Malaysia  
 | 
 
31 
 | 
  
BERIJTIHAD 
 | 
  
Maksud: 
Memberikan tafsiran berdasarkan
  peraturan tertentu 
Aplikasi
  dalam ayat[Tema:Remaja Berwawasan] 
Remaja mesti mengkaji sesuatu isu
  agar mampu berijtihad  apabila ditanyakan tentang
  sesuatu isu oleh orang luar. 
 | 
 
32 
 | 
  
MENGHADAP 
 | 
  
Maksud: 
Menghala, mengarah 
Aplikasi
  dalam ayat[Tema: Remaja Berwawasan] 
Kita perlu menghadap
  serta mendepani sesuatu perkara dengan cara yang rasional. 
 | 
 
33 
 | 
  
BELASUNGKAWA 
 | 
  
Maksud:  
ucapan takziah 
Aplikasi dalam ayat: 
Kami mengucapkan belasungkawa
  kepada keluarga Ali atas kematian anak tunggal mereka 
 | 
 
34 
 | 
  
KENDATIPUN 
 | 
  
Maksud: 
Meskipun 
Aplikasi dalam ayat[Tema:
  Menabung] 
Kendatipun pendapatan kita sekadar cukup-cukup makan, kita
  seharusnya menyimpan sebahagian daripada  pendapatan sebagai tabungan. 
 | 
 
35 
 | 
  
SIGNIFIKAN 
 | 
  
Maksud: 
Penting 
Aplikasi dalam ayat[Tema: Gejala
  Lumba Haram] 
Langkah-langkah signifikan
  perlu dilakukan untuk membasmi gejala lumba haram dalam kalangan remaja 
 | 
 
36 
 | 
  
TERAMPIL 
 | 
  
Maksud: 
Cekap
  dalam melaksanakan sesuatu 
Aplikasi
  dalam ayat[ Tema: Remaja Berwawasan] 
Sifat terampil
  merupakan ciri yang perlu ada pada seorang remaja yang berwawasan. 
 | 
 
37 
 | 
  
PROGNOSIS 
 | 
  
Maksud: 
Ramalan,telahan 
Aplikasi dalam ayat [Tema:Ponteng
  Sekolah] 
Prognosis yang tepat dalam menilai keperibadian rakan sebaya perlu
  ada dalam memilih rakan sebaya. 
 | 
 
38 
 | 
  
PROKLAMIR 
 | 
  
Maksud: 
Pengisytiharan 
Aplikasi dalam ayat[Tema:Bangunan
  Bersejarah] 
Kerajaan telah memproklamir
  Melaka sebagai Bandar Raya Bersejarah. 
 | 
 
39 
 | 
  
TRAGEDI 
 | 
  
Maksud: 
Peristiwa yang menyedihkan 
Aplikasi dalam ayat[ Tema: Lumba
  Haram] 
Menjadi suatu tragedi
  yang menyedihkan apabila golongan remaja yang terlibat dengan lumba haram
  mencambah biak gejala sosial lain seperti seks bebas dan penagihan dadah. 
 | 
 
40 
 | 
  
KULAWARGA 
 | 
  
Maksud: 
Keluarga 
Aplikasi dalam ayat[Tema: Semangat
  Kejiranan] 
Kulawarga dewan sekalian, 
Tajuk pidato saya pada hari ini
  ialah, Peranan Remaja dalam Menyemarakkan Semangat Kejiranan. 
 | 
 
41 
 | 
  
JALUR LEBAR 
 | 
  
Maksud: 
Rangkaian yang mempunyai julat
  yang besar 
Aplikasi dalam ayat[Tema:Teknologi
  Maklumat] 
Kemudahan jalur
  lebar yang disediakan oleh kerajaan dapat dinikmati oleh
  segenap lapisan masyarakat 
 | 
 
42 
 | 
  
NIHILISME 
 | 
  
Maksud: 
Fahaman yang menolak nilai 
Aplikasi dalam ayat[Tema: Gejala
  Sosial Remaja] 
Remaja yang terlibat dalam gejala
  sosial mengamalkan nihilisme dalam kehidupan mereka 
 | 
 
43 
 | 
  
MOBILITI 
 | 
  
Maksud: 
Perihal mudah bergerak dan
  digerakkan 
Aplikasi dalam ayat[Tema: Ponteng
  Sekolah] 
Masyarakat berilmu pengetahuan
  akan bermobiliti kea rah kecemerlangan 
 | 
 
44 
 | 
  
HEDONISME 
 | 
  
Maksud: 
Pandangan hidup yang mementingkan
  keseronokan 
Aplikasi dalam ayat[Tema: Gejala
  Sosial Remaja] 
Remaja perlu dinasihati agar tidak
  mengamalkan budaya hedonisme dalam kehidupan mereka. 
 | 
 
45 
 | 
  
FRANCAIS 
 | 
  
Maksud: 
Kebenaran oleh pengeluar untuk
  memasarkan barangannya 
Aplikasi dalam ayat[Tema:
  Pelancongan] 
Agensi pelancongan boleh
  mengaplikasikan konsep francais untuk mempopularkan
  produk dan perkhidmatan mereka kepada pelancong asing. 
 | 
 
46 
 | 
  
SAF 
 | 
  
Maksud: 
Baris 
Aplikasi dalam ayat[Tema: Lumba
  Haram] 
Remaja perlu menyusun saf
  agar dapat bergerak seiring menangani gejala lumba haram yang semakin
  mencengkam pada hari ini. 
 | 
 
47 
 | 
  
PARADIGMA 
 | 
  
Maksud: 
Model yang jelas tentang sesuatu 
Aplikasi dalam ayat[Tema: Remaja
  Berwawasan] 
Kita perlu melakukan anjakan paradigma
  untuk merubah senario negatif yang membelenggu golongan muda negara ini. 
 | 
 
48 
 | 
  
KODIFIKASI 
 | 
  
Maksud: 
Kegiatan menyusun maklumat 
Aplikasi dalam ayat[Tema:Membaca] 
Remaja yang berpengetahuan mampu
  melakukan kodifikasi apabila membaca bahan bacaan
  daripada pelbagai sumber. 
 | 
 
49 
 | 
  
ENTENG 
 | 
  
Maksud: 
Ringan, mudah 
Aplikasi dalam
  ayat[Tema:Gejala Sosial] 
Sikap masyarakat yang
  memandang enteng gejala ponteng sekolah menyebabkan
  golongan remaja beraja di mata , bersultan di hati. 
 | 
 
50 
 | 
  
CAKNA 
 | 
  
Maksud: 
Ambil berat 
Aplikasi dalam ayat[Tema:Gejala
  Lumba Haram] 
Ibu bapa perlu cakna
  akan perubahan yang berlaku dalam diri anak-anak mereka. 
 | 
 
51 
 | 
  
TUNTAS 
 | 
  
Maksud: 
Menyeluruh dan lengkap 
Aplikasi dalam ayat[Tema: Dasar 1
  Murid 1 Sukan] 
Tuntasnya,  Dasar 1 Murid 1 Sukan mampu memupuk minat bersukan
  dalam kalangan murid-murid sekolah.. 
 | 
 
52 
 | 
  
IZHAR 
 | 
  
Maksud: 
Jelas 
Aplikasi dalam ayat[Tema:OKU] 
Izharnya, golongan orang kurang upaya turut membantu perkembangan
  ekonomi negara Malaysia.  
 | 
 
53 
 | 
  
AFDAL 
 | 
  
Maksud: 
Lebih baik 
Aplikasi dalam ayat[Tema:
  Menabung] 
Prakarsa yang afdal
  bagi menggalakkan anak-anak menabung ialah ibu bapa membuka akaun simpanan di
  bank untuk anak-anak. 
 | 
 
54 
 | 
  
JERAYAWARA 
 | 
  
Maksud: 
Pameran, ceramah 
Aplikasi dalam ayat: 
Jerayawara secara progresif perlu diadakan ke seluruh negara bagi
  menerangkan keburukan gejala lumba haram. 
 | 
 
55 
 | 
  
REKAYASA 
 | 
  
Maksud: 
Penerapan unsur-unsur ilmu 
Aplikasi dalam ayat[Tema:Guru] 
Guru yang berkesan mampu melakukan
  rekayasa melalui pelbagai medium dan kaedah pengajaran di dalam
  kelas. 
 | 
 
56 
 | 
  
EGOSENTRIK 
 | 
  
Maksud: 
Mementingkan keperluan diri 
Aplikasi dalam ayat[Tema: Semangat
  Kejiranan] 
Sikap egosentrik 
  yang ada di dalam diri menyebabkan masyarakat bandar tidak mengamalkan
  semangat kejiranan. 
 | 
 
57 
 | 
  
ADIWANGSA 
 | 
  
Maksud: 
Bangsa mulia 
Aplikasi
  dalam ayat[Tema: Gejala Sosial] 
Remaja yang mampu menongkah arus
  kebejatan sosial akan menjadi adiwangsa yang
  mengharumkan nama negara.. 
 | 
 
58 
 | 
  
EGALITARIANISME 
 | 
  
Maksud: 
Fahaman bahawa semua orang sama
  rata 
Aplikasi dalam ayat[Tema:
  Perpaduan] 
Konsep 1 Malaysia mampu
  merealisasikan egalitarianisme dalam pembudayaan budaya
  dan bahasa 
 | 
 
59 
 | 
  
ATMA 
 | 
  
Maksud: 
Jiwa 
Aplikasi dalam ayat[Tema: Gejala
  Sosial Remaja] 
Sementelahan , generasi muda pada
  hari ini mengalami gangguan atma sehingga menyebabkan
  mereka tidak memikirkan baik buruk sesuatu perkara. 
 | 
 
60 
 | 
  
BOBROK 
 | 
  
Maksud: 
Rosak, binasa 
Aplikasi dalam ayat[Tema: Gejala
  Sosial] 
Masyarakat yang bobrok
  akhlaknya akan merugikan negara. 
 | 
 
61 
 | 
  
PENGITLAKAN 
 | 
  
Maksud: 
Membuat rumusan  
Aplikasi dalam ayat[Tema: Bangunan
  Bersejarah] 
Sebagai pengitlakan,
  kita seharusnya berganding bahu memulihara bangunan bersejarah untuk
  memastikan generasi hari muka dapat mewarisinya. 
 | 
 
62 
 | 
  
EFISIEN 
 | 
  
Maksud: 
Berkesan 
Aplikasi dalam ayat[Tema:
  Pendidikan Vokasional] 
Langkah yang efisien
  mampu memperkasakan pendidikan vokasional di negara ini. 
 | 
 
63 
 | 
  
GELANDANGAN 
 | 
  
Maksud: 
Merempat 
Aplikasi dalam ayat[Tema:
  Menabung] 
Amalan menabung sejak kecil mampu
  merubah kehidupan gelandangan menjadi lebih baik. 
 | 
 
64 
 | 
  
MUASIR 
 | 
  
Maksud: 
Kontemporari, semasa  
Aplikasi dalam ayat[Tema:Membaca] 
Muasir ini, budaya membaca dalam kalangan rakyat Malaysia telah
  meningkat. 
 | 
 
65 
 | 
  
SIMBIOSIS 
 | 
  
Maksud: 
Perkaitan hidup antara dua atau
  lebih organisma 
Aplikasi dalam ayat[Tema: OKU] 
Sememangnya simbiosis
  antara kerajaan dengan rakyat mampu menghasilkan sinergi yang merubah senario
  masyarakat. 
 | 
 
66 
 | 
  
PIDANA 
 | 
  
Maksud: 
Kejahatan 
Aplikasi dalam aya[Tema: Gejala
  Sosial] 
Anak-anak terdorong untuk
  melakukan pidana dek galakan rakan-rakan sebaya. 
 | 
 
67 
 | 
  
NINGRAT 
 | 
  
Maksud: 
Orang mulia 
Aplikasi dalam ayat[Tema: Remaja
  Berwawasan] 
Remaja seharusnya berusaha menjadi
  golongan ningrat yang akan membanggakan nama ibu bapa dan
  negara. 
 | 
 
68 
 | 
  
JEMBEL 
 | 
  
Maksud: 
Miskin 
Aplikasi dalam ayat[Tema: Krisis
  Makanan Antarabangsa] 
Seharusnya kita membantu
  negara-negara jembel di Afrika yang mengalami krisis
  makanan   
 | 
 
69 
 | 
  
MURBA 
 | 
  
Maksud: 
Rakyat jelata 
Aplikasi dalam ayat[Tema: Sukan] 
Sebagai golongan murba,
  kita seharusnya menyokong Dasar 1 Murid  1 Sukan. 
 | 
 
70 
 | 
  
PROLETAR 
 | 
  
Maksud: 
Kaum yang  suka membunuh/
  membuat kacau 
Aplikasi dalam ayat[Tema:Gejala
  Sosial] 
Kita seharusnya memerangi gejala
  buli dan ponteng sekolah kerana kita tidak mahu melihat generasi akan datang
  menjadi masyarakat proletar. 
 | 
 
 Disedut daripada Cikgu Nazir
2 ulasan:
thank you,hope tis will also b useful in PMR karangan :)
Terima kasih.... Berguna juga utk spm
Catat Ulasan