Buat satu rumusan teks tentang inisiatif menjadikan negara ini sebagai hab makanan halal dan kebaikan makanan halal.
Contoh Pengenalan:-
Petikan
membincangkan usaha menjadikan negara ini sebagai hab makanan halal yang
terkemuka.
Antara usaha yang dijalankan adalah seperti
kerajaan tidak menganjurkan sebarang majlis di hotel yang tidak mempunyai sijil
halal daripada JAKIM. Selain itu, pihak JAKIM juga telah memudahkan permohonan
sijil halal dengan memohon terus melalui laman web halal JAKIM dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan
Industri telah menumpukan usaha untuk manjadikan negara ini sebagai pusat
industri halal. Penggubalan Akta Halal
mampu mengatasi masalah pengusaha yang ingkar akan arahan JAKIM disamping
setiap tahun Malaysia menganjurkan Minggu
Halal Malaysia untuk membangunkan industri halal.
Perenggan Isi Tersirat:-
Kebaikan makanan halal ialah makanan tersebut
bersih dan mampu melahirkan masyarakat Islam yang beriman serta bebas daripada
bahan yang memudaratkan kesihatan.
Perenggan Penutup:-
Kesimpulannya, semua
pihak perlu bekerjasama untuk menjayakan negara Malaysia sebagai hab makanan
halal supaya ekonomi negara mampan.
120 patah perkataan
Kelemahan calon:-
1. Pelajar tidak berjaya menghasilkan pengenalan yang baik kerana setiap pengenalan perlu digabungkan
frasa tambahan dihujung ayat.
2. Pelajar gagal menulis isi tersurat secukupnya dan antaranya kerana pengaruh ayat isi yang panjang.
3. Pelajar sepatutnya, menambah isi tersirat lebih banyak untuk menyeimbangkan isi tersurat kerana ayat isi
tersurat panjang. Guna kebijaksanaan anda untuk mengatasi masalah berkenaan.
4. Petikan teks juga mempunyai kelemahan kerana hanya menyenaraikan 6 sahaja isi dan sepatutnya isi
berkenaan perlu lebih.
5. Pastikan pelajar mengira patah perkataan dan kata nama khas dikira satu patah perkataan. Kata nama
khas telah dihitamkan.
6. Pastikan binaan ayat penutup perlu ada kata penyimpul, ayat cadangan, kata hubung supaya atau agar
ayat harapan.
7. Elakkan sebarang kesalahan tatabahasa kerana kesalahan berkenaan boleh menjejaskan markah bahasa
anda.
Jawapan pemahaman teks.
1. Berikan maksud rangkai kata tidak menggusarkan hati masyarakat kini.
Rangkai kata tidak menggusarkan hati masyarakat kini bermaksud tidak membimbangkan perasaan
pengguna sekarang.
Pastikan anda mengubah sebanyak mungkin frasa yang ditanya dan ayat yang anda bina perlu lengkap.
2. Mengapakah produk makanan yang diimport dari luar negara diragui status halalnya?
Produk makanan yang diimport dari luar diragui status halalnya kerana bahan mentah yang diimport dari
luar negara tidak memenuhi piawaian halal yang dikehendaki oleh syarak dan pengjasilan makanan
produk luar dikawal selia oleh orang bukan Islam.
Pastikan isi jawapan diambil daripada petikan teks dan jangan gunakan pendapat anda sendiri.
3. Sebagai pengguna yang bijak, apakah yang anda lakukan untuk memastikan bahan yang anda beli atau
makan itu bersih dan halal?
Sebagai seorang pengguna yang bijak beberapa langkah perlu saya lakukan untuk memastikan bahan
saya beli atau makan bersih dan halal. Antaranya, saya akan menyemak logo halal pada bahagian
bungkusan makanan sebelum saya membeli makanan tersebut. Selain itu, saya akan mengutamakan
makanan yang dihasilkan oleh pengusaha tempatan, meneliti kandungan makanan bahan-bahan yang
terdapat di luar bungkusan makanan, merujuk kepada persatuan pengguna dan Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia sekiranya terdapat keraguan terhadap makanan yang hendak saya beli.
( Senaraikan sekurang-kurangnya tiga isi semasa menulis jawapan dan terbaik senaraikan empat isi,
disamping itu elakkan sebarang kesalahan tatabahasa sama ada ejaan, frasa, atau ayat)
Pastikan anda pelajar yang bijak dan kreatif menjawab soalan rumusan dan soalan petikan pemahaman
teks. Selamat berjaya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan