( BAHASA MELAYU SPM)
Nama:.........................................                                                          Tarikh:............
TEKNIK PENULISAN KARANGAN BERPANDU DAN KARANGAN UMUM 
ANTARA CIRI-CIRI KELEMAHAN KARANGAN PELAJAR
A   Pengenalan 
Ø Takrif definisi tidak tepat 
Ø Tidak menarik, tidak memperlihat   kematangan berfikir  
Ø Tidak lengkap dan terlalu   pendek  
Ø Tidak menjurus kepada kehendak   soalan dan isi 
Ø Ayat meleret-leret dan tidak   releven 
 |    
B        Isi 
Ø  Isi kurang dan tidak mencukupi 
Ø  Isi tidak menepati tajuk. Isi   bercampur-aduk dengan isi konkrit dan bukan konkrit 
Ø  Isi tidak disusuli contoh dan   huraian 
Ø  Isi berulang-ulang (sama) 
Ø  Fakta yang diberi kurang tepat   atau salah. 
Ø  Isi kurang logik, tidak matang,   tidak jelas dan sempit pengetahuan (Sikap kurang membaca) 
Ø  Isi terpesong 
 |   
C)   Pemerengganan 
Ø  Tidak sesuai dan kadang-kadang isi   bercampur aduk dalam satu perenggan atau perenggan yang dibuat   tidak mengandungi isi baru. 
Ø  Bercampur-aduk, tidak seimbang,   tidak teratur dan tidak kemas. 
Ø  Perenggan yang dibuat ada yang   terlalu panjang, adayang terlalu pendek. 
 |    
D)     Bahasa 
Ø  Bahasa lemah, tidak lancar  
Ø  Berbelit-belit, sukar difahami 
Ø  Ejaan dan tatabahasa banyak   kesalahan 
Ø  Struktur ayat terhad, kosa kata   tidak tepat 
Ø  Jumlah bilangan perkataan sangat   kurang, tidak memenuhi syarat 
 |   
E)     Format 
Ø   Tidak   menepati atau tidak mengetahui langsung formatyang dikehendaki 
Ø Tidak dapat membezakan kehendak   karangan sama adakarangan berformat atau tidak berformat 
 |    
F)    Tulisan 
Ø Tidak jelas, sukar dibaca dan   difahami 
Ø Mengelirukan, comot, terdapat   banyak kesalahan ejaan 
Ø Terlalu kecil tulisan dan tidak   kemas 
 |   
Justeru, perbaiki ciri-ciri kelemahan di atas semasa mengarang.
PERBEZAAN KARANGAN UMUM DAN BERPANDU
      Karangan berpandu                                          Karangan Umum
    Bilangan Perenggan Isi                                     Bilangan Perenggan Isi
             4 isi                                                          5 isi
    Bilangan Muka Surat                                       Bilangan Muka Surat
             2 ms                                                 2 1/2 @ 3 ms
    Bilangan Perenggan                                        Bilangan Perenggan          6 perenggan                                               7 perenggan
Jenis pengenalan.
Secara umumnya, pelajar boleh memilih cara menulis pengenalan sama ada secara umum atau memilih beberapa lagi jenis pengenalan yang lain.
Jenis-jenis pengenalan:-
1. Pengenalan jenis umum.                           2. Pengenalan jenis definisi.
2. Pengenalan jenis pendapat pemimpin.       4. Pengenalan jenis suasana.
5. Pengenalan jenis persoalan.                      6. Pengenalan jenis sejarah.           
7. Pengenalan jenis berita.                            8. Pengenalan jenis peribahasa.
9. Pengenalan jenis dialog.                           10.Pengenalan jenis puisi.
11.Pengenalan jenis lagu.
      1.   Pengenalan  jenis umum.
        Penulisan pengenalan jenis umum memerlukan pelajar menulis dua jenis ayat iaitu  
       a)  ayat rangsangan 
 b)  ayat arahan.
      Ayat rangsangan  ialah ayat yang berfungsi untuk merangsang pembaca untuk membaca karangan tersebut seterusnya dan meninggalkan kesan yang bermakna kepada pembaca atau pemeriksa. Justeru, dalam penulisan perenggan pengenalan jenis umum ini pelajar perlu mampu menulis ayat-ayat yang menarik, merujuk kepada tema berdasarkan soalan karangan dan isu yang dikaitkan seelok-eloknya berkaitan isu semasa yang hendak dikaitkan secara umum. Sebaliknya, jika ayat yang dibina tidak merangsang minat pembaca, situasi ini akan menyebabkan pengenalan anda biasa sahaja dan tidak ada ciri keistimewaan untuk memikat pembaca.
     Ayat arahan pula bermaksud ayat yang menjawab kata kunci soalan karangan yang ditugaskan. Melalui ayat arahan ini pembaca atau pemeriksa sudah tahu isi yang ingin anda tulis atau garap dalam penulisan seterusnya. Kebiasaannya ayat arahan ditulis pada bahagian akhir perenggan pengenalan.
Contoh soalan:
Kerajaan telah berusaha untuk membanteras gejala rasuah, namun amalan yang berakar umbi dalam kalangan masyarakat ini masih wujud. Pada pendapat anda, mengapakah masalah rasuah perlu dibendung?
Kebelakangan ini, kes rasuah semakin bertambah dan nampaknya sukar dibanteras kerana melibatkan pegawai kerajaan dan swasta, ahli politik, dan orang awam. (AR1) Keadaan ini membimbangkan kita kerana jika dibiarkan, sudah tentu perkara ini akan menjadi seperti api di dalam sekam. (AR2) Fenomena ini sekali gus akan melahirkan masyarakat yang tiada integriti, dan boleh merosakkan masyarakat dan ekonomi negara.(AR3) Oleh itu, semua pihak harus berusaha untuk membanteras gejala rasuah kerana rasuah mendatangkan pelbagai masalah kepada masyarakat, ekonomi, dan maruah negara. ( AA)
Contoh soalan 2.
Di negara kita, kemalangan jalan raya dikatakan berlaku hampir setiap hari. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengatasi kes kemalangan jalan raya.
Hampir setiap hari media masa sama ada media elektronik mahupun media cetak menyiarkan berita tentang kemalangan jalan raya. ( AR1) Pada musim-musim perayaan terutamanya, banyak pengguna jalan raya kehilangan nyawa atau mengalami kecacatan anggota akibat terlibat dalam kemalangan. (AR2)  Dari segi stastik pula, kadar kemalangan jalan raya di negara kita kadar kemalangan yang tertinggi di dunia. (AR3) Oleh itu, pihak berkuasa seperti Polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan perlu mengambil langkah drastik dan berkesan untuk mengatasi masalah ini. (AA)
Dalam jawapan contoh pengenalan di atas ( AR1 ) ialah ayat rangsangan 1, (AR2) ayat rangsangan 2, (AR3) ayat rangsangan 3, dan (AA) ayat arahan.
2. Pengenalan jenis definisi.
    Isu penderaan kanak-kanak masih lagi berlaku walaupun negara kita sudah mencapai kemajuan yang pesat. Bincangkan punca-punca yang menyebabkan kes 
    ini sentiasa berlaku dan berulang.
“Dera” bermaksud pukulan dengan rotan, tali pinggang, atau alat-alat lain sebagai hukuman. “Mendera” bermaksud memukul dengan menggunakan alat-alat yang dinyatakan tadi. “Penderaan” pula bermaksud melakukan perbuatan mendera. Sebenarnya penderaan terbahagi kepada dua jenis iaitu penderaan berbentuk fizikal dan penderaan berbentuk mental. Berdasarkan kajian, banyak punca yang boleh menyebabkan insiden ini berlaku terutamanya kepada kanak-kanak.
3. Pengenalan jenis pendapat pemimpin.
    Kepentingan bahasa Inggeris kepada rakyat dan negara. Bincangkan.
Tun Dr. Mahathir pernah menyatakan bahawa kita tidak akan mencapai kemajuan yang cepat jika kita tidak menumpukan perhatian dalam penguasaan bahasa Inggeris. Beliau mengatakan bahawa kebanyakan ilmu yang terdapat dalam dunia ini terungkap dalam bahasa Inggeris. Oleh itu, kita mestilah memberikan penekanan terhadap penggunaan bahasa Inggeris dalam sistem pendidikan kita. Menurut beliau bahasa Inggeris banyak kepentingan atau kebaikannya, sama ada kepada rakyat mahupun negara.

  4. Pengenalan jenis suasana atau situasi.
Jiran anda telah ditimpa kemalangan ngeri kerana rumah tertimbus oleh runtuhan batu. Gambarkan keadaan dan suasana pada masa itu.
Apabila saya sampai di tempat kejadian itu, saya terdengar jeritan manusia dari celah-celah rekahan batu. Selain itu, tangisan bayi dan kanak-kanak jelas kedengaran dari sebuah bilik yang berdekatan dengan runtuhan batu tersebut. Pada ketika itu, pasukan penyelamat masih belum tiba lagi. Saya menjadi panik kerana buntu untuk melakukan sesuatu tindakan bagi  menyelamatkan mangsa. Tambahan pula, tiada alat yang boleh saya gunakan untuk membantu saya menyelamatkan mereka. Namun begitu, saya menggagahkan semangat dan mencuba untuk melakukan sesuatu supaya mangsa yang berada di bawah runtuhan batu itu dapat diselamatkan.
  5. Pengenalan jenis persoalan.
Akhir-akhir ini, kejadian kemalangan di jalan raya berlaku hampir setiap hari. Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor yang menyebabkan kemalangan ini berlaku?
Tahukah anda bahawa hampir setiap hari ada sahaja kemalangan di jalan raya yang dilaporkan di media massa? Siapakah yang patut disalahkan, penggunaan jalan raya atau pihak kerajaan? Persoalannya, apakah faktor-faktor yang menyebabkan kemalangan ini berlaku?

  6. Pengenalan jenis sejarah.
Bincangkan punca-punca yang menyebabkan mutu sukan bola sepak di negara kita merosot.
Pada tahun 1972, pasukan bola sepak negara kita telah berjaya melayakkan diri dalam pertandingan bola sepak Sukan Olimpik di Munich, Jerman. Kejayaan ini diulang pada tahun 1980 apabila pasukan kita layak menyertai Sukan Olimpik di Moscow, Rusia. Pada akhir tahun 1970-an dan awal tahun 1980-an pula, keupayaan pasukan bola sepak negara kira setanding dengan keupayaan pasukan bola sepak Korea Selatan. Namun demikian, apakah punca-punca yang menyebabkan mutu sukan bola sepak negara kita sekarang ini begitu jauh merosot atau ketinggalan berbanding dengan negara-negara lain?

 7.  Pengenalan jenis berita .
Sistem pengangkutan di negara ini telah mengalami perubahan yang amat ketara. Berbanding dengan dua puluh tahun yang lalu, kini pelbagai jenis sistem pengangkutan moden telah disediakan bagi kemudahan para pengguna.
Berikan pendapat anda tentang sistem pengangkutan moden di negara ini.
‘Kerajaan galak mohon permit teksi eksekutif’. Demikian tajuk berita yang terpapar di muka 11 akhbar Mingguan Malaysia bertarikh 17 Jun 2007 yang lalu. Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi selepas beliau merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Berjasa Negeri Sembilan Berhad kali ke-9 di Seremban. Teksi eksekutif merupakan sistem pengangkutan awam yang menggunakan teksi yang lebih besar dan selesa, tetapi tambangnya lebih tinggi berbanding dengan teksi bajet. Penggunaan teksi eksekutif dicadangkan apabila usia kenderaan sedia ada mencapai tempoh tujuh tahun. Selain teksi eksekutif, terdapat beberapa jenis sistem pengangkutan moden di negara ini, termasuklah monorel, keretapi LRT dan lain-lain lagi.

 8.  Pengenalan jenis peribahasa.
Peribahasa ”jiran sepakat membawa berkat” sangat tepat digunakan sebelum ini oleh 
masyarakat di kawasan luar bandar dalam tradisi bermasyarakat. Bagi mereka yang tinggal di kawasan bandar pula, budaya ini semakin pupus sekiranya tiada usaha untuk terus memupuknya.
Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha memupuk semangat kejiranan dalam
kalangan masyarakat.
‘Jiran sepakat membawa berkat’. Ungkapan indah ini mengandungi maksud yang amat mendalam. Hidup bermasyarakat pada era globalisasi ini sering meletakkan konsep kejiranan bukan di sisi paling utama. Senario ini menyebabkan kedapatan jiran yang tidak mengetahui bahawa tetangga mereka sedang mengalami masalah, malah musibah sekalipun. Ada antara mereka yang kehairanan serta terkejut apabila dimaklumkan bahawa jiran sebelah rumah sudah berulat setelah menjadi mangsa pembunuhan oleh penjenayah. Seandainya hidup sesama jiran mengamalkan konsep pemuafakan, sudah barang pasti pelbagai faedah diperoleh. Hal ini tentu mengetepikan maksud peribahasa yang terungkap di awal perenggan ini.

9.   Pengenalan jenis dialog.      
      Ceritakan sebuah karangan yang berkait dengan peribahasa air yang dicincang tidak 
      akan putus.
“Kataku pergi! Pergi!!” pekik Kassim.
“Pergi kataku!” kataku lagi.
“Mengapa mesti aku pergi?” balas Aminah, isteri Kassim sambil menangis teresak-esak menahan kesakitan.
“Bukankah ini rumahku juga?” tambahnya lagi. Mata kirinya yang lebam kerana dipukul sebelum ini sudah tidak boleh dibuka lagi.
 10.  Pengenalan jenis puisi.
Anda telah dipilih mewakili kelas dalam pertandingan menulis esei sempena 
Minggu Keusahawanan yang dianjurkan oleh Persatuan Ekonomi sekolah anda. Tajuk esei yang ditetapkan ialah “Faedah Berjimat Cermat”.
Tulis esei anda itu selengkapnya.
Tikar pucuk tikar mengkuang,
Alas nikah raja Melayu;
Ikan busuk jangan dibuang,
Buat perencah si daun kayu.
Pantun warisan di atas mengingatkan kita supaya tidak membuang ikan yang sudah busuk. Sebaliknya, suri rumah yang kreatif seharusnya memanfaatkan ikan busuk itu untuk dijadikan hidangan yang istimewa. Dengan sentuhan yang bijak, ditambah pula dengan pelbagai ramuan termasuk ulam-ulaman, ikan busuk itu akan menjadi makanan yang enak untuk dinikmati. Demikian, maksud secara literal pantun empat kerat di atas. Secara tersiratnya, pantun tersebut mengingatkan kita agar sentiasa berjimat-cermat dalam kehidupan amnya, dan perbelanjaan seharian khususnya. Tambahan pula, agama Islam sendiri melarang umatnya bersikap boros lantaran pemboros ialah sahabat syaitan.

 11.  Pengenalan jenis lagu.
Pelbagai langkah telah diambil oleh pihak kerajaan untuk memajukan sektor pertanian di samping meningkatkan taraf hidup golongan petani. 
Tulis sebuah rencana tentang sumbangan sektor pertanian terhadap ekonomi negara untuk dimuatkan dalam akhbar tempatan.
Burung yang berkicau
Air mengalir tenang
Sejuk mata memandang
Damai mempesonakan
Padi melambai-lambai
Gadis di tepi bendang
Walau panas membahang
Tetap manis tersenyum riang
Lagu ’Desa Tercinta’ dendangan Nora yang dikategorikan dalam genre muzik irama Malaysia ini sangat popular sekitar tahun 2000 yang lalu. Ilustrasi di dalam lagu tersebut menunjukkan betapa harmoni hubungan antara alam dengan insan. Lebih jauh lagi, lagu itu berusaha memberikan gambaran tentang keindahan sebuah kampung tradisional di negara kita. Kampung tersebut masih mengekalkan sektor pertanian, khususnya penanaman padi sebagai sumber utama pendapatan penduduknya. Walau bagaimanapun, gambaran seumpama itu hanya indah dan terdapat di beberapa perkampungan di negara kita, sedangkan desa yang lainnya sudah dicalar oleh projek pembangunan yang menggila. Di sisi yang lain, sektor pertanian sesungguhnya masih amat diperlukan untuk terus membangunkan negara. Lantaran itu, apakah langkah-langkah proaktif yang wajar dilaksanakan bagi memajukan sektor pertanian di negara ini?

        Apabila kita baca, dan teliti pengenalan di atas, setiap pengenalan berkenaan ada 
        kekuatan dan memberi impak yang besar kepada pembaca.
PASTIKAN ANDA BIJAK MEMILIH PENGENALAN SESUAI SEMASA MENGARANG
KERANA TINDAKAN ANDA TERSEBUT MEMBERI KESAN KEPADA MARKAH
B     Cara membina perenggan isi.
Selepas pendahuluan, pelajar-pelajar perlu menulis perenggan isi pula. Biasanya, isi yang pertama terletak pada perenggan yang kedua, isi yang kedua terletak pada perenggan yang ketiga, dan seterusnya. Dari segi isi, pelajar-pelajar dikehendaki menulis satu isi untuk satu perenggan sahaja. Walau bagaimanapun, pelajar-pelajar boleh mengemukakan isi-isi sampingan untuk memperkuat hujah atau huraian.
Secara keseluruhan, perenggan isi hendaklah sekurang-kurangnya mengandungi empat ayat dalam setiap perenggan seperti yang dinyatakan di bawah ini:
(a)            Ayat judul;
(b)            Ayat Huraian;
(c)             Ayat Bukti/Contoh; dan
(d)        Ayat penegas.
   Contoh Perenggan Deduktif
(1) Satu daripada punca mutu sukan bola sepak negara kita merosot ialah disiplin pemain negara kita tidak mencapai tahap yang tinggi. (2) Sudah banyak kali disiplin pemain bola sepak negara dipertikaikan ketika menyertai pertandingan di peringkat kebangsaan atau luar negara. (3) Sebagai contohnya, ada kalangan pemain negara yang tidak mengikuti jadual latihan yang ditetapkan oleh jurulatih dan paling memeranjatkan ada segelintir pemain yang terlibat dengan rasuah dengan mencatur keputusan perlawanan. (4) Justeru, persatuan bola sepak negari dan kebangsaan perlu mengambil berat masalah ini agar tidak memalukan mutu sukan bola sepak negara. Bak kata pepatah, jangan sampai nasi menjadi bubur (5 )
** Bentuk penulisan isi seperti ini selalu ditulis oleh pelajar semasa mengarang.
Ayat (1) Ayat judul,  ayat ( 2 ) ayat huraian, ayat (3) ayat contoh,  ayat (4 ) ayat penegas dan ayat ( 5 ) frasa menarik/ peribahasa.
B. Cara membina perenggan penutup.
Pada peringkat ini, pelajar-pelajar dikehendaki membuat kesimpulan atau menyimpulkan isi-isi penting yang telah dibicarakan. Pelajar juga dikehendaki menyatakan pendirian tentang tajuk yang dikemukakan. Kesimpulan yang ditulis itu hendaklah bersifat lebih umum dan padat. Dari segi kepanjangan, perenggan yang dibina seimbang dengan perenggan isi dan pendahuluan. Tegasnya, ayat dalam perenggan penutup ini terdiri daripada kesimpulan, ayat yang berupa cadangan, harapan, dan sebagainya.
Umumnya, fungsi kaedah penulisan penutup sesebuah karangan sama dengan fungsi kaedah pengenalan dan kaedah binaan perenggan isi iaitu untuk memastikan kepanjangan setiap perenggan anda seimbang untuk menunjukkak kepada pembaca dan pemeriksa bahawa anda seorang pelajar yang mahir menghasilkan karangan yang menarik dan bermutu. Tegasnya, kaedah binaan pengenalan, kaedah binaan perenggan isi dan kaedah binaan perenggan penutup bertujuan untuk anda mampu menghasilkan karangan peringkat cemerlang semasa menghasilkan karangan.
Contoh karangan penutup menggunakan binaan ayat:-
Kata penyimpul  + ayat cadangan + ayat cadangan + ayat cadangan + ayat harapan    
      (1) Sebagai kesimpulannya, kes kemalangan jalan raya yang begitu tinggi di negara kita, terutamanya pada musim perayaan hendaklah diatasi. (2) Dalam hal ini, pihak berkuasa mestilah bertindak tegas terhadap semua pengguna jalan raya yang melanggar peraturan dengan menguatkuasakan undang-undang yang sedia ada. (3)  Kempen-kempen yang dijalankan mestilah melibatkan semua pihak agar kesannya menyeluruh. (4) Pihak berkuasa pula janganlah memilih bulu ketika menguatkuasakan undang-undang. Semua pengguna jalan raya pula hendaklah ingat bahawa keselamatan di jalan raya ialah tanggungjawab bersama.
     (1)Kata  penyimpul, ayat (2) ayat cadangan, ayat (3) ayat cadangan dan ayat (4) ayat   
        harapan.                 
 Berdasarkan soalan di bawah cuba, lengkapkan karangan berpandu di bawah.
 Soalan karangan berpandu:
 Kebaikan Membeli Barangan Buatan Malaysia
Pernggan Pengenalan:-
-Kriteria 
 |    
Contoh Ayat 
 |   
Lagu   Negaraku 
 |    
Negaraku, 
Tanah   tumpahnya darahku,  
Rakyat   hidup bersatu dan maju, ......... 
 |   
Ayat   Rangsangan 1 
 |    
Bait-bait lagu lagu kebangsaan   Negaraku di atas menyemai bibit    semangat cinta akan negara dalam kalangan warga Malaysia.  
 |   
Ayat   Rangsangan 2 
 |    
Sebagai rakyat  yang sayang akan negara , kita perlu   memberi keutamaan kepada negara baik dari segi  ekonomi, politik dan perpaduan negara.  
 |   
Ayat   Rangsangan 3 
 |    
Justeru, antara kewajiban kita   sebagai warga negara Malaysia adalah untuk membeli barangan buatan tempatan. 
 |   
Ayat   Penegas 
 |    
Terdapat   beberapa kebaikan .................................................................. 
 |   
Perenggan Isi:-
Pembinaan perenggan Isi ( Pertama)
Kriteria 
 |    
Contoh Ayat 
 |   
Ayat   Judul 
 |    
Antara kebaikan membeli barangan   buatan Malaysia  adalah untuk  menjimatkan perbelanjaan isi rumah sesebuah   keluarga 
 |   
Ayat   Huraian 1 
 |    
Hal ini kerana ...........................Malaysia   lebih murah berbanding barangan yang ........................................... 
 |   
Ayat   Huraian 2 
 |    
Barangan import lebih ................kerana   kebiasaannya barangan berkenaan dikenakan cukai oleh kerajaan berbanding   barangan yang dikeluarkan.......................  
 |   
Ayat   Huraian 3 
 |    
Tambahan pula, barangan   buatan Malaysia tidak ada bezanya dengan barangan luar negara malah lebih .....................dan   .....................oleh masyarakat.  
 |   
Ayat   Contoh 
 |    
Contohnya  kereta   buatan Malaysia seperti ...........................................dan   ...............memang sudah diterima pakai kebanyakan negara luar termasuk   negara maju seperti Britain.  
 |   
Frasa   menarik 
 |    
Kita haruslah menyahut seruan kerajaan dengan   slogan “Cintailah Barangan Buatan Malaysia”. Alah   membeli menang memakai.  
 |   
Ayat   Penegas 
 |    
Tegasnya, kita harus membeli barangan buatan Malaysia kerana tindakan membeli   barangan buatan negara  dapat   menjimatkan perbelanjaan keluarga.  
 |   
Pembinaan perenggan Isi ( Kedua )
Kriteria 
 |    
Contoh Ayat 
 |   
Ayat   Judul 
 |    
Selain   itu,   membeli barangan buatan Malaysia dapat meningkatkan imej negara di ..............................    
 |   
Ayat   Huraian 1 
 |    
Siapa lagi yang perlu memberi   kepercayaan kepada barangan ................................sendiri  jika tidak kita sebagai warga Malaysia?  
 |   
Ayat   Huraian 2 
 |    
Sekaligus, masyarakat   luar akan memandang tinggi masyarakat negara kita yang bangga menggunakan   barangan jenama ................................ 
 |   
Ayat   Huraian 3 
 |    
Syarikat yang menyediakan   perkhidmatan pengangkutan di Malaysia    perlu menggunakan  kereta buatan   ...................... sebagai usaha untuk mempromosi kereta berkenaan.  
 |   
Ayat   Huraian 4 
 |    
Paling membanggakan, ada pelancong yang .............................apabila   memandu atau menaiki kereta sewa buatan Malaysia.  
 |   
Ayat   Contoh 
 |    
Antara contoh syarikat penyewa kereta terkenal di   Malaysia seperti Syarikat Kereta Sewa Hawk, Syarikat Kereta Sewa Taman   Maluri, Selangor, Syarikat  Kereta Sri   Perak di Perak dan sebagainya.  
 |   
Frasa   Menarik 
 |    
Sepatutnya, slogan ............................perlu   diimplementasikan dalam penggunaan barangan buatan tempatan.  
 |   
Ayat   Penegas 
 |    
Jelasnya di sini, .................................................................................................. 
................................................................................................ 
 |   
Pembinaan perenggan Isi ( Ketiga )
Kriteria 
 |    
Contoh Ayat 
 |   
Ayat   Judul 
 |    
Budaya membeli barangan buatan   tempatan juga dapat menyemai semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat.  
 |   
Ayat   Huraian 1 
 |    
Sebagaimana   yang kita sedia maklum, industri pembuatan barangan Malaysia telah   berjaya menghasilkan barangan berkualiti seperti .................................................................................................................. 
 |   
Ayat   Huraian 2 
 |    
Malahan, barangan ini   bukan sahaja dipasarkan di pasaran tempatan , negara jiran malah dieksport ke   negara maju.  
 |   
Ayat   Huraian 3 
 |    
Justeru, sebagai seorang warganegara   Malaysia, kita sepatutnya bangga menggunakan barangan buatan sendiri kerana   secara tidak langsung tindakan ini dapat meningkatkan imej negara di ...........................    
 |   
Ayat   Contoh 
 |    
Antara barangan yang boleh kita utamakan , selain   membeli kenderaan adalah dengan membeli telefon bimbit keluaran negara   seperti CSL. 
 |   
Frasa   Menarik 
 |    
Justeru kita perlu mengelakkan daripada bersikap seperti   kera di hutan disusukan, anak di ..........................................  
 |   
Ayat   Penegas 
 |    
Tegasnya, .................................................................................................................... 
 |   
Pembinaan perenggan Isi ( Keempat )
Kriteria 
 |    
Contoh Ayat 
 |   
Ayat   Judul 
 |    
Bahkan   juga,   membeli barangan buatan Malaysia dapat memajukan industri tempatan.  
 |   
Ayat   Huraian 1 
 |    
Sekiranya masyarakat tempatan   sendiri tidak mengambil inisiatif untuk membeli barangan Malaysia,   berkemungkinan besar pengusaha industri berkenaan akan gulung tikar.    
 |   
Ayat   Huraian 2 
 |    
Tambahan   pula,   apabila industri tempatan tidak boleh beroperasi mengeluarkan barangan   mereka, sudah pasti barangan keluaran negara luar terutama negara maju akan   memonopoli pasaran tempatan.  
 |   
Ayat   Huraian 3 
 |    
Apabila berlakunya situasi begini,   sukar untuk industri Malaysia bertapak semula seperti sediakala. Sudah   terhantuk ..................................  
 |   
Ayat   Contoh 
 |    
Antara contoh barangan buatan luar yang menguasai   pasaran tempatan seperti kereta jenama Honda, Toyota dan Mitsubishi sedangkan   syarikat pengeluar tempatan seperti Proton dan Perodua mengeluarkan kereta   jenama Malaysia.  
 |   
Frasa   Menarik 
 |    
Oleh   sebab itu, masyarakat Malaysia perlu bekerjasama bagaikan   aur dengan tebing untuk memajukan industri kereta buatan Malaysia   agar kita boleh berdiri sama tinggi   dan ..................................................... 
................................................................................ 
 |   
Ayat   Penegas 
 |    
Konklusinya, kemajuan industri tempatan bergantung kepada sikap pengguna negara   ini. Jika mereka mengutamakan barangan tempatan, sudah pasti industri   tempatan akan berdaya saing seperti industri negara luar. 
 |   
Pembinaan isi perenggan penutup.
Kriteria 
 |    
Contoh Ayat 
 |   
Kata   Peyimpul 
 |    
Intihanya, Kesimpulannya, Akhir   kalam, Konklusinya, Tuntasnya,  
 |   
Ayat   Cadangan 
 |    
Masyarakat  sebagai pengguna, pengeluar barangan, dan   kerajaan perlu saling bekerjasama untuk    memastikan barangan buatan Malaysia    diguna pakai oleh masyarakat dalam kehidupan seharian.  
 |   
Ayat   Cadangan 1 
 |    
Masyarakat sebagai pengguna perlu   mengutamakan barangan keluaran tempatan sebagai barangan pilihan utama  mereka semasa membuat pembelian.  
 |   
Ayat   Cadangan 2 
 |    
Sementara   itu,   pihak pengeluar perlu sentiasa meningkatkan kualiti barangan keluaran mereka   supaya mendapat kepercayaan daripada pihak pengguna.  
 |   
Ayat   Cadangan 3 
 |    
Pihak kerajaan perlu mengambil tindakan   drastik  melalui  Kementerian Pengguna membantu mempromosikan   .................................................... 
......................................................................    
 |   
Ayat   Harapan 
 |    
Apabila semua pihak di atas bekerjasama bagaikan   “aur dengan tebing “ sudah pasti barangan buatan Malaysia mampu menjadi   barangan keutamaan dan kebanggaan negara.  
 |   
SEMOGA ANDA FAHAM KAEDAH MENULIS KARANGAN YANG BAIK.
Latihan Tusyen Impian Sinar.
4 ulasan:
hebat! =)
mohon izin gunakan untuk pelajar....
Maaf lambat balas kerana saya jarang melihat ulasan pelayar internet ke blog saya. Saya izinkan demi kepentingan ilmu dan kepentingan PdP. Semoga bahan berkenaan banyak membantu Tuan.
Catat Ulasan