LATIHAN TAMBAHAN ( PELAJAR SMKASAS)
BAHAGIAN 2 RUMUSAN DAN PETIKAN
RUMUSAN
A. PENGENALAN
1. Soalan
rumusan dikemukakan dalam Kertas BM 2 bahagian 1.
2. Soalan
ini memperuntukkan 30 markah.
3. Pelajar
perlu akur jumlah patah perkataan rumusan tidak lebih 120 patah perkataan.
4. Pelajar
perlu mengambil perhatian terhadap soalan ini kerana mereka mudah untuk
memperoleh markah penuh sekiranya faham kaedah menjawab soalan dengan format
yang dikehendaki.
B. KAEDAH
MENJAWAB SOALAN RUMUSAN
1.
SEBELUM
MENULIS RUMUSAN
a. Baca
dan fahamkan arahan soalan supaya pelajar dapat mengesan kehendak soalan dengan
tepat.
b. Gariskan
kata kunci utama dan sampingan yang akan memandu pelajar untuk mencari
i)
Isi tersurat ( Tersenarai dalam petikan)
ii)
Isi tersirat
( Perlu ditulis sendiri berdasarkan kata kunci sampingan dan
perkaitannya dengan isi tersurat )
c. Baca
petikan sekurang-kurangnya dua kali atau sehingga anda faham, kemudian gariskan
isi tersurat yang terdapat dalam petikan berkaitan dengan kata kunci utama.
d. Untuk
mendapatkan isi tersirat, anda perlu mengaitkan isi tersurat yang anda peroleh
dan menulis perkaitannya berdasarkan kata
kunci sampingan.
2.
SEMASA
MENULIS RUMUSAN
a. Penulisan Pendahuluan Rumusan ( 2 markah )
i. Pendahuluan
rumusan perlu ditulis dalam satu ayat sahaja.
ii. Kata
kunci yang perlu ditulis hanya kata
kunci utama dan kata kunci sampingan tidak perlu disalin. Namun, tiada
kesalahan jika kata kunci sampingan ditulis tetapi tindakan tersebut akan
menambah bilangan perkataan dalam rumusan anda.
iii. Pastikan anda menukar kata kunci pertama dengan kata sama maksud untuk mendapat markah
penuh bahagian pengenalan.
iv.Sekiranya kata kunci
utama tidak diubah, pelajar akan mendapat 0 markah untuk bahagian pengenalan.
Di
bawah disenaraikan kata kunci utama yang kerap dikemukan dalam soalan rumusan dan disenaraikan perkataan yang sama
maksudnya untuk tujuan menukar perkataan fokus pertama:-
No.
|
Kata
Kunci Utama
|
Kata
Sama Maksud Dengan Kata Kunci Utama
|
|
1
|
Sebab-sebab
|
punca-punca,
faktor-faktor, potensi
|
|
2
|
Langkah-langkah
|
usaha-usaha,
cara-cara, tindakan-tindakan, cadangan-cadangan, teknik, modus operandi
|
|
3
|
Masalah
|
kekangan,
penghalang, karenah, batasan,
|
|
4
|
Faedah-faedah
|
keperluan,
, kepentingan, kesan-kesan positif,
kebaikan, manfaat, kelebihan, kemaslahatan, afdal
|
|
5
|
Kesan-kesan
|
akibat,
keburukan, impak, implikasi, natijah
|
|
6
|
Ciri-ciri
|
sifat-sifat,
kriteria,
|
|
7
|
Cadangan
|
Usul, pendapat, pandangan,
|
|
8
|
Peranan
|
fungsi,
tanggungjawab, tugas, kewajipan
|
|
9
|
Faedah
|
kebaikan,
manfaat, keuntungan, kelebihan
|
|
Contoh soalan dan cara menulis pengenalan rumusan
yang baik.
Contoh soalan rumusan
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat
satu rumusan tentang usaha-
usaha mengurangkan kadar kemalangan jalan raya dan
kesan-kesannya.
Contoh
penulisan pengenalan rumusan
1.
Petikan
membincangkan langkah-langkah
mengurangkan kadar kemalangan jalan
raya.
( 2 markah )
2.
Petikan
membincangkan langkah-langkah
mengurangkan kadar kemalangan jalan raya
dan kesan-kesannya. ( 2 markah )
3.
Petikan
membincangkan usaha-usaha mengurangkan kemalangan jalan-raya ( 0 markah)
Di bawah disenaraikan frasa yang boleh digunakan
untuk memulakan pengenalan rumusan:-
1. Petikan memperkatakan......
2. Petikan menyentuh... 3. Petikan berkaitan... 4. Petikan membincangkan... 5. Petikan mengenai... |
6. Petikan menerangkan..
7. Petikan menghuraikan.. 8. Petikan menjelaskan 9. Petikan tentang..... |
b.
Penulisan isi tersurat ( 4 hingga 12 markah )
i.
Isi tersurat ialah
isi yang terdapat di dalam petikan teks
dan panduan untuk menentukan isi ini berdasarkan kata kunci utama.
ii.
Biasanya dalam
petikan yang diberikan terdapat 9 hingga 10 isi tersurat.
iii. Calon perlu menulis sekurang-kurangnya 2 isi
tersurat dalam bahagian ini.
iv. Markah calon akan hilang sekiranya, calon menulis perkataan cadangan / saranan seperti patut,
mesti, perlu, boleh, atau harus dalam bahagian ini sekiranya kata kunci
rumusan meminta calon menulis faktor atau
kesan ( Telah berlaku). Kesimpulannya, calon tidak boleh menambah idea,
cadangan atau membuat ulasan di bahagian ini.
v. Dicadangkan, calon menulis isi tersurat yang
betul-betul mantap dan elakkan menulis isi tersurat yang rapuh.
vi. Elakkan juga menulis isi yang bertindan atau isi
yang sama maksud ( Setara).
c.
Penulisan isi tersirat ( 4 hingga 12 markah)
i. Calon mencari isi tersirat berdasarkan kata kunci
sampingan atau arahan kedua dalam soalan rumusan.
ii. Pastikan isi tersirat tidak ada dalam petikan teks kerana isi yang tersenarai
dalam teks bukan isi tersirat tetapi isi tersurat.
iii. Sebarang isi yang tidak ada perkaitan dengan isi
tersurat atau tidak mempunyai perkaitan dengan kata kunci sampingan tidak
dianggap sebagai isi tersirat.
*** Dalam sesuatu petikan terdapat sekurang-kurangnya sembilan atau sepuluh isi tersurat..
Pilihan isi yang dicadangkan
Isi tersurat : 6 5 4 3 2
Isi tersirat : 2 3 4 5 6
*** Pastikan gabungan isi tersurat dan isi tersirat mesti mempunyai 8 isi kerana markah yang
diperoleh melalui gabungan isi ini di atas = 16 markah.
d. Cara menulis penutup rumusan teks: ( 2 markah )
i.
Kesimpulan
sesuatu rumusan perlu ada ayat pandangan atau cadangan ( siapa yang terlibat) + kata hubung ( supaya/ agar ) + ayat harapan.
Contoh: Kesimpulannya, masyarakat dan pihak berkuasa perlu membanteras gejala rasuah agar
masalah tersebut tidak mengancam ekonomi negara.
Markah : Pendahuluan : 2 markah
Isi tersurat : 16 markah
Isi tersirat : 4 markah
Penutup : 2 markah
Jumlah markah isi : 20 markah
Markah bahasa : 10 iaitu separuh markah isi. Jika anda mendapat 20 markah isi
markah bahasa anda 10, dan sebaliknya markah isi anda 12
maka markah bahasa anda dapat hanya 6 markah.
Sebagai latihan cuba rumuskan teks di bawah:- ( Soalan Percubaan Kertas 2 SBP 2011)
1103/2 SULIT
Soalan I :Rumusan
[30 markah]
[30 markah]
Baca petikan di
bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan berekreasi dalam
kalangan remaja dan kekangan
yang dihadapi bagi melaksanakannya. Panjang
rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Berekreasi sememangnya digalakkan bagi setiap orang.
Kepentingan menjaga kesihatan ialah tanggungjawab yang tidak boleh dipandang
mudah dan kita perlu melakukannya bagi memastikan kesihatan tubuh dan
kecerdasan minda tidak terganggu.
Berekreasi merupakan terapi fizikal semula jadi untuk mengekalkan kecergasan
dan kecerdasan minda. Persekitaran hari ini yang serba moden dan canggih
menyaksikan kegiatan rekreasi bagi tujuan mengeluarkan
peluh tidak lagi tertumpu di taman permainan, sebaliknya boleh dilakukan di pusat kesihatan yang menyediakan pelbagai
peralatan senaman moden. Hampir di setiap kawasan perumahan, ada disediakan
taman untuk berekreasi.
Bagi golongan remaja, rekreasi yang dilakukan secara
teratur, sama ada secara dilakukan
secara berseorangan ataupun berkumpulan, mampu mengelakkan remaja daripada
terjebak dalam aktiviti tidak sihat yang boleh merosakkan masa hadapan mereka.
Berekreasi, selain berfungsi menyihatkan
badan dan memberikan kesihatan yang baik, minda yang cerdas dan menjauhkan diri daripada gejala sosial yang tidak sihat, juga
mampu mendidik remaja untuk lebih terbuka dari segi minda dan pergaulan.
Kesempatan bertemu dengan rakan baharu dapat membantu membentuk sahsiah diri remaja yang baik, seperti belajar untuk bergaul,
menghormati sesama rakan, dan yang paling penting, mengajar mereka untuk
tidak mementingkan diri sendiri.
Rekreasi yang dilakukan secara teratur
mampu membentuk golongan remaja menjadi lebih matang,
berketerampilan, dan mempunyai keyakinan dalam pergaulan. Pergaulan yang sihat
membolehkan remaja berkongsi pengalaman dan semua ini penting sebagai
persediaan untuk menempuh alam dewasa yang lebih
mencabar. Program rekreasi secara berkumpulan mendedahkan remaja kepada
aspek kerohanian. Secara tidak langsung akan membantu meningkatkan motivasi diri dan menilai diri serta
menghargai usia remaja dengan sebaikbaiknya. Remaja yang suka berekreasi
bukan sahaja mempunyai minda yang sihat serta terbuka dalam pergaulan, tetapi
juga lebih terarah dalam soal kehidupan berbanding dengan mereka yang tidak
melakukan aktiviti rekreasi.
Berekreasi membantu perkembangan
psikologi remaja. Sebagai remaja yang menuju alam kedewasaan dan perlu membuat
pilihan untuk menentukan masa hadapan, biasanya mereka telah ada arah tuju atau pilihan. Berekreasi memudahkan
remaja mencari hala tuju dalam kehidupan mereka tanpa terpengaruh oleh
persekitaran yang tidak sihat. Mereka akan mudah membuat keputusan kerana
memiliki badan yang sihat dan minda yang cerdas. Remaja yang membuat pilihan bijak akan mengecap kejayaan dan
mereka yang tersilap langkah akan berdepan dengan kehancuran dan
dihimpit masalah. Oleh itu, bagi menggalakkan remaja aktif berekreasi, kerajaan
telah membina banyak pusat sukan tertutup bagi melahirkan masyarakat Malaysia
yang sihat dan cerdas.
(Dipetik dan diubah suai daripada
rencana 'Ayuh Berekreasi', Dewan Siswa,
Januari 2010)
Soalan 2(a) –
Petikan Umum
Berdasarkan
petikan Soalan 1,
jawab soalan-soalan yang berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
(i) Berikan maksud rangkai kata menuju alam
kedewasaan .
[2 markah]
(ii) Apakah
usaha-usaha yang telah dilakukan oleh pihak
kerajaan dan swasta untuk menggalakkan
rakyat berekreasi? [ 3markah]
(iii) Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah
yang boleh
dilakukan oleh pihak sekolah untuk menggalakkan
para pelajar
berekreasi . Berikan tiga cadangan.
[4 markah]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan