Isnin, 26 November 2012

BAGAIMANA PERKEMBANGAN TUGASAN BAHASA MELAYU ANDA DALAM CUTI?

       Sehingga ke hari ini sudah 18 hari pelajar bercuti. Sebagai seorang pelajar kluster, sepatutnya anda sudah menyalin sekurang-kurangya satu karangan setiap empat karangan berfokus terbaik yang telah saya arahkan, iaitu karangan berfokus diri, karangan berfokus keluarga, karangan berfokus masyarakat, dan karangan berfokus negara. Sekiranya, anda bijak menggunakan masa dan pelajar cemerlang, kemungkinan ada yang telah menyalin dua karangan setiap karangan berfokus yang telah saya tetapkan. Terbaik, sekiranya pelajar menyalin satu karangan berfokus berkenaan setiap minggu.
                  Kerja kedua, iaitu mengumpul maklumat berkaitan isu semasa. Pastikan anda telah mengumpul maklumat berkenaan untuk digunakan membuat folio atau buku skrap apabila sesi persekolahan 2013 bermula. Saya mengarahkan anda berbuat demikian kerana faktor utama karangan anda tidak matang atau mantap kerana pembacaan atau maklumat sedia ada kurang mengenai isu yang anda tulis. Justeru, sepanjang cuti ini anda mempunyai banyak sumber rujukan seperti akhbar, maklumat capaian melalui internet dan sebagainya. Gunakan masa lapang dan kesempatan yang ada untuk memudahkan anda menghasilkan karangan cemerlang apabila sesi persekolahan nanti.
                   Sebagai kerja tambahan, salin karangan berbentuk peribahasa (cerita) sekurang-kurangnya, dua karangan berdasarkan peribahasa yang berbeza. Pastikan karangan peribahasa yang anda salin menyelitkan teknik plot pelbagai dan jalan ceritanya menarik. Sekian, Selamat Bercuti.

Khamis, 15 November 2012

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH

Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 muharram tahun baru bagi Takwim Hijrah. Namun Tahun Hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah itu diambil sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah.

MUHASABAH MAAL HIJRAH

Di awal tahun baru hijrah,
Ku sujud menghambakan diri pada-Mu,
Hati terus merintih mengenangkan dosa lalu,
Kotornya diri dengan maksiat dan noda,
Lemahnya jiwa berdepan dengan dunia,
Lalainya diri dari mengingati-Nya,
Astaghfirullahal 'adzim....
Banyaknya kekurangan diri,
Ampuni hamba-Mu ini Ya Allah.
Aku sedar,
Jiwa yang tandus taqwa,
Terdorong lakukan apa sahaja,
Sanggup menentang arus kehendak Ilahi,
Yang difikir hanyalah untuk kepuasan diri,
Maka, pabila dosa telah larut,
Gelaplah hati, kotorlah jiwa, murunglah diri,
Itulah fitrah sang pendosa,
Yang leka dari pencipta-Nya.
Namun, bila iman hadir di jiwa,
Mata hati mula bekerja,
Baru kusedar, betapa diri jauh dari-Mu Tuhan,
Asyik sibuk untuk dunia,
Hinggakan solat sering kutunda,
Al-Quran pun malas dibaca,
Lidahku kotor dengan kata-kata dusta,
Mata ini tak kujaga dari perkara dosa,
Telinga ini mendengar apa yang tak sepatutnya,
Kaki ini sering melangkah ke tempat lagha.
Ya Allah,
Jauh sekali diriku dengan peribadi kekasih-Mu,
Kau teladan terbaik bagi seluruh umat,
Ingin sekali aku mencontohi peribadimu, Rasulullah
Meskipun dirimu suci tanpa dosa,
Solat malam tidak pernah kau lupa,
Munajatmu di tengah malam jadi rutin harian,
Pengharapanmu pada Tuhan terlalu tinggi,
Sedang aku???
Seorang hamba yang penuh dosa....
Solat fardhu pun kurang dijaga,
Apatah lagi solat malam sepertimu, Ya Nabiyullah.

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH KEPADA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT.
SEMOGA TAHUN BARU HIJRAH INI KITA AKAN BERUBAH MENJADI LEBIH BAIK
BERBANDING TAHUN-TAHUN YANG SUDAH BERLALU. AMIN

Rabu, 14 November 2012

CARA MENCARI BAHAN UNTUK KARANGAN UMUM SEBAGAI LATIHAN.

Assalamualaikum, pelajar Ting. 4 SMKASAS yang disayangi. Maaf kerana mungkin arahan saya sebelum ini agak mengelirukan berkaitan latihan menyalin karangan umum. Namun, di dalam blog saya banyak bahan yang perlu anda bongkar khazanahnya. Terdapat banyak karangan berfokus di dalamnya, fokus diri, fokus keluarga, fokus masyarakat, fokus negara dan sebagainya. Untuk memperolehnya, anda boleh mengklik di bahagian tepi blog bahan yang telah saya terbitkan sebelum ini ) yang tertulis karangan menarik yang boleh dijadikan panduan untuk menghadapi SPM 2012 atau ada juga karangan jenis sukan dan sebagainya. Justeru, selongkar bahan-bahan tersebut.
       Anda hanya perlu menyalin tetapi perlu mengikut arahan di blog saya sebelumnya. Anda boleh mengubah suai pengenalan berdasarkan cita rasa atau kreatif anda. Namun, anda dibenarkan menyalin karangan tersebut sepenuhnya. Harap maklum.

Isnin, 12 November 2012

BAGAIMANA UNTUK MENGHASILKAN KARANGAN YANG BAIK

Peringatan Kepada Pelajar SMKASAS.
          Sepanjang cuti semester akhir ini, cuba lakukan penambahbaikan dan perluasan ilmu terutama berkaitan isu-isu semasa. Maksud saya, anda perlu banyak membaca mengenai pelbagai isu kerana pengetahuan yang pelbagai merupakan penentu utama kematangan anda semasa menghuraikan sesebuah karangan. Perlu diingatkan juga, pelajar yang bijak mengarang bukan sahaja perlu mantap dari segi penguasaan kaedah mengarang, bahkan  perlu mempunyai pelbagai malumat semasa, ditambahkan lagi penguasaan tatabahasa. dan menguasai pelbagai format karangan. Justeru, cuba dapatkan pelbagai isu semasa sama ada isu berkaitan kekeluargaan, masalah sosial, isu kemalangan, isu bencana alam, isu pendidikan, isu sukan negara, isu kepentingan Bahasa Kebangsaan, isu kepentingan kestabilan ekonomi negara , isu kepentingan hubungan politik dua hala dan pelbagai isu yang anda rasakan penting. 
                Langkah seterusnya, isu-isu berkenaan anda simpan dalam "pendrive" dan setiap isu berkenaan perlu asingkan berdasarkan tajuknya. Seterusnya, maklumat berkenaan akan membantu anda untuk membuat folio dan kita akan bincangkan formatnya apabila sesi persekolahan 2013 dibuka nanti. Hal ini perlu untuk memastikan folio berkenaan direalisasikan dalam format folio yang selaras. Dapatan maklumat tersebut, akan digunakan semasa menulis karangan. Selain itu, maklumat-maklumat berkenaan mungkin akan membantu pasukan debat, atau pembahas sekolah dan mungkin juga ada dalam kalangan anda yang berkebolehan untuk diketengahkan sebagai pendebat atau pembahas sekolah. 
                   Justeru, kemudahan untuk mendapatkan maklumat, sama ada dalam internet, atau bahan akhbar juga boleh digunakan untuk tujuan tersebut. Saya berharap anda akan melakukan tugasan ini sepanjang cuti ini untuk meningkatkan pengetahuan sedia ada anda. InsyaAllah maklumat berkenaan akan membantu anda untuk mematangkan huraian idea untuk menghasilkan karangan yang menarik. Selain itu, sekiranya anda terjumpa karangan menarik cuba kumpulkan juga untuk  diselitkan ke dalam folio nanti. 


       Bersama-sama bahan tulisan saya ini saya paparkan kelemahan pelajar semasa menulis karangan untuk menjadi iktibar atau panduan anda.


TEKNIK PENULISAN KARANGAN BERPANDU DAN KARANGAN UMUM
ANTARA CIRI KELEMAHAN KARANGAN PELAJAR
A   Pengenalan

Ø Takrif definisi tidak tepat
Ø Tidak menarik, tidak memperlihat kematangan berfikir 
Ø Tidak lengkap dan terlalu pendek 
Ø Tidak menjurus kepada kehendak soalan dan isi
Ø Ayat meleret-leret dan tidak releven

Penjelasan punca kelemahan:-
Pelajar tidak menguasai kaedah menulis perenggan pengenalan kerana:-
 a) Tidak mahir memilih pengenalan yang 
     sesuai.
 b) Kurang kreatif untuk menggunakan bahan  
     yang ada di sekeliling mereka contoh, 
     lagu, pantun, petikan akbar, iklan, dan 
     sebagainya.
 c) Tidak berusaha untuk memantapkan 
     perenggan pengenalan.

B        Isi

Ø  Isi kurang dan tidak mencukupi
Ø  Isi tidak menepati tajuk. Isi bercampur-aduk dengan isi konkrit dan bukan konkrit
Ø  Isi tidak disusuli contoh dan huraian
Ø  Isi berulang-ulang (sama)
Ø  Fakta yang diberi kurang tepat atau salah.
Ø  Isi kurang logik, tidak matang, tidak jelas dan sempit pengetahuan (Sikap kurang membaca)
Ø  Isi terpesong

Penjelasan punca kelemahan:-
a)  Kurang maklumat kerana pengetahuan 
     sempit ( Kurang membaca).
b)  Tidak menguasai kaedah penulisan 
     karangan samada kaedah deduktif, induktif 
     atau gabungan kaedah penulisan. 
c)  Tidak menguasai format karangan.
d)  Kurang latihan.
c)  Sikap ambil mudah semasa mengarang.
 
C)   Pemerengganan

Ø  Tidak sesuai dan kadang-kadang isi bercampur aduk dalam satu perenggan atau perenggan yang dibuat tidak mengandungi isi baru.
Ø  Bercampur-aduk, tidak seimbang, tidak teratur dan tidak kemas.
Ø  Perenggan yang dibuat ada yang terlalu panjang, ada yang terlalu pendek.

Penjelasan punca kelemahan:-
a)  Tidak menguasai keaedah penulisan. 
     ( Rujuk jenis-jenis kaedah.)
b)  Kurang membaca, kurang isi atau 
     maklumat.

D)     Bahasa

Ø  Bahasa lemah, tidak lancar 
Ø  Berbelit-belit, sukar difahami
Ø  Ejaan dan tatabahasa banyak kesalahan
Ø  Struktur ayat terhad, kosa kata tidak tepat
Ø  Jumlah bilangan perkataan sangat kurang, tidak memenuhi syarat

Penjelasan punca kelemahan:-
a)  Penguasaan tatabahasa lemah.
b)  Tiada usaha untuk menguasai kemahiran
     tatabahasa.
c)  Penguasaan perbendaharaan kata kurang.
d)  Kurang penguasaan frasa menarik seperti
     peribahasa, simpulan bahasa, kata-kata
     hikmah, kata-kata pemimpin, dan lain-lain
     lagi.
E)     Format

Ø Tidak menepati atau tidak mengetahui langsung format yang dikehendaki
Ø Tidak dapat membezakan kehendak karangan sama adakarangan berformat atau tidak berformat.

 Penjelasan punca kelemahan:-
a)  Kurang faham atau tidak membaca soalan
     dengan teliti.
b)  Tidak menguasai format-format karangan seperti karangan berformat dan tidak berformat.
c)  Kurang membaca.

F)    Tulisan

Ø Tidak jelas, sukar dibaca dan difahami
Ø Mengelirukan, comot, terdapat banyak kesalahan ejaan
Ø Terlalu kecil tulisan dan tidak kemas.

Penjelasan punca kelemahan:-

a) Budaya atau kebiasaan.
b) Tiada kesungguhan untuk membaiki 
    tulisan.
  Kesimpulannya, untuk menghasilkan sebuah karangan yang bermutu dan cemerlang memerlukan usaha dan
  kesungguhan.. Anda tidak akan dapat menghasilkan karangan yang mantap dengan hanya membuat
  latihan yang minima.. Paling penting, bimbingan guru adalah diperlukan, selain pelajar sendiri banyak
  bertanya kepada guru bahasa Melayu. Jangan anda beranggapan, anda orang Melayu boleh menguasai
  kemahiran berbahasa. Sikap sebegini menyebabkan orang Melayu ketinggalan, sedangkan bangsa bukan
  Melayu sudan mengatasi bangsa Melayu.
       Jika ada yang tidak faham, sila hubungi saya. Setiap pertanyaan, saya akan cuba selesaikan.


Jumaat, 9 November 2012

SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA DAN KERJA UNTUK SESI PERSEKOLAHAN 2012.

Karangan Umum. ( Kerja Pertama)

i)   Pertama sekali cuba rujuk contoh-contoh bagaimana untuk menulis karangan yang baik:-
a)  Pengenalan perlu tepat dan sesuai serta menarik hati pemeriksan.
b)  Pengenalan perlu matang, dan huraian diolah dengan menggunakan kaedah deduktif.
     ( Rujuk nota di bawah bagaimana untuk mengolah karangan dengan menggunakan kaedah deduktif)
c)  Penutup perlu ada ayat cadangan dan ayat harapan.
     ( Rujuk bagaimanana untuk menghasilkan penutup yang baik)
** Cuba lihat nota kaedah-kaedah penulisan karangan yang baik pada bahagian coretan    
      sebelumnya kerana di situ anda akan faham format penulisan setiap perenggan yang 
      dimaksudkan di atas.

Kemudian salin contoh karangan berfokus    i)    diri
                                                                   ii)    keluarga
                                                                  iii)    masyarakat.
                                                                  iv)    negara.

Semasa menyalin, anda perlu menggariskan : Ayat isi. Istilah tulis di atas perkataan dan frasa menarik tulis di bahagian atas frasa atau ayat.

Jika boleh ubah suai pengenalan jika anda dapati ada pengenalan yang lebih sesuai dan ini dikatakan kreatif.

Anda boleh menyalin karangan dalam kertas peperiksaan atau kertas kajang. Atau anda ingin menggunakan komputer dan cetak. Ehhhh.....print tak boleh kerana takut ada yang "copy paste" kecuali mereka yang mengubah suai karangan berkenaan. Jika ada masalah sms saya 019-7771313 atau face book mohdramsul@yahoo.com atau email "mohdramsul@yahoo.com atau tulis di pop up my cbox pada bahagian atas blog saya untuk berhubung dengan saya secara terus jika saya online blog ini.

Ingat ini baru latihan pertama. InsyaAllah latihan lain akan menyusul kemudian. Harap maklum.

Khamis, 8 November 2012

KEPUTUSAN BAHASA MELAYU PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TING. 4K 2012


  PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2012           KERTAS 2                   KERTAS 1                 KEPUTUSAN
  TINGKATAN 4K (2012)/ MARKAH 30 9 9 8 9 6 6 6 6 6 7 8 110   Gred 30 100 130         JUMLAH   GRED
Bil Nama 1A 2A 2B 2C 2D 3A 3B 3C 3D 3E  4A 4B JUMLAH %   BAH. A BAH. B JUMLAH GRED   %  
1 ALIFF FITRI BIN MOHD YUNUS 30 6 6 4 7 6 4 3 4 6 7 8 91 83 A 18 86 104 A 195 81 A
2 ARWA NAJIHAH BINTI MUHAMMAD NOOR ANUAR 26 5 9 4 6 5 5 5 3 0 7 3 78 71 B+ 26 83 109 A 187 78 A-
3 HANISAH BINTI MOHD. NOSRUDDIN 27 7 7 5 6 3 4 5 2 4 7 8 85 77 A- 20 82 102 A- 187 78 A-
4 MOHAMAD IZKRAM BIN IBRAHIM 28 6 5 4 4 5 0 3 3 2 7 8 75 68 B 23 89 112 A 187 78 A-
5 MUHAMAD ASYRAF BIN DAUD 30 7 7 4 8 6 6 2 4 6 7 8 95 86 A 24 80 104 A 199 83 A
6 MUHAMMAD DANIAL BIN JAMIL 30 6 8 7 8 4 4 4 3 0 7 8 89 81 A 21 88 109 A 198 83 A
7 MUHAMMAD FALEH IKHWAN BIN MOHAMMED 27 9 6 7 9 6 6 5 3 6 7 8 99 90 A+ 25 80 105 A 204 85 A
8 MUHAMMAD FIRASLULLAH B AZMAN 27 7 7 6 8 5 4 3 4 0 7 8 86 78 A- 24 86 110 A 196 82 A
9 MUHAMMAD HAZRUL QAYYUM BIN CHE HAMZAH 17 5 3 3 6 5 2 2 3 0 7 7 60 55 C 22 82 104 A 164 68 B
10 MUHAMMAD HUSAINI HAFIZ BIN ABDULLAH 24 6 8 3 2 6 4 2 4 2 7 8 76 69 B+ 22 87 109 A 185 77 A-
11 MUHAMMAD KHAIRIL ADZHAR BIN ZAINUDDIN 30 6 7 2 9 4 4 4 3 4 7 8 88 80 A 24 84 108 A 196 82 A
12 MUHAMMAD NAZHAN BIN MAZLAN 30 9 9 5 5 5 6 4 4 6 7 8 98 89 A 22 91 113 A 211 88 A
13 MUHAMMAD SYAKIR BIN AHMAD ZAHIRI 30 4 3 4 2 5 2 2 2 2 7 2 65 59 C 22 65 87 B 152 63 C+
14 NA'IMULLAH BIN NAZARI 30 6 6 6 8 5 2 3 3 4 6 5 84 76 A- 21 72 93 B+ 177 74 B+
15 NORAINA NABILA BINTI ROSLAN 28 8 3 2 0 5 4 5 4 2 7 8 76 69 B+ 26 86 112 A 188 78 A-
16 NUR A'ISYAH HUMAIRA' BINTI MOIDEEN KUTTY 27 8 9 6 8 4 4 6 4 6 7 8 97 88 A 28 87 115 A 212 88 A
17 NUR AFIQAH IZNI BINTI MOHD. ZAIN 30 8 8 6 8 6 4 3 4 4 7 8 96 87 A 25 76 101 A- 197 82 A
18 NUR AISYAH AQILAH BINTI MOHD. RAZAK 30 7 7 5 5 5 4 3 3 6 7 8 90 82 A 23 78 101 A- 191 80 A
19 NUR AISYAH BINTI JAUHARI 27 6 7 3 9 5 4 3 3 2 7 8 84 76 A- 25 86 111 A 195 81 A
20 NUR SAIYIDAH HASINAH BINTI MALEK 30 8 0 5 7 5 6 5 3 4 7 8 88 80 A 26 73 99 A- 187 78 A-
21 NURUL AFIQAH BINTI KAMAROLZAMAN 27 5 7 6 9 6 4 3 2 2 7 8 86 78 A- 22 75 97 A- 183 76 A-
22 WAN NUSRATINA BINTI WAN TAJRI 27 8 7 6 8 6 2 5 5 4 7 8 93 85 A 29 88 117 A+ 210 88 A
23 MUHAMMAD MUZZAMMIL B AZHARI 28 8 7 4 9 6 2 4 3 6 7 8 92 84 A 24 88 112 A 204 85 A