Selasa, 24 Januari 2023

SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BAHASA MELAYU KERTAS 2 , SPM NEGERI PERLIS TAHUN 2022, SOALAN NO.9 : RUMUSAN.

 BAHAGIAN C : RUMUSAN

[30 markah]

9  Baca dan teliti setiap bahan yang diberikan, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakanayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan

 

     Bahan 1

                               Dalam menghadapi arus globalisasi dan cabaran abad ke-21, statistik menunjukkan kes kemalangan jalan raya semakin meningkat seiring dan selari dengan perkembangan ekonomi dan kemajuan sosial. Memandangkan hakikat ini, semua pihak hasruslah berganding bahu untuk menangani masalah ini.

                               Kecuaian pemandu kereta mahupun pengendali kenderaan berat ketika di jalan raya sering kali dikaitkan sebagai penyebab utama nahas jalan raya yang mengorbankan purata20 orang setiap hari di negara ini. Selain itu, kawasan fizikal jalan yang beralun dan berlubang menyebabkan kemalangan mudah berlaku. Di samping itu, keadaan brek dan tayar kenderaan yang tidak diselenggara turut menyebabkan nahas jalan raya. Fenomena ini sudah cukup menggambarkan antara sebab utama nahas jalan raya. Pelbagai operasi dan kempen keselamatan dilaksanakan oleh pihak berkuasa ketika musim perayaan untuk mendidik pemandu agar lebih berhemah di jalan raya.

                    Dalam menghadapi arus globalisasi dan cabaran abad ke-21, statistik menunjukkan kes kemalangan jalan raya semakin meningkat seiring dan selari dengan perkembangan ekonomi dan kemajuan sosial. Memandangkan hakikat ini, semua pihak hasruslah berganding bahu untuk menangani masalah ini. Kecuaian pemandu kereta mahupun pengendali kenderaan berat ketika di jalan raya sering kali dikaitkan sebagai penyebab utama nahas jalan raya yang mengorbankan purata 20 orang setiap hari di negara ini. Selain itu, kawasan fizikal jalan yang beralun dan berlubang menyebabkan kemalangan mudah berlaku. Di samping itu, keadaan brek dan tayar kenderaan yang tidak diselenggara turut menyebabkan nahas jalan raya. Fenomena ini sudah cukup menggambarkan antara sebab utama nahas jalan raya. Pelbagai operasi dan kempen keselamatan dilaksanakan oleh pihak berkuasa ketika musim perayaan untuk mendidik pemandu agar lebih berhemah di jalan raya.

                    Beliau mengingatkan pengguna bahawa jalan raya bukan lokasi untuk menunjukkan kepakaran memandu atau menguji kenderaan tetapi sebagai alat mendekatkan kita kepada keluarga, sahabat dan taulan dan bukan untuk kita meratapi kehilangan orang tersayang. Segala usaha yang dilaksanakan hendaklah berterusan dan bukannya sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja kerana nyawa manusia merupakan satu anugerah yang perlu dihargai.

Dipetik dan diubah suai daripada

‘Pemandu Berhemah’

oleh NormahAhmad

Berita Harian, 2019

 











Khamis, 19 Januari 2023

CONTOH JAWAPAN SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM NEGERI PERLIS TAHUN 2022, SOALAN NO.8 PETIKAN PEMAHAMAN SASTERA.

 

8   Jawapan bagi soalan berikut hendaklah berdasarkan teks novel                    Tingkatan 4 danTingkatan 5.

 

(i)                Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

 

     Dia bingkas. Nafasnya turun naik. Keletihan kerana terburu-buru ke hospital belum habis. Ruang menanti masih panjang. Para pengunjung sepertinya menunggu dengan wajah gelisah. Mereka datang dengan harapan agar orang yang diziarahi segera sembuh.

      Dia tercegat di kaki lima. Dia memandang ke persekitaran Hospital BatuPahat yang sepi. Di depannya wad bersalin. Kelihatan beberapa perempuan denganperut memboyot keluar masuk. Dia tersenyum sendiri. Seorang lelaki berjalan dengan menggunakan tongkat. Lelaki itu ditemani oleh seorang budak lelaki, berkemungkinan cucunya. Kelihatan seorang perempuan sedang menceceh-ceceh.

     Dia teringat emaknya. Minggu lepas, dia ke sini untuk melihat emaknya tetapi sudah dihantar ke Johor Bahru. Hari ini ke sini lagi untuk melihat abahnya pula. Abah, insya-Allah akan baik. Emak?

                                                  Dipetik daripada

novel Songket Berbenang Emas

karya KhairuddinAyip,

Kementerian Pendidikan Malaysia

 

Bagaimanakah keadaan di hospital ketika dia berada di situ?                                                       

                                                                                                               [4 markah]

 

Jawapan:-

Keadaan hospital Ketika dia berada di sana ;-

i)                    ruang menanti masih panjang

ii)                  para pengunjung sepertinya menunggu dengan wajah gelisah

iii)                persekitaran yang sepi

iv)                beberapa perempuan dengan perut memboyot keluar masuk

v)                  seorang lelaki berjalan dengan menggunakan tongkat dan  

 ditemani olehseorang budak lelaki

vi)                seorang perempuan sedang menceceh-ceceh

                 Anda perlu menyenaikan 3 isi sahaja kerana isi cukup 3 isi bagi                                   soalan yang memperuntukkan 4 markah.

 

 

(ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:

 (a) Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin

(b)  Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib

 (c) Pantai Kasih karya Azmah Nordin

 (d) Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor

(e)  Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip

 (f)  Tirani karya Beb Sabariah

(g)  Silir Daksina karya Nizar Parman

(h)  Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua peristiwa yang menimbulkan simpati kepada pembaca.

[6 markah]

 

Jawapan:-

Novel Jendela Menghadap Jalan

Novel Songket Berbenang Emas

Peristiwa Lili diculik dan disembunyikan di sebuah rumah usang.

Lili diculik oleh Haziq dan Rafiq semasa dalam perjalanan pulang dari pekan.

Pembaca bersimpati dengan nasib watak yang berhadapan dengan penculik seorang diri.

Peristiwa Dahlia keluar dari asramauntuk menjaga adik-adiknya.

Dahlia terpaksa keluar asrama kerana ibu bapanya dimasukkan ke hospital.

Pembaca bersimpati dengan nasib watak yang sepatutnya

Peristiwa Che Jah dan anak-anaknya dipukul oleh Seman.

Seman akan memukul isteri dan anak- anaknya jika dia mabuk dan kalah judi.

Peristiwa ini menimbulkan simpati kepada pembaca kerana keluarga sepatutnya disayang

Peristiwa Dahlia menerima fitnahdaripada Aton. Dahlia difitnah sebagai perempuan tidak baik kerana Najib dan Azahari datang ke rumahnya.

Pembaca bersimpati dengan nasib watakyang dituduh tanpa usul periksa.

Peristiwa perubatan tradisional yang diamalkan oleh Datuk dipertikaikan oleh generasi muda.

Danel melarang ayahnya daripada mendapatkan rawatan daripada Datuk kerana perubatan tradisional dianggap tidak praktikal pada masa ini.

Peristiwa ini menimbulkan simpati kepada pembaca kerana perjuangan memartabatkan perubatan tradisional tidak diterima lag

Peristiwa kesusahan keluarga Dahlia.

Keluarga Embong terpaksa berhutang dengan Tauke Lim disebabkan kesusahan mereka.

Pembaca bersimpati dengan nasib mereka yang dalam kesempitan.

 

Anda perlu menyenaraikan dua peristiwa salah satu novel yang telah anda kaji.

Rabu, 18 Januari 2023

SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM NEGERI PERLIS TAHUN 2022, SOALAN NO.8 PETIKAN PEMAHAMAN SASTERA.

 

8    Jawapan bagi soalan berikut hendaklah berdasarkan teks novel Tingkatan

      4 danTingkatan 5.

 

(i)             Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

 

     Dia bingkas. Nafasnya turun naik. Keletihan kerana terburu-buru ke hospital belum habis. Ruang menanti masih panjang. Para pengunjung sepertinya menunggu dengan wajah gelisah. Mereka datang dengan harapan agar orang yang diziarahi segera sembuh.

      Dia tercegat di kaki lima. Dia memandang ke persekitaran Hospital BatuPahat yang sepi. Di depannya wad bersalin. Kelihatan beberapa perempuan denganperut memboyot keluar masuk. Dia tersenyum sendiri. Seorang lelaki berjalan dengan menggunakan tongkat. Lelaki itu ditemani oleh seorang budak lelaki, berkemungkinan cucunya. Kelihatan seorang perempuan sedang menceceh-ceceh.

     Dia teringat emaknya. Minggu lepas, dia ke sini untuk melihat emaknya tetapi sudah dihantar ke Johor Bahru. Hari ini ke sini lagi untuk melihat abahnya pula. Abah, insya-Allah akan baik. Emak?

                                                  Dipetik daripada

novel Songket Berbenang Emas

karya KhairuddinAyip,

Kementerian Pendidikan Malaysia

 

Bagaimanakah keadaan di hospital ketika dia berada di situ?                                                       

                                                                                                            [4 markah]

 

(ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:

 (a) Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin

(b)  Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib

 (c) Pantai Kasih karya Azmah Nordin

 (d) Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor

(e)  Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip

 (f) Tirani karya Beb Sabariah

(g) Silir Daksina karya Nizar Parman

(h) Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop


Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua peristiwa yang menimbulkan simpati kepada pembaca.

[6 markah]

Isnin, 16 Januari 2023

CONTOH JAWAPAN SOALAN 6, PEMAHAMAN PETIKAN UMUM, KERTAS BAHASA MELAYU 2, NEGERI KEDAH TAHUN 2022

 

BAHAGIAN B : PEMAHAMAN

6.       Baca bahan 1 dan bahan 2 di bawah dengan teliti, kemudian jawap soaan-soalan berikutnya dengan menggunakan ayat sendiri.

              

          Bahan 1.

          Bahasa memainkan peranan yang penting dalam kehidupan masyarakat. Bahasa yang baik dan mudah difahami serta boleh dituturkan oleh masyarakat seperti bahasa Melayu mampu menjadi bahasa perpaduan negara.. Hal ini dapat dilihat sejak negara mencapai kemerdekaaan dan sehingga kini peranan ini telah dilaksanakan oleh bahasa Melayu dengan berkesan dan berjaya.

          Pembangunan dan kemajuan yang sempurna dalam kehidupan masyarakat semuanya bermula daripada penggunaan bahasa Melayu di negara ini. Panduan antara pembangunan dengan kemajuan kemajuan kerohanian dan kebendaan mestilah bermula dengan penggunaan bahasa yang betul, tepat dan berkesan. Sesungguhnya bahasa merupakan satu daripada pencapaian terawal dalam tamadun manusia.

          Sejarah juga membuktikan bahawa bahasa Melayu telah memainkan peranan yang penting dan berkesan untuk mengukuhkan perpaduan masyarakat. Sebagai bangsa kebangsaan, bahasa Melayu yang berdaulat telah berjaya memupuk perpaduan murid di peringkat sekolah dan institusi pengajian tinggi. Semua hal itu telah dilaksanakan secara berperingkat oleh bahasa Melayu sejak tahun 1957.

Dipetik dan diubah suai daripada

‘Bahasa Melayu  dan Budaya Mengeratkan Perpaduan Kaum’

Oleh Aminudin Mansor

Dewan Bahasa 11 Februari 2022.

          Bahan 2

          Bahasa Melayu dalam era moden perlu dimaju dan diperkemaskan untuk menjadikannya  lebih relevan dalam pelbagai bidang saintifik agar mampu diterima oleh orang ramai.bahan dan buku yang berkaitan dengan teknologi maklumat terbaharu dan bahan saintifik terkini perlu  diperbanyakkan.

          Selain itu, usaha perancangan taraf dan korpus bahasa Melayu telah  berkembang pesat dan kini telah menjalankan fungsi sebagai bahasa ilmu yang menggalakkan perkongsian idea  sama ada secara bersemuka mahupun di ruang  maya. Dalam hal ini, kecintaan dalam kalangan penutur bahasa Melayu yang  terdidik  sejak di sekolah rendah, menengah dan universiti terhadap bahasa Melayu perlu diperhebat dari masa ke masa. Keadaan ini mampu menjadikan bahasa Melayu bahasa pertuturan pada setiap hari dalam pelbagai acara dan juga sebagai alat komunikasi yang berkesan dalam mengamalkan perpaduan.

Dipetik dan dubah suai darpada

‘Cabaran Terkini Bahasa Melayu Moden’

Oleh Aminudin Mansor

Dewan Bahasa, 14 Jun 2021

 

(i)               Berdasarkan bahan 1, berikan maksud rangkai kata secara berperingkat.

[ 2 markah ]

                   Jawapan:-

                   Rangkai kata secara berperingkat bermaksud dengan bertahap

                   Rangkai kata secara berperingkat bermaksud sedikit demi sedikit

                   Pilih salah satu.

Dalam kedua-dua bahan. Penulis telah menyatakan beberapa fungsi bahasa Melayu.

 Apakah fungsi-fungsi tersebut?

 

[ 3 markah ]

Dalam kedua-dua bahan, penulis telah menyatakan beberapa fungsi bahasa, antaranya bahasa mampu menjadi bahasa perpaduan negara dan masyarakat serta menggalakkan perkongsian idea sama ada secara bersemuka mahupun di ruang maya.

Pastikan isi daripada kedua-dua bahan 1 dan bahan 2 disenaraikan. Sebagai contoh:-

Bahan isi pertama:  i)  bahasa mampu menjadi bahasa                   

                                       perpaduan negara.

                                  ii) bahasa mampu menjadi bahasa                   

                                       perpaduan perpaduan masyarakat.

Bahan isi kedua :     i)  menggalakkan perkongsian idea sama        

                                       ada secara bersemuka mahupun di

                                       ruang maya.

Bermakna anda perlu menyenaraikan sekurang-kurangnya satu isi daripada bahan pertama dan satu isi darpada bahan kedua. Contoh senaraikan isi salah satu isi bahan pertama ( isi i atau isi ii) dan satu lagi isi bahan kedua.

 

(ii)             Terdapat pelbagai Langkah yang boleh dilaksanakan oleh ibu bapa bagi memastikan rasa cinta terhadap bahasa Melayu terbentuk di dalam diri anak-anak.

Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang wajar dilakukan oleh ibu bapa?

[ 3 markah ]

Jawapan:-

Antara peranan ibu bapa :-

i)                   menjadi suri teladan kepada anak-anak.

ii)                membelikan buku bahasa Melayu.

iii)             menggalakkan anak-anak menyertai program bahasa Melayu / Persatuan Bahasa Melayu.

iv)              menonton filem berbahasa Melayu.

v)                menyediakan sudut bacaan di rumah.

         Pilih dua isi, kerana isi cukup untuk soalan tiga markah dua isi tetapi untuk selamat  senaraikan tiga isi.

 

(iii)   Salah seorang sahabat anda sering menggunakan bahasa rojak. Sebagai seorang pencinta bahasa Melayu, anda ingin  menggalakkannya bertutur dalam bahasa Melayu yang betul.

Nyatakan tindakan-tindakan yang perlu anda lakukan.

[ 4 markah ]

Jawapan:-

Tindakan-tindakan yang boleh dilakukan seperti:-

i)                   menasihatkan sahabat.

ii)                menghadiahkan buku bahasa Melayu.

iii)             mengajaknya menyertai program bahasa Melayu.

iv)    membimbing sahabat untuk menggunakan bahasa Melayu dengan betul.

            Untuk soalan isi 4 markah, anda perlu menyenaraikan

            Sekurang-kurangnyanya 3 isi sahaja, kerana isi cukup 3 isi.

              SELAMAT MENJAWAB SOALAN PEMAHAMAN PETIKAN UMUM

SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN KERTAS BAHASA MELAYU 2, NEGERI KEDAH, SPM TAHUN 2022. SOALAN NOMBOR 6, PEMAHAMAN PETIKAN UMUM.

BAHAGIAN B : PEMAHAMAN

6.       Baca bahan 1 dan bahan 2 di bawah dengan teliti, kemudian jawap soaan-soalan berikutnya dengan menggunakan ayat sendiri.

              

          Bahan 1.

          Bahasa memainkan peranan yang penting dalam kehidupan masyarakat. Bahasa yang baik dan mudah difahami serta boleh dituturkan oleh masyarakat seperti bahasa Melayu mampu menjadi bahasa perpaduan negara.. Hal ini dapat dilihat sejak negara mencapai kemerdekaaan dan sehingga kini peranan ini telah dilaksanakan oleh bahasa Melayu dengan berkesan dan berjaya.

          Pembangunan dan kemajuan yang sempurna dalam kehidupan masyarakat semuanya bermula daripada penggunaan bahasa Melayu di negara ini. Panduan antara pembangunan dengan kemajuan kemajuan kerohanian dan kebendaan mestilah bermula dengan penggunaan bahasa yang betul, tepat dan berkesan. Sesungguhnya bahasa merupakan satu daripada pencapaian terawal dalam tamadun manusia.

          Sejarah juga membuktikan bahawa bahasa Melayu telah memainkan peranan yang penting dan berkesan untuk mengukuhkan perpaduan masyarakat. Sebagai bangsa kebangsaan, bahasa Melayu yang berdaulat telah berjaya memupuk perpaduan murid di peringkat sekolah dan institusi pengajian tinggi. Semua hal itu telah dilaksanakan secara berperingkat oleh bahasa Melayu sejak tahun 1957.

Dipetik dan diubah suai daripada

‘Bahasa Melayu  dan Budaya Mengeratkan Perpaduan Kaum’

Oleh Aminudin Mansor

Dewan Bahasa 11 Februari 2022.

          Bahan 2

          Bahasa Melayu dalam era moden perlu dimaju dan diperkemaskan untuk menjadikannya  lebih relevan dalam pelbagai bidang saintifik agar mampu diterima oleh orang ramai.bahan dan buku yang berkaitan dengan teknologi maklumat terbaharu dan bahan saintifik terkini perlu  diperbanyakkan.

          Selain itu, usaha perancangan taraf dan korpus bahasa Melayu telah  berkembang pesat dan kini telah menjalankan fungsi sebagai bahasa ilmu yang menggalakkan perkongsian idea  sama ada secara bersemuka mahupun di ruang  maya. Dalam hal ini, kecintaan dalam kalangan penutur bahasa Melayu yang  terdidik  sejak di sekolah rendah, menengah dan universiti terhadap bahasa Melayu perlu diperhebat dari masa ke masa. Keadaan ini mampu menjadikan bahasa Melayu bahasa pertuturan pada setiap hari dalam pelbagai acara dan juga sebagai alat komunikasi yang berkesan dalam mengamalkan perpaduan.

Dipetik dan dubah suai darpada

‘Cabaran Terkini Bahasa Melayu Moden’

Oleh Aminudin Mansor

Dewan Bahasa, 14 Jun 2021

 

(i)               Berdasarkan bahan 1, berikan maksud rangkai kata secara berperingkat.

[ 2 markah ]

                    ……………………………………………………………………

                    ……………………………………………………………………

                   ……………………………………………………………………               

(ii)             Dalam kedua-dua bahan. Penulis telah menyatakan beberapa fungsi bahasa Melayu.

Apakah fungsi-fungsi tersebut?

[ 3 markah ]

……………………………………………………………………

……………………………………………………………………

……………………………………………………………………

……………………………………………………………………

 

 

 

(iii)          Terdapat pelbagai Langkah yang boleh dilaksanakan oleh ibu bapa bagi memastikan rasa cinta terhadap bahasa Melayu terbentuk di dalam diri anak-anak.

Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang wajar dilakukan oleh ibu bapa?

[ 3 markah ]

……………………………………………………………………

……………………………………………………………………

……………………………………………………………………

……………………………………………………………………

 

(iv)           Salah seorang sahabat anda sering menggunakan bahasa rojak. Sebagai seorang pencinta bahasa Melayu, anda ingin  menggalakkannya bertutur dalam bahasa Melayu yang betul.

Nyatakan tindakan-tindakan yang perlu anda lakukan.

[ 4 markah ]

……………………………………………………………………………….

……………………………………………………………………………….

……………………………………………………………………………….

……………………………………………………………………………….

Khamis, 5 Januari 2023

KUPASAN MUTU JAWAPAN KERTAS BAHASA MELAYU KERTAS 2 SPM 2021 (1103/2) OLEH LEMBAGA PEPERIKSAAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SANGAT PENTING KERANA PENERBITANNYA JULUNG-JULUNG KALI DIKELUARKAN SEMENJAK SOALAN PEPERIKSAAN KSSM DIPERKENALKAN PADA TAHUN 2021. OLEH SEBAB ITU KUPASAN MUTU JAWAPAN KERTAS BAHASA MELAYU KERTAS 2 BOLEH DIGUNA PAKAI SEBAGAI PANDUAN KEPADA PELAJAR SEBAGAI PERSEDIAAN MENJAWAB SOALAN KERTAS BAHASA MELAYU 2 2022 DAN KEPADA GURU-GURU BOLEH DIGUNA PAKAI PANDUAN UNTUK MEMBANTU MURID MENJAWAB SOALAN BAHAGIAN A ( MORFOLOGI, SINTAKSIS, PENYUNTINGAN, BAHASA MELAYU STANDARD, DAN PERIBAHASA - 5 SOALAN DENGAN -35 MARKAH), BAHAGIAN B ( PEMAHAMAN PETIKAN UMUM, PEMAHAMAN PETIKAN SASTERA, PETIKAN NOVEL DAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) NOVEL – 3 SOALAN 35 MARKAH) DAN BAHAGIAN C ( RUMUSAN 1 SOALAN - KERTAS KARANGAN DENGAN SEBAIK-BAIKNYA SEMASA PdPc DI DALAM KELAS. TAMBAHAN PULA DENGAN 30 MARKAH ). CONTOH JAWAPAN SOALAN BAHAGIAN A, B, DAN C DIKATEGORIKAN JAWAPAN CALON PRESTASI TINGGI DAN PRESTASI SEDERHANA JUGA DISENARAIKAN SERTA DIBERI HURAIN SERTA PENERANGAN JAWAPANNYA KENAPA JAWAPAN PELAJAR DIKATEGORIKAN MENGIKUT PRESTASINYA. SEMOGA MEMBANTU.

KUPASAN MUTU JAWAPAN KERTAS BAHASA MELAYU KERTAS 1 SPM 2021 (1103/1) OLEH LEMBAGA PEPERIKSAAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SANGAT PENTING KERANA PENERBITANNYA JULUNG-JULUNG KALI DIKELUARKAN SEMENJAK SOALAN PEPERIKSAAN KSSM DIPERKENALKAN PADA TAHUN 2021. OLEH SEBAB ITU KUPASAN MUTU JAWAPAN KERTAS BAHASA MELAYU KERTAS 1 BOLEH DIGUNA PAKAI SEBAGAI PANDUAN KEPADA MURID SEBAGAI PERSEDIAAN MENJAWAB SOALAN KERTAS BAHASA MELAYU 1 2022 DENGAN CEMERLANG DAN KEPADA GURU-GURU BOLEH DIGUNA PAKAI SEBAGAI PANDUAN UNTUK MEMBANTU DAN MEMBIMBING MURID MENJAWAB SOALAN BAHAGIAN A DAN BAHAGIAN B KERTAS KARANGAN DENGAN SEBAIK MUNGKIN SEMASA PdPc DI DALAM KELAS. TAMBAHAN PULA, CONTOH JAWAPAN KARANGAN CALON PRESTASI TINGGI DAN PRESTASI SEDERHANA JUGA DISENARAIKAN SERTA DIBERI HURAIN SERTA PENERANGAN JAWAPANNYA KENAPA JAWAPAN PELAJAR DIKATEGORIKAN MENGIKUT PRESTASINYA.