| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Contoh Soalan Peperiksaan
1. Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal
pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis semula ayat
berkenaan tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.
i. Kesediaan kertas kerja paling penting sekali dalam apa-apa jua
projek agar perlaksanaannya dapat berjalan lancar.
ii. Bahasa Melayu dapat menjadikan teras penumbuhan kebudayaan
nasional di dalam negara yang berbilang kaum.
Jawapan:
i. Penyediaan kertas kerja paling penting dalam apa-apa jua projek
agar pelaksanaannya dapat berjalan lancar.
ii. Bahasa Melayu dapat dijadikan teras pertumbuhan kebudayaan
nasional di negara yang berbilang kaum.
2. Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal
pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis semula ayat
berkenaan tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.
i. Kanak-kanak yang berusia sepuluh setengah tahun itu memperolehi
hadiah khas kerana kemampuannya menguasai bidang Teknologi
Maklumat dan Komunikasi ( ICT ).
ii. Perabut yang dibeli oleh saya itu diimport daripada luar negeri.
Jawapan:
i. Kanak-kanak yang berusia sepuluh tahun setengah itu memperoleh
anugerah khas kerana kemampuannya menguasai bidang Teknologi
Komunikasi dan Maklumat ( ICT ).
ii. Perabot yang saya beli itu diimport dari luar negeri.
3. Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal
pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis semula ayat
berkenaan tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.
i. Kain sutera-kain sutera yang terjual di butik itu sangat cantik sekali.
ii. Baju kurung yang emak jahit itu saya akan pakai di pagi hari raya.
Jawapan:
i. Kain-kain sutera yang dijual di butik itu sangat cantik.
ii. Baju kurung yang dijahit oleh emak jahit itu akan saya pakai pada pagi
hari raya.
Latihan 1
Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti
kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa
mengubah struktur dan maksud asalnya.
1. Ali ditugas sebagai Pengarang di akhbar Utusan Melayu semenjak lapan
tahun yang lalu.
2. Hana berkecimpung di dalam bidang peternakan itik, rusa dan Angsa sejak
kecil lagi.
Latihan 2
Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti
kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa
mengubah struktur dan maksud asalnya.
1. Asean dianggota oleh Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina, Berunai,
Vietnam, Singapura, Laos, myanmar, dan kemboja.
2. Menurut percayaan masyarakat Melayu, sang kancil adalah binatang yang
pintar.
Latihan 3
Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti
kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa
mengubah struktur dan maksud asalnya.
1. Tabeat merokok bagi wanita hamil akan bahayakan kesihatan dan
keselamatan bayi yang di kandung.
2. "Keahlian aku di dalam persatuan ini sudah berlangsung selama enam
tahun," berkata pensyarah tersebut.
Latihan 4
Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti
kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa
mengubah struktur dan maksud asalnya.
1. "Sekolah saya akan adakan satu persembahan anekaragam," kata Alias
kepada ibunya.
2. Kami hendaklah senantiasa berwas pada terhadap anasir negatif kalangan
ahli persatuan ini.
Latihan 5
Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti
kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa
mengubah struktur dan maksud asalnya.
1. Kita bagai pihak kerajaan akan terus berusaha membangun ekonomi negara.
2. Gejala cetak rompak boleh lumpuhkan industri seni utamanya industri muzik
dan perfileman tanahair.
Latihan 6
Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti
kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa
mengubah struktur dan maksud asalnya.
1. "Dimanakah awak letakkan gergaji yang telah gunakan tadi?" tanya Ramzi
kepada anaknya.
2. "Engkaulah Wakil Jualan yang perlu saya tunggu-tunggu?" kata Linggam
kepada lelaki itu.
Latihan 7
Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti
kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa
mengubah struktur dan maksud asalnya.
1. Pastikan awak mencatit nama dan angka giliran pada kertas jawap tersebut.
2. Pengurus Pemasaran akan sentiasa membantu engkau di dalam
melaksanakan tugas-tugas tersebut.
Contoh Jawapan
Latihan 1
1. Ali ditugaskan/bertugas sebagai pengarang di Akhbar Utusan Melayu
semenjak lapan tahun yang lalu.
2. Hana berkecimpung dalam bidang penternakan itik, rusa dan angsa
sejak kecil lagi.
Latihan 2
1. Asean dianggotai oleh Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina, Berunai,
Vietnam, Singapura, Laos, Myanmar, dan Kemboja.
2. Menurut kepercayaan masyarakat Melayu, Sang Kancil adalah binatang
yang pintar.
Latihan 3
1. Tabiat merokok bagi wanita hamil akan membahayakan kesihatan dan
keselamatan bayi yang dikandung.
2. "Keahlian saya dalam persatuan ini sudah berlangsung selama enam
tahun," kata pensyarah tersebut.
Latihan 4
1. "Sekolah kami akan mengadakan satu persembahan aneka ragam," kata
Alias kepada ibunya.
2. Kita hendaklah senantiasa berwaspada terhadap anasir negatif di
kalangan ahli persatuan ini.
Latihan 5
1. Kami sebagai pihak kerajaan akan terus berusaha membangunkan
ekonomi negara.
2. Gejala cetak rompak boleh melumpuhkan industri seni terutamanya
industri muzik dan perfileman tanah air.
Latihan 6
1. "Di manakah kamu letakkan gergaji yang telah digunakan tadi?" tanya
Ramzi kepada anaknya.
2. "Engkaukah Wakil Jualan yang perlu kami tunggu-tunggu?" tanya Linggam
kepada lelaki itu.
Latihan 7
1. Pastikan kamu mencatat nama dan angka giliran pada kertas jawapan
tersebut.
2. Pengurus pemasaran akan sentiasa membantu kamu dalam
melaksanakan tugas-tugas tersebut.
KESALAHAN LAZIM BM SPM
SALAH
1. daripada luar negara
2. demi untuk masa hadapan
3. di musim perayaan
4. kerana sayangkan anaknya
5. di dalam bidang ekonomi
6. mengenepikan
7. mempastikan
8. mengkagumkan
9. memperindahkan tempat itu
10. beliau adalah pemimpin
11. paling indah sekali
12. lain-lain usaha yang dilakukan
13. banyak rumah-rumah musnah
14. bilik urusetia ditutup tengahari
15. menyambut ulangtahun ke 48
16. kasih-sayang yang di curahkan
17. kumpulan anti-pengganas
18. wakil ibu-bapa yang datang
19. mereka memasuki ke negara ini
20. yang dibincangkan oleh kami
PEMBETULAN
1. dari luar negara
2. untuk masa hadapan
3. pada musim perayaan
4. kerana sayang akan anaknya
5. dalam bidang ekonomi
6. mengetepikan
7. memastikan
8. mengagumkan
9. memperindah tempat itu
10. beliau ialah pemimpin
11. paling indah / indah sekali
12. usaha-usaha lain yang dilakukan
13. banyak rumah musnah
14. bilik urus setia ditutup tengah hari
15. menyambut ulang tahun ke-48
16. kasih sayang yang dicurahkan
17. kumpulan antipengganas
18. wakil ibu bapa
19. mereka memasuki negara ini
20. yang kami bincangkan
KATA KERJA TRANSITIF
Kata Kerja Transitif
a. Bagi kata kerja transitif, iaitu makan dan minum yang menerima unsur
objek berupa bentuk singkat -Nya,
awalan meN- perlulah digunakan;
“Kami sekeluarga suka makannya.” beritahuku kepada Pak Man
“Kami sekeluarga suka memakannya.” beritahuku kepada Pak Man
b. Imbuhan seperti meN-, mempeR-, meN-…-I tidak boleh digugurkan dalam
penggunaan ayat aktif;
Pelajar-pelajar yang langgar disiplin sekolah itu didenda oleh pengetua
Pelajar-pelajar yang melanggar disiplin sekolah itu didenda oleh pengetua
c. Kata kerja transitif mesti diikuti oleh frasa nama atau kata nama sebagai objek. Oleh itu, kata selain daripada
kata nama tidak boleh hadir selepas kata kerja tersebut;
Pak Sudin berhasrat untuk membesarkan lagi rumah pusaka itu
Pak Sudin berhasrat untuk membesarkan rumah pusaka itu
d. Hanya kata hubung bahawa yang boleh hadir selepas kata kerja transitif
dalam binaan ayat majmuk aktif;
Dia mengatakan dia tidak dapat menghadiri mesyuarat di Pulau Langkawi
Dia mengatakan bahawa dia tidak dapat menghadiri mesyuarat di Pulau
Langkawi
e. Hanya kata kerja transitif mencuba dan membantu boleh hadir sebelum
kata kerja transitif yang lain dalam binaan ayat aktif;
Manisah ingin sekali cuba memakai baju baru yang ditempahnya minggu
lalu Manisah ingin sekali mencuba memakai baju baru yang ditempahnya minggu lalu
f. Perbezaan antara apitan meN-…-kan dengan meN-…-I merujuk kepada
satu objek.
- Apabila objek yang mengalami tindak balas hasil sesuatu perbuatan maka
apitan meN-…-kan digunakan.
- Apabila subjek yang bertindak balas ke atas sesuatu apitan meN-…-kan
digunakan.
Dalam acara itu Ahmad telah mendahulukan peserta-peserta lain
Dalam acara itu Ahmad telah mendahului peserta-peserta lain
g. Kata kerja berapitan meN-…-kan menunjukkan maksud bahawa objek
mengalami tindak balas akibat perbuatan iaitu mengalami perpindahan;
- Kata kerja berapitan meN-…-kan hanya boleh menerima satu objek
sahaja selepasnya.
Mak Temah membungkusi Roslinda nasi lemak
Mak Temah membungkuskan nasi lemak untuk Roslinda
h. Kata kerja apitan meN-…I menunjukkan bahawa objek yang dikenai perbuatan tidak mengalami tindakbalas, iaitu berada pada satu tempat sahaja (subjek);
- Kata kerja berapitan meN-…I boleh menerima dua objek berturutan.
Mak Temah membungkuskan nasi lemak untuk Roslinda
Mak Temah membungkusi Roslinda nasi lemak
i. Perbezaan antara apitan meN-…-kan dengan meN-…-I merujuk kepada
dua objek;
- Apitan meN-…-I menerima objek tepat yang bernyawa selepasnya.
- Apitan meN-…-kan akan menerima objek tepat yang tidak bernyawa
selepasnya.
Tuan hakim menjatuhi hukuman mandatori keatas pengedar dadah itu
Tuan hakim menjatuhkan hukuman mandatori ke atas pengedar dadah itu
j. Perbezaan antara meN- dengan meN-…-kan merujuk kepada dua objek;
- Perbuatan yang dilakukan menyatakan fikiran atau perasaan dengan
tulisan, kata kerja transitif
berawalan meN- hanya menerima satu objek selepasnya.
- Perbuatan menulis untuk seseorang, kata kerja transitif berapitan meN-…-
kan boleh menerima dua
objek berturutan, iaitu objek tepat diikuti oleh objek sipi.
Suhaili melukiskan pemandangan pada waktu senja di tepi pantai
Suhaili melukis pemandangan pada waktu senja di tepi pantai
Agen, Ejen & Agenda
1. Agen = bahan atau organisma yang dapat mempengaruhi atau memberi kesan langsung kepada sesuatu tindak balas. Con: agen pencemaran, agen pengoksidaan 2. Ejen = orang dan lain-lain yang menjalankan Con: ejen eksport, ejen perkapalan 3. Agenda = program sesuatu mesyuarat yang formal (* Perlu diingat tiap-tiap satu mesyuarat hendaklah mempunyai satu atau sesuatu agenda sahaja. * Sesuatu agenda mempunyai beberapa perkara untuk dibincangkan dalam mesyuarat itu.) Con: Agenda Mesyuarat Jawatankuasa Bilangan 3 Persatuan Belia Pulau Sebang adalah seperti berikut: 1. Ucapan alu-aluan Pengerusi 2. Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Jawatankuasa ke-2 yang lalu 3. Perkara-perkara berbangkit 4. Kegiatan Sukan 4.1 Sukaneka Keluarga 4.2 Pertandingan bola sepak antara mukim 5. Hal-hal lain 5.1 … 5.2 … 6. Ucapan penangguhan _______________________________________________________________ Antara, “di antara”, dengan, “antara” “Antara” digunakan = menunjukkan perbandingan (Con: Antara Johor dan Singapura,banyak perbezaannya.) = biasanya diikuti oleh kata nama am yang tidak perlu diulang. ( con: Pertandingan debat antara maktab perguruan Malaysia. ‘bukannya’ Pertandingan debat di antara Maktab A dengan Maktab B. (maktab A dan B adalah kata nama am yang diulang) = kata ganda yang dapat mengalami penggandaan separa seperti adik-beradik. (con: mereka berbincang antara adik-beradik.) “ di antara” digunakan = menunjukkan kedudukan fizikal atau arah. Con: Tambak Johor terletak di antara Johor bahru dengan Singapura. Lif itu terhenti di tengah-tengah di antara tingkat dua dengan tingkt tiga. Nota: 1. “di antara” & “antara” hanya diikuti dengan kta sendi nama dengan atau hingga bukan kata hubung dan. 2. Kata hubung dan hanya dapat digunakan apabila kata nama “antara” diikuti oleh lebih daripada dua frasa nama.
1. ulam-ulam/ulaman (perempuan simpanan / gundik)
2. ulam-ulaman (sayur) 3. para-para (rak) 4. gerombolan (sesuai digunakan untuk penjahat/penjenayah (kumpulan yang jahat) 5. jarang-jarang (kadang-kadang) 6. sahur (makan sebelum subuh) 7. sarapan (makan pada waktu pagi) 8. kudapan (minum pagi (10 pagi) 9. merarau (makan tengah hari) 10. mengombe (makan petang) 11. menggabi (makan malam) 12. menuruk (makan tengah malam (supper) invesmen (labur/simpan) hadirat (tempat duduk tetamu di Istana) patik (anak anjing) kaos (tapak kaki) ahli (pakar/hebat) kakitangan (simpulan bahasa)
Budak sekolah itu menoleh ke kiri dan kanan (salah)
Budak itu menoleh ke kiri dan ke kanan (betul) membincangkan akan hal itu (salah) membincangkan tentang hal itu. (betul) Berbincang akan hal itu. (salah) Berbincang tentang hal itu. (betul) dengan/dalam lain perkataan. (salah) dengan perkataan lain (betul) hadirin hadirat sekalin (salah) hadirin sekalian (betul) balik kampung (salah) balik ke kampung (betul) - kata kerja transitif mesti ada kata hubung (ke, pada dll) mertua (salah) mentua (betul) jangan pandang belakang (salah) jangan pandang ke belakang (betul) Saya melaporkan dari Bukit Jalil. (salah) Saya melaporkan berita dari Bukit Jalil. (betul) mulai dari sekarang. (salah) mulai sekarang (betul) Bermula dari sekarang (betul) Ahli bomba (salah) Anggota bomba (betul) - 'Ahli' digunakan untuk yang pakar/hebat sahaja. baharu - bermaksud 'new'(kata adjektif)con: Terbaharu di pasaran baru - bermaksut 'just'(kata tugas)con: Baru makan
salah satu daripada (salah)
salah satu (betul) selain dari/daripada (salah) selain/selain itu (betul) SUKMA ke-10 / SUKMA ke-X (salah) SUKMA X (betul) sekali-sekala (salah) sekalipun (betul) setengah murid (salah) sesetengah murid (betul) ada pekerja-pekerja (salah) ada pekerja (betul) - 'ada' membawa maksud 'terkumpul' / 'banyak'. (menunjukkan jamak, tak boleh digandakan) daun-daun kering berguguran (salah) daun kering berguguran (betul) - apabila bertemu dengan imbuhan 'ber'...'an'( membawa mksud jamak/banyak)tidak boleh menggandakan perkataan. bintang-bintang berkerdipan (salah) bintang berkerdipan (betul) Ketua Menteri-ketua Menteri (salah) Ketua-ketua menteri (betul) - kata ganda mesti digandakan pada permulaan kata sahaja. tengahari(salah) tengah hari (betul) Daku terkenang akan dia (salah) Daku terkenangkan akan dia (betul) - 'Daku' mesti berakhir dengaan huruf 'n'. (terkenang (tiada n di belakang perkataan) terkenangkan (ada 'n' di belakang perkataan) sarapan pagi (salah) sarapan (betul)- 'srapan' memang digunakan hanya untuk makn pada waktu pagi. tak perlu tambah perkataan 'pagi.' layan diri (salah) swalayan (betul) cenderahati (salah) cenderamata (betul) pendalaman (salah)- maksud = usaha mendalamkan pedalaman (betul) perasmian penutup majlis (salah) perasmian penutupan majlis (betul) Agenda minit mesyuarat 1. Perutusan Pengerusi 2. Hal-hal lain (salah) - 'agenda' bermaksud keseluruhan mesyuarat = 1 sahaja Agenda minit mesyuarat operasi Perkara-perkara mesyuarat: 1. Perutusan Pengerusi 2. Hal-hal lain (betul)
Awalan “di-“
Kata dasar yang digabungkan dengan awalan di- membentuk kata kerja pasif bagi ayat yang subjeknya pelaku orang ketiga. Ch.: Ayat Contoh: (a) Ikan sepat digulai oleh beliau. (beliau = pelaku orang ketiga) (b) Ikan sepat digulai oleh ibu (ibu = pelaku orang ke-3) (a) Surat khabar dibaca olehnya (atau oleh dia) (-nya dan dia =pelaku org ke-3) (b) Surat khabar dibaca oleh ayah. (ayah = pelaku org ke-3) (a) Ular itu dipukul oleh mereka. (mereka = pelaku orang ke-3) (b) Ular itu dipukul oleh Raju (Raju = pelaku org ke-3) Dalam ayat-ayat diatas, akhiran –kan tidak perlu Keempat-empat ayat di atas berasal daripada ayat aktif transitif yang berikut: 1. (c) Beliau menggulai ikan sepat. (menggulai, membaca dan memukul ialah kata kerja transitif. Dikatakan ayat aktif kerana pelaku di hadapan ayat.) 2. (c) Ayah membaca surat khabar. 3. (c) Raju memukul ular it. Semua kata kerja aktif (yang berawalan me-) di atas tidak perlu akan akhiran –kan; sama seperti kata kerja pasif berawalan di- dalam ayat 1 (a) (b) – 3 (a) (b) Apitan “di-...-kan” dan “di-...-i” Kebanyakan perkataan yang menerima awalan di- juga menerima akhiran –kan dan –i . Ch.: (a) Ali itu menafikan kenyataan orang itu. (b) Kenyataan orang itu dinafikan oleh Ali. (a) Siva membaiki radio. (b) Radio dibaiki oleh Siva. Makna 'Diterajui:' Ada 4 erti teraju: neraca (seperti neraca lambang Barisan Nasional) tali untuk ikat pada rangka wau (layang-layang) tali untuk meregang khemah.\ pucuk pimpinan atau kuasa tertinggi. Ayat contoh: (a) DS Najib menerajui Barisan Nasional. (ayat aktif) (b) Barisan Nasional diterajui oelh DS Najib. (ayat pasif) **Bezanya: menerajui ialah kata kerja aktif transitif (ayat a); dan diterajui ialah kata kerja pasif transitif (ayat b).
1) Ayat gabungan
- Ayat gabungan terbentuk daripada dua atau beberapa ayat tunggal yang dihubungkan dengan kata hubung seperti dan, serta, tetapi, lalu, sambil, kemudian, dll Contoh: Suraya dan Yati ke sekolah Dia bangun kemudian berjalan - Kesalahan dalam pembentukan ayat gabungn berlaku apabil ayat-ayat tunggal yang membentuk ayat gabungan tidak digabungkan dengan betul. Contoh: Mereka akan melancong ke Pualu Tioman atau Pulau Langkawi? (salah) Mereka akan melancong ke Pualu Tioman atau ke Pulau Langkawi? (betul) Baik yang kaya atau miskin datang ke rumahnya. (salah) Baik yang kaya atau yang miskin datang ke rumahnya. (betul)2) Ayat tergantung - Ayat mesti terdiri daripada subjek dan predikat - Dalam susunan ayat biasa, letaak subjek di depn dan letak predikat di belakang. Contoh: Budak itu / menangisSubjek / predikat - Dalam susunan ayat songsang, letak subjek di belakang dan predikat di depan. Contoh: Siapakah / gadis itu?Predikat / subjek 3) Bentuk ujaran yang tidak mempunyai subjek atau predikat disebut sebagai “ayat tergantung” 4) Ayat tergantung terjadi apabila ujaran itu bermula dengan kata sendi, kata hubung, kata kerja dan kerana penggunaan kata yang salah. Contoh: Di seluruh negara mengalami banjir (salah) Seluruh negara mengalami banjir (betul) Dengan kehadiran tuan akan menyerikan majlis ini (salah) Kehadiran tuan akan menyerikan majlis ini (betul) Yang manakah betul? (salah) Yang manakah yang betul? (betul) Panduan Untuk Ejaan Yang Gramatis
KESILAPAN EJAAN (KATA)
|
S
Tiada ulasan:
Catat Ulasan