Insya-Allah, saya pada minggu ini saya akan cuba untuk membantu pelajar untuk menghasilkan karangan menarik dengan merujuk penggunaan Kaedah Pengembangan Idea Perenggan Karangan:-
- Perenggan Pengenalan.
- Perenggan Isi
- Perenggan Penutup karangan.
Diharapkan pelajar SMK Seri Londang akan setia bersama-sama saya untuk menghasilkan karangan Cemerlang. Saya akan cuba membantu sekiranya pelajar memerlukan bantuan atau menghantar hasil karanagn yang dihasilkan untuk semakan. Pelajar juga boleh berinteraksi dengan saya menggunakan ruangan ulasan, ruangan buku catatan atau menggunakan email saya untuk menghantar hasil tulisan. Saya akan cuba menyemak dan menghantar semula hasil karangan yang telah saya semak. Pelajar boleh menggunakan internet untuk mendapat idea dan maklumat untuk menghasilkan karangan cemerlang. Sila gunakan ruangan dan peluang ini sebaik-baiknya.
Sekiranya ada antara karangan yang dihasilkan cemerlang, saya akan paparkan karangan berkenaan di dalam Blog Laman Bahasa Melayu SPM ini. Semoga pelajar seperti Puteri Nuranisya Aqilah bt. Alan, Nur Anisya Mariam, Noor Suzilawati, Nur Atirah dan lain-lain pelajar 4 Sains, mengambil kesempatan ini. Sekian, terima kasih.
MENGHASILKAN PERENGGAN PENGENALAN.
Pengenalan sangat penting kerana perenggan merupakan mukadimah karangan. Pemeriksa akan membuat tanggapan pertama karangan anda, dan membuat keputusan awal sama ada karangan anda berada pada slot karangan cemerlang atas, cemerlang, kepujian, memuaskan atau tidak menguasai kemahiran mengarang. Oleh sebab itu, pelajar perlu berhati-hati menulis perenggan pengenalan, dan perlu bijak memilih jenis pengenalan agar sesuai dengan dengan tajuk karangan. Terdapat banyak jenis pengenalan dan pelajar perlu memilih pengenalan:-
Gunakanlah Jadual Pengembangan Idea Perenggan Pengenalan di bawah untuk panduan anda menulis perenggan pengenalan:-
Semoga anda berjaya menghasilkan perenggan karangan yang menarik.
Setelah pelajar menulis perenggan pengenalan di atas, pelajar boleh menghantar perenggan pengenalan berkenaan kepada saya untuk saya semak. Terima kasih.
MENGHASILKAN PERENGGAN PENGENALAN.
Pengenalan sangat penting kerana perenggan merupakan mukadimah karangan. Pemeriksa akan membuat tanggapan pertama karangan anda, dan membuat keputusan awal sama ada karangan anda berada pada slot karangan cemerlang atas, cemerlang, kepujian, memuaskan atau tidak menguasai kemahiran mengarang. Oleh sebab itu, pelajar perlu berhati-hati menulis perenggan pengenalan, dan perlu bijak memilih jenis pengenalan agar sesuai dengan dengan tajuk karangan. Terdapat banyak jenis pengenalan dan pelajar perlu memilih pengenalan:-
- Pengenalan umum,
- Pengenalan peribahasa,
- Pengenalan berita,
- Pengenalan definisi,
- Pengenalan cerita,
- Pengenalan puisi, seperti pantun, syair, gurindam dsb,
- Perengan petikan Al-Quran atau maksud hadis,
- Perenggan mengaitkan kata-kata pemimpin atau bijak pandai,
- Perengan dialog,
- Perenggan fakta,
- Perenggan sejarah,
- Perenggan situasi,
- dan sebagainya.
Setiap pengenalan di atas, boleh digunakan semasa menulis perenggan pengenalan dan kesannya mengikut tajuk karangan. Pelajar yang bijak akan memilih pengenalan yang sesuai dengan tajuk karangan kerana perenggan yang baik dan berkualiti mampu mempengaruhi pemeriksa untuk membaca perenggan seterusnya iatu perenggan isi dan kemudian perenggan penutup. Sekiranya permulaan penulisan perenggan pengenalan tidak menarik, apatah lagi perenggan seterusnya. Oleh sebab itu, dalam blog ini terdapat pelbagai jenis pengenalan karangan yang boleh anda gunakan, carilah dan selongkarlah pengenalan yang sesuai dan memberi impak kepada pemeriksa. Selain itu, anda boleh menyelongkar di internet untuk mencari bahan yang sesuai anda gunakan untuk membantu anda menghasilkan perenggan menarik.
Di bawah saya tulis tajuk karangan, cuba anda bina pengenalan karangan berkenaan.
Sebagai seorang pelajar, anda ingin berjaya dalam pelajaran.
Tuliskan sebuah karangan tentang langkah-langkah yang boleh anda lakukan untuk anda cemerlang dalam peperiksaan.
JADUAL PENGEMBANGAN IDEA PERENGGAN PENGENALAN (JENIS PENGENALAN)
Penerangan pengunaan Jadual Pengembangan Idea Perenggan Pengenalan:
PERKARA
|
PENERANGAN
|
LAGU/ AYAT QURAN/KATA-KATA
PEMIMPIN, BERITA, SAJAK, DAN SEBAGAINYA. RUJUK JENIS-JENIS PENGENALAN YANG
PERNAH SAYA TULIS DALAM BLOG INI.
|
PADA
BAHAGIAN INI, PELAJAR PERLU MEMILIH PENGENALAN YANG SESUAI, MANTAP, DAN
DAPAT MEMBERI KESAN MAKSIMUM KEPADA PEMERIKSA. KESESUAIAN
PEMILIHAN JENIS PENGENALAN MEMERLUKAN KREATIVITI PELAJAR TERUTAMA UNTUK
MEMBUAT PERTIMBANGAN SAMA ADA PENGENALAN BERKENAAN SESUAI ATAU TIDAK SEBELUM
MENGHASILKAN PERENGGAN PENGENALAN.
PELAJAR
PERLU TAHU JENIS-JENIS PENGENALAN.
PELAJAR
PERLU MEMBUAT LATIHAN DENGAN LEBIH KERAP DAN MEMIKIRKAN JENIS PENGENALAN YANG
PALING MANTAP UNTUK MENARIK MINAT PEMERIKSA.
SEBAGAI
INGATAN PERENGGAN PENGENALAN AMAT PENTING KERANA PEMERIKSA AKAN MEMBUAT
TAFSIRAN AWAL SAMA ADA KARANGAN PELAJAR CEMERLANG ATAU SEBALIKNYA.
|
AYAT RANGSANGAN 1
|
AYAT
DIBINA BERTUJUAN UNTUK MERANGSANG PEMERIKSA TERUS MEMBACA KARANGAN.
Cuba ulas pengenalan yang anda gunakan
Berdasarkan petikan, fakta, petikan Al Quran, Hadis, lagu....., petikan sejarah...................................……….
|
AYAT RANGSANGAN 2
|
AYAT
RANGSANGAN KEDUA:- MENERUSKAN RANGSANGAN AGAR PEMERIKSA BERMINAT UNTUK
MEMBACA AYAT SETERUSNYA.
Hal ini demikian kerana……………………
nyatakan pendapat anda berkaitan tugasan anda.
Penanda wacana lain yang boleh
digunakan untuk memperlihat pertautan ayat sebelum dan ayat yang ditulis
seperti selain itu, bahkan juga, tambahan pula, situasi sedemikian berlaku
kerana……….
Peringatan, pemilihan penanda
wacana amat penting agar pertautan ayat sebelum ( Ayat Rangsangan 1) dan (
Ayat Rangsangan 2) ada perkaitannya.
|
AYAT RANGSANGAN 3
|
AYAT
RANGANGAN KETIGA:-
MENERUSKAN
RASA MINAT PEMERIKSA TERHADAP KARANGAN PELAJAR.
Bahkan juga……………………. ( Ulas secara
ringkas berkaitan pengenalan dengan tema atau tajuk )
Peringatan:-
Ayat rangsangan ketiga bukanlah wajib ditulis, tetapi untuk mendapat markah
A+ , pelajar cemerlang perlu mengambil berat penulisan bahagian ini.
Penanda wacana lain yang boleh
digunakan untuk memperlihat pertautan ayat sebelum dan ayat yang ditulis
seperti selain itu, bahkan juga, tambahan pula, Situasi sedemikian berlaku
kerana.
Peringatan, pemilihan penanda
wacana amat penting agar pertautan ayat dengan ayat dan kesinambungan
ayat dengan frasa atau perenggan dengan perenggan. Contoh fungsi penanda
wacana Bahkan juga, mengaitkan ( Ayat Rangsangan 2) dan ( Ayat Rangsangan 3).
|
FRASA MENARIK
|
FRASA
MENARIK (FM) BOLEH BERADA DI MANA-MANA SAHAJA DALAM AYAT PERENGGAN
PENGENALAN, BERGANTUNG KEPADA KREATIVITI PELAJAR KERANA PELAJAR YANG KREATIF
BOLEH MEMASUKKAN LEBIH DARIPADA SATU FRASA MENARIK DI DALAM PERENGGAN
PENGENALAN.
Peribahasa,
kata-kata pemimpin/ petikan Al Quran dan Hadis, di permulaan ayat juga dalam
kategori frasa menarik.
Cara untuk memulakan
frasa menarik:-
Persis
kata peribahasa Melayu “
.............................” bertepatan denga isi yang dibincangkan iaitu
…………………..
Persis
kata mutiara, ............ amat berkaitan dengan isi yang dibincangkan yang
dibincangkan iaitu ………………………….
Persis
kata cendekiawan, ............. amat berkaitan dengan isi yang dibincangkan
yang dibincangkan iaitu ………………………….
“……………………….”
Merupakan pepatah Melayu yang berkaitan dengan isi yang dibincangkan
iaitu…………………………………
Peribahasa
Melayu, “…………………………” berkait rapat denga nisi yang dibincangkan
iaitu…………………………..
Antara
pendapat cendikiawan Islam, “…………………………………………..
Antara
kata-kata pemimpin negara iaitu……………………..
Firman
Allah”…………………………………………………………”
Rasullullah
pernah bersabda,”………………………………………….”
Pelajar juga perlu
mahir menulis frasa menarik supaya perkaitan frasa menarik dengan huraian isi
ada pertautan.
|
UNSUR KBAT
|
KESAN DAN AKIBAT- TAJUK
ATAU TEMA SECARA UMUM
Sekiranya…………………………tugasan
berkenaan diambil tindakan …apa kesan/akibatnya kepada masyarakat/negara
Sekiranya ….tugasan berkenaan
tidak diambil tindakan …apa kesan/impaknya kepada masyarakat/negara.
Pilih salah satu kesan atau
impaknya di atas sebagai kemungkinan
|
AYAT ARAHAN
|
MENULIS AYAT
TUGASAN / PERSOALAN -BERDASARKAN TAJUK DIPILIH
Persoalannya,
bagaimanakah……................
( Rujuk semula soalan karangan - untuk menulis ayat arahan)
|
Gunakanlah Jadual Pengembangan Idea Perenggan Pengenalan di bawah untuk panduan anda menulis perenggan pengenalan:-
PERKARA
|
PENERANGAN
|
LAGU/ AYAT QURAN/KATA-KATA PEMIMPIN, BERITA, SAJAK, DAN SEBAGAINYA. RUJUK JENIS-JENIS PENGENALAN YANG PERNAH SAYA TULIS DALAM BLOG INI.
| |
AYAT RANGSANGAN 1
| |
AYAT RANGSANGAN 2
| |
AYAT RANGSANGAN 3
| |
FRASA MENARIK
| |
UNSUR KBAT
| |
AYAT ARAHAN
|
Semoga anda berjaya menghasilkan perenggan karangan yang menarik.
Setelah pelajar menulis perenggan pengenalan di atas, pelajar boleh menghantar perenggan pengenalan berkenaan kepada saya untuk saya semak. Terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan