PERKARA
|
PENERANGAN
|
PENULISAN KARANGAN JENIS PETIKAN AL-QURAN
|
Allah telah berfirman kepada
Rasulullah dalam ayat Iqra’, iaitu ayat pertama yang diturunkan ke bumi
melalui perantaraan malaikat Jibrail bermaksud bacalah berulang kali.
|
AYAT RANGSANGAN 1
|
Firman Allah di atas menunjukkan
betapa penting saya belajar kerana pada masa ayat berkenaan diturunkan
baginda Rasulullah tidak tahu membaca.
|
AYAT RANGSANGAN 2
|
Bahkan juga, saya perlu belajar
dan berjaya dalam pelajaran untuk menjadi orang berjaya pada masa akan
datang.
|
AYAT RANGSANGAN 3
|
Oleh sebab itu, saya perlu belajar
bersungguh-sungguh bermula daripada awal lagi kerana melentur buluh bairlah daripada rebungnya.
|
FRASA MENARIK
|
Selain itu kejayaan seseorang
bermula dengan kesukaran dan berakhir dengan kejayaan kerana berakit-rakit
dahulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang
kemudian.
|
UNSUR KBAT
|
Sekiranya saya berusaha belajar daripada
awal dan mengharung segala kesukaran sudah pasti kejayaan akan menyusul.
|
UNSUR KBAT LAPIS KEDUA
|
Sebaliknya, jika saya tidak
belajar bersungguh-sungguh, saya pasti akan gagal menemui kejayaan.
|
AYAT ARAHAN
|
Persoalannya, apakan langkah-langkan
untuk saya menjadi pelajar yang berjaya dalam pelajaran?
|
Laman Bahasa Melayu Ini Dibina Pada Tahun 2009 semasa saya mengajar di SMKA Sultan Azlan Shah. Semenjak Saya Bertugas Di PPD Perak Tengah Pada Tahun 2014, cikguramsulbmspm.blogpot.com tidak Beroperasi. Namun, Apabila Saya Ditukarkan Ke SMK Seri Londang Dan Mula Bertugas Pada 27 Mac 2017, Saya Mengaktifkan Semula blogspot Ini Untuk Kemudahan Pelajar Ting. 4 dan Ting. 5 SMK Seri Londang, Gelung Pepuyu, Bota, Perak yang Bakal Menghadapi Peperiksaan SPM. Semoga Blogspot Ini Dapat Membantu Pelajar.
Ahad, 24 November 2019
CONTOH KETIGA PENULISAN PERENGGAN PENGENALAN YANG BAIK MENGGUNAKAN PETIKAN AL-QURAN.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan