Ahad, 24 November 2019

CONTOH PERENGGAN PENGENALAN MENGGUNAKAN BERITA HARIAN METRO BERTARIKH 24 NOVEMBER 2019

PERKARA
PENERANGAN
PENULISAN PENGENALAN KARANGAN JENIS BERITA
FELDA PANCING PAHANG, 24 November 2019- “ Saya dapat 2 B , 2 C je UPSR….” kata Dr. Azman, 40 tahun.
AYAT RANGSANGAN  1
Berdasarkan berita Harian Metro di atas, saya amat terharu apabila Dr. Azman, menceritakan pengalaman hidupnya.
AYAT RANGSANGAN  2
Hal ini demikian kerana, setelah mengambil UPSR pada tahun 1991 dan SPM 1996 dengan gred 2.

AYAT RANGSANGAN  3
Berbekal keputusan tersebut, beliau telah melanjutkan pelajaran ke Institut Teknologi Mara mengambil jurusan Mikrobiologi dengan berhenti kerja dan isterinya menanggung keluarga.

FRASA MENARIK
Kemudian, beliau menyambung pelajaran secara sambilan sehingga ke peringkat doktor falsafah (PHD) di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) kerana hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

UNSUR KBAT
Oleh sebab itu, sekiranya saya ingin berjaya saya perlu bersikap positif sebagaimana pengalaman hidup Dr. Azman Pengarah Makmal Berpusat Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

UNSUR KBAT LAPIS KEDUA
Sekiranya saya bersifat negatif, kejayaan tidak akan dapat menjelma kerana yang bulat tidak akan datang bergoleh dan yang pipih tidak akan datang melayang.
AYAT ARAHAN
Persoalan, bagaimanakah caranya untuk saya berjaya dalam pelajaran?



Pelajar boleh menghasilkan pengenalan yang menarik berdasarkan kreativiti masing-masing. Di atas adalah contoh perenggan  pengenalan menarik berdasarkan maklumat daripada berita semasa. Cuba bina, pengenalan karangan anda sendiri.
            

Tiada ulasan: