DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
OLEH AFFIX ZULKARNAEN ADAM
SINOPSIS
Drama ini mengisahkan Aiman, seorang pelajar yang berusia 16
tahun yang memberikan pelbagai alasan untuk tidak menyertai Program Latihan
Khidmat Negara (PLKN). Oleh sebab berasal daripada keluarga yang berada dan
sudah biasa hidup dalam kemewahan, Aiman beranggapan bahawa PLKN mungkin akan
menggugat zon keselesaannya.
Walaupun ibu Aiman, Masnah memihak kepada Aiman agar tidak
menyertai PLKN, namun ayahnya Khir Ghazali memberi galakan dan kata-kata
perangsang kepada Aiman untuk menyertainya. Selain Khir Ghazali, watak posmen,
Nora, Sundarani, Ah Tiau, Syuhada dan Cikgu Dahari turut memberikan dorongan
kepada Aiman untuk menyertai Khidmat Negara.
Akhirnya, setelah melayari laman sesawang yang memaparkan
kejayaan pelajar senior yang menyertai dan menerima anugerah PLKN, hati Aiman
terbuka untuk menyertai PLKN dan dia bertekad untuk membuktikan sikap berdikari
dan semangat cinta akan tanah air.
TEMA
Sikap remaja yang mempunyai tanggapan negetif tentang PLKN.
Contohnya; Aiman berusaha untuk menggelakkan diri daripada
menyertai PLKN.
PERSOALAN
·
Sikap positif golongan remaja yang berminat
untuk menyertai PLKN dan memberikan sumbangan kepada negara.
Contoh: Nora, Sundarani, Ah Tiau dan Syuhada berasa seronok apabila mereka
terpilih sebagai peserta PLKN dan nama mereka terpamp[ang di papan kenyataan
sekolah.
·
Kesibukan dalam kalangan ahli keluarga yang
merenggangkan hubungan kekeluargaan. Contoh: Aiman
sentiasa berasa kesunyian kerana ayahnya sibuk bekerja manakala ibunya Datin
Masnah sibuk dengan urusan di luar dan kakaknya Dapnia sibuk dengan tugasnnya
di universiti.
·
Sikap segelintir ibu bapa yang terlalu
memanjakan anak.Contoh: Datin Masnah menyokong hasrat Aiman yang ingin
mengecualikan diri daripada menyertai PLKN. Sebagai seorang ibu dan juga isteri
kepada seseorang yang terpengaruh, beliau sepatutnya mendorong dan memberi
motivasi kepada anaknya untuk berkhidmat kepada negara.
·
Peranan seorang guru dalam memberikan
kesedaran dan mewujudkan semangat patriotrisme dalam kalangan pelajar. Contoh:
Cikgu Dahari memberikan penerangan yang jelas kepada murid-muridnya agar mereka
faham akan objektif dan pelaksanaan PLKN.
WATAK DAN PERWATAKAN
Watak utama
Aiman
·
Seorang remaja berusia kira-kira 16 tahun
·
Berasal daripada keluarga yang berada
·
Seorang yang agresif.
Contoh: bersifat kasar terhadap pembantu rumah yang melayannya dengan baik dan
mesra
·
Seorang yang pemalas.
Contoh: segala kerjanya di rumah dibantu oleh orang gaji dan apabila berdepan
dengan sesuatu masalah , dia akan tidur.
·
Seorang yang mengagungkan nilai-nilai barat.
Contoh: ketika bermimpi tentang PLKN, Aiman meluahkan keinginannya untuk
menikmati masakan Barat. Dia juga tahu lokasi Jempol dengan alasan selalu
bercuti di luar negara.
Watak sampingan
Khir Ghazali
·
Ayah kepada Aiman
·
Seorang yang bertanggungjawab.
Contoh: walaupun sibuk bekerja beliau mengambil berat terhadap Aiman. Apabila
Aiman berdepan dengan masalah beliau mendengarnya dengan sabar dan cuba
menyelesaikannya.
·
Seorang yang tegas.
Contoh: Apabila Aiman meminta Khir Ghazali membantunya mendapatkan pengecualian
daripada PLKN, beliau bertegas untuk tidak membantunya. Hal ini adalah kerana
beliau tahu bahawa PLKN akan banyak memanfaatkan Aiman.
·
Seorang yang sensitif.
Contoh: apabila isterinya bertegang leher dengannya ubntuk tidak menghantar
Aiman ke PLKN, beliau berasa tersinggung lalu beredar meninggalkan tempat
perbincangan mereka.
Masnah
·
Ibu kepada Aiman
·
Berpangkat datin.
·
Seorang yang suka berfikiran negatif.
Contoh: Beranggapan bahawa PLKN membahayakan nyawa anaknya dan turut menyokong
hasrat anaknya untuk menghadiri PLKN.
·
Seorang yang sanggup menyalahgunakan pengaruh
untuk kepentingan sendiri. Contoh: Datin Masnah meminta suaminya
menggunakan kedududkan dan pengaruhnya untuk mendapatkan pengecualian untuk
anaknya daripada menghadiri PLKN.
Cikgu Dahari
·
Seorang guru
·
Terlibat dengan PLKN dalam penghasilan modul program Penghayaran
Sastera dan budaya.
·
Seorang yang berfikiran positif.
Contoh apabila Aiman menyatakan bahawa keselamatan peserta di dalam kem latihan
tidak terjamin dan sastera dan budaya tidak penting dalam kehidupan zaman
moden, Cikgu Dahari menafikan pendapat tersebut dengan menerangkan bahawa
keselamatan peserta sentiasa terjamin. Beliau juga menerangkan peranan sastera
dan budaya dalam kalangan masyarakat.
·
Seorang yang sentiasa memberi galakan kepada
anak murid. Contoh: Apabila Nora memberitahu bahawa ramai pelajar
terpilih sebagai peserta PLKN, Cikgu Dahari berasa teruja dan menyatakan bahawa
Malaysia bertuah kerana mendapat remaja mereka yang sentiasa bersedia
berkhidmat untuk negara.
Posmen
·
Seorang yang berfikiran positif.
Contoh: Apabila Aiman menyuruh posmen membuang surat Jabatan Latihan Khidmat
Negara, posmen telah memberi nasihat kepada Aiman agar fikir tentang kemahiran
dan pengalaman yang bakal diperoleh oleh Aiman melalui PLKN.
·
Seorang yang amanah.
Contoh: selepas memberi kata-kata perangsang kepada Aiman tentang kebaikan
PLKN. Posmen meminta diri untuk meneruskan tugasnya menghantar surat kerana dia
menganggap surat-surat tersebut adalah amanah yang diberikan kepadanya.
PLOT
Permulaan
Aiman menerima sepucuk surat daripada Jabatan Latihan Khidmat
Negara. Posmen yang menyampaikannya cuba member penenrangan kepada Aiman
tentang manfaat PLKN apabila Aiman menyuruh posmen membuang surat tersebut.
Aiman berkelakuan biadap terhadap pembantu rumahnya, Nek Sinah yang melayannya
seperti anak sendiri. Nek Sinah tersinggung dan kesal akan sikap Aiman dan
layanan keluarganya yang mementingkan wang ringgit sahaja
Perkembangan
Perbualan antara Aiman dan rakan-rakannya di sekolah tentang
senarai nama peserta PLKN yang dipaparkan di papan kenyataan sekolah. Cikgu
Dahari memberi penerangan yang jelas tentang PLKN kepada anak-anak muridnya.
Beliau menjelaskan setiap pertanyaan murid dengan memberikan jawapan yang
positrif agar mereka berasa seronok untuk menyertai PLKN dan berkhidmat untuk
negara
Perumitan
Konflik antara ahli keluarga berlaku apabila Aiman dan Datin
Masnah menyuruh Khir Ghazali menggunakan kedudukan dan pengaruhnya untuk
mendapatkan pengecualian agar Aiman tidak menyertai PLKN. Khir Ghazali berasa
marah dan kesal dengamn sikap isteri dan anaknya yang mempunyai tanggapan dan
negative tentang PLKN
Peleraian
Aiman melayari internet di biliknya dan ketika melayari beberapa
sesawang, dia terbaca berita mengenai kejayaan pelajar-pelajar seniornya di
PLKN. Syufia yang dikenali sebagai kera sumbang di sekolah berjaya memperoleh
anugerah pelatih terbaik WIRAWATI untuk Kem Gerakkas di Desaru Johor. Manakala
Ziman yang kuat makan dan tidur juga berjaya menyertai PLKN. Aiman sedar akan
PLKN dan bertekad untuk menyertainya.
TEKNIK PLOT
·
Monolog Dalaman. Aiman :
Patutkah aku simpan surat ini atau aku buang saja? Hmm, kalau aku buang, nanti
ada orang lain jumpa pula. Hah, baik aku bakar!. Tak ada kesannya nanti. Baik
aku simpan dulu, cukup masa kalau aku tak berminat, baru aku bakar.
·
Pemerian. Pada
permula cerita pengarang menggambarkan keadaan keluarga Aiman yang hidup mewah
dan kemewahan tersebut yang telah mengubah dirinya menjadi seorang remaja yang
manja dan malas.
·
Imbas Muka. Aiman
bermimpi menyertai PLKN. Dalam program tersebut Aiman mendapati keadaan kem
yang panas, makanan yang tidak menyelerakan, mandi air kolam sejuk dan
membotakkan kepala. Hanya perkara yang negatif yang terlintas dalam fikirannya
ketika bermimpi.
LATAR
·
Latar masa.
·
Alaf baru (Program PLKN –
bermula tahun 2004).
·
Waktu tengah hari.
Contoh: Nek Sinah menjemput Aiman menikmati makan tengah hari.
·
Waktu pagi. Contoh: Aiman berdialog
bersama-sama rakan-rakan di sekolah tentang PLKN yang bakal dihadiri mereka.
·
Waktu petang. Contoh: Selepas balik
dari sekolah Aiman berbual bersama-sama dengan ayah dan ibunya di rumah.
Latar tempat
·
Rumah Aiman. Contoh: Peristiwa Aiman
menerima surat daripada Jabatan latihan Khidmat Negara.
·
Sekolah Menengah.
Contoh: dialog antara Aiman, Nora, Sundarani, Ah Tiau dan Syuhada tentang
senarai nama peserta PLKN yang dipaparkan di papan kenyataan..
Latar masyarakat
·
Masyarakat bandar yang sibuk bekerja .
contoh: Khir Ghazali iaitu ayah Aiman digambarkan sebagai hartawan yang sibuk
bekerja. Ibunya, Datin Masnah juga selalu tidak berada di rumah manakala
kakaknya, Dapnia sibuk dengan tugasan di universiti.
·
Masyarakat yang penyayang. Contoh:
Walaupun Nek Sinah bekerja sebagai pembantu rumah di rumah Khir Ghazali namun
dia amat menyayangi Aiman dan memasak makanan kegemarannya serta melayannya
seperti cucu sendiri.
·
Masyarakat yang amanah dalam menjalankan
tanggungjawab. Contoh: Posmen dalam drama ini mengedarkan surat kepada penerima
dengan penuh tanggungjawab kerana dia berpendapat bahawa surat itu adalah
amanah masyarakat terhadapnya.
·
Masyarakat yang sombong dan mementingkan
kekayaan. Contoh: Aiman berkelakuan biadap terhadap pembantu rumahnya
yang sentiasa bersikap lemah lembut. Nek Sinah berasa kesal dengan tingkah laku
Aiman dan ahli keluarganya yang hanya mementingkan wang ringgit.
·
Masyarakat yang berfikiran positif.
Contoh: Walaupun Khir Johari mempunyai pengaruh dan kedudukan untuk membantu
Aiman mengecualikan diri daripada menyertai PLKN, namun Khir Ghazali mahu
anaknya menyertai program tersebut kerana beliau tahu bahawa anaknya akan
memperoleh banyak manfaat daripada PLKN. Selain itu, Cikgu Dahari menerangkan
tentang kebaikan PLKN kepada pelajar-pelajarnya agar dapat mengikiskan
tanggapan negative mereka terhadap program tersebut dan memberikan sumbangan
mereka kepada negara.
GAYA BAHASA
·
Sinkope. Contoh:
kata singkatan ‘tak’ dalam ayat. Saya tak berminat langsung (m.s 3)
·
Inversi. Contoh:
amanah orang semua surat ini (m.s 4).
·
Peribahasa. Hujan
emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. (m.s 7).
·
Bahasa asing. Contoh:
penggunaan perkataan bahasa Inggeris daddy, mummy (m.s 14).
·
Simile. Contoh:
perkataan ‘macam’ dalam ayat, Nak angan-angan macam Mat Jenin
NILAI
·
Nilai amanah. Contoh:
Posmen amanah dalam menjalankan tanggungjawabnya menghantar surat.
·
Nilai kasih sayang. Contoh:
Nek Sinah melayan Aiman seperti cucunya sendiri dan masak makanan kegemarannya.
·
Nilai bertanggungjawab. Contoh:
walaupun sibuk bekerja, Khir Ghazali meluangkan masa mendengar masalah Aiman.
·
Nilai cinta akan tanah air. Contoh:
apabila Aiman menyatakan bahawa dia tidak tahu di mana terletaknya Jempol
kerana selalu bercuti di luar negara, kawannya Sundarani menegurnya bahawa kita
perlu menghargai tanah air kita.
·
Nilai
baik hati . Contohnya, Encik posmen telah menyerahkan surat
tawaran PLKN kepada Aiman sambil menasihatinya agar menerima tawaran tersebut.
·
Nilai
kegigihan. Contohnya, Cikgu Dahari gigih membimbing dan memberi
tunjuk ajar kepada pelatih PLKN tentang Pogram Penghayatan Satera dan Budaya
(PPSB).
·
Nilai
hemah tinggi. Contohnya, Nek Sinah bertutur dengan suara
yang lemah lembut ketika mengajak Aiman makan tengah hari walaupun Aiman
melayannya dengan bersikap kurang sopan.
·
Nilai
kesabaran. Contohnya, Nek Sinah bersabar dengan sikap biadap Aiman
yang tidak menghormatinya sebagai orang tua.
PENGAJARAN
· Kita haruslah menghormati orang yang lebih tua
daripada kita. Contoh: Aiman biadap terhadap pembantu rumahnya yang
menganggapnya sebagai cucu sendiri.
· Kita mestilah bersikap amanah dalam
menjalankan tugas. Contoh: Posmen menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang
posmen dengan penuh amanah.
· Kita perlulah memberi sokongan kepada program
kerajaan. Contoh: Masnah tidak memberi galakan kepada anaknya untuk
menyertai PLKN malah memberitahu suaminya bahawa program tersebut mungkin
membahayakan nyawa anaknya. Contoh: Cikgu Dahari memberi galakan dan kata-kata
perangsang kepada anak-anak muridnya agar menyertai PLKN dan berkhidmat untuk
negara.
· Kita
mestilah berpendirian tegas dan teguh dalam melaksanakan satu- satu perkara yang
bermanfaat kapada nusa dan bangsa. Contohnya, Datuk Khir Ghazali tetap dengan
keputusannya meminta Aiman menyertai PLKN walaupun dipujuk oleh Aiman dan Datin
Masnah.
· Kita
perlulah berpandangan jauh dalam usaha membina kehidupan yang lebih sempurna .
Contohnya, Datuk Khir Ghazali menerangkan faedah yang bakal diperoleh oleh
Aiman apabila di menyertai PLKN.
2 ulasan:
Nice
terima kasih tuan, sy gunakan sebagai bahan pengajaran
Catat Ulasan