Kemajuan negara hasil
keringat pemimpin hari ini dan pada masa lalu turut dirasai oleh rakyat.
Seiring dengan kemajuan negara, peningkatan pendapatan penduduk membolehkan
rakyat mampu memiliki kenderaan sendiri. Kita dapat melihat sendiri hampir
setiap keluarga mempunyai kenderaan. Selaras dengan peningkatan jumlah
kenderaan ini, kadar kesesakan di jalan raya turut semakin meningkat dan
menjadi masalah utama kepada semua rakyat. Walaupun ada usaha daripada pihak
kerajaan melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) memperbaik sistem pengangkutan
awam dengan memperkenal perkhidmatan rel bandar, pekhidmatan Tren Elektrik
(ETS), perkhidmatan bas menghubungi bandar dan antara bandar, perkhidmatan Teksi
1Malaysia, dan pengenalan kereta sewa persendirian "GrabTaxi" dan "GrabCar" tetapi
masalah kesesakan jalan taya masih tetap berlaku. Sekiranya, permasalahan perkhidmatan pengangkutan
ini terus berleluasa, dan tidak diselesaikan hingga ke akar umbi sudah pasti
pengguna jalan raya akan terus menghadapi dilema kerana terpaksa mengharungi
kesesakan jalan raya setiap hari. Persoalannya, apakah cara-cara untuk
mengurangkan kesesakan jalan raya?
Antara cara untuk menangani masalah ini termasuklah pihak
kerajaan harus menambahkan rangkaian lebuh raya dengan membina lebih banyak
jaringan pengangkutan terutama di bandar-bandar utama seperti Kuala Lumpur dan
Johor Bahru. Lebuh raya yang sedia ada perlu dinaikkan tarafnya. Contohnya,
pihak kerajaan boleh memperlebar jalan raya yang sempit. Langkah ini
membolehkan jalan raya menampung bilangan kenderaan yang lebih banyak. Pembinaan jalan raya bertingkat turut harus dilaksanakan
agar kesesakan dapat dikurangkan. Kerajaan juga perlu menambah dan meningkatkan
kemudahan pengangkutan awam bagi mengurangkan bilangan kenderaan di jalan raya.
Contohnya, perkhidmatan bas perlu dinaik taraf daripada bas mini kepada bas
yang lebih selesa. Perkhidmatan komuter, LRT , dan monorel harus dimajukan dari
semasa ke semasa bagi menarik minat orang ramai menaikinya. Jika penyediaan sistem
pengangkutan negara lebih kondusif pengguna
dan dirangka secara efisien sudah pasti
masalah kesesakan jalan raya tidak akan terus berlaku sehingga mengancam
kehidupan pengguna jalan raya. Jelasnya, pihak kerajaan berperanan penting
dalam menyediakan pelbagai kemudahan dan pembinaan jalan raya dalam menangani
masalah ini.
Selain itu, polis trafik
perlu mengawal lalu lintas terutama ketika waktu kesesakan . Polis trafik perlu
bertugas di laluan yang sentiasa mengalami masalah kesesakan khususnya pada waktu
balik kerja dari pejabat. Dengan adanya pengawalan lalu lintas oleh pihak
trafik, masalah seperti kegagalan fungsi lampu isyarat tidak lagi menjadi punca
kesesakan lalu lintas. Bukan itu sahaja, kesesakan jalan raya akibat kemalangan
jalan raya turut dapat dikendalikan dengan cepat dan efektif kerana polis
trafik telah sedia ada bertugas di jalan raya tertentu. Polis trafik turut
dapat membantu memastikan kelicinan pengguna jalan raya dan seterusnya
mengelakkan berlakunya kesesakan lalu lintas berlaku ketika waktu puncak. Sekiranya
pihak berkuasa hanya bergantung seratus peratus kepada sistem manual dengan
mengharapkan lampu isyarat mengawal aliran kenderaan pada setiap masa, sudah
pasti kesesakan jalan raya tidak akan dapat diselesaikan. Tegasnya, polis trafik menggalas tanggungjawab
yang berat dalam mengurangkan masalah kesesakan di jalan raya.
Selain itu, kerajaan juga boleh menggalakkan masyarakat
berkongsi kereta ke tempat kerja. Berkongsi kereta merupakan saranan yang ideal
dalam usaha mengatasi masalah kesesakan jalan raya. Hal ini berkaku demikian
kerana apabila masyarakat berkongsi kereta ke tempat kerja, sudah tentu
bilangan kereta di atas jalan raya dapat dikurangkan. Namun demikian, langkah
ini juga mempunyai masalahnya yang tersendiri kerana melibatkan perubahan sikap
pengguna yang bersikap indivualistik ibarat enau dalam belukar melepasi pucuk
masing-masing dalam kehidupan seharian mereka. Mereka tidak rela berkongsi kereta dengan
pihak lain. Ada juga ramai yang tidak menyahut seruan kerajaan berkongsi kereta
untuk memudahkan diri ke sesuatu destinasi tanpa menyusahkan orang lain. Jika
perubahan sikap ini tidak dibanteras dari awal terutama dalam kalangan
kanak-kanak sudah pasti usaha untuk berkongsi kereta yang diaplikasikan dalam
kehidupan masyarakat kerana peribahasa Melayu ada mengatakan ”melentur buluh,
biarlah daripada rebungnya. Jelasnya, masyarakat kini perlulah menghakis sikap
tersebut dan mengambil langkah yang proaktif seperti rela berkongsi kereta agar
kesesakan di jalan raya dapat dikurangkan.
Di samping itu, pihak berkuasa juga perlu melarang
kenderaan berat memasuki laluan utama dalam tempoh tertentu. Kenderaan berat
hanya dibenarkan mengguna laluan utama pada masa-masa yang tertentu untuk
memastikan kelicinan lalu lintas pada waktu puncak seperti waktu pagi dan waktu
malam. Hal ini kerana kebanyakan masyarakat keluar pada waktu ini atas urusan
ke pejabat, menghantar anak ke sekolah dan sebagainya. Dalam hal ini, pihak
polis trafik haruslah sentiasa meronda di laluan utama agar tiada kenderaan berat
yang berada di jalan raya yang biasanya sesak. Sekiranya sesebuah kenderaan
berat telah rosak di tengah- tengah jalan, kenderaan tersebut akan mengganggu
pergerakan lalu lintas kerana saiznya yang besar akan menghalang kenderaan yang
lain. Pada masa yang sama penguatkuasaan terhadap kenderaan berat berada di jalan
raya pada waktu puncak perlu dijalankan secara berterusan dan tidak sekadar
hangat-hangat tahi ayam sahaja agar ketegasan ini akan memberi pengajaran bukan
sahaja kepada pemandu tetapi juga kepada pengusaha kenderaan berat berkenaan.
Sekiranya penguatkuasaan berkenaan hanya dijalankan secara bermusim sahaja,
sudah pasti objektif utama untuk tidak membenarkan kenderaan berada di jalan
raya pada waktu puncak akan gagal dan kesesakan jalan raya akan sentiasa
berlaku. Sudah terang lagi bersuluh, pihak berkuasa perlu melarang kenderaan
berat dari memasuki laluan utama
terutamanya pada waktu puncak untuk mengelakkan kesesakan di jalan raya.
Kesimpulannya, kesesakan
di jalan raya mendatangkan banyak kerugian terhadap masyarakat dari segi masa,
tenaga dan kewangan. Bahkan juga, bilangan pengguna jalan raya menghadapi
masalah stres semakin meningkat dan ini memberi impak kepada keselesaan hidup mereka. Oleh itu, kerajaan
dan pihak berkuasa haruslah berganding bahu dengan menguatkuasakan
undang-undang jalan raya. Selain itu, usaha mendidik masyarakat untuk berkongsi
kereta ke pejabat perlu diberi keutamaan bermula daripada sekolah lagi, selain
media arus perdana perlu cakna dengan menyiarkan rencana dan kempen berkongsi
kereta setiap masa di media-media mereka sama ada media bercetak atau media
elektronik. Bagi masyarakat pula, sikap masyarakat yang mementingkan diri
sendiri mestilah dihakis dan sedia menerima perubahan untuk kebaikan bersama
kerana muafakat membawa berkat.
SAYA MENGHARAPKAN PELAJAR TING. 5 DAN 4 MENYALIN KARANGAN BERPANDU DI ATAS KE DALAM BUKU LATIHAN KARANGAN.
PROGRAM MENYALIN KARANGAN CUTI PERISTIWA DAN CUTI HUJUNG MINGGU.
8 ulasan:
Ok, great job.
Bagus tapi...rasa macam kurang isi tersirat
Terbaik
Bagusnya senang nak faham.
Ha betul tu!
ouh goodbjob
Ejaannya Banyak Ada Yang salah
🗿🗿🗿🗿🗿🗿🗿
Catat Ulasan