Jumaat, 1 November 2013

SOALAN DAN JAWAPAN BAHAGIAN KOMSAS NOVEL 4 (A) DAN 4(B) PERCUBAAN MRSM 2013

                        SILA BUAT ANALISAN DAN RUJUKAN SOALAN YANG DIKELUARKAN
DALAM PEPERIKSAAN PERCUBAAN NEGERI DAN KUASAI CARA MENJAWAB SOALAN
SOALAN BERKENAAN.
PELAJAR YANG BIJAK, PELAJAR YANG MENGAMBIL KESEMPATAN
DARIPADA SOALAN-SOALAN YANG DIAMBIL BERAT OLEH PEMBINA SOALAN
NEGERI-NEGERI DI MALAYSIA. USAHA ANDA AKAN BERBALOI JIKA ANDA
RAJIN DAN BERUSAHA. USAHA TANGGA KEJAYAAN.

Analisa terkini soalan Percubaan  Bahasa Melayu Negeri-negeri lain 2013.
Soalan Percubaan SPM  Negeri 2013 ( Analisa 4 a dan 4 b)
Bil
Negeri
Soalan 4 a
Soalan 4 b
1
Kedah
Watak sampingan turut memainkan peranan penting bagi menghidupkan jalan cerita dalam sesebuah novel.
Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, jelaskan nilai kerjasama pada watak sampingan dengan memberi contoh peristiwa yang dapat mengambarkan nilai tersebut.
Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji,  huraikan latar masyarakat yang dikemukan oleh pengarang.
2



SBP
Unsur saspens dalam sesebuah novel dikemukakan oleh pengarang untuk menimbulkan minat dalam diri pembaca agar menyudahkan pembacaan mereka. Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, huraikan dua peristiwa yang menunjukkan unsur saspens dalam novel tersebut.
Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan satu perwatakan watak sampingan yang dipaparkan dalam setiap novel tersebut.
3
MRSM
Huraikan dua persoalan kasih sayang yang terdapat dalam sebuah novel yang telah anda pelajari.
Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, jelaskan satu peristiwa yang
menggambarkan teknik imbas kembali yang terdapat dalam setiap novel.
4
Perak
Berdasarkan salah satu teks yang anda kaji, jelaskan bagimanakah  watak sampingan membantu menyelesaikan masalah watak utama.
Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, jelaskan satu persoalan daripada setiap novel.
5
Pulau Pinang

Banyak peristiwa yang dipaparkan dalam sesebuah novel menggambarkan persoalan yang ingin disampaikan oleh pengarang.
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua contoh yang menggambarkan persoalan pengorbanan dalam kehidupan.

Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, jelaskan satu latar masyarakat yang terdapat dalam novel-novel tersebut.
6
Terengganu
Bahagian peleraian yang menarik dalam sesebuah novel memberi kepuasan kepada pembaca.
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua peristiwa menarik pada bahagian peleraian novel tersebut.
Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, huraikan satu latar masyarakat yang
prihatin dalam setiap novel.
7
Johor SMKL
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua peristiwa yang menggembirakan dalam novel tersebut
Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, huraikan satu pengajaran yang terdapat dalam setiap novel tersebut?
8
Johor SMKPS
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua peristiwa yang
menggembirakan dalam novel tersebut
Berdasarkan dua buah. novel yang telah anda pelajari, huraikan satu pengajaran
yangterdapatdalamsetiapnovel tersebut
9
Selangor SMKS
Selain isu utama, setiap pengarang juga mengutarakan beberapa persoalan dalam karya mereka.
Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, jelaskan dua persoalan yang dikemukakan oleh pengarang dalam novel berkenaan.
Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, huraikan kepentingan watak sampingan dalam setiap novel tersebut.
10




Wilayah Persekutuan
Pengarang sesebuah novel biasanya menggunakan karyanya sebagai medan untuk mengutarakan pelbagai kritikan sosial.
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan kepincangan masyarakat dalam novel tersebut.
Setiap novel mengandungi berbagai-bagai nilai murni yang dapat memberikan teladan kepada pembaca. Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, jelaskan peristiwa yang menggambarkan
nilai keprihatinan dalam novel-novel tersebut.
11
Sabah
Pembaca akan memperoleh pelbagai mesej dan pengajaran daripada novel yang dibaca. Berdasarkan novel yang telah anda kaji, jelaskan pengajaran yang boleh anda jadikan pedoman dalam kehidupan.
Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, huraikan persamaan latar masyarakat yang terdapat dalam kedua-dua novel tersebut
12
Skor A BH
Jelas dua latar masyarakat yang terdapat dalam sebuah novel yang anda pelajari.
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan tiga peristiwa yang menunjukkan nilai ketabahan yang terdapat dalam novel tersebut.
13
Yik
Pengarang sesebuah novel memaparkan banyak pengajaran yang berguna untuk mendidik masyarakat.
Tulis tiga pengajaran dalam sebuan novel yang anda pelajari.
Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu peristiwa  memaparkan nilai kasih sayang dalam setiap novel.
Semoga analisa ini dapat membantu pelajar melihat aliran soalan yang kerap menjadi pilihan penggubal soalan di peringkat negeri dan membuat persiapan menghadapi soalan komsas antologi dan komsas novel  Kertas Bahasa Melayu 2.


                                                Soalan 4: Novel    [15 markah]

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:
(i) Papa... (akhimya kau tewas jua!) karya Deana Yusof
(ii) Melunas Rindu karya Hartini Hamzah
(iii) Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd Hanafiah
(iv) Renyah karya Gunawan Mahmood
(v) Konserto Terakhir karya Abdullah Hussein
(vi) Kembara Amira karya Amer Hamzah L. Kadir
(vii) Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah
(viii) Sutera Dalam Lukisan karya Abd. Talib Hassan

(a) Huraikan dua persoalan kasih sayang yang terdapat dalam sebuah novel yang telah anda pelajari.
                                                                                                                           [7 markah]

(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, jelaskan satu peristiwa yang menggambarkan
     teknik imbas kembali yang terdapat dalam setiap novel.
                                                                                                                           [8 markah]
                                                              KERTAS SOALAN TAMAT


Skema jawapan:-
4(a):-
Peringatan kepada pelajar, jangan hafal novel tetapi fahamkan ceritanya. InsyaAllah anda akan 
mampu menjawab soalan dengan baik. Daya kreatif anda juga diperlukan dalam menjawab soalan
yang mempunyai kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis.

Azfa Hanani   -Kasih sayang seorang  ibu terhadap anak.
                     Datin Maziah terlalu sayangkan anaknya Tengku Murni sehingga anaknya Tengku
                     Mazran tidak sanggup untuk memberitahu keadaan sebenar Tengku Murni yang
                     meninggal dunia akibat kemalangan.
                    -Kasihsayang anak saudara kepada bapa saudaranya.
                     Azfa Hanani juga sayang kepada keluarga Pak Longnya. Dia menyedari keadaan Pak
                     Longnya  yang  miskin, dan dapat menerima ,keadaan itu. Dia reda andainya dia
                     diberhentikan daripada persekolahan.
                    -Kasih sayang seorang sepupu kepada sepupunya.
                     Azfa Hanani sanggup menerima tawaran menyamar sebagai Tengku Murni kerana
                     mahu sepupunya Zuraini mendapat rawatan kakinya yang lumpuh.
                    -Kasih sayang seorang bapa saudara kepada anak saudaranya.
                     Bapa saudara Azfa Ranani menyayanginya sehingga sanggup menjaganya dari keeil
                     selepas kematian ayah dan ibunya dalam kemalangan.
Kembara Amira:-Kasih sayang seorang ibu terhadap anak
                      Digambarkan melalui sikap Profesor Zaidah yang sanggup meninggalkan kerjanya
                      demi mencari Amira di Gunung Gua Gajah.
                      -Kasih sayang seorang ayah terhadap anaknya.
                       Tau sayang akan anaknya Sabi. Dia sanggup menculik anaknya SabiIMalique dan
                       tidak mahu melepaskannya semasa Itai, Amira dan Pak Lias ingin membawa Sabi
                       turun  dari puncak Gunung Gua Gajah. Dia mahu bersama Sabi yang telah lama
                       meninggalkannya.
                      -Kasih sayang seorang sahabat.
                       Amira menyayangi Jacinta dengan mengambil berat tentang dirinya dan mengajaknya
                       bercuti bersama-samanya di Gunung Mat Raya.

Jawapan soalan 4(b)
 Azfa Hanani   - Mengimbas kembali keluarga di kampung 
                       Azfa Hanani teringat akan Pak Long dan sepupu-sepupunya di kampung. Dia teringat
                       peristiwa ketika menikmati masakan Mak Longnya di kampung.
Kembara Amira -Mengimbas kembali kenangan bersama rakan
                        Amira ketawa kerana mengingatkan kembali kenangan semasa berada di Gua Niah
                       ketika mereka turut serta dalam kerja lapangan yang dilakukan oleh ibunya.

*** Sila rujuk modul masteri novel yang telah saya edarkan dan rujuk jawapan tambahan.