SILA BUAT ANALISAN DAN RUJUKAN SOALAN YANG DIKELUARKAN
DALAM PEPERIKSAAN PERCUBAAN NEGERI DAN KUASAI CARA MENJAWAB SOALAN
SOALAN BERKENAAN.
PELAJAR YANG BIJAK, PELAJAR YANG MENGAMBIL KESEMPATAN
DARIPADA SOALAN-SOALAN YANG DIAMBIL BERAT OLEH PEMBINA SOALAN
NEGERI-NEGERI DI MALAYSIA. USAHA ANDA AKAN BERBALOI JIKA ANDA
RAJIN DAN BERUSAHA. USAHA TANGGA KEJAYAAN.
PELAJAR YANG BIJAK, PELAJAR YANG MENGAMBIL KESEMPATAN
DARIPADA SOALAN-SOALAN YANG DIAMBIL BERAT OLEH PEMBINA SOALAN
NEGERI-NEGERI DI MALAYSIA. USAHA ANDA AKAN BERBALOI JIKA ANDA
RAJIN DAN BERUSAHA. USAHA TANGGA KEJAYAAN.
Analisa terkini soalan
Percubaan Bahasa Melayu Negeri-negeri lain 2013.
Soalan Percubaan SPM
Negeri 2013 ( Analisa 4 a dan 4 b)
Bil
|
Negeri
|
Soalan 4 a
|
Soalan 4 b
|
1
|
Kedah
|
Watak
sampingan turut memainkan peranan penting bagi menghidupkan jalan cerita
dalam sesebuah novel.
Berdasarkan
sebuah novel yang anda kaji, jelaskan nilai kerjasama pada watak sampingan
dengan memberi contoh peristiwa yang dapat mengambarkan nilai tersebut.
|
Berdasarkan
dua buah novel yang anda kaji, huraikan latar masyarakat yang dikemukan
oleh pengarang.
|
2
|
SBP
|
Unsur saspens dalam sesebuah novel dikemukakan
oleh pengarang untuk menimbulkan minat dalam diri pembaca agar menyudahkan
pembacaan mereka. Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, huraikan dua
peristiwa yang menunjukkan unsur saspens dalam novel tersebut.
|
Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji,
huraikan satu perwatakan watak sampingan yang dipaparkan dalam setiap
novel tersebut.
|
3
|
MRSM
|
Huraikan dua persoalan kasih sayang yang terdapat dalam sebuah novel
yang telah anda pelajari.
|
Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, jelaskan satu peristiwa
yang
menggambarkan teknik imbas kembali yang terdapat
dalam setiap novel.
|
4
|
Perak
|
Berdasarkan salah satu teks
yang anda kaji, jelaskan bagimanakah watak sampingan membantu
menyelesaikan masalah watak utama.
|
Berdasarkan dua buah novel
yang telah anda kaji, jelaskan satu persoalan daripada setiap novel.
|
5
|
Pulau Pinang
|
Banyak peristiwa yang dipaparkan dalam sesebuah novel menggambarkan
persoalan yang ingin disampaikan oleh pengarang.
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua contoh
yang menggambarkan persoalan pengorbanan dalam kehidupan.
|
Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, jelaskan satu
latar masyarakat yang terdapat dalam novel-novel tersebut.
|
6
|
Terengganu
|
Bahagian peleraian yang
menarik dalam sesebuah novel memberi kepuasan kepada pembaca.
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua peristiwa
menarik pada bahagian peleraian novel tersebut.
|
Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, huraikan satu
latar masyarakat yang
prihatin dalam setiap novel.
|
7
|
Johor SMKL
|
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari,
huraikan dua peristiwa yang menggembirakan dalam novel tersebut
|
Berdasarkan dua buah novel yang telah anda
pelajari, huraikan satu pengajaran yang terdapat dalam setiap novel
tersebut?
|
8
|
Johor SMKPS
|
Berdasarkan
sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua peristiwa yang
menggembirakan dalam novel tersebut
|
Berdasarkan
dua buah. novel yang telah anda pelajari, huraikan satu pengajaran
yangterdapatdalamsetiapnovel tersebut
|
9
|
Selangor SMKS
|
Selain isu utama, setiap pengarang juga mengutarakan beberapa
persoalan dalam karya mereka.
Berdasarkan sebuah novel yang telah
anda kaji, jelaskan dua persoalan yang dikemukakan oleh pengarang
dalam novel berkenaan.
|
Berdasarkan dua buah novel yang telah anda
kaji, huraikan kepentingan watak sampingan dalam setiap novel tersebut.
|
10
|
Wilayah Persekutuan
|
Pengarang sesebuah novel biasanya menggunakan
karyanya sebagai medan untuk mengutarakan pelbagai kritikan sosial.
Berdasarkan sebuah novel yang anda
pelajari, huraikan kepincangan masyarakat dalam novel tersebut.
|
Setiap novel mengandungi berbagai-bagai nilai
murni yang dapat memberikan teladan kepada pembaca. Berdasarkan dua buah
novel yang anda pelajari, jelaskan peristiwa yang menggambarkan
nilai keprihatinan dalam novel-novel tersebut.
|
11
|
Sabah
|
Pembaca akan memperoleh pelbagai mesej dan
pengajaran daripada novel yang dibaca. Berdasarkan novel yang telah anda
kaji, jelaskan pengajaran yang boleh anda jadikan pedoman dalam
kehidupan.
|
Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji,
huraikan persamaan latar masyarakat yang terdapat dalam kedua-dua
novel tersebut
|
12
|
Skor A BH
|
Jelas dua latar masyarakat
yang terdapat dalam sebuah novel yang anda pelajari.
|
Berdasarkan sebuah novel
yang anda pelajari, jelaskan tiga peristiwa yang menunjukkan nilai ketabahan
yang terdapat dalam novel tersebut.
|
13
|
Yik
|
Pengarang sesebuah novel memaparkan banyak pengajaran yang berguna untuk mendidik masyarakat.
Tulis tiga pengajaran dalam
sebuan novel yang anda pelajari.
|
Berdasarkan dua buah novel
yang anda pelajari, huraikan satu peristiwa memaparkan nilai kasih
sayang dalam setiap novel.
|
Semoga analisa ini dapat
membantu pelajar melihat aliran soalan yang kerap menjadi pilihan penggubal
soalan di peringkat negeri dan membuat persiapan menghadapi soalan komsas
antologi dan komsas novel Kertas Bahasa Melayu 2.
Soalan 4: Novel [15 markah]
Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:
(i) Papa... (akhimya kau tewas jua!) karya Deana Yusof
(ii) Melunas Rindu karya Hartini Hamzah
(iii) Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd Hanafiah
(iv) Renyah karya Gunawan Mahmood
(v) Konserto Terakhir karya Abdullah Hussein
(vi) Kembara Amira karya Amer Hamzah L. Kadir
(vii) Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah
(viii) Sutera Dalam Lukisan karya Abd. Talib Hassan
(a) Huraikan dua persoalan kasih sayang yang terdapat dalam sebuah novel yang telah anda pelajari.
[7 markah]
(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, jelaskan satu peristiwa yang menggambarkan
teknik imbas kembali yang terdapat dalam setiap novel.
[8 markah]
KERTAS SOALAN TAMAT
Skema jawapan:-
4(a):-
Peringatan kepada pelajar, jangan hafal novel tetapi fahamkan ceritanya. InsyaAllah anda akan
mampu menjawab soalan dengan baik. Daya kreatif anda juga diperlukan dalam menjawab soalan
yang mempunyai kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis.
Azfa Hanani -Kasih sayang seorang ibu terhadap anak.
Datin Maziah terlalu sayangkan anaknya Tengku Murni sehingga anaknya Tengku
Mazran tidak sanggup untuk memberitahu keadaan sebenar Tengku Murni yang
meninggal dunia akibat kemalangan.
-Kasihsayang anak saudara kepada bapa saudaranya.
Azfa Hanani juga sayang kepada keluarga Pak Longnya. Dia menyedari keadaan Pak
Longnya yang miskin, dan dapat menerima ,keadaan itu. Dia reda andainya dia
diberhentikan daripada persekolahan.
-Kasih sayang seorang sepupu kepada sepupunya.
Azfa Hanani sanggup menerima tawaran menyamar sebagai Tengku Murni kerana
mahu sepupunya Zuraini mendapat rawatan kakinya yang lumpuh.
-Kasih sayang seorang bapa saudara kepada anak saudaranya.
Bapa saudara Azfa Ranani menyayanginya sehingga sanggup menjaganya dari keeil
selepas kematian ayah dan ibunya dalam kemalangan.
Kembara Amira:-Kasih sayang seorang ibu terhadap anak
Digambarkan melalui sikap Profesor Zaidah yang sanggup meninggalkan kerjanya
demi mencari Amira di Gunung Gua Gajah.
-Kasih sayang seorang ayah terhadap anaknya.
Tau sayang akan anaknya Sabi. Dia sanggup menculik anaknya SabiIMalique dan
tidak mahu melepaskannya semasa Itai, Amira dan Pak Lias ingin membawa Sabi
turun dari puncak Gunung Gua Gajah. Dia mahu bersama Sabi yang telah lama
meninggalkannya.
-Kasih sayang seorang sahabat.
Amira menyayangi Jacinta dengan mengambil berat tentang dirinya dan mengajaknya
bercuti bersama-samanya di Gunung Mat Raya.
Jawapan soalan 4(b)
Azfa Hanani - Mengimbas kembali keluarga di kampung
Azfa Hanani teringat akan Pak Long dan sepupu-sepupunya di kampung. Dia teringat
peristiwa ketika menikmati masakan Mak Longnya di kampung.
Kembara Amira -Mengimbas kembali kenangan bersama rakan
Amira ketawa kerana mengingatkan kembali kenangan semasa berada di Gua Niah
ketika mereka turut serta dalam kerja lapangan yang dilakukan oleh ibunya.
*** Sila rujuk modul masteri novel yang telah saya edarkan dan rujuk jawapan tambahan.
3 ulasan:
THX
TQ
TQ
Catat Ulasan