1. Merumus teks dan pemahaman teks untuk pelajar ting 4 dan 5 terdapat dalam halaman tingkatan 5 blog
ini.
2. Menyalin lima karangan terbaik sama ada contoh yang saya berikan atau contoh karangan rakan sebaya
terbaik PPT 2013. Untuk kerja ini, pelajar ting. 4 menyalin karangan PPT ting. 4 2013 dan pelajar ting. 5
menyalin PPT 2013 ting. 5. Hal ini kerana, saya mengharapkan pelajar ting. 4 dan 5 dapat melihat dan
mencontohi karangan rakan sebaya terbaik dari segi kemahiran mengembangkan idea dan isi, kemahiran
membina ayat dan mengaitkan ayat dengan ayat. Begitu juga, membina frasa terutama frasa pasif untuk
kata ganti nama diri pertama, kedua dan ketiga, kemahiran mengaplikasi frasa menarik seperti
peribahasa, kata bijak pandai,pemimpin dan tokoh agama, kemahiran memilih penanda wacana, dan
kemahiran memilih perenggan pengenalan yang sesuai, penggunaan kaedah deduktif semasa
mengembangkan perenggan isi, serta membina perenggan penutup.
Harapan saya, kerja tersebut bukan sahaja sekadar kerja menyalin sahaja tetapi biarlah anda muhasabah diri apabila melihat kehebatan orang lain menghasilkan karangan dan mengesan kelemahan yang ada pada diri anda. Ingat, jika orang lain boleh menghasilkan karangan terbaik kenapa anda tidak. Belakang parang jika diasah akan tajam juga. Sekian, ikhlas daripada saya yang mengharapkan terbaik daripada pelajar-pelajarnya.
Selain itu, saya lampirkan TOV tingkatan 4S, 4H, 5K, dan 5H di bawah setiap keputusan PPT 2013. Diharapkan para pelajar dapat membuat perbandingan antara TOV, AR1 (US1) dan AR2(PPT 2013), serta sasaran OTR3 ( Peperiksaan Percubaan dan ETR ( Sasaran SPM untuk Ting. 5 dan Sasaran PAT untuk Tingkatan Empat). Selepas itu, muhasabah diri agar 5 tahun pelajar tingkatan 5 dan 4 tahun untuk pelajar tingkatan 4 berada di SMKASAS tidak menjadi sia-sia dan ingat akhirnya impak keputusan anda akan jatuh ke muka kami sebagai tenaga pengajar. Ingat, pelajar yang baik "menurut kata".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan