KEPUTUSAN TIDAK RASMI BAHASA MELAYU TING 4H PPT 2013
TOV PELAJAR 4H SILA TAMBAH PADA RUANG AR2 UNTUK MUHASABAH DIRI
KEPUTUSAN TIDAK RASMI BAHASA MELAYU TING 4S PPT 2013
Sebelum anda membaca contoh karangan terbaik ,sama ada dihasilkan oleh rakan sebaya atau contoh karangan yang saya lampirkan, sila rujuk kriteria karangan cemerlang yang telah saya bicarakan semasa mengulas jawapan karangan PPT tingkatan lima 2013. Paling penting anda perlu faham bagaimana karangan cemerlang dihasilkan dan pemarkahan setiap hasilan karangan berpandu dan karangan umum. Selain itu, anda juga perlu tahu kekerapan kesalahan yang dilakukan oleh pelajar semasa mengarang.
Contoh Karangan Berpandu Terbaik PPT 2013
Contoh Karangan Berpandu Terbaik Kedua PPT 2013
Soalan Karangan Umum PPT 2013
DI BAWAH SAYA SENARAIKAN CONTOH KARANGAN UMUM TERBAIK. UNTUK KARANGAN HASILAN PELAJAR SAYA AKAN TERBITKAN KEMUDIAN.
Contoh Karangan Soalan Pertama:-
Profesor Di raja Ungku Aziz
pernah mengatakan bahawa rumah merupakan universiti pertama bagi
anak-anak dan ibu bapa pula merupakan profesor pertama bagi mereka .
Kata-kata ini jelas menunjukkan bahawa ibu bapa dan setiap ahli keluarga
memainkan peranan yang sangat penting dalam pembentukan sahsiah anak-anak .
Anak-anak merupakan anugerah dan amanah Tuhan yang tidak ternilai . Ibu bapa
bertanggungjawab untuk mewujudkan rumah tangga yang aman dan damai kerana
anak-anak akan berasa bahagia apabila ibu bapa memberikan sepenuh kasih sayang
dan melindungi diri anak-anak mereka. Anak-anak ibarat sehelai kain
putih , ibu bapalah yang mencorakkan warna pada kain tersebut.
Persoalannya , apakah peranan keluarga khususnya ibu bapa dalam pembentukan
sahsiah anak-anak ? Pada pendapat saya,jawapannya sudah pasti tugas dan peranan yang boleh dimainkan oleh keluarga
terutama seorang insan yang bergelar ketua keluarga amat penting dan pelbagai
dalam melahirkan sahsiah terbilang dalam kalangan anak-anak mereka.
Ibu bapa memainkan peranan
penting bagi memastikan pembentukan sahsiah anak-anak dengan memberikan didikan
agama yang sempurna dalam diri anak-anak . Pepatah sering menyatakan bahawa melentur
buluh biarlah dari rebungnya . Peribahasa ini jelas menunjukkan bahawa
pendidikan agama perlu diterapkan dalam diri anak-anak sejak kecil lagi agar
anak-anak dapat membuka minda serta mengelakkan diri daripada terjebak dalam
perlakuan negatif . Penerapan nilai agama dapat membantu anak-anak untuk
membezakan antara baik dan buruk perlakuan yang akan dilakukan . Selain itu ,
anak-anak juga akan membesar dengan perpandukan ajaran agama . Didikan agama yang
sempurna merupakan benteng yang ampuh untuk mengelakkan anak-anak terjebak
dalam kancah gejala sosial. Anak-anak yang dibesarkan dalam keluarga yang
mementingkan didikan agama akan menjadi anak yang baik sahsiah dan akhlaknya .
Sebagai contoh , jika sesebuah keluarga mempunyai pegangan agama yang kuat,
anak-anak mereka akan mempunyai tingkah laku yang baik kerana madu satu tong
dirembes, rembesnya madu juga. Jelaslah bahawa pendidikan agama yang
secukupnya sangat penting untuk membentuk sahsiah anak-anak.
Selain itu, ahli keluarga khususnya ibu
bapa berperanan sebagai suri teladan kepada anak-anak bagi memastikan anak-anak
mempunyai sahsiah yang baik . Hal ini demikian kerana anak-anak yang berusia setahun
jagung memang mudah mencontohi sebarang bentuk perlakuan orang yang lebih
dewasa daripadanya. Dengan erti kata lain, sekiranya ahli keluarga yang lebih
tua memiliki sahsiah yang baik, sudah tentu perbuatan ini dapat dicontohi
oleh anak-anak kerana pepatah Melayu ada mengatakan bahawa ke mana tumpahnya
kuah kalau tidak ke nasi . Sebagai contohnya , jika ahli keluarga yang
lebih dewasa rajin membaca , sudah pasti anak-anak yang terdidik dalam suasana
demikian akan mencontohi perbuatan ahli keluarga yang gemar membaca.
Tokoh-tokoh pujangga pernah menukilkan bahawa kalau asal benih yang
baik jatuh ke laut menjadi pulau , terlontar ke udara menjadi nkejora,
dicampak ke bumi menjadi penawar. Pernyataan di atas
jelas menunjukkan betapa besarnya peranan yang dimainkan oleh sesebuah keluarga
dalam pembentukan sahsiah anak-anak . Ibu bapa perlulah menjadi suri teladan
yang boleh dicontohi anak-anak . Ibu bapalah yang akan mencorakkan kehidupan
anak-anak di peringkat awal. Sekiranya corak yang dilakar menarik dan cantik ,
maka akan baik dan eloklah pembentukan akhlak anak-anak. Anak –anak yang sering
mencontohi perbuatan ibu bapa yang baik , tidak akan sesekali cuba melakukan
sesuatu yang boleh menconteng arang atau menjatuhkan maruah keluarga.
Tegasnya, ibu bapa memainkan peranan penting dalam pembentukan sahsiah
anak-anak.
Di samping itu, ibu bapa
juga perlulah melatih anak-anak agar saling bekerjasama dan berkasih sayang
bagi melahirkan anak-anak yang bersahsiah mulia . Dalam hal ini , ibu bapa perlulah
memberikan sepenuh kasih sayang kepada diri anak-anak bagai menatang minyak
yang penuh agar anak-anak tahu menghargai hidup untuk saling berkasih
sayang . Ibu bapa perlu meletakkan panggilan manja untuk anak-anak seperti
panggilan Kak Long atau Abang Long bagi anak sulung dan Kak Ngah atau Abang
Ngah bagi anak kedua supaya kemesraan dan kasih sayang sesama ahli keluarga
tidak luput. Budaya terima kasih juga perlu diajarkan kepada anak-anak
supaya wujud rasa penghargaan terhadap orang lain setiap kali menerima
bantuan. Ibu bapa juga hendaklah melatih anak-anak bekerjasama dalam
melakukan sesuatu perkara dan kerja rumah agar anak-anak membesar dalam suasana
yang saling bekerjasama . Perbuatan seperti ini akan terbawa-bawa apabila
anak-anak sudah dewasa dan mempunyai keluarga sendiri. Jelasnya, ibu bapa yang
berperanan untuk mewujudkan kerjasama dan kasih sayang dalam kalangan ahli
keluarga akan dapat melahirkan warga yang bersatu-padu dan saling menghormati.
Seterusnya, ibu bapa perlulah
mendidik anak-anak cara hidup sederhana dan bertanggungjawab . Ibu bapa harus
menyediakan jadual tugasan di rumah supaya anak-anak lebih bertanggungjawab.
Anak-anak perlu diajar tentang pengurusan diri seperti membasuh baju,
menggosok pakaian dan menyimpan baju dalam almari . Anak-anak juga perlu diajar
supaya bersifat sederhana dan bersyukur dengan apa-apa sahaja yang ada di rumah
mereka . Hal ini amat penting untuk melahirkan anak-anak yang sentiasa
bersyukur dengan apa yang dimiliki . Ibu bapa juga perlu menerapkan nilai
kesederhanaan diri anak-anak di rumah agar anak-anak dapat menjadi insan yang
sentiasa berjimat cermat dan tidak boros dalam berbelanja . Anak-anak yang
sudah diterapkan dengan hidup yang sederhana akan membesar sebagai seorang yang
sederhana sikapnya , tidak sombong dan tidak berlebihan dalam sesuatu perkara.
Anak-anak juga melakukan sesuatu dengan penuh keikhlasan tanpa mengharapkan
apa-apa balasan. Hal ini penting bagi melahirkan generasi masa depan yang
berpandangan jauh. Tegasnya , pembentukan sahsiah anak-anak yang
baik dapat dilahirkan sekiranya ibu bapa mendidik anak-anak tentang cara hidup
yang sederhana dan bertanggungjawab .
Akhir sekali, ibu bapa perlulah memantau
serta mengawasi gerak geri anak-anak khususnya anak-anak yang sudah meningkat
remaja. Dalam hal ini , ibu bapa perlu mengetahui aktiviti yang dilakukan oleh
anak-anak mereka serta mengetahui latar belakang rakan sebaya anak-anak.
Pergaulan anak-anak dengan rakan sebaya memberikan pengaruh yang besar terhadap
masa depan anak-anak kerana anak-anak lebih mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya
dalam segala tindakan atau kelakuannya kerana mereka mempunyai prinsip, nilai
dan identiti yang hampir sama. Ibu bapa tidak wajar memberi kebebasan yang
sepenuhnya kepada anak-anak . Hal ini demikian kerana anak-anak yang diberi
kebebasan penuh oleh ibu bapa dibimbangi akan terjebak dengan perbuatan tidak
bermoral yang boleh menconteng arang di muka keluarga . Oleh itu , ibu bapa
perlulah mengenal pasti perubahan yang berlaku terhadap anak-anak pada setiap
masa agar ibu bapa boleh bertindak lebih awal, bak kata pepatah , beringat
sebelum kena , berjimat sebelum habis. Ibu bapa perlulah
mengambil berat dengan siapa anak mereka berkawan atau bersahabat dan
mengetahui tujuan anak keluar rumah dan balik lewat ke rumah. Sekiranya ibu
bapa bertindak awal , sudah pasti masa hadapan anak-anak dapat diselamatkan.
Jelasnya , ibu bapa perlulah memantau serta mengawasi gerak-geri anak-anak agar
dapat melahirkan anak yang berperibadi mulia .
Berdasarkan perbincangan di atas,
dapatlah saya simpulkan bahawa ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam
pembentukan sahsiah anak-anak . Untuk melahirkan anak-anak yang bersahsiah baik
, ibu bapa perlulah menyedari akan tanggungjawab mereka untuk mendidik
anak-anak menjadi insan yang mulia . Setiap ahli keluarga perlulah melengkapkan
diri mereka dengan pengetahuan dan ilmu keibubapaan . Hal ini penting kerana
pembentukan sahsiah anak-anak harus bermula dengan diri keluarga itu sendiri .
Ibu bapa harus membetulkan diri mereka terlebih dahulu agar anak-anak dapat
mencontohi segala perlakuan dan keperibadian mereka kerana mereka merupakan
“role model” bagi anak-anak. Tegasnya, rumah tangga merupakan kebun yang
subur untuk melahirkan insan yang berjiwa luhur dan bersahsiah mulia. “Rumahku,
Syurgaku”
Contoh Karangan Soalan Pertama Hasilan Pelajar ( 1) :-
Contoh Karangan Soalan Pertama Hasilan Pelajar ( 1) :-
Contoh Karangan Soalan Pertama Hasilan Pelajar ( 2):-
Contoh Karangan Soalan Pertama Hasilan Pelajar (3) :-
Contoh Karangan Soalan Pertama Hasilan Pelajar (4) :-
Karangan Soalan Kedua:-
Setiap negara mempunyai sejarah yang
tersendiri. Di Malaysia, sejarah yang ada telah membentuk identiti negara
kita. Negara kita terdiri daripada rakyat yanhg berbilang kaum iaitu Melayu,
Cina, India, Kadazan, Dusun dan sebagainya. Perpaduan kaum yang terbentuk pada
masa dahulu sehingga kini merupakan satu pencapaian negara yang amat
membanggakan. Rakyat yang berbilang kaum ini dapat hidup bersama secara aman damai
kerana mereka mempunyai semangat patriotik yang kukuh dan kental dalam diri
mereka. Walau bagaimanapun, masyarakat pada zaman moden ini, asyik dengan
perkembangan dunia sehingga mengabaikan kepentingan semangat patriotik
dalam diri mereka. Amat jelas dapat dilihat bahawa masyarakat kini kurang
berpengetahuan tentang sejarah pembentukan negara hasil perjuangan oleh tokoh
pejuang bangsa seperti Dato’ Maharajalela, Dato’ Bahaman, Tok Janggut dan
sebagainya. Masyarakat kini kurang bersyukur dengan keamanan dan kemakmuran
yang terdapat di negara kita. Oleh itu, pelbagai usaha perlu dilakukan oleh
pelbagai pihak bagi menyuburkan semangat patriotik dalam jiwa masyarakat.
Persoalannya, apakah peranan ibu bapa dalam menerapkan semangat patriotik dalam
jiwa anak-anak?
Sesungguhnya tidak dapat dinafikan
bahawa ibu bapa memainkan peranan yang utama dalam menerapkan dan menyuburkan
semangat patriotik dalam jiwa anak-anak. Ibu bapa seharusnya sentiasa membawa
anak-anak melawat ke tempat-tempat yang bersejarah. Contohnya, ibu bapa
hendaklah membawa anak-anak ke Bandar Bersejarah, Melaka. Di situ, terdapat
pelbagai barang dan bangunan tinggalan sejarah. Amalan ini dapat menimbulkan
dan melahirkan minat anak-anak untuk mengetahui latar belakang dan asal-usul
pembentukan negara dan seterusnya akan wujud semangat patriotik dalam jiwa
anak-anak. Tempat-tempat bersejarah seperti Lembah Bujang, Seri Menanti, Kota
Belanda di Perak dan sebagainya boleh dijadikan sebagai destinasi lawatan.
Aktiviti lawatan ke tempat yang bersejarah merupakan langkah bagai serampang
dua mata kerana anak-anak bukan sahaja dapat menimba ilmu pengetahuan, tetapi
juga dapat mengekalkan hubungan silaturahim yang erat antara keluarga.
Jelasnya, lawatan ke tempat yang bersejarah boleh dijadikan amalan setiap kali
cuti persekolahan oleh ibu bapa sebagai cara menerapkan semangat patriotik
dalam jiwa anak-anak. Jelaslah, Sesungguhnya tidak dapat dinafikan bahawa ibu
bapa memainkan peranan yang utama dalam menerapkan dan menyuburkan semangat
patriotik dalam jiwa anak-anak
Selain itu, ibu bapa juga hendaklah
membeli buku-buku yang berkaitan dengan sejarah atau buku-buku novel bertemakan
semangat patriotik dan semangat cinta akan negara kepada anak-anak. Hal ini
demikian kerana melalui proses pembacaan, anak-anak dapat mengetahui lebih
banyak perkara berkaitan dengan sejarah. Buku-buku sejarah dan novel dapat
membantu menerapkan semangat patriotik dalam jiwa anak-anak kerana buku-buku
tersebut mempunyai isi kandungan yang berunsur patriotisme. Hal ini amat jelas menunjukkan
bahawa usaha ibu bapa dalam memilih buku-buku yang sesuai untuk anak-anak
adalah amat penting. Oleh itu, ibu bapa haruslah memilih buku-buku yang tinggi
nilai ilmunya dan bukannya buku-buku komik yang tidak bermanfaat. Dengan
membaca buku-buku berunsurkan patriotisme, pasti semangat patriotik dapat
diterapkan dalam jiwa anak-anak. Amalan membaca buku-buku tersebut hendaklah
dipupuk sejak dari kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Apabila anak-anak membesar nanti, mereka akan sentiasa bersemangat patriotik
dan suka membaca kerana kalau asal benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau,
terlontar ke udara menjadi kejora dan dicampak ke bumi menjadi penawar.
Tegasnya, ibu bapa juga hendaklah membeli buku-buku yang berkaitan dengan sejarah
atau buku-buku novel bertemakan semangat patriotik dan semangat cinta akan
negara kepada anak-anak.
Di samping itu, ibu bapa juga
haruslah menjadi ‘role model’ atau suri teladan kepada anak-anak. Ibu bapa
perlu sedar bahawa segala perbuatan, perlakuan, amalan, pertuturan dan
pemikiran mereka akan diikuti oleh anak-anak. Oleh hal yang demikian, ibu bapa
hendaklah sentiasa menunjukkan sikap yang positif kepada anak-anak. Sebagai
contohnya, ibu bapa boleh mengibarkan bendera di rumah atau melakukan aktiviti
yang boleh menunjukkan sokongan terhadap negara. Ibu bapa janganlah menyertai
apa-apa protes terhadap negara kerana perbuatan sedemikian hanya akan menjadi
seperti ketam mengajar anak berjalan betul, tetapi diri sendiri tidak betul..
Oleh itu, ibu bapa harus sentiasa menunjukkan contoh yang tebaik kepada
anak-anak kerana ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Ibu bapa boleh
membawa anak-anak menyertai program larian 1 Malaysia, ceramah tentang Sejarah
Negara, atau lawatan ke Muzium Negara. Ibu bapa haruslah melakukan usaha dengan
sepenuh hati agar anak-anak yang dibesarkan dapat menjadi insan yang cinta akan
negara dan bersemangat patriotik. Tegasnya, ibu bapa perlu menjadi suri teladan
kepada anak-anak bagi melahirkan generasi muda yang berwawasan.
Seterusnya, ibu bapa perlu
meluangkan masa untuk bercerita mengenai peristiwa-peristiwa atau kisah yang
berkaitan dengan sejarah kepada anak-anak bagi melahirkan generasi muda yang
bersemangat patriotik. Bak kata pepatah, “pemuda harapan bangsa, pemudi tiang
negara”. Sebagai contohnya, sebelum anak-anak masuk tidur, ibu bapa boleh
membacakan cerita mengenai pejuang-pejuang bangsa kepada anak-anak seperti
kisah perjuangan Datuk Bahaman, Datuk Maharajalela, Mat Kilau, Kapten Hasan dan
lain-lain ketika menentang Inggeris. Ibu bapa bolehl juga menceritakan sendiri
pengalaman nenek moyang terdahulu,betapa mereka menderita dizalimi dan
didera semasa zaman penjajahan di negara kita. Anak-anak yang bijak sudah
pastinya dapat membandingkan kehidupan mereka sekarang berbanding dahulu.
Hal ini boleh menerapkan semangat patriotik dalam jiwa anak-anak. Ibu
bapa juga boleh melayari internet untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang
diperlukan untuk bercerita kepada anak-anak. Dengan mempunyai maklumat yang
tepat, anak-anak akan mendapat informasi yang betul dan setelah itu, anak-anak
akan sentiasa teringat-ingat tentang kisah sejarah. Mereka akan belajar sesuatu
melalui sejarah lalu timbullah semangat patriotik dalam jiwa mereka. Oleh itu,
ibu bapa perlulah sentiasa mencari peluang atau kesempatan untuk menceritakan
pengalaman diri atau berbincang dengan anak-anak mengenai topik-topik
berunsurkan negara bagi menerapkan semangat patriotik dalam jiwa anak-anak.
Amalan-amalan ini haruslah dilaksanakan dengan berterusan kerana alah bisa
tegal dek biasa. Anak-anak akan cuba mengingati setiap cerita yang
pernah didengarnya terutama tentang sejarah negara. Oleh sebab itu, ibu bapa
perlu melaksanakan tanggungjawab dengan baik bagi membentuk jiwa anak-anak yang
bersemangat patriotik.
Akhir sekali, ibu bapa juga haruslah
membawa anak-anak menyertai sambutan-sambutan negara seperti Hari Kebangsaan
pada 31 Ogos, Hari Malaysia pada 16 September dan sebagainya. kita Dengan
menyertai sambutan hari kemerdekaan ini, semangat patriotik dapat disemai dalam
diri mereka. Sebagai contohnya, apabila anak-anak dapat bersama-sama
mengibarkan jalur gemilang, mendengar deklamasi sajak serta mendengar
cerita-cerita tentang kesengsaraan para pejuang tanah air untuk memerdekakan
negara. Anak-anak dapat melihat sendiri kemeriahan sambutan kemerdekaan sekali
gus memahami objektif sebab-sebab sambutan sebegini diadakan. Kisah disebalik
kemewahan dan kedamaian negara akan dapat dirungkai dan seharusnya dapat
menghadirkan keinsafan dalam diri mereka bahawa banyak harta benda dan nyawa
yang harus dikorbankan demi melihat Malaysia gagah seperti sekarang. Dengan
menyertai aktiviti sambutan ini juga, kita akan mendapat peluang untuk melihat
persembahan daripada kaum lain dan berkenal-kenalan antara satu sama lain.
Secara tidak langsung, perpaduan antara kaum akan tercapai dan wujudlah
masyarakat yang harmoni yang bersemangat patriotik. Jelaslah
bahawa, jika ibu bapa dapat membawa anak-anak menyambut hari Kemerdekaan
setiap tahun sejak mereka kecil lagi sudah pasti semangat patriotik dapat
dipupuk dengan mudah kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Berdasarkan perbincangan di atas,
dapatlah disimpulkan bahawa ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam
menerapkan semangat patriotik dalam jiwa anak-anak. Hadis Riwayat At-Tarmizi
ada menyatakan bahawa ‘ tiada anugerah yang dapat diberikan oleh seorang
ayah kepada anaknya selain tunjuk ajar dan budi pekerti yang mulia’. Hal ini
amat jelas membuktikan betapa besarnya tanggungjawab seorang ibu atau bapa kepada
pembinaan personaliti anak-anak. Oleh itu, ibu bapa haruslah melaksanakan
tanggungjawab dan peranan bagi melahirkan individu yang bersemangat patriotik,
cinta akan negara dan berwawasan.
Contoh Karangan Ketiga:-
Dalam
mendepani era modenisasi pada abad ke-21 kini, dunia menyaksikan iktisad negara
membangun seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Negara yang semakin pesat
membangun seperti tenggelam sama basah, timbul sama hanyut seiringan dengan
negara maju lain. Namin sering meniti dari bibir ke bibir segenap umat manusia
tentang fanomena kejadian tanah runtuh yang semakin membimbangkan. Kemelut ini
juga disiarkan dalam media massa seperti internet, televisyen dan surat khabar.
Dari segi konsepsinya, kejadian tanah runtuh ialah kejadian yang berlaku akibat
daripada gelongsoran tanah di lereng-lereng bukit. Implikasinya, fenomena ini
boleh menyebabkan kerosakan harta benda dan boleh meragut nyawa pengguna jalan
raya mahupun penduduk yang berdekatan. Persoalan yang bermain dalam kotak
fikiran kita ialah mengapakah fenomena ini boleh berlaku dan siapakah yang
patut dipersalahkan? Menurut Jabatan Kerja Raya (JKR), fenomena kejadian tanah
runtuh ini berpunca daripada kegiatan pembalakan hutan secara berleluasa oleh
pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab dan akhirnya menyebabkan hakisan tanah.
Oleh itu, terdapat beberapa langkah yang mesti dilaksanakan oleh pihak-pihak
yang berkenaan bagi mengatasi fenomena ini sebelum nasi menjadi bubur.
Cara-cara untuk mengelakkan kejadian tanah
runtuh adalah mengawal pembangunan perumahan di lereng-lereng bukit. Dalam hal
ini, pembinaan taman perumahan di lereng bukit mesti mendapat kelulusan
daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) juga
perlu mengetatkan undang-undang kelulusan projek di bukit dan juga tidak
meluluskan projek yang kecerunannya melebihi 35 darjah yang ditetapkan oleh
kerajaan. Seperti kata dalam peribahasa sediakan payung sebelum hujan. Kejadian
seperti berlaku di Highland Towers 1993 melibatkan 16 mangsa terkorban, tanah runtuh yang berlaku di Ulu Yam
Selangor pada 2008, dua mangsa terkorban , Rumah Anak-anak Yatim dan
Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Batu 14, Hulu Langat, pada 2011, 25 mangsa tertimbus, dan banyak lagi peristiwa kejadian tanah runtuh adalah
pengajaran untuk semua pihak terutama pihak pemaju untuk membina projek yang
berisiko tinggi tanah runtuh. Tegasnya, pembangunan di lereng bukit terutama
untuk tujuan perumahan perlu dikawal agar kejadian tanah runtuh dapat
dielakkan.
Langkah yang tidak boleh dikesampingkan untuk mengelak kejadian
tanah runtuh ialah membina sistem perparitan yang terancang. Dalam konteks ini,
tindakan berkenaan dapat mengurangkan kejadian tanah runtuh di kawasan lereng
bukit-bukau di negara kita. Sementelahan pula, tanah di bukit tidak mudah
tergelongsor ke jalan raya dan dapat mengelakkan kes kemalangan. Terdapat
statistik menjelaskan bahawa kejadian tanah runtuh disebabkan oleh pihak tidak
bertanggungjawab dengan aktiviti pembalakan haram antara penyebab berlakunya
tanah runtuh. Implikasinya, langkah yang efektif dan pragmatik dapat ditangani
dengan baik. Misalnya, pihak kerajaan perlu membina parit atau longkang yang
sesuai dan sempurna di kawasan perumahan masyarakat. Justifikasinya, dapat
mengurangkan kejadian kegelongsoran tanah di tempat kediaman masyarakat. Jadi
jelaslah bahawa melalui langkah membina sistem perparitan yang terancang dapat
mengelakkan kejadian tanah runtuh di negara kita sebelum nasi menjadi bubur.
Jika ditelusuri secara
mendalam, antara langkah yang pragmatik yang perlu dilakukan oleh kerajaan bagi
mengelakkan kejadian tanah runtuh ialah kerajaan harus menguatkuasakan
undang-undang bagi mengelakkan kejadian ini daripada terus berlaku. Oleh sebab
itu, kerajaan haruslah mengenakan hukuman yang maksimum kepada pemaju perumahan
yang tidak mengikut garis panduan yang ditetapkan. Bukan sahaja kerajaan
malahan masyarakat juga harus memainkan peranan dalam mengelakkan kejadian
tanah runtuh ini. Hal ini demikian kerana tangan-tangan manusia inilah yang
telah menyebabkan berlakunya kejadiaan tanah runtuh ini. Kejadian ini juga
perlu dipantau dari semasa ke semasa oleh pihak yang berwajib agar masalah ini
dapat ditangani dengan segera. Agensi-agensi kerajaan harus mengadakan kempen
“Cintai Alam Sekitar” agar dapat
mengelakkan kejadian tidak diingini dar terus berlaku kerana sudah terhantuk
baru tergadah amat merugikan negara dan masyarakat. Anak-anak harus dididik
dari kecil agar apabila dewasa kelak, mereka akan menyanyangi alam sekitar dan
alam sekitar akan terjaga. Ibu bapa haruslah melentur buluh biarlah dari
rebungnya sebelum nasi sudah menjadi bubur. Tegasnya, pihak kerajaan harus
menguatkuasakan undang-undang bagi mengelakkan kejadian ini daripada terus
berlaku.
Tambah satu isi lagi ( Peranan
media masa)..........................................................
.................................................................................................................................................
.................................................................................................................................................
Sebagai konklusinya kita sebagai anggota
masyarakat Malaysia hendaklah menjaga alam sekitar supaya kurang bencana alam
seperti tanah runtuh. Seyogia, marhaen Malaysia hendaklah mengurangkan sebarang
perbuatan yang boleh menyebabkan tanah runtuh berlaku. Mencegah lebih baik
daripada merawat. Peribahasa berkenaan amat sesuai digunakan untuk memastikan masalah
ini berlaku. Elbert Hubbard pernah
berkata, “kebijaksanaan ialah keupayaan untuk bertindak pada masa yang
benar-benar tepat. Jika kita tersalah langkah, kita ibarat menconteng arang
kemuka sendiri.” Oleh sebab itu, sebagai warganegara prihatin, janganlah kita
hanya melepaskan batuk di tangga dalam mengurangkan masalah tanah runtuh kerana
apabila nasi sudah menjadi bubur, kita hanya akan menyesal buat selama-lamanya.
Contoh Karangan Keempat Hasilan Pelajar :-
Hasilan Adik Wan Nusratina bt. Wan Tajri, Pelajar 4S 2012
Contoh Karangan Keempat Hasilan Pelajar:-
Contoh Karangan Kelima:-
Hasilan Adik Wan Nusratina bt. Wan Tajri, Pelajar 4S 2012
Contoh Karangan Keempat Hasilan Pelajar:-
Contoh Karangan Kelima:-
SAYA MOHON MAAF KERANA TIDAK DAPAT MEMPAMERKAN KESEMUA
KARANGAN MENARIK KERANA FAKTOR MASA. NAMUN SAYA, AKAN CUBA
UNTUK MEMPAMERKAN JIKA ADA KESEMPATAN MELAKUKANNYA SELEPAS INI.
KARANGAN MENARIK KERANA FAKTOR MASA. NAMUN SAYA, AKAN CUBA
UNTUK MEMPAMERKAN JIKA ADA KESEMPATAN MELAKUKANNYA SELEPAS INI.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan