Tujuan saya melampirkan karangan-karangan di bawah bukan untuk mengaibkan sesiapa tetapi sekadar sebagai pengajaran supaya kesalahan yang dilakukan tidak berulang. Seterusnya pelajar yang tergolong menghasilkan karangan bertahap seperti karangan dilampirkan di bawah perlu bersedia dari sekarang untuk mengatasi kelemahan yang dilakukan. Saya mohon maaf sekiranya ada yang tersinggung dengan karangan yang saya lampirkan ini. Jika saya tidak memaparkannya, masalah tersebut tidak akan dapat diselesaikan. Seterusnya, cuba bandingkan dengan karangan terbaik yang telah dihasilkan oleh rakan sebaya yang saya paparkan dalam catatan sebelumnya.
Saya tidak akan mengemukakan keseluruhan karagan pelajar tetapi saya sedut hanya untuk memperkatakan sebahagian kesalahan yang dilakukan sama ada kes amat berat, berat, sederhana, dan sedikit bermasalah. Semoga pelajar dapat melihat kesalahan-kesalahan yang berlaku sepanjang PPT 2013.
Saya tidak akan mengemukakan keseluruhan karagan pelajar tetapi saya sedut hanya untuk memperkatakan sebahagian kesalahan yang dilakukan sama ada kes amat berat, berat, sederhana, dan sedikit bermasalah. Semoga pelajar dapat melihat kesalahan-kesalahan yang berlaku sepanjang PPT 2013.
CONTOH PENGENALAN YANG TIDAK MANTAP
1. MEMBINA PERENGGAN PENGENALAN.
Contoh pertama:-
Contoh pertama:-
Kesalahan pelajar membina karangan pengenalan:-
Kesalahan tatabahasa:- pemilihan kata / semantik ( makna)- maksud ayat tidak jelas/ binaan ayat tidak
gramatis.
- pelajar tidak tahu peristiwa sejarah kerana pengenalan yang digunakan jenis sejarah.
- pelajar tidak tahu peristiwa sejarah kerana pengenalan yang digunakan jenis sejarah.
Ayat pertama: Sejarah adalah ( ialah) peristiwa lampau yang meninggalkan kesan dan jasa kepada
masyarakat. ( jasa hanya boleh ditinggalkan oleh pejuang/tentera tetapi bukan sejarah)
Huraian kesalahan: peristiwa ialah kata nama dan semestinya kata pemeri yang sesuai ialah.
Ayat kedua : Ia ( Sejarah) juga akan dikenang oleh semua masyarakat sebagaimana jasa ditinggalkan.
Huraian kesalahan : Binaan ayat tidak lengkap tidak ada prediket / ayat tergantung.
Kesalahan penggunaan kata ganti nama ia hanya sesuai untuk manusia sepatutnya digantikan
dengan sejarah)
Ayat ketiga : Lebih banyak jasa dilakukan, lebih banyaklah penghormatan oleh masyarakat pada zaman
ini.
Huraian kesalahan: Ayat tidak gramatis kerana tidak ada subjek dan prediket / ayat ini pula merupakan ayat aktif bukan pasif.)
Ayat keempat: Kepayahan perwira semasa mententeramkan negara amatlah dihargai oleh semua
masyarakat.
Huaraian kesalahan : Pemilihan kata mententeramkan tidak sesuai dan sepatutnya diganti dengan
mempertahankan negara.
Perenggan pengenalan yang sepatutnya seperti di bawah:-
Sejarah ialah peristiwa lampau yang banyak meninggalkan kesan kepada masyarakat. Peristiwa sejarah pejuang bangsa yang sentiasa mempertahankan negara daripada dikuasai oleh penjajah barat akan sentiasa dikenang oleh masyarakat. Tambahan pula, pejuang bangsa sanggup menggadaikan nyawa, meninggalkan anak dan isteri, harta benda mereka demi kesejahteraan generasi selepasnya, amat dihormati oleh masyarakat. Hal ini terbukti apabila pejuang bangsa seperti Dato Maharajalela, Si Pitung, sanggup mati ditali gantung kerana membunuh Residen British pertama di Perak iaitu JWW Birch. Sedangkan pihak penjajah menganggap mereka ini penderhaka atau pemberontak. Sekiranya kita tidak mengkaji sejarah sudah pasti pejuang dan nenek moyang kita dahulu kala yang menentang penjajah dianggap sebagai pemberontak. Oleh itu, terdapat beberapa kepentingan yang kita peroleh apabila mempelajari sejarah.
Ingat balik kepentingan pengenalan. Sekiranya pengenalan anda tidak menarik, dan banyak berlaku kesalahan tatabahasa, binaan ayat dan frasa, sudah pasti pemeriksa sudah membuat tanggapan bahawa karangan anda tidak menarik. Bayangkan bagaimana caranya saya hendak memberi markah sekiranya, pengenalan yang dihasilkan oleh pelajar seperti di atas. Belum lagi menyemak perenggan isi, dan akhirnya perenggan penutup.
Contoh pengenalan kedua:-
Pengenalan di atas tidak mengambarkan kemantangan pelajar. Selain ringkas, ayat pertama tidak gramatis. Ayat rangsangan dibina terlampau mudah dan tidak ada ayat arahan. Adakah pelajar ini pelajar sekolah kluster. Fikir-fikirkanlah. Saya hanya boleh mengatakan masalah ini berlaku kerana sikap pelajar di atas yang mengambil mudah ketika mengarang.
Contoh pengenalan ketiga:-
Perenggan Isi:-
Kelemahan mengolah idea dan membina ayat yang gramatis.
Cuba lihat binaan ayat pertama, kedua, ketiga, keempat, dan ayat kelima.
Binaan ayat pertama tidak mantap dan boleh dikatakan sebagai ayat tergantung. Ayat kedua juga tidak mantap dan sebenar berkait dengan ayat pertama. Ayat ketiga faktanya tidak tepat warga asing dikaitkan dengan komunis dan tidak semua warga asing boleh disamakan dengan komunis. Ayat keempat, huraian tidak jelas dan tidak ada contoh perdana menteri yang hendak diperkatakan dan huraian peranan mereka terhadap negara Ayat terakhir kelima juga tidak mantap sebagai ayat penegas kerana banyak pemimpin yang disentuh tetapi hanya Perdana Menteri Pertama yang dikaitkan. Selain itu terdapat kesalahan penulisan kata nama khas Malaysia yang sepatutnya tidak berlaku kepada pelajar tingkatan lima.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan