Tulis sebuah karangan berkaitan dengan peribahasa “genggam
bara api biar sampai menjadi arang”.
Karangan berfokus komsas iaitu
karangan cereka merupakan karangan yang dianggap mudah oleh sesetengah pelajar.
Namun, bukan semua pelajar mampu untuk menghasilkan karangan ini dengan baik.
Hal ini kerana pelajar perlu merancang penulisan karangan seperti ini agar menarik.
Antaranya, pelajar perlu menulis plot cerita dengan baik dengan memastikan
perkembangannya plotnya menarik, iaitu ada permulaan, perkembangan, terdapat
konflik yang menarik diselitkan, kemudian perlu ada klimaks dan akhir sekali
peleraian cerita.
Bahka juga, seorang pelajar yang
bijak dan kreatif perlu memasukkan pelbagai penggunaan teknik plot yang
dipelajari dalam pembelajaran komsas seperti teknik imbas kembali( flashback ),
teknik imbas muka, teknik dialog, monolog, monolog dalaman, teknik suspens,
teknik pemeriaan, peribahasa, dan lain-lain lagi. Begitu juga gaya bahasa,
pe;ajar boleh menyelitkan gaya bahasa personifikasi, hiperbola, dan sebagainya.
Apabila memperkatakan kepanjangan karangan berbentuk cereka bergantung
kepada perancangan seseorang pelajar serta kreatifnya seorang pelajar dalam menulis
karangan jenis ini dan paling mudah, pelajar diibaratkan seperti seorang penerbit filem atau buku cereka, mereka sendiri akan menentukan hasilan karya mereka mantap apabila perkembangan plotnya lengkap, barulah
kerangan yang dihasilkan oleh mereka akan menarik.
Di bawah saya akan cuba untuk
memaparkan cara penulisan karangan keratif yang baik untuk dijandikan panduan
kepada pelajar untuk menghasilkan karangan cereka yang menarik.Namun, sekali diingatkan bahawa tanda baca juga memainkan perenan penting dalam penulisan karangan jenis ini terutama semasa pelajar menggunakan teknik dialog, monolog, dan monolog dalaman. Jika ditanya, perlukah teknik plot jenis ini digunakan setiap kali semasa menulis karangan, jawapannya bergantung kepada pelajar tetapi aplikasilah penggunaan teknik plot ini jika bersesuaian. Namun jika terlapau banyak menggunakan teknik ini mungkin akan menyebabkan karangan anda kurang menarik. Paling utama, latihan yang kerap diperlukan kerana ada sesetengah pelajar mengeluh kerana masa yang panjang diperlukan untuk menulis karangan seperti ini. Jika ditanya kepada pelajar yang menguasai karangan jenis ini, mereka akan mampu menulis karangan jenis nin sehingga empat hingga enam muka surat tanpa masalah. Ingat, penulisan karangan jenis ini bergantung kepada kebolehan dan kemampuan seorang pelajar.
Perenggan Pengenalan:
Kriteria dan teknik komsas
|
Contoh Ayat / Teknik Komsas Digunakan
|
Teknik Pemerian
Frasa menarik
Frasa menarik
|
Mata
Hasan sukar untuk dipejamkan. Berkali-kali dia cuba melayari tidurnya pada
malam tersebut, namun usahanya gagal.Tiba-tiba Hasan bangun dan berjalan ke arah bilik ibunya. Anak mata Hassan
tertacap pada sekujur tubuh yang sedang nyenyak tidur di atas katil usang di
dalam bilik tidur yang agak kecil dan uzur. Entah mengapa, Hassan tertarik
melihat wajah tua ibunya yang selama ini berusaha menyara hidupnya. Kelihatan
tubuh ibunya kurus dan muka berkedut mengambarkan umurnya yang semakin tua.
Umur ibu Hassan 60 tahun. Namun, tubuh kurus itulah yang bergelut mencari
rezeki untuk menyara kehidupan Hassan dan adiknya Nazri. Kehidupan mereka ibarat
kais pagi makan pagi, kais petang
makan petang. Namun, Hassan pasrah akan ketentuan Tuhan dan dia
bersyukur kerana mempunyai seorang ibu yang sanggup memeliharanya bagai
menatang minyak yang penuh.
|
Perkembangan Cerita:-
Perenggan Kedua:-
Kriteria dan teknik komsas
|
Contoh Ayat / Teknik Komsas Digunakan
|
Teknik Imbas Kembali
dan teknik dialog.
|
Pada
masa yang sama, Hasan mula mengingati semula saat-saat manis ketika ayahnya
masih hidup. Walaupun mereka kurang berada tetapi kehadiran ayahnya amat
dirasai oleh Hasan. “ Hasan, ayah sudah tua nak, mungkin umur ayah tidak
panjang’, kata ayahnya dengan nada suara yang mendayu. Kata-kata ayahnya
menyentuh perasaan mudanya. “ Ayah, Hasan sayang ayah. Janganlah ayah berkata
begitu”, kata Hasan sambil tangannya memeluk tubuh ayahnya yang kurus kerana
setiap hari membanting tulang berladang di belakang rumahnya. Tanpa Hasan
sedari air matanya berlenang dan membasahi bahu ayahnya. “Hasan sayang ayah
ke?” suara ayahnya kembali kedengaran dan menyebabkan Hassan tertumpu semula
melihat wajah ayah kesayangannya. “
Jika Hasan sayang ayah, belajar bersungguh-sungguh ye nak,” kata ayahnya
lagi. Hasan menggangguk-anggukkan
kepalanya tanda bersetuju. “Ayah dan ibu tidak ada harta dan Hasan perlu belajar
dan mengubah kehidupan keluarga kita yang daif ini. Hasan harapan ayah dan ibu, belajar
sungguh-sungguh, ayah ingin melihat Hasan berjaya tidak seperti ayah”, kata
ayahnya dengan nada yang sedih. Kata-kata itulah yang sering diluahkan oleh
bapanya sebagai motivasi kepadanya untuk berjaya dalam kehidupan dunia yang
mencabar ini.
|
Perenggan Ketiga:- (
Konflik)
Kriteria dan teknik komsas
|
Contoh Ayat / Teknik Komsas Digunakan
|
Teknik Dialog dan Teknik Pemerian.
|
“Hasan bangun nak”, suara ibunya kedengaran. Hasan
terpinga-pinga daripada lamunannya. Kisah lima tahun lalu bersama ayahnya
berlalu begitu sahaja. Mata Hasan tertumpu pada jam dinding usang yang
terletak pada dinding kayu di bilik tidurnya. Jam menunjukkan pukul 5.30
pagi. “Ya, bu, Hassan datang”, kata Hasan lalu bingkas bangun daripada biliknya. Hasan
tahu bahawa setiap pagi setelah bangun, ibunya sudah menyiapkan bungkusan
nasi lemak untuk dihantar ke kedai Pak Yusuf. Hasan tahu ibunya sudah bangun
awal kira-kira pukul 4.00 pagi untuk menyediakan nasi lemak untuk dijual bagi
menampung kehidupan mereka bertiga. Dengan menaiki basikal peninggalan
arwahnya ayahnya, Hasan akan terus
berkayuh ke kedai Pak Yusuf untuk menghantar nasi lemak yang dibuat oleh
ibunya. Begitulah rutin kehidupan Hasan dan setelah balik Hasan akan mandi
dan menunaikan sembahyang Subuh. Kemudian, dia akan bersiap membantu
menyiapkan adiknya untuk ke sekolah.
Hasan merupakan pelajar ting. lima Sekolah Menengah Kebangsaan Lambor
Kanan. Adiknya, Nazri pelajar sekolah rendah di Kampungya. Nazri pelajar
darjah enam..
|
Perenggan Keempat:- ( Konflik)
Kriteria dan teknik komsas
|
Contoh Ayat / Teknik Komsas Digunakan
|
Teknik Dialog dan Teknik
Suspen.
|
Hasan merupakan pelajar cemerlang
di sekolah mereka. Justeru, ada segelintir pelajar lain yang tidak senang
dengan kejayaannya. “Hoi, budak miskin. Jangan sekali-kali kau berani nak
mendekati kami. Bau macam kambing,” kedengaran suara Hamid salah seorang
pelajar sekelas dengannya. “ Kalau dah miskin tu, buat cara orang miskin,”
sambung Hamid sambil mencebek mukanya. Hasan tahu, Hamid merupakan anak
seorang pengurus ladang kelapa sawit
di kampungnya. Setiap kali Hamid membuli dan memperli Hasan, Hasan tidak membalas
balik tetapi kawan-kawan yang bersama-sama dengan Hamid akan mentertawakanya.. Hasan bertekad, berkawan
biar seribu, bermusuh jangan sekali. Ada kalanya, Hamid berindak nekad dengan
menarik baju Hasan. Baju Hasan yang sudah dipakai tiga tahun koyak sedikit.
“Hoi budak busuk, tukarlah baju baru, kami dah tak tahan bau busuk baju kamu
tu,” kata Hamid dengan nada suara yang tinggi. “Ha..ha.haaaa, memanglah dasar
orang miskin suka menyusahkan kami belajar,” kata Jebat, dan Roslan. Mereka
sedar, Hasan tidak akan bertindak untuk melawan mereka. Akhinya mereka
meninggalkan Hasan seorang diri di tepi pandang dan menuju ke kantin. Memang
Hasan tidak akan ke kantin sekolah kerana dia tahu wang yang diberi ibunya lebih baik disimpan untuk
masa kecemasan. Dia selalu membawa air masak dari rumahnya untuk minum di
sekolah.
|
Perenggan Kelima:- ( Konflik)
Kriteria dan teknik komsas
|
Contoh Ayat / Teknik Komsas Digunakan
|
Teknik Dialog
Teknik pemerian.
Imbas kembali.
|
“Hasan,
bila awak nak bayar yuran peperiksaan? Dah masuk bulan tujuh ni, kamu masih
belum menjelaskan yuran berkenaan. Saya bagi tempoh minggu depan untuk kamu
membayar wang tersebut,” kata Cikgu Ramlah kepada Hasan dengan nada suara
yang agak tinggi. “Baik cikgu, saya akan cuba jelaskan minggu depan,” kata
Hasan. Cikgu Ramlah tahu Hasan bukan dari golongan orang berada tetapi dia
terpaksa berkata begitu kerana itu sudah lumrah tanggungjawab seorang guru
memungut yuran peperiksaan daripada muridnya. Dengan longlai Hasan pulang ke
rumah. Kata-kata gurunya bermain difikirannya. Sementara tindakan Hamid
mengoyakkan bajunya pagi tadi menyebabkan dia serba salah kerana baju itulah
satunya baju sekolanya yang masih baik. “ Apa aku nak cakap pada ibu nanti,
baju koyak dan Pn. Romlah minta duit yuran peperiksaan,” hati kecil Hasan
berkata. Hasan terus ke tempat meletak basikal di belakang sekolah. Dengan
lemah dan berat, kaki Hasan mengayuh basikal pulang ke rumahnya. Hatinya
terbeban dengan dua konflik yang berlaku pada dirinya pada hari itu.
|
Perenggan Keenam:- (Konflik)
Kriteria dan teknik komsas
|
Contoh Ayat / Teknik Komsas Digunakan
|
Teknik dialog.
Frasa menarik
Teknik pemerian.
Teknik monolog dalaman
|
“Mak,
tadi cikgu kelas Hasan minta yuran peperiksaan”, kata Hasan dengan nada yang
lembut kepada ibunya. “Cikgu kata, minggu ini minggu terakhir untuk membayar
yuran. Jika sesiapa tak membayar yuran tersebut mereka tidak boleh mengambil
peperiksaan SPM hujung tahun ni”, sambung Hasan lagi. Hasan gusar menunggu jawapan ibunya. “Hasan,
mak nak kamu belajar bersungguh-sungguh. Berkenaan yuran berkenaan Hasan
jangan risau, nak. Ibu akan menyediakankan wangnya minggu hadapan,”jawap
ibunya seperti memberi kepastian bahawa masalah yuran Hasan akan selesai pada
minggu hadapan. “Emak, saya ada wang simpanan. Bolehlah saya bantu emak
membayar yuran berkenaan. Saya ada menyimpan duit, mak,” Hasan cuba
meringankan bebanan yang ditanggung emaknya. “Hasan, biarlah emak saja
memikirkan masalah yuran berkenaan kerana itu tanggungjawab emak. Simpan
wang kamu dan kamu tidak boleh mengikat
perut di sekolah sekadar untuk menabung, Hasan,” kata emaknya tegas. Hasan
tidak sanggup untuk menambah beban emaknya, dan dia terpaksa mendiamkan dan merahsiakan bajunya yang
telah koyak pada pagi tadi. Hasan segera mengambil jarum dan benang dan terus
menjahit baju berkenaan untuk digunakan semula. Dalam hati Hasan,” Biarlah aku berkongsi masalah
dengan emak dan menanggung derita ini bersama-sama. Tak sampai rasanya aku
untuk menambah bebanan emak yang semakin berat. Sabar separuh daripada iman.”
|
Perenggan Ketujuh:- ( Konflik)
Kriteria dan teknik komsas
|
Contoh Ayat / Teknik Komsas Digunakan
|
Teknik Pemerihalan
Teknik Dialog
Teknik Suspens
Teknik monolog dalaman
|
Dua
bulan kemudian, peperiksaan percubaan SPM diadakan. Apabila keputusan peperiksaan diumumkan
Hasan berjaya mendapat keputusan percubaan dengan cemerlang. Hasan mendapat
semua “A” dalam lapan mata pelajaran yang diambilnya. Peristiwa tiga bulan
dahulu berulang semula. Hamid dan
rakan-rakanya telah mengganggu Hasan kerana mereka tidak puas hati dengan
keputusan Hasan yang sentiasa cemerlang. “Hoi, Hasan, macam mana kamu boleh
cermelang dalam peperiksaan sedangkan kau tidak ada buku tambahan, tidak
menghadiri tuisyen, dan pakaian busuk tak berganti-ganti,” jerit Hamid
seperti biasa tidak suka melihat kelebihan Hasan dalam pelajaran.
“Hamid,
walaupun aku miskin tetapi aku tetap yakin Allah Maha Besar dan mendengar
rintihan orang miskin seperti saya. Setiap malam saya berusaha dengan membuat latihan dan
ulangkaji di rumah. Buku rujukan rakan-rakan yang prihatin meminjamkan buku
itu kepada saya, saya gunakan dengan
sebaik-baiknya. Saya orang miskin Hamid tak macam kau, orang berada” kata
Hasan panjang lebar. “ Hamid jika kau nak belajar dan berbincang dengan saya,
saya persilakan. Bagi saya, kamu ialah
kawan saya juga dan tiada apa
kesalahan kamu yang melukakan hati saya,” kata Hasan lagi. Hamid termenung,
dan meninggalkan Hasan bersendirian. Kata-kata itu betul-betul menyentuh
perasaannya. “Sepatutnya Hasan membenciku, aku selalu membuli dan
memperlinya, tetapi murni sungguh budi pekerti Hasan,” getus Hamid setelah
pertemuannya dengan Hasan. Kata-kata Hasan mencuit hatinya yang keras
bak batu. Entah macam mana,
hati Hamid mulai berubah. Hatinya yang keras itu berubah selembut kapas.
|
Perenggan Kelapan:- ( Konflik)
Kriteria dan teknik komsas
|
Contoh Ayat / Teknik Komsas Digunakan
|
Teknik Dialog
Teknik Pemerian
|
Peperiksaan SPM akan diadakan tiga bulan
lagi. Namun, Hasan tidak pula meninggalkan tugas rutinnya membantu ibunya
menjual nasi lemak di kedai Pak Yusuf.
“Hasan kamu nak periksa nak. Cukuplah kamu membantu ibu. Ibu boleh menghantar
nasi lemak ke kedai Yusuf. Bukan jauh pun,”kata ibunya. “ Ibu, jangan risau
tentang peperiksaan SPM, Hasan sudah bersedia dan sekarang Hasan meningkatkan
usaha dengan menghadiri kelas tambahan yang diadakan di sekolah dan pada
waktu malam Hasan membuat ulangkaji” jawab Hasan cuba meleraikan persoalan
dan kerisauan bermain di dalam fikiran
ibunya. “ Allah sentiasa merahmati Hasan dan Hasan cuma mohon ibu
mendoakan Hasan berjaya dalam peperiksaan nanti,” kata Hasan lagi. Mak Lijah
teruja mendengar kata-kata anaknya, dan segera memeluk Hasan. “Emak ingin
meilhat kau berjaya dan ingat pesah arwah ayahkau dulu. Tugas emak untuk
mengotakan harapan ayahkau San,” kata Mak Lijah dalam nada bangga dan sedih.
Tangganya semakin kuat memeluk anak kesayangannya itu.
Seperti biasa pada waktu petang Hasan
akan ke sekolah menghadiri kelas tambahan yang dibuat oleh guru mata
pelajaran yang mengajarnya. Hasan faham kelas tersebut banyak membantunya
untuk persediaan peperiksaan. Tidak seperti pelajar lain seperti Hamid,
Roslan dan Jebat yang setiap malam menghadiri kelas tambahan di pekan. Pada
waktu malam pula selepas menunaikan sembahyang Isya, Hasan mulai membuat
kerja rumah dan mengulangkaji pelajaran. Hasan bertekad untuk berjaya dengan
cemerlang dalam peperiksaan.
|
Perenggan Kesembilan:- ( Klimaks)
Kriteria dan teknik komsas
|
Contoh Ayat / Teknik Komsas Digunakan
|
Teknik pemerian
Teknik dialog
Teknik suspens
Simpulan bahasa
|
Seperti setiap pagi Hassan ke sekolah
menaiki basikal tua peninggalan bapanya. Hasan terkejut apabila sampai di
selokah jalan dalam perjalan ke sekolah, Hasan melihat kelibat Hamid yang
sedang menunggunya dengan basikal. “ Setahu aku, Hamid tak pernah naik
basikal ke sekolah,” kata hati kecilnya. Ya Allah, kuatkan hatiku menghadapi
Hamid yang tidak serik-serik mengangguku. Jauhkan aku dari sengketa,” Hasan
berdoa sambil mengayuh basikalnya.
“Asalamulaikum, San. Boleh aku ke sekolah
bersamamu,” kata Hamid dengan suara yang tidak seperti biasa. “Silakan Hamid,
ada juga teman saya ke sekolah,” kata Hasan.
Hamid dengan nada kesal memohon maaf segala tindakannya selama ini
terhadap Hasan. Hamid juga meminta Hasan menerimanya sebagai seorang sahabat.
Hamid juga ingin belajar dalam kumpulan Hasan. Semenjak itu, Hamid dan Hasan
sentiasa belajar bersama-sama. Kawan-kawan Hamid seperti Jebat dan Roslan
kehairanan melihat perubahan drastik Hamid. Mereka berdua semakin
meningkatkan usaha membuat ulangkaji. Pada setiap malam, Hamid akan dihantar
oleh bapanya ke rumah Hasan untuk belajar dan mengulangkaji pelajaran
bersama. Hamid juga membawa buku rujukan dan latihan yang pelbagai untuk
mereka belajar bersama. Ayah Hamid, kagum dengan peningkatan Hamid dalam
pelajaran hasil berkawan dengan Hasan. Setiap malam, ada saja buah
tangan yang di bawa oleh Hamid.
|
Perenggan Kesepuluh:- ( Peleraian)
Kriteria dan teknik komsas
|
Contoh Ayat / Teknik Komsas Digunakan
|
Teknik Pemerian
Teknik suspens
Selitkan peribahasa untuk
mengaitkan karangan yang anda tulis.
|
Peperiksaan SPM sudah berlalu. Hasan dan
Hamid dapat menjawab soalan peperiksaan dengan baik. Hamid sentiasa
mengucapkan terima kasih kepada Hasan kerana selama dia belajar bersama
Hasan, banyak kemahiran belajar dan masalahnya dalam pembelajaran dalam
dileraikan semasa berbincang dengan Hasan.
Tiga bulan selepas itu keputusan SPM
diumumkan. Hamid telah diumumkan antara pelajar terbaik dalam peperiksaan SPM 2012 dan dia mendapat 7A 1B
dalam peperiksaan berkenaan. Jantung Hasan bergemuruh kerana namanya tidak
disenaraikan sebagai pelajar terbaik. “Tuan dan puan sekalian, pada tahun ini
salah seorang pelajar SMK Lambor Kanan telah diisytiharkan sebagai pelajar
terbaik peringkat negeri Perak. Diminta kepada pelajar berkenaan Adik Hasan
b. Ali naik ke pentas menerima slip peperiksaan SPM 2012. Hasan memeluk
ibunya denga lenangan air mata dan naik ke pentas menerima slip peperiksaan
SPM 2012. Hamid berlari ke arah Hasan dan memeluk Hasan kerana kejayaan
mereka mendapat keputusan cemerlang. Encik Musatafa, bapa kepada Hamid
bersetuju mengambil Hasan sebagai anak angkat dan menanggung segala
perbelanjaan Hamid untuk melanjutkan
pelajaran. Kini Hamid dan Hasan berada di tahun akhir Universiti Malaya dalam
bidang kedoktoran. Mereka merupakan sahabat sejati. Bak kata pepatah genggam
bara api biar sampai menjadi arang.
|
2 ulasan:
Karangan yang menarik
Terima kasih berkongsi ilmu..
Catat Ulasan