Jawapan Soalan Karangan Bepandu tentang Aktiviti-aktiviti
yang sesuai diadakan di sekolah bersempena dengan Sambutan Hari Kebangsaan Negara Kita.
Jadual Pembinaan Idea
Bahagian Pengenalan.
Kriteria
|
Pengolahan Idea
|
Lagu Patriotik
|
Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh Merdeka! Merdeka! Tetaplah merdeka Ia pasti menjadi sejarah Tanggal 31 Bulan lapan lima puluh tujuh Hari yang mulia Hari bahagia Sambut dengan jiwa yang merdeka |
Ayat Rangsangan 1
|
Berdasarkan lagu
nyayian Sudirman Hj. Arshad di atas, bait-baitnya jelas mengambarkan betapa Kemerdekaan Negara
amat beerti kepada warganegara
Malaysia.
|
Ayat Rangsangan 2
|
Sebagai seorang warganegara merdeka, kita
sewajarnya menghargai perjuangan pejuang negara yang telah bermati-matian
untuk menuntut kemederkaan negara.
|
Ayat Rangsangan 3
|
Antara pejuang negara yang terlibat menuntut
kemerdekaan negara adalah seperti Mat Kilau, Dato’ Maharajalela, Dato’ Dol Said, Tok Janggut, Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, dan banyak lagi nama-nama pejuang
tersohor yang memperjuangkan kemerdekaan negara terutama daripada penjajah
Jepun dan British.
|
Ayat Rangsangan 4
|
Justeru, sebagai seorang warganegara merdeka,
kita harus mengucapkan terima kasih atas titik peluh pejuang bangsa
memerdekakan negara pada suatu ketika dahulu.
|
Frasa menarik
|
Pepatah Melayu ada mengatakan, harimau mati
meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.
|
Ayat Arahan.
|
Sebagai usaha untuk menyemarakkan sejarah
kemerdekaan negara beberapa aktiviti yang sesuai boleh diadakan di peringkat
sekolah bersempena dengan Hari Kemerdekaan Negara.
|
Jadual Pengembangan Idea ( Perenggan Isi Pertama)
Kriteria
|
Pengolahan Idea ( Penggunaan
Kaedah Deduktif)
|
Ayat Isi
|
Mari kita berbicara menggunakan minda kelas
pertama dalam membincangkan aktiviti yang sesuai diadakan bersempena dengan Hari Kebangsaan Negara antaranya
dengan mengadakan persembahan pentas.
|
Ayat Huraian 1
|
Organisasi sekolah seperti Panitia Mata Pelajaran
Sejarah, Panitia Mata Pelajaran Bahasa Melayu boleh menggerakkan usaha
melalui Persatuan Bahasa Melayu dan Persatuan Sejarah dengan mengadakan
pertandingan aktiviti seperti mendeklamasi sajak,
berlakon drama pendek bertemakan sejarah kemerdekaan negara.
|
Ayat Huraian 2
|
Aktiviti seperti ini mampu untuk membuka minda kreatif
pelajar dalam usaha menggunakan fakta
sejarah semasa mengadakan persembahan seperti bersajak dan berdrama.
|
Ayat Huraian 3
|
Bahkan juga, guru-guru boleh memilih pelajar yang
berkaliber dan mampu untuk untuk diketengahkan dalam pertandingan yang lebih
besar seperti pertandingan sajak dan drama peringkat daerah, negeri dan mungkin
juga peringkat kebangsaan.
|
Frasa Menarik
|
Bak kata pepatah Melayu, sambil menyelam, minum
air. Begitulah pentingnya aktiviti menyambut bulan kemerdekaan dijalankan di peringkat sekolah.
|
Ayat Contoh.
|
Dalam usaha untuk memeriahkan lagi pertandingan
tersebut, guru penasihat dan ajk persatuan yang terlibat boleh menyediakan
hadiah kepada peserta yang berjaya contohnya dengan menggunakan wang panitia
mata pelajaran atau memohon bantuan kewangan daripada syarikat swasta yang
berurusan dengan pihak sekolah untuk mendapatkan dana bagi mengendalikan aktiviti berkenaan.
|
Ayat Huraian 4
|
Sekaligus, penyediaan hadiah yang berupa hamper,
sijil penyertaan, dan wang ringgit akan memantapkan usaha pelajar sama ada
individu atau berkumpulan memperaga bakat mereka dalam pertandingan yang
dijalankan.
|
Ayat Penegas
|
Jelasnya,
aktiviti pentas sempena Hari Kemerdekaan amat penting dalam mewujudkan
semangat patriotik dalam kalangan pelajar, disamping aktiviti seperti ini dapat mengasah
bakat baru dalam kalangan pelajar untuk diketengahkan dalam pertandingan yang
lebih besar.
|
Jadual Pengembangan Idea ( Perenggan Isi Kedua )
Kriteria
|
Pengolahan Idea ( Penggunaan
Kaedah Deduktif)
|
Ayat Isi
|
Selanjutnya, mari kita fokus perbicaraan tentang
aktiviti seterusnya iaitu mengadakan pertandingan melukis potret pejuang
kemerdekaan negara.
|
Ayat Huraian 1
|
Sebagaimana kita sedia maklum, ada antara pelajar
sekarang tidak kenal dengan pejuang bangsa yang sanggup berkorban nyawa dalam
usaha untuk memerdekakan negara semasa menuntut kemerdekaan negara.
|
Ayat Contoh.
|
Pejuang bangsa seperti Mat Kilau, Dato’
Maharajalela, Dato’ Dol Said, Tok
Janggut, Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, mungkin hanya dibaca dan
wajah mereka ditatap apabila mereka mengkaji buku sejarah di sekolah.
|
Ayat Huraian 2
|
Perlu diingat, selain daripada aktiviti
pertandingan poster dapat melahirkan pelajar yang kreatif dan mahir dalam
melukis potret, secara langsung pelajar akan dapat mengenali pejuang
kemerdekaan negara melalui aktiviti seperti ini.
|
Ayat Huraian 3
|
Bahkan juga, potret pejuang kemerdekaan yang
dihasilkan oleh mereka boleh di paparkan kepada pelajar lain di Pusat Sumber,
di sudut mata pelajaran dan ini mampu untuk menarik pelajar lain
mengenali tokoh pejuang kemerdekaan
negara dengan lebih dekat.
|
Frasa Menarik
|
Pepatah Melayu ‘Tak kenal maka tak cinta ‘amat
bertepatan dengan aktiviti melukis potret pejuang bangsa di atas.
|
Ayat Penegas
|
Intihanya, pertandingan melukis potret pejuang
kemerdekaan negara amat relevan dijalankan sempena Hari Sambutan Kemerdekaan
Negara. Oleh sebab itu, guru-guru dan jawatankuasa perstuan yang berkenaan
perlu mengambil kesempatan ini untuk menjalankan aktiviti tersebut untuk memeriahkan lagi aktiviti sepanjang Bulan
Kemerdekaan Nagara.
|
Anda perlu melengkapkan jadual pengembangan idea di bawah
Jadual Pengembangan Idea ( Perenggan Isi Ketiga )
Kriteria
|
Pengolahan Idea ( Penggunaan
Kaedah Deduktif)
|
Ayat Isi
|
Seterusnya, penglibatan pelajar keseluruhan perlu
dirancang sempena dengan Sambutan Hari Kebangsaan Negara seperti menjalankan
aktiviti menghiaskan kelas.
|
Jadual Pengembangan Idea ( Perenggan Isi Keempat )
Kriteria
|
Pengolahan Idea ( Penggunaan
Kaedah Deduktif)
|
Ayat Isi
|
Seterusnya, penglibatan pelajar keseluruhan perlu
dirancang sempena dengan menjemput sejarawan tempatan untuk memberi ceramah
mengenai perjuangannya dalam menuntut kemerdekaan negara.
|
Jadual Pengembangan Idea ( Perenggan Penutup )
Kriteria
|
Pengolahan Idea ( Penggunaan
Kaedah Deduktif)
|
Ayat Cadangan 1
|
Kesimpulannya, setiap pelajar sekolah perlu
mengambil bahagian dalam setiap aktiviti
sempena Hari Kemerdekaan negara kerana melalui penglibatan mereka
dalam aktiviti yang dijalankan,sudah pasti aktiviti yang diadakan akan bertambah meriah
dan bermakna
|
Ayat Cadangan 2
|
Disamping itu, organisasi sekolah seperti Panitia
Mata Pelajaran yang terlibat perlu berkerjasama dengan ahli jawatankuasa
persatuan untuk merangka dan melaksanakan akitiviti kemerdekaan dengan
sistematik agar mampu menyemarakkan lagi aktiviti kemerdekaan negara. Bak
kata pepatah Melayu, bagai aur dengan tebing, begitulah peranan mereka di
peringkat sekolah.
|
Ayat Cadangan 3
|
Bahkan juga pihak kerajaan dan media masa perlu
merangsang setiap warganegara Malaysia terlibat dengan aktiviti Hari
Kebangsaan agar rakyat akan sentiasa menghargai perjuangan pejuang bangsa
dalam menuntut kemerdekaan negara pada masa dahulu.
|
Ayat Cadangan 4
|
Apabila setiap anggota masyarakat, pihak
kerajaan, dan pihak swasta bekerjasama dalam merealisasikan Hari Kebangsaan
Negara, sudah pasti warga negara
Malaysia berasa bangga terhadap pejuang kemerdekaan negara berusaha
untuk memerdekakan negara.
|
Ayat Harapan
|
Semoga dengan adanya semangat patriotisme dalam
kalangan masyarakat negara kita akan terus aman dan rakyatnya mempunyai
semangat untuk mempertahankan negara daripada sebarang ancaman musuh.
|
Anda boleh menggunakan jadual pengembangan idea di atas semasa menulis karangan. Diharapakan pada hari Sabtu nanti anda boleh menghantar karangan yang telah siap kepada saya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan